sscf crew - sains teknologi dan manusia - bab 09 kosmologi

77

Upload: sscfcrew

Post on 20-Jul-2015

135 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi
Page 2: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

1-Membincangkan definisi kosmologi menurut perspektif

bahasa, sains, dan Islam.

2-Membincangkan proses penciptaan alam semesta,

pandangan awal (kosmogoni) menurut sains Barat dan

menurut al-Quran.

3-Membincangkan matlamat penciptaan alam dan proses

kehancuran alam semesta.

Page 3: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menariksejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusiamasih ingin mencari kepastian asal usul kejadianalam ini. Bagaimana proses kejadiannya danbagaimana alam ini terjadi dan diciptakan.

Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkanmanusia untuk mencari jawapannya kerana DiaMaha Mengetahui akan kelemahan hambaNya.

Page 4: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusiajawapan bagaimana dan siapa yang menciptakanalam ini. Jawapannya diterangkan dalam al-Quranmelalui RasulNya dengan Allah menyebutkan bahawaDialah yang menciptakan alam semesta ini dengankekuasaan dan kehendakNya. Firman-Nya yangbermaksud:

Terjemahan: Dan Dialah menciptakan langit dan bumi denganbenar. Dan benarlah perkataan-Nya pada waktu Diamenyatakan, “Jadilah” lalu terjadilah, dan di tangan-Nyalahsegala kekuasaaan pada waktu sangkakala ditiup. Diamengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yangMaha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (Surah al An’am, 6:73)

Page 5: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

DEFINISI ALAM (KOSMOS)

Para teologis mendefinisikan alam sebagai namasesuatu yang dipakaikan kepada selain Allah kerana iamengajar kita mengenal adanya pencipta.

Para filasuf mendefinisikan alam sebagai kumpulanjawhar yang tersusun daripada benda dan bentuk yangada di bumi dan di langit. Alam juga dipakai denganmaksud dunia, iaitu merujuk kepada bumi dan segalayang ada padanya dan yang ada di langit (bumi,bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada dan lain-lain).

Page 6: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam istilah Inggeris ia disebut sebagai universe ataucosmos.

Dalam al-Quran, perkataan alam dibawa dalam bentukjamak, iaitu ‘alamin dan memberi dua maksud:

i) Sekumpulan makhluk Tuhan yang berakal atau dalamkata lain manusia.

ii) Sekumpulan makhluk yang memiliki sifat-sifat yangmendekati makhluk berakal. Maksud yang kedua inidikenali dengan istilah alam malaikat, alam jin dantumbuhan serta tidak disebut sebaliknya alam batubatan dan alam tanah-tanih.

Page 7: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Kata ‘alamin dalam al-Quran tidak merujuk kepadacosmos atau universe. Ayat-ayat berikut membenarkankenyataan ini.

1- Surah al-Baqarah [2: 47] menyebut:

Terjemahan: Wahai Bani Isra’il! Ingatlah akan nikmat-Kuyang telah Aku anugerahkan kepada kamu dan [ingatlah]bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas al-alamin.

Page 8: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Perkataan al-‘alamin dalam nas ini membawa maksudumat manusia. Jadi, ayat itu bermaksud bahawa Allahmelebihkan Bani Isra’il dari umat manusia lain dengannikmat yang banyak. Antaranya perutusan nabi-nabiyang paling ramai dalam kalangan mereka. Hal ini tidakberlaku kepada umat lain.

Keistimewaan ini tidak merujuk kepada individu denganmaksud menafikan seksa apabila mereka menyimpangdaripada petunjuk nabi-nabi mereka.

Page 9: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

2- Surah ali-‘Imran [3: 96] menyebut:

Terjemahan: Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-muladibangun untuk [tempat beribadat] manusia, ialahBaitullah di Mekah yang diberkati dan menjadi petunjukbagi al-alamin”.

Ertinya rumah ibadat tersebut menjadi pertunjuk bagiseluruh umat manusia.

Page 10: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

3- Surah Yusuf [12:104] menyebut:

Terjemahan: Dan kamu sekali-kali tidak meminta upahkepada mereka [terhadap seruanmu ini], itu tidak lainhanyalah peringatan bagi al-alamin.

Istilah dhikr lil al-‘alamin itu bermaksud peringatanbagi sekalian jin dan manusia.

Page 11: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Istilah alam semesta dipakai oleh al-Quran denganungkapan al-samawat wal ard wa ma baynahuma[langit dan bumi segala isi yang ada antara keduanya].

Dalam Surah al-Ma’idah [5: 17] Allah menyebut: “walillahi mulkus samawati wal ardi wa ma baynahuma”[dan kepunyaan Allah sahaja kerajaan langit dan bumiserta segala apa yang ada antara keduanya].

Dalam Surah Maryam [19: 65] Allah menyebut: “rabbussamawat wal ardi wa ma baynahuma fa’budhu” [Rabblangit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya,maka sembahlah Dia].

