soalan trial bm

Upload: sitiafi

Post on 11-Jul-2015

2.273 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pendahuluan: Pada masa kini, dunia mengahadapi krisis bekalan air bersih. Hal ini demikian kerana masalah pencemaran air yang berlaku. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air musnah dan sungai serta tasik tercemar. Keadaan ini memberi kesan yang bukan sedikit kepada manusia dan hidupan yang lain. Salah satu punca air yang utama yang perlu dikekalkan dalam keadaan bersih ialah sungai. Isi karangan: 1. Sungai sebagai sumber air kepada manusia dan haiwan - manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber minuman, dan kegunaan domestik- mencuci, memasak dan mencuci. 2. Sebagai sumber bekalan - sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang membekalkan sumber protein. - hidupan akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh. 3. Sungai boleh dijadikan tempat untuk beriadah - tempat berkelah - aktiviti memancing - pusat rekreasi aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain 4. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan - resort didirikan - gerai-gerai dibina - rumah persinggahan Kesimpulan: Kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikenal pasti sejak zaman-berzaman. Pada masa dahulu sungai dijadikan jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang lain. Pekan-pekan dan kota terbina di sepanjang sungai. Fungsi sungai itu masih kekal sehingga sekarang. Oleh itu sungai perlu dijaga dan dipelihara. Kempen Cintai Sungai dan Program Sungai angkat perlu diteruskan dan diperkasakan semula demi kepentingan manusia dan mengekalkan kawasan bekalan air bersih.

KARANGAN SPM 6 CARA MEMBALAS JASA GURU 1. Menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru - guru merupakan lubuk akal lautan ilmu - budi bahasa amalan terpuji - perlulah sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan - tidak membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya di dalam kelas - memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran - perlu menjaga tatasusila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra 2. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah - sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah - berpakaian seragam dengan kemas dengan rambut bersisir rapi - memudahkan tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan cemerlang - kerjasama erat antara guru dengan pelajar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pasti menjadi pemangkin kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar (bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat) - mematuhi disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru 3. Prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru - mengingati dan menghargai jasa guru walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar - meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei - memberikan hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan - hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas - jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. 4. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit - guru juga menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seperti ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya - perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya - membawa buah tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka - mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung - frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. 5. Mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita - Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke

rahmatullah - mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya - mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna - jika mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh

KELUARGA IMPIAN SAYA"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda. Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahliahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak

memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. Rumahku, syurgaku. Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANGBelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang. Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya. Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak. Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan

ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.

KARANGAN SPM 9 DISIPLIN TERAS KEJAYAAN

Disiplin teras kejayaan ialah rangkuman konsep yang menyatakan suatu sistem tatacara mengurus diri yang betul pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindakan kita. Oleh itu, disiplin menjadi jurupandu untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam mencapai sesuatu sama ada belajar, bekerja dan melunaskan rutin harian kita. Pesan orang tua-tua yang berbunyi, Mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, dan kata berpangkal jelas menunjukkan bahawa segala-galanya perlu melalui suatu proses dan sistem yang betul untuk meraih kejayaan kerana yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan kejayaan tokoh-tokoh yang terkemuka. Kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka adalah dengan berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau kerjaya semuanya memerlukan disiplin. Lihatlah betapa sengsaranya Thomas Alva Edison dalam usahanya untuk menyumbangkan cahaya kepada alam sejagat. Beliau memerlukan ketelitian dan disiplin yang amat tinggi. Begitulah tokoh-tokoh dalam bidang keilmuan seperti Socrates, Plato, Aristotle, Imam Al Ghazali, Imam Shafie dan sebagainya. Mereka bangkit sebagai personaliti dunia yang menyemarakkan budaya ilmu melalui disiplin yang tinggi. Jadi, jelaslah bahawa disiplin yang tinggi akan memberikan peluang kepada setiap individu untuk mencapai kejayaan yang diingini tanpa rasa mustahil. Ketika sedang mendaki tangga kejayaan, ingatlah tiada tonik lain yang lebih mujarab yang boleh membantu kita mencapai matlamat. Tanpa disiplin hasrat kita akan terbantut, urusan kita tidak langsai, justeru impian kita akan berkecai. Kita akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Kita perlu bermuhasabah diri untuk memilih segala-gala yang baik dengan mengetepikan perkara-perkara yang dangkal. Uruslah diri kita dengan merancang masa dengan bijak dan mengurus personel yang baik. Kita perlu memiliki hala tuju yang betul, cita-cita yang jelas, dan sanggup menterjemahkan matlamat hidup dalam perancangan yang teliti. Dengan sumber ini, kita pasti berjaya. Ingatlah, untuk berjaya kita mesti merancang sistem belajar yang betul, memiliki rutin harian yang terancang, dan sentiasa meletakkan perkara-perkara yang positif sebagai keutamaan. Bayangkanlah! Tanpa disiplin, berapa banyakkah masa yang dibazirkan untuk menekan butang telefon sematamata berceloteh dalam sistem pesanan ringkas (SMS)? Tanpa disiplin, berapakah lama masa yang berlalu dengan hanya asyik berserakah dengan rakan-rakan? Tanpa disiplin, kita disesatkan dek terlalu kemaruk melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan My Space. Sumber yang pada asalnya boleh membawa natijah positif, malangnya terbalik kerana ketiadaan disiplin. Semakin lama kita melayani perkara-perkara yang membazir, justeru semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Kita telah membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu. Sesungguhnya, disiplin diri yang tinggi tidak akan mensia-siakan masa kita dengan perkaraperkara yang tidak berfaedah kerana masa itu emas seperti maksud yang terkandung dalam firman Allah S.W.T. dalam surah al-Asr. Peribahasa menyatakan bahawa meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu dantuah jangan ditolak, rezeki harus dituntut. Masa dan peluang harus kita kejar.

Demi menjadi insan yang berguna pada masa depan, uruslah disiplin dengan cara yang terbaik. Rujukan kita mestilah kepada tokoh-tokoh yang telah berjaya. Merekalah yang sepatutnya menjadi idola kita. Gerak dan langkah mereka, cara mereka berfikir dan cara mereka merancang hidup hendaklah dijadikan panduan. Mereka yang telah berjaya mungkin para pemimpin, para guru, malah rakan-rakan kita. Kita wajar memiliki perasaan cemburu terhadap kejayaan orang lain demi menyaingi mereka secara sihat. Persaingan yang positif pasti akan membuahkan hasil yang positif dalam memburu kejayaan. Setelah kita menyediakan strategi memburu kejayaan secara terancang, kita juga perlu berhati-hati kerana dalam setiap masa dan apa-apa keadaan pun pelbagai dugaan boleh mengancam konsentrasi. Oleh itu, jauhilah parasit dan pengaruh yang boleh merosakkan diri. Orang-orang yang tidak berdisiplin sentiasa berdamping dengan program-program yang tidak berfaedah. Berwaspadalah terhadap pengaruh hiburan yang berlebih-lebihan. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak mempunyai maltlamat dan hilang jati diri. Elakkan diri terjebak dengan kegiatan negatif seperti melepak, berpelesiran, lumba haram dan seribu satu macam lagi angkara antimoral yang sedang menunggu untuk menjeratkan kita. Semuanya akan tercapai sekiranya kita memiliki disiplin diri yang teguh. Sesungguhnya peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis benar-benar mendidik kita untuk mendisiplinkan diri. Tanpa disiplin tiada sekelumit pun kejayaan yang bakal diraih. Jikalau inginkan kejayaan, berpeganglah kepada falsafah, 'Disiplin Teras Kejayaan'. Semoga impian kita akan termakbul.

Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat dan aktif.

Bincangkan pendapat anda tentang faedah-faedah pelaksanaan dasar tersebut kepada para pelajar dan negara.

Merealisasikan Penantian Empat Belas Tahun, Harimau Malaysia Membaham Garuda, Wira Piala AFF Terima Durian Runtuh. Demikianlah beberapa slogan daripada ribuan sepanduk dan kain rentang yang memaparkan kegembiraan rakyat Malayisa hasil kejayaan memberangsangkan anak-anak muda Malaysia dalam arema sukan di peringkat antarabangsa. Pujian yang sama turut mengiringi apa-apa acara sukan yang lain sekiranya pulang dengan kejayaan. Sesungguhnya, aktiviti sukan di negara ini telah mendapat sambutan yang amat ghairah daripada rakyat jelata sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan kebangsaan menyebabkan industri sukan di negara ini kurang

mendapat sambutan. Memandangkan sukan juga sebagai satu daripada wahana yang dapat menonjolkan imej negara di persada antarabangsa, kerajaan telah melaksanakan suatu dasar yang pragmatik iaitu Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak syak lagi dasar ini akan memberi banyak impak positif kepada anak-anak muda negara.

