soalan fokus ujian 1 ekonomi malaysia

Upload: stpmtutorialclass

Post on 02-Jun-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Soalan Fokus Ujian 1 Ekonomi Malaysia

    1/5

    Soalan Fokus UJIAN 1

    S1 (a) Terangkan dua kesan pengangguran terhadap sosioekonomi. [4]

    i. kesan kepada ekonomi

    (a) menghalang pertumbuhan ekonomi daya pengeluaran rendahpembaziran

    faktor-faktor pengeluaran

    (b) mengurangkan KNK benar KNK benar KNK potensitidak capai GTP

    ii. kesan kepada sosial(a) bilangan keluarga miskin meningkat hilang keyakinan diri dan tekanan perasaan

    kesejahteraan sosial terancam

    (b) menjejaskan ketenteraman sosial hilang punca pendapatan untuk mendapatkan barang

    keperluan terdesak untuk melakukan jenayah spt meragut, mencuri dan merompak

    (b) Terangkan maksud upah benar. [2]

    Upah benar merupakan kuasa beli pengguna, iaitu keupayaan upah wang untuk memperoleh sejumlah

    barang dan perkhidmatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pekerja.

    Upah benar = Indeks harga tahun asas X upah wang

    Indeks harga tahun semasaS2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran? [2]

    Kadar pengangguran merupakan peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak bekerja berbanding dengan

    jumlah tenaga buruh yang terdapat di sesebuah ekonomi.

    Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran X 100

    Jumlah tenaga buruh

    (b) Jelaskan dua jenis pengangguran yang wujud dalam sesebuah negara. [4]

    Pengangguran kitaran wujud akibat daripada kemelesetan atau kemerosotan ekonomi dunia menyebabkan

    permintaan agregat berkurangan. Ini mengakibatkan pengeluar mengurangkan pengeluaran barang dan

    mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Ramai tenaga buruh terpaksa menganggur. Pengangguran ini

    sukar diramalkan dan wujud dalam jangka masa panjang.

    Pengangguran struktur berlaku akibat perubahan struktur ekonomi negara misalnya negara mengalami

    perubahan struktur pertanian kepada struktur perindustrian. Buruh di sektor pertanian tidak dapat

    diserapkan ke dalam sektor perindustrian kerana tidak mempunyai kemahiran dan tidak mempunyai

    mobiliti akan menganggur. Pengangguran ini sukar diatasi dan bersifat jangka panjang.

    Pengangguran geseran wujud apabila pekerja-pekerja sukarela berhenti bekerja untuk mencari pekerjaan

    yang lebih baik. Penganggur kurang mobiliti dan tiada maklumat tentang peluang pekerjaan.

    Pengangguran ini bersifat jangka masa pendek dan sementara.

    Pengangguran teknologi berlaku apabila penggantian buruh dengan penggunaan mesin dan alatan moden

    dalam proses pengeluaran. Golongan yang paling ketara mengalami kesan daripada perubahan teknologiialah buruh tidak mahir dan separuh mahir kerana tugas mereka diambil alih oleh penggunaan teknologi.

    Pengangguran ini bersifat jangka masa panjang kerana memerlukan latihan dan kemahiran baharu.

    Pengangguran ini memberi kesan buruk kepada ekonomi.

    S3 Terangkan tiga jenis inflasi dan punca inflasi tersebut berlaku. [6]

    (a) Inflasi tarikan permintaan masalah kenaikan tingkat harga umum akibat pertambahan permintaan

    agregat disebabkan oleh pertambahan bekalan wang, pertambahan pelaburan, pertambahan perbelanjaan

    kerajaan dan penurunan cukai. Permintaan agregat yang berterusan dalam sesebuah ekonomi yang telah

    mencapai guna tenaga penuh menyebabkan kenaikan dalam permintaan agregat tidak dipenuhi kerana

    penawaran agregat adalah tetap. Ini bermakna walaupun terdapat kenaikan dalam permintaan agregat,

  • 8/10/2019 Soalan Fokus Ujian 1 Ekonomi Malaysia

    2/5

    tingkat keluaran negara tidak berubah menyebabkan berlakunya kenaikan tingkat harga umum dan

    akhirnya berlaku inflasi.

    (b) Inflasi tolakan kosmasalah kenaikan tingkat harga umum kos pengeluarancontoh: kenaikan kos

    bahan api, kenaikan kos bahan mentah, kenaikan upah buruhkenaikan kos tidak diikuti dgn kenaikan

    daya pengeluaran menyebabkan kenaikan kos pengeluaran lebih tinggi berbanding dengan pertambahan

    output. Pengeluar mengurangkan penawaran barangan, Harga meningkat dan inflasi berlaku disebabkan

    oleh tolakan kos.

