modul tatabahasa spm 2013- latihan

28
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrt yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio pasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG [MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA TINGKATATAN 5 - SPM] NAMA: TINGKATAN:

Upload: azlindanan72679

Post on 21-Jul-2016

466 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

latih tubi

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG

[MODUL PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA TINGKATATAN 5 - SPM]

NAMA:TINGKATAN:

Page 2: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

INDEKS

BIL TARIKH PERKARA TANDATANGAN CATATAN

2

Page 3: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

TEKNIK MENJAWAB SOALANPENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(30 MARKAH)

Soalan-soalan dalam bahagian ini biasanya mengandungi enam pecahan sebagaimana yang berikut.3 (a) membina ayat – 6 markah3 (b) menganalisis ayat atau mencerakinkan ayat atau menukarkan ayat cakap ajuk/cakap pindah atau menyambungkan ayat

atau menukarkan ayat aktif/ayat pasif –6 markah3 (c) mengesan kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan – 6 markah3 (d) mengesan kesalahanpenggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa – 6 markah3 (a) peribahasa – 6 markah

PANDUAN DAN CARA MEMBINA AYATSOALAN 3(a) : MEMBINA AYAT

Antara kelemahan sebilangan besar pelajar dalam bahagian ialah :

a. Gagal membina ayat seperti yang dikehendaki dalam skema pemarkahan.b. Pelajar melanggar arahan soalan yang ditetapkan.

Untuk membaiki kelemahan ini, pelajar disarankan agar memahami beberapa panduan yang berikut dahulu, sebelum menjawab soalan membina ayat.

1. Ayat yang dibina hendaklah matang dan sesuai dengan tahap pelajar.2. Mestilah lengkap strukturnya (subjek dan predikat) dan tidak tergantung.3. Jangan gunakan perkataan yang diuji sebagai nama khas atau peribahasa.4. Jangan bina ayat yang tidak logik dan tidak menunjukkan pemahaman terhadap perkataan yang diuji5. Pelajar boleh memberikan makna perkataan tetapi hendaklah dalam ayat yang lengkap6. Jangan bina ayat yang kelihatan seperti satu ayat tetapi sebenarnya dua atau lebih ayat.7. Jangan tambah / buang / ubah imbuhan pada perkataan yang diuji.8. Jika menggunakan ayat cakap ajuk, pastikan peraturan menulis ayat itu dipatuhi.9. Jika tidak yakin ayat yang dibina itu tepat, calon boleh membina 2 ayat bagi perkataan yang diuji.10. Markah akan dipotong bagi kesalahan ejaan dan tatabahasa.11. Pelajar wajar membina ayat dalam lingkungan 10 – 15 patah perkataan.

Kesimpulannya:

Setiap ayat yang dibina hendaklah mematuhi kehendak soalan, misalnya tidak menambah atau menukar imbuhan. Ayat yang dibina haruslah dapat menunjukkkan pengetahuan pelajar tentang makna kata. Selain itu ayat itu hendaklah gramatis.

Seboleh-bolehnya, ayat yang dibina biarlah setara dengan kebolehan dan kematangan calon SPM atau pelajar tingkatan lima, bukannya ayat yang terlalu mudah dan ringkas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Contoh soalan:

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah sup aya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa, dan nama khas.

a . l a l ub . b e r l a l uc . m el a lu id . j a l a ne . ber ja lanf . p e r j a l a n a n [6 markah]

Contoh jawapan:a. l a lu- Hanya kenderaan berat sahaja yang boleh lalu di jalan itu kerana banjir masih belum surut lagi.

- Dua malam yang lalu , kami bermesyuarat untuk membincangkan cara – cara meningkatkan kawalan keselamatan di kampung ini.

- Semenjak dia sembuh daripada penyakit demam panas yang dihidapinya sebulan dahulu, dia kelihatan lemah dan kurang berupaya akibat tidak lalu makan.

3

Page 4: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

b. berlalu- Selepas memulangkan beg pakaian saya yang tertinggal di dalam teksinya semalam, pemandu teksi itu

pun berlalu meninggalkan rumah kami.- Keadaan cuaca sudah kembali tenang dan ribut kencang yang melanda kawasan kediaman kami sejak

malam tadi sudahpun berlalu.- Biarpun peristiwa banjir besar itu sudah berlalu kira-kira setahun lamanya, namun segala kenangan

pahit yang yang kami alami tetap segar dalam ingatan.

c. melalui- Sebelum sampai ke perkampungan masyarakat orang asli itu kami terpaksa melalui jalan yang

berbukit-bukit dan berliku-liku.- En. Rahmat telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya melalui

peguamnya di mahkamah.- Patik sekalian tiada kuasa melalui titah tuanku kerana patik sekalian telah bersumpah untuk tidak menderhaka

kepada tuanku.

d. ja lan- Tidak ada jalan pintas bagi kita untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa sahaja bidang yang kita ceburi

kecuali dengan ketekunan dan usaha yang bersungguh-sungguh. - Untuk mengelakkan kami tersesat, kami meminta bantuan anggota polis untuk menunjukkan jalan ke Universiti Malaya.

- Semua pelajar dinasihati supaya membaca novel itu berulang kali dan mahamkan jalan ceritanya sebelum menjawab soalan-soalan yang disediakan.

d. berjalan- Oleh sebab tidak terdapat sebarang kemudahan pengangkutan, kebanyakan pelajar yang tingal di

kawasan pedalaman negeri itu terpaksa berjalan kaki ke sekolah.- Persidangan Ketua-ketua Negara Asean yang akan berlangsung di Putrajaya pada awal bulan hadapan,

dijangka akan berjalan lancar tanpa bantahan mana-mana pihak terutamanya parti pembangkang.- Sebelum bertolak ke Pulau Langkawi pada pagi itu, Abu dinasihati oleh ibunya supaya membawa sedikit

bekalan makanan kerana dia hendak berjalan jauh.

Perjalanan- Kami sempat singgah untuk menghilangkan dahaga di kawasan rehat

Rawang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Ipoh,selepas menziarahi datuk dan nenek yang tingal di Kuala Lumpur.

- Pegawai-pegawai koperasi bertanggungjawab mentadbir perjalanan koperasi dengan jujur di samping mengamalkan sikap bersih,cekap dan amanah.- Perjalanan menggunakan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melalui lebuh raya, akan mengambil masa kira-kira empat jam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

LATIHAN 1(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa

anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.i) gemala – gemalaiii) selesa – selesaiiii) tua – tuai [6 markah]

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

4

Page 5: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

LATIHAN 2(a) Tulis dua ayat daripada setiap perkataan yang berikut supaya jelas menunjukkan perbezaan maksud

dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.i) lakuii) tawariii) perang [6 markah]

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

LATIHAN 3(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa

anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) menumpang - menampung(ii) terbiar - terbias(ii i) berguru - bergurau

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

LATIHAN 4(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan

penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

( i ) i k u t( i i ) i k u t a n( i i i ) b e r i k u t( i v ) m e n g i k u t( v ) m e n g i k u t i( v i ) p e n g i k u t

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

5

Page 6: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

PANDUAN TAMBAHANMEMBINA AYAT-AYAT

Peringatan:1. Hanya ayat yang lengkap dan gramatis sahaja yang akan diberi pertimbangan markah.2. Bagi menunjukkan maksud dan pengunaan perkataan yang diberi dengan tepat pelajar boleh menggunakan unsur sebab,

tujuan, cara dan kesan dalam ayat yang dibina.3. Elakkan sebarang kesalahan ejaan dan kesalahan tanda baca.4. Jangan menggunakan perkataan yang berkenaan sebagai peribahasa.5. Pelajarjuga diingatkan agar tidak menggunakan perkataan yang berkenaan sebagai kata nama khas.6. Pelajar boleh memberikan makna perkataan yang diberi dengan tepat untuk memperoleh markah.7. Pelajar tidak boleh membina lebih daripada satu ayat untuk menjelaskan maksud dan penggunaan perkataan yang

berkenaan.8. Elakkan menambah sebarang imbuhan lain atau mengubah imbuhan yang sedia ada pada perkataan yang berkenaan.9. Pelajar boleh menggunakan struktur ayat cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.10. Bina satu ayat sahaja bagi setiap perkataan yang dikemukakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bagi memastikan pelajar dapat membina ayat-ayat yang jelas maknanya serta gramatis, berikut ini diterangkan beberapa panduan untuk kegunaan pelajar.Menurut Tatabahasa Dewan, ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Pada umumnya terdapat empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu.