Page 12: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telahditerangkan oleh Allah dengan jelas dalam al-Quran. Allahtelah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi iniasalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkanmenjadi langit dan bumi. Firman Allah:

Terjemahan: Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihatbahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalahsuatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kamipisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikansegala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiadajuga beriman? (Al-Anbiya’, 21: 30)

Page 13: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kitalihat pada hari ini, sebaliknya ia melalui beberapa prosestertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gashidrogen dan helium yang kemudiannya bercantumsehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surahFussilat ayat 11, Allah menyatakan:

Terjemahan: Kemudian Ia menujukan kehendak-Nya ke arah(bahan-bahan) langit sedang langit pada masa itu masihberupa asap lalu Ia berkata kepadanya dan kepada bumi:‘Turutlah kamu berdua akan perintahKu sama ada dengansukarela atau dengan paksa’, Keduanya menjawab: ‘Kamiberdua sedia menurut patuh dengan sukarela.’

Page 14: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Pengamatan secara mendalam terhadap ayat inimendapati ia mengandungi beberapa konsepkosmologi yang menarik:

#- Pertama, ayat ini menjelaskan bahawa Allahmenuju ke langit dan langit pada masa itu berbentukasap. Langit melambangkan kosmos yang luas.

#- Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi supayakeluar menjelma daripada asap yang memenuhikosmos di peringkat awal kejadian alam. Iamenunjukkan asap di kosmos menjadi batu-bata bagikelahiran bintang, galaksi, bumi dan yangseumpamanya.

Page 15: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitandengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumisama ada kedua-duanya hendak datang secaratunduk ataupun terpaksa. Kedua-duanya memilihuntuk datang dengan tunduk dan taat. Iamengisyaratkan proses kejadian langit dan bumitidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan(probability), kebetulan (chance) ataupun rambang(random).

Page 16: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langitdan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripadasebarang objek di langit. Yang wujud adalah asap.Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksidisusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi.Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-asas fi al-tafsir,Sa’id Hawwa berkata:

“Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelumterjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalahdalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapatditerima sebagai sahih kerana ia begitu hampir denganmaksud perkataan dukhan dalam Quran.”

Page 17: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuhberkenaan kejadian objek-objek daripada asap. Olehsebab bumi adalah satu objek-objek seperti bintang,galaksi dan seumpamanya maka kesemua objek ini lahirdaripada asap.

Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmuastrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepasberlakunya peristiwa Big Bang.

Kajian menunjukkan bahawa pengembangan alamberlaku dalam keaadan suhu yang tinggi di peringkatitu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit prosespenyejukan pula berlaku.

Page 18: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton danneutron dan percantuman kedua-duanya melahirkannuklues. Nuklues ini kemudiannya bercantum denganelectron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen danhelium.

Selepas 300,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripadatarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa.

Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalumasa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang galaksi,planet dan bumi. Hal ini disebut di dalam TheVindication of the Big Bang; Breakthoughts and Barriers.

Page 19: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Antara sainstis yang kagum dengan kenyataan al-Quranmengenai penciptaan alam ialah Profesor YoshihideKozai daripada University of Tokyo, Jepun. Beliauadalah pengarah National Astronomical Observatory diMikata, Tokyo, Jepun.

Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang menceritakanberkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkajiayat-ayat itu, beliau merasakan seolah-olah ayat-ayatitu diceritakan oleh seseorang yang melihat kejadianalam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yangmenceritakan kejadian ini mampu melihat kesemuaapa yang berlaku.

Page 20: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripadaasap, Profesor Yoshihide Kozai berpendapatpenemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomenaini memang benar-benar berlaku.

Alam sebelum ini memang wujud dalam bentukgumpalan asap. Daripada gumpalan asap itu lahirlahbintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asaskepada kelahiran alam. Akhirnya, beliau berkata,

“Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapatdalam al-Quran.Dengan membaca al-Quran dan menjawabpersoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akanmenemui cara mengkaji alam semesta pada masa akandatang” (Danial, 2008:40-41).

Page 21: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sejak alam ini wujud melalui ledakan Big Bang ia terusmengembang hinggalah ke hari ini. Berhubung denganfenomena ini, dalam surah al-Dhariyat ayat 47 Allahmenjelaskan:

Terjemahan: “Dan langit Kami bangunkan dengankekuasaan Kami sesungguhnya Kami benar-benarmeluaskannya”.

Page 22: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan musi’un.Dalam bahasa arab perkataan musi’uun berasaldaripada perkataan wasa-a’.

Hans Wehr A dictionary of Modern Written Arabic oleh JMilton Cowan menterjemahkan perkataan wasa-‘asebagai to be wide, roomy, spacious, extensive yangbermaksud ‘menjadi besar, luas’. Ayat ini adalah ayatmukjizat berhubung kejadian alam. Ia jugamenunjukkan ilmu al-Quran jauh ke hadapan,melampaui tempat dan zaman.

Page 23: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Satu antara versi Big Bang yang diterima umum olehpakar-pakar sains hari ini adalah konsep pengembanganalam. Mengikuti teori ini, di peringkat awal selepasberlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10kuasa 50 daripada saiznya yang asal dan selepas ituproses pengembangan ini menjadi perlahan sedikitberbanding sebelumnya.

