soalan tatabahasa spm

3
LATIHAN 1 Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah. 2. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral. 3. Puan Sharifah menghadiahi anaknya sutas jam tangan setelah lulus peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia dengan cemerlang. 4. Selepeas beberapa ketika dia menyedari kesalahannya itu. 5. Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu kembali setelah memahami penerangan pegawai itu. 6. Dia akan mengkaji spesies tumbuh-tumbuhan aneh di hutan itu sekali lagi. 7. Murid-murid sedang membersihkan kawasan persekitaran sekolah. 8. Sizuka menggubah bunga itu untuk dihadiahkan kepada Nobita. 9. Kita hendaklah menghargai pengorbanan dan jasa kedua-dua ibu bapa. 10. Aspalela telah membalas surat itu. 11. Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. 12. Dia tidak mempercayai kata-kata Abu Hassan itu lagi. LATIHAN 2 Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Insentif akan diberikan oleh syarikat kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang memuaskan. 2. Ilmu pengetahuan yang luas dapat ditimba oleh mereka yang banyak membaca. 3. Orang tua yang melintas jalan bersama-sama dengan cucunya itu dipimpin oleh Aminah. 4. Pelbagai jenis alat bantu mengajar akan dibekalkan oleh pihak kementerian ke seluruh sekolah. 5. Kerja-kerja itu tidak dapat saya selesaikan dalam tempoh waktu yang amat singkat. 6. Pandangan yang diutarakannya turut kami setujui. 7. Harga kereta import akan ditetapkan oleh kabinet pada minggu depan. 8. Masalah keruntuhan moral remaha hari ini perlu ditangani segera oleh kerajaan. 9. Sebuah lagu Melayu asli telah didendangkan oleh penyanyi itu. 10. Siaran televisyen Malaysia juga telah ditonton oleh rakyat Singapura. 11. Perahu mereka telah diserang oleh lanun ketika berlabuh di pangkalan. 12. Bangunan kosong yang tidak berpenghuni itu telah dijadikan sarang oelh penagih dadah.

Upload: liza83tintabahasa

Post on 17-Jan-2016

149 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Ayat aktif dan ayat pasifCakap ajuk dan cakap pindahAyat songsang dan ayat biasa

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN TATABAHASA SPM

LATIHAN 1

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah.

2. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

3. Puan Sharifah menghadiahi anaknya sutas jam tangan setelah lulus peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia dengan cemerlang.

4. Selepeas beberapa ketika dia menyedari kesalahannya itu.

5. Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu kembali setelah memahami penerangan pegawai itu.

6. Dia akan mengkaji spesies tumbuh-tumbuhan aneh di hutan itu sekali lagi.

7. Murid-murid sedang membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

8. Sizuka menggubah bunga itu untuk dihadiahkan kepada Nobita.

9. Kita hendaklah menghargai pengorbanan dan jasa kedua-dua ibu bapa.

10. Aspalela telah membalas surat itu.

11. Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi.

12. Dia tidak mempercayai kata-kata Abu Hassan itu lagi.

LATIHAN 2

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Insentif akan diberikan oleh syarikat kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang memuaskan.

2. Ilmu pengetahuan yang luas dapat ditimba oleh mereka yang banyak membaca.

3. Orang tua yang melintas jalan bersama-sama dengan cucunya itu dipimpin oleh Aminah.

4. Pelbagai jenis alat bantu mengajar akan dibekalkan oleh pihak kementerian ke seluruh sekolah.

5. Kerja-kerja itu tidak dapat saya selesaikan dalam tempoh waktu yang amat singkat.

6. Pandangan yang diutarakannya turut kami setujui.

7. Harga kereta import akan ditetapkan oleh kabinet pada minggu depan.

8. Masalah keruntuhan moral remaha hari ini perlu ditangani segera oleh kerajaan.

9. Sebuah lagu Melayu asli telah didendangkan oleh penyanyi itu.

10. Siaran televisyen Malaysia juga telah ditonton oleh rakyat Singapura.

11. Perahu mereka telah diserang oleh lanun ketika berlabuh di pangkalan.

12. Bangunan kosong yang tidak berpenghuni itu telah dijadikan sarang oelh penagih dadah.

Page 2: SOALAN TATABAHASA SPM

LATIHAN 1

Tulis ayat-ayat di bawah semula dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

1. “Jangan berdiri di sini,” kata perempuan tua itu kepada Burhan.

2. “Selesaikan masalah pergaduhan antara kamu dengan kawan kamu dengan segera,” pinta ayah kepada adik.

3. “Adakah orang itu tukang kebun baharu sekolah kita?” tanya Cikgu Aleena kepada pengetua.

4. Kata Athirah dan Nabila, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”

5. “Ular! Ular!” Mak Cik Salmah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga itu,” katanya lagi.

6. Kata Dayang kepada Ramlah, “Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak untuk mengelakkan kamu daripada mendapat penyakit.

LATIHAN 2

Tulis ayat-ayat di bawah semula dalam bentuk cakap ajuk tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Rusdi mengatakan bahawa jika kita rajin bersenam, maka badan akan sentiasa sihat.

2. Doktor Fikri menasihati Adi agar rajin makan ubat supaya cepat sembuh.

3. Alia berkata kepada Ria bahawa sudah hampir tiga tahun mereka terputus hubungan.

4. Hamidah ingin tahu daripada Suria tentang cara dia datang ke situ.

5. Raihan mengatakan bahawa hujan yang lebat telah menyebabkan rumahnya dinaiki air.

6. Puan Sofea bertanyakan kepada anaknya, Ismail sebab dia tidak menghadiri kelas tuisyen matematik malam tadi.

LATIHAN 1

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Puan Diana sedang menunggu panggilan daripada anak bongsunya untuk mengetahu keputusan temu duga.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh cantik.

3. Penduduk kampung secara bergotong-royong membina rumah itu.

4. Maslinda membaca buku sambil mendengar radio.

5. Rupa paras merupakan salah satu elemen penting dalam bidang seni selain bakat nyanyian atau lakonan.

6. Pelajar itu belajar sehingga lewat malam untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

LATIHAN 2

Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Sambil mendengar radio, kakak mengemas rumah.

2. Dijual dengan harga yang murah, kebanyakan barang tiruan bermutu rendah.

3. Setiap hari, Ladyana akan mengulang kaji pelajaran

Page 3: SOALAN TATABAHASA SPM