Pola Subjek PredikatPola 1 Frasa Nama

En. SaibiFrasa Nama pengetua sekolah

Pola 2 Frasa Nama Ibunya

Frasa Kerja sedang memasak

Pola 3 Frasa Nama Bayi itu

Frasa Adjektif comel sungguh

Pola 4 Frasa Nama Kereta saya

Frasa Sendi Nama di bengkel

Ringkasnya empat pola ayat dasar itu adalah sebagaimana yang berikut:Frasa Nama + Frasa NamaFrasa Nama + Frasa KerjaFrasa Nama + Frasa AdjektifFrasa Nama + Frasa Sendi Nama

Contoh:i. Datuk saya pegawai polis (FN + FN)ii. Bapa Reena sedang menulis (FN + FK)iii. Anak sulungnya sungguh bijak (FN + FA)iv. Rumahnya di bandar Nilai (FN + FS)

Ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

a) Ayat tunggal ialah ayat mudah dan terdiri daripada satu klausa sahaja. Klausa ialah binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat.

Contoh ayat tunggal (satu klausa) ialah sebagaimana yang di atas.Ayat di atas terdiri daripada satu subjek dan satu predikat dan dikenali sebagai ayat tunggal kerana terdiri daripada satu klausa (klausa terdiri daripada satu subjek dan satu predikat).

6

Page 7: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

Subjek Predikat

Datuk saya,Bapa Reena Anak sulungnya,Rumahnya.

pegawai polissedang menulissungguh bijakdi bandar Nilai

Kedudukan subjek dan predikat dalam ayat menentukanjenis ayat itu, sama ada ayat itu ayat biasa atau ayat songsang. Ayat biasa ialah ayat yang subjeknya mendahului predikat, manakala ayat songsang ialah ayat yang predikatnya mendahului subjek.Perhatikan contoh ayat tunggal biasa dan ayat tunggal songsang yang berikut:

(a) Ayat tunggal biasa:1.Ibu Umairah ke Johor Bahru pagi semalam.2.Kereta itu di bawah pokok.3.Dia mengecat rumah4.Kucing itu dimandikannya

(b) Ayat tunggal songsang:1.Ke Johor Bahru ibu Umairah pagi semalam.2.Di bawah pokok kereta itu.3.Mengecat rumah dia.4.Dimandikannya kucing itu.

Jenis-jenis Ayat TunggalAyat tunggal dapat dibahagikan pula kepada empat jenis, iaitu ayatpenyata, ayat tanya, ayatperintah, dan ayat seruan. Jenis ayat ini dapat juga di kenal pasti berdasarkan gaya pengucapan atau intonasinya. Contoh setiap jenis ayat ini adalah seperti berikut:

(a) Ayat Penyata:Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contohnya:

1.Mereka sedang mengulang kaji pelajaran .2.Pasukan koir sekolah kami memang hebat.3.Mesyuarat ahli jawatankuasa kantin akan diadakan pada hari esok.4.Pondok usang di hadapan rumah saya itu roboh.

(b) Ayat Tanya:Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ada duajenis ayat tanya.(i) Ayat tanya dengan kata tanya(ii)Ayat tanya tanpa kata tanya

1. Di manakah rumah awak?2. Dia belajar di Universiti Malaya?3. Abang hendak pulang sekarang juga?4. Sekarang jugakah abang hendak pulang?

(c) Ayat perintah:Ayat ini diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:

(i) Ayat suruhan - Gosok gigi awak dahulu sebelum tidur.(ii) Ayat larangan - Jangan membuat tuduhan tanpa usul periksa.(iii) Ayat silaan - Sila letakkan semua fail itu di atas meja saya.(iv) Ayat permintaan - Tolong tuliskan nama anda pada borang ini.

7

Page 8: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

(d) Ayat seruan:Ayat seruan diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu perasaan, seperti gembira, marah, hairan, sakit dan sebagainya.

1. Tahniah, awak telah berjaya!2. Amboi, garangnya!3. Aduh, sakitnya kakiku!4. Wah, cantiknya rumah awak!

Ayat Aktif dan Ayat PasifAyat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua ragam, iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Ragam ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Berikut ialah contoh ayat-ayat aktif:1. Puan Nurul mengunci almari (aktif transitif)2. Pak Omar memotong rumput ( aktiftransitif)3. Saya menyemak karangan pelajar tersebut (aktiftransitif)4. Awak menaikkan bendera itu semalam ( aktiftransitif)5. Murid-murid tadika itu sedang bermain ( aktif tak transitif)6. Hawa termenung sepanjang malam ( aktiftak transitif)

Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Dalam ayat aktif, kata kerja aktif (kata kerja yang berimbuhan meN-... digunakan kecuali pada kata makan dan minum), manakala kata kerja pasif (kata kerja yang berimbuhan di-... bagi ayat pasif diri ketiga, dan kata kerja pasif diri pertama dan diri kedua (kata kerja yang tidak berimbuhan) digunakan dalam ayat pasif diri pertama dan diri kedua. Digu

Berikut ialah contoh ayat-ayat pasif:1. Almari dikunci oleh Puan Nurul.2. Rumput dipotong oleh Pak Omar.3. Karangan pelajar tersebut saya semak.4. Bendera itu awak naikkan semalam.

Kepelbagaian soalan tentang ayat dalam peperiksaan: Membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi, Menggabungkan atau menyambungkan ayat tunggal untuk menjadi ayat majmuk, Menulis beberapa (enam) ayat tunggal daripada ayat-ayat majmuk yang diberi, Menukar ayat biasa ke bentuk ayat songsang atau sebaliknya, Menukar ayat aktif ke ayat pasif atau sebaliknya,, Menyatakan jenis-jenis ayat. Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah atau sebaliknya, Menganalisis ayat

LATIHAN1. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat

perintah atau ayat seruan.(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu?(iii) Syamimi baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

8

Page 9: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________

2. Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.(i) Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih sungguh.(ii)Ibunya masih belum pulang dari pejabat.(iii) Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.(iv) Iman menulis rencana itu di bilik bacaan.(v) Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah.______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

3. Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Kita berasa terkilan apabila melihat kemasukan warga asing ke negara ini yang semakin bertambah walaupun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sebilangan kecil rakyat kita sendiri kerana mereka bukan sahaja telah memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing, malah menyeludupkan warga asing masuk ke negara ini.

[6 markah]

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

4. Tukar ayat-ayat pasif di bawah ke bentuk ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.(i) Kampung itu dilanda banjir besar.(ii) Harta benda mereka yang hanyut tidak dapat diselamatkan oleh orang kampung.(i) Perahu kami gunakan untuk memindahkan mangsa banjir.(ii)Mangsa banjir turut dibantu berpindah ke tempat yang selamat oleh orang ramai.(v) Bantuan wang ihsan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir disalurkan oleh

kerajaan.(vi) Bekalan makanan dan keperluan harian untuk mangsa banjir tersebut turut disumbangkan oleh sektor swasta.

[6 markah]

9

Page 10: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN 3(b)

MENUKARKAN AYAT CAKAP DAN CAKAP PINDAH

1. Cakap ajuk ialah ayat atau petikan yang berbentuk perbualan atau dialog. Cakap pindah pula ialah ayat atau petikan biasa yang berbentuk laporan.

2.Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bermaksud menukarkan suatu teks berbentuk perbualan atau dialog kepada suatu teks yang laporan biasa.

3. Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk bermaksud menukarkan suatu teks yang berbentuk laporan kepada suatu teks berbentuk perbualan atau dialog.Untuk menukar cakap ajuk ke cakap pindah atau menulis dialog daripada petikan yang diberi, pelajar perlu membaca petikan itu dengan teliti dan kemudian melaksanakan tugasan dengan membina ayat-ayat yang gramatis, sama ada dalam bentuk cakap ajuk atau bentuk dialog atau bentuk cakap pindah. Setiap ayat yang ditulis hendaklah membawa maksud yang sama dengan maksud yang terdapat dalam petikan atau dialog yang asal. Pelajar boleh menggunakan beberapa panduan yang berikut untuk memudahkan tugasan.

