ramalan 2 pmr

34
Soalan 1 hingga soalan 6 berdasarkan peta di bawah.

Upload: thirumurugan

Post on 07-Sep-2015

291 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas geografi ramalan pmr

TRANSCRIPT

Soalan 1 hingga soalan 6 berdasarkan peta di bawah.

1. Ciri fizikal di kawasan yang bertanda X ialah

A pelana

B rabung

C tebing tinggi

D kol

2. Ketinggian Bt. Besut dalan peta mungkin sekali ialah

A 60 m

B 80 m

C 90 m

D 100 m

3. Apakah hasil utama yang diangkut dengan keretapi dari kawasan ini?

A getah

B padi

C hutan

D bijih timah

4. Apakah kaedah perlombongan yang mungkin sekali dijalankan di kawasan

ini?

A Lombong dedah

B Lombong hidraul

C Lombong syaf

D Kapal korek

5. Bearing sukuan kawasan paya dari Kg. Aman ialah

A U50T

B S60B

C 68

D 250

6. Kegiatan yang paling sesuai dijalankan di kawasan paya dalam peta jika

ditebusguna ialah

A Melombong timah

B Menanam getah

C Menanam padi

D Menanam tembakau

Soalan 7 berdasarkan rajah di bawah.

7. Antara berikut, pernyataan manakah adalah benar tentang graf di atas?

A Bandar X terletak di kawasan beriklim monsun tropika

B Hujan maksimum pada bulan Januari

C Suhu paling tinggi pada bulan Mei

D Suhu mininum ialah 25C

Soalan 8 berdasarkan rajah di bawah.

8. Antara berikut, alat manakah yang digunakan untuk mengukur bacaan di

atas?

A Mawar angin

B Penunjuk arah angin

C Barometer

D Piranometer

9. Kompas magnetik memberikan bacaan kurang tepat jika

A diletakkan pada permukaan yang rata

B dilindungi daripada pancaran matahari

C berhampiran dengan objek besi

D digunakan di kawasan lapang

10. Hujan asid merupakan fenomena yang berlaku akibat

A pembalakan yang tidak terkawal

B kemajuan sains dan teknologi

C kepesatan pembangunan bandar

D perkembangan perindustrian

Soalan 11 berdasarkan pernyataan di bawah.

(Tumbuhan di pantai berlumpurDigunakan sebagai bahan bakar)

11. Tumbuhan yang dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah

A jelutong

B ramin

C bakau

D rotan

12. Antara berikut, yang manakah kegiatan industri ringan?

I Membuat simen

II Memproses petroleum

III Mengetin makanan

IV Membuat tekstil

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Soalan 13 berdasarkan rajah di bawah.

13. Hujan yang paling lebat terdapat di stesen bertanda

A I

B II

C III

D IV

Soalan 14 berdasarkan rajah di bawah

14. Berdasarkan peta di atas, kawasan manakah di gambarkan oleh bahagian

berlorek?

I Dataran Kedah-Perlis

II Delta Kelantan

III Delta Rajang

IV Delta Kinabatangan

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Soalan 15 berdasarkan peta di bawah

15. Kombinasi manakah yang benar tentang kawasan yang bertanda di peta

Kawasan

Huraian

I

Tanah Pamah

II

Pantai Berpasir

III

Batu Kapur

IV

Paya Bakau

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D II dan IV

16. Antara berikut manakah tumbuhan semula jadi yang terdapat di kawasan

pantai berlumpur di Malaysia?

A Hutan paya bakau

B Hutan hujan tropika

C Hutan gunung

D Hutan pantai

17. Tumbuhan lantai di hutan Khatulistiwa jarang disebabkan oleh

A lapisan konopi

B pokok tinggi

C berakar banir

D malar hijau

Soalan 18 berdasarkan gambar rajah di bawah.

Keratan Rentas Gunung Kinabalu

18. Berdasarkan gambar rajah di atas, tumbuhan semulajadi yang terdapat di

kawasan tersebut dipengaruhi oleh

A ketinggian

B litupan awan

C garis lintang

D kebenuaan

19. Antara berikut kombinasi manakah yang benar?

Sungai

Kepentingannya

I

Bernam

Sempadan negeri

II

Padas

Sumber tenaga hidroelektrik

III

Terengganu

Sumber Pengairan

IV

Pahang

Jalan Pengangkutan

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

20. Antara berikut manakah yang merupakan ciri kawasan petempatan FELDA?

I Petempatan terancang

II Kemudahan asas lengkap

III Kegiatan ekonomi pelbagai

IV Peneroka dari kawasan sekitar

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Soalan 21 berdasarkan peta di bawah

21. Perkembangan awal Bandar X dan Y disebabkan oleh kegiatan

A perindustrian

B pelancongan

C pertanian

D perlombongan

Soalan 22 berdasarkan pernyataan di bawah.