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, EdwinHubble, dengan menggunakan alat yang canggihmengesahkan alam ini sedang mengembang. Beliaumendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripadabumi, semakin laju proses pengembangannya.

Page 24: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkanNASA berhubung dengan teori ini. Dua kumpulan pakarsains mengesahkan alam ini sememangnya sedangmengembang. Malah mereka hampir dapatmenentukan kelajuan pengembangan alam ini.

Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan TheHubblde Space Telescope Key Project Team, dianggotaioleh 20 orang pakar astronomi. Kumpulan inimendapati alam ini mengembang dengan kelajuan80km sesaat semega persaat (km/sec/mpc). Kumpulankedua pula mendapati pengembangannya berlakudengan kelajuan 57 km/sec/mpc.

Page 25: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk AstronomersDetect First Split-Second Of The Universe, Space.commelaporkan pakar-pakar astronami NASA menemuibukti-bukti baru mengukuhkan lagi teori Big Bang.

Mereka mendapati pada peringkat awal kejadian kosmosalam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian padamasa satu per setrilion saat ia mengembang sehinggamenjadi kosmos yang luas.

Penemuan ini dilaporkan berdasarkan data yangdisalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada tahun2001. Satelit ini dikenali sebaagai Wilkinson MicrowareAnisotropy Probe atau WMAP. Ia mengukuhkan teorialam mengembangkan sekaligus menampakkankebenaran al-Quran (Danial, 2008:43).

Page 26: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi
Page 27: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Kejadian bumi melalui beberapa proses tertentu. Iabermula lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu sebagaisebahagian daripada gumpalan gas yang dikenalisebagai solar nebula.

Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen danhelium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasildaripada proses kehancuran bintang-bintang dikosmos.

Page 28: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Selepas matahari tebentuk daripada gas solarnebula ini, gas-gas yang mengandungi unsur-unsurbukan hidrogen (non-hydrogen elements) terhasildan bercantum dari masa ke semasa sehinggamenjadi semakin besar dan akhirnya bertukarmenjadi planet. Proses ini dikenali sebagai accretion.

Salah satu planet yang terhasil adalah bumi. Teorikejadian bumi daripada proses acceretion ini padaasalnya diutarakan oleh Otto Schmidt, seorang pakargeofizik dari Rusia pada tahun 1994 dan teori inimenjadi semakin popular pada hari ini.

Page 29: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Proses pembentukan bumi ini melalui fasa-fasatertentu. Berkemungkinan besar ayat-ayat Allahmengenai bumi yang terdapat dalamnya perkataan-perkataan yang berbeza menceritakan berkenaanproses-proses ini.

Dalam surah al-Zukhruf (43:10), Allah menjelaskan:

Terjemahan: Dialah Tuhan yang telah menjadikan bumibagi kamu sebagai hamparan dan Ia telah mengadakanbagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang supaya kamumendapat petunjuk.

Page 30: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan mahdasemasa menceritakan mengenai bumi. Mengikut HansWehr : A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J.Milton Cowan, perkataan mahda berasal daripadaperkataan mahada dan antara maksudnya ialahmenghamparkan dan mempermudahkan.

Ayat ini menggambarkan bumi dijadikan sepertisesuatu hamparan bagi mempermudah aktiviti manusiadi atasnya. Sekiranya dilihat dengan mata kasar, bumi inisememangnya adalah satu hamparan yang luas nunsejauh mata memandang.

Page 31: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam surah ‘Abasa ayat 26, Allah berfirman:

(Terjemahan): Kemudian kami belah bumi dengan baik-baiknya. Dalam surah ini perkataan yang digunakan adalahsyaqaqna yang berasal daripada perkataan syaqq. Syaqqbermaksud to split, cleave, part iaitu pisahkan danpecahkan sekaligus menggambarkan bumi bumi sebelumini adalah bercantum kemudian dipisahkan.

Dalam surah al-Ra‘d ayat 3 pula, Allah menjelaskan:

(Terjemahan) Dan dialah yang melebarkan bumi dandijadikan atasnya gunung-ganang dan sungai-sungai.

Page 32: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan maddayang, mengikut Hans Wehr: A Dictionary of Modernwritten Arabic, bermaksud to extend, distend, expand,dilate, strech, iaitu mengembangkan dan melebarkan.Ayat ini menunjukkan bumi ini tidak statik sebaliknyaterus-menerus membesar dan melebar hingga ke hariini (Danial, 2008:85).

Page 33: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sebahagian musuh Islam menjadikan ayat al-Quransurah al-Ra‘d ayat 3 ini sebagai bukti mengatakan al-Quran tidak saintifik. Hal ini disebabkan bagi merekaayat-ayat ini menunjukkan bumi adalah mendatar (flat)dan tidak bulat.

Sebenarnya perkataan ‘bumi dihamparkan’ atau ‘bumiadalah hamparan’ (mahada) tidak menunjukkan bumiini adalah mendatar. Sebaliknya ia menjelaskan bumi iniadalah satu hamparan yang dihamparkan di atas suatutempat. Tempat itu pula tidak semestinya mendatarkerana sesuatu hamparan dapat dihamparkan di ataspelbagai tempat termasuk yang bulat.