1.Baca petikan yang diberi sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran dan pemahaman maksud petikan . Pelajar digalakkan menomborkan setiap ayat dalam petikan yang dibaca untuk memastikan ayat-ayat yang akan ditukarkan mengikut urutan dan susunannya.

1. Kenal pasti jenis-jenis ayat yang hendak ditukarkan kepada pindah atau cakap ajuk itu, sama ada jenis ayat penyata atau ayat tanya atau ayat seruan atau ayat perintah (ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan ). Hal ini akan memudahkan pelajar untuk menentukan cara yang paling tepat untuk menukarkan ayat.

1. Semua kata singkatan dalam petikan akan ditukarkan ke dalam bentuk kata yang lengkap atau penuh. Contohnya ni ditukarkan kepada ini, tak menjadi tidak, nak menjadi hendak, dah menjadi sudah dan sebagainya.2. Kata ganti nama diri dan kata tunjuk ditukarkan kepada kata ganti diri dan kata tunjuk yang sesuai. Lazimnya kata

ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua akan ditukar kepada kata ganti diri ketiga. Contohnya, kata ganti diri saya ditukarkan menjadi dia, kata ganti diri kami ditukarkan menjadi mereka. Kata tunjuk ini ditukar menjadi itu, di sini menjadi di situ dan sebagainya.

5. Kata yang digunakan untuk menunjukkan masa juga perlu ditukarkan. Contohnya perkataan sekarang, perlu ditukarkan menjadi pada waktu itu, perkataan semalam ditukarkan menjadi hari sebelumnya, pada hari ini menjadi pada hari itu dan sebagainya.6. Pastikan juga semua kata tanya dan kata seru akan digantikan dengan kata lain yang lebih sesuai, manakala semua

ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan dalam cakap ajuk atau dialog perlu ditukarkan menjadi ayat penyata dalam cakap pindah. Kata tanya bila digantikan dengan masa, bagaimana digantikan dengan cara atau ingin tahu. Kata tanya apa digantikan dengan apa-apa. Kata seru wah! digantikan dengan perasaan hairan, kata seru amboi! digantikan dengan kata sambil memuji atau berasa terkejut, perkataan helo! ditukarkan dengan menegur atau menelefon dan sebagainya bergantung kepada kesesuaiannya menurut petikan..

Contoh soalan - 1Tulis semula dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah.Cikgu Khai : Mengapa awak tidak membeli makanan di kantin sekolah semasa rehat tadi?

Najib : Maafkan saya cikgu. Sebenarnya saya ada membawa makanan yang dibekalkan oleh ibu saya, jadi tak perlulah saya ke kantin untuk membeli makanan. Lagipun saya dapat menjimatkan wang saku yang diberi oleh ayah saya pada setiap hari.

Cikgu Khai : Bagus betul tindakan ibu awak, Najib. Awak beruntung kerana sejak awal lagi awak sudah dididik dengan amalan berjimat-cermat Najib : Kami orang susah cikgu. Bapa saya seorang buruh kasar sementara ibu saya pula tidak bekerja. Kalau saya tidak berjimat-cermat tentu kehidupan kami akan menjadi lebih susah. Cikgu Khai : Betul tu Najib. Sikap dan tabiat awak ni sepatutnya menjadi contoh dan amalan pelajar-pelajar lain.

(6 markah)

Contoh jawapan bagi soalan 1:10

Page 11: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

Cikgu Khai memulakan perbualan sambil menyatakan rasa ingin tahu sebab-sebab Najib tidak membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. Dengan rasa rendah diri Najib memohon maaf daripada Cikgu Khai dan menyatakan yang dia sebenarnya ada membawa makanan yang dibekalkan oleh ibunya, menyebabkan dia tidakperlu ke kantin untk membeli makanan. Dengan itu dia juga dapat menjimatkan wang saku pemberian ayahnya pada setiap hari. Cikgu Khai memuji tindakan itu sambil menyatakan bahawa Najib merupakan seorang anak yang beruntung kerana telah dididik dengan amalan berjimat-cermat sejak awal lagi. Najib menjelaskan bahawa mereka orang susah. Bapanya seorang buruh kasar sementara ibunya pula tidak bekerja. Jika dia tidak berjimat-cermat tentu kehidupan mereka akan menjadi lebih susah. Cikgu Khai mengiakan kata-kata sambil menegaskan yang sikap dan tabiat Najib itu sepatutnya menjadi contoh dan amalan pelajar-pelajar yang lainnya.

Contoh soalan 2Tukarkan petikan perbualan dalam bentuk cakap ajuk yang berikut ini ke dalam bentuk cakap pindah.Pintu pejabat bilik Pegawai Daerah diketuk perlahan. Suara sayup dari dalam kedengaran menyuruh masuk. Ikram memutar tombol. Pintu dibuka perlahan.“Selamat pagi, bos!” Suara Ikram riang.“Ha Ikram ! Selamat pagi. Bila sampai? Kalau aku tak silap engkau sepatutnya melapor diri besok, bukan?” Jalil bersuara lantang.Dua sahabat lama itu bersalaman dan berpelukan mesra.“Sebenarnya aku dah sampai ke bandar Pontian ni sejak tiga hari yang lalu. Bosan aku duduk di rumah tu. Aku datang jumpa kau ni saja nak tanya khabar! Eh Liza dengan anak-anak kau ada di Pontian ni?”“Liza sihat! Si Hafiz tu dah masuk tadika sekarang. Liza mengandung lagi, dah lima bulan.”“Oh, Tahniah! Bakal dapat adik lagilah si Hafiz tu. ” Riang suara Ikram, diiringi senyuman berseri.“Aku dah dapat dua orang junior. Engkau macam mana? Nak aku carikan ke?” Jalil berbisik sambil mengangkat ibu jari.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada novel RESTU karya Ismail Kassan)

Contoh jawapan bagi soalan 2:Pintu pejabat bilik Pegawai Daerah diketuk perlahan. Suara sayup dari dalam kedengaran menyuruh Ikram masuk. Ikram memutar tombol. Pintu dibukaperlahan. Dengan suara yang nyaring Ikram mengucapkan selamat pagi kepada bosnya. Jalil seakan-akan terkejut, menyapa Ikram sambil membalas ucapan selamat pagi dengan suara yang lantang. Jalil ingin tahu masa sebenar Ikram tiba di situ, kerana sepanjang pengetahuannya Ikram hanya patut melaporkan diri pada keesokan harinya. Dua saha bat lama itu bersalaman dan berpelukan mesra. Ikram seterusnya menjelaskan sebenarnya dia sudah sampai ke bandar Pontian itu sejak tiga hari yang lalu. Ikram menyatakan lagi yang dia berasa bosan untuk duduk di rumah lalu datang menemui Jalil untuk bertanyakan khabar. Ikram seterusnya ingin kepastian sama ada isteri Jalil, Liza dengan anak-anak Jalil juga berada di Pontian. Jalil menjelaskan bahawa isterinya Liza berkeadaan sihat sementara anaknya Hafiz sudah belajar di tadika. Jalil turut memberitahu Ikram bahawa Liza sudah mengandung lagi dan pada ketika itu sudah masuk bulan kelima. Dengan suara yang menggambarkan keriangan diiringi senyuman yang berseri, Ikram mengucapkan tahniah kepada Jalil atas perkembangan itu sambil menyatakan yang Hafiz bakal akan memperoleh adik lagi. Secara berseloroh Jalil mengusik Ikram sambil menyatakan yang dia sudah ada dua orang anak sedangkan Ikram pula masih belum beristeri. Sambil berbisik Jalil menawarkan diri untuk mencarikanjodoh Ikram

LATIHAN 1Tukarkan petikan dialog berikut kepada bentuk cakap pindahAman : Helo! Boleh saya bercakap dengan Najwa?Najwa : Najwa sedang bercakap ni. Siapa di sana?Aman : Ini Amanlah. Takkan tak kenal suara saya ni.Najwa : Maafkan saya Aman kerana saya tak berapa cam suara awak.

