soalan sains tahun 5 alam kehidupan (pksr1)

Upload: melissa-duncan

Post on 03-Apr-2018

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    1/8

    MMEENNYYIIAASSAATTAALLAAMM KKEEHHIIDDUUPPAANN

    SSEETTSSAATTUUSatu Jam Lima Belas Minit

    Bahagian A

    Jawab semua soalan.

    Masa yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Jika anda tidak dapat

    menjawab sesuatu soalan, teruslah menjawab soalan berikutnya.

    1.

    2.

    3.

    Rajah 1

    Maklumat pada Rajah 1 di atas

    menunjukkan beberapa sifat tabii

    haiwan. Sifat-sifat ini menolong

    haiwan ..

    A mencari makanan

    B membina habitatnya sendiri

    C mengekalkan kemandiriannya

    D memudahkan proses pembiakan

    Antara haiwan-haiwan berikut, yang

    manakah tidak menyerupai ibunyasemasa dilahirkan ?

    A Penyu

    B Ikan Paus

    C Anjing Laut

    D Rama-rama

    Semua pernyataan berikut tidak benar

    tentang cara penyebaran biji benih

    tumbuhan KECUALI ..A Benih pokok angsana disebarkan

    oleh angin

    B Benih tumbuhan yang berbiji keras

    biasanya disebarkan oleh haiwan

    C Biji benih kemuncup mempunyai

    cangkuk dan melekat pada haiwan

    D Meranti menyebarkan biji benihnya

    melalui mekanisme letupan

    4.

    5.

    Rajah 2

    Apakah persamaan-persamaan yang

    terdapat pada ketiga-tiga tumbuhan

    di atas ?

    I Cara pembiakanII Habitat tumbuhanIII Agen pencaran biji benihIV Kegunaan tumbuhan-tumbuhanA I dan III sahaja

    B II dan IV sahaja

    C I, III, dan IV sahaja

    D I, II, III, dan IV

    Selepas bertelur, haiwan ini akan

    meninggalkan telurnya begitu sahaja

    tanpa menjaganya, tetapi ia masih

    dapat mengekalkan kewujudan

    spesiesnya. Apakah faktor yang

    mempengaruhi keadaan ini ?

    A Haiwan ini adalah haiwanpemangsa

    B Haiwan ini menghasilkan telur

    dalam jumlah yang banyak

    C Anak-anak haiwan ini boleh hidup

    sendiri

    D Cengkerang telur haiwan ini

    terlalu keras

    Bertelur banyak Menjaga anak Hidupberkumpulan

    Haiwan

    Keembung Pokok Getah Kacangbotor

    Tumbuhan

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    2/8

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    Rajah 3

    Antara haiwan-haiwan berikut, yang

    manakah boleh mewakili Q dalam rajah

    3 di atas ?

    I AyamII Burung KelicapIII ArnabIV Ular sawaA I, II dan III sahaja C I, II, III, dan IV

    B I, dan III sahaja D I, dan II sahaja

    Dalam sebuah rantai makanan, bilangan

    hidupan yang paling banyak ialah ..A Pengeluar

    B Pengguna Primer

    C Pengguna Tertier

    D Pengguna Sekunder

    Berdasarkan data yang diberi di atas,

    pilih rantai makanan yang paling tepat.

    A Ular Katak Belalang Rumput

    B Katak Belalang Ular Rumput

    C Rumput Belalang Katak Ular

    D Ular Belalang Rumput Katak

    Antara kenyataan berikut, yang manakahtidak benar tentang cirri benih tumbuhanyang dipencarkan oleh angin ?

    A Berbulu

    B Ringan

    C Bersayap

    D Mempunyai cangkuk

    Buah kemuncup akan melekat pada bulu

    haiwan atau pakaian manusia kerana

    A Buahnya berduri

    B Buahnya bercangkuk

    C Buahnya bercangkuk dan berduri

    D Buahnya melekat di badan haiwan

    11.

    12.

    13.

    Semua haiwan berikut, menjadi

    mangsa dan pemangsa dalam rantai

    makanan kecuali ..I KambingII Ular sawaIII SeladangIV Labah-labahA I dan III sahaja C I, II, III dan IV

    B II dan IV sahaja D I dan IV sahaja

    Rajah 4 menunjukkan sekumpulan

    hidupan yang menghuni satu habitat.

    Rantai makanan yang betul bagi

    habitat ini ialah ..

    A W X Y Z

    B X Z Y W

    C Y W Z X

    D Z Y W X

    Haiwan dalam rajah 5 menghasilkan

    telur dalam jumlah yang banyak.

    Inferens yang sesuai bagi kenyataan

    ini ialah ..

    A membolehkannya menjadimangsa haiwan lain

    B memudahkannya membiak

    dengan cepat

    C menghasilkan zuriat atau

    keturunan dengan banyak

    D membolehkan sebahagian dari

    anaknya hidup dan membesar

    Rumput KatakBelalang Ular

    Q

    W X

    Y ZRajah 4

    Rajah 5

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    3/8

    14.

