sejarah tingkatan 5 1
TRANSCRIPT
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
Sejarah Dunia Tingkatan 5
BBAABB
6
Pengukuhan Negara Dan Bangsa
Malaysia
TEMA 11 ( HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN SEJARAH
SMA BARU
Pengukuhan
Negara Dan
Bangsa Malaysia
Cadangan Ke
arah
Pembentukan
Malaysia
Faktor-Faktor
Pembentukan
Malaysia
Reaksi
Terhadap
Pembentukan
Malaysia
Langkah-
Langkah
Pembentukan
Malaysia
Perjanjian
Malaysia
1963
Politik
Sosial
Ekonomi
Dalam Negeri
Luar Negeri
Inti Pati
Perjanjian
Malaysia 1963
http://www.fordham.edu/halsall/mad/1963manila1.html
http://www.lib.uum.edu.my/website/merdeka/
http://www.lib.uum.edu.my/website/merdeka/
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
6283230
1. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 0gos 1957 dan
terdiri daripada sembilan buah negeri.
2. Singapura telah diletakkan di Luar Persekutuan Tanah Melayu
seperti yang terkandung dalam dua perjanjian terdahulu iaitu
Malayan Union ( 1946 )dan Persekutuan Tanah Melayu( 1948).
3. Sarawak dan Sabah telah dikekalkan sebagai Tanah Jajahan
Mahkota British
4. Brunei pula masih berada di bawah lindungan kerajaan British.
5. Negara dan bangsa Malaysia terus diperkukuhkan dengan idea
untuk membentuk Negara Malaysia dengan mengabungkan Sabah,
Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
1. Cadangan untuk membentuk sebuah Negara Malaysia telah
dikemukan sejak awal abad ke-19 lagi.
2. Cadangan pertama telah dikkemukakan oleh Lord Brassey (
Pengarah Syarikat Borneo Utara ).
3. Beliau telah mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan
Sarawak dan Sabah ( Borneo Utara ) dengan negeri-negeri Melayu
dan Negeri-negeri Selat.
4. Pada tahun 1948, Sir MalcolmDonald yang merupakan Gabenor
Jeneral Asia Tenggara ( 1949 – 1952 ) telah mencadangkan
supayan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan
Tanah Melayu digabungkan.
Tema 11 dalam Huraian sukatan pelajaran sejarah SMA Baru
2004
Menjelaskan cadangan idea gagasan Malaysia oleh tokoh-
tokoh tempatan
Membincangkan sebab-sebab pembentukan Malaysia
Menyatakan reaksi dalam negeri dan luar negara
Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia
Menyenaraikan isi-isi perjanjian Malaysia pada tahun
1963.
Pengenalan
6.1 Cadangan Ke Arah
Pembentukan Malaysia
Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
Bab
6
Sudut Uji Minda
Mengapakah idea
pembentukkan
Malaysia ini di mulai
oleh tokoh Barat?
Koridor Sejarah
Perkataan “Malaysia”telah
digunakan sejak abad ke-19 lagi
yang digunakan untuk
merangkumi semua pualu
daripada separuh bahagian selatan
Asia Tenggara iaitu dari bahagian
utara Sumatera meluas hingga ke
bahagian timur pulau-pulau
rempah.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
5. Pada tahun 1956, Dato Onn Ja’far telah mencadangkan agar
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia.
6. Ini kerana pada suatu masa nanti British akan menggabungkan
negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu.
7. Pemimpin Singapura seperti LimYew Hock, David Marshall dan
Lee Kuan yew telah juga membuat cadangan untuk
menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
8. Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew telah mendesak Britsih supaya
berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
9. Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana
ia akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk.
10. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan
gagasan pembentukan Malaysia.
Idea pembentukan
Malaysia
Lord Brassey
Malcom MacDonald
Dato’ Onn Ja’far
Pemimpin Singapura
Peta : Pembentukan Malaysia
Fokus SPMObjektif
Soalan : Pada tahun 1959, Lee
Kuan Yew telah mendesak Britsih
untuk berunding dengan Tunku
Abdul Rahman mengenai
cadangan pengabungan antara
Tanah Melayu dan Singapura.
Apakah reaksi Tunku dengan
cadangan tersebut?
A. Menolak cadangan Lee
Kuan Yew
B. Menerima Cadangan
tersebut
C. Membuat perundingan
dengan pihak British
terlebih dahulu
D. Mengadakan pungutan
suara
Jawapan : A. Menolak cadangan
Lee Kuan Yew
Fakta ; Tunku Abdul Rahman
tidak bersetuju dengan cadangan
ini kerana ia akan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan
penduduk. Bukti : Rujuk tajuk Cadangan
Ke Arah Pembentukan
Malaysia halaman 137 Buku
Teks Sejarah Tingkatan 5.
Fokus SPM Esei
Soalan : Idea pembentukan
Malaysia telah dikemukakan
sejak abad ke 19 lagi. Nyatakan
idea-idea cadangan tersebut?
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Lord Brassey
Malcom MacDonald
Dato’ Onn Ja’far
Pemimpin Singapura
Esei : Pelajar harus menghuraikan
isi-isi berkenaan satu persatu.
Lihat tajuk Cadangan Ke Arah
Pembentukan Malaysia pada
halaman 68 buku teks Sejarah
Ting. 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
11. Perrsetujuan tersebut telah dibuat dalam majlis makan tengah hari
anjuran Persatuan wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi,
Singapura.
12. Tunku berharap Negara Malaysia yang akan dibentuk dapat
menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di
rantau ini.
13. Menurutnya lagi Pembentukan Malaysia memerlukan kerjasama
antara British dengan rakyat tempatan.
