soalan bm kertas spm

16
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Tidak dinafikan bahawa, golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang melayari Internet kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Keresahan dan kebimbangan ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran. Faktor ini didorong oleh sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya terus dimanipulasi oleh remaja untuk mengunjungi kafe siber. Kini didapati remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe siber untuk membolehkan mereka melayari Internet. Hal ini terjadi disebabkan di kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan iaitu mencatatkan kerugian berjumlah lebih daripada RM 63 juta pada tahun 2010. Bagi tempoh lima tahun akan datang kerajaan akan menanggung kerugian RM2.73 juta sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik sejajar dengan peningkatan bilangan individu celik teknologi maklumat yang dianggarkan mencecah 16 juta orang. Sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog juga boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. Sehubungan dengan itu, tindakan ini dianggap satu kesalahan yang boleh disabitkan

Upload: bhavani-somasundram

Post on 27-Sep-2015

195 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Soalan 1 : Rumusan

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang akan fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Tidak dinafikan bahawa, golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang melayari Internet kerana tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Keresahan dan kebimbangan ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran. Faktor ini didorong oleh sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya terus dimanipulasi oleh remaja untuk mengunjungi kafe siber.

Kini didapati remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe siber untuk membolehkan mereka melayari Internet. Hal ini terjadi disebabkan di kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah. Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan iaitu mencatatkan kerugian berjumlah lebih daripada RM 63 juta pada tahun 2010. Bagi tempoh lima tahun akan datang kerajaan akan menanggung kerugian RM2.73 juta sekiranya jenayah siber tidak ditangani dengan baik sejajar dengan peningkatan bilangan individu celik teknologi maklumat yang dianggarkan mencecah 16 juta orang. Sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog juga boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah. Sehubungan dengan itu, tindakan ini dianggap satu kesalahan yang boleh disabitkan dengan jenayah siber.

Dalam perkembangan dunia ICT, tidak salah mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia tetapi menjadi kesalahan sekiranya kebebasan ini disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama. Secara purata kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berumur 8 hingga 18 tahun menghabiskan masa selama 19 jam setiap minggu untuk melayari Internet. Sebanyak 23 peratus masa dihabiskan atas talian untuk media sosial dan blog oleh golongan muda. Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri kerana pengaruh budaya popular melalui filem, muzik dan lagu yang mempengaruhi pemikiran mereka.

Pengaruh Internet banyak meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan dalam pertuturan lisan dan perlakuan. Hal ini demikian kerana mereka banyak didedahkan dengan bahasa singkatan atau bahasa rekaan sendiri serta pengaruh dari luar negara yang menggugat budaya. Selain itu, pengaruh alam maya ini juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal dan mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, sebarang tindakan pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

Dipetik dan diubahsuaikan daripadaAtasi Kesan Internet oleh Ami Masra, Dewan Siswa, Jun 2013.

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud menggugat budaya.

[2 markah]

(ii)Berdasarkan petikan tersebut, apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber?

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan

untuk menangani jenayah siber melalui Internet?

[4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cekodok aje?Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar.Abang ini macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. Buang masa sahaja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. TV pun rosak! Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong. Bukankah Wah yang lebih tua daripada kita.Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!.Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir. Abang,kalau tanpa Wah, pa tidak lahir ke dunia. Sekali gus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti sekarang.

(Dipetik daripada Israk oleh Erda

Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja.

(i)Nyatakan beberapa perlakuan Israk yang memperlihatkan bahawa dia tidak selesa tinggal di rumah Wah.

[3 markah] (ii)Pada pandangan anda, mengapakah warga tua seperti Wah perlu dihormati?

[3 markah]

(iii)Kemukakan satu nilai dalam petikan dan dua nilai lain berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut.

[3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah demikian maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun makin sangat menangis takut akan ayahanda baginda. Maka Raja Indera Bumaya pun memujuk tuan puteri juga dengan kata yang manis-manis seraya katanya, Ya tuanku, nyawa badan kakanda, janganlah menangis. Mata yang manis menjadi balut, suara yang merdu menjadi parau. Tuan, janganlah tuan merosakkan kalbu abang. Biarlah hilang abang seorang, mahulah lenyap kakanda seorang. Maka kata tuan puteri, Jika kakanda mati masakan adinda hidup. Hidup pun tiada apa gunanya. Maka Raja Indera Bumaya pun tersenyum mendengar kata tuan puteri itu, seraya katanya, Kasih sungguh ruparupanya tuan akan kakanda serta juga kakanda mati yang kasih tuan itu setelah terjunjunglah di atas batu kepala kakanda. Maka Raja Indera Bumaya pun mencita gemala hikmat yang daripada Raja Johan Syahperi itu maka keluar jin empat ribu dari dalam gemala hikmat itu. Maka titah baginda, Hai saudaraku, pergilah tuan hamba berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Maka ia pun menyembah lalu turun berperang. Maka menjadi perang besarlah kedua pihak itu gegak gempita terang cuaca menjadi kelam-kabut. Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat sekalian.

