soalan sejarah tingkatan 1 bab 1-6

Upload: pss-smkatj

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    1/18

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    2/18

    2

    BAB 1

    Soalan 1 berdasarkan pernyataan di bawah.

    Sejarah sering dikaitkan dengan tarikh, peristiwa, nama dan tokoh yang terkenal

    yang perlu diingat dan dihafal

    1 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah pelajaran sejarah perlu dipelajari?

    A Sejarah membolehkan kita mengingati peristiwa sedih dan membangkitkan semangatmenentang penjajah

    B Sejarah adalah matapelajaran yang diwajibkan kepada setiap pelajar di sekolah menengah

    C Sejarah membentuk keperibadian masyarakat supaya mengenali dan memahami bangsa sendiri

    D Sejarah merupakan peristiwa-peristiwa yang membolehkan kita mengenal jati diri

    Soalan 2 berdasarkan maklumat di bawah

    Sejarah merujuk kepada peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau

    2 Sumber sejarah yang memberikan difinasi tersebut ialah

    A Herodotus

    B Ensiklopedia

    C Kamus Dewan

    D Prof. Dato Dr. Muhammad Yusoff Hashim

    Soalan 3 berdasarkan senarai di bawah

    Hari kemerdekaan pada 31 OGOS 1957

    Pasukan badminton negara menjadi juara Piala Thomas

    Seorang pelajar mendapat hadiah

    3 Apakah kepentingan senarai peristiwa di atas kepada rakyat Malaysia?

    A Boleh menjadi panduan, pengajaran dan kebanggaan kepada kita

    B Boleh kita berbangga dengan peristiwa yang mereka lalui

    C Membolehkan pemimpin menjalankan tugas secara bijaksana

    D Membolehkan kita menghadapi cabaran barat untuk mencapai kemerdekaan

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    3/18

    3

    Soalan 4 berdasarkan maklumat di bawah

    Sumber pertama adalah bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan

    4 Pilih sumber-sumber sejarah yang berkaitan dengan maklumat di atas.

    I Fosil

    II Buku sejarah

    III Majalah

    IV Orang sumber

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah

    Pemberita menemubual seorang tokoh negara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

    5 Berdasarkan pernyataan di atas, sumber yang diperoleh boleh dikategorikan sebagai

    A Sumber primer

    B Sumber sekunder

    C Sumber lisan

    D Sumber bertulis

    Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah.

    6 Rajah di atas berkaitan dengan peristiwa penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu.

    Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut?

    A Kita mestilah menentang penjajahan asing secara habis-habisan

    B Kita mestilah merancang dengan lebih teliti untuk melancarkan serangan ke atas Jepun

    C Kita mestilah mewujudkan perpaduan melalui sikap bekerjasama

    JEPUN TANAH MELAYU

    Menakluki

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    4/18

    4

    D Kita mestilah bersatu-padu, berwaspada dan sentiasa menjaga keamanan negara

    Soalan 7 berdasarkan rajah di bawah

    SUMBER KEDUA

    TULISAN LISAN

    X

    7 Maklumat di atas berkaitan dengan sumber sejarah.

    Apakah sumber yang mewakili X?

    A Arkeologi

    B Pembuatan

    C Dokumentari

    D Artifak

    Soalan 8 berdasarkan senarai di bawah.

    o Dokumen

    o Buku

    o Gambar

    o Suratkhabar

    8 Berdasarkan senarai di atas, dari manakah sumber tersebut dapat diperolehi?

    A Perpustakaan Awam dan Muzium

    B Perpustakaan Sekolah

    C Arkib Negara

    D Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    5/18

    5

    Soalan 9 berdasarkan senarai di bawah.

    o Sumber Primer

    o Sumber Sekunder

    9 Berdasarkan senarai di atas, antara berikut manakah yang berkaitan dengan sumber sekunder?

    A Cerita dalam cerita, ucapan dan diari

    B Cerita dalam cerita, jurnal dan catatan harian

    C Cerita dalam cerita, filem sejarah dan buku teks

    D Cerita dalam cerita, fosil dan laporan tahunan

    Soalan 10 berdasarkan rajah di bawah

    TEMPAT

    X

    10 Berdasarkan rajah di atas, tempat X mungkin sekali

    A Muzium Negara

    B Perpustakaan Negara

    C Arkib Negara

    D Dewan Bahasa dan Pustaka

    Menyimpan dokumen asal, buku-buku lama dansurat perjanjian untuk kajian sejarah.