Ada apa menelefon saya pagi-pagi ni?Aman : Awak dah baca surat khabar hari ini? Ada berita baik untuk awak.

Nama awak telah disenaraikan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara pada awal bulan depanNajwa : Betulkah begitu Aman? Seronoknya saya mendengar. Nama awak turut disenaraikan atau tidak?Aman : Ada. Kita ditempatkan di kem yang sama iaitu di Kem Seri Ledang, Tangkak, Johor.Najwa :Harap-harap ramai lagi kawan sekolah kita ditempatkan di kem yang sama ya Aman.

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

11

Page 12: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

LATIHAN 2Tukarkan petikan perbualan dalam bentuk cakap ajuk yang berikut ini ke dalam bentuk cakap pindah.“Awak lewat lagi hari ini Lau Kong. Masuk hari ini sudah tiga hari berturut-turut awak datang lewat.” Kata Afendi sambil membuat catatan.“olonglah saya Afendi. Jangan laporkan kesalahan saya kepada Cikgu Syah. Nanti saya kena hukum. Tolonglah saya. ”Lau Kong merayu simpati.“Baiklah, tetapi awak mesti memberitahu saya alasan-alasan yang munasabah hingga menyebabkan awak selalu terlewat hadir ke sekolah. ”Tegas Afendi.“Terima kasih Afendi, kerana memahami masalah saya. Nanti apabila ada masa lapang saya akan memberitahu awak sebab-sebab saya selalu hadir lewat. ”Tambah Lau Kong dengan nada sebak dan suara yang tersekat-sekat.‘Sudahlah tu. Sekarang ini mari kita masuk ke bilik darjah dan mula belajar. Takut nanti kita tertinggal pelajaran pula. ”Afendi mengakhiri perbualan.

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

ANALISIS AYAT

Salah satu kemahiran bahasa yang menjadi komponen penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran menganalisis ayat. Pemahaman tentang aspek analisis ayat perlu dikuasai oleh pelajar untuk membolehkan pelajar menggunakan ayat-ayat bahasa Melayu dengan betul, di samping dapat menjawab soalan-soalan berkaitan tatabahasa dengan mudah dalam peperiksaaan.JENIS-JENIS AYAT

Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seru. Ayat-ayat ini dikategorikan demikian berdasarkan tujuan sesuatu ayat diucapkan atau ditulis.a) Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara atau ayat yang digunakan untuk

memberitahu orang lain tentang sesuatu. Ayat jenis ini akan diakhiri dengan tanda noktah dalam penulisan.b) Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada orang lain. Ayat ini diakhiri dengan

tanda tanya (tanda soal) dalam penulisan.a) Ayat perintah pula digunakan untuk menyuruh, melarang, meminta pertolongan, dan mempelawa orang lain. Terdapat empat

jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat permintaan, dan ayat silaan. Semua ayat ini diakhiri dengan tanda noktah dalam penulisan.

a)Ayat yang digunakan untuk menyatakan perasaan dikenali sebagai ayat seru dan ayat ini diakhiri dengan tanda seru.

Latihan umum:12

Page 13: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan sama ada ayat itu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru.(i) Pengetua sekolah itu akan bersara.(ii) Siapakah yang menghantar murid itu pulang ke rumahnya?(iii) Jangan membazirkan masa awak dengan hanya berbual-bual kosong sahaja.(iv) Sila masuk ke dalam dewan itu untuk mengikuti taklimat yang berkenaan.(v) Kami singgah untuk menunaikan solat asar di masjid tersebut.(vi) Amboi, banyaknya awak berbelanja pada bulan ini!

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

BINAAN AYAT – Subjek dan PredikatAyat terbina daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, subjek mendahului predikat, tetapi dalam ayat susunan songsang, predikat mendahului subjek. Lazimnya, bahagian subjek terdiri daripada kata nama, kata gantinama atau frasa nama. Selain itu, terdapat segolongan kata adjektif dan kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama dan boleh menjadi subjek ayat.

Contoh bahagian subjek ayat ialah:(i) Kami membersihkan bilik darjah pagi tadi.(ii)Kebersihan dan keceriaan bilik darjah perlu diberikan keutamaan oleh semua murid.

(iii Sebilangan besar penduduk yang terlibat dengan masalah banjir di kampung itu telah menerima bantuan daripada kerajaan.

(iv) Sabar ialah sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin.(v) Membaca merupakan hobi kami sekeluarga pada masa lapang.

Bahagian predikat ayat pula lazimnya terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.Contoh bahagian predikat ayat ialah:(i)Murid yang mendapat keputusan cemerlang itu ialah anak encik Khairun . (ii) Kejayaannya itu telah mengharumkan nama sekolahnya . (iii) Dia merupakan murid yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. (iv) Murid itu akan melanjutkan pelajaran di luar negeri. (v) Niesreena mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajarnya .

Latihan:Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan sama ada bahagian yang bergaris itu subjek atau predikat.(i) Pertandingan akhir bola sepak antara sekolah peringkat negeri akan diadakan pada hujung minggu ini.(ii) Semua pemain yang terlibat telah menjalani latihan intensif sejak beberapa bulan yang lalu . (iii) Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga . (iv) Bersemangat sungguh pemain-pemain itu menjalani latihan.(v) Bersikap sambil lewa ialah tabiat yang merugikan.(vi) Kemenangan dalam pertandingan ini merupakan hadiah paling berharga kepada semua pemain.

_____________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

13

Page 14: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

KEDUDUKAN FRASA NAMA, FRASA ADJEKTIF DALAM AYATKata nama atau frasa nama juga boleh berfungsi sebagai objek dan sebagai pelengkap dalam ayat. Kata nama atau frasa

nama menjadi objek apabila wujud selepas kata kerja transitif aktif dan menjadi pelengkap apabila wujud selepas kata kerja tak transitif.Contoh kata nama atau frasa nama sebagai objek dan sebagai pelengkap ialah:(i)Cik Wahidah mengundang penyanyi itu ke rumahnya semalam. (objek)(ii) Cik Wahidah ingin menjadi penyanyi terkenal . (pelengkap)(iii) Kalidevan mengesat peluh yang mengalir di dahinya (objek)(iv) Dia bermandikan peluh selepas membanting tulang di kebunnya sepanjang hari. (pelengkap)

Selain berfungsi sebagai sebahagian predikat dalam ayat, kata adjektif atau frasa adjektif juga boleh menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif dalam ayat.Contoh kata adjektif atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai pelengkap ialah:(i) Kesesakan jalan raya di bandar itu akan beransur reda selepas tengah malam..(ii) Wajah gadis itu semakin ceria apabila mengetahui permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti

diluluskan.

Frasa sendi nama juga boleh berfungsi sebagai frasa keterangan dalam ayat, di samping berfungsi sebagai predikat. Perhatikan contoh ayat-ayat yang berikut:(i) Peminat-peminat bola sepak berbaris di luar stadium sejak awal pagi lagi.(ii)Kami bersiar-siar di ruang legar bangunan hotel mewah tersebut.

Latihan:Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan tentukan sama ada perkataan yang bergaris itu objek, pelengkap ataufrasa keterangan.(i) Pada setiap hujung minggu, kami mengadakan perbincangan secara berkumpulan di perpustakaan awam. (i)Pengurus syarikat itu memberikan sijil penghargaan kepada beberapa orang pekerja yang telah menunjukkan prestasi

kerja yang cemerlang.(ii) Semua pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh sekiranya ingin mencapai kejayaan.(iii) En. Shah membeli rumah besar itu untuk isterinya.

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

GOLONGAN KATA DALAM AYATLazimnya ayat terbentuk daripada banyak perkataan yang terdiri daripada beberapa golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, dan kata tugas. Pelajar perlu mengetahui setiap golongan kata yang membentuk sesuatu ayat.Contoh ayat “Kami mengulang kaji pelajaran di perpustakaan awam pada hujung minggu” terdiri daripada pelbagai golongan kata, iaitu:

kami = kata ganti diri ketiga,mengulang kaji = kata kerja transitifaktif,pelajaran = kata nama am,di = kata sendi nama,perpustakaan = kata nama am,awam = kata adjektif,pada = kata sendi nama,hujung = kata nama am,minggu = kata nama am.

