sosial dan budaya pa (2)

16
SOSIAL DAN BUDAYA ISU DAN CABARAN

Upload: nur-hidayah

Post on 11-Jun-2015

286 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sosial dan budaya pa (2)

SOSIAL DAN BUDAYA

ISU DAN CABARAN

Page 2: Sosial dan budaya pa (2)

RASUAH DI MALAYSIA

2.1. PERSEPSI ANTARABANGSA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Transparency International iaitu satu badan NGO yang prihatin terhadap rasuah di peringkat antarabangsa telah mengeluarkan corruption perception index (CPI). Index rasuah terhadap Malaysia yang dikeluarkan sejak dari tahun 1995 menunjukkan kedudukan Malaysia tidak berubah dalam tempoh 5 tahun yang lepas iaitu dari 5.28 (1995), 5.32 (1996), 5.01 (1997), 5.3 (1998) dan 5.1 (1999)

Sebaliknya negara seperti Denmark dan Hong Kong umpamanya menunjukkan peningkatan mata dalam index tersebut dari tahun ke tahun. Contohnya Denmark, dari mata 9.33 (1996) kepada mata 10 (1999). Hong Kong dari mata 7.01(1996) kepada 7.7 (1999) dan Singapora dari mata 8.80 (1996) kepada 9.1 (1999) (mata 10 merupakan tahap tertinggi dalam CPI yang bermaksud negara tersebut bebas daripada rasuah dan sebaliknya semakin rendah mata semakin tinggi rasuah dalam negara berkenaan).

Page 3: Sosial dan budaya pa (2)

Kajian SPRM

Berdasarkan perangkaan BPR dalam tempoh 20 tahun kebelakangan (1978 – 1997), menunjukkan kadar rasuah meningkat dan membimbangkan.

2.2.1. Maklumat

Jumlah maklumat dalam tahun 1978 adalah 6,139 tetapi telah meningkat kepada 10,096 pada tahun 1997 atau pertambahan 64.5%, iaitu peningkatan purata 3.2% setahun.

Siasatan Terbuka

Jumlah siasatan terbuka pula menunjukkan peningkatan sebanyak 143 kes atau 40.9% dalam tempoh yang sama, iaitu 350 siasatan dalam tahun 1977, meningkat kepada 493 siasatan dalam tahun 1997. Secara purata, bilangan kes siasatan telah meningkat sebanyak 2.0% setahun.

2.2.3. TangkapanDari segi tangkapan, perangkaan 10 tahun pertama (1978-1987) seramai 1,949 orang, berbanding dengan jumlah tangkapan bagi tempoh 10 tahun kedua (1988-1997) di mana seramai 3,298 orang. Perangkaan ini menunjukkan peningkatan tangkapan sebanyak 1,349 atau 69.2%.

2.2.4. Laporan BPR (Tatatertib)

Berhubung dengan Laporan BPR (Tatatertib) terhadap pegawai awam, perangkaan bagi 10 tahun pertama (1978-1987) ialah sebanyak 987 laporan berbanding dengan jumlah laporan sebanyak 1,369 bagi tempoh 10 tahun kedua (1988 -1997), menunjukkan peningkatan sebanyak 382 atau 38.7%.

Kajian ahli-ahli kriminologi mendapati daripada 10 jenayah yang dilakukan hanya satu kes sahaja yang dilaporkan.

Page 4: Sosial dan budaya pa (2)

TAKRIF RASUAHPerkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”

Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.

Dalam sebuah kamus yang terkenal, Webster’s Third New International Dictionary (1961) mendefinisikan rasuahsebagai:

“ an inducement [as if a public official] by means of improper considerations (as bribery) to commit a violation of duty.”

M.McMullan - Theory of Corruption (Article) mendefinasikan rasuah sebagai ‘Seorang pegawai kerajaan adalah melakukan rasuah apabila beliau menerima wang atau apa-apa (barangan atau perkhidmatan) bernilai wang kerana melakukan sesuatu yang berkaitan urusan tugasnya, iaitu mengabaikan tanggungjawabnya atau tidak mematuhi panduan yang ditetapkan atas alasan yang tidak wajar’ (a public officer is corrupt if he accepts money or money’s worth for doing something that he is under duty to do anyway, that he is under a duty not to do, or to exercise a legitimate discretion for improper reasons).