Langkah yang pragmatik ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang berperawakan sihat dan cerdas. Hal demikian amat nyata sekali kerana sukan merupakan saluran yang terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap pelajar berpeluang mencuba bakat masing-masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri terabai dan disisihkan. Natijahnya, setiap individu berpeluang memperkembangkan semua potensi diri dalam aspek mental, fizikal, dan sahsiah. Sesungguhnya, inilah wajah generasi akan datang yang menjadi taruhan nusa selaras dengan kata-kata,, Untuk melihat bangsa pada masa depan lihatlah kepada remaja pada hari ini.

Impak positif lain yang akan diperoleh remaja adalah dapat mengasah dan mempertajam bakat mereka sejak awal usia lagi. Bertepatan dengan maksud peribahasa, jikalau hendak melentur buluh hendaklah daripada rebungnya dan belakang parang jikalau diasah pun akan tajam, jelas menunjukkan bakat yang terpendam akan menyerlah apabila digilap sejak awal. Nyatalah bahawa dasar ini menjadi medan untuk memupuk profesional sukan. Sementara itu, bagi yang berbakat pula, boleh membina kerjaya dalam bidang sukan. Mereka pasti teruja dengan pencapaian cemerlang jagoan-jagoan sukan seperti (.............................). Sesungguhnya, dasar ini boleh dianggap sebagai strategi terancang untuk melahirkan lebih ramai jagoan dan tokoh sukan dalam tempoh satu dekad lagi. Sesungguhnya, dasar 1M1S ini amat bertepatan dengan falsafah Tao yang menyatakan, Jikalau kamu mahu hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu

mahu hidup setahun tanamlah pokok, dan jika kamu mahu hidup selama-lamanya tanamlah manusia.

Signifikan yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik menyediakan pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini amat tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan berlalu. Oleh itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh hilang berganti maka yang pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang terancang seperti ini persediaan awal dapat digemblengkan dalam usaha melahirkan atlit muda yang lebih kompeten. Dengan yang demikian, negara tidak ketandusan wira-wira sukan. Para wira dan wirawati ini akan meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal mengangkat martabat negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi sukan dunia

Peribahasa yang menyatakan gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa menunjukkan bahawa jasa dan bakti menjadi sebab seseorang itu diingati walaupun sesudah mati. Setiap rakyat yang berjiwa patriotik hendaklah bercita-cita untuk memahatkan nama mereka sebagai rakyat yang berjasa kepada negara sesuai dengan laungan keramat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, setiap warganegara hendaklah menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara mengikut kemampuan masing-masing. Oleh itu, seseorang jagoan sukan sentiasa dijulang namanya sebagai wira yang mengharumkan nama negara. Tokoh ternama seperti Mokhtar Dahari, Dr M Jegathesan, Rabuan Pit dan ramai lagi adalah antara tokoh kesukanan yang sentiasa disebut-sebut. Di sebalik bakat dan kesungguhan mereka, jiwa patriotik begitu menyala di dalam hati dan sanubari masing-masing. Langkah memartabatkan sukan di peringkat sekolah dalam program 1M1S merupakan usaha murni untuk membentuk jiwa patriotik dalam kalangan warganegara ketika mereka masih di bangku sekolah lagi. Sesungguhnya, usaha ini

amat tepat dalam usaha negara memartabtkan semula kecemerlangan sukan sama ada di peringkat nasional mahu pun global.

Sambil menyelam minum air. Demikianlah peribahasa yang boleh dipetik sebagai membuktikan sesutau usaha yang dilakukan kadang-kadang boleh memberikan impak sampingan yang amat berguna. Dalam hal ini, sukan bukan sekadar aktiviti riadah semata-mata, sebaliknya mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Impak positif yang turut diperoleh negara apabila sukan sudah mula beralih arah menjadi sebuah industri mahupun kerjaya ialah kekayaan dalam bentuk wang ringgit. Di sebalik hadiah dan ganjaran yang lumayan, pelbagai industri hiliran yang berasaskan sukan turut terjana. Apabila mengambil kita sejumlah 20 bilion wang yang mengalir ke Afrika Selatan semasa penganjuran Bola sepak Piala Dunia pada 2010, hujah tersebut boleh mengesahkan bahawa sukan adalah antara penyumbang terpenting dalam mengisi kantung negara. Kini penganjuran seperti EPL, EURO, dan Piala Dunia adalah antara industri sukan terpenting yang berjaya mengaut keuntutngan besar. Selain itu, sukan-sukan ternama yang lain seperti golf, tenis, dan kriket turut menjadi penyumbang utama seseorang jaguh cepat melonjak menjadi jutawan. Amat jelas sekali, pada era milenium kini, sukan adalah antara industri yang mampu menjanakan pendapatan kepada sesebuah negara mahupun kepada atlit yang terlibat.

Ibarat peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya haruslah diterapkan dengan sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh sukan tercapai. Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan atlit negara amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua pihak, insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru kepada dunia sukan untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang.

POSTED BY ISHAKMDSHAH AT 2:08 PM 0 COMMENTS

THURSDAY, NOVEMBER 10, 2011

JANGAN TAK SANGKAAssalamualaikum,

Pusat Sumber Sekolah adalah antara enjin terpenting yang turut menjana kecemerlangan pelajar. Walau bagaimanapun, banyak pihak termasuk pelajar sendiri yang kurang memanfaatkan PSS, malah ada kalangan pelajar yang tidak pernah menjenguk ke PSS.

Tidak mungkinkah, soalan yang ada hubung kait dengan PSS ditanya dalam SPM. Kemungkinannya adalah terlalu tinggi. Tidak terkedukah anda jikalau soalan ini keluar sebagai soalan karangan? Hoi, terlompat habis sebahagian pelajar yang tidak pernah mengunjungi PSS selama ini.

Bagaimanakah kemungkinan bentuk soalannya?

> mungkin tentang kepentingan pelajar memanfaatkan PSS

* sebagai gedung ilmu yang menyimpan pelbagai khazanah rujukan (buku, majalah, akhbar, makalah, ensiklopedia, jurnal, dan koleksi) * sebagai tempat selamat dan selesa untuk membuat rujukan - keselamatan terjamin, tiada gangguan daripada mekanisme luar

* lokasi untuk mengadakan perbincangan ilmiah dengan rakan-rakan sealiran

* mudah mendapat khidmat bantu daripada petugas yang sentiasa mesra pelanggan

ATAU

> mungkin tentang langkah untuk menggalakkan pelajar berkunjung ke PSS

* mewujudkan suasana eksklusif 5 bintang di PSS

* melengkapkan koleksi bahan bacaan dan bahan media yang mencukupi dan terkini - menarik minat pelajar membuat kajian

* melaksanakan pelbagai insentif dan kempen mengunjungi PSS

* saiz PSS hendaklah seimbang dengan jumlah pelajar - ruang yang mencukupi, tempat membuat rujukan yang sempurna, kerusi meja yang mencukupi

* waktu operasi yang anjal dengan masa luar persekolahan pelajar - Pelajar tidak mempunyai masa untuk ke PSS dalam masa P&P. Perlu dibuka hingga jam 6.00 petang atau waktu malam.

POSTED BY ISHAKMDSHAH AT 11:09 AM 0 COMMENTS

ATAS PERMINTAAN RAMAIAssalamualaikum,

Atas hasrat banyak pihak dan kasihan kepada calon-calon yang bakal menduduki SPM dalam 2 ke 3 hari lagi, saya paparkan semula rangka isi karangan Trier 2011 yang telah saya padamkan.

Sila manfaatkan untuk kebaikan anda. Bahan ini adalah milik cipta saya yang sejati dan tidak boleh sama sekali sama ada dengan pengetahuan atau berselindung bahan ini dijadikan sumber untuk perniagaan pihak yang tidak bertanggngjawab. Paparan ini untuk 4 hari sahaja.

RANGKA ISI JAWAPAN KARANGAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NG2 DI MALAYSIA 2011

Rakan-rakan guru yang budiman dan anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian;

Atas sokongan tidak berbelah bahagi rakan-rakan di seluruh Malaysia termasuk yang telah mengundangi saya mengendalikan ceramah, saya lampirkan di sini rangka isi karangan khusus untuk bahagian B. Semoga rangka isi ini boleh menjadi panduan dan sumber sokongan untuk anak-anak didik pada saat-saat terakhir mereka membuat persediaan. Besar sangat harapan saya agar bahan yang saya muatkan ini tidak diciplak dengan sewenang-wenangnya kerana sebahagian besar telah saya masukkan ke dalam buku saya yang bakal keluar pada Januari 2012.

PERLIS

1. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.

Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.

Pendahuluan : Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramairamai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Rakan sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan maha pencipta orang bertakwa ialah orang yang baik memiliki wawasan dunia dan akhirat

Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu)

Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar

Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran memiliki minat dan cita-cita yang sama dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata)

Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin)

Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.

2. Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.

pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anggotanya.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah menanamkan asas berjimat cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk dapur sendiri cermat tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-perkara asas

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana merancang perbelanjaan mengikut kemampuan tidak terlalu boros semata-mata tunduk kepada

kehendak nafsu (peribahasa air perabung akan menitis melalui cucur atap = perangai tidak baik ibu bapa ditiru anak-anak)

Isi 3 : Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung strategi bertindak sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis)

Isi 4 : Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga sistem bajet yang yang dipatuhi keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting dahulu (peribahasa; hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)

Isi 5 : Bijak menggunakan hemah dan akal daripada dikuasai nafsu memiliki daya pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda keputusan tidak dibuat berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu mengelak sikap suka berlumba (peribahasa gajah berak besar pelanduk pun nak berak besar juga).

Kesimpulan : Tuntasnya, dalam urusan berjimat cermat kita wajar berpegang kepada falsafah bahawa, Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada berapakah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?. Oleh itu, berjimat cermatlah sebelum kita berhadapan dengan bankrup.

3. Usaha yang berterusan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) amat wajar supaya mereka dapat memberikan sumbangan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk membantu golongan ini.

Pendahuluan : Di suatu lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif dengan pakaian tidak terurus sedang menadah tangan memohon simpati orang yang lalu lalang. Dalam situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup anggota memohon

simpati orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak kerusi roda. Malahan di asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak. Demikianlah gambaran mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Bagi rakyat Malaysia golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara ini. Lebih banyak isu yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi dan isu gejala sosial yang tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU yang sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi masa depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai hati dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang mereka mampu bukan semua OKU yang tergencat mental ilmu sahaja yang mampu mengubah kehidupan insan

Isi 2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU sebagai alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian

Isi 3 : Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU bagi memudahkan pergerakan dan urusan harian mereka

Isi 4 : Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya kecacatan bukan alasan untuk menysihkan mereka kekurangan yang dialami bukan untuk dihina tetapi untuk diinsafi

Isi 5 : Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan kemampuan OKU melaksana tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan penyayang

Kesimpulan : Sesungguhnya, tiada seorang insan pun yang mahu dirinya dipinggiri. Mereka mahu hidup bebas dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang menentukan, justeru tiada sesiapa yang boleh menentang takdir. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menidakkan ikhtiar untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya terus dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada kita sehinggakan tiada beban batu digalasi.

CATATAN : Sampel karangan bagi soalan ini boleh anda dapat dalam modul saya edisi 2011 (kulit biru) muka surat 19.

4. Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat.

Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran mencegah kemasukan warga asing sacara haram kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

5. Anak itik terenang-renang Air pasang tenang-tenangan Budi sedikit bilakan hilang Itu menjadi kenang-kenangan

Berdasarkan maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi bahasa dalam masyarakat.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melahirkan masyarakat yang harmoni masyarakat yang bertolak ansur, saling memahami masyarakat madani yang cinta akan kesejahteraan

Isi 2 : Membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan makmur segala potensi alam dan modal insan dapat digemblengkan

Isi 3 : Mendidik generasi untuk memperkasakan kehidupan yang dilingkungi dengan sistem adab dan nilai murni (peribahasa; adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung = semua hal yang merujuk hukum)

Isi 4 : Untuk memperkasakan jalinan perpaduan dalam kalangan masyarkat majmuk

Isi 5 : Mengurangkan kejadian yang berpunca daripada tindakan negatif mengurangkan jenayah, perselisihan faham, pergaduhan dan peniluan

Kesimpulan : Budi bahasa ialah pemanis kata dan cerminan jiwa. Oleh itu, perkasakanlah budi bahasa demi menjalinkan kehidupan yang harmoni. Sesungguhnya, ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya.

SEBAGAI IHSAN SAYA PERTURUNKAN SEBUAH SAMPEL KARANGAN DARIPADA MODUL SAYA DALAM SIRI 2010 SEPERTI DI BAWAH INI.

Banyak pihak berasa gundah dengan kemerosotan budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Selaku wartawan majalah sekolah anda ingin mengenal pasti faktor-faktor kemerosotan tersebut selain cuba mendapatkan beberapa langkah penyelesaiannya.

Tulis wawancara anda itu selengkapnya.

Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana berkarat Hina manusia tidak berbudi

Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sujinya Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya

Dua rangkap pantun di atas menggambarkan betapa budi bahasa dipandang amat tinggi terutama dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu meletak harga sesuatu perlakuan itu dengan berasaskan ukuran budi bahasa. Buktinya, kecantikan seseorang bukan terletak kepada rupa paras semata-mata sebaliknya dinilai pada budi bahasanya. Seseorang itu akan dipandang rendah dan hilang harga dirinya dengan serta merta apabila luntur budi bahasa dan sesuatu bangsa itu pula akan runtuh jika budi mereka runtuh. Bagi mencari punca krisis kerendahan budi dalam masyarakat kita, saya Aini Suraini (Aini) ketua pengarang majalah Sinar Budi, Sekolah Menengah Sinaran Budi telah mewawancara seorang tokoh penggiat budaya iaitu Datin Seri Zarini Salim (Datin). Beliau juga turut menghurai beberapa saranan untuk formula penyelesaian krisis tersebut. Ikuti keseluruhan kandungan wawancara saya itu. Aini Datin : Assalamualaikum, Datin! : Waalaikum salam, silalah duduk.

Aini

: Saya Aini Suraini, Ketua Editor majalah Sinar Budi ingin meninjau pandangan Datin tentang Kempen Budi Bahasa. Saya berharap Datin tidak keberatan untuk berkongsi maklumat dan pandangan. : Insya-Allah saya sangat berbesar hati dengan hasrat saudari itu. : Pada pandangan Datin sejauh manakah Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan oleh kerajaan memberikan kesan yang positif kepada masyarakat? : Pada pendapat saya Kempen Budi Bahasa Budaya Kita sangat berfaedah dan kena pada masanya. Kempen ini bermatlamatkan mendidik rakyat tanpa mengira peringkat agar mengamalkan peribadi mulia antaranya sikap berbudi bahasa. Namun begitu, kempen ini seolah-olah menjadi bahan yang diuar-uarkan oleh media-media massa sedangkan keberkesanan dan penglibatan masyarakat masih terlalu kurang. Ironinya walaupun kempen ini sudah berjalan selama dua tahun masih ada kalangan yang tidak sedar dan mengetahui kewujudan kempen. : Pada pendapat Datin mengapakah krisis mementingkan diri sendiri dan sikap hilang hormat semakin luput dalam masyarakat kita? : Sikap tersebut semakin luput daripada arus kehidupan masyarakat kita adalah disebabkan sikap materialistik dan individualistik yang semakin menebal dalam kalangan anggota masyarakat. Mereka sentiasa melihat kepentingan peribadi mengatasi kepentingan lain. Lantas, mereka tidak berasa orang lain sebagai penting dalam hidup mereka selagi kepentingan asas peribadi mereka tidak terjejas. : Atas tuntutan ekonomi, kebanyakan masyarakat cenderung untuk berhijrah ke bandar. Di bandar mereka sibuk dan kesuntukan masa sehingga mereka tidak menghiraukan urusan berjiran dan tidak pernah bertegur sapa. Bolehkah Datin memberi sedikit komen? : Sebenarnya masyarakat bandar kini amat terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat Barat. Mereka hanya tahu menjaga hal diri sendiri sahaja dengan falsafah tidak mahu menjaga tepi kain orang. Budaya begini bukanlah menjadi norma kehidupan mayarakat kita yang bertunjangkan kehidupan saling memerlukan bak aur dengan tebing. Kehidupan orang bandar semakin disempitkan oleh urusan mencari rezeki dan seterusnya menambakkan kekayaan yang dianggap sebagai lambang kehidupan elit. Hal tersebut mendorong kepada sikap anak-anak yang bebas melakukan apa-apa saja tanpa bimbang akan ditegah oleh orang dewasa. Akhirnya mereka menjadi sombong dan lunturlah amalan berbudi bahasa. : Perihal merebaknya budaya Barat dalam kalangan remaja masa kini juga menjadi faktor remaja kurang menghormati orang tua. Bagaimanakah hal ini boleh dikaitkan dengan rendahnya nilai berbudi bahasa?