Page 34: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Kiasan yang Allah berikan bumi ini diumpamakanhamparan memang selari dengan penemuan semasa.Hal ini disebabkan bumi merupakan sfera yangmempunyai tiga lapisan. Lapisan yang paling dalamdikenali sebagai earth core. 15 peratus daripada sferabumi adalah daripada lapisan ini. Suhunya mencecah13,000 darjah fahrenheit (bersamaan 7,200 darjahcelcius) dan sudah pasti dengan suhu setinggi itu iasedikit pun tidak sesuai bagi kehidupan manusia(Danial, 2008:86-87).

Page 35: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Lapisan yang berikutnya dikenali sebagai earth mantle.84 peratus daripada bumi adalah daripada lapisan ini.Ketebalan lapisan ini secara puratanya adalah 1,700batu bersamaan dengan 2,750 kilometer. Suhu dibahagian dalam lapisan ini mencecah 4,000 hingga6,700 darjah Fahrenhiet (bersamaan 2,200 hingga3,700 darjah celcius) dan di bahagian atasnyamencecah lebih kurang 1,600 darjah fahrenhiet(bersamaan 870 darjah celcius). Justeru, lapisan ini jugatidak sesuai bagi kehidupan manusia.

Page 36: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Lapisan yang teratas sekali dikenali sebagai earth crust.Ia adalah lapisan yang paling nipis dengan ketebalanyang mencecah hanya 30 kilometer. Oleh keranalapisan ini berbeza dan terpisah daripada kedua-dualapisan yang di bawahnya, ia seolah-olahnyamerupakan satu hamparan yang tersendiri.

Tambahan pula, penemuan semasa menunjukkanlapisan earth crust memang terpisah daripada lapisanyang di bawahnya melalui satu sempadan pemisahyang dikenali sebagai Mohorovicic Discontinuity(Danial, 2008:87).

Page 37: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sempadan ini ditemui oleh seorang pakar ilmuseismologi dari Crotia yang bernama AndrijaMohorovicic pada tahun 1909. Ketebalan sempadanpemisah ini adalah lebih kurang 10 kilometer daripadaparas laut.

Di atas sempadan ini lapisan bumi yang didudukimanusia dihamparkan seperti permaidani dihamparkandi atas lantai. Justeru, firman Allah dalam surah al-Zukhruf ayat 10 yang bermaksud, “Dialah yangmenjadikan bumi sebagai hamparan tempat menetap”memang selari dengan penemuan yang disebutkan.

Page 38: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Penemuan semasa juga menunjukkan bumi sebelum ini,iaitu ratusan juta tahun dahulu adalah bercantumseperti suatu hamparan. Pada masa itu tidak dipisahkanoleh air lautan seperti yang wujud sekarang ini. Hal iniadalah selari dengan penemuan pakar sains, Lawrence S.Myers, dalam tulisannya yang bertajuk Our Planet isExpanding By External Acceration And Internal CoreExpansion (The Mechanism And a New Cosmology) diwww.expanding-earth.org:

Kenyataan Lawrence S. Myres menunjukkan bahawalebih kurang 200 juta tahun dahulu, tanah yang terdapatdi muka bumi adalah 40 peratus lebih kecil daripadayang terdapat sekarang.

Page 39: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Ia wujud dalam bentuk satu hamparan tanpadipisahkan oleh lautan. Dalam bentuk ini ia dikenalisebagai pangea. Fakta ini boleh dikaitkan denganperkataan mahda yang terdapat dalam al-Quran yangbermaksud suatu hamparan.

Selepas masa berlalu, sedikit demi sedikit hamparantanah di atas bumi pecah yang dengannya wujud lautandan sebahagian tanah terpisah daripada sebahagianyang lain sehingga menjadi benua dan pulau sepertiyang dilihat pada hari ini. Fenomena ini adalah selaridengan perkataan syaqq dalam al-Quran yangbermaksud pisah dan pecahkan.

Page 40: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Salah satu perkataan penting yang digunakan al-Quranyang menunjukkan bumi dan cakerawala di angkasaraya adalah bulat ialah kalimah falak. Sebagai contoh,dalam surah al-Anbiya’ ayat 33 Allah menjelaskan:

Terjemahan: Dan dialah yang menciptakan malam dansiang, matahari dan bulan. Kesemuanya beredar di dalamfalaknya.

Page 41: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Ayat ini menjelaskan malam, siang, matahari, danbulan beredar dalam falaknya masing-masing mengikutapa yang ditetapkan oleh Allah.

Mengikut kamus Hans wehr : A Dictionary of ModernWritten Arabic, falak pada asalnya bermaksud bulat.Justeru, Ibn Abbas berpendapat, cakerawala di langitberedar dalam bulatan. Hal ini disebutkan dalam kitabTafsir al-Quran al-Azim karangan Ibn Kathir.

Page 42: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Seperkara yang menarik berhubung ayat ini adalahAllah mengatakan bahawa malam dan siang jugaberedar di dalam falaknya seperti matahari dan bulan.