    15.

    16.

    17.

    18.

    Soalan 14 hingga 17 berdasarkan Rajah6 di bawah.

    Berdasarkan Rajah 6 di atas, nyatakan

    haiwan karnivor dalam siratan makanan

    ini.

    A S

    B Berudu

    CBangauD Bangau dan S

    Sekiranya bilangan berudu dan ikan

    berkurangan ia akan memberi kesan

    kepada pertambahan .

    A bilangan S

    B bilangan lumut

    C bilangan bangau

    D bilangan bangau, lumut dan S

    Antara hidupan berikut, yang manakah

    boleh mewakili S dalam siratan makananini ?

    A Itik

    B Katak

    C Memerang

    D Ikan haruan

    Habitat yang paling sesuai bagi siratan

    makanan ini ialah ..

    A sungai

    B kolam

    C telagaD anak sungai

    Semua hidupan berikut adalah

    pengeluar dalam rantai makanankecuali ..A Rumpai air C Plankton

    B Cendawan D Keladi bunting

    19.

    20.

    21.

    Pilih kenyataan yang benar tentangpersamaan antara buah kelapa dan

    teratai.

    I Kedua-dua menghuni habitatyang sama

    II Kedua-duanya mempunyai akartunjang

    III Kedua-dua biji benihnyadipencarkan oleh air

    IV Kedua-duanya mempunyaistruktur khas untuk memerangkap

    udara

    A I dan III sahaja C I, II, III dan IV

    B III dan IV sahaja D II dan III sahaja

    Kenyataan yang tidakbenar tentangrantai makanan di atas ialah .

    A Ular, biawak dan helang adalahpemangsa

    B Helang adalah pemangsa paling

    berkuasa

    C Siratan makanan ini mungkin

    ditemui di kawasan sawah atau

    kebun

    D Semua pemangsa dalam siratan

    makanan ini adalah Omnivor

    Tanaman padi Encik Ali dirosakkan

    oleh belalang. Apakah jalan

    penyelesaian terbaik masalah ini ?

    A Menghalau belalang tersebut

    B Menangkap belalang tersebut

    C Memasukkan sekumpulan burung

    ke sawah Encik Ali

    D Memasang orang-orang di sekitar

    sawah tersebut

    Lumut

    Bangau

    Ikanerudu

    S

    Rajah 7

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    4/8

    22.

    23.

    24.

    25.

    26.

    Soalan 22 hingga 24 merujuk kepadarajah 8 di bawah.

    Rajah 8

    Berdasarkan rajah 8, haiwan manakah

    boleh mewakili Q ?

    A Penyu C Katak

    B Ikan Pelaga D Burung kakak Tua

    Pilih pasangan yang betul bagi haiwan Pdan R.

    Apakah cirri haiwan yang mempunyai

    sifat P dalam rajah 8 ?

    A Bertelur banyak

    B Kerapkali bertelur

    C Mengeram telurnya hingga menetas

    D Bertelur dan menjaga anaknya

    hingga dewasa

    Biji benih tumbuhan Y dipencarkan oleh

    haiwan. Contoh tumbuhan Y ialah

    A Angsana

    B Keladi bunting

    C Kacang parang

    D Pokok rambutan

    Rajah 9

    Semua haiwan di bawah ini tidak boleh

    menggantikan ayam kecuali ..A Itik C Lembu

    B Kambing D Kerbau

    27.

    28.

    29.

    30.

    Rajah 10

    Rajah 10 menunjukkan satu siratan

    makanan. Haiwan M mungkin sekali

    ialah ..

    A Burung Kelicap

    B Burung Murai

    C Helang

    D Katak

    Semua haiwan berikut mempunyai

    cara yang sama bagi mengekalkan

    kemandirian spesiesnya kecuali ..

    A Harimau

    B Serigala

    C Kambing

    D Burung hantu

    Apakah sifat atau cirri-ciri yang

    membezakan tumbuh-tumbuhan di

    atas ?

    A Mempunyai klorofil

    B Agen penyebaran benih

    C Hidup di atas tumbuhan lain

    D Boleh membina makanan sendiri

    Dalam siratan makanan, manusia,

    harimau dan katak digelar .

    A Pengeluar

    B Pemangsa

    C Omnivor

    D Herbivor

    Bertelur Menjaga anakQR

    P R

    A Haruan Ikan Paus

    B Rama-rama Lipas

    C Biawak Penyu

    D Mengkarung Tuntung

    Ayam

    M

    KiambangPokok KeembongPokok Lalang

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    5/8

    Bahagian BJawab semua soalan.

    Tulis jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan. Masa yang diperuntukkan untuk

    bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan,

    teruskan menjawab soalan berikutnya.

    1. Sekumpulan ahli Persatuan Pencinta alam telah membuat penyiasatan tentang

    hubungan makanan antara hidupan (rantai makanan) yang terdapat di sebuah

    habitat. Bilangan hidupan yang terdapat dalam habitat tersebut pada masa kajian

    ini dijalankan dicatatkan dalam carta palang berikut ;

    (a) Hidupan manakah dalam carta palang di atas merupakan pengeluar ?