Dipetik daripada Hikayat Langlang

Buana dalam antologi Dirgahayu

Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud mata yang manis menjadi balut.

[2 markah]

(ii) Apakah kata-kata manis Raja Indera Bumaya ketika memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi yang sedang menangis?

[3 markah]

(iii)Pada pendapat anda, wajarkah Raja Indera Bumaya berperang dengan Raja Bahrum Dewa? Berikan tiga sebab.

[3 markah]

Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DIRGAHAYU BAHASAKU

Tempatmu di singgahsana,

Hati nurani bangsaku,

Warga yang berbudi,

Setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa,

Yang mesti dipelihara martabatnya,

Agar tetap kukuh dan ampuh,Melayari lautan bijaksana,Salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku,

Hak bangsaku memilikimu,Hak bangsaku mendaulatkanmu,

Di bumi bertuah ini,

Merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan,Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan,Gagah pelautku membelah lautan,

Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam,

Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku,

Di arena antarabangsa suaramu tumbuh,

Menusuk kalbu lagu bahasamu,

Bahasamu bahasa minda,

Mudah akrab dan bertatasusila,

Daripada bangsa yang bernama Melayu,

Menempa kejayaan di alaf baru.

Ahmad Sarju

Antologi Dirgahayu Bahasaku

(i)Nyatakan keistimewaan bahasa Melayu dalam rangkap keempat sajak di atas.

[2 markah]

(ii)Sekiranya anda seorang pejuang bahasa, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kehampaan

(ii) kesukaran

(iii) kelalaian

(iv) kebejatan

(v) kemaslahatan

(vi) kepincangan

[6 markah]

(b) Nyatakan ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat permintaan.

(i) Tolong tandatangan borang tersebut sebelum diserahkan kepada urus setia.

(ii) Jangan tampal sebarang poster di sepanjang laluan ini.

(iii) Jemputlah masuk ke rumah, emak sedang menunggu di ruang tamu, kata kakak kepada jirannya.

(iv) Sila penuhkan tempat kosong di hadapan, kata pengerusi majlis kepada para hadirin.

(v) Pengguna jalan raya diminta tidak melalui kawasan runtuhan itu kerana berbahaya.

(vi) Usah dikenang peristiwa yang sedih itu.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat memberi sumbangan untuk mengubati penyakitnya.

(ii) Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem lagenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee untuk mengingati kepergiannya.

(iii) Pemakaian stokin yang berlainan warna telah jadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.

(ii) Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.

(iii) Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu merah kerana terlewat menghadiri temu janji.

[6 markah]

(e) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.

(i) Harapan Pak Abu untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran hancur berkecai apabila anaknya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditangkap oleh polis.

(ii) Doktor pakar sakit jiwa dari hospital terkenal itu berjaya mengesan punca-punca kemurungan dengan hanya memperhatikan tingkah laku kanak-kanak yang dirawatnya.

(iii)Ramli telah membelanjakan kesemua wang simpanannya apabila dikhabarkan syarikatnya akan memberikan bonus sebanyak lima bulan gaji tanpa mengetahui bahawa perkhabaran tersebut merupakan khabar angin sahaja.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut;

(i) PAPA (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (vi) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut?

[7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut?

[8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan [2 markah]

Petikan membincangkan akibat/implikasi/natijah penggunaan Internet dalam kalangan remaja/golongan muda.

1 Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

S1 remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan

pelajaran

S2 remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen

S3 pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan S4 boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah

S5 disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama

S6 Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri

S7 meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan dalam pertuturan lisan dan perlakuan

S8 mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal

S9 mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh

2 Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

T1 Ibu bapa mengawasi penggunaan Internet di rumah/ menetapkan waktu penggunaan Internet di rumah

T2 Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak

T3 Ibu bapa menetapkan lokasi penggunaan Internet di rumah/hanya pada waktu siang/meletakkan komputer di ruang tamu yg terbuka

T4 Ibu bapa mengajar etika menggunakan Internet

T5 Ibu bapa memasukkan perisian penapisan kandungan Internet/memasukkan kata kunci (untuk menyekat anak-anak daripada melayari laman-laman tidak sesuai) (Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Penutup

Kesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk mengatasi kesan buruk penggunaan Internet dalam kalangan remaja agar remaja bersahsiah tinggi dapat dilahirkan.