Ini menunjukkan bahawa malam dan siang juga berlakudalam bentuk bulatan. Berdasarkan ini, Said Hawadalam al-Asas fi Al-Tafsir berkata, “Ayat inimenunjukkan bumi adalah bulat dan al-Quranmenjelaskan berkenaan hal ini sebelum teori kebulatanbumi menjadi satu hakikat yang dipegang umum. Inilahsatu antara banyak mukjizat yang terdapat dalam al-Quran” (Danial, 2008:90)

Page 43: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sebenarnya pendirian bumi ini adalah bulat adalahpendirian yang disepakati oleh tokoh-tokoh Islam padaperingkat awal Islam. Hal ini disebutkan oleh IbnTaimiyah dalam kitab beliau Majmu’ Fatawa, jilidkeenam.

Beliau menegaskan, kesemua cakerawala termasukbumi adalah bulat dan ia adalah pandangan ulamaseperti Abul-Hasan bin Al-Manaadi, Abu Muhammadbin Hazm, Ibn al-Jawzi dan ramai lagi.

Page 44: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Pegangan ini adalah berdasarkan perkataan falak didalam bahasa Arab yang bermaksud bulat. Lebihdaripada itu, perkataan falak seringkali digunakanbagi sesuatu yang bulat dalam bentuk bola atausfera.

Imam Abu Ya’la dalam kitab beliau Tabaqatal-Hanabilah menegaskan, pendapat ini menjadi ijmakdi kalangan umat islam.

Page 45: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Di samping perkataan falak, perkataan lain yangdigunakan al-Quran yang membawa maksud bumi inibulat adalah kawwara. Dalam surah al-Zumar ayat 5Allah berfirman:

Terjemahan: Dia yang mencipta langit dan bumi dengankebenaran. Dijadikan malam memasuki siang dan siangmemasuki malam dan dipermudahkan matahari danbulan. Masing-masing beredar mengikut masa yangditetapkan. Dialah yang Maha Perkasa lagi MahaPengampun.

Page 46: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Apabila menceritakan mengenai malam memasukisiang dan siang memasuki malam Allah menggunakanperkataan yukawwir.

Yukawwir berasal daripada perkataan kawwara dankawwara ialah perbuatan yang melibatkan sesuatuyang bulat seperti bola.

Antara contoh yang diberikan Imam Nasafi berhubungpenggunaan perkataan ini adalah perbuatan melilitkankain serban di atas kepala. Perbuatan melilitkan kainmengelilingi kepala yang bulat diistilahkan sebagaikawwara. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa dalamtafsirnya.

Page 47: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam Hans Wehr A Dictionary of Modern WrittenArabic oleh J.Milton Cowan, kawwara diertikan sebagaito roll, roll up, roll into a ball, to wind (the turban), tomake round, ball-shaped, yang bermaksud melipat,melipat dalam bentuk bola, melilitkan (serban),menjadikan sesuatu bulat seperti bola (Danial,2008:91).

Justeru, berhubung dengan surah al-Zumar, ayat 5 SaidHawa dalam al-Asas fi al Tafsir berkata, “Ayat inidengan jelas mengisyaratkan bumi adalah bulat sepertisfera. Hal ini disebabkan perkataan kawwara tidakdigunakan melainkan pada sesuatu yang bulat.”

Page 48: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

RUANG ANTARA LANGIT DAN BUMI

Bumi adalah objek. Demikian juga dengan langit. Iamengandungi pelbagai jenis objek seperti bintang,galaksi, planet dan yang seumpamanya.

Al-Quran menyedarkan kita di samping langit danbumi, Allah juga mencipta ruang antara langgit danbumi. Dalam surah Toha, ayat 6 Allah berfirman yangbermaksud:

“Apa yang ada di langit, segala yang ada di bumi, segalayang wujud antara kedua-duanya dan semua yang dibawah tanah, semuanya kepunyaan Allah.”

Page 49: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Ayat ini menunjukkan wujudnya unsur-unsur tertentuantara langit dan bumi. Ayat seumpama ini terdapat dibeberapa tempat dalam Quran. Contohnya, dalamsurah al-Hijr ayat 85, surah al-Furqan ayat 59, surah al-Ahqaf ayat 3 dan surah al-Dukhan ayat 7 dan 38.

Sains hari ini mengesahkan ruang-ruang antara bintangdan galaksi (interstellar space) mengandungi unsur-unsur tertentu. Ia dikenali sebagai interstellar matterdan interstellar radiation field.

Page 50: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Unsur terpenting yang memenuhi ruang ini adalah gas(termasuk plasma dan habuk kosmik). Ia wujud dalambentuk atom, molekul, cahaya radiasi dan yangseumpamanya.

Adapun gas-gas yang wujud, 90 peratus daripadanyaadalah hidrogen dan 10 peratus adalah helium.Daripada gas-gas ini lahir bintang-bintang serta galaksi-galaksi baru. Hal ini dilaporkan oleh BritannicaEncyclopedia Online dan Wikipedia EncyclopediaOnline.