Ancaman Keselamatan ( Komunis )
1. Perkembangan pengaruh Komunis di Asia Tenggara
terutamanya di Singapura telah menimbulkan kebimbangan Lee
Kuan Yew.
2. Beliau telah menggunakan alas an ini untuk mendesak British
menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Ini berikutan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman
yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (
PKM ) sepanjang tempoh darurat.
6. 2 Faktor-Faktor Pembentukkan
Malaysia
Faktor-Faktor
Pembentukan
Malaysia
Politik
Sosial
Ekonomi
Keselamatan Kemerdekaann
Dekolonisasi
Kerjasama
Ekonomi
Kependudukan
6.2.1 Faktor Politik
Fokus SPMObjektif
Soalan : Mengapakah Lee Kuan
Yew ingin mengabungkan
Singapura dengan Tanah Melayu
yang disebabkan oleh ancaman
pengaruh Komunis?
I. Pengalaman Tanah
Melayu dalam
membenteras Komunis
II. Kemenangan Barisan
Sosialis
III. Kemenangan Parti PAP
IV. Kemerdekaan
Persekutuan Tanah
Melayu
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan IV
Jawapan : I dan II
Fakta ; Ini berikutan
Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai pengalaman yang
lama dalam membanteras
pengaruh Parti Komunis Malaya (
PKM ) sepanjang tempoh darurat
Bukti : Rujuk tajuk Faktor
Politik halaman 139 Buku Teks
Sejarah Tingkatan 5.
Fokus SPM Esei Soalan : Idea pembentukan
Malaysia telah mendapat
sokongan yang baik daripada
Tunku Abdul Rahman. Apakah
factor-faktor yang membolehkan
Berlakunya Pembentukan
Malaysia?
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Sosial – Kependudukan
Ekonomi – kerjasama
Ekonomi
Politik – Keselamatan
Politik – Kemerdekaan
Politik – Dekolonisasi
Esei : Pelajar harus
menghuraikanisi-isi berkenaan
satu persatu. Lihat tajuk Faktor-
Faktor Pembentukkan
Malaysia pada halaman 139-140
buku teks Sejarah Ting. 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
4. Pengaruh ini semakin ketara apabila Barisan Sosialis di bawah
pimpinan Lim Chin Siong telah memenangi pilihhanraya kecil
pada tahun 1961.
5. Kemenangan ini akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan
Yew iaitu parti Tindakan Rakyat ( PAP ).
6. Perkembangan ini telah membimbangkan Lee Kuan Yew kerana ia
akan menggugat rancangan British untuk memberikan
kemerdekaan kepada Singapuran memandangkan Barisan Sosialis
adalah gerakan yang berhaluan kiri.
7. Tunku Abdul Rahman juga telah bersetuju dengan idea
pembentukan Malaysia ini kerana wujudnya ancaman Komunis di
Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist
Organization ( CCO ).
8. CCO bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah
Negara Komunis.
9. Tunku berharap dengan kemasukan Singapura, Sabah dan
Sarawak akan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi
ancaman komunis.
Mempercepatkan Kemerdekaan
1. Penubuhan Malaysia akan membolehkan Singapura, Sabah dan
Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha secara
bersendirian.
2. Ia akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana
mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh
dua tahun sahaja.
3. Ini akan membantu negeri-negeri tersebut menikmati
pembangunan social, ekonomi dan politik.
Dekolonisasi British
1. Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (
PBB ) pada tahun 1960 telah menimbulkan usul agar tanah jajahan
dimerdekakan.
2. Penubuhan Malaysia ialah satu proses dekolonisasi British
terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
3. Kejayaan pembentukan Malaysia nanti diharapkan dapat
memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.
4. Pembentukkan Malaysia nanti akan dapat menghalang penyebaran
pengaruh komunis di Singapura dan wilayh-wilayah Borneo.
5. British juga perlu mengambil langkah-langkah kea rah memastikan
kepentingan mereka terus terkawal terutamanya pengkalannya di
Singapura.
Fokus SPMObjektif
Soalan : Idea pembentukan
Malaysia telah dicadangkan oleh
ramai tokoh politik termasuklah
Tunku Abdul Rahman sendiri.
Apakah kepentingan dari segi
politik terhadap pembentukan
Malaysia?
I. Menyekat pengaruh
Komunis
II. Mempercepatkan
kemerdekaan
Singapura, Sarawak
dan Sabah
III. Kekalahan Parti
Pimpinan Lee Kuan
Yew
IV. Dekolonisasi British
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan : B-I, II dan IV
Fakta ; Ancaman Keselamatan
( Komunis ), Mempercepatkan
Kemerdekaan dan Dekolonisasi
British
Bukti : Rujuk tajuk Faktor
Politik halaman 139 Buku Teks
Sejarah Tingkatan 5.
Unsur Patriotisme
Ketokohan Tunku Abdul Rahman
dalam memenangi isu
pembentukan Malaysia
memperlihat kemampuan sebuah
Negara yang baru merdeka ..
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
1. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu kerjasama serantau
dalam bidang ekonomi dan akan dapat memanfaatkan
keistimewaan dan sumber yang ada di negeri-negeri ini.
2. Ia juga akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi
menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
3. Gabungan bahan mentah yang terdapat di Sabah, Sarawak dan
Brunei akan memperkukuhkan lagi ekonomi Malaysia.
1. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan dapat
mengimbangkan jumlah penduduk antara kaum bumiputra
dan bukan bumiputra.
2. Ia juga akan dapat mengawal jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
di kalangan negeri anggota Malaysia.
1. Kebanyakan rakyat Persekutuan Tanah Melayu menyokong
penubuhan pembentukan Negara Malaysia.
