soalan analisa data gb6323

3
SOALAN 3(a) (i) Jadual analisis statistik deskriptif adalah seperti di bawah :- 3.1 Jadual Deskriptif motivasi kerja, sikap optimis, efikasi kendiri dan kepuasan kerja Min Sisihan Piawai N Total motivasi kerja Total sikap optimis Total efikasi kendiri Total kepuasan kerja 42.84 43.11 43.48 44.09 5.96 5.85 5.64 5.39 500 500 500 500 (ii) Laporan hasil analisis Analisis statistik deskriptif telah dijalankan untuk mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah seperti dalam jadual 3.1 di atas. Analisis data statistik menunjukkan total kepuasan kerja mencatatkan nilai min = 44.09 dan sisihan piawai = 5.39. Antara ketiga-tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini, didapati total efikasi kendiri mencatatkan nilai paling tinggi (min = 43.48, s.d = 5.64) diikuti total sikap optimis (min = 43.11. s.d = 5.85). Total motivasi kerja menunjukkan nilai paling rendah (min = 42.84, s.d = 5.96). Ini menunjukkan kepuasan kerja di kalangan guru sekolah menengah banyak dipengaruhi oleh efikasi kendiri seseorang guru itu berbanding faktor sikap optimis dan motivasi kerja.

Upload: zarah-ahmad

Post on 04-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Subjek pengukuran dan penilaian master pendidikan UKM

TRANSCRIPT

SOALAN 3(a)(i) Jadual analisis statistik deskriptif adalah seperti di bawah :-

3.1 Jadual Deskriptif motivasi kerja, sikap optimis, efikasi kendiri dan kepuasan kerja

MinSisihan PiawaiN

Total motivasi kerjaTotal sikap optimisTotal efikasi kendiriTotal kepuasan kerja42.8443.1143.4844.095.965.855.645.39500500500500

(ii) Laporan hasil analisis

Analisis statistik deskriptif telah dijalankan untuk mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah seperti dalam jadual 3.1 di atas. Analisis data statistik menunjukkan total kepuasan kerja mencatatkan nilai min = 44.09 dan sisihan piawai = 5.39. Antara ketiga-tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini, didapati total efikasi kendiri mencatatkan nilai paling tinggi (min = 43.48, s.d = 5.64) diikuti total sikap optimis (min = 43.11. s.d = 5.85). Total motivasi kerja menunjukkan nilai paling rendah (min = 42.84, s.d = 5.96). Ini menunjukkan kepuasan kerja di kalangan guru sekolah menengah banyak dipengaruhi oleh efikasi kendiri seseorang guru itu berbanding faktor sikap optimis dan motivasi kerja.

Soalan 3(b)

3.2 Jadual Deskriptif Ujian-t perbandingan motivasi kerja antara lelaki dan perempuan

Jantina GuruMinSisihan PiawaiN

Total Motivasi KerjaLelaki43.696.18175

Perempuan42.375.79325

3.3 Jadual ujian-t perbezaan motivasi kerja antara guru lelaki dan guru perempuan.

Jantina GuruMinSisihan PiawaiNtSig. (p)

Total Motivasi KerjaLelaki43.696.181752.361.019

Perempuan42.375.79325

Analisis ujian-t bebas dijalankan bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi motivasi kerja antara guru lelaki dengan guru perempuan. Terdapat perbezaan signifikan antara guru lelaki (min = 43.69, s.d = 6.18) dengan guru perempuan (min = 42.37, s.d = 5.79) [t(498) = 2.361; p = 0.0190]. Namun hanya perbezaan kecil dicatatkan apabila nilai eta squared yang dicatatkan ialah 0.011. Hipotesis nol ditolak. Nilai min yang dicatatkan menunjukkan guru lelaki mempunyai motivasi kerja yang lebih tinggi dari guru perempuan namun perbezaan yang dilihat tidak begitu ketara.