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    6/18

    6

    SOALAN OBJEKTIF:

    1. D 6. D

    2. C 7. C

    3. A 8. A

    4. D 9. C

    5. C 10. C

    BAB 2

    Soalan 1 berdasarkan maklumat di bawah.

    Gua Niah Gua Cha

    Gua Kepah Gua Madai

    1 Berdasarkan senarai di atas, apakah keistimewaan gua-gua tersebut terhadap sejarah

    perkembangan kebudayaan manusia?

    A Hasil tinggalan manusia prasejarahB Tembikar dan bekas air Zaman Neolitik

    C Loceng yang dibuat pada Zaman LogamD Tulisan-tulisan pada dinding-dinding gua

    Soalan 2 berdasarkan rajah di bawah.

    ZAMAN BATU

    AWAL

    X

    ZAMANLOGAM

    2 Berdasarkan rajah di atas, X mewakili

    A Zaman Hoabinh

    B Zaman PaleolitikC Zaman Batu Akhir

    D Zaman Batu Kapur

    ZAMAN

    NEOLITIK

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    7/18

    7

    3 Bagaimanakah manusia pada Zaman Neolitik berinteraksi antara sesama

    sendiri?

    A Melalui sistem pertukaran barang

    B Melalui jalan air dan darat

    C Melalui sistem pertanian yang dijalankanD Melalui sistem matawang

    4 Apakah pendapat ahli arkeologi mengenai Zaman Logam di negara kita?

    A Tahap bermulanya Zaman Logam di negara kita masih belum jelas

    B Zaman Logam di negara kita berkembang dengan pesatC Peralatan yang dihasilkan amat berkualiti

    D Masyarakat pada Zaman Logam sudah pandai membuat peralatan daripada logam

    5 Pilih pernyataan yang tepat mengenai pelabuhan entrepot.A Tempat pertemuan pedagang-pedagang

    B Pusat pengumpulan dan pengedaran barang

    C Tempat barang dagangan disimpan

    D Tempat membaiki kapal

    6 Kerajaan awal di Asia Tenggara telah berkembang maju.Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan awal menjadi maju dan berkembang?

    A Percukaian yang sistematikB Sistem perwarisan takhta yang bersifat autokratik

    C Sistem pemerintahan yang teratur dan pentadbiran yang cekap

    D Perlindungan daripada China

    Soalan 7 berdasarkan maklumat di bawah.

    Kegiatan perdagangan dijalankan dalam keadaan aman dan kapal-kapal dagang bebas

    singgah di pelabuhan.

    7 Apakah implikasi daripada perkembangan pelabuhan entrepot?

    A Perkembangan pengaruh agama Hindu dan Buddha

    B Ancaman daripada Siam dan MajapahitC Masalah dalam pengurusan pedagang asing

    D Menarik kehadiran pedagang asing

    8 Pelabuhan Merbok, Kuala Muda terletak di utara Tanah Melayu.Apakah fungsi utama pelabuhan tersebut?

    A Pusat perdagangan utama yang menghubung timur dan barat

    B Pusat persinggahan utama di Kepulauan Melayu.

    C Pusat pertukaran barang-barang dagangan dari serata duniaD Pusat penyebaran agama Hindu

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    8/18

    8

    9 Apakah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Srivijaya untuk memastikan

    bekalan barang dagangan di pelabuhan mencukupi?

    A Dasar pengecualian cukai

    B Dasar menjalin hubungan diplomatikC Dasar perluasan kuasa dan wilayahD Dasar penguasaan jalan perdagangan di timur dan barat

    10 Di manakah penempatan-penempatan Zaman Neolitik di negara kita yang telah dapat

    dikenalpasti sehingga ke hari ini?