Soalan2(a):PetikanUmum

(i)Maksud Mengancam/menjejaskan/mencemarkan/merosakkan peradaban/cara hidup/amalan hidup [maksimum : 2 markah]

(ii) Faktor-faktor

tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gejat-gajet yang lain.

sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya.

di kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah [maksimum : 3 markah]

(iii) Langkah-langkah kerajaan menangani jenayah siber

Kerajaan menubuhkan agensi untuk mengawal laman sesawang daripada dilayari oleh golongan remaja

Kerajaan boleh mengehadkan masa operasi kafe siber

Mengenakan tindakan undang-undang/menguatkuasakan undang-undang.

pemantauan pihak berkuasa di alam siber.

Remaja perlu disedarkan tentang kesan buruk penyalahgunaan Internet di sekolah/oleh Kementerian Pendidikan.

kempen kesedaran diadakan untuk menerapkan pengetahuan tentang jenayah siber.

Kerajaan bekerjasama dengan negara lain untuk membanteras jenayah siber.

Kerajaan melatih kakitangan profesional untuk tingkatkan kemahiran dalam bidang

forensik komputer. [maksimum : 4 markah] (Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

i) Maksud rangkai kata mata yang manis menjadi balut ialah:

mata yang cantik - 1 markah

menjadi bengkak - 1 markah [Maksimum: 2 markah]

ii) Kata-kata manis Raja Indera Bumaya memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi:

Tuan puteri ibarat nyawanya

mata yang manis menjadi balut.

suara yang merdu menjadi parau.

berharap tuan puteri tidak merosakkan hatinya.

Raja Indera Bumaya berkata bahawa tuan puteri begitu mengasihinya

Raja Indera Bumaya sanggup mati demi kasih tuan puteri kepadanya. [Maksimum: 3 markah]

iii) Raja Indera Bumaya tidak wajar berperang dengan Raja Bahrum Dewa kerana :

untuk mengelakkan pertumpahan darah / kematian.

mereka patut berunding/ berdamai.

negara tersebut akan menjadi tidak aman/kucar-kacir.

Peperangan yang berlaku tidak adil kerana Raja Indera Bumaya menggunakan kesaktiannya. (Jawapan yang sesuai diterima) [Maksimum: 3 markah

(i) Keistimewaan bahasa Melayu

dikenali / terkenal di peringkat antarabangsa

dapat menyentuh jiwa / bahasa yang lembut

bahasa minda / bahasa ilmu

mudah akrab / mudah dipelajari / mudah difahami

bertatasusila / bahasa yang sopan [maksimum : 2 markah]

(ii) Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu

mengadakan kempen kesedaran

menulis rencana berkaitan bahasa Melayu dalam majalah / suratkhabar

menganjurkan bengkel / seminar / kelas untuk masyarakat berbilang kaum

mengadakan program bahasa dengan kerjasama pihak kerajaan dan swasta

mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan kemahiran bahasa

mengundang peserta luar negara menyertai simposium / kolokium seminar bahasa Melayu di negara ini [maksimum : 3 markah]

(iii) Nilai murni

Ketabahan. Memperjuangkan bahasa Melayu di dunia

Cinta akan bahasa. Penyair menyatakan bahasa Melayu mesti dimartabatkan

Kesopanan. Sopan santun bahasa merupakan maruah bangsa Melayu

Keberanian. Pelaut meredah lautan untuk menyebarkan / memartabatkan bahasa [maksimum : 4 markah]

Soalan 3(a)

i) kehampaan

perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai sesuatu yang dihajati atau dicita-citakan)

kekecewaan

ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan

ii) kesukaran

perihal sukar, kesulitan, kesusahan

menderita susah (kemiskinan)

iii) kelalaian

perihal lalai, kelengahan, kealpaan

dalam keadaan lalai

iv) kebejatan

kerosakan, keburukan

v) kemaslahatan

kegunaan, faedah

vi) kepincangan

perihal pincang

keadaan yang tidak seimbang atau tidak sebagai yang sepatutnya, kekurangan, cacat cela. [Maksimum: 6 markah]

Soalan 3(b)

(i) ayat suruhan

(ii) ayat larangan

(iii) ayat silaan

(iv) ayat silaan

(v) ayat permintaan

(vi) ayat larangan [Maksimum: 6 markah]

Soalan 3(c)

(i) leukimia - leukemia memberi - memberikan

(ii) lagenda - legenda mengingati - memperingati

(iii) stokin - stoking jadi - menjadi [Maksimum: 6 markah]

Soalan 3(d)

(i) melorek - mencanting / melukis dari - daripada

(ii) digigit - dikerit / dikerikit

ditinggalkan oleh kami - kami tinggalkan

(iii) merempuh - melanggar

temu janji - janji temu [Maksimum: 6 markah]

Soalan 3(e)

(i) bagai kaca terhempas ke batu

(ii) hanya jauhari yang mengenal manikam

(iii) mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan / yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran / burung terbang dipipiskan lada [Maksimum: 6 markah]

Soalan 4 ( Novel)