Page 51: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Satu perkara yang menarik mengenai ayat-ayat yangdisebutkan sebelum ini adalah penggunaan perkataansamawat bagi menceritakan berkenaan langit.Samawat bermaksud langit-langit ataupun banyaklangit.

Justeru, apabila kita berbicara berkenaan ruang antarasamawat, kita berbicara berkenaan ruang-ruang diangkasa raya yang luas yang memisahkan bumidengan objek-objek raksasa di kosmos.

Page 52: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sebaliknya dalam surah al-Anbiya’ ayat 16 Allahmenyatakan, “Dan tidaklah kami ciptakan langit danbumi dan segala apa yang ada antara kedua-duanyadengan bermain-main.”

Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan sama’dan bukan samawat. Sama’ bermaksud satu langit.Justeru, tidak mustahil sekiranya ayat ini diturunkanbertujuan bagi menceritakan berkenaan ruang antarabumi dengan satu bahagian langit, iaitu langit yangterdekat dengan bumi. Ruang antara bumi dan langityang terdekat dengannya ini mengandungi lapisan-lapisan atmosfera di samping planet-planet.

Page 53: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Ruang yang wujud di antara bumi dan bintang-bintang di kosmos dikenali sebagai ruang interstellardan ruang yang memisahkan bumi dengan planet-planet terdekat dikenali sebagai ruanginterplanetary.

Ruang interstellar teramat luas sehingga tidak dapatdiukur dengan menggunakan ukuran batu ataupunkilometer seperti yang dilakukan di dunia. Sebaliknyajaraknya diukur dengan menggunkan ukuran tahuncahaya atau light years. Satu tahun cahaya menyamai5.88 trilion batu atau 9.46 trilion kilometer.

Page 54: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Ini adalah jarak yang dilalui cahaya dalam masasetahun dengan kelajuan 299,792 kilometer sesaatatau 186,282 batu sesaat. Ia berbeza dengan ukuranjarak antara bumi dan planet-planet (interplanetaryspace) yang masih mampu diukur denganmenggunakan batu ataupun kilometer.

Page 55: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Antara persoalan yang menghantui para saintis padahari ini adalah mengenai sama ada wujudnya hidupan diangkasa raya ataupun tidak. Hingga ke hari ini kajian danpenyelidikan mengenainya masih lagi berterusan tanpasebarang kepastian.

Mengikut Agensi Angkasa Lepas Eropah atau EuropeanSpace Agency (ESA), bermula abad ke-21 ini negara-negara di Eropah mempergiatkan lagi usaha bagimencari tanda-tanda hidupan di luar bumi, terutamanyadi sistem suria. Bagi mencapai tujuan ini kapal-kapalangkasa bernama Rosetta danMars Express dilancarkan.

Page 56: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam surah al-Syura ayat 29 Allah menjelaskan yangbermaksud:

“Dan antara tanda (kekuasaan Allah) ialah penciptaanlangit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata(dabbah) yang bertebaran pada kedua-duanya. DiaMaha Berkuasa mengumpulkan semuanya apabiladikehendakinya.”

Ayat ini menunjukkan terdapat ‘makhluk-makhluk yangmelata’ di langit dan bumi. Ungkapan ‘makhluk-makhluk yang melata’ ini Allah istilahkan sebagaidabbah dalam al-Quran.

Page 57: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Mengikut Hans Wehr: A Dictionary of ModernWritten Arabic, perkataan dabbah bermaksud‘haiwan’.

Hamka dalam Tafsir al-Azhar mentafsirkan dabbahsebagai ‘segala yang hidup, merangkak, merayap danberjalan dengan kaki’. Menurut Prof. Hamka, ayat inimenunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliauberkata, “Binatang yang melata bukan wujud di bumisahaja, tetapi ia juga wujud di langit. Tegasnya (iawujud) di bintang-bintang lain.”

Page 58: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sa’id Hawa pula dalam al-Asas fi al-Tafsir mempunyaidua pandangan berhubung ayat ini.

i- Beliau tidak menafikan ayat ini mungkin mengisyaratkanmengenai wujudnya hidupan di kosmos.Walaubagaimanapun ayat ini boleh juga membawa maksud dibumi sudah ada hidupannya dalam bentuk manusia, jin danpelbagai jenis haiwan dan di langit juga sudah adahidupannya dalam bentuk para malaikat. Kesemuanyasudah pun bertebaran di langit dan bumi mengikutketetapan Ilahi.

Page 59: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

ii- Pendapat yang kedua ini adalah selari dengan tafsiranyang dibuat oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.Namun, secara dasarnya, berpandukan ayat ini Islam tidakmenolak kemungkinan wujudnya hidupan di luar bumi samaada dalam lingkungan sistem suria ataupun kosmos secaraumumnya.

Dalam BBC News bertarikh 19 Februari 2006, di bawah tajukTop Stars Picked In Alien Search, Paul Rincon melaporkan,pakar astronomi, Margaret Turnbull, daripada CarnegieInstitution di Washington, Amerika, mengenal pasti limabintang yang mungkin mengandungi hidupan di atasnya.Kelima-lima bintang itu adalah Beta CVn (di gugusan CanesVenatici), HD10307, HD211415, 18 Sco (di gugusan Scorpio)dan 51 Pegasus (Danial, 2008:98).