2. Mereka melihatnya sebagai usaha murni untuk membantu dan
memimpin negeri-negeri anggota.
3. Pengalaman yang ada pada Pesekutuan Tanah yang telah merdeka
menjadi satu asset penting yang boleh digunakan untuk
memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
4. Begitu juga dengan parti-parti politik yang terdapat di Tanah
Melayu turut menyokong penubuhan Malaysia, Cuma terdapat
perbezaan dari segi pelaksanaanya sahaja.
5. Parti Islam Setanah Melayu ( PAS ) dan Barisan Sosialis meminta
supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu.
6. Parti UMNO telah bersetuju menggabungkan dengan Sarawak,
Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
6.2.1 Faktor Ekonomi
6.2.3 Faktor Sosial
6.3 Reaksi Terhadap
Pembentukan Malaysia
6.3.1 Reaksi Dalam Negeri
Fokus SPMObjektif
Soalan :
Rajah di atas adalah berkaitan
dengan faktor pembentukkan
Malaysia. Pilih kenyataan yang
tepat berkaitan dengan rajah di
atas?
I. Mengimbangkan Jumlah
penduduk di Tanah Melayu
II. Mengawal jumlah
penduduk Persekutuan
Tanah Melayu
III. Mengawal jumlah dan
kadar pertumbuhan kaum
di Malaysia
IV. Megawal kemasukan kaum
imigran Cina ke Malaysia
A. I, dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
Jawapan : B- I dan III
Fakta : Kemasukan Sabah,
Sarawak dan Brunei akan dapat
mengimbangkan jumlah
penduduk antara kaum bumiputra
dan bukan bumiputra.
Ia juga akan dapat mengawal
jumlah dan kadar pertumbuhan
kaum di kalangan negeri anggota
Malaysia
Bukti : Rujuk tajuk Faktor
Sosial halaman 140 Buku Teks
Sejarah Tingkatan 5.
Faktor Pembentukan
Malaysia
Faktor Sosial
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
Reaksi Singapura
1. Lee Kuan Yew bersama dengan partiya iaitu PAP telah
menyokong usaha pengabungan Persekutuan Tanah Melayu
dengan Singapura kerana bimbang dengan pengaruh Komunis.
2. Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura telah
meluluskan usul penggabungan ini.
3. Hasrat penggabungan ini telah ditentang oleh pembangkang
Singapura iaitu Barisan Sosialis yang menganggap pembentukan
Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru.
4. Mereka mahukan agar pandangan rakyat Singapura diperolehi
telebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bergabung
dengan Persekutuan Tanah Melayu.
5. Parti Buruh pimpinan David Marshall dan parti Rakyat Bersatu
atau United People’s Party pimpinan Ong Eng Guan juga
menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat
terlebuh dahulu.
6. Pada 1 September 1962, Satu referendum tentang persoalan dan
syarat penggabungan telah diadakan.
7. Dalam Referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura
memilih penggabungan di adakan mengikut cadangan kerajaan
Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan November 1961.
Reaksi Di Sarawak
1. Reaksi awal cadangan pembentukan Malaysia di Sarawak adalah
menolak cadangan tersebut.
2. Sarawk telah dijajah melebihi satu abad yang menyebabkan ramai
penduduknya ingin kekal di bawah pemerintahan British.
3. Mereka masih belum ada keyakinan untuk membentuk
pemerintahan sendiri.
4. Sebelum ini peluang mereka dalam bidang politik adalah terhad.
5. Parti-parti Politik yang terdapat di Sarawak sebelum cadangan
pembentukan Malaysia adalah :
Parti Tokoh Ahli Masa
Parti
Bersatu
Rakyat
Sarawak
( SUPP )
Ong Kee Hui
Majoriti ahlinya orang Cina
dan sebilangan kecil Melayu
Jun
1959
Parti
Negara
Sarawak
(PANAS)
Dato’ Bandar
Abang Haji
Mustapha
Anggotanya terdiri daripada
Orang Melayu
( Parti pertama yang
menyokong Penubuhan
Malaysia )
1960
Fokus SPMObjektif
Soalan : Hasrat Lee Kuan Yew
untuk bergabung dengan
Malaysia telah mendapat
bantahan daripada parti
pembangkang di Singapura.
Manakah antara berikut
merupakan antara parti-parti
politik yang menentang
pembentukan Malaysia?
I. PAP
II. Barisan Sosialis
III. Parti Buruh
IV. Parti Rakyat Bersatu
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dam IV
D. II, III dan IV
Jawapan : D- II, III dan IV
Fakta : Hasrat penggabungan
ini telah ditentang oleh
pembangkang Singapura iaitu
Barisan Sosialis, Parti Buruh
pimpinan David Marshall dan
parti Rakyat Bersatu atau United
People’s Party pimpinan Ong Eng
Guan juga menggesa kerajaan
Singapura mendapatkan
pandangan rakyat terlebuh dahulu
Bukti : Rujuk tajuk Reaksi
Dalam Negeri halaman 142
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
6. Manakala parti-parti politik yang ditubuhkan selepas cadangan
penubuhan Malaysia ialah :
7. Pada oktober 1962, Lima buah parti iaitu PANAS, SNAP,
BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti
Perikatan Sarawak.
8. Mereka telah berjuang kea rah menyokong Sarawak menyertai
Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP yang terus
menentang hasrat untuk bergabung dengan Malaysia..
Gambar : Ongg Kee Hui Stephen Kalong Ningkan Temenggung Jugah
Reaksi di Sabah
1. Negeri sabah juga pada peringkat awalnya telah menolak
cadangan pembentukan Malaysia.