Datin Aini Datin

Aini Datin

Aini

Datin

Aini

Datin

: Dalam masyarakat Barat anutan terhadap makna kebebasan diberikan tafsiran yang seluas-luasnya. Individu lain termasuk ibu bapa sendiri tidak boleh mengganggu seseorang itu selagi individu tersebut tidak mengancam keselamatan mereka. Akhirnya mereka membawa gaya hidup masing-masing dan tidak menghiraukan orang lain. Amalan seperti itu memanglah menjadi kesukaan remaja yang sentiasa menuntut kebebasan tanpa had. Mereka tidak mahu disentuh malah mereka tidak suka sebarang aktiviti yang dilakukan ditegur oleh orang dewasa. : Sikap kerendahan budi itu bukan hanya berlaku di bandar malah semakin merebak ke kampung-kampung. Boleh dikatakan tidak banyak perbezaan antara corak hidup masyarakat kampung dengan masyarakat bandar di negara kita pada masa ini. Mengapakah fenomena ini boleh berlaku? : Dalam kemajuan sains dan teknologi seperti sekarang terdapat pelbagai kemudahan dicipta. Jurang maklumat antara kota dan desa semakin mengecil. Apaapa yang diperoleh masyarakat bandar turut dinikmati oleh masyarakat desa. Peranan media massa khususnya televisyen sentiasa menyiarkan pelbagai maklumat terkini. Kadang-kadang pengaruh yang dibawa amat destruktif kepada pembentukan masyarakat tradisional yang lebih mengutamakan nilai-nilai bekerjasama dan berbudi bahasa. Selain itu, kecanggihan sistem perhubungan dan teknologi automobil membuka ruang yang seluas-luas untuk interaksi antara kota dan desa. Elemen ini amat selesa untuk menyokong sama ada masyarakat memilih untuk menjadi lebih positif atau sebaliknya. : Sekarang saya ingin mengalihkan fokus perbincangan kita kepada mencari langkah penyelesaian. Saya percaya norma kehidupan seperti ini tidak boleh dibiarkan berterusan sehingga menjadi barah yang kronik dalam masyarakat. Bolehkah Datin sarankan beberapa strategi penyelesaiannya? : Saya percaya semua perkara hendaklah bermula dari awal. Lebih-lebih lagi dalam hal amalan dan gaya hidup hendaklah kita mulakan seawal individu itu mengenal erti kehidupan. Anak perlu dididik dengan sikap menghormati ibu bapa seperti dalam amalan mencium tangan orang yang lebih tua. Mereka perlu diajar supaya tunduk apabila berjalan di hadapan orang-orang tua. Mereka juga mesti dididik agar bercakap dengan bahasa yang sopan dan tidak menyampuk cakap orang yang lebih tua dengan sewenang-wenangnya. Pembawaan gaya hidup seperti ini apabila diamalkan secara berterusan bakal membentuk peribadi yang lemah lembut. : Bagaimanakah pula peranan guru-guru di sekolah? : Amalan tertib dan bersopan santun ini perlu diperteguh oleh guru-guru di sekolah. Seolah-olah menjadi suatu tradisi murid-murid lebih menghormati dan mempercayai kata-kata guru daripada ibu bapa. Sikap positif itu amat selesa untuk dimanfaatkan oleh para guru sebagai strategi mendidik sikap yang berhemah dan

Aini

Datin

Aini

Datin

Aini Datin

berperibadi mulia. Kita tidak sangsi lagi apabila pihak sekolah dapat memainkan peranan yang baik sudah tentu anak-anak didik yang terhasil daripada sistem pendidikan yang sempurna itu menjadi insan yang baik. Aini : Sungguhpun demikian, pengaruh persekitaran dan masyarakat serta media massa juga tidak kurang pentingnya. Semua unsur tersebut sentiasa menjadi role model untuk diciplak bulat-bulat oleh kanak-kanak dan remaja. Pada pendapat Datin, bagaimanakah pengaruh persekitaran tersebut boleh menyokong usaha ini? Datin : Berdasarkan slogan, Masyarakat dinamik penjana wawasan, bolehlah kita takrifkan bahawa masyarakat memainkan peranan penting untuk membentuk persekitaran yang sihat. Gerak geri masyarakat boleh diibaratkan sebagai acuan untuk membentuk gaya hidup. Kesilapan masyarakat bakal membentuk sebuah kelompok manusia yang tidak mengenal akan maksud hati budi. Setiap anggota masyarakat harus mengubah paradigma daripada terlalu mementingkan diri sendiri kepada penglibatan diri dalam masyarakat. Ketaksuban yang terlalu mementingkan diri sendiri boleh membentuk suatu pola baru seperti kata Datuk Hasan Ahmad, Wujud segolongan masyarakat yang amat sukar untuk menerima teguran menyebabkan tidak lagi wujud budaya tegur-menegur dalam menyedarkan sesuatu kesilapan. Jikalau fenomena ini merebak pantas, kesannya amat destruktif terhadap usaha membentuk masyarakat yang prihatin dan berbudaya mulia. Oleh itu, kita mesti bersedia berubah daripada sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, kita amat berharap kepada media massa terutama media elektronik milik swasta agar lebih prihatin kepada krisis nilai dalam masyarakat daripada memikirkan perihal untung dan laba dalam menyiarkan program-program yang dikatakan berprofil tinggi. Pendek kata semua pihak amat dituntut agar lebih berfokus kepada masyarakat yang dinamik kerana rosak masyarakat, justeru rosaklah keseluruhan nadi bangsa itu. Aini : Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita bincangkan dalam isu ini ya, Datin! Namun begitu, masa tidak mengizini kita untuk berbicara panjang. Saya bagi pihak warga sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih atas pandangan bernas yang Datin curahkan dalam wawancara ini. Terima kasih daun keladi. : Terima kasih.

Datin

KEDAH

1 . Pelajar disarankan menguasai sekurang-kurang satu kemahiran yang relevan dengan tuntutan semasa seperti penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, atau kemahiran bekerja dalam pasukan.

Sebagai pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan bagi menguasai sekurang-kurang satu kemahiran tersebut.

Pendahuluan : Menjelang tahun 2020, Malaysia harus berganjak daripada kumpulan negara-negara sedang membangun menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Demikianlah hasrat para pemimpin dan rakyat Malaysia seperti yang dicanang-canangkan pada setiap masa. Kata haruslah dikotakan dan janji mestilah ditepati. Demi menterjemahkan hasrat tersebut agar menjadi kenyataan, para pelajar dan golongan remajalah yang menggalas amanah yang amat penting itu. Golongan tersebut haruslah memperlengkap diri dengan pakej keterampilan yang menggabungkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan berdasarkan keperluan semasa. Sebagai pelajar saya cukup sedar dengan tuntutan menguasai pelbagai kemahiran dan sedang berusaha ke arah itu.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Mengenal pasti potensi diri saya dan cuba berjinak-jinak dengan bidang kemahiran yang sesuai dengan bakat sendiri mudah untuk memperkembangkan bakat sedia ada

Isi 2 : Mengambil jurusan akademik yang sesuai dan ada hubung kait dengan kemahiran yang saya ada potensinya.

Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran dan seangkatan sebagai sumber memperoleh motivasi dan inspirasi

Isi 4 : Mendampingi guru dan golongan yang lebih berpengetahuan tentang bidang yang diminati mudah mendapat akses pembelajaran

Isi 5 : Mendalami pengetahuan dalam bidang yang berkaitan mengoptimumkan penggunaan ICT dan teknologi siber untuk memperoleh banyak maklumat dalam bidang yang berkaitan

Isi 6 : Mengenal pasti bidang dan kerjaya yang selari dengan minat dan kemahiran yang dipilih bidang yang diceburi hendaklah relevan dengan pasaran pekerjaan.

Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa jatuh bangun sesebuah negara amatlah bergantung kepada ketahanan dan kecemerlangan golongan remaja. Demi berhadapan dengan gelombang globalisasi yang kian mencabar, setiap remaja hendaklah menguasai bidang kemahiran sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Hanya inilah saja laluan (wasilah) untuk melahirkan sebuah negara bangsa yang berjaya dan mampu bersaing di persada antarabangsa.

2. Kebersihan bermula dari rumah. Pernyataan ini mampu merangsang jiwa seseorang agar mencintai kebersihan.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anakanak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Pendahuluan : Memetik sepotong peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke batang jua, menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting kepada ibu bapa untuk menanami anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, dan budaya hormat-menghormati. Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh ibu bapa agar anak-anak akan lahir daripada acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu bapa. Hal sama pasti boleh

dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Menjanakan amalan kebersihan bermula di rumah mendidik anak-anak agar sepanjang masa berada dalam persekitaran rumah tangga yang bersih, indah dan ceria sebagai sumber inspirasi sejadi anak-anak masih kecil

Isi 2 : Ibu bapa sebagai sari contoh teladan imej dan pancaran personaliti ibu bapa sentiasa diperhatikan oleh anak-anak (ibu bapa sebagai role model)

Isi 3 : Melaksanakan pendidikan rohani dengan mendekatkan diri anak-anak kepada Tuhan maha pencipta yang sangat bersih dan cantik (peribahasa Arab, Allah itu cantik dan amat menciptai sesuatu yang mencantikkan)

Isi 4 : Mendedahkan anak-anak dengan persekitaran yang bersih dan cantik menunjukkan contoh bilik tidur, tempat makan, dan tandas lima bintang seperti di hotel dan pusat pameran seperti Casa Impian dll.

Isi 5 : Mendedahkan anak-anak dengan landskap yang cantik dan selesa mata memandang konsep bersih diperluas bukan sahaja di dalam rumah tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh aktiviti keluarga membina taman mini dan landskap rumah.