(CIRI PETEMPATANKedai runcitPusat pengumpulan hasilpertanianBangunan kedai berpusat)

22. Di Malaysia ciri petempatan di atas terletak pada aras

A I

B II

C III

D IV

23. Kombinasi manakah yang benar?

Bandar

Fungsi

I

Kuala Kangsar

Bandar Diraja

II

Kuantan

Bandar Pelancongan

III

Tawau

Pelabuhan Kontena

IV

Bangi

Pendidikan

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Soalan 24 berdasarkan pernyataan di bawah

(Digunakan di muara sungaiIkan terperangkap semasa air surut)

24. Pernyataan di atas merujuk pada alat penangkapan ikan bernama

A pompang

B bubu

C pukat tunda

D pukat tarik

Soalan 25 berdasarkan rajah di bawah.

(Khidmat nasihatLatihan kemahiranPinjaman modalBahan mentah tempatan)

25. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan industri

A membuat tembikar

B memproses susu getah

C mengetin nenas

D membuat kereta

(Pulau PangkorPulau Ketam)

26. Senarai di atas berkaitan dengan kegiatan

A pengumpulan hasil pertanian

B pengumpulan hasil perikanan

C pengumpulan hasil hutan

D pengumpulan hasil galian

Soalan 27 berdasarkan peta di bawah ini

ASIA TENGGARA

Tumbuhannya kurang padat Menggugurkan daun dalam bulan November hingga Mac

27. Jenis tumbuhan seperti huraian di atas mungkin sekali terdapat di

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

(Tonle SapTasik Chini)

28. Jenis tumbuhan yang mungkin sekali terdapat di kedua-dua kawasan yang

disenaraikan di atas ialah

I Bakau

II Rumbia

III Mengkuang

IV Kelapa

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D II dan IV

Soalan 29 berdasarkan peta di bawah ini

29. Jenis mineral yang dilombong di kawasan yang bertanda X juga banyak

dilombong di kawasan yang bertanda

A I

B II

C III

D IV

Soalan 30 berdasarkan peta di bawah ini.

Tanjung Periuk, Indonesia

Pasir gudang, Malaysia

30. Jenis industri yang dijalankan di kedua-dua kawasan dalam senarai di atas

sama dengan industri di kawasan yang bertanda

A I

B II

C III

D IV

Jenis industri ini dijalankan di Shah Alam dan Serendah, Malaysia

31. Jenis industri yang sama seperti huraian di atas juga dijalankan di

A Teluk Manila

B Sembawang

C Chauk

D Haadyai

Soalan 32 berdasarkan jadual di bawah ini

Negara

Kawasan

Malaysia

Sandakan

Myanmar

Mandalay

Thailand

X

32. Berdasarkan jadual di atas, X mungkin sekali

A Pulau Phuket

B Haadyai

C Chiang Mai

D Ranong

(Pulau PhuketPulau Bangka)

33. Hasil utama yang dilombong di kawasan di atas digunakan terutamanya

dalam perusahaan

A pewter

B kereta

C tembikar

D pembinaan

Transmigrasi: Mengimbangi populasi penduduk

34. Antara berikut manakah yang benar dengan pernyataan di atas?

I Perpindahan penduduk luar bandar ke bandaraya Kuala Lumpur

II Penghijrahan penduduk Indonesia ke negara-negara jiran seperti

Malaysia

III Perpindahan penduduk dari Pulau Luzon ke Pulau Mindanao

IV Penghijrahan penduduk dari Pulau Jawa ke Kalimantan

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

(Semenanjung ThaiJawa barat)

35. Antara berikut yang manakah merupakan ciri iklim kawasan yang

disenaraikan di atas?

A Julat suhu tahunan besar

B Kadar kelembapan rendah

C Hujan dipengaruhi oleh angin monsun

D Terdapat satu musim kering yang nyata

Soalan 36 berdasarkan peta di bawah

36. Kawasan bertanda X dalam peta di atas mengalami min suhu tahunan

rendah kerana terletak

A di pendalaman benua

B di kawasan tekanan rendah

C di garisan lintang tinggi

D di kawasan tanah tinggi

(Sungai Chang JiangSungai Chao PhrayaSungai Irrawady)

37. Apakah fungsi utama sungai-sungai yang dinyatakan di atas?

A Pelancongan

B Ternakan ikan

C Menghanyutkan balak

D Jalan perhubungan

(Sejuk dan kering sepanjang tahunJulat suhu tahuna 30C - 32CKawasan pedalamanHujan kurang 250 mm)

38. Ciri-ciri di atas menerangkan tentang gurun

A Gobi

B Arab

C Iran

D Thar

Pertanian giat setempat dan hasilnya untuk kegunaan tempatan

39. Pernyataan di atas merujuk kepada negara

I Brunei

II Taiwan

III Singapura

IV Hong Kong

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

40. Perikanan pinggir pantai penting di kebanyakan negara Asia. Antara berikut

manakah berkaitan dengan kegiatan ini?