2. Negeri Sabah juga telah lama berada di bawah penjajahan Inggeris
iaitu selama 60 Tahun.
3. Mereka tidak mempunyai keyakinan untuk membentuk
pemerintahan sendiri.
Parti Tokoh Ahli Masa Parti
Kebangsaan
Sarawak
(SNAP)
Pimpinan
Stephen Kalong
Ningkan
Ahlinya terdiri daripada
orang Iban
April
1961
Barisan
Rakyat Jati
Sarawak
(BERJASA)
Pimpinan Abdul
Rahman Yaakub
dan Abdul Taib
Mahmud
Parti berbilang kaum,
Majoriti ahlinya daripada
orang Melayu dan Melanau,
sebahagian kecil Iban dan
Bidayuh
Disember
1961
Parti Pesaka
Anak
Sarawak
(PESAKA)
Pimpinan
Temenggung
Jugah Anak
Barieng
Ahlinya terdiri daripada
orang Cina
Ogos
1962
Sarawak
Chinese
Association
(SCA)
Ahlinya terdiri daripada
orang Cina
Julai
1962
Fokus SPMObjektif
Soalan : Pada tahun 1962 Parti
Perikatan Sarawak telah
ditubuhkan dan telah menyokong
Sarawak menyertai Malaysia.
Manakah antara parti berikut yang
menentang hebat pembentukan
Malaysia?
A. BERJASA
B. SCA
C. SUPP
D. BERJASA
Jawapan :C-SUPP
Fakta : Mereka telah berjuang
kea rah menyokong Sarawak
menyertai Malaysia dan berusaha
menyekat pengaruh SUPP yang
terus menentang hasrat untuk
bergabung dengan Malaysia..
Bukti : Rujuk tajuk Reaksi
Dalam Negeri halaman 143
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
Fokus SPMObjektif
Soalan : Mengapakah pada
peringkat awal cadangan
pembentukan Malaysia, Sarawak
telah menunjukkan reaksi
menolak cadangan tersebut?
A. Anggap Malaysia
sebagai penjajahan
bentuk baru
B. Sudah terlalu lama
diperintah oleh penjajah
British
C. Belum mempunyai
keyakinan untuk
memerintah sendiri.
D. Mempunyai keyakinan
untuk memerintah
sendiri
Jawapan :C- Belum mempunyai
keyakinan untuk memerintah
sendiri
Fakta : Mereka masih
belum ada keyakinan untuk
membentuk pemerintahan
sendiri.
Bukti : Rujuk tajuk Reaksi
Dalam Negeri halaman 143
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
4. Sebelum cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul
Rahman, Sabah tidak mempunyai parti-parti politik.
5. Selepas pengumuman cadangan pembentukan Malaysia, beberapa
buah parti politik telah ditubuhkan bagi mengemukakan pandangan
serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia.
6. Antara parti-parti politik yang wujud selepas cadangan
pembentukan Malaysia adalah :
a. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu ( UNKO )-Ogos
1961, Pimpinan Donald Stephens
b. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) –
Desimber 1961, Pimpinan Datu Mustapha Datu Harun
yang mewakili orang Islam Sabah
c. Parti Pasok Momungun – Jun 1962, Pimpinan
G.S.Sundang
d. Parti Bersatu – 1962, Pimpinan Khoo Siak Chew
e. Parti Demokrasti -1962, Pimpinan Peter Chin
7. Kelima-lima parti di atas telah bergabung pada September 1961
dan membentuk Parti Perikatan Sabah.
8. Parti Perikatan Sabah telah menyokong penyertaan Sabah ke dalam
Malaysia.
9. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang
mengandungi 20 syarat sebagai pekara 20.
10. Sarawak juga telah menerima tuntutan yang terdapat di dalam
pekara 20 tersebut.
11. Tuntutan tersebut telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan
Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK)
dan telah menjadi asas kepada pembentukkan perlembagaan
Malaysia yang baru.
12. Ia akan dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak
dan sabah.
13. Dari segi pembahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah berbeza
dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
14. Hak pembahagian kuasa ini dikenali sebagai Hak Wilayah
Berasingan seperti dalam rajah di bawah :
Gambar : Datu Mustapha Datu Harun
yang dipertua Negeri Sabah dan Ketua
Menteri Sabah.
Fokus SPM Objekti
Soalan : Negeri Sabah dan
Sarawak telah mendapat Hak
pembahagian kuasa yang berbeza
dengan negeri-negeri Melayu
Semenanjung Tanah Melayu.
Mengapakah hak tersebut
diberikan kepada Sabah dan
Sarawak?
A. Memujuk rakyat Sabah
dan Sarawak
B. Memberi hak wilayah
yang berasingan
C. Melindungi hak rakyat
Sabah dan Sarawak
D. Membezakan antara
Tanah Melayu dan
Sabah dan Sarawak
Jawapan : C- Melindungi hak
rakyat dan Sabah
Fakta : Ia akan dapat
melindungi hak dan
kepentingan penduduk
Sarawak dan sabah
Bukti : Rujuk tajuk Reaksi
Dalam Negeri halaman 67
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.
Hak
Wilayah
Berasingan
Bahasa Kebangsaan
Agama Islam
Kedudukan Istimewa/ Imigresen
Kerakyatan
Peruntukan Kewangan
Pelajaran
Ketua Negeri
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
15. Antara isu-isu yang diperjuangkan berdasarkan reaksi penubuhan
Malaysia di Sabah dan Sarawak ialah :
16. Rakyat Sabah dan Sarawak telah menyokong pembentukan
Malaysia menjelang akhir tahun 1961.
17. Ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu yang telah memberi penjelasan tentang Gagasan Malaysia
dan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah.
Reaksi di Brunei
1. Di negeri Brunei, pada awalnya Sultan Omar Ali Saifuddin telah
menyokong gagasan tersebut tetapi telah ditentang oleh parti
politik yang sangat berpengaruh iaitu Parti Rakyat Brunei.
2. Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M.Azahari menentang
gagasan Malaysia kerana matlamat mereka adalah untuk
menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu Kerajaan Kalimantan
Utara yang terdiri Sabah, Sarawak dan Brunei.
3. Mereka juga telah menganggap gagasan Malaysia sebagai satu
bentuk neokolonialisme.
4. Mereka telah melancarkan satu pemberontakan di bawah pasukan
Tentera Nasional Kalimantan Utara ( TNKU ) yang ditubuhkan di
beberapa buah Bandar Sarawak, Sabah dan Brunei.
SUPP Bimbang Sarawak dan Sabah akan
dikuasai oleh Persekutuan
Tanah Melayu
PESAKA/
SNAP/UNKO
Bukan Melayu dan peribumi Bimbang
akan kehilangan identiti dan dikuasai
oleh orang Melayu
Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
Semua Parti
politik di Sabah
kecuali
BERJASA
PESAKA
SNAP
ONKO
Bimbang Sumber Ekonomi Sarawak dan
Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu
PESAKA
SNAP
ONKO
Membangkitkan Isu kemajuan ekonomi
dan sosial
Fokus SPM Esei Soalan : Parti politi di Sabah dan
Sarawak tpada peringkat awalnya
telah menentang cadangan
pembentukan Malaysia.
Terangkan apakah isu-isu yang
diperjuangkan oleh mereka?
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Dikuasai oleh P.Tanah
Melayu
Kehilangan identity
Merdeka dahulu
Hilang sumber ekonomi
Sosial dan kemajuan
ekonomi
Esei : Pelajar harus
menghuraikanisi-isi berkenaan
satu persatu. Lihat tajuk Faktor-
Faktor Pembentukkan
Malaysia pada halaman 139-140
buku teks Sejarah Ting. 5.
Unsur Patriotisme
Semangat perpaduan dan sikap
toleransi tokoh-tokoh yang
terlibat dalam cadangan
pembentukan Malaysia, serta
kerjasama daripada pemimpin
tempatan telah membawa kepada
terlaksananya Penubuhan Negara
Malaysia yang mengabungkan
Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura..
Sudut Uji Minda
Mengapakah Parti
Rakyat Brunei
melancarkan
pemberontakan
bersenjata ke atas
Gagasan Malaysia
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
5. Pemberontakan ini telah dilancarkan pada 7 Disember 1962
apabila, Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan
Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
6. Kerajaan Indonesia dan Filipina telah memberi bantuan dan
menyokong A.M.Azahari.
7. Pemberontakan tersebut telah dapat dipatahkan oleh British. Tetapi
A.M.Azahari tidak dapat ditangkap kerana berada di Filipina dan
kemudiannya mendapatkan perlindungan politik di Indonesia.
Reaksi Negara Indonesia
1. Indonesia telah membantah gagasan Malaysia pada akhir 1962,
mereka berpendapat Pembentukan Malaysia adalah satu
neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.
2. Parti Komunis Indonesia ( PKI ) telah berjaya mempengaruhi
Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrantasi
terhadap Malaysia.
3. Slogan Ganyang Malaysia telah digunakan oleh Indonesia untuk
memusnahkan pembentukan Malaysia pada 20 januari 1963.
4. Mereka telah menghantar pasukan pengintip untuk tujuan
tersebut.
5. Indonesia telah melancarkan serangan terhadap kapal-kapal
nelayan Tanah Melayu dan juga mencerobohi ruang udara
Malaysia, tetapi kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang
tindakan.
6. Tentera Indonesia telah melancarkan serangan terhadap Malaysia
melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
7. Malaysia telah bertindak balas dengan bentuan tentera Komanwel
termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan
Kanada.
8. Surat bantahan rasmi telah dihantar oleh Tunku Abdul Rahman
kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan
dengan pencerobohan tersebut.
9. Tindakan Indonesia tersebut telah menjejaskan Negara itu sendiri
dan tidak memberikan kesan terhadap Malaysia.
10. Indonesia juga telah bertindak dengan memburukkan nama
Malaysia di Negara Afro-Asia dan di Negara Dunia Ketiga.
11. Malaysia telah mengambil langkah untuk memelihara kedaulatan
Negara dengan menghantar perwakilan yang diketuai oleh Tun
Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah Negara
Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatic antara
Indonesia dengan Malaysia
12. Pada bulan September 1965 berlaku pemberontakan bersenjata di
Indonesia yang telah meggulingkan Presiden Soekarno.
13. Pemberontakan tersebut telah menamatkan permusuhan antara
Malaysia dan Indonesia apabila Presiden SoehartO menghantar
Menteri Luar Indonesia, Adam malik bagi memulihkan hubungan
diplomatiK Malaysia dan Indonesia.
)
6.3.1 Reaksi Negara Luar
Fokus SPM Objekti
Soalan : Manakah antara sebab-
sebab berikut yang telah
menyebabkan Brunei menentang
gagasan Malaysia?
I. Matlamat menubuhkan
Persekutuan Borneo
II. Kekuatan Tentera Nasional
Kalimantan
III. Bantuan tentera daripada
Filipina dan Indonesia
IV. Menganggap Malaysia
sebagai penjajahan bentuk
baru.
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan IV
Jawapan : I dan IV
Fakta : menganggap
gagasan Malaysia sebagai satu
bentuk neokolonialisme dan
matlamat mereka adalah untuk
menubuhkan Persekutuan
Borneo,
Bukti : Rujuk tajuk Reaksi
Dalam Negeri halaman Buku
Teks Sejarah Tingkatan 5.
Fokus SPM Esei Soalan : Indonesia telah
menunjukkan penentangan
terhadap pembentukan Malaysia.
Terangkan penentangan tersebut?
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Neololonialisme
Konfrantasi
Ganyang Malaysia
Pengintip
Serangan
Tindakbalas Malaysia
Surat Bantahan
Burukkan nama Malaysia
Hantar Wakil melawat Afrika
Soekarno digulingkan
Berakhirnya konfrantasi Esei : Pelajar harus
menghuraikanisi-isi berkenaan
satu persatu. Lihat tajuk Reaksi
Negara Luar ( Indonesia ) pada halaman 146-147 buku teks
Sejarah Ting. 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
Gambar : Rundingan antara Tun Abdul razak ( wakil Malaysia dan
Encik Adam Malik ( wakil Indonesia
Reaksi Negara Filipina
1. Negara Filipina juga telah menunjukkan reaksi menentang
terhadap cadangan penubuhan Negara Malaysia.
2. Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi
menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
3. Mereka telah mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian
daripada Kesultanan Sulu.
4. Ia berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 januari
1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck.
5. Hak tersebut kemudiannya telah dijual kepada Alfred Dent yang
telah menubuhkan Syarikat Perdagangan dan memperolehi Piagam
Diraja daripada British.
6. Syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (
SBUB ) dan telah memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
7. SBUB telah menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan
British pada tahun 1946.
8. Waris Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan Esmail Kiram telah
mengisytiharkan pajakan terhadap Sabah telah tamat pada 22
Januari 1958.
9. Pada bulan Jun 1966, Filipina akhinya telah mengiktiraf
penubuhan Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan antara
kedua-dua Negara melalui MAPHILINDO ( Malaysia, Filipina dan
Indonesia )
Fokus SPM Objekti
Soalan : Negara Filipina telah
mendakwa bahawa sabah adalah
hak milik mereka. Apakah bukti
yang digunakan oleh Filipina
untuk mengesahkan dakwaan
mereka?
A. Sabah adalah sebahagian
daripada Kesultanan
Sulu
B. Sabah adalah berada
dalam lingkungan
kawasan Filipina
C. SBUB telah menamatkan
pajakan mereka terhadap
Sabah pada 1946
D. Baron Overbeck telah
meminjam Sabah selama
10 tahun sahaja.
Jawapan : A. Sabah adalah
sebahagian daripada kesultanan
Sulu
Fakta : Mereka telah
mendakwa bahawa Sabah
adalah sebahagian daripada
Kesultanan Sulu.
Bukti : Rujuk tajuk Reaksi
Negara Luar halaman Buku
Teks Sejarah 148 Tingkatan 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
1. Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke Sarawak,
Sarawak dan Brunei dalam usaha untuk menerangkan konsep,
tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2. Rundingan juga telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan
Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari
Sarawak, Sabah dan Singapura.
3. Pada 23 Julai 1961, Satu Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia ditubuhkan di Singapura dan telah
dipengerusikan oleh Donald Stephen untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, terutama
penduduk di Sabah, Sarawak dan Brunei.
4. Antara tokoh-tokoh yang terlibat di dalam Jawatankuasa tersebut
ialah :
a. Tunku Abdul Rahman ( Persekutuan Tanah Melayu )
b. Ong Yoke Lin( Persekutuan Tanah Melayu )
c. Khir Johari( Persekutuan Tanah Melayu )
d. Lee Kuan Yew ( Singapura )
e. Tun Datu Mustapha Datu Harun ( Sabah )
5. Jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuarat sebanyak
empat kali iaitu Di Jesselton ( Sabah ), Kuching ( Sarawak ), Kuala
Lumpur ( Persekutuan Tanah Melayu ) dan Singapura.
6. Negara Brunei hanya menghantar wakil sebagai pemerhati sahaja
di dalam tiga mesyuarat yang terakhir.
7. Pada Februari 1962, ahli-ahli Jawatankuasa tersebut telah bersetuju
untuk mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya
Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.pada mesyuarat
terakhir di Singapura.
8. Ia mengandungi pekara penting yang berkaitan dengan pandangan
dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam
perlembagaan baru.
Suruhanjaya Cobbold
1. Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada januari 1962 untuk
mendapatkan pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.
2. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobblod dan dianggotai oleh Sir
Antohny Abel dan Sir David Watherston yang mewakili
kerajaan British serta dua orang wakil Persekutuan Tanah
Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
3. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dari bulan Februari
hingga April 1962.
6.4 Langkah-Langkah
Pembentukan Malaysia
Fokus SPM Objekti
Soalan : Pada 23 Julai 1961, Satu
Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia ditubuhkan
di Singapura. Apakah tujuan
penubuhan Jawatankuasa
tersebut?
A. Mewujudkan perpaduan
kaum di Malaysia
B. Membuat cadangan
langkah-langkah
perpaduan kaum.
C. Menerangkan konsep
Malaysia
D. Mendapatkan
persetujuan gagasan
Malaysia
Jawapan : C- Menerangkan
konsep Malaysia.
Fakta :. Pada 23 Julai 1961, Satu
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia ditubuhkan di Singapura
dan telah dipengerusikan oleh Donald
Stephen untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang konsep Malaysia
kepada orang ramai, terutama
penduduk di Sabah, Sarawak dan
Brunei. Bukti : Rujuk tajuk
Langkah-Langkah
Pembentukan Malaysia halaman Buku Teks Sejarah 148
Tingkatan 5.
Fokus SPM Esei Soalan : Nyatakan apakah
langkah-langkah yang telah
dijalankan untuk pembentukan
Malaysia?
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Lawatan
Rundingan
jawatankuasaPerundingan
Memorandum
Suruhanjaya Cobbold
Jawatan kuasa antara
kerajaan
Esei : Pelajar harus
menghuraikanisi-isi berkenaan
satu persatu. Lihat tajuk
Langkah-Langkah
Pembentukan Malaysia pada
halaman 146-147 buku teks
Sejarah Ting. 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
4. Suruhanjaya Cobbold telah membuat laporan kepada kerajaan
British pada Jun 1962, Antara isi kandungan laporan tersebut
ialah :
a. Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong
gagasan Malaysia tanpa syarat
b. Satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan
mereka harus dilindungi
c. Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum
menyertai Malaysia.
5. Suruhanjaya ini juga telah mencadangkan beberapa cadangan
iaitu :
a. Perlembagaan Malaysia haruslah berasaskan perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.
b. Kuasa telah diberikan kepada kepada sabah dan Sarawak
untuk menentukan dasar imigresen dan bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan
c. Terdapat jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra
Sabah dan Sarawak
d. Pemberian nama Malaysia.
e. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
Jawatan Kuasa Antara Kerajaan
1. Pada bulan ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
telah ditubuhkan yang diwakili oleh wakil-wakil dari Persekutuan
Tanah Melayu, Britain,, Sabah dan Sarawak.
2. JAK ini ditubuhkan adalah untuk memperincikan lagi cadangan
yang terdapat dalam Suruhanjaya Cobbold.
3. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (
Menteri Negara bagi Tanah Jajahan )dan telah dibantu oleh
Timbalan Perdana Menteri Bagi Persekutuan Tanah Melayu iaitu
Tun Abdul Razak.
4. Mereka telah mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan
penubuhan Malaysia dan telah mengadakan mesyuarat sebanyak
24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam
Persekutuan Malaysia.
5. Hak dan kepentingan penduduk Sarawak juga telah dibincangkan
di dalam mesyuarat tersebut.
Gambar : Anggota Suruhanjaya
Cobbold gambar; Lord
Cobbold
Fokus SPM Esei Soalan : Suruhanjaya Cobbold
telah ditubuhkan pada januari
1962. Berdasarkan kenyataan di
atas terangkan apakah cadangan-
cadangan yang telah dibuat oleh
Suruhanjaya tersebut/
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Perlembagaan
Dasar Imigresen
Bahasa Kebangsaan
Jaminan hak istimewa
Nama Malaysia
Tarikh Penubuhan
Esei : Pelajar harus
menghuraikanisi-isi berkenaan
satu persatu. Lihat tajuk
Langkah-Langkah
Pembentukan Malaysia pada
halaman 146-147 buku teks
Sejarah Ting. 5.
Fokus SPM Objekti
Soalan : Beberapa jawatankuasa
telah ditubuhkan oleh
Persekutuan tanah Melayu
bersama-sama dengan British
untuk meninjau pendapat rakyat
Sabah dan Sarawak.Manakah
antara berikut merupakan jawatan
kuasa tersebut?
I. Suruhanjaya Lord
Reid
II. Suruhanjaya
Cobbold
III. Jawatan Kuasa
Antara Kerajaan
IV. UNMM
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan : D-II, III dan IV
Fakta :. Antara jawatankuasa
yang ditubuhkan ialah
Suruhanjaya Cobbold, Jawatan
Kuasa Antara Kerajaan dan
UNMM
Bukti : Rujuk tajuk
Langkah-Langkah
Pembentukan Malaysia halaman Buku Teks Sejarah
150-151 Tingkatan 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
Persetujuan Pembentukan Malaysia
1. Pada 31 ogos 1963, Pembentukan Malaysia telah dibentuk apabila
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah telah bersetuju dengan gagasan tersebut.
2. Filipina dan Indonesia telah menentang penubuhan Negara
Malaysia tersebut
3. Satu perjumpaan telah diadakan diantara Malaysia, Indonesia dan
Filipina bagi mengurangkan ketengan antara Negara tersebut.
4. Pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 satu Sidang kemuncak antara
Ketua Kerajaan telah diadakan di manila.
5. Sidang kemuncak tersebut telah dihadiri oleh Tunku Abdul
Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Maacapagal yang telah
melahirkan MAPHILINDO .
6. Mereka juga telah bersetuju untuk mencari penyelesaian dengan
bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB )
7. Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant telah membentuk perwakilan
Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United
Nationsl Malaysia Mission ( UNMM ).
8. U Thant sekali lagi telah menghantar wakilnya untuk meninjau
pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
9. Rombongan tersebut telah disertai oleh Lawrence Michaelmore
dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakildari
Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan
Republik Arab Bersatu.
10. Mereka telah mendapati bahawa majoritI rakyat Sarawak dan
sabah telah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
11. Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengubah fikiran mereka untuk
menyokong Persekutuan Tanah Melayu kerana usaha yang
berterusan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan tanah
Melayu.
12. Parti Perikatan juga telah berusaha dengan membentuk parti yang
menyokong pembentukan Malaysia yang memenangi pilihanraya
di Sabah dan Sarawak.
13. Penduduk Sabah dan Sarawak lebih berminat untuk menyertai
Persekutuan tanah Melayu daripada menganggotai Filipina atau
pun Indonesia.
Perisytiharan Penubuhan Malaysia
1. Tarikh penubuhan Malaysia telah dicadangkan pada 31 Ogos 1963
tetapi disebabkan oleh laporan daripada PBB yang tidak dapat
disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina.
2. Negara Brunei telah menarik diri disaat-saat akhir.
3. Malaysia akhirnya telah dapat ditubuhkan dengan rasminya pada
16 September 1963 yang telah dilancarkan dengan rasminya di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Unsur Patriotisme
Kita harus merasa bangga
dengan warisan bangsa kita yang
berdaulat menerusi Kesultanan
Melayu Melaka dan harus
bersama-sama mempertahankan
kedaulatan Negara kita dengan
menyokong dasar kerajaan
mewujudkan bangsa Malaysia.
Fokus SPM Objekti
Soalan : Negara Filipina dan
Indonesia terus menentang
pembentukan Malaysia. Manakah
antara berikut merupakan
beberapa langkah yang telah
diambil untuk mencari jalan bagi
menyelesaikan masalah tersebut?
I. Sidang Kemuncak ketua
Kerajaan Negara terbabit
II. Menerusi peranan PBB
III. Pembentukan UNMM
IV. Penubuhan ASEAN
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Jawapan : A-I, II dan III
Fakta :. Satu perjumpaan telah
diadakan diantara Malaysia,
Indonesia dan Filipina bagi
mengurangkan ketengan antara
Negara tersebut. Mereka juga telah
bersetuju untuk mencari penyelesaian
dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu ( PBB )dan
Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant
telah membentuk perwakilan
Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu atau United Nationsl
Malaysia Mission ( UNMM ).
Bukti : Rujuk tajuk
Langkah-Langkah
Pembentukan Malaysia halaman Buku Teks Sejarah 152
Tingkatan 5.
Unsur Patriotisme
Pembentukan Malaysia telah
memperlihatkan pentingnya
kerjasama serantau dan
antarabangsa Sifat politk yang
berdiplomasi yang ditunjukkan
oleh tokoh-tokoh yang terlibat
telah membuahkan hasil yang
cemerlang..
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
1. Setelah semua pihak yang terlibat bersetuju dengan syarat-syarat
pembentukan Malaysia, Akhirnya Pembentukan Malaysia telah
ditandatangani di Landon pada 9 Julai 1963.
2. Ratu Elizabeth II telah memperkenalkan Akta Malaysia yang
telah diluluskan oleh parlimen British, ia kemudian diikuti oleh
kelulusan Perjanjian Malaysia oleh parlimen Perekutuan Tanah
Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, majlis Undangan
Sarawak dan majlis Undangan Sabah.
3. Yang diPertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia
pada 26 Ogos 1963.
4. Pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan secara
rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Sabah.
1. Beberapa pekara telah diperuntukan di dalam Akta Malaysia yang
kemudiannya telah diterima dan dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Malaysia.
2. Antara pekara-pekara penting itu ialah
6.5.1 Intipati Perjanjian Malaysia
1963
Semua Urusan Luar adalah tanggungjawab Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu
Agama Islam adalah agama persekutuan kecuali Sabah dan
Sarawak tetapi agama lain dibebaskan
Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, bahasa
Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi sehingga 10 tahun
selepas hari Malaysia
Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal hal-
ehwal emegresen dan perkhidmatan awam
Pembahagian kerusi, Sabah mendapat 16 kerusi, Sarawak
24 kerusi dan Singapura 15 kerusi yang mewakili kawasan
Parlimen.
Rakyat Bumiputra Sabah dan Sarawak mendapat taraf
yang sama dengan orang Melayu dipersekutuan Tanah
Melayu.
6.5 Perjanjian Malaysia 1963
Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963
Fokus SPM Esei Soalan : Terangkan apakah isi
kandungan yang terdapat di
Dalam Akta Malaysia mengikut
intipati perjanjian Malaysia 1963?
Jawapan Berdasarkan Isi-isi
penting :
Urusan Luar
Agama
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa rasmi
Emegresen
Perkhidmatan awam
Kerusi
Taraf yang sama
Esei : Pelajar harus
menghuraikanisi-isi berkenaan
satu persatu. Lihat tajuk Intipati
Perjanjian Malaysia 1963 pada halaman 146-147 buku teks
Sejarah Ting. 5.
Fokus SPM Objekti
Soalan : Pembentukan Malaysai
telah ditandatangani pada 9 Julai
1963. Apakah undang-undang
yang mengesahkan Perjanjian
pembentukan Malaysia pada
tahun 1963?
A. Akta Parlimen British
B. Akta Malaysia
C. Akta Pembentukan
Malaysia
D. Akta Sabah dan sarawak
Jawapan : B- Akta Malaysia
Fakta :. Ratu Elizabeth II
telah memperkenalkan Akta
Malaysia yang telah diluluskan
oleh parlimen British, ia
kemudian diikuti oleh kelulusan
Perjanjian Malaysia oleh parlimen
Perekutuan Tanah Melayu,
Dewan Perhimpunan Singapura,
majlis Undangan Sarawak dan
majlis Undangan Sabah.
Bukti : Rujuk tajuk
Perjanjian Malaysia 1963 halaman Buku Teks Sejarah 148
Tingkatan 5.
© Hak Cipta cikgusejarah.blogspot.com/ Cgu zamri talib/smk kemumin
Kesimpulan
1. Proses pembentukan Malaysia telah memperlihatkan usaha yang
bersungguh-sungguh daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan
luar Negara.
2. Sikap kerjasama yang telah ditunjukkan, dan dasar berdiplomasi
yang digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul telah dapat
memberikan kejayaan kepada cadangan untuk menggabungkan
Persekutuan Tanah Melayu.
3. Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 1963 telah
mengambil kira kepentingan semua anggota yang terlibat untuk
memastikan kesejahteraan dan perpaduan antara negeri.
4. Ia untuk mengelakkan timbulnya sebarang masalah apabila Negara
Malaysia yang baru yang akan dibentuk.