14

Page 15: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

Contoh soalan:Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan golongan kata bagi setiap kata yang bergaris dalam ayat-ayat tersebut.Menurut ramalan kaji cuaca, hujan lebat dijangka akan berterusan sepanjang minggu ini. Oleh sebab itu, semua penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah, terutamanya di kawasan yang berdekatan sungai dikehendaki berpindah ke pusat pemindahan banjir dengan segera. Hal ini demikian bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk menimpa mereka.

Contoh jawapan: hujan =kata nama amakan =kata bantupenduduk =kata nama amberpindah =kata kerja tak transitifke =kata sendibanjir =kata nama am.segera =kata adjektifmengelakkan =kata kerja transitifburuk =kata adjektifmereka =kata gantinama diri ketiga

LATIHAN1. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut.(i) Sampah sarap yang bersepah di sekitar kawasan perumahan itu telah dibersihkan oleh pekerja- pekerja syarikat pembersihan itu. (ii) Semua penduduk disarankan agar tidak membuang sampah secara sesuka hati. (iii) Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Penduduk taman perumahan yang berkenaan turut menggesa

para penduduk agar sentiasa mengutamakan kebersihan.(iv) Dua orang pemain badminton sekolah ini telah dipilih untuk mewakili negeri Johor ke

pertandingan peringkat kebangsaan tidak lama lagi.(v) Kami berasa amat bangga dengan pencapaian pemain badminton yang berkenaan. (vi) Para pemain yang melakukan latihan secara intensif pada setiap hari itu dibimbing oleh jurulatih yang disediakan oleh

Majlis Sukan Negeri.[6 markah]

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

2. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan golongan kata bagi setiap perkataan yang bergaris.

Di Malaysia, kemiskinan agak sinonim dengan masyarakat luar bandar. Namun, tanpa disedari kemiskinan juga membelenggu masyarakat kota yang kian dihimpit oleh peningkatan kos sara hidup yang semakin serius . Statistik terkini menunjukkan bahawa peratus kemiskinan di bandar meningkat secara mendadak.

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

15

Page 16: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASAKESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

Salah satu soalan yang menjadi komponen soalan 3 dalam Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah soalan yang mengehendaki pelajar mengenal pasti dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam ayat-ayat yang diberi. Lazimnya ada tiga ayat yang dikemukakan dan dalam setiap ayat terdapat dua kesalahan, iaitu satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Pelajar perlu mengenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan dan imbuhan untuk diperbetul kesalahannya. Untuk itu, pelajar perlu mengetahui ejaan perkataan yang betul dan penggunaan imbuhan yang sesuai bagi perkataan tertentu.

LATIHAN:

Untuk menguji penguasaan ejaan anda, tandakan ejaan yang betul bagi perkataan yang berikut:

Adegan Adigan afdhal afdalAkupungtur akupunktur akademik akedamikDisipilin Disiplin aneka ragam anika ragamEksklusif Ekseklusif anti-bakteria antibakteriaEletrik Elektrik antarabangsa antara bangsabaik pulih Baikpulih hak cipta hakciptaKomplek Kompleks penguatkuasa penguat kuasaMatlamat Matalamat juru ukur juruukurOtomobil automobil fasal pasalFacsimile faksimili lagenda legendaProtein protein maksimum maksimaStesyen stesen samudra samuderauar-uar war-war pendita pendetawas-was waswas seksefon saksofonwalhal wal hal sayugia seyogia

PANDUAN MENJAWAB SOALANContoh arahan:Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenalpasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Baca ayat yang diberi dengan teliti dan kenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

ii. Tulis ayat yang diberi semula dan baiki kesalahan itu dengan ejaan dan imbuhan yang betul.iii. Kekalkan struktur ayat dan maksud ayat yang asal.

KESALAHAN EJAANTerdapat banyak faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan berlaku. Antaranya ialah:i. kesalahan keselarasan vokal,ii. kesalahan mengeja kata pinjaman,iii. kesalahan mengeja perkataan kerana berlaku pengimbuhan,iv. kesalahaan menggunakan tanda baca dan lain-lain.

(i) Kesalahan Keselarasan VokalPelajar sepatutnya dapat membezakan perkataan yang mematuhi keselarasan vokal dengan kata-kata yang tidak mematuhi keselarasan vokal. Terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa serumpun yang tidak mematuhi keselarasan vokal. Antara perkataan itu ialah:

Ejaan yang salah Ejaan yang betulanih anehawit awetbarungan barongancalun calongembeling gembleng

16

Page 17: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

kagit kagetketrampilan keterampilanlakun lakonlapur laporpamir pamerpelusuk pelosokperabut perabotpelupur peloportulin tulen

(ii) Ejaan Kata PinjamanHurufawal dalam kata dasar bagi kata pinjaman dikekalkan apabila menerima imbuhan. Contohnya ialah:

Kata dasar Kata terbitanproses memprosesprotes memprotesprogram memprogramkantaat mentaatitafsir pentafsirtadbir pentadbirantauliah pentauliahantakrif mentakrifkankategori mengkategorikankomputer mengkomputerkankritik mengkritikklasifikasi mengklasifikasikankafir mengkafirkankomersial mengkomersialkan

(iii) Kesalahan Mengeja Perkataan kerana Pengimbuhan

Pertama:Pelajar perlu membezakan antara di-.. .sebagai imbuhan dan di sebagai kata sendi nama. Di-... dianggap sebagai imbuhan apabila digabungkan dengan kata kerja dan perkataan yang menerima imbuhan itu dieja sebagai satu perkataan.Contoh penggunaan di-... sebagai imbuhan ialah:diajar , diambil alih,disemak, ditulis,dilaksanakan, diagihkan,dijadikan, dipertanggungjawabkan.

Apabila di hadir sebelum kata nama, frasa nama atau sebelum kata nama arah, maka di dianggap sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah dengan kata nama, frasa nama atau kata nama arah yang mengikutinya.Contoh penggunaan di sebagai kata sendi nama ialah:di bandar, di luar gelanggang,di makmal sains, di atas bumbung rumah,di Sungai Danga, di dalam bilik bacaan dan sebagainya.

Sebagai peringatan kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.Contoh:Penggunaan yang salah Penggunaan yang betulDi pagi yang hening Pada pagi yang heningDi zaman moden Pada zaman modenDi waktu malam Pada waktu malamDi hari yang sama Pada hari yang samaDi kurun ke-19 Pada kurun ke-19

Kedua:

Pelajar juga perlu membezakan antara penggunaan akhiran ...-kan dan akhiran ...-an.Akhiran ...-kan digunakan untuk membentuk kata kerja. Apabila akhiran ...-kandiimbuhkan pada kata yang ejaannya berakhir dengan huruf k, maka akan wujud dua huruf k. Sementara itu apabila kata itu bukan berakhir dengan huruf k, maka wujud satu hurufk sahaja dalam perkataan tersebut.

Contoh perkataan yang menerima akhiran ...kan ialah:melaporkan, dilaporkan,menjayakan, dijayakan,memaklumkan, dimaklumkan,mencampuradukkan, dicampuradukkan,

17

Page 18: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

memasakkan, dimasakkan

Sebaliknya, akhiran ...-an diimbuhkan dengan kata kerja untuk membentuk kata nama. Sekiranya, kata yang diimbuhkan itu berakhir dengan huruf k, maka akan wujud satu hurufk sahaja dalam perkataan itu.Contoh kata yang menerima akhiran ...–an:

angkatan asuhanbalasan, balingancatatan, cabarangarisan, hasutanhalangan, jeritan,ketukan, galakan,pekikan, sepakan,gerakan, tolakan.

Ketiga:

Pelajar sering melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan yang kata dasarnya bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, gh dan kh dan menerima imbuhan awalan meN-.... Hal ini berlaku kerana imbuhan meN-... akan bertukar menjadi meng-... .Contohnya:mengambil, mengajar,mengekor, mengeratkan,mengikut, mengindahkan,mengolah, mengomel,mengupah, mengubat,menghidu, mengheret,mengkhianati, mengkhususkan.

Bagi perkataan yang kata dasarnya dimulai dengan hurufg dan gh maka wujudlah dua hurufg.Contohnya:mengganggu, menggoda,mengganas, menggulai,menggandakan, menggunakan,mengghairahkan, mengghaibkan.