    I. Gua ChaII Sungai Tembeling

    III Gua MadaiIV Gua Bukit Tenku Lembu

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    JAWAPAN

    BAB 2

    SOALAN OBJEKTIF:

    1. A 6. C

    2. C 7. D

    3. B 8. A

    4. A 9. C

    5. B 10. D

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    9/18

    9

    BAB 3A. Untuk soalan 1 hingga 10, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang

    terbaik.

    1. Tokoh X adalah dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menjadikan

    Melaka pelabuhan terpenting di Selat Melaka selepas Srivijaya danMajapahit.Tokoh X ialah

    A Patih Gajah Mada .

    B Raja Sailendra

    C Parameswara

    D Raja Hayam wuruk

    2. Peristiwa yang telah mendorong Parameswara untuk menjadikanMelaka sebuah negeri ialah

    A Seekor pelandok ditendang oleh anjing

    B Anjing ditendang oleh seekor pelanduk

    C Parameswara kagum melihat pokok Melaka

    D Parameswara berehat di bawah pokok Melaka

    3. Mengapakah Parameswara bertindak membunuh Tamagi di Temasik

    A Untuk Menguasai Kepulauan MelayuB Untuk Mengukuhkan kedudukannya di Kepulauan Melayu

    C Untuk Memperluaskan empayarnya di Kepulauan MelayuD Untuk Membentuk sebuah kerajaan sendiri

    Soalan 4 berdasarkan pernyataan di bawah

    4. Mengapakah beliau berbuat demikian?

    A Temasik dikuasai oleh Melaka

    B Temasik dikuasai oleh Majapahit

    C Temasik dikuasai oleh Siam

    D Temasik dikuasai oleh Srivijaya

    Parameswara tidak mendirikan

    kerajaan di Melaka

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    10/18

    10

    Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah

    5. Apakah yang diceritakan oleh dua sumber di atas tentang pemerintah Melaka?

    A Pemerintah Melaka berasal dari Pulau JawaB Pemerintah Melaka berasal dari Palembang

    C Pemerintah Melaka berasal dari Majapahit

    D Pemerintah Melaka berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain

    6. Antara berikut merupakan perkara yang berkaitan dengan sistem perundanganNegeri Melaka semasa pemerintahan Parameswara

    I AgamaII Pertanian

    III Jenayah

    IV Perdagangan

    A I, II dan III

    B I, II dan IVC I, III dan IV

    D II , III dan IV

    Soalan 7 berdasarkan pernyataan di bawah

    7. Apakah tindakan yang diambil oleh Parameswara untuk memastikan pentadbiranNegeri Melaka berjalan dengan teratur?

    A Menggalakkan rakyat Melaka bekerja secara sukarela

    B Menjalankan pemerintahan mutlakC Memegang semua jawatan utama dalam negeri Melaka

    D Mewujudkan beberapa jawatan pembesar

    - Suma Oriental

    - Sejarah Melayu

    Parameswara merupakan seorang

    pemerintah

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    11/18

    11

    Soalan 8 berdasarkan pernyataan di bawah

    8. Petikan di atas adalah diambil daripada sumber

    A Sejarah Melaka

    B Sejarah MelayuC Mitos Hindu

    D Istilah Arab

    9. Mengapakah Parameswara memilih Kuala sungai Bertam sebagai tapak

    Kerajaan Kesultanan Melaka?

    i. untuk memudahkan kapal berlabuhii. untuk memudahkan pembinaan kotaiii. untuk memudahkan mengawal Selat Melakaiv. untuk memudahkan hubungan dengan srivijaya

    A I , II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    10. Manakah antara berikut merupakan perubahan yang diperkenalkan oleh

    Parameswara dalam sistem pemerintahannya?

    I memperkenalkan sistem perundanganII menubuhkan jemaah menteri

    III menubuhkan jabatan-jabatan pentadbiran

    IV Mewujudkan jawatan menteri, bentara dan biduanda kecil

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IVD I dan IV

    Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi

    gagah , baik kita berbuatkan negeri di sini.

