soalan ramalan cakap ajuk

Upload: amy-carter

Post on 02-Mar-2016

362 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cakap

TRANSCRIPT

SOALAN RAMALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2014

Tiada karangan berformat kerana pada tahun 2013 telah keluar 2 karangan berformat, iaitu karangan rencana dan juga cerita/cerpen.

Karangan Bahagian A masih lagi mensasarkan pemeliharaan dan pemuliharaan tetapi bukan bangunan bersejarah, sebaliknya lebih fokus kepada melestarikan alam sekitar yang semakin tercemar.

Contoh soalan:

Karangan Bahagian B Dimensi diri (Soalan 1) lebih berfokus kepada diri pelajar itu sendiri sama ada usaha membentuk remaja berwawasan atau peranan remaja menepis penyalahgunaan teknologi maklumat.

Soalan 2 lebih berfokus kepada peranan ibu bapa dalam mengurangkan masa permainan anak-anak di dalam gadget-gadget sehingga tidak tahu bersosial.

Soalan 3 lebih berfokus kepada peranan masyarakat menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir.

Soalan 4 lebih berfokus kepada peranan MERCY Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menghulurkan misi bantuan di negara-negara bergolak.

Soalan 5 lebih berfokus kepada ulasan atau kritikan novel yang dibaca.

CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

Kali terakhir disoal dalam SPM - tahun 2010

Cakap ajuk ialah penulisan ayat perbualan berdasarkan perkataan demi perkataan yang dituturkan oleh sekurang-kurangnya dua orang penutur. Cakap pindah pula ialah laporan oleh pihak ketiga tentang perbualan berkenaan. Cakap pindah ditulis dalam bentuk ayat penyata. Teliti jenis ayat untuk memudahkan proses menukar dialog kepada cakap pindah Prinsip menulis cakap pindah ialah mengekalkan susunan isi. Semua maklumat dalam perbualan juga hendaklah dikekalkan. Elemen tingkah laku dan emosi kedua-dua orang penutur hendak dimasukkan. Cara pemeriksaan juga secara keseluruhan isi, bukan ayat demi ayat. perkataan atau ayat yang tidak gramatis (bahasa Pasar) mesti digugurkan atau diganti dengan ayat yang gramatis.

Panduan menukar ayat penyata...

Frasa yang boleh digunakan..... menyatakan bahawa..... menjelaskan bahawa..... memberitahu bahawa..... menghuraikan bahawa

Panduan menukar ayat tanya

mengapa - alasan , sebab, puncabila - masa, tarikh, tempoh, waktubagaimana - cara, langkah, kaedah,apa/siapa - nama, benda, perkaradi mana - tempat, lokasi, rumah, kedudukan

frasa yang boleh digunalan;

- bertanyakan..- bertanya tentang..- ingin tahu tentang..- menyoal tentang..

Panduan menunjukkan emosi dalam cakap pindah

frasa yang boleh digunakan;

- dengan perasaan sedih/gembira/bangga/marah/terharu/dll

Perkataan yang perlu diubah:aku/saya - diakami - merekaini - itu

Contoh 1.cakap ajuk:

Adam: Apa khabar, Johan?

Johan: Saya baik-baik sahaja. Sudah lama kita tidak berjumpa, ya!

Adam: Memang benar. Sejak Johan berpindah ke sekolah teknik.

Johan: Saya minta maaf. Saya tinggal di asrama, susah sedikit hendak keluar.

Adam: Tidak mengapa. Tumpukan perhatian kepada pelajaran awak..

Johan: Terima kasih atas nasihat awak Adam. Saya tidak akan lupa.

Contoh jawapan cakap pindah.Tulis dalam perenggan Gunakan penanda wacana yang sesuai supaya laporan cakap pindah lancar kesinambungannya. (pemeriksaan secara keseluruhan)

Adam menyapa Johan dan bertanyakan khabarnya.(A1) Lalu, Johan menjawab bahwa dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan menyatakan bahwa sudah lama mereka tidak berjumpa.(A2). Johan bersetuju dengan kata-kata Adam dan menambah bahawa, hal itu berlaku sejak Adam berpindah ke sekolah teknik.(A3)Kemudian, Adam memohon maaf kerana sudah lama tidak berjumpa Johan kerana dia tinggal di asrama dan sukar untuk keluar.(A4). Johan memahami situasi Adam itu dan memintanya supaya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.(A5) Akhirnya, Adam menghargai nasihat Johan dan menyatakan bahawa dia tidak akan melupakannya.

*****************************************************************

Latihan 2Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.Cuba dulu kemudian semak jawapan.Soalan aras tinggi. Tahniah kerana mencuba.

1. Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti.2. Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya, kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.3. Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya, jerit Fatimah.4. Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu, kata seorang tua di kedai kopi.5. Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian, kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.6. Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelaki, kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.7. Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan, kata gadis itu.8. Asma, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan kau di sekolah esok, kata emak.9. Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon, kata jurujual itu kepada Tauke Lim10. Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Apakah dia ada di rumah? kata pemuda itu.

JawapanTukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.1. Siti menyapa Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan bertanyakan khabarnya.2. Pemuda itu menafikan dakwaan seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke dalam longkang. Fatimah juga mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenang sambil meminta orang ramai supaya menyelamatkan adiknya dengan segera.4 Di kedai kopi, seorang tua menyatakan perasaan yang sungguh kesal kerana baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu , manakala pihak polis seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan.5 Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak membuat latihan lalu memberi amaran bahawa jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.6 Dengan perasaan marah, Hang Jebat memberitahu Hang Tuah bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada keris Hang Tuah. Kemudian Hang Jebat jugamencabarHang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.7 Gadis itu berdoa agar Tuhan mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan.8. Emak memberitahu Asma bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Asma. Emak berpesan kepada Abu supaya memasak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam itu dan bekalan Asma di sekolah keesokan hari.9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya melalui telefon.

10. Pemuda itu memberi salam lalu bertanya sama ada terdapat sesiapa di rumah dan menyatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan. Pemuda itu lalu bertanya lagi sama ada Kassim ada di rumah atau tidak

Cakap AjukCakap Ajuk merupakan percakapan seseorang dituis semula perkataan diucapkan tanpa mengubah apa-apa makna.

Cakap PindahCakap Pindah merupakan percakapan seseorang ditulis semula dengan menyusun tatabahasa yang betul.Perubahan-perubahan yang berlaku secara umum dalam menukarkan Cakap Ajuk kepadaCakap Pindah disenaraikan dalam jadual di bawah:

Ganti Nama Diri(Cakap Ajuk)(Cakap Pindah)

Saya, aku, patik, hambaDia, mereka

Kita, kamuMereka

Kamu, awak, engkau, andaSaya atau kami, dia atau mereka, nya, kamu

DiaDia

MerekaMereka

Adverba Tempat (Cakap Ajuk)(Cakap Pindah)

IniItu

SiniSitu, sana, tempat itu

Di siniDi sana, di situ

Ke siniKe situ, ke sana

BeginiBegitu

Keterangan Waktu (Cakap Ajuk)(Cakap Pindah)

SekarangMasa itu, ketika itu

Malam tadi, semalamMalam kemarin, malam yang selpas, hari semalam

Hari iniHari itu.

Contoh:Cakap Ajuk1. "Anda sepatutnya tekun membuat kerja rumah," kata Ahmad kepada adiknya.Cakap PindahAhmad menasihati adiknya supaya tekun membuat kerja rumah.Cakap Ajuk2. "Berapakah harga baju batik ini?" tanya kakak kepada penjual baju.Cakap PindahKakak menanya penjual baju tentang harga baju batik itu.