Kesimpulan : Sesungguhnya, tepatlah kata-kata bahawa, anak-anak apabila diajar erti kasih sayang mereka akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi sumber rujukan dan terminoogi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Baik perihal yang ditunjukkan, justeru baiklah anakanak.

3. Bidang keusahawanan atau perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya yang bersikap positif.

Pada pandangan anda, apakah sikap positif yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan atau peniaga yang ingin berjaya.

Pendahuluan : Nabi Muhammad SAW telah bersabda dalam sepotong Hadithnya yang bermaksud, Sembilan persepuluh daripada kekayaan adalah datang daripada perniagaan. Jelas sekali bahawa perniagaan mampu menjana pendapatan dan sekali gus melebarkan penguasaan ekonomi. Namun begitu, ibarat kiasan dalam pantun Melayu,

Langit berbalam awan sekajang Cuaca redup ditutup mega Jikalau kail sejengkal panjang Lautan dalam jangan diduga

Demikianlah hakikat dunia perniagaan yang mampu menjana pendapatan berlipat ganda sebenarnya mempunyai pelbagai ranjau dan risiko. Oleh itu, setiap bakal usahawan hendaklah bersedia dengan pelbagai sikap yang positif untuk mencapai kejayaan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Mesti nekad dan berkeyakinan tinggi untuk berjaya dalam bidang perniagaan memilih perniagaan sebagai kerjaya berniaga bukan sekadar bekerja sementara

Isi 2 : Bijaksana merancangkan masa depan tahu potensi dan peluang dalam pasaran dan perniagaan (peribahasa; naik meniti anak tangga, selangkah turun jejak ke tanah = untuk berjaya lambat, untuk papa mudah)

Isi 3 : Mahir dalam berkomunikasi kebolehan bertutur dan berbahasa yang baik dan bersopan menjadi pelaris utama dalam perniagaan (peribahasa, laut budi tepian akal)

Isi 4 : Sentiasa peka terhadap kerenah dalam berniaga amat teliti terhadap untung rugi memiliki mental yang kuat untuk berdepan dengan kerenah pelanggan

Isi 5 : Memiliki ketahanan terhadap cabaran sanggup bekerja lebih masa bersabar dalam tempoh yang lama sebelum meraih untung

Isi 6 : Berpandangan jauh dan cekap merancang sentiasa peka kepada sebarang perubahan dalam dunia niaga perubahan terhadap pasaran, kehendak pelanggan, dan cabaran-cabaran dalam persaingan

Kesimpulan : Berdasarkan serangkap pantun,

Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian

hendaklah dijadikan azimat jikalau seseorang itu mahu mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan. Sikap yang cepat kecewa dan mudah patah hati hendaklah dilemparkan jauhjauh daripada minda sekiranya kita mahu terjun ke pentas perniagaan yang amat besar gelombang dan pancarobanya.

4. Pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara belum mampu menyaingi pasukan bola sepak Jepun, China, Korea, Iraq, dan Iran.

Berdasarkan situasi ini, cadangkan langkah-langkah berkesan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak negara masing-masing.

Pendahuluan : Bola sepak adalah antara sukan bertaraf klasik yang mampu mengangkat beberapa banyak legenda ternama yang berjaya mengukir nama di persada dunia. Namanama besar seperti Pele. Maradona, dan ramai lagi amat dikenali dan sangat dikagumi kehebatan mereka. Namun begitu, di rantau Asia Tenggara, kecemerlangan bola sepak sekadar hidup segan mati tak mahu sahaja. Tiada legenda yang dicipta, malah tiada pasukan yang mampu diangkat ke taraf dunia. Sedangkan sukan yang mampu mencipta jutawan segera itu semakin diminati di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Oleh itu, demi membangunkan sebuah pasukan yang bertaraf pro dan dunia, pihak pengurusan pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara hendaklah menggembelngkan tenaga dan fikiran agar dapat mengangkat mutu sukan bola sepak negara masing-masing.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melantik para pemimpin persatuan daripada kalangan mereka yang mahir dalam sukan bola sepak tidak boleh melantik mereka yang berpengaruh sama ada dalam politik mahupun sosial melantik pegawai-pegawai yang sangat bertanggungjawab terhadap kebajikan dan masa depan pemain

Isi 2 : Merancang pembangunan sukan bolasepak untuk jangka panjang menyediakan pelapis baru daripada kalangan pelajar sekolah sejak di bangku sekolah rendah

Isi 3 : Merancang program bersama menganjurkan lebih banyak pertandingan dan kejohanan di peringkat negara-negara Asia Tenggara

Isi 4 : Mengadakan kerjasama pertukaran pemain dan jurulatih memberi pendedahan yang luas tentang taktik dan teknik permainan (peribahasa, jauhari yang mengenal manikam)

Isi 5 : Menganjurkan perlawanan peringkat antarabangsa mengundang pasukan-pasukan terkuat di peringkat Asia mahupun dunia

Isi 6 : Berusaha bersungguh-sungguh memerangi jenayah rasuah menghalang pemain daripada diracuni sikap mementingkan diri sendiri amalan buruk yang boleh memusnahkan kerjaya dan maruah pasukan sesebuah negara

Kesimpulan : Sebagai sebuah wilayah yang terdiri daripada sebelas kuasa politik, negaranegara Asia Tenggara sememangnya boleh bangkit menjadi kuasa bola sepak terbesar di Asia. Dengan lebih 500 juta penduduk, sudah tentu bakat terpendam yang ramai boleh dicungkil sekiranya berlaku perancangan yang teratur daripada organisasi-organisasi bola sepk. Bukan mustahil, dengan sokongan padu daripada pemerintah negara masing-masing pula, wilayah ini boleh bangkit sebagai kuasa baru bola sepak yang dapat menyaingi Jepun, Korea, dan China.

5. Karya sastera kaya dengan nilai kemanusiaan.

Bincangkan pernyataan ini berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca.

Pendahuluan : Apabila selesai membaca sesebuah novel mahupun menonton sesebuah drama, seseorang itu mula berfikir tentang apakah unsur-unsur istimewa yang terbit daripada cerita tersebut? Selain terpikat dengan episod dan aksi watak yang hebat, unsur nilai dan pengajaran sudah pasti akan menyerap secara perlahan-perlahan ke dalam benak dan minda pembaca. Tidak dinafikan bahawa nilai kemanusiaan adalah antara sumber yang menjadi kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera. Hal tersebut dapat saya bincangkan berdasarkan novel Kembara Amira yang amat padat dengan unsur-unsur nilai kemanusiaannya. (masukkan judul novel yang anda pernah baca).

Isi-isi penting :

Isi 1 : Nilai patriotik suatu sikap yang dapat mengangkat rasa tanggungjawab masyarakat atau rakyat di sesuatu tempat/negara nilai patriotik yang diitunjukkan oleh masyarakat orang asli dalam mempertahankan ketulenan dan keaslian budaya dan alam sekitar mereka.

Isi 2 : Nilai kasih sayang suatu nilai yang luasnya ibarat lautan yang tidak bertepi kasih sayang terhadap darah daging sendiri, kasih sayang demi sahabat yang sejati, dan jiwa yang musnah akibat terpisah daripada kasih sayang boleh dilihat dalam konteks hubungan Dr Zaidah dan Amira, antara Amira dan Jacintha serta antara Tau dengan anak dan isterinya yang dipisahkan

Isi 3 : Nilai bekerjasma merupakan nilai yang terpahat demi menzahirkan suatu kejayaan dalam sebarang usaha komitmen yang tinggi dalam kalangan anggota kerjasama yang jitu daripada kumpulan eksvasi Bukit Mat Raya yang berjaya menemui karpus tulang manusia kerjasama yang akhirnya berjaya menghalang operasi menggali emas sehingga boleh memupuskan masyarakat orang asli dan seluruh budaya mereka

Isi 4 : Nilai keberanian dan jati diri sikap yang terpahat dalam diri anak muda yang mahu meneroka sesuatu yang baru dan mencabar Amira, Jacinta, dan Itai

Isi 5 : Nilai bekerjasama dan saling menyokong lambang kepada kejayaan ekspedisi dan ekskavasi hubungan rapat dan saling menyokong antara golongan elit dan masyarakat setempat memberi isyarat bahawa kejayaan akan tercapai apabila ada sokongan dan kerjasama saling membantu dan menyokong antara masyarakat asli dengan kumpulan pengkaji dari universiti.

Kesimpulan : Nilai kemanusiaan adalah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang disemai secara halus dan tersirat. Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca yang bijaksana, unsur-unsur nilai hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk membuat koreksi diri. Moga-moga apa-apa yang ditelusuri lewat karya yang dibaca mampu mengimpakkan natijah yang sangat berharga.

PULAU PINANG

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

1.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut.

Pendahuluan : Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesedaran kita agar insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta.