Keempat:

Masih ramai pengguna bahasa Melayu yang kurang menyedari bahawa awalan meng menjadi menge-apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata, sama ada perkataan Melayu mahupun kata pinjaman.

Contohnya:mengebom, mengecat,mengelap, mengepos,mengepam, mengehadkan,mengesyorkan, mengeyakan,mengekhaskan, mengekod

(iv) Kesalahan Menggunakan Tanda BacaPenggunaan tanda sempang (-) yang betul. Terdapat beberapa perkataan yang perlu menggunakan tanda sempang apabila dieja. Hal ini perlu disedari oleh pelajar agar tidak melakukan kesilapan. Antaranya ialah:* Tanda sempang digunakan apabila mengeja perkataan berganda sama ada penggandaan penuh,

penggandaan berentak (bebas, berentak konsonan, dan berentak vokal), dan penggandaan berimbuhan.

Contoh perkataan berganda ialah:sekolah-sekolah, budak-budak, kura-kura, lalu-lalang, bukit-bukau, gunung-ganang, kuih-kuih, berlari-larian, dan sebagainnya.

* Tanda sempang digunakan untuk memisahkan antara imbuhan dengan kata nama khas, imbuhan dengan angka, dan angka dengan imbuhan.Contoh perkataan yang menerima imbuhan dan perlu diberi tanda sempang ialah: Insya-Allah, kehendak-Nya, hamba-Mu, pro-Islam, anti-Israel, ke-7, ke-477, 1980-an, dan sebagainya.

LATIHAN 1Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahanpenggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Kebanyakkan perabot yang terdapat di dalam pejabat pengurus bank itu diimpot dari Brazil.(ii) Pelajar yang ingin menyertai perkemahan pasukan badan beruniform itu dikehendakki mendapatkan

kebenaran daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu.18

Page 19: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

(iii) Pihak penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang di alami oleh peserta yang mengambil bahagian.

[6 markah]

LATIHAN 2Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahanpenggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu .

(i) Pekerja dikilang tersebut sedang memeroses isi buah nanas yang sudah direbus dengan air gula untuk dijadikanjem.

(ii) Cikgu Sharina meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke kelinik untuk mendapatkan rawatan di pagi itu.

(iii) Peminat-peminat bola sepak yang membanjiri stadium itu sejak awal pagi lagi merasa hampa apabila diberi tahu bahawa pertandingan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.

Catatan dan latihan tambahanKesalahan Ejaan dan Imbuhan

Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai imbuhan yang boleh digunakan untuk membentuk kata-kata baru daripada sesuatu kata dasar. Penggunaan imbuhan bukan sahaja dapat mengubah golongan kata, tetapi dapat membawa makna baru pada kata terbitan yang dibina. Ada empat jenis imbuhan yang lazim digunakan, iaitu:

awalan,akhiran,apitan, dan sisipan.

Namun begitu masih ramai pelajar yang keliru untuk menggunakan beberapa imbuhan tertentu. Pelajar perlu faham bahawa imbuhan yang digunakan mempunyai fungsi tertentu dan mendukung makna tertentu. Contohnya:

a) Penggunaan imbuhan meN-... -kan dan meN-... .-iMasih ramai pelajar yang gagal untuk membezakan antara penggunaan imbuhan meN...-kan dan meN-... -i. Untuk melihat perbezaan antara imbuhan itu, perhatikan ayat-ayat yang berikut:

i)i) menaikkan:Para peniaga digesa agar tidak menaikkan harga barangan keperluan hariansesuka hati, ekoran kenaikan harga minyak di pasaran sekarang ini. menaiki:Selepas berjalan kaki selama beberapa jam, kami terpaksa menaiki bot dan menungkah arus sungai yang deras sebelum tiba di perkampungan orang asli.

( i i ) m e n e m u k a n :Program ”Cari Waris” yang dianjurkan oleh persatuan belia kampung itu berjaya menemukan Praveena dengan ibu kandungnya yang telah terpisah sejak lima belas tahun yang lalu..menemui:Pengetua akan menemui keluarga pelajar yang malang itu untuk mengucapkan takziah atas peristiwa sedih yang telah menimpa mereka disamping menghulurkan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah.

( i i i ) menjalankan:Walaupun berada di kawasan pedalaman, guru-guru di sini tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas kerana mereka sentiasa mendapat kerjasama daripada ibu bapa pelajar dan penduduk kampung. .menjalani:Puan Dahlia akan membawa semua pekerjanya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Imbuhan meN-... -kan digunakan sebelum objek yang tidak bernyawa, manakala imbuhan meN-... -i digunakan sebelum objek yang bernyawa.

AYAT DUA OBJEK

Terdapat juga kata dasar yang dapat menerima apitan meN-... -kan dan meN-... -i

19

Page 20: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

meN-... -kan (penanda kausatif) En. Muthu menghadiahkan sebuah motosikal kepada Kalidevan.En. Muthu menghadiahi Kalidevan sebuah motosikal.

Rumusmen-... -kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada men-... -i = Objek Bernyawa

Contoh lainKakak mengirimkan sepucuk surat kepada ibu. Kakak mengirimi ibu sepucuk surat.

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-... -kan dan meN-...

meN-... -kan (penanda benefaktif)Emak membuatkan ayah secawan air teh.

meN-... Emak membuat secawan air the untuk ayah.

Rumusmen-... -kan = Objek Bernyawa

men-... = Objek Tidak Bernyawa = untuk

Contoh lain

Abang Lee membelikan ayah sehelai tali leher. Abang Lee membeli sehelai tali leher untuk ayah.

(b) Penggunaan imbuhan menN-... -kan dan ...-anAntara contoh imbuhan kata kerja ialah meN-... kan dan contoh imbuhan kata nama ialah ...–an. Untuk membentuk kata kerja bagi kata yang tidak berakhir dengan hurufk, maka satu k sahaja digunakan dan bagi kata yang berakhir dengan k, maka dua k digunakan. Sebaliknya, bagi membentuk kata nama dengan kata yang berakhir dengan k, maka wujud satu k. Contoh perkataan yang mengelirukan pelajar ialah:

Kata dasar Kata kerja terbitan Kata nama terbitan agak mengagak agakanbetul membetulkan pembetulancantik mencantikkan kecantikanenak mengenakkan keenakangalak menggalakkan galakanlayak melayakkan kelayakanmasak memasakkan masakannaik menaikkan kenaikanpajak memajakkan pajakanrosak merosakkan kerosakan

(c) Penggunaan imbuhan meng-..Penggunaan imbuhan meng-... digunakan untuk membentuk kata kerja. Namun begitu huruf ’g’ tidak akan digugurkan walaupun diimbuhkan dengan kata yang bermula dengan huruf ’g’.Contoh perkataan itu ialah:aku = mengaku, canai = mencanai,ekor = mengekor, daftar = mendaftar,gergaji = menggergaji, ganda = menggandakan,gaji = menggaji, gamat = menggamatkan, dan sebagainya.

(d) Penggunaan imbuhan mempeR-... dan diper...dengan kata adjektifSatu perkara penting yang perlu disedari oleh pelajar ialah imbuhan mempeR-... dan diper-... apabila diimbuhkan pada kata adjektif, tidak perlu diberikan akhiran ...-kan seperti yang dilakukan apabila mengimbuhkannya dengan kata nama atau dengan kata kerja.

Contohnya:memperbanyak, memperbesar,mempercantik, memperdalam,memperelok, memperbetul,dipererat, diperindah,diperkukuh, diperlebar,dipermudah, diperkecil

Sebagai peneguhan, lihat dan kaji soalan yang telah dikemukakan dalam peperiksaan lalu dan rujuk jawapan yang disediakan.a) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenalpasti kesalahan tersebut dan betulkannya

20

Page 21: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

(i) Mak Misah sentiasa menasihatkan anak-anaknya supaya memelihara sopan-santun dan tata susila serta tidak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.

(ii) Satu penerangan ringkas tentang bahaya dadah dan pamiran beberapa jenis dadah akan diadakan bersempena majlis pelancaran kempen anti dadah peringkat sekolah pada minggu hadapan.