I Teknologi penangkapan maju

II Ikan merupakan sumber protein murah

III Nelayan menggunakan bot besar

IV Hasil tangkapan rendah

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

(ASIA : Penduduk berlebihan)

41. Kesan penduduk berlebihan kepada negara-negara terbabit ialah

I peluang kerja terhad

II pembanguna negara bertambah pesat

III perumahan tidak mencukupi

IV pelbagai kemudahan pendidikan disediakan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

(Lembangan GangesLembangan Indus)

42. Antara berikut pernyataan yang manakah BENAR tentang kawasan di atas?

I Kawasan petempatan mengalami kesesakan

II Taraf hidup penduduk tinggi

III Peluang pekerjaan mencukupi

IV Kadar pertumbuhan penduduk melebihi 2% setahun

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Suhu Maksimum 17C

Julai

Suhu minimum -45C

Januari

Hujan Maksimum

Julai

43. Berdasarkan data di atas kegiatan utama penduduk di kawasan ini mungkin

sekali

I memburu

II pembalakan

III menangkap ikan

IV menanam gandum

A I dan II

B II dan IV

C I dan III

D III dan IV

Musim panas

lembu dibiar meragut di ladang

Musim dingin

lembu diberi makan dalam kandang

44. Antara berikut kawasan manakah yang dapat dikaitkan dengan pernyataan

di atas?

A Prairie

B Down

C Pampas

D Canterbury

45. Pembekuan magma jalar dalam menyebabkan terbentuknya ciri fizikal

berikut.

I Stalaktit

II Pakolit

III Dataran lava

IV Daik

A I dan II

B II dan IV

C I dan III

D III dan IV

46. Antara berikut manakah bentuk yang dihasilkan oleh pemendapan ombak?

I Anak tanjung

II Tanjung

III Lagun

IV Teluk

A I dan II

B II dan IV

C I dan III

D III dan IV

Soalan 47 berdasarkan rajah di bawah

47. Bentuk mukabumi di atas terjadi akibat

A tindakan fros

B hakisan angin

C tindakan basah kering

D letusan gunung berapi

Soalan 48 berdasarkan rajah di bawah.

48. Apakah faktor perbezaan kecerunan gunung berapi seperti di atas?

A kelikatan lava

B kekuatan letusan

C saiz zarah

D kekerapan letusan

49. Antara berikut yang manakah terdapat di bahagian hilir sungai?

I Air terjun

II Lubuk pusar

III Delta

IV Tetambak

A I dan II

B II dan IV

C I dan III

D III dan IV

Soalan 50 berdasarkan rajah di bawah

50. Apakah jenis tenaga yang dihasilkan berdasarkan rajah di atas?

A Geotermal

B Haba

C Termal

D Biomass

51. Antara berikut yang manakah boleh dikaitkan dengan gambarajah di atas

I Siang malam

II Pasang surut

III Kejadian empat musim

IV Pembiasan angin

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

52. Antara berikut bentuk mukabumi manakah yang terbentuk hasil hakisan

glasier?

I eratik

II kori

III rabung aret

IV puncak pyramid

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

53. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang urbanisasi?

I Wujudnya bandar stelit

II Perkhidmatan sosial menurun

III Pertambahan penduduk yang pesat

IV Taraf hidup penduduk meningkat

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

54. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri iklim Savana?

I Iklim jenis kebenuaan

II Hujan tahunan melebihi 2000 mm

III Min suhu tahunan besar

IV Dipengaruhi oleh angin timuran

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

55. Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan industri pelancongan

di Malaysia?

I Pertunjukan kebudayaan tradisional

II Pembukaan taman pertanian

III Pembesaran pelabuhan antarabangsa

IV Peningkatan kemudahan lapang terbang

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

56. Antara yang berikut, bentuk muka bumi yang manakah terdapat dengan

banyaknya di kawasan gurun panas?

I Zeugen

II Yardang

III Tasik kori

IV Barkhan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Soalan 57 berdasarkan peta di bawah ini

57. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan kawasan berlorek

dalam peta di atas?

I Penduduk jarang

II Pembalakan merupakan kegiatan utama

III Pertanian giat pada musim panas

IV Keadaannya sejuk hampir sepanjang tahun

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, II dan IV

D II, III dan IV

58. Antara berikut, faktor manakah yang membantu penumpuan penduduk di

sesuatu kawasan petempatan?

I Perlombongan

II Pertanian

III Perikanan

IV Perindustrian

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

59. Antara berikut, manakah merupakan agen penggondolan permukaan bumi?

I Glasier

II Luluhawa

III Ombak

IV Letusan gunung berapi

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

60. Antara berikut pernyataan manakah yang menerangkan tentang kawasan

bekas lombong bijih timah?

I Tanih tandus

II Semak samun

III Permukaan tanah rata

IV Tasik terbiar

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

JAWAPAN

1 A 21 D 41 B

2 B 22 B 42 D

3 D 23 D 43 C

4 B 24 A 44 A

5 B 25 A 45 B

6 C 26 B 46 C

7 B 27 D 47 C

8 B 28 B 48 A

9 C 29 B 49 D

10 D 30 C 50 A

11 C 31 A 51 B

12 C 32 C 52 D

13 B 33 A 53 C

14 A 34 C 54 C

15 D 35 C 55 B

16 A 36 D 56 B

17 A 37 D 57 B

18 A 38 A 58 B

19 A 39 D 59 A

20 A 40 C 60 B