spesifikasi ujian amali pergerakan asas
DESCRIPTION
spesifiksi ujian amali pergerakan asas pjTRANSCRIPT
SPESIFIKASI UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS
Format Kertas Kerja:
Isi Kandungan merangkumi:
Pengenalan Matlamat Objektif Tarikh Masa Tempat Kumpulan Sasaran (Tahap umur kanak-kanak) Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
i. Prosedur pelaksanaan demonstrasi Jenis-jenis pergerakan (sertakan gambarajah lokomotor dan bukan
lokomotor.) Pelan kedudukan ujian Amali Pergerakan Asas
ii. Senarai peralatan beratiii. Senarai alatan tangan
Rumusan Borang Kolaborasi
A. Kulit Kertas Kerjai. Logo KPMii. Nama IPiii. Nama Jabataniv. Tahunv. Mata Pelajaranvi. Nama Kursus (Pergerakan Asas)vii. Nama pesertaviii. Kursus/Unit
B. Jenis Kertas Kertas A4
C. Saiz Font 12
D. Jenis Font Arial
E. Jangka Masa Perancangan 1 minggu
F. Bentuk Sediakan dalam bentuk ‘Hard Copy’ dan ‘Soft Copy’. (Comb-binding &
CD)
PERGERAKAN LOKOMOTOR
1.0 Menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan1.1 Berjalan
Berjalan langkah panjang Berjalan langkah pendek Berjalan langkah besar
1.2 Berlari Berlari tendang belakang Berlari tendang depan
1.3 Lompatan kecil Lompat dua kaki Lompat kucing
1.4 Lompatan tinggi Lompat layang (leap) Lompat dekam (tuck jump) Lompat rusa
1.5 Ketinting (Hop) Ketinting sebelah kaki sahaja Ketinting tukar kaki (2 kaki kaki kanan, 2 kaki kaki kanan)
1.6 Merangkak Merangkak lutut sentuh lantai Merangkak lutut jauh dari lantai
1.7 Mengguling Guling balak Guling sisi Guling depan Guling belakang
1.8 Memanjat Memanjat tangga Memanjat peti lombol
1.9 Melungsor Melungsor meniarap Melungsor atas punggung
1.10 Skip Skip berlari Skip lompat
1.11 Galop Galop berlari Galop lutut tinggi
1.12 Polka Gabungan sekali skip, dua kali galop
1.13 Chasse
Galop dua kali tukar kaki1.14 Grapevine
Kaki buka, silang, buka & tutup satu arah atau dua arah1.15 Do-si-do
Berjalan ke depan empat langkah dan undur empat langkah
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
2.0 Menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan2.1 Imbangan
Imbangan atas perut Imbangan atas punggung (V) Imbangan atas lutut Imbangan dekam Imbangan buaya Imbangan bangau Imbangan skala depan Imbangan skala sisi Dirian kepala Dirian tangan Dirian harimau Imbangan dengan satu tapak sokongan Imbangan dengan dua tapak sokongan Imbangan dengan tiga tapak sokongan Imbangan badan di atas peralatan stabil seperti bangku
panjang, peti lombol, meja, kerusi, bangku makmal, tayar, bata, tempurung, dsb
Imbangan badan secara static di atas peralatan yang tidak stabil seperti skate board, balak, papan yang terletak di atas batang besi atau potongan badan dsb
2.2 Meringkuk dan meregang Meringkuk dan meregangkan badan sambil baring sisi Meringkuk dan meregangkan badan sambil duduk Meringkuk dan meregangkan badan ke depan, ke belakang dan
ke sisi sambil melutut Meringkuk dan meregangkan badan sambil berdiri
2.3 Membongkok dan menegak Membongkokkan badan dengan kaki kangkang dan kedua dua
tangan rapat ke lantai di antara kedua-dua kaki Menegakkan badan dengan kaki kangkang dan kedua dua
tangan naik lurus ke atas kepala
Membongkokkan badan dengan tangan kanan menyentuh hujung kaki kiri dan tangan kiri menyentuh hujung kaki kanan secara berselang seli
Menegakkan badan sambil menghayunkan tangan ke atas kepala secara bergilir-gilir
Membongkokkan badan dengan kaki kanan bengkok di depan, kaki kiri lurus di belakang sambil kedua tangan rapat di pergelangan kaki depan
Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok di depan, kaki kiri lurus di belakang sambil medepakan kedua-dua tangan menjadi bentuk V.