Jacob Van Kleveren dalam artikalnya “the Concept Of Corruption” mengatakan ‘Penjawat Awam menyalahguna kuasanya untuk mendapat pendapatan tambahan daripada orang awam’ (a civil servant abuses his authourity in order to obtain an extra income from the public ) adalah melakukan rasuah.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed (di petik dari Kertas Kerja Prof. Madya Dr. Syed Arabi Idid: Pencegahan Rasuah Dari Perspektif Komunikasi) mengatakan ‘Umumnya, rasuah difahami sebagai memberi sesuatu supaya seseorang akan menyalahgunakan kuasanya dan bertindak memihak kepada pemberi’ (generally, corruption is understood as giving something so that he will abuse his power and act favouring the giver ) dan beliau juga mengatakan rasuah lebih dikenali sebagai amalan yang membolehkan seseorang memperolehi ganjaran melalui cara-cara yang tidak halal ( Corruption is better known as a practice which enables someone to obtain remuneration through illegitimate mean).

McKee M.H., dalam The Transparency International Source Book 1996 mengatakan rasuah:

“…involves behavior on the part of officials in the public sector, whether politicians or civil servants, in which they improperly and unlawfully enrich themselves, or those close to them, by the misuse of power entrusted to them.”

Page 5: Sosial dan budaya pa (2)

BENTUK KESALAHAN RASUAH

Secara umumnya bentuk kesalahan rasuah yang sering dilakukan mencakupi perlakuan-perlakuan yang boleh dikelaskan dalam tiga kategori berikut:

4.1 Menerima dan Memberi Sogokan sama ada secara :

Rasuah Spontan

4.2 Menyalahgunakan kuasa atau kedudukan

4.3 Mengemukakan Dokumen Palsu

Page 6: Sosial dan budaya pa (2)

SEBAB-SEBAB BERLAKU RASUAH

5.1. Rasuah berlaku kerana wujud tiga unsur utama iaitu kuasa, kelemahan dalaman dan peluang:

Kuasa

Kelemahan Dalaman

Peluang

a. Faktor Kelemahan Individu

Faktor Sosial dan Kebudayaan

Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran

Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi

Faktor Politik

Page 7: Sosial dan budaya pa (2)

KESAN-KESAN RASUAH

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa memberi pelbagai kesan. Antara kesan-kesan yang dikenalpasti ialah :

Ketidakadilan SosialMeninggikan kos hidupMembahayakan nyawaMengancam keselamatan negaraKelemahan Penguatkuasaan Undang-undang6.6. Pengaliran Keluar Modal6.7. Mempengaruhi Dasar Pembangunan6.8. Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)Menjual Maruah Diri

Page 8: Sosial dan budaya pa (2)

LARANGAN-LARANGAN MELAKUKAN RASUAH

7.1 Perundangan7.2. Hukum Islam Terhadap Rasuah

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :-

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.(Surah Al-Baqarah: 188)

Page 9: Sosial dan budaya pa (2)

USAHA-USAHA PENCEGAHAN RASUAH

Sebenarnya kerajaan memandang berat terhadap masalah rasuah dan telah mengambil langkah-langkah bagi mebanteras gejala rasuah di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil ialah :

Memperkemaskan Undang-Undang Pencegahan Rasuah iaitu dengan menggubal Akta Pencegahan Rasuah 1997 - Akta ini sebenarnya adalah gabungan dari tiga undang-undang rasuah yang terpakai sebelum ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Ordinan (kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, No. 22 Tahun 1970. Empat perubahan ketara dalam akta ini ialah mengadakan peruntukan kesalahan-kesalahan baru, tambahan kuasa kepada pendakwaraya dan BPR, perubahan dari segi kaedah undang-undang (prinsiples of the law) dan juga dari segi undang-undang keterangan. Selain daripada itu menambah hukuman penjara mandatori 14 hari dan tidak lebih 20 tahun. Selain daripada itu ia juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari 5 kali nilai suapan rasuah atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Meluaskan fungsi BPR sebagaimana dalam peruntukan Seksyen 8 APR 1997 iaitu dipertanggunjawabkan di bawah undang-undang untuk meneliti amalan, sistem dan prosedur kerja badan awam bagi mengurangkan ruang dan peluang perlakuan rasuah. Dalam pelaksanaan kajian ini BPR boleh mengarah, menasihati dan membantu ketua-ketua badan awam ke arah pembaikan sistem dan prosedur kerja yang lebih berkesan bagi mengurang kemungkinan berlakunya rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Melancarkan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan (JKP) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Semua Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dikehendaki menubuhkan JKP masing-masing. Objektifnya ialah untuk mengwujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta integriti paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni serta mengatasi masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Terdapat lapan (8) Terma Rujukannya bagi jawatankuasa berkenaan mengambil perhatian dalam mencapai objektif tersebut iaitu:

PerundanganSistem dan ProsedurNilai-Nilai MurniKod EtikaPengiktirafanTindakan Pengesanan dan PunitifKawalan DalamanTindakan Pemulihan

Di samping usaha besar itu, BPR juga di pertanggung jawabkan di bawah undang-undang (butiran f dan g,seksyen 8, APR 1997 supaya menjalankan aktiviti yang boleh mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.

Page 10: Sosial dan budaya pa (2)

MASALAH DALAM MEMERANGI RASUAH

Ciri Rasuah Yang Unik - Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.

Faham Materialistik Yang Semakin Menebal - Terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan mengutamakan keuntungan dan kurang memberi perhatian kepada aspek-aspek nilai muni, kawalan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar – Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang. “The end Justified The Mean” menjadi pegangan dan cara hidup mereka.

Ikatan Sosial Yang Rapuh - hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik atau ukuran benda, kepentingan perniagaan dan kekayaan. Hubungan kejiranan semakin renggang, rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan sudah malap. Makan tindakan yang diambil tidak diambil hirau risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.

Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas - Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika pun dibawa, masalah-masalah lain pula yang timbul seperti saksi enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya.

Iltizam Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup bercakap melarang pengikut dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah. Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.

Page 11: Sosial dan budaya pa (2)

CABARAN MENANGANI GEJALA RASUAH

Apabila kita berbicara mengenai keutuhan atau integriti dalam Perkhidmatan Awam, gejala rasuah, penyelewengan, salahgunakuasa dan salahlaku jenayah seperti pecah amanah adalah antara anasir buruk atau elemen negatif yang tidak boleh dipandang ringan atau dipandang remeh. Masalah rasuah, penyelewengan, dan salahgunakuasa tersebut perlu ditangani segera dan secara bersungguh-sungguh, dengan pendekatan yang terancang, bersepadu, bersistematik dan menyeluruh. Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk mebanteras gejala rasuah:-

Menggerakan Kesedaran Rakyat supaya anti rasuah dan penyelewengan. Semua pihak, kursusnya semua peringkat kepimpinan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya memainkan peranan yang aktif untuk menyedarkan rakyat mengikut keupayaan dan bidang kuasa atau bidang pengaruh yang ada.

Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam - Dari segi mekanismanya sudah pun ada iaitu dengan penubuhan JKP disemua peringkat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Apa yang dibimbangkan ialah samada ia akan berfungsi dengan baik atau tidak. Sekali lagi ia bergantung kepada daya usaha dan kegigihan ketua-ketua organisasi berkenaan.

Negara Tanpa Rasuah – sebagaimana dalam cabaran ke empat Wawasan 2020, iaitu mengwujudkan masyarakat yang penoh bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dengan nilai agama, kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Mungkinkah tercapai jika rasuah tidak dibenteras.

Page 12: Sosial dan budaya pa (2)

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

11.1. PERANAN PEMIMPIN DAN KETUA JABATAN

a) Melahirkan Budaya Organisasi Cemerlang

Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga organisasi seharusnya ditangani secara tegas dan bijaksana. Nilai-nilai murni sebagaimana disarankan oleh Konvensyen JKP iaitu nilai teras dan kembangan hendaklah disemaikan dan bajai supaya ia subur menjiwai setiap warga organisasi. Kesebokan dengan projek-projek pembangunan hendaknya tidak menjadi alasan untuk lari dari tanggungjawab ini. Menggerakan JKP merupakan satu cabaran untuk melahirkan Budaya Kerja Cemerlang yang perlu dilakukan oleh ketua-ketua organisasi.

