soalan wajib 1(a)
DESCRIPTION
Tugasan Fasa 1 NPQEL 2/2015TRANSCRIPT
1 a. Berdasarkan contoh, jelaskan bagaimana dasar yang telah ditentukan mempengaruhi pembinaan pelan pembangunan sesebuah organisasi?
1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu daripada dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia yang menjurus kepada keberhasilan dan kemenjadian murid di mana setiap
murid diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah
serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan sepanjang tahun. Ianya selari
dengan anjakan yang ke 3 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
melahirkan rakyat yang menghayati nilai melalui pembangunan murid secara holistik
dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1 Kelab dan 1
Badan Beruniform .
Salah satu daripada program yang telah disediakan dalam Pelan Pembangunan
Sekolah yang menjurus kepada dasar 1M1S ialah ‘Sukan Untuk Semua’. ‘Sukan Untuk
Semua’ merupakan aktiviti sukan dan permainan yang melibatkan semua murid.
Dengan kata lain, semua murid akan melibatkan diri untuk bersukan dan bermain dalam
satu projek yang terancang dan sistematik ke arah melahirkan murid yang
berpengetahuan, cergas dan berpotensi tinggi untuk menjalani kehidupan yang
berkualiti. Di samping itu juga, aktiviti ini akan melahirkan generasi yang menjadikan
sukan sebahagian dari kehidupan seterusnya menggambarkan tahap kesihatan
masyarakat Malaysia.
Dalam program ini, semua murid diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam
aktiviti sukan dan permainan yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan dan
kemampuan sekolah. Program ini bertujuan untuk memastikan setiap murid
termasuklah murid berkeperluan khas wajib mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan Ia juga memberikan kepada semua murid yang berbakat
dan berpotensi dalam bidang sukan untuk dinilai hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
‘Sukan Untuk Semua’ bermatlamat untuk:
1. Mewujudkan rasa seronok sukan dan permainan. Melahirkan murid yang
seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.
2. Memperkembangkan potensi dan bakat individu murid dalam bidang sukan
dan permainan.
3. Membentuk sikap positif terhadap sukan dan permainan.
4. Memperkenalkan kepada murid serta meningkatkan kemahiran asas dalam
kalangan murid terhadap sukan dan permainan.
5. Melahirkan murid yang prihatin dan sedar terhadap kepentingan menjaga
kesihatan.
6. Menjadikan sukan sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang yang
berfaedah.
Beberapa jenis sukan yang telah dipilih dalam program ‘Sukan Untuk Semua’
ialah :
1. Bola Sepak.
2. Bola Jaring.
3. Bola Baling.
4. Badminton
5. Olahraga
Antara aspirasi murid yang terlibat secara langsung dalam ‘Sukan Untuk Semua’
ialah pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran memimpin. Dalam program ini
murid akan diberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang sukan yang dipilih.
Kemudian murid akan melalui sesi latihan dari masa ke semasa mengikut jadual dan
perancangan yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Apabila murid telah dibekalkan
dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam sukan dan permainan yang
ditetapkan, mereka akan menggunakan kemahiran berfikir untuk mengaplikasikannya
sewaktu mereka bermain atau bersukan. Akal yang cerdas akan melahirkan badan
yang cerdas. Kemahiran memimpin akan diterapkan kepada ketua pasukan secara
langsung untuk mengemudi anak buah dalam pasukannya ketika satu-satu
pertandingan atau perlawanan. Satu pasukan yang baik dan berjaya bergantung
kepada cara kepimpinan yang baik juga.
Selain itu, pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang terlibat secara aktif
dari mula perancangan dijalankan, memberikan sumbangan idea, saranan dan
cadangan ke arah pelaksanaan program. Seterusnya melibatkan diri dalam proses
pelaksanaan program dan akhirnya mampu menjadi penilai terbaik terhadap program
tersebut.
Soalan 1 b. Bagaimanakah Analisis Persekitaran berperanan dalam Pelan
Pembangunan sesebuah organisasi?
Analisis persekitaran merupakan satu proses pengumpulan maklumat dari
persekitaran sesebuah organisasi untuk menentukan isu-isu yang ada, cabaran-
cabaran yang timbul dan ’trends’ yang wujud yang akan memberikan kesan kepada
sesebuah organisasi.
Beberapa alat kualiti yang boleh digunakan untuk menguji tahap keberkesanan
analisis persekitaran dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi ialah Analisis
SWOT/C, Analisis Jurang(Gap), Analisis Force-Field, Analisis Tulang Ikan(Ishikawa),
Analisis Sebab-Akibat dan Strategi Kanvas( Blue Ocean Strategy).
Analisis SWOT/C merupakan alat kualiti yang dipilih untuk menguji tahap
keberkesanan pelan pembangunan yang dihasilkan kerana ianya boleh menguji dan
menganalisis persekitaran dalaman ( Strengths dan Weaknesses ) dan luaran
( opportunities dan threats). SWOT/C terdiri daripada elemen:
1. Strengths ( kekuatan) : ciri-ciri sesebuah organisasi yang boleh membantu
organisasi mencapai objektif.
2. Weaknesses ( kelemahan): ciri-ciri sesebuah organisasi yang boleh
menggagalkan organisasi untuk mencapai objektif.
3. Opportunities ( peluang ) : situasi luaran yang boleh membantu sesebuah
organisasi mencapai objektif.
4. Threats ( ancaman) : situasi luaran yang boleh membantu menggagalkan
organisasi mencapai objektif.
Melalui analisis SWOT, kita dapat mengenalpasti secara menyeluruh isu kritikal
yang menjadi halangan untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan dalam
Pelan Pembangunan Organisasi. Penggunaan analisis SWOT membolehkan program-
program dirancang secara S.M.A.R.T. iaitu:
1. S (Specific)- Tepat dan pasti
2. M (Measurable)-boleh diukur dan dinilai.
3. A (Achievable/Accesible)- boleh dicapai
4. R(Realistic)- munasabah
5. T (Time frame) – dalam tempoh masa
Analisis persekitaran memainkan peranan yang sangat penting di dalam
penyediaan Pelan Pembangunan sesebuah organisasi supaya apa jua perancangan
yang diatur dan akan dilaksanakan menjadi lebih berfokus dan menjurus ke arah satu
matlamat yang telah dipersetujui. Setiap masalah dan kekangan dalam proses
mencapai matlamat dapat dikenalpasti dan ditangani bersama oleh pihak yang terlibat
dalam pembinaan Pelan Pembangunan. Dengan itu, Pelan Pembangunan yang dibina
bukan hanya harapan dan impian barisan kepimpinan sahaja tetapi menjadi impian
bersama warga sekolah sepenuhnya.
Soalan c : Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada
keupayaan seseorang pemimpin menangani isu-isu terhadap pelaksanaan di dalam
organisasinya. Jelaskan.
Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada keupayaan
seseorang pemimpin dalam menangani isu-isu terhadap pelaksanaan di dalam
organisasinya. Seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan strategik iaitu
berfikiran terbuka, menerima kepelbagaian, berfikir diluar kotak, ingin tahu, mencabar
andaian, berhati-hati, simpati dan optimis. Selain itu juga, seorang pemimpin itu perlu
membuat pemantauan, penilaian dan pembahbaikan terhadap pelan pembangunan
yang dilaksanakan menggunakan alat-alat penilaian, borang-borang pemantauan yang
bersesuaian.
Dalam merealisasikan dasar 1M 1S seperti yang telah dirancang di dalam Pelan
Pembangunan Sekolah, beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah:
1. Kurang kemudahan dan prasarana sukan di sekolah.
2. Kurang sokongan daripada ibubapa dan komuniti setempat.
3. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
4. Peruntukan yang diberikan dalam melaksanakan program 1M1S tidak
mencukupi.
Oleh itu, seorang pemimpin yang cemerlang akan menggunakan ciri-ciri
kepimpinan strategik dan juga kemahiran kepimpinannya untuk menangani isu yang
timbul dalam pelaksanaan program 1M1S. Faktor kekurangan sumber kewangan
menjadi isu utama dalam pelaksanaan projek yang telah dirancang. Dengan peruntukan
yang terbatas, pihak sekolah masih perlu meneruskannya. Oleh yang demikian,
sumbangan kewangan daripada pihak luar diperlukan bagi meneruskan segala usaha
ke arah menjana kecemerlangan sekolah.
Pemimpin yang cemerlang perlu sentiasa mempamerkan sikap yang optimis dan
positif dalam menangani apa jua isu dan cabaran. Jalinan baik dengan rakan setugas,
guru-guru, warga sekolah, ibubapa, PIBG dan NGO boleh mempengaruhi
penyelesaian isu yang timbul melalui bantuan kewangan, kepakaran dan sokongan
yang diperolehi.Kepimpinan yang cemerlang juga mampu mempengaruhi
kakitangannya untuk bekerja sepasukan bahkan dapat mempengaruhi komuniti luar
berganding bahu dalam merealisasikan pelaksanaan program yang dirancang.