social budgeting
DESCRIPTION
Social budgeting is a crucial tool to enhance the quality of the people. With the courtesy of Game Theory, this thesis stand of its own argument to the policies by government. *To read the whole thesis please email at [email protected]TRANSCRIPT
BAB 1
PENGENALAN KAJIAN
1.1 Pengenalan
Pendefinisian mengenai peruntukan sosial adalah sesuatu yang amat sukar. Kesukaran ini
mengakibatkan saya mengambil beberapa definisi yang berkaitan dengan peruntukan sosial
(social budgeting). Menurut International Labour Organization (ILO) peruntukan bukanlah satu
fahaman yang klasik. Peruntukan adalah institusi atau kerajaan yang meliputi keseluruhan atau
sesetengah bahagian daripada pendapatan dan perbelanjaan. Peruntukan dalam kontek sosial ini
meliputi perbelanjaan dan pendapatan sosial (diperuntukan untuk meliputi perbelanjaan sosial)
pelbagai institusi, begitu juga dengan kerajaan dan sektor swasta. Menurut ILO juga, peruntukan
sosial setiap negara itu berbeza bergantung kepada sistem perlindungan sosial dan juga
sekumpulan manfaat yang ditawarkan. Menurut Schiaro-campo (2007), peruntukan ini dilihat
sebagai “a purely technical assemblage of words and number to be left to bureaucrats and a few
politicians”. Secara realitinya peruntukan ini adalah perkara utama dalam dasar sosial dan
prospek pembangunan dalam setiap negara.
Perkara yang amat penting dalam membicarakan mengenai peruntukan sosial adalah
mengenai amalan prinsip peruntukan yang digunakan oleh perancang program sosial. Prinsip ini
melibatkan bagaimana pembahagian peruntukan sosial itu dilakukan. Tujuan kajian ini adalah
untuk memahami apa yang dilakukan oleh perancang program sosial awam, prinsip-prinsip yang
digunakan serta bagaimanakah proses yang dilakukan dalam setiap peruntukan yang dilakukan
ke atas program. Jonas Hinnfors (2008) menyatakan terdapat pelbagai teori yang berkaitan
dengan pembangunan polisi di setiap negara. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti
apakah proses yang terlibat dalam perancangan program sosial yang terlibat.
Model kontemporari proses belanjawan atau peruntukan (budgetary) mengenalpasti bahawa
autoriti peruntukan dibahagikan kepada pelbagai pelaku atau aktor yang mana kepentingan
(interest) dan matlamat (goal) selalunya tidak serasi atau tidak sesuai (Harvey J. Tucker, 2010).
Kebanyakan dasar sosial bergantung kepada belanjawan awam untuk untuk diimplimentasi.
Dalam sektor awam susunan dasar selalunya mengamalkan atau mengandungi komitmen sumber
masa hadapan termasuklah guru, pekerja sosial, sekolah, bantuan dan pencen persaraan dan
elaun mobiliti yang secara langsung atau tidak langsung adalah peruntukan awam.1
1.2 Permasalahan Kajian
Kajian mengenai prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam
terdapat banyak isu yang kontroversi. Isu tersebut termasuklah percanggahan pendapat tentang
peranan teknik dalam perancangan sosial, baik buruknya profesionalisme dan penyertaan ramai
serta nilai dan andaian ideologi yang terdapat dalam kajian mengenai perancangan sosial.
Kontroversi utama yang berkaitan bukan sahaja dengan perancangan, tetapi dengan perancangan
secara umumnya, melibatkan ciri perancangan itu sendiri. Terdapat definisi yang mengatakan
bahawa proses perancangan tidak ada bezanya dengan pembuatan keputusan pada umumnya, dan
ada pula yang mengatakan bahawa perancangan adalah satu tugas yang persis yang melibatkan
tahap kemahiran yang tinggi dan pegetahuan yang terperinci teknik perancangan sosial.
1 Walker, A., (1982), memperkatakan mengenai peruntukan social dari kontek dasar social yang mengikut
fahamannya peruntukan sosial merupakan satu perkara yang menentukan dasar sosial.
Satu lagi isu yang sering diperkatakan dalam perancangan ialah penyertaan ramai dalam
perancangan merupakan salah satu antara perbahasan yang membangkitkan sudut pandangan
yang berunsur nilai dan ideologi. Hal ini kerana, perancangan sosial itu bersifat ideologi kerana
melibatkan kepercayaan tentang cara yang terbaik mengatur masyarakat dan mengatasi penyakit
sosial. Namun begitu, sesetengah pihak ada yang menolak pandangan ini dan sebaliknya
berhujah bahawa dengan mengalihkan tanggungjawab membuat keputusan kepada mereka yang
memegang kuasa politik, perancangan sosial merupakan aktiviti yang neutral dari segi politik
(Midgley & Piachaud, 1995). Pandangan mengenai perancangan sosial ini memisahkan aktiviti
teknikal dan aktiviti politik serta menghujahkan bahawa perancang tidak membuat keputusan
tetapi menyediakan peluang bagi ahli politik untuk membuat pilihan yang rasional antara
alternatif yang berlainan.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian meliputi pelbagai soalan yang wujud untuk mencari dan memahami amalan
prinsip peruntukan dalam perancangan program sosial awam. Antara persoalan yang meliputi
kajian ini adalah:
1. Apakah prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam.
2. Apakah asas utama peruntukan sosial dalam perancangan progran sosial awam.
3. Bagaimanakah prinsip ini digunakan dalam perancangan program sosial awam.
4. Bagaimanakah proses yang berlaku dalam peruntukan program sosial awam.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti prinsip yang digunakan dalam peruntukan sosial dalam perancangan
program sosial awam.
2. Mengetahui asas utama peruntukan sosial dalam perancangan program sosial awam.
3. Mengetahui prinsip yang digunakan dalam perancangan program sosial awam.
4. Memahami proses atau teknik yang terlibat dalam peruntukan sosial bagi program sosial
awam.