soalan 8

Upload: baharuddinbidin

Post on 04-Mar-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asia timur

TRANSCRIPT

AJ20903 SEJARAH AWAL ASIA TIMURSoalan 8 : Dinasti Ming merupakan zaman kestabilan politik dan kemakmuran sosial yang membawa banyak perubahan penting dalam ketamadunan Cina. Bincangkan dari aspek pembangunan politik, perdagangan dan ekspedisi maritim.NAMANO.MATRIK

MOHAMAD HAFIZ BIN RIDUANBA12110192

Masa: 11.00-12.00 (jumaat)Pensyarah: James ongkili

Pembentukan Dinasti MingDinasti Ming diasaskan oleh Zhu Yuan Zhang yang merupakan seorang anak yatim piatu berasal daripada kawasan petani miskin di utara barat wilayah Jiangsu. Zhu hidup dalam zaman kebuluran dan penularan penyakit pada 1344 dan mula diambil sebagai anak angkat oleh rahib buddha di wilayah bandar Fengyang. Selama 3 tahun Zhu menghabiskan masanya menjadi seorang rahib pengemis di lembah Huai dan memulakan pembelajaranya sebagai rahib buddha di biara. Pada 1352, berlaku penentangan terhadap regim Yuan dan Zhu berpihak kepada puak penentang. Di bawah regim Han Liners, Zhu menjadi ketua general bagi mengetuai penentangan di wilayah Fengyang. Di bawah pimpinan Zhu, regim pemerintahan Song berjaya berada di kemuncak apabila berjaya mengetuai angkatan tentera pemberontak bagi menakluki kawasan selatan. Pada 1356, Zhu berjaya menakluki dan menubuhkan sebuah markas utama di Nanjing yang merupakan kawasan bandar strategik sekitar kawasan sungai Yang Tze dan semasa menguasai Nanjing, Zhu telah mendapat asas pengetahuan awal tentang penubuhan sebuah kerajaan. Sekitar 1360-1367, Zhu meluaskan penguasaanya terhadap wilayah timur lembah Yang Tze yang meliputi kawasan Han, Wu (timur), dan wilayah Nanjing barat. Perkara ini menjadikan Zhu mengetuai pemberontakan regim Song yang terkuat dan selepas berjaya menguasai sejumlah kawasan besar China, Zhu mengistiharkan bahawa dia ingin membebaskan China daripada kekuasaan Mongol pada 1368 dan membentuk satu empayar baru.[footnoteRef:1] [1: Kenneth Pletcher, Understanding China : The History of China, New York : Britannica Educational Publishing, 2011, hlm.191.]

Zhu kemudiannya mengasaskan Dinasti Ming yang membawa maksud bercahaya dan Zhu diberi gelaran Maharaja Hongwu kuat mempertahankan diri.Pada tahun 1368, perleluasan kuasa di bawah empayar baru telah dilakukan oleh dinasti Ming ke atas wilayah Shadong, Henan, Shanxi, dan Dadu, ini menyebabkan regim Mongols terpaksa berundur. Perleluasan kuasa secara drastic seterusnya dilakukan ke wilayah Fujian, Hunan ke kawasan Guandong, dan Guangxi di kawasan selatan. Pada 1369-1370, sub-unit pentadbiran dinasti Ming telah ditubuhkan di kawasan Shaanxi, Gansu, dan kawasan pedalaman Mongolia seterusnya penentangan terhadap regim Mongol diperluas ke kawasan Hami (1388), timur laut sungai Sungari,Songhua di Manchuria (1387), dan kawasan utara luar Mongolia hingga ke kawasan Karakorun,tasik Baikal (1387-1388).Selama 30 tahun era permulaan dinasti Ming, regim Ming berjaya menghapuskan beberapa penentangan seperti regim Xia di wilayah Sinchuan pada 1371, penentangan regim Mongol dan Aborginal di wilayah Guizhou dan Yunan pada 1381 hingga 1382.Pada akhir kekuasaan dinasti Ming, dinasti Ming berjaya membentuk sebuah empayar yang besar dengan menguasai kawasan utara wilayah Hami hingga ke kawasan pedalaman wilayah Mongolia dan utara Manchuria.[footnoteRef:2] [2: Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.192.]