(i)Kerajaan menggalakan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

Contoh b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenalpasti dan betulkan

kesalahan itu.(i) Sebuah syarikat pemaju perumahan bumiputera telah ditugaskan untuk mengambilalih urusan pembinaan

sebuah projek perumahan di kampung itu, yang terbangkalai sejak dua tahun yang lalu.(ii) Keterampilan berbahasa dalam kalangan penuturjati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari masa ke

semasa.(iii) Majlis Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang dijadualkan pada penghujungan bulan ini akan

dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Segamat. [6 markah]

LATIHANc) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat duapenggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setiap warga negara hendaklah berganding bahu dan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mempastikan keamanan dan keharmonian negara ini dapat dikekalkan pada sepanjang masa .

(ii) Setiap rakyat Malaysia seharusnya fasih bertutur dalam bahasa Melayu untuk menunjukan kecintaan mereka terhadap bahasa resmi negara.

(iii) Dalam soalan itu terdapat arahan yang menghendakki pelajar menuliskan maksud peri bahasa.[6 markah]

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Para pemain badminton sekolah diminta melipat gandakan latihan, sebagai pesediaan untuk menghadapi pertandingan akhir badminton peringkat negeri, pada hujung bulan ini.

(ii) Latihan-latihan intensif yang mereka jalankan sekarang ini adalah di bawah bimbingan juru latih yang disediakan oleh Majlis Sukan Daerah.

(iii) Jika pasukan ini berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut semua pemain akan menerima hadiah yang lumaian seperti wang tunai dan pakej pelancong ke Pulau Langkawi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

21

Page 22: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesalahan penggunaan Kata Tugas

Masih ramai penutur bahasa Melayu yang melakukan kesalahan penggunaan kata tugas. Telitikan kesalahan pengunaan kata tugas dalam ayat-ayat berikut. Betulkan kesalahan yang telah anda kenal pasti, kemudian semak jawapan yang diberi.a. Oleh kerana dia tidak sihat, dia tidak akan menyertai pertandingan itu.b. Selain daripada memasak, diajuga suka mengemas rumah.c. Mereka saling bermaafan di pagi hari raya.d. Nirwana membuang sampah di dalam tong sampah.e. Pekerja-pekerja itu memulakan kerja pembersihan daripada sudut kanan dewan itu.a.Arahan tersebut datang dari pegawai atasan syarikat itu.f. Layang-layang itu tersangkut di tiang telefong. Surat ini dikirimkan pada siapa?b.Rahman membeli sebentuk cicncin bagi tunangnya.c.Wanita itu selalu termenung kerana teramat rindukan anaknya.h. Di dalam hal ini, saya sangat tidak bersetuju.d.Ada beberapa persamaan di antara perwatakan ibu dan ayah Khadijah .i. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang awak hulurkan.j. Berguni padi di kilang itu belum diproses.k. Tiap yang bernyawa pasti akan mati.l. Setengah orang tidak menggemari masakan yang pedas.

Jawapan contoh: a.Oleh sebab dia tidak sihat, dia tidak akan menyertai pertandingan itu.b.Selain (perkataan daripada digugurkan) memasak, dia juga suka mengemas rumah.c. Mereka saling bermaafanpada hari raya.d.Nirwana membuang sampah ke dalam tong sampah.e.Pekerja-pekerja itu memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan itu.f. Arahan tersebut datang daripada pegawai atasan syarikat itu.g.Layang-layang itu tersangkutpada tiang telefonh.Surat ini dikirimkan kepada siapa?i. Rahman membeli sebentuk cincin untuk tunangnya.j. Wanita itu selalu termenung kerana teramat rindu akan anaknyak. Dalam hal ini, saya sangat tidak bersetuju.l. Ada beberapa persamaan antara perwatakan ibu dan ayah Khadijah .m. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang awak hulurkan.n.Berguni-guni padi di kilang itu belum diproses.o.Setiap yang bernyawa pasti akan mati.p.Sesetengah orang tidak menggemari masakan yang pedas.

Contoh Soalan 1:Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan kata atau istilah yang tidak sesuai. Tulis ayat-ayat di bawah semula dengan menggantikan kata atau istilah tersebut.i. Saya tidak dapat mengecam siapa yang datang ke rumah saya di malam itu.ii. Bapa saya memeriksa semua fail-fail yang diingini oleh ketua jabatannya semalam.iii. Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan

dirantau ini.[6 markah]

22

Page 23: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

LATIHAN 1:Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Senaraikan

dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.i. Kapal terbang yang membawa kumpulan haji itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antara bangsa

Kuala Lumpur.ii. Pegawai-pegawai penguatkuasa telah merampas berpuluh kotak cakera padat cetak rompak dari kedai itu.iii. Agenda perbincangan itu sudah diserahkan kepada pengerusi untuk disemak dan akan disebarkan kepada semua ahli

persatuan.[6 markah]

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________

LATIHAN 2Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.i. Masih ramai peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan akhir nyanyian lagu-lagu asli itu

belum menyenaraikan diri mereka.ii. Pihak pengurusan pusat membeli-belah itu sentiasa mengadakan jualan lelong barang-barang terpakai untuk

mengambil perhatian orang ramai.iii.Berbagai jenis kuih-muih yang dijual oleh Mak Cik Siti di gerai itu habis dibeli oleh pengurus kilang tersebut.

[6 markah]

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________

PERIBAHASA DAN PERUMPAMAAN MELAYUMAKSUD DAN PENGGUNAAN

Aspek pengetahuan tentang peribahasa dan penggunaan peribahasa Melayu terdapat dalam soalan mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. (rujuk soalan 3e). Untuk itu dalam siri kali ini cikgu akan bincangkan serba sedikit maklumat tentang peribahasa untuk kegunaan pelajar.

Sebenarnya masih ramai pengguna bahasa Melayu, terutamanya para pelajar yang keliru dengan konsep peribahasa. Dalam peribahasa terkandung pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan, kata-kata hikmat dan simpulan bahasa.

Perumpamaan Simpulan Bahasa

Bidalan PERIBAHASA Pepatah

23

Page 24: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

Kata-kata Hikmat Perbilangan

Pengertian umum :

Bidalan : ”Cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai dari beberapa zaman, walaupun dicakapkan dengan lurus sahaja atau dengan kias yakni diumpamakan kepada perkara lain.” * Contohnya alah bisa, tegal biasa.Perumpamaan: ”Bidalan yang menyebutkan maksudnya dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada lain perkara sahaja dan tidaklah dinamakan perumpamaan jika perkataannya tidak mengiaskan atau mengumpamakan seperti itu. *Perbilangan : ”Cakap-cakap bidalan yang telah jadi seperti undang-undang seperti ”hidup dikandung adat, mati dikandung tanah...” *Pepatah : Pepatah dan bidalan tidak mempunyai perbezaan yang besar. Bezanya pepatah mementingkan pengajaran dan pendidikan. Contohnya, ” Malu bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut.”Simpulan Bahasa : ”Rangkaian perkataan yang telah tetap terbeku dalam susunan khas dan dipakai dengan erti yang khas seperti buah tangan, kaki bangku, tangkai jering dan lain-lain.” *

* Za ’ba, Pelita Bahasa Melayu Penggal III.Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis peribahasa iaitu, peribahasa yang mempunyai maksud selapis terdiri daripada pepatah, bidalan, dan perbilangan, manakala peribahasa yang mempunyai maksud berlapis ialah perumpamaan dan simpulan bahasa.(a) Peribahasa yang mempunyai maksud selapis mudah difahami kerana maksud peribahasa itu amat jelas, sebagaimana yang dinyatakan dalam peribahasa itu sendiri. Contohnya:(i) Biar lambat asalkan selamat:

Maksudnya ialah apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan, kita hendaklah membuatnya dengan teliti, yakni mengambil masa sedikit untuk menyelesaikannya supaya kerja itu dapat disiapkan dengan sempurna.Ayat contoh:Cikgu Mahmood menasihati para pelajar agar sentiasa mengamalkan prinsip biar lambat asalkan selamat, ketika mereka menunggang motosikal untuk datang ke sekolah, begitujuga waktu mereka pulang ke rumah.