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    12/18

    12

    JAWAPAN

    1. C2. B3. D

    4. C5. B6. D7. D8. B9. A10.D

    BAB 4

    A. Untuk soalan 1 hingga 10, tiap-tiap soalan diikuti o leh empat pilihan jawapan. Pilihsatu yang terbaik.

    1. Golongan kiwi memainkan peranan penting dalam urusan perdagangan dipelabuhan Melaka iaitu

    A Menjadi pengurus gudang

    B Menjadi orang tengahC Menjadi pemungut cukai

    D Menjadi pembantu nakhoda

    Soalan 2 berdasarkan senarai di bawah

    2. Apakah sebabnya penggunaan pelbagai mata wang tersebut di Melaka padakurun ke-15?

    A. Kemudahan urusan jual beliB. Kesukaran dalam sistem barterC. Kunjungan pedagang asing

    D.Kekayaan dalam pelbagai jenis logam

    - wang emas- wang perak- wang timah

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    13/18

    13

    3. Duit syiling pertama Melaka dicatatkan pada masa pemerintahan

    A Sultan Muhamad Syah

    B Sultan Muzaffar Syah

    C Sultan Ahmad Syah

    D Sultan Alauddin Riayat Syah

    4. Antara berikut adalah berkenaan dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaanMelakaI Pedagang dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai sebanyak 3%

    II Cukai dikenakan mengikut tempat

    III Pedagang dari sebelah barat dikenakan cukai sebanyak 6%

    IV Pedagang dari China dikenakan cukai sebanyak 1%

    A I dan II

    B II dan IIIC III dan IV

    D I dan IV

    Soalan 5 berdasarkan senarai di bawah

    5. Senarai di atas merupakan hasil perdagangan antara Melaka dengan

    A KembayatB Koromandel

    C MyanmarD Banggala

    Soalan 6 berdasarkan maklumat di bawah

    6. Siapakah sultan yang pernah menghantar surat kepada Raja Rukyu berkaitanDengan pedagangnya yang melanggar undang-undang Melaka

    A Sultan Mansur Syah

    B Sultan Alauddin Riayat Syah

    C Sultan Mahmud Syah

    D Sultan Muzaffar Syah

    Batu Delima

    Sampang

    Kayu Brazil

    Hubungan Melaka dengan Kepulauan Ryukyu

    terjalin pada tahun 1460-an hingga 1480-an.

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    14/18

    14

    7. Hubungan Melaka dengan Pasai bermula disebabkan factor

    A. Persahabatan

    B Perdagangan

    C Penaklukan

    D Perkahwinan

    Soalan 8 berdasarkan pernyataan di bawah

    8. Apakah kepentingan pengeluaran surat kebenaran kepada kerajaan Melaka

    A Pedagang bebas berjual beli

    B Sebagai sumber pendapatan

    C Menyatakan peraturan jual beli di MelakaD Sebagai tarikan kepada pedagang

    9. Pelabuhan Melaka mempunyai beberapa orang syahbandar yang penting.Antara berikut, yang manakah tugas-tugas syahbandar?

    I Mentadbir soal cukai

    II Menjaga kebajikan pedagangIII Mengawal nilai mata wang

    IV Mencegah kegiatan lanun

    A I II dan III

    B I II dan IV

    C I III dan IV

    D II III dan IV

    10.Parameswara telah memulakan hubungan antara Melaka dengan kerajaan Chinapada kurun ke-15.Antara berikut, yang manakah kesan daripada hubungan tersebut?

    I Raja Melaka menerima pengiktirafan daripada Maharaja china

    II Melaka tidak menghantar ufti kepada Raja SiamIII Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan antarabangsa

    IV Tentera Melaka dapat menewaskan tentera Majapahit

    A. I II dan III

    B I II dan IV

    C I III dan IVD II III dan IV

    Sebelum menjalankan urusan

    jual beli,

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    15/18

    15

    BAB 4

    JAWAPAN

    1. D2. C3. B4. A5. C6. A7. D8. B9. A10.A

    BAB 6 : MELAKA PUSAT PENGAJIAN ISLAM

    SOALAN OBJEKTIF

    1 Apakah kesan pengislaman pemerintah Melaka ?

    A Gelaran Sultan digunakan oleh pemerintah MelakaB Sultan menyambut baik kedatangan pendakwah ke MelakaC Sultan menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada

    ulama yang datang berdakwah ke MelakaD Sultan menggalakkan ulama datang ke Melaka