Isi 1 : Bersedia menjadi orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah ketakwaan menjadikan kita lebih patuh, bersedia dan tinggi motivasi kita mempunyai garis panduan dan hala tuju yang jelas

Isi 2 : Memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang baik memenuhi prakarsa untuk memperlengkap diri sebelum boleh memberikan sumbangan

Isi 3 : Memanfaatkan usia muda untuk berjuang di medan ilmu memperlengkap diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan masa belajar tanpa jemu dan mesti cemerlang

Isi 4 : Mengenali potensi diri memilih bidang kemahiran dan profesional yang sesuai dengan bakat dan minat sebagai set lengkap yang digabungjalinkan dengan ilmu bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja

Isi 5 : Insaf akan tanggungjawab menyelamatkan negara bersemangat waja dan berjiwa patriotik utamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri dan kelompok

Isi 7 : Menjauhkan diri daripada anasir perosak gejala samseng, dadah, berpelisiran dan sampah masyarakat dan membebankan negara

Kesimpulan :

Rumah kecil tiang seribu Rumah besar tiang sebatang Kecil-kecil ditimang ibu Sudah besar ditimang gelombang

Demikianlah erti sebuah kehidupan yang menuntut banyak perjuangan dan pengorbanan. Oleh itu, kita harus bersedia untuk berhadapan dengan gelombang kehidupan yang kadangkadang lebih mencabar daripada gelombang di tengah segara. Bukan senang untuk menjadi warga yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, sebaliknya kita dituntut untuk melakukan persediaan yang rapi.

2. Kegawatan ekonomi telah menyebabakan harga barang dan kos perkhidmatan meningkat.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar menjadi pengguna yang bijak.

Pendahuluan : Boleh dipadankan dan diubahsuaikan daripada sampel pendahuluan soalan nombor 2 negeri Perlis.

Isi 1 : Mengamalkan latihan berjimat cermat - amalan yang harus dipupuk sejak kecil - memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga seperti menyayangi harta benda, berbelanja secara berhemat, dan menjauhi amalan boros (peribahasa, gunung pun kalau ditarah akan reban)

Isi 2 : Mengamalkan latihan menabung dan menyimpan - penyimpanan melalui institusi kewangan dan pelaburan saham - berjimat cermat sewaktu senang dengan memperuntukkan lebihan belanja untuk simpanan

Isi 3 : Mendidik anak-anak dan ahli keluarga agar sentiasa berpada-pada dengan kemampuan yang ada - tidak meminta-minta sesuatu yang berlebih-lebihan - tidak melampau dan meniru cara hidup di luar kemampuan

Isi 4 : Tidak terlalu terpengaruh dengan umpan kebendaan dan berbelanja di luar kemampuan - keinginan untuk hidup bergaya melebihi kemampuan - cepat terpengaruh dengan pelbagai iklan dan pujukan atau tawaran jualan

Isi 5 : Tidak terpengaruh dengan sikap ingin bersaing dan menunjuk-nunjuk elakkan sifat meninggi diri mahu bersaing dengan jiran dan tetangga - mendidik anak-anak supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah jiran atau rakan-rakan

Sampel kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, rancanglah strategi perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.

3. Terdapat banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong tempatan atau pun pelancong asing.

Huraikan kepentingan-kepentingan industri pelancongan terhadap pembangunan negara.

Pendahuluan : Apabila berbicara perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang sama ada ke negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia timur jauh seperti Jepun, Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain, tanpa disedari ramai pula pelancong asing yang datang ke negara kita. Oleh tu, jelaslah bahawa Malaysia pun tidak kurang hebatnya dengan destinasi pelancongan yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali kita manfaatkan demi faedah kepada negara kerana industri pelancongan sangat banyak impaknya kepada kemajuan ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Dari segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas imej Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong

Isi 2 : Dalam aspek ekonomi banyak sekali peluang ekonomi yang terjana kemajuan kepada industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan memajukan industri hiliran berkaitan pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.

Isi 3 : Dalam aspek sosial masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada interaksi dengan orang asing aspek budaya bahasa dan cara berfikir

Isi 4 : Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara sistem pengangkutan yang dibangunkan, kemudahan prasrana, alam sekitar yang terjaga dan semua potensi alam berjaya dimanfaatkan

Isi 5 : Boleh mempertingkatkan tukaran asing satu lagi peluang dalam bidang ekonomi minat yang tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.

Kesimpulan : Sektor pelancongan sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada banyak negara di dunia. Walaupun industri pelancongan sering dilabelkan dengan pelbagai implikasi yang negatif, namun imej tersebut boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri memiliki jati diri yang kuat terutama dalam aspek budaya dan agama. Janganlah disebabkan nilai setitik rosak susu sebelanga

4. Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat.

Bincangkan peranan pemimpin-pemimpin negara di dunia untuk mewujudkan keamanan sejagat.

Pendahuluan : Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Petikan daripada peribahasa tersebut mendedahkan betapa besar sungguh impak daripada para pemimpin. Elok pemimpin eloklah rakyat, sebaliknya apabila pemimpin rosak maka rakyatlah yang akan menanggung sengsara. Pergolakan dan kempen berdarah yang melanda negara-negara Timur Tengah benar-benar mendedahkan tembelang buruk para pemimpin yang gagal menguruskan negara dan rakyat masing-masing. Demi keamanan sejagat, para pemimpin di seluruh dunia hendaklah insaf bahawa mereka ialah penentu sama ada dunia ini sebagai syurga kehidupan ataupun menjadi pentas neraka yang sengsaranya bertimpa-timpa ibarat lautan yang tidak bertepi.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Para pemimpin harus sedar mereka sebenarnya memikul amanah bukan sebagai penyebar fitnah sedar akan tanggungjawab kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh

berjuta-juta manusia berpunca daripada pemimpin peristiwa Perang Dunia adalah berpunca daripada sikap tidak bertolak ansur antara blok Triple Antante dan Triple Alliance

Isi 2 : Pemimpin mesti peka terhadap order dunia sekarang yang lebih mengutamakan kebijaksanaan daripada kekerasan dan keganasan kejatuhan beberapa pemimpin di negara-negara Timur Tengah boleh dijadikan iktibar

Isi 3 : Pemimpin-pemimpin blok negara kaya bertanggungjawab menyelamatkan kesengsaraan di negara-negara miskin dan tertindas membantu atas dasar kemanusiaan bukan atas dasar muslihat politik

Isi 4 : Badan Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah diberi lebih peranan untuk menghalang penindasan pihak tertentu kuasa veto kumpulan negara kuasa besar tidak wajar diamalkan

Isi 5 : Wujudkan musyawarah dan baiah pemimpin seluruh dunia bahawa dunia ini sebagai tempat keamanan dan berkasih sayang elakkan sikap tamak dan gila akan kuasa

Kesimpulan : Berdasarkan kata-kata daripada Nabi SAW yang bermaksud, Tingkah laku rakyat adalah bergantung kepada tingkah laku pemimpin membuktikan bahawa peranan pemimpin adalah amat besar dalam menerajui order dunia. Kebobrokan dunia yang terjadi pada hari ini bukanlah berpunca daripada malapetaka alam mahupun kemiskinan dan sebagainya, tetapi akibat tiada sikap tolak ansur antara pemimpin. Oleh itu, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

5. Puisi Melayu lama seperti pantun, seloka, dan gurindam semakin dilupakan oleh masyarakat.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu mempopularkan puisi Melayu lama.

dilakukan

oleh

pelbagai

pihak

untuk

PERAK

1. Anda dipilih sebagai tokoh pelajar setelah anda berjaya memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, dan kepimpinan. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis meraikan kejayaan anda itu.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

2. Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam kehidupan.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka.

CATATAN : Soalan ini ialah klon daripada soalan SPM 2011. Anda boleh dapatkan contoh karangan lengkap dalam Modul saya siri 2011 (berkulit biru)

3. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara untuk memastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh oleh mereka apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Pendahuluan : Merealisasikan Penantian Empat Belas Tahun, Harimau Malaysia Membaham Garuda, Wira Piala AFF Terima Durian Runtuh. Demikianlah beberapa slogan daripada ribuan sepanduk dan kain rentang yang memaparkan kegembiraan rakyat Malayisa hasil kejayaan memberangsangkan anak-anak muda Malaysia dalam arena sukan di peringkat antarabangsa. Pujian yang sama turut mengiringi apa-apa acara sukan yang lain sekiranya pulang dengan kejayaan. Sesungguhnya, aktiviti sukan di negara ini telah mendapat sambutan yang amat ghairah daripada rakyat jelata sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan kebangsaan menyebabkan industri sukan di negara ini kurang mendapat sambutan. Memandangkan sukan juga sebagai satu daripada wahana yang dapat menonjolkan imej negara di persada antarabangsa, kerajaan telah melaksanakan suatu dasar yang pragmatik iaitu Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak syak lagi dasar ini akan memberi banyak impak positif kepada anak-anak muda negara.