(ii)Bersatu teguh, bercerai roboh:Maksudnya kalau kita bersatu padu kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita berceraiberai, kita akan menjadi lemah.Ayat contoh:Sebagai rakyat negara ini kita perlu bekerjasama dan hidup bersepakat bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan negara, seperti kata peribahasa Melayu ” Bersatu teguh, bercerai roboh.”

(iii) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan:Maksudnya jika kita benar-benar berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya.Ayat contoh:Untuk menjejakkan kaki ke menara gading bukanlah semudah yang disangkakan, namun jika sesorang itu tekun berusaha dan sentiasa mencuba untuk mengatasi cabaran dan halangan, pasti akan berjaya kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

(iv) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing:Maksudnya dalam kehidupan adik beradik, hidup berkumpulan atau hidup bermasyarakat sesuatu kerja yang berat hendaklah dilakukan bersama-sama, begitu juga dengan kerja yang ringan juga perlu dilakukan bersama-sama, seperti melakukan amalan bergotong royong.Ayat contoh:Peribahasa yang menyatakan ”Berat sama di pikul ringan sama dijinjing” hendaklah dijadikan pedoman untuk membina kehidupan keluarga dan masyarakat yang harmoni, sebagaimana yang dipraktikkan di negara ini.

(v) Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit: maksudnya ialah sabar dan tekun mengerjakan sesuatu akhirnya berjaya juga.Ayat contoh:Modal yang dikumpulkan oleh Puan Sharina untuk memulakan perniagaannya ini ibarat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit, dan disertai usaha yang gigih, akhirnya beliau berjaya menjadi usahawan makanan segera yang terkenal.

(b) Peribahasa yang mempunyai maksud berlapis agak sukar untuk difahami. Hal ini demikian kerana kadangkala terdapat penggunaan perkataan lama yang jarang-jarang digunakan pada masa ini atau terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah didengar oleh pelajar. Kebanyakan peribahasa jenis ini menggambarkan kejadian yang berlaku dalam kehidupan harian dan kemudian dikaitkan dengan sifat manusia atau keadaan manusia. Contohnya:(i)Atas pagar : maksudnya tidak tetap pendirian atau tidak menyebelahi mana-mana pihak.(ii) Ayam tambatan : maksudnya orang harapan dalam sesuatu pasukan atau kumpulan yang melaksanakan tugas atau

menyertai pertandingan.

24

Page 25: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

(iii) Beri muka : maksudnya memberikan peluang atau kesempatan yang keterlaluan atau terlalu memanjakan seseorang.(iv) Besar hati : maksudnya berasa bangga atau berasa gembira.(v) Buah tangan : maksudnya oleh-oleh atau hadiah berupa barangan yang dibawa ketika menziarahi atau

mengunjungi seseorang.(vi) Bulat hati : maksudnya lurus hati atau teguh pendirian, bersungguh-sungguh atau telah membuat keputusan

muktamad.(vii) Campur tangan : maksudnya melibatkan diri dalam hal atau urusan orang lain. (viii) Dalam tangan : maksudnya sesuatu yang pasti akan dimiliki.(ix) Durian runtuh : maksudnya mendapat keuntungan secara tiba-tiba.(x)Gulung tikar : maksudnya mengalami kerugian yang teruk sehingga muflis.(xi) Hati batu : maksudnya orang yang keras hati dan sukar mengubah pendiriannya.(xii) Ikat perut : berjimat-jimat dalam kehidupan, menahan lapar akibat desakan kemiskinan, tidak dapat makan.(xiii) Jalan buntu : tidak menemukan cara untuk menyelesaikan masalah(xiv) Kaki bangku: bermakna orang yang tidak pandai bermain bola sepak.(xv) Mulut murai: membawa maksud orang yang suka bercakap banyak.(xvi) Mulut tempayan: maksudnya ialah orang yang tidak dapat menyimpan sesuatu rahsia kerana dia akan

mendedahkan rahsia itu kepada orang lain.

Selain simpulan bahasa di atas, terdapat banyak simpulan bahasa lain seperti anak buah, buah hati, campur tangan, darah daging, gila-gila bahasa, goyang kaki, harimau berantai, isi hati, kutu embun, lintah darat, main mata, mata duitan, makan angin, ringan tulang, terang hati, dan sebagainya yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk mengungkapkan sesuatu maksud secara tepat atau berkias.

Peribahasa jenis perumpamaan pula mempunyai kata umpama, seperti, bagai, laksana, bak, dan macam. Perumpamaan juga menyatakan kejadian dan perkara yang berlaku di alam ini dan ditujukan kepada manusia sebagai sindiran atau pengajaran.

Contoh perumpamaan ialah:(i) bagai aur dengan tebing: perihal anggota masyarakat yang suka tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu

sama lain.(ii) bagai minyak dengan air : perihal orang yang bermusuhan dan tidak sehaluan, mustahil dapat dicampurkan menjadi

satu.(iii) laksana bulan dipagar bintang: keadaan seseorang yang cantik yang semakin terserlah apabila dikelilingi oleh

orang yang cantik juga.(iv) seperti embun di hujung rumput: perihal sesuatu yang bersifat sementara, tidak kekal atau segera hilang – kasih

sayang.(v) seperti mencurahkan air ke daun keladi: sia-sia memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya

atau tidak mahu mengikut kata.(vi) seperti kera mendapat bunga: orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang.(i) macam isi dengan kuku: dua orang yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

(viii) macam belangkas: hal keadaan sepasang kekasih yang sentiasa berdua-duaan sepanjang masa dan di mana-mana sahaja.

(viii) sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga: orang yang licik melakukan kejahatan akan dapat ditangkap juga pada suatu masa kelak.(ix) ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya: perihal permuafakatan yang sangat akrab, sama-sama

merasai keadaan yang susah dan senang, sukar digoyah kesetiaannya. Kalau dicubit paha kiri, paha kanan terasa sakit juga.

Catatan : Maklumat ringkas tentang peribahasa dan penggunaan peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada ruang lingkup peribahasa Melayu yang begitu meluas penggunaannya. Pelajar disarankan agar mendalami aspek peribahasa dari segi maksud dan penggunaannya bukan sekadar untuk menjawab soalansoalan yang dikemukakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, malah penggunaannya boleh diserlahkan ketika menulis karangan dalam Kertas 1.

Soalan contoh:1. Isikan tempat kosong dalam ayat yang berikut ini dengan peribahasa yang sesuai.

Usaha kami untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan pertelagahanyang berlaku antara kedua-kedua orang ketua kampung itu menemui.......................................kerana mereka bersikap........................................dan sukar menerima pandangan orang lain.

25

Page 26: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

Walaupun begitu kami tetap tidak akan ...................................... Kami akan berusaha lagisedaya upaya kami untuk memastikan pertelagahan itu tidak berpanjangan.

2 Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kem ukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

(i)Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan adik beradik atau kaumkeluarga lazimnya tidaklah berpanjangan dan tidak sampai ke peringkat memutuskan hubungan. Lazimnya apabila suasana sudah reda, mereka akan berbaik-baik semula.____________________________________________________________________________________

(ii) Kesediaan anggota tentera kita berjuang mempertahankan tanah air daripada serangan musuh perlu diberi sanjungan. Mereka rela terkorban daripada mengalami kekecewaan melihat negara ini dijajah oleh kuasa asing kerana mereka berpegang kepada prinsip.__________________________________________________________________________________

(iii) Ibu bapa digesa untuk menyemaikan sikap suka menabung ke dalam dirianak-anak sejak mereka kecil lagi. Mudah-mudahan sikap ini akan menjadi amalan hidup apabila mereka dewasa kelak. Peribahasa Melayu ada menyebutkan.______________________________________________________________________________________

[6 markah]

3. Huraikan maksud peribahasa yang berikut ini.(i) t i t ik pe luh(i i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.(i i i ) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

[6 markah]

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

4. Bina satu ayat dengan menggunakan peribahasa di bawah supaya menunjukkan maksudnya dengan jelas.(i) khabar angin(ii) mencurahkan air ke daun keladi.(iii) sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. [6 markah]

______________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________

26

Page 27: Modul Tatabahasa Spm 2013- Latihan

TAMAT

27