b) Pemimpin sebagai "role model"

Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu amat besar dan mutlak sekali. Pemimpin adalah merupakan role model dan "motor penggerak" untuk mencapai tujuan kewujudannya. Berjaya atau tidaknya sesebuah organisasi atau masyarakat dalam mencapai tujuan mereka, sebahagian besarnya ditentukan oleh cara-cara pemimpin dalam membimbing orang-orang yang dipimpinnya. Seseorang ketua atau pemimpin itu perlulah menjadi role model bagi warga organisasi yang diterajuinya. Jika sifat keperibadian dan nilai integriti yang tinggi menjadi asas kepimpinan, maka nilai-nilai yang sama dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, berkesan dan berterusan di kalangan anggota-anggotanya.

Dalam buku The Tao of Leadership, di zaman Dinasti Han China, pengaruh pemimpin dikatakan sebagai mempunyai ripple effect iaitu:

“Your behavior influences others through a ripple effect. A ripple effect works because everyone influences everyone else. Powerful people are powerful influences... Remember that your influence begins with you and ripples outward. So be sure that your influence is both potent and wholesome.”

Sabda Rasullullah s.a.w.:

“Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan dia tidak mengambil berat dan tidak memperdulikan mereka, nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama mereka.”(Riwayat Muslim)

11.2. Peranan Individu (Pekerja)

a) Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam sesebuah jabatan. Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-

Allah s.w.t. berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).”

Al-Anfal ayat 27,Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji." (Riwayat Muslim)

“Amanah itu membawa rezeki dan khianat itu menyebabkan kefakiran (kemiskinan dan kehinaan).(Riwayat al-Dailami)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah seseorang yang berusaha mencari harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka.”(Riwayat al-Bukhari)

Atas kesedaran itu, diharap setiap individu yang menjadi penjawat awam bolehlah berperanan mencegah rasuah yang antaranya dalah seperti berikut:-

Berpegang kepada prinsip agama dan nilai murni;Tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan ketika membuat keputusan;Bebaskan diri daripada hutang berlebihan dan bina gaya hidup yang sepadan dengan pendapatan;Utamakan perkhidmatan dari kepentingan diriTeliti dalam setiap urusanIkhlas bekerja tanpa harapkan balasanSegera membuat laporan percubaan meyogokMuhasabah diri.

Page 13: Sosial dan budaya pa (2)

• 12. PENUTUP

Rasuah adalah suatu gejala dan jenayah yang amat berbahaya. Ia wujud akibat perilaku manusia yang tipis imannya, rendah asas akhlak, dhaif akal-budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut pangkat atau kedudukan melalui jalan tidak sah. Justeru itulah, semua pihak khususnya penjawat awam seharusnya perlu prihatin untuk terus membanteras dan memerangi jenayah rasuah secara apa jua yang boleh dan termampu samada melalui perundangan, peraturan dan pendidikan. Dengan cara ini sahaja bukan sahaja keutuhan Perkhidmatan Awam dapat dipertahankan, malahan negara akan bebas dari gejala rasuah.

Page 14: Sosial dan budaya pa (2)

• 1) RASUAH Sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemilik sebagai tindakan untuk membalas dendam.Sebagai contoh bagi kategori ini ialah seperti iri hati atau cemburu dengan pesaingnya dalam perniagaan.A telah memberi sogokan kepada orang tertentu supaya mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh B.

• 2) Sogokan yang diberikan untuk memperolehi sesuatu sama ada jawatan, tempat, pekerjaan, tender/bidaan, projek atau kontrak.

• 3) Di dalam Bahasa Inggeris, memberi rasuah dan menerima rasuah diberi

• istilah berbeza iaitu “corruption” bagi menerima rasuah manakala• memberi rasuah diistilahkan sebagai “bribery”.

Page 15: Sosial dan budaya pa (2)

CABARAN ORGANISASI DALAM MENANGANI ISU RASUAH

• 1) Faktor Kelemahan Individu• · Pegangan Agama / Nilai Murni Semakin Longgar – Tekanan hidup untuk berlumba-lumba mengumpul kekayaan daripada pembangunan yang pesat menyebabkan

manusia lupa daratan dan melihat agama dan nilai murni tidak releven lagi dan lama-kelamaan sensitiviti terhadap ajaran agama dan nilai murni semakin kurang.