Isi- isi penting :

Isi 1 : Melahirkan remaja yang berperawakan sihat, kental, dan cerdas sukan merupakan saluran terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental dan fizikal dengan cara yang teratur dilaksanakan secara terancang oleh pihak sekolah, kementerian, dan organisasi sukan memberi peluang bergiat aktif berdasarkan kemampuan fizikal dan kemahiran individu tiada lagi individu yang tersisih menjadi imbangan antara potensi kognitif, psikomotor, dan afektif (perkembangan yang seimbang antara mental, fizikal, dan sikap)

Isi 2 : Mengasah dan mempertajam bakat sejak awal usia lagi potensi individu perlu digilap ketika masih kecil bagi yang berbakat boleh disalurkan kepada bidang profesional dan menjadi saluran kerjaya utama (tokoh-tokoh sukan nasional dan profesional) boleh melahirkan lebih ramai tokoh profesional sukan

Isi 3 : Menyediakan bakat-bakat sukan untuk menggalas tugas negara di peringkat antarabangsa program yang menjadi medan melahirkan seberapa ramai jagoan sukan negara tanpa perancangan yang rapi, negara tidak dapat bersaing di peringkat global (kecuali badminton dan boling semua acara sukan yang lain sangat tercorot bola sepak di tangga ke-142 dalam ranking dunia)

Isi 4 : Melahirkan rakyat yang setia dan patriotik sumbangan dalam bidang sukan berjaya menaikkan nama negara (Dato Lee Chong Wei, Dato Nicol David, Shalin Zulkifli dll) turut menjadi landasan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk kejayaan dalam Piala AFF hasil dukungan rakyat pelbagai kaum mempercepat proses transformasi dan hasrat 1 Malaysia

Isi 5 : Menyokong dalam sumbangan ekonomi negara - kegiatan sukan di peringkat antarabangsa memberi sumbangan besar dalam sektor ekonomi hadiah lumayan (Tiger Wood, Lionel Messi, David Beckham, Edmund Hilary dll) berjaya menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa (kemajuan dalam industri pelancongan sukan)

Sampel kesimpulan : Ibarat peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya haruslah diterapkan dengan sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh sukan tercapai. Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan atlit negara amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua pihak insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru kepada dunia sukan untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang.

4. Masalah kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah masih membelenggu penduduk di beberapa negara di dunia.

Huraikan peranan negara-negara di dunia untuk membantu negara-negara tersebut.

Pendahuluan : Benarkah pendapat sesetengah pihak bahawa, kemiskinan itu sebagai rantaian warisan? Jawapan daripada soalan di atas boleh dilihat dalam banyak perspektif, mungkin benar dan mungkin tidak tepat. Apabila dirujuk kepada beberapa buah negara khususnya negara miskin dalam kumpulan Negara-negara Dunia Ketiga, soalan di atas memang ada kebenarannya. Yang anehnya, kemiskinan terus-menerus menjadi duri dalam daging kepada negara-negara berkenaan. Membiarkan negara-negara miskin terus bergelut dengan malapetaka warisan zaman-berzaman itu adalah suatu tindakan yang tidak bijak.

Oleh itu, negara-negara di dunia hendaklah komited mengambil inisiatif membantu mengeluarkan negara-negara miskin daripada terus dicengkam krisis kemiskinan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO hendaklah berusaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara-negara miskin kebodohan dan kejahilan adalah punca utama gejala kemiskinan rujukan : semua negara miskin adalah tinggi kadar buta huruf

Isi 2 : Negara kaya (perindustrian) hendaklah membuat pelaburan di negara-negara miskin memanfaatkan hasil negara demi rakyat tempatan boleh mewujudkan peluang pekerjaan

Isi 3 : PBB melalui WHO hendaklah memulihkan tahap kesihatan penduduk di negara-negara miskin tahap kesihatan yang rendah seperti kolera dan Aids boleh menyekat tahap produktiviti sesebuah negara

Isi 4 : Mempergiat kempen keamanan dunia usaha daripada masyarakat antarabangsa dan NGO supaya kuasa besar dunia tidak terus-menerus mengeksploitasi negara-negara miskin sebaliknya mengamalkan tanggungjawab moral dan sosial untuk membantu sesama insan sejagat

Isi 5 : Bantuan segara (makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan tempat berlindung) kepada negara-negara yang ditimpa malapetaka (situasi yang sedang melanda Somalia yang dilanda kemarau)

Isi 6 : Mempergiat misi keamanan dengan kempen berdamai mengelak pegaduhan kaum dan etnik yang menjadi punca kemiskinan di beberapa buah negara ( Somalia, Sudan, dan Burundi )

Kesimpulan : Sesungguhnya, hidup ibarat roda, ada masa di atas dan ada masa di atas. Demikianlah dengan nasib dan habuan yang menimpa manusia. Keadaan pasti menjadi

lebih dahsyat apabila manusia sendiri yang mengambil peluang menangguk di air keruh terhadap keadaan yang genting. Kemelaratan di negara-negara miskin tidak sepatutnya dijadikan peluang untuk menahan lukah di pergentingan sebaliknya, kita dituntut membantu mereka yang malang.

5. Minat membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin berkurangan.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya sastera.

SAYA DENGAN INI BERMURAH HATI MEMINJAMKAN SAMPEL KARANGAN INI UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN;

Di mana-mana sudut atau simpang jalan kelihatan anak muda yang tersandang dengan gitar di bahunya. Mereka menyanyi dan mendendangkan lagulagu top hit yang disiarkan melalui hot FM. Dalam situasi yang lain pula, di atas gelegar buluh dan di hujung beranda golongan dewasa sedang asyik dengan lagurlagu dalam slot Masihkah Kau Ingat, terbitan Klasik Nasional. Sementara di kaca televisyen terpampang anak-anak muda sedang melonjak-lonjak memuja versi muzik kontemporari. Begitulah senario biasa yang mendedahkan bahawa manusia tidak boleh lari daripada menikmati bingkisan seni dan hiburan. Ironinya, apabila mereka diajak untuk menghayati sastera lantas mereka enggan. Sama ada disedari atau tidak, sasteralah yang menjadi medium melahirkan semua produk seni seperti itu. Sastera merupakan unsur induk untuk mempertajam minda dan bahasa dalam mengaimpakkan kesan seni dan lagu yang sungguh merdu melodinya. Jikalau demikianlah keadaannya, usaha positif hendaklah diambil untuk menyuburkan semula minat membaca karya-karya sastera dalam kalangan masyarakat.

Memandangkan sikap yang tidak konsisten antara minat terhadap hiburan dengan penolakan terhadap sumber induknya, pemupukan semula untuk menghayati produk-produk sastera harus dihidupkan kembali. Bagi mengembalikan sentimen menghargai idea-idea sastera, masyarakat tidak harus dididik dengan sikap membeza-bezakan semua bidang ilmu. Masyarakat harus berfikiran positif

dan bersedia menerima hakikat bahawa sastera juga menjadi input untuk membangunkan perwatakan mereka. Selama ini seolah-olah wujud suatu penyisihan dan pemisahan antara golongan seni dan sastera daripada golongan yang kononnya berperwatakan saintifik. Sebaliknya dalam situasi yang lain golongan saintifik dan sastera mampu duduk berjam-jam di sisi radio untuk menikmati lagu atau menonton drama dalam siri Samarinda. Oleh itu, benrakah sastera tidak diperlukan dalam santapan rohani manusia?

Polemik yang berpanjangan tentang kerelevanan antara subjek sastera dan sains hendaklah dihentikan serta merta. Langkah kerajaan memasukkan semula KOMSAS dalam pengajaran bahasa Melayu adalah suatu langkah praktikal agar tidak wujud lagi polemik yang sebenarya merugikan budaya bangsa itu. Dalam situasi berpolemik tanpa disedari pelbagai lagu dan filem import mencurah-curah masuk kerana menerima permintaan yang tinggi. Apakah rasional kita memomokmomokkan bahawa sastera sebagai khayal tetapi dalam masa yang sama kita kecanduan dengan pelbagai produk seni yang diimport? Inilah sikap talam dua muka dan telnunjuk lurus kelengkeng berkait yang banyak menimbulkan kesan negatif terhadap industri seni dan sastera negara.

Asas terpentng untuk mengembalikan budaya bangsa adalah dengan menghidupkan semula citra bangsa yang berakarumbikan kesenian dan kesusasteraan. Bahan-bahan sastera lama yang sudah hampir luput daripada persada dunia moden hendaklah dihidupkan kembali. Usaha-usaha untuk mementaskan semula teater klasik seperti Puteri Gunung Ledang dan Naga Tasik Chini harus mendapat sokongan semua pihak. Sungguhpun demikian, usaha seumpama itu janganlah membelakangi nilai-nilai agama yang tidak cocok dengan unsur-unsur tahyul, khurafat, dan perkara hukum. Pengaruh yang melampau daripada cerita-cerita hantu dan seram tidak akan mengubah minda dan sikap masyarakat. Sebaliknya, bentuklah insan yang berjiwa kukuh kerana buah yang elok terbit daripada tandan yang kukuh.