    2 Mengapakah Melaka digelar Serambi Makkah ?

    A Sebelum ke Makkah seseorang itu akan belajar urusanhaji di MelakaB Sebelum ke Makkah seseorang itu perlu mendaftar di

    MelakaC Sebelum ke Makkah seseorang itu akan membelikelengkapan haji di Melaka

    D Sebelum ke Makkah seseorang itu perlu mendapatkankebenaran Sultan Melaka

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    16/18

    16

    3 Soalan 3 berdasarkan senarai di bawah

    Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

    Hikayat Amir Hamzah

    Hikayat Iskandar Zulkarnain

    Berdasarkan senarai di atas , bahan tersebut dapat diperolehidi istana Melaka.Ini menjelaskan bahawa

    A Sultan akan mendapat pengiktirafan luar Negara

    B Sultan mengambil berat mengenai perkembangan Islam

    C Sultan bijak menggunakan peluang pembelajaranD Sultan dan rakyat mudah membuat rujukan

    Syurga dan segala isi itu kekalkah ia

    di dalam syurga dan isi neraka itu

    kekalkah ia di dalam neraka

    Petikan dari Sejarah Melayu

    4 Petikan di atas jelas membuktikan

    A Sultan sangat berminat dalam perkembangan agama IslamB Sultan menawarkan hadiah emas kepada sesiapa yangdapat memberikan jawapan tersebutC Ingin membandingkan kedudukan Melaka lebih baik

    daripada Pasai dari segi penyebaran IslamD Sultan ingin menguji kebolehan Dato Bija Wangsa

    5

    Kadi Maulana Sayid Syarif Makhdum

    Senarai di atas merupakan golongan yang berpengaruh diMelaka semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.Golongan tersebut ialah golonganA UlamaB SanteriC Pegawai istanaD Pawang

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    17/18

    17

    6 Sultan Alaudin Riayat Syah mencontohi pentadbiran KalifahUmar al-Khattab apabila baginda sering menyamar diri keluarpada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenarrakyat.Ini membuktikan bahawa

    A Melaka telah melaksanakan undang-undang jenayah Islamdalam pemtadbirannyaB Sultan gemar menyamar diri pada waktu malam untukmenangkap pencuriC Sultan ingin mencari kesalahan Temenggung yangtidak menjalankan tugas dengan baikD Sultan ingin menjaga keamanan Melaka dengan caranyasendiri

    7

    Pemerintah Melaka memakai gelaran Sultan

    menggantikan gelaran raja yang digunakan

    sebelum ini

    Pernyataan di atas membuktikan bahawaA Islam agama yang suciB Islam agama yang adilC Islam diterima sebagai agama resmi MelakaD Islam agama yang mudah difahami

    8 Melaka menyebarkan agama Islam dengan cara

    I Perkahwinan antara puteri-puteri Sultan Melakadengan negara lainII Golongan pendakwah dihantar berdakwah ke negeridi kepulauan MelayuIII Peranan askar upahan MelakaIV Agama Islam mudah dipelajari

    A I,II dan III B I,III dan IVC II,III dan IV D I,II,III dan IV

  • 8/6/2019 Soalan Sejarah Tingkatan 1 bab 1-6

    18/18

    18

    9

    Bahasa Melayu menjadi lingua franca

    dalam bidang pendidikan dan pengajian

    Islam.

    Berdasarkan pernyataan di atas bagaimanakah bahasaMelayu memainkan peranan dalam pengajian agamaA Tulisan jawi diperkemas dan diubahsuaiB Karya sastera saduran Islam ditulis dalam bahasaMelayu sepenuhnyaC Buku agama diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

    D Kitab dan karya sastera ditulis dalam bahasa Arab

    10

    Sayid Abdul Aziz Muhammad Kabungsuan

    Karim al-Makhdum Tun Muhammad

    Senarai ulama di atas membayangkan peranan MelakasebagaiA Pusat tumpuan pedagang IslamB Pusat ilmu tasawuf IslamC Pusat penyelesaian permasalahan agama IslamD Pusat perbincangan dan pengajian mengenai Islam

    Jawapan Soalan Objektif

    1.A 2.B 3.B 4.A 5.A

    6.D 7.C 8.A 9.C 10.D