• 2) Faktor Sosial• · Ikatan Sosial yang Rapuh - hubungan sesama individu lebih bersifat materialistik , kepentingan perniagaan dan kekayaan.Rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang

tiada hubungan semakin hilang. Maka sesuatu tindakan yang diambil tampa menghiraukan risikonya kepada orang lain, persekitaran, masa depan bangsa, agama dan negara.

• 3) Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran• · Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi• Ø Iltizam Kepimpinan Yang Lemah - Tidak ramai pemimpin yang sanggup melarang pengikut dari amalan rasuah. Apatah lagi untuk bergiat aktif mencegah jenayah rasuah.

Mungkin kerana kurang kredibiliti atau takut dipulaukan. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kepimpinan jabatan atau organisasi kerajaan sahaja tapi juga dikalangan pimpinan NGO dan kepimpinan Politik negara.

• 4) Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi• · Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan• · Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.

• 5) Kuasa • · Memiliki kuasa melalui pelantikan jawatan Kuasa Pentadbiran• a. Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan tiada kawalan dalaman.• 6) Ciri Rasuah Yang Unik• · Perbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang

berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sukar dikesan.• 7) Penguatkuasaan Undang-Undang Terbatas• Ciri rasuah yang unik menyukarkan mereka yang melakukan jenayah rasuah di bawa ke pengadilan. Jika kes dibawa, masalah masalah lain akan yang timbul seperti saksi

enggan bekerjasama, keterangan tidak mencukupi dan seumpamanya

Page 16: Sosial dan budaya pa (2)

• B. HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH SESEBUAH ORGANISASI DALAM MENANGANI ISU RASUAH• Ø Menurut Syed Hussein (1995) terdapat Enam Tipologi;• 1) Rasuah Transaktif (transactive corruption): perbuatan kesepakatan timbal balik antara pihak pemberi dan penerima demi keuntungan kedua belah pihak, dengan aktif diusahakan tercapainya keuntungan ini oleh kedua-duanya.

• 2) Rasuah Memeras (extortive corruption): pihak pemberi dipaksa untuk merasuah untuk mencegah kerugian yang mengancam dirinya, kepentingannya atau orang-orang dan hal-hal yang dihargainya. Pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelakkan sebarang kerugian yang bakal menimpa diri atau kepentingannya.

• E Pemberi terpaksa memberi rasuah kerana, peminta dengan daya dan kuasa yang ada padanya telah menggugat dan mengancam pemberi. Sekiranya permintaan peminta rasuah tidak diikuti, maka pemberi rasuah akan dianiaya atau dizalimi. Rasuah jenis ini dilakukan sebelum berlakunya sebarang kerugian terhadap pemberi rasuah. memaparkan contoh perbuatan rasuah memeras:

• E Misalnya, seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada awal Disember 2006 yang lalu atas tuduhan menerima rasuah wang tunai RM600. Anggota polis tersebut didakwa menerima suapan itu daripada seorang lelaki berbangsa India sebagai upah supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan meletakkan van syarikat di tempat letak motosikal. Anggota polis ini juga telah melakukan pemerasan terhadap lelaki India itu, iaitu meletakkan ganja ke dalam van syarikatnya sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa. Oleh kerana dirinya terancam dan dianiaya serta telah dipaksa untuk memberi rasuah maka lelaki India tersebut telah merasuah anggota polis itu (Anon b. 2006,dalam Nor Hashima Jalaluddin & Razaimah Rashidin,2008)

• 3) Rasuah Investif (investive corruption): pemberian barang atau jasa tanpa ada pertalian langsung dengan keuntungan tertentu, selain keuntungan yang dibayangkan akan diperoleh di masa yang akan datang.Dalam konteks ini *pemberi bersalah dan penerima tidak bersalah*

• E Rasuah Investif ini dilakukan melalui pemberian sesuatu barang/entiti secara sukarela oleh pemberi kepada penerima dengan tujuan untuk mendapat pembalasan pada masa akan datang. Pembalasan yang akan diterima itu lebih kepada menjaga kepentingan diri dan menguntungkannya. Selain itu juga, pemberi rasuah dalamrasuah investif ini boleh dikategorikan bersalah kerana memberi sesuatu barang ataupun entiti dengan niat yang berunsur negatif dan terselindung. Dalam konteks ini juga, penerima rasuah investif ini boleh dianggap tidak bersalah kerana tidak mengetahui langsung niat sebenar si pemberi rasuah.

• E Dalam konteks hari ini, rasuah investif masih dilakukan di negara ini. Misalnya, seorang peniaga akan memberi hadiah kepada penguasa yang menguruskan bahagian perlesenan perniagaan dengan harapan pada masa akan datang, permohonan lesen yang dilakukan akan diproses dengan cepat. Ataupun perbuatan seorang kontraktor yang memberi hadiah, duit kopi atau ‘ang pow’ kepada pegawai-pegawai tertinggi yang menguruskan sesuatu projek pembinaan atau sebagainya. Perbuatan ini secara tersiratnya seolah-olah untuk membodek pegawai-pegawai tersebut bagi memperolehi sebarang peluang yang boleh menguntungkan kontraktor tersebut.

• 4) Rasuah perkerabatan (nepotistic corruption): menerima jawatan iaitu rasuah perkerabatan. Rasuah jenis ini dilakukan apabila sesuatu jawatan itu diberikan kepada keturunan yang sama, kaum keluarga atau saudara mara untuk memegang atau diberi sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Rasuah Perkerabatan yang berlaku pada peringkat pembesar atau pegawai-pegawai kerajaan atau sesiapa yang berkhidmat dengan sultan/raja sahaja.

• E Ini juga lebih bersifat menjaga kepentingan dan mementingkan diri sendiri kerana mengekalkan keturunan dalam menerima jawatan tersebut tanpa memandang kepada kebolehan dan keupayaan seseorang itu untuk menerima sesuatu jawatan itu.

• 5) Rasuah defensif (defensive corruption): perilaku mangsa rasuah dengan pemerasan dalam rangka mempertahankan diri atau rasuah yang dilakukan oleh seseorang untuk mempertahankan dirinya.

• E rasuah jenis ini menguntungkan pihak pemberi rasuah dan pihak yang menerimarasuah. Berikut adalah contoh data yang melibatkan rasuah defensif:

• E rasuah defensif dapat difahami sebagai perbuatan di mana pemberi terpaksa memberirasuah kerana untuk mempertahankan diri dan kepentingannya. Rasuah jenis ini menguntungkan pihak pemberi rasuah dan pihak yang menerima rasuah serta bersifat dua hala.

• 6) Rasuah Autogenik (autogenic corruption): Dilakukan seorang diri. Satu bentuk rasuah yang tidak melibatkan orang lain dan pelakunya hanya seorang sahaja. Selalunya melibatkan pemalsuan.• E Rasuah autogenik melibatkan domain perbuatan atau aktiviti pemalsuan dan pecah amanah . Rasuah Autogenik dapat difahami sebagai perbuatan pemalsuan atau pecah amanah yang membolehkan seseorang itu memperolehi keuntungan atau habuan yang tinggi. Rasuah ini dilakukan oleh seseorang secara sulit

atau tersembunyi dan bersifat satu hala sahaja.

• E Misalnya, November 2006, seorang kerani Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah disiasat oleh pihak polis kerana didakwa terlibat dengan kes pemalsuan permit import (AP) kenderaan mewah. Kerani wanita berkenaan dikatakan telah berjaya memperolehi lebih RM400,000 sebelum ditahan polis. Wanita itu dikatakan menjalankan kegiatan tersebut menggunakan kemudahan di tempat kerja termasuk semasa kakitangan lain sedang bercuti untuk memalsukan AP berkenaan. Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid telah mengatakan bahawa tiga syarikat besar iaitu dua pengimport kereta terkemuka dan satu pengimport barang am didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuklah memalsukan AP dan mengisytiharkan kereta import di bawah nilai serta mengemukakan ikrar palsu Azman Ismail, 2006 dalam Nor Hashima Jalaluddin & Razaimah Rashidin,2008). Oleh yang demikian, perbuatan pemalsuan permit AP, pengisytiharan kereta import di bawah nilai serta mengemukakan ikrar palsu dikategorikan sebagai Rasuah Autogenik.