Kenyataan bahawa unsur-unsur klasik dan tradisi sudah tidak sealiran dengan pemikiran generasi sekarang masih boleh dipertikai. Sekiranya unsur-unsur klasik sudah terbabas jauh daripda gaya hidup masyarakat sekarang, mengapakah filem-filem klasik Cina masih mampu mengikat rating penonton yang begitu besar? Hal demikian adalah kerana kebijaksanaan produser filem Cina memanipulasikan semua tradisi dan budaya silam dengan sedikit pengubahsuaian yang sesuai dengan generasi sekarang untuk dipertontonkan semula. Hal yang sama turut berlaku kepada filem Malim Kundang dan Bawang Puteh Bawang Merah yang turut

mendapat rating penonton dalam pasaran tempatan sekarang, menagapakah dengan polemik sastera minda.

tertinggi. Akhirnya flem-filem tersebut bukan sahaja laris malah mampu dieksport ke pasaran global. Persoalan dalam kalangan masyarakat kita tidak sudah-sudah sebagai punca khayalan?Tepuklah dada bertanyakan

Lapangan kesusasteraan merupakan bidang yang terlalu luas cakupannya. Bidang tersebut bukan terhad kepada versi novel, cerpen, drama, filem, dan lagu sahaja, malahan aspek berpakaian, gaya hidup dan cara berfikir turut menerima sentuhan. Pada hari ini, akibat landaan ombak besar pengaruh Barat, kita seolah-olah lupa kepada akar asal usul budaya sendiri. Gaya hidup kebaratan mula menular dalam semua bidang sama ada keilmuan atau nilai-nilai murni. Untuk menebatkan pengaruh tersebut daripada terus menular, unsur-unsur keindahan dalam bahasa dan sastera tempatan wajarlah diberikan nafas semula. Antaranya penggunaan bahasa yang indah dan bersopan santun hendaklah dipelopori bersungguh-sungguh. Pendek kata semua unsur positif yang pernah diwarisi daripada generasi terdahulu hendaklah dipupuk dan diamalkan semula. Dalam kontek ini tentulah versi-versi sastera yang layak diketengahkan.

Ungkapan, budaya cerminan bangsa merupakan suatu asas yang meletakkan budaya dan tradisi tetap unggul untuk kita mengenali sesuatu bangsa itu. Dengan hal yang demikian, kita perlulah berpegang kuat kepada budaya sendiri. Apabila budaya sendiri diberikan nafas baru, justeru unsur-unsur sastera yang menjadi medium budaya pun akan subur semula.

NEGERI SEMBILAN

1. Remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong royong

Huraikan punca-punca berlakunya gejala ini.

Pendahuluan : Peribahasa pernah menyatakan, bagaimana rentak gendang begitulah tarinya. Berdasarkan petikan peribahasa tersebut, barangkali sangat tepat untuk kita mengasosiasikan gerak laku sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada gelombang dan trend semasa masyarakat. Menyalahkan remaja yang tidak mahu berjinak-jinak dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong adalah umpama meludah ke langit menimpa batang hidung sendiri. Memang benar remaja hari ini tidak berminat dengan aktiviti seumpama itu akibat didalangi oleh pelbagai faktor yang menjadi latar kehidupan masyarakat masa kini.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Masyarakat kini kurang mengamalkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti bergotong royong masyarakat sibuk dengan urusan sendiri situasi negatif seperti itu turut mempengaruhi sikap dan minda remaja

Isi 2 : Hubungan yang kadang-kadang agak renggang antara golongan dewasa dan remaja kedua-dua pihak lebih senang membawa haluan masing-masing remaja tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam aktiviti sosial golongan dewasa

Isi 3 : Bebanan berat yang terpaksa dipikul oleh remaja bebanan terhadap pelajaran (menyiapkan tugasan sekolah, menghadiri kelas tuisyen dan kelas tambahan) masa untuk remaja hari ini terlalu eksklusif

Isi 4 : Pengaruh permodenan dan teknologi remaja terlalu terikat dengan budaya ICT, media elektronik, dan hiburan menganggap aktiviti kemasyarakatan sebagai tidak relevan dan tidak ekonomik

Isi 5 : Kesan daripada budaya kuning remaja lebih gemar berpelisiran, bergaul bebas, kecanduan hiburan dan merempit kesan daripada runtuhnya nilai-nilai murni dalam masyarakat remaja tidak terdidik dengan kehidupan yang mementingkan sikap saling menyokong

Kesimpulan : Merujuk kepada peribahasa arus di muara dibentuk oleh alur di hulu adalah ternyata bahawa segala bentuk tingkah laku remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa mereka. Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah adalah berkait rapat dengan asuhan yang mereka terima. Kini tibalah masanya semua pihak menyedari bahawa segala yang tersasar di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. Kegiatan seperti bergotong royong hendaklah disuburkan semula dalam kalangan remaja agar mereka dapat merasai roh dan nilai insaniahnya secara tersirat.

2. Anda akan menyertai pertandingan pidato 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato yang anda pilih ialah Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja.

Sediakan teks pidato anda selengkapnya.

Kata alu-aluan : Sediakan kata alu-aluan yang sesuai dengan konteks pidato

Pendahuluan : Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan kalam pidato ini dengan versi pendefinisian. Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja boleh saya definisikan sebagai gemblengan atau usaha bersepadu masyarakat dalam setiap peringkat untuk mendepani masalah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda belia yang semakin kronik. Apabila disimpulkan kembali, jelaslah bahawa masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada setiap gerak geri remaja menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang

Isi 2 : Menjadi masyarakat yang saling bersatu padu, bekerjasama, aman dan harmoni meletakkan kepentingan komuniti sama penting dengan kepentingan peribadi

Isi 3 : Menjadi masyarakat yang bijak dan berpandangan jauh mengutamakan masa depan remaja memandu remaja ke jalan yang benar remaja sebagai pewaris generasi

Isi 4 : Mengembalikan suasana kehidupan yang sentiasa menjaga tepi kain orang sentiasa peka terhadap masalah jiran dan masyarakat umum (peribahasa cubit peha kanan peha kiri pun sakit juga)

Isi 5 : Menubuhkan badan-badan sukarela dan NGO sebagai organisasi yang menyelaraskan semua kegiatan masyarakat menjalankan aktiviti seperti pertemuan ramah mesra, gotong royong dan aktiviti ziarah

Kesimpulan : Meminjamkan kata-kata terdidik remaja sejahteralah negara justeru masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh dan bersikap sinis terhadap sebarang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat yang beku, jumud dan tidak prihatin sebenarnya telah menyediakan suatu jurang untuk menjerumuskan remaja. Masyarakat yang dinamik sentiasa berpegang kepada kata-kata, Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.

3. Pengaruh teknologi maklumat tradisional semakin dipinggirkan.

dan

komunikasi

menyebabkan

permainan

Sebagai remaja yang berwawasan, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional di Malaysia.

4. Bencana alam yang berlaku pada hari ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

Huraikan peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu negara yang terbabit dalam masalah ini.

Sampel Pendahuluan : Hukum alam merupakan fenomena yang sukar ditandingi oleh kudrat manusia. Bencana seperti ribut taufan, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, ribut salji, dan sebagainya bukanlah padan saingannya dengan tenaga manusia. Selain fenomena alam, kekacauan seperti peperangan turut membawa musibah dan kesengsaraan kepada manusia. Penderitaan akibat kemusnahan yang tidak tertanggung itu sentiasa menggamit perasaan terharu kepada insan yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan. Dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri nilai kemanusiaan sudah lama terbentuk untuk melakukan pelbagai sumbangan kepada pihak yang ditimpa musibah. Keperihatinan yang sama turut dikongsikan oleh masyarakat antarabangsa dengan menghulurkan pelbagai misi bantuan kemanusiaan.

Isi 1 : Melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang prihatin - kita hendaklah prihatin terhadap nasib malang yang ditanggung oleh insan yang lain - sumbangan yang diberikan seolah-olah kita turut berasa keperitan yang ditanggung oleh mereka - segala bantuan dan sokongan akan melahirkan semangat setia kawan dalam kalangan warga dunia

Isi 2 : Menyahut seruan daripada badan dunia iaitu PBB dan NGO internasional sebagai negara yang bergabung di bawah badan induk dunia perlu saling membantu - turut serta bersama-sama agensi dan NGO seluruh dunia memberikan bantuan - melaksanakan tugas kemanusiaan tanpa dibatasi agama, bangsa, adat, dan budaya

Isi 3 : Melahirkan perasaan bersyukur dalam kalangan rakyat Malaysia - rakyat Malaysia wajar bersyukur kerana bebas daripada malapetaka dan bencana yang besar-besar -menunjukkan bukti kesyukuran dengan membantu pihak yang memerlukan bantuan

Isi 4 : Memberikan pende