Page 60: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Sudah menjadi kehendak Allah S.W.T bahawa setiapsesuatu selain zat-Nya akan mengalami kehancuran,kecuali sesuatu yang dia kehendaki kekal, seperti syurga,neraka, dan lain-lain. Adapun alam semesta besertaisinya memang dikehendaki hancur oleh Allah ketikasudah tiba masanya.

Dalam al-Quran, kehancuran alam semesta inidiungkapkan dengan berbagai istilah, antaranya adalahYaumul-‘Asir, Yaumul-Khulud, Yaumul-Jaza’, Yaumul-Haqq, al-Fasl, al-Qiyamah, as-Sa’ah, al-Qari’ah, al-Waqi’ah, dan al-Haqqah.

Page 61: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Al-Quran sering menggambarkan fenomena-fenomenaalam yang terjadi ketika Kiamat tiba, sebagaimanadalam surah Al-Qari’ah ayat 4-6 yang bermaksud:

“Tahukah kamu apa Hari Kiamat itu? Pada hari itumanusia bagaikan anai-anai yang bertebaran, dangunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan”.

Gambaran peristiwa Kiamat juga dinyatakan dalamayat-ayat yang lain, antaranya al-Mursalat [77]: 8-10,an-Naba’ [78]: 18-20, al-Haqqah [69]: 13, at-Takwir [81:1, al-Infithar [82]:

Page 62: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

WAKTU BERLAKUNYA KIAMAT

Dalam al-Quran dan Hadis tidak ada penjelasan secaradetail tentang bila Kiamat akan terjadi. Penjelasandalam al-Quran dan Hadis lebih ditekankan padatanda-tanda, situasi serta fenomena alam yang terjadimenjelang Kiamat.

Bahkan datangnya Hari Kiamat dirahsiakan danmenjadi misteri yang tidak diketahui siapapun,sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT dalam Firman-Nya:

Page 63: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Terjemahan: “Mereka menanyakan kepadamutentang Kiamat, bilakah tejadinya. Katakanlah(Muhammad) pengetahuan tentang Kiamat ituhanya ada pada sisi Tuhanku, tidak ada seorang punyang dapat menjelaskan hari kedatangannya selainDia. Kiamat itu amat berat di langit dan di bumi.Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkandengan tiba-tiba” (Surah Al-A’raf [7]: 187).

Page 64: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Kiamat sungguh akan terjadi ketika manusia sedangmengunyah makanan dan tidak sempat menelannya”(Riwayat Bukhari).

Hadis ini menunjukkan bahawa manusia tidakmempunyai persiapan sama sekali untuk menyambutdatangnya Kiamat disebabkan mereka tidak tahu bilahari Kiamat itu tiba, sehingga Kiamat terjadi ketikamanusia dalam keadaan lengah.

Page 65: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Nabi s.a.w mengetahui tanda-tanda berlakunya kiamat.Nabi bersabda:

“Aku diutus (menjadi Rasul), sedangkan (jarak antara waktuperutusanku dan) Kiamat adalah seperti dua jari ini (Nabiberisyarat dengan jari manis dan telunjuknya)” (RiwayatTirmidzi).

Dalam Hadis daripada Ibnu Umar juga diriwayatkan,“Sesungguhnya masa kalian ialah ibarat masa darisolat Ashar sampai solat Maghrib” (Riwayat Bukharidan Muslim). Hadis-hadis ini memberikan informasibahwa jarak antara masa Rasulullah s.a.w. dan HariKiamat tidak panjang.

Page 66: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Kitab Ruhul-Ma’ani (5/135) karya Syihabuddin as-Sayyid Muhammad al-Alusiy al-Baghdadi (w. 127 H),mengutip pandangan Imam Jalaluddin as-Suyuthiyang meramalkan bahawa umur alam semesta iniialah 7000 tahun, sedangkan menurutnya NabiMuhammad s.a.w diutus pada masa-masa akhir6000-an dari usia alam semesta.

Page 67: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Imam al-Suyuti dalam risalahnya al-Kasyf ‘an MujawazatiHadzihil-Ummat menjelaskan bahawa masa umat NabiMuhammad s.a.w ialah lebih daripada 1000 tahun dantidak sampai bertambah 500 tahun dari 1000 tahuntersebut.

Sementara itu, sebahagian ahli astronomi mengatakanbahwa usia alam semesta ini akan berakhir ketika semuagugusan bintang (buruj) yang dua belas berhentiberputar. Menurut mereka, setiap gugusan bintang akanberhenti berputar dan menetap pada orbitnya dalamjangka 3000 tahun. Jadi menurut pendapat ini, dunia iniakan hancur bila sudah mencapai usia 36,000 tahun,iaitu hasil perkalian 3000 tahun dengan 12 gugusanbintang.

Page 68: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Ada pendapat lain dari Bathalimus yang meramalkanbahawa usia alam semesta ialah 25,952 tahun 6 bulan21 hari 12 jam, dengan rincian masa peredaran setiapgugusan bintang ialah 2162 tahun 8 bulan 16 hari 19jam dikalikan 12 buruj.

Bagaimanapun, pendapat-pendapat di atas hanyalahsekadar ramalan-ramalan yang didasarkan padaprasangka tanpa adanya bukti yang kukuh. Menurutpendapat yang benar, tidak ada yang tahu secara pastitanggal berapa, hari apa, dan pada tahun keberapaalam semesta ini akan hancur secara total(http://arifbuchori.blogspot.com).

Page 69: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Berdasarkan adanya sifat pengembangan kepada alamsemesta ini, sains menyakini bahawa prosespengembangan ini akan terhenti dan alam ini akanberada dalam keadaan pegun buat seketika sebelummengalami proses pengecutan semula.

Pada mulanya proses pengecutan ia berlaku dengansangat perlahan dan kadarnya akan bertambah mengikutmasa. Galaksi yang pada mulanya bergerak arah keluar,akan mula bertukar arah menjadi sebaliknya, iaitu halake dalam.

Page 70: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Dalam gerakan ini galaksi akan bertembung sesamasendiri kerana kehilangan daya keseimbangan dangraviti. Ini bermakna akhirnya ia kembali kepadaasalnya, iaitu kurang daripada ruang sebiji atom. Padawaktu ini ruang dan masa juga akan lebur bersepaimenjadi tunggalan.Tepat sepertimana Allah menyebutdalam al-Quran:

Terjemahan: Pada hari Kami gulung langit sebagaimenggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kamimemulakan penciptaan pertama begitulah Kami akanmengulanginya. Itulah satu janji yang pasti Kamitepati,sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.

(Al-Anbiya’ 21:104)

Page 71: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Pakar-pakar dalam bidang pengajian fizik percayabahawa Big Crunch mewakili akhiran kepada alamsemesta, sepertimana mereka percaya bahawa BigBang adalah permulaan alam semesta.

Unsur asas alam semesta ini iaitu masa, ruang, danjirim wujud dengan Big Bang melalui proses ledakankeluar dan akan hilang daripada kewujudan dengan BigCrunchmelalui proses musnah habisan.

Page 72: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Bilakah hari kehancuran ini akan berlaku? Tiada seorangmanusia yang mengetahuinya. Ia ada dalam ilmu Allah.Bagaimanapun saintis dan ahli astronomi cubamembuat ramalannya dan menyatakan bahawa akhiranalam semesta ini akan tiba kira-kira enam ribu jutatahun lagi.

Persoalannya di sini bukannya dari sudut bila masaberlakunya, kerana ramalan tidak menjanjikan satuketepatan. Apa yang hendak diketengahkan ialah soalsains moden kini menerima kepastian bahawa alamsemesta ini akan hancur dan ini telahpun diungkapkanoleh al-Quran sejak ribuan tahun dahulu menerusiwahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad.

Page 73: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Saintis meramalkan terdapat lima kemungkinanbagaimana alam semesta ini boleh hancur:

1- Matahari meletup dan bumi musnah dalam lautan apiyang sangat panas.

2-Matahari tidak berfungsi atau padam sama sekali,hingga bumi menjadi sebiji bola yang dilitupi ais.

3- Berkemungkinan satu bintang yang besar akanbertembung dengan matahari yang akan melibatkankehancuran bumi juga.

4- Kemungkinan adanya bintang berekor jatuh ke bumidengan kedahsyatan yang amat sangat hingga bumihancur.

Page 74: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

5- Jarak bumi dengan bulan begitu mendekat sehinggamenimbulkan gelombang air pasang yang dahsyatdisertai letusan hebat gunung berapi.

Adalah diramalkan bahawa lima ribu juta tahun darisekarang, matahari akan kehabisan Hidrogen untukdibakar. Pada waktu itu, ia akan berkembang menjadiraksasa merah dan akan menelan planet-planet,termasuk bumi dan mungkin juga Musytari.

Page 75: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

Seorang penghuni pada masa itu akan melihat mataharisemakin besar di langit. Haba matahari akan menyejatkansegala air yang ada di muka bumi, meninggalkan keadaanyang kontang dan segala tumbuhan akan mati.

Semua kehidupan akan berakhir. Sekiranya ada punkehidupan yang dapat bertahan, lama kelamaan akanmenghadapi masalah juga kerana kita ketahui bahawamatahari akan bertukar daripada bentuk raksasa menjadikerdil putih, satu objek sebesar planet yang tidak lagiberupaya menjanakan tenaga dan tidak lagi mampumengeluarkan cahaya. Kehidupan akan pupus jua keranatidak ada sumber tenaga untuk membenarkannyameneruskan kewujudannya.

Page 76: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi

SOALAN ULANGKAJI

1-Bincangkan definisi kosmologi menurut perspektifbahasa, sains, dan Islam.

2-Bincangkan proses penciptaan alam semesta,pandangan awal (kosmogoni) menurut sains Baratdan menurut al-Quran.

3-Bincangkan matlamat penciptaan alam dan proseskehancuran alam semesta.

Page 77: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 09 kosmologi