    (1 markah)

    (b) Nyatakan alasan bagi jawapan kamu di (a).

    (1 markah)

    (c) Apakah pola bilangan hidupan dalam carta palang di atas ?

    (1 markah)

    (d) Sekiranya bilangan hidupan R bertambah, apakah yang akan berlaku kepada

    hidupan Q ?

    (1 markah)

    (e) Jika habitat yang dikaji di atas terletak di sebuah bendang, apakah yang mungkin

    mewakili hidupan P ?

    (1 markah)

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    40

    45

    P Q R SHidupan

    BanganHidupan

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    6/8

    2. Seekor tenggiling, tiga ekor katak dan 50 ekor semut dimasukkan ke dalam sebuah

    sangkar dan dibiarkan selama lima hari. Pemerhatian terhadap haiwan-haiwan ini

    dilakukan setiap hari dan hasil pemerhatian tersebut di catatkan dalam jadual

    berikut ;

    Bilangan hidupanHari Semut Katak Tenggiling1 50 2 1

    2 20 2 1

    3 5 2 1

    4 0 2 1

    5 0 1 1

    (a) Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang bilangan semut dalam jadual di atas ?

    (1 markah)

    (b) Nyatakan satu inferens yang sesuai berkaitan pemerhatian kamu dalam soalan (a) di

    atas ?

    (1 markah)

    (c) Berdasarkan kepada jadual yang diberi, nyatakan 2 pembolehubah yang

    digunakan dalam penyiasatan ini.

    1. ..2. ..

    (1 markah)

    (d) Dengan merujuk kepada semut nyatakan kaitan antara pertambahan hari dengan

    bilangan semut.

    (1 markah)

    (e) Pada hari kelima didapati bilangan katak hanya tinggal satu. Apakah inferens bagi

    yang sesuai bagi keadaan ini ?

    (1 markah)

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    7/8

    3. Pak Hamzah adalah seorang pesawah padi. Beliau mempunyai sawah seluas 5

    hektar. Dalam tempoh beberapa musim kebelakangan ini sawah Pak Hamzah

    menghadapi masalah serangan tikus.

    Hasil padi yang dikeluarkan pula bergantung bilangan tikus di sawahnya. Jika

    bilangan tikus banyak, maka hasil padi disawahnya merosot. Jadual berikut

    menunjukkan hasil padi yang dikeluarkan oleh sawah Pak Hamzah selama tiga tahun

    berturut.

    Tahun Bilangan Tikus Hasil Padi (tan)1998 Banyak 60 tan

    1999 Sederhana 100 tan

    2000 Sedikit 150 tan

    (a) Berdasarkan jadual di atas, hasil padi pada tahun 1998 adalah paling sedikit.Berikan inferens yang sesuai bagi menerangkan keadaan ini.

    (1 markah)

    (b) Bilangan tikus pada tahun 2000 adalah sedikit jika dibandingkan dengan tahun 1999

    dan 1998. Mengapakah keadaan ini berlaku ?

    (1 markah)(c) Senaraikan dua pembolehubah yang dicatatkan dalam jadual di atas.

    1. ..2. ..

    (1 markah)

    (d) Apakah kaitan antara bilangan tikus dan hasil padi dalam jadual di atas ?

    (1 markah)

    (e) Apakah yang perlu dilakukan oleh Pak Hamzah untuk mengawal bilangan tikus yangmerosakkan padi di sawahnya ?

    (1 markah)

  • 7/29/2019 Soalan sains tahun 5 Alam kehidupan (PKSR1)

    8/8

    4. Sekumpulan saintis telah membuat kajian tentang bilangan haiwan X yang mendarat

    di sebuah pantai. Kajian tentang pendaratan haiwan ini dijalankan dari tahun 1996

    hingga 2000. Keputusan kajian ini dicatatkan seperti berikut ;

    Tahun Bilangan haiwan X yangmendarat1996 500 ekor

    1997 445 ekor

    1998 400 ekor

    1999 355 ekor

    2000 300 ekor

    (a) Berdasarkan jadual di atas nyatakan pemerhatian kamu tentang bilangan haiwan X

    yang mendarat di pantai tersebut.

    (1 markah)

    (b) Nyatakan inferens yang sesuai tentang pemerhatian kamu di (a).

    (1 markah)

    (c) Apakah pembolehubah yang dimanipulasi dan bergerak yang digunakan dalam

    kajian ini ?

    1. ..2. ..

    (1 markah)

    (d) Dengan merujuk kepada tahun dan bilangan haiwan X yang mendarat nyatakan

    satu hipotesis yang ingin dibuktikan dalam kajian ini.

    (1 markah)

    (e) Dengan merujuk kepada data yang diberi dalam jadual, ramalkan bilangan haiwanX yang mendarat di pantai tersebut pada tahun 2001.

    (1 markah)