    (c) Inflasi import

    masalah kenaikan tingkat harga umum akibat kenaikan harga input dan barang importatau kenaikan mata wang asing. Kenaikan kos pengeluaran ini menyebabkan barang dijual pada harga

    yang tinggi di pasaran tempatan.

    S4 (a) Terangkan maksud inflasi tarikan permintaan. [2]

    Inflasi tarikan permintaanmasalah kenaikan tingkat harga umum akibat pertambahan permintaan

    agregat disebabkan oleh pertambahan bekalan wang, pertambahan pelaburan, pertambahan perbelanjaan

    kerajaan dan penurunan cukai. Permintaan agregat yang berterusan dalam sesebuah ekonomi yang telah

    mencapai guna tenaga penuh menyebabkan kenaikan dalam permintaan agregat tidak dipenuhi kerana

    penawaran agregat adalah tetap. Ini bermakna walaupun terdapat kenaikan dalam permintaan agregat,

    tingkat keluaran negara tidak berubah menyebabkan berlakunya kenaikan tingkat harga umum dan

    akhirnya berlaku inflasi.(b) Huraikan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan agihan pendapatan. [4]

    Kesan kepada kos sara hidupkesan langsungkenaikan tingkat harga umum terutamanya harga

    makanan, pakaian dan tempat tinggal akan menaikkan kos yang perlu ditanggung untuk memenuhi

    keperluan asas. Kos sara hidup akan meningkat

    Kesan kepada agihan pendapatanbagi golongan berpendapatan tetap, pendapatan benar mereka

    semakin merosot semasa inflasi. Sebaliknya, pemilik aset tetap seperti tanah dan rumah, nilai kekayaan

    mereka pula semakin bertambah. Maka, jurang agihan pendapatan golongan berpendapatan tetap dengan

    golongan pemilik aset semakin besar.Begitu juga, jurang agihan pendapatan golongan miskin dengan

    golongan kaya semakin besar.

    S5 Terangkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap keluaran negara, guna tenaga serta eksportdan import. [6]

    Sumbangan kepada Keluaran Negara Perkembangan PKS membuka peluang kepada masyarakat untuk

    menceburi bidang perusahaan. Dengan memulakan skala perniagaan yang kecil, PKS menggunakan kebolehan,

    daya cipat dann kreativiti untuk menghasilkan keluaran baharu. Pertambahan keluaran negara akan meningkatkan

    pendapatan negara (KDNK) dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang seperti

    perkhidmatan, perkilangan dan pertanian. Peningkatan pendapatan negara akan meningkatkan penggunaan dan

    tabungan.

    Sumbangan kepada Guna Tenaga menyediakan peluang pekerjaan kepada pelbagai golongan dan

    permintaan buruh meningkat.meningkatkan penggunaan tenaga buruh dan mengurangkan pengangguran

    peluang latihan dan kemahiran sentiasa dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing

    PKS juga menawarkanupah yang lebih tinggi kepada tenaga buruh menyebabkan pengagihan pendapatan menjadi lebih setara

    Sumbangan kepada eksport dan import mengukuhkan struktur asas industri negara melalui penjalinan

    dan pemindahan teknologimeningkatkan barang penggantian importmengurangkan import dan meningkatkan

    eksport

  • 8/10/2019 Soalan Fokus Ujian 1 Ekonomi Malaysia

    3/5

    S6 (a) Nyatakan dua masalah yang sering dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. [2]

    - masalah kekurangan modal perniagaan dan sumber kewangan

    - masalah pemasaran

    - masalah lokasi

    - tahap penggunaan teknologi rendah

    - kekurangan kepakaran dan tenaga buruh mahir

    - kekurangan bekalan bahan mentah(b) Jelaskan dua langkah kerajaan untuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. [4]

    Memberi bantuan kewanganSMIDEC

    Memberi latihan dan kemahiranMARA

    Membantu dengan memasarkan industri di peringkat antarabangsa MATRADEbarangan

    dipromosikan di peringkat antarabangsa menerusi promosi, ekspo-ekspo dan kempen-kempen

    S7 Jelaskan peranan institusi kewangan yang berikut:

    (a) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

    KWSP memberi pinjaman kpd kerajaan melalui membeli surat jaminan kerajaan, kpd sektor swasta

    melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat utk membiayai projek-projek pembangunan.

    Pelaksanaan projek meningkatkan guna tenaga, KDNK dan pertumbuhan ekonomi negara

    (b) Bank Saudagar

    Bank saudagar seperti Arab Malaysian Merchant Bank menanggung jaminan terbitan saham baharu

    kepada syarikat-syarikat berhadbank sudagar menyediakan khidmat nasihat korporat tentang

    penswastaan dan membantu dalam pengambilalihan dan penggabungan syarikat-syarikat berhad

    (c) Bank Simpanan Nasional menggalakkan sikap berjimat- cermat dalam kalangan penduduk yang

    berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyimpan di bank tabunganBSN akan menggerakkan

    deposit simpanan kecil melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan

    [6]

    S8 Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan. [6]Masalah menyediakan cagarangeran tanah, geran rumah peminjam gagal mendapat kredit daripada

    institusi kewangan kerana gagal menyediakan cagaran. Keadaan ini menyusahkan peminjam yang ingin mendapat

    pinjaman untuk tujuan memulakan peniagaan baharu, mengembangkan perniagaan atau mendapatkan pembiayaan

    untuk membeli hartanah

    Masalah menyediakan kertas kerja peminjam gagal menyediakan kertas kerja yang dapat meyakinkan

    pihak institusi kewangan kerana gagal mendokumenkan kertas kerjanya

    Masalah prosedur memberi kredit peminjam gagal mengemukakan dokumen pendapatan dan beban

    hutang serta simpanan untuk penilaian institusi kewangan institusi kewangan akan menyemak dan memastikan

    bakal peminjam mempunyai sejarah kredit yang baikpenarafan kredit dilakukanmemastikan peminjam

    mempunyai kebolehan membayar balik ansuran bulanan

    beban hutang peminjam yang tinggi tidak dapatpinjamanpenjamin diperlukan

    S9 (a) Nyatakan dua dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan dan ketidaksetaraan

    pendapatan. [2]

    - Dasar Ekonomi Baru (DEB)

    - Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

    - Dasar Wawasan Negara (DWN)

    - Dasar Pendidikan Negara (DPN)

  • 8/10/2019 Soalan Fokus Ujian 1 Ekonomi Malaysia

    4/5

    (b) Terangkan dua contoh program yang boleh membantu membasmi kemiskinan. [4]

    - Program Rancangan Makanan Tambahan bantuan makanan tambahan kepada murid golongan miskin

    tegar. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi

    nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberikan tumpuan kepada pembelajaran di

    dalam kelas.

    - Pemberian pinjaman buku teks percuma pemberian pinjaman tanpa mengira status sosioekonomi

    melalui SBPT (Skim Pinjaman Buku teks) meringankan beban ibu bapa atau penjaha terutamanya

    mereka yang kurang mampu dan memastikan murid golongan kurang mampu tidak tercicir dalampersekolahan mereka

    S10 (a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan tegar? [2]

    - Kemiskinan mutlak ialah satu keadaan dengan pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk

    membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang diukur berdasarkan kepada tahap perbelanjaan

    minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK)

    - Kemiskinan tegar merujuk kepada isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang daripada PGK

    makanan.

    (b) Terangkan pekali Gini sebagai alat pengukuran agihan pendapatan. [4]

    Pekali Gini ialah ukuran pemusatan pendapatan, iaitu menunjukkan ketidaksamaan dalam pengagihan

    pendapatan dengan menggunakan keluk Lorenz. Nilai pekali Gini berada antara 0 dengan 1 di mana nilai

    0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang

    paling tidak saksama.

    Pekali Gini mengukur ketidaksamaan dalam peratusan pendapatan yang diperoleh setiap peratus

    penduduk. Jika setiap peratus penduduk menerima satu peratus pendapatan, tidak wujud ketidaksamaan

    dan Pekali Gini adalah sifar. Sekiranya satu peratus menerima semua pendapatan wujud ketidaksamaan

    dan Pekali Gini adalah 1.

  • 8/10/2019 Soalan Fokus Ujian 1 Ekonomi Malaysia

    5/5

    EKONOMI MALAYSIA

    PENGGAL 3

    UJIAN PENGESANAN 1

    Bahagian A[ 30 markah]

    Jawab lima soalan sahaja.

    S1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran? [2]

    (b) Jelaskan dua jenis pengangguran yang wujud dalam sesebuah negara. [4]

    S2 (a) Terangkan maksud inflasi tarikan permintaan. [2]

    (b) Huraikan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan agihan pendapatan. [4]

    S3 Terangkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap keluaran negara,

    guna tenaga serta eksport dan import. [6]

    S4 Huraikan tiga masalah yang dihadapi oleh peminjam untuk mendapatkan kredit daripada

    institusi kewangan. [6]

    S5 (a) Nyatakan dua dasar kerajaan yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan dan

    ketidaksetaraan pendapatan. [2]

    (b) Terangkan dua contoh program yang boleh membantu membasmi kemiskinan. [4]

    S6 (a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan tegar? [2]

    (b) Terangkan pekali Gini sebagai alat pengukuran agihan pendapatan. [4]