Pembangunan Politik Zaman Dinasti MingSecara amnya, pentabiran semasa zaman-zaman dinasti China akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pentadbiran di peringkat tempatan dan peringkat pusat.Pada awal penubuhan dinasti Ming corak pentadbiran tradisional masih diamalkan, namun apabila keadaan pemerintahan mula menjadi stabil corak pemerintahan mula bertukar kepada pengawalan sepenuhnya.[footnoteRef:3] [3: Ibid., hlm.197. ]

Peringkat WilayahDiperingkat awal sebelum erak kestabilan Ming, pemerintahan kerajaan masih dipelopori tradisi lama iaitu jawatan yang disandang akan diturunkan secara warisan. Namun tradisi ini mula berubah di bawah pemerintahan totalitarian Ming. Pada 1397 kod undang-undang Ming telah dirangka dan diishtiharkan, perkara ini telah membantu memperkuatkan autoriti tradisional dan tangggungjawab kaum keluarga (china mementingkan hubungan sesame keluarga dan keluarga merupakan unit penting dalam kehidupan). Di bawah undang-undang baru ini, keluarga dikategorikan kepada 3 berdasarkan status warisan iaitu orang awam,tentera, dan golongan artisan. Semasa pemerintahan dinasti Ming, kawasan kejiranan di setiap wilayah mula dirombak semula dengan mengkategorikan status sosial bagi mewujudkan pengawasan dan sikap saling membantu. Dalam kalangan orang awam, mereka akan dikategorikan kepada 10 sub-keluarga (puak) dan dikumpulkan sebagai sebuah masyarakat yang meliputi 100 keluarga dan setiap kumpulan masyarakat itu akan diketuai oleh 10 orang ketua yang akan memegang jawatan sebagai ketua. Jawatan yang disandang akan dilakukan secara putaran setiap tahun.[footnoteRef:4] [4: Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.193.]

Seca keseluruhannya, sistem inin dinamakan sebagai lijia dan kemudiannya ditukar kepada baojia yang bertujuan bagi memperkuatkan,menstabilkan dan mendoktrinkan pentadbiran wilayah. Dalam pengurusan serta pentadbiran kerajaan Ming di peringkat wilayah, terdapat 3 badan utama yang akan menjadi pembantu iaitu pentadbiran am, pemantauan, kehakiman, dan hal-hal ketenteraan.[footnoteRef:5] [5: Charles O. Hucker, Harvard Journal of Asiatic Studies, Vol. 21 dalam Governmental Organization of The Ming Dynasty, Harvard : Harvard-Yenching Institute. 1958. hlm.7.]

Peringkat PusatApabila Maharaja Yong-le memindahkan Bandar utama kerajaan ke Beijing, Yong-le mengarahkan pembinaan sebuah istana yang menjadi simbolik kepada kekuasaan dan kekuatan dinasti Ming (kota larangan). Pembinaan The Forbidden City ini mengambil masa selama 14 tahun iaitu dari 1406 hingga ke 1420. Tembok batu setinggi 35 kaki telah dibina di sekeliling kota, kota ini juga dikelilingi oleh bangunan-bangunan seperti kuil, bangunan pentadbiran, dan lain-lain. Pemberian nama The Forbidden City adalah disebabkan orang luar dan asing dilarang daripada memasuki kota tersebut.[footnoteRef:6] [6: China Limits European Contacts dalam An Age of Explorations and Isolation, (artikel tanpa penulis dan penerbit)]

Pada asasnya, pentadbiran dinasti Ming diambil daripada dinasti Yuan di mana pentadbiran pusat dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pentadbiran, unit pemantauan dan hierarki ketenteraan. Walaupun pembahagian telah dibuat, namun banyak berlaku pertindihan fungsi serta kuasa ketiga-tiga hierarki cuba dikawal oleh kuasa peringkat tertinggi. Pada awal pentadbiran pusat dinasti Ming, ianya dikawal oleh kesatuan sekretariat. Ketua sekretariat berfungsi sebagai perdana menteri kepada maharaja, namun pada 1380 pengkhianatan berlaku semasa Hu Weiyong menjadi perdana menteri dan perkara ini menyebabkan maharaja Hongwu menghapuskan semua jawatan sekretariat yang berfungsi dalam menjadi penasihat raja, percukaian, istiadat, peperangan, keadilan dan pekerjaan. Perkara ini telah membawa kepada pemusatan kuasa yang terlalu tinggi.[footnoteRef:7]. Pada abad ke-15, pembentukan dan pentadbiran institusi baru mula dikoordinasi semula dalam kerajaan pusat dan wilayah. Akademi Hanlin telah ditugaskan secara terus dalam pentadbiran istana sebagai pembantu sekretariat dan mula menjadi sekretarian utama (neige) yang mempunyai hubungan secara terus dalam pengurusan kerajaan pusat.[footnoteRef:8] Pentadbiran wilayah, diletakkan di bawah kekuasaan pembesar kerajaan pusat yang dipanggil sebagai komander (zongbing guan) dan di setiap kawasan kejiranan pula diletakkan di bawah pengawalan pegawai-pegawai kerajaan pusat (zongdu).[footnoteRef:9] [7: Ibid, hlm.21-23.] [8: Wright, D.Curtis, The history of China, California : Greenwood Publishing, 2011, hlm.88.] [9: Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.199.]

Apabila populasi bertambah, pentadbiran mula dipecahkan dan agensi-agensi ditugaskan dalam pentadbiran wilayah yang mempunyai fungsi khusus. Pada zaman Ming juga, pentadbiran kerajaan Ming dipelopori oleh golongan yang bukan berketurunan bangsawan serta tidak diwarisi. Setiap jawatan yang disandang adalah melalui sistem peperiksaan yang diasaskan semasa dinasti Yuan. Pada 1450, kerajaan Ming mula meletakkan satu peraturan di mana ahli kerabat diraja tidak dibenarkan terlibat secara aktif dalam pentadbiran dan para pegawai yang berjawatan tinggi hanya dibolehkan meletakkan hanya seorang anaknya secara warisan untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran awam. (hucker)Perdagangan Dinasti Ming Pada awal pemerintahan dinasti Ming, maharaja Hongwu (1368-1398) telah mengharamkan segala aktiviti perdagangan dan hubungan luar[footnoteRef:10] yang dijalankan hanya berfokus kepada penghantaran ufti oleh negara luar.Namun, era perdagangan mula meningkat semasa era pemerintahan maharaja Yongle (1402-1424) di mana hubungan luar pada awalnya dilakukan atas dasar mencari kawasan yang berpotensi untuk dijadikan negara naungan bagi mempertingkatkan penghantaran ufti.[footnoteRef:11] Hubungan penghataran ufti yang dijalankan adalah dengan kerajaan-kerajaan asia seperti Annam, Champa, Cambodia, Siam, Cochin, San Fo-qi, Java, Japan, Ryukyu, Brunei, and Korea. Kerajaan-kerajaan awal di asia ini menghantar ufti kerana beranggapan bahawa hubungan yang baik antara kerajaan China akan membawa keuntungan terutamanya dari aspek perdagangan.[footnoteRef:12] [10: Hok-Lam Chan, The "Chinese Barbarian Officials" in the Foreign Tributary Missions to China during theMing Dynasty dalam Journal of the American Oriental Society, Vol. 88, No. 3 (Jul. - Sep., 1968), hlm. 411-418.] [11: Patricia Buckley Ebrey, The Cambridge Illustrated History of China, New York : Cambridge University Press, 1997, hlm.209.] [12: Geoff Wade, Ming China and Southeast Asia in the 15th Century: A Reappraisal, Asia Research InstituteNational University of Singapore, (Julai 2004), hlm 5.]

Hubungan perdagangan yang dijalankan oleh maharaja Yongle amat baik di mana terdapat 3 pusat perdagangan utama yang telah dibuka iaitu di Ningbo(Zhejiang) untuk pedagang dari Jepun, Quanzhou (Fujian) untuk pedagang dari Taiwan dan kepulauan Ryukyu, dan Guangzhou(Canton) untuk pedagang dari gugusan asia tenggara.Segala aktiviti perdagangan akan diuruskan oleh Shibosi (pejabat perdagangan dan perkapalan) di setiap pelabuhan.[footnoteRef:13] Hospitaliti yang diberikan kepada para pedagang adalah amat baik di mana mereka akan diberikan layanan yang istimewa seperti dibawa menghadap maharaja, dibenarkan membeli dan menjual barangan di kawasan-kawasan bandar,pelabuhan dan lain-lain. [13: Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.201.]

Dalam hubungan Perdagangan semasa era dinasti Ming, kain dan tembikar merupakan barangan dagangan yang utama. Jenis-jenis kain yang didagangkan adalah sutera, damask, baldu, satin, crepe, dan kasa. Mengikut catatan awal Sepanyol, dinasti Ming pernah membawa sebanyak 50,000 pasang sarung kaki menggunakan geliung(kapal buatan china), perkara ini menyebabkan aliran wang perak yang banyak ke China terutamanya dari lombong Peruvian,Peru dan Mexican,Mexico yang diangkut melalui Manila. Perkembangan aktiviti perdagangan ini telah membawa kepada proses migrasi yang besar oleh para pedagang China bagi mencari kawasan komersial yang baik antaranya Borneo dan Filipina. Selain itu, perkembangan perdagangan turut membawa kepada pengenalan tanaman baru sekaligus mempertingkatkan populasi di China dan membantu dalam membangunkan kawasan terbiar sebagai kawasan tanaman. Tanaman baru yang diperkenalkan antaranya adalah kentang,jagung, dan kacang.[footnoteRef:14] [14: Patricia Buckley Ebrey, Op.cit., hlm.211.]

Dasar hubungan luar yang dijalankan oleh Maharaja Yongle adalah bagi menghalang kemaraan serta penyatuan kekuasaan Mongul dan empayar Turki, menjalankan hubungan baik dengan negara-negara sekitarnya dan menjadikan China sebagai kekuasaan yang unggul.[footnoteRef:15] Selepas era pemerintahan Maharaja Yongle, era perdagangan China semakin merundum, kuasa-kuasa eropah mula maju dan bangkit terutamanya Portugis yang mula membuka penempatan awal di Melaka dan Utara India. Pada akhir pemerintahan dinasti Ming, dasar yang dijalankan oleh maharaja seterusnya agak longgar dalam hubungan luar. Perkara ini disebabkan berlaku masalah dan penglibatan dinasiti Ming dalam konflik luaran seperti perang saudara baru Nam Viet-China (1540), Penentangan terhadap puak penentang kerajaan yang melintasi sempadan Myanmar (1445-1446), dan konflik Korea-Jepun bagi membantu dinasti Choson,Yi (Korea) menentang penceroboh Jepun pada (1592-1598).[footnoteRef:16] Pada pertengahan abad ke-15 dan awal abad ke-16, dinasti Ming telah menjalankan dasar tutup pintu dengan menghalang segala aktiviti perdagangan melalui penutupan pelabuhan-pelabuhannya kecuali di Guangzhou,Canton.[footnoteRef:17] [15: Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.202.] [16: Denis Twitchett, The Cambridge History of China (Volume 8, The Ming Dynasty 1368-1644), Part 2 ), New York : Cambridge University Press, 1998, hlm.276.] [17: Kenneth Pletcher, Op. cit., hlm.203.]

Ekspedisi maritim.Ekspedisi maritim yang terunggul dalam sejarah empayar China adalah semasa era pemerintahan maharaja Yongle (14021424). Maharaja Yongle mempunyai cita-cita bagi mempertingkatkan kunggulan dinasti Ming terhadap seluruh dunia, dan perkara ini telah menyebabkan Yongle telah mengarahkan pembinaan kapal yang lebih besar berbanding kapal-kapal dinasti terdahulu yang bertujuan untuk pelayaran. Kapal istimewa kapal harta karun telah dibina oleh Yongle yang berukuran 400 kaki panjang, 160 kaki lebar, 9 tiang, 12 layar, 4 dek (cukup besar untuk membawa 2500 tan kargo) dan dilengkapi dengan berpuluh-puluh meriam kecil. Menemani kapal utama ini adalah beratus kapal kecil yang hanya membawa muatan seperti air bersih, tentera, kuda, meriam, dan sesetengahnya di isi dengan hadiah seperti kain sutera, tembikar, tea, dan lain-lain bertujuan bagi memperlihatkan keunggulan dinasti Ming terhadap tamadun dunia yang lain.[footnoteRef:18] [18: Sue Gronewald, Asian Topics in World History (The Ming Voyages) - Columbia University Seminar Paper, 2005. hlm.3.]

Ekspedisi penjelajahan maritim yang dilaksanakan secara besar besaran adalah dipelopori oleh Laksamana Zheng He (