Membongkokkan badan dengan kaki kanan sambil medepakan kedua-dua tangan ke sisi
Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok di depan, kaki kiri lurus di belakang sambil menaikkan tangan ke atas menjadi bentuk V
Membongkokkan badan dengan kedua-dua kaki rapat dan bersilang sambil kedua-dua tangan rapat di pergelangan kaki
Menegakkan badan dengan kedua-dua kaki rapat dan bersilang sambil menaikkan sebelah tangan lurus ke atas dan sebelah tangan depa ke sisi
2.4 Mengilas Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil duduk
melunjur, lutut bengkok atau duduk bersimpuh dan siku kedua-dua tangan bengkok di paras dada.
Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil melutut dan kedua-dua tangan didepakan ke sisi
Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, kaki rapat atau kangkang dan kedua-dua tangan bercekak pinggang
Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri dengan kaki rapat dan lutut bengkok, kedua-dua tangan di belakang
Mengilaskan badan ke kanan dan kiri sambil berdiri, kaki kanan bengkok di depan dan kaki kiri lurus di belakang, kedua-dua tangan bercekak pinggang
2.5 Memusing Memusingkan badan sambil duduk, lutut bengkok dan kedua-
dua tapak tangan di atas lantai atau lutut Memusingkan badan sambil melutut, satu lutut tinggi. Memusingkan badan sambil berdiri, mula dengan kaki bersilang
dan kedua-dua tangan lurus ke atas Memusingkan badan di atas satu kaki sambil mendepakan
tangan ke sisi
Memusingkan badan sambil berjengket Melompat dan mendarat setempat sambil memusingkan badan
180 Melompat dan mendarat setempat sambil memusingkan badan
360 2.6 Melentik
Melentikkan badan sambil baring sisi di atas lantai, kaki lurus rapat dan tangan lurus ke atas
Melentikkan badan sambil meniarap di atas lantai, kaki lurus rapat dan tangan lurus di depan
Melentikkan badan sambil melutut, tangan lurus ke atas, atau sebelah tangan sahaja ke atas, sebelah lagi pada paras perut
Melentikkan badan sambil melutut, sebelah lutut ditinggikan Melentikkan badan sambil berdiri kaki rapat, kedua-dua tangan
di belakang Melentikkan badan ke sisi sambil berdiri kaki rapat, kedua-dua
tangan dihulurkan ke sisi Melentikkan badan ke sisi sambil berdiri kaki kangkang,
sebelah tangan lurus ke atas dan sebelah lagi pada paras perut2.7 Mengendur dan menegang
Mengendur dan menegangkan badan dalam posisi meniarap Mengendur dan menegangkan badan dalam posisi baring
melentang Mengendur dan menegangkan badan dalam posisi duduk
bersimpuh. Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi melutut Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi berdiri
2.8 Alunan badan (Body wave) Alunan anggota tangan di depan sambil duduk bersimpuh Alunan anggota tangan di sisi sambil duduk bersimpuh Alunan anggota tangan di depan sambil melutut Aluan anggota tangan di sisi sambil melutut Alunan anggota tangan di depan sambil berdiri kaki rapat dan
lutut bengkok Alunan anggota tangan di sisi sambil berdiri sebelah kaki di
depan, sebelah kaki di belakang Alunan tubuh badan sisi sambil berdiri Alunan tubuh badan ke depan dan belakang sambil berdiri
3.0 Menggunakan satu jenis alatan tangan3.1 Bulat dan padu
Menghayun, memutar, melantun, meleret, mengimbang, melambung dan menyambut
3.2 Bulat dan leper Menghayun, memutar, meleret, mengimbang, melambung,
menyambut3.3 Lembut dan berombak
Membuat putaran besar, membuat putaran kecil, mengibar, menghayun dan menggoyang
3.4 Panjang dan lembut Memutar, melilit, menghayun, mengimbang, memukul,
mengibas, melambung dan menyambut4.0 Bahagian badan merangkumi:
4.1 Atas4.2 Tengah4.3 Bawah
Contoh peralatan berat:
Bangku panjang Tilam Peti lombol Tangga Skitel besar Papan anjal