soalan bm 1 ppt t5 2014

Upload: tksegaran

Post on 05-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

SMK...

OPS SINAR 2014

1103/1BAHASA MELAYU

Kertas 1

Mei 2 jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya

buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas

peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.Bahagian A

[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan hidup berjiran. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Malaysia menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan kerana bidang tersebut memberikan pulangan yang lumayan.

Jelaskan persediaan-persediaan yang anda boleh lakukan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

2 Penggunaan media sosial seperti facebook, twitter dan instagram yang keterlaluan dalam kalangan anak-anak mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap mereka.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak-anak.

3 Isu kenaikan harga barangan dalam kehidupan harian semakin mendapat perhatian masyarakat di negara kita. Anda berminat untuk menulis rencana yang bertajuk Langkah-langkah untuk Menangani Kenaikan Harga Barangan untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis rencana anda selengkapnya.

4 Pembangunan yang tidak terancang telah menjejaskan keindahan alam semula jadi di kebanyakan negara di dunia.

Bincangkan peranan pelbagai pihak untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi di negara masing-masing.

5 Pengaruh kepimpinan melalui teladan,

Baik buruk jadikan sempadan.

Gurindam di atas menjelaskan bahawa sikap positif yang diperlihatkan oleh seseorang pemimpin itu boleh dicontohi oleh orang lain.

Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin pelajar di sekolah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pemimpin pelajar yang boleh diteladani.KERTAS SOALAN TAMATBergotong-royong melaksanakan pelbagai aktiviti

Bersama-sama menjaga keselamatan

HIDUP

BERJIRAN

Memupuk

perpaduan

Memberikan bantuan ketika kecemasan