soalan esei bab 1,2

3
JULITAH BT MINHAD 760917-04-5334 SOALAN ESEI EDU 3106 BAB 1 Bincangkan sejauh manakah kepentingan memahami konsep budaya dan pelbagai kelompok kepada seseorang guru. Guru merupakan individu yang berhubung secara terus dengan murid. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya kefahaman tentang konsep budaya dan pelbagai kelompok ini, guru akan dapat menerapkan unsur- unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri murid-murid. Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya. Guru juga akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Tiada sifat prasangka atau prejudis terhadap diri murid-murid. Unsur- unsur etniksiti, etnosentrime dan diskriminasi dikalangan murid-murid dan guru juga akan dapat dielakkan. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. Suatu tindakan yang akan diambil oleh seseorang guru terhadap murid juga perlu berdasarkan kepada kefahaman guru terhadap budaya murid tersebut. BAB 2 Huraikan persamaan yang terdapat dalam adat resam kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Adat resam adalah merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun- temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat resam ialah cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Ianya juga merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Upload: paul-chavez

Post on 18-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

JULITAH BT MINHAD760917-04-5334

SOALAN ESEI EDU 3106BAB 1Bincangkan sejauh manakah kepentingan memahami konsep budaya dan pelbagai kelompok kepada seseorang guru.Guru merupakan individu yang berhubung secara terus dengan murid. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya kefahaman tentang konsep budaya dan pelbagai kelompok ini, guru akan dapat menerapkan unsur- unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri murid-murid. Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya. Guru juga akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Tiada sifat prasangka atau prejudis terhadap diri murid-murid. Unsur- unsur etniksiti, etnosentrime dan diskriminasi dikalangan murid-murid dan guru juga akan dapat dielakkan. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. Suatu tindakan yang akan diambil oleh seseorang guru terhadap murid juga perlu berdasarkan kepada kefahaman guru terhadap budaya murid tersebut.

BAB 2Huraikan persamaan yang terdapat dalam adat resam kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.Adat resam adalah merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat resam ialah cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Ianya juga merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Terdapat beberapa persamaan dalam adat resam kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah amalan semasa mengandung. Bagi masyarakat Melayu, ketika mengandung terdapat adat melenggang perut atau Kirim Perut / Mandi Tian. Upacara ini akan dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil serta bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam kandungan. Begitu juga bagi masyarakat Cina dimana wanita mengandung tidak boleh memaku kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir akan mengalami kecatatan. Binatang juga tidak boleh dipukul kerana ditakuti bayi akan terkena badi. Bagi masyarakat India pula, adat valaikaapu dilakukan ketika wanita mengandung tujuh bulan . Pada hari upacara itu dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut diatur di dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Wanita itu akan dimandi dan dihias seperti pengantin dan dikalungkan bunga oleh suaminya. Bagi masyarakat Iban pula, wanita mengandung dilarang :i) Menggali parit di kawasan padi atau dimana-mana sahaja.ii) Memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri akan mernghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.iii) Dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.iv) Suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi akan cacat penglihatan.v) Tidak boleh menanam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar.vi) Tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.vii) Tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa lahir.Dalam masyarakat orang Asli terutamanya suku kaum Melayu Asli pula, wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan membantru wanita berkenaan ketika bersalin. Ketika usia kandungan tujuh bulan, bidan tersebut akan melakukan upacara melenggang perut. Bidan itu akan menjampi bertujuan mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu dan bayi juga menentukan kandungan berada di kedudukan yang betul agar memudahkan proses bersalin. Wanita mengandung juga tidak boleh:i) Mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan sama dengan binatang tersebut. ii) Dilarang makan ikan yang berwarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi. iii) Tidak boleh bekerja pada waktu subuh dan magrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya terganggu. iv) Tidak boleh mengetuk paku pada kayu pada sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.