soalan sbe prm3102

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PRM3102 Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan Tugasan ini hendaklah dibuat semasa anda menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. SOALAN : Anda dikehendaki memerhati, mencatat, mencari maklumat dan mengumpul bahan tentang aktiviti Muzik dengan Pergerakan yang dilakukan di sekolah anda, samada aktiviti tersebut dilakukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran, kokurikulum atau sesuatu persembahan yang dirancang. Setelah mendapat maklumat dan bahan, anda dikehendaki menulis sebuah laporan tentang aktiviti Muzik dengan Pergerakan yang dilakukan di sekolah tersebut. Penerangan : 1. Aktiviti Muzik dan Perrgerakan tidak semestinya terbatas kepada aktiviti di dalam kelas sahaja, ianya juga boleh berlaku di luar waktu kelas. Oleh yang demikian anda boleh membuat tugasan ini berdasarkan apa saja aktiviti yang anda lihat mempunyai kaitan dengan Muzik dan Pergerakan. Sebagai contoh ; i. Aktiviti P&P di dalam kelas iaitu integrasi Muzik dan mata pelajaran lain. ii. Aktiviti persembahan yang bercorak muzikal yang dilakukan disekolah tersebut (persembahan sempena sambutan hari raya dan lain-lain). iii. Persembahan gimrama. iv. Lain-lain aktiviti yang berkaitan. 2. Anda juga boleh menemuramah guru yang menjalankan aktiviti tersebut dan murid-murid yang terlibat. 3. Laporan anda juga perlu disertai dengan bahan-bahan sokongan seperti soalan temubual, gambar, kertas kerja atau apa saja bahan yang boleh dianggap sebagai bukti tugasan ini dilakukan sendiri. 4. Anda bebas merancang soalan temubual dengan guru dan murid, tetapi soalan haruslah bertata susila tinggi dan tidak sensitif yang boleh menimbulkan anggapan yang buruk kepada anda dan seterusnya IPG Kampus Perlis. mmn 1 ogos 2013

Upload: shara1007

Post on 02-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sbe

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Sbe Prm3102

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PRM3102 Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan

Tugasan ini hendaklah dibuat semasa anda menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah.

SOALAN :

Anda dikehendaki memerhati, mencatat, mencari maklumat dan mengumpul bahan tentang aktiviti Muzik dengan Pergerakan yang dilakukan di sekolah anda, samada aktiviti tersebut dilakukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran, kokurikulum atau sesuatu persembahan yang dirancang.

Setelah mendapat maklumat dan bahan, anda dikehendaki menulis sebuah laporan tentang aktiviti Muzik dengan Pergerakan yang dilakukan di sekolah tersebut.

Penerangan :

1. Aktiviti Muzik dan Perrgerakan tidak semestinya terbatas kepada aktiviti di dalam kelas sahaja, ianya juga boleh berlaku di luar waktu kelas. Oleh yang demikian anda boleh membuat tugasan ini berdasarkan apa saja aktiviti yang anda lihat mempunyai kaitan dengan Muzik dan Pergerakan. Sebagai contoh ;i. Aktiviti P&P di dalam kelas iaitu integrasi Muzik dan mata pelajaran lain.ii. Aktiviti persembahan yang bercorak muzikal yang dilakukan disekolah tersebut

(persembahan sempena sambutan hari raya dan lain-lain).iii. Persembahan gimrama.iv. Lain-lain aktiviti yang berkaitan.

2. Anda juga boleh menemuramah guru yang menjalankan aktiviti tersebut dan murid-murid yang terlibat.

3. Laporan anda juga perlu disertai dengan bahan-bahan sokongan seperti soalan temubual, gambar, kertas kerja atau apa saja bahan yang boleh dianggap sebagai bukti tugasan ini dilakukan sendiri.

4. Anda bebas merancang soalan temubual dengan guru dan murid, tetapi soalan haruslah bertata susila tinggi dan tidak sensitif yang boleh menimbulkan anggapan yang buruk kepada anda dan seterusnya IPG Kampus Perlis.

5. Laporan mestilah lengkap. Anda juga dikehendaki memasukan kebaikan dan keburukan yang sesuai dengan buah fikiran anda sendiri. Refleksi adalah wajib.

6. Laporan dan bahan-bahan lampiran mestilah tidak kurang daripada sepuluh muka surat dengan font Arial 11 dan jarak 1 ½.

7. Laporan mesti dihantar kepada saya pada hari jumaat 30 Ogos 2012.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh

Megat Mohd Noor Bin Megat Teh ([email protected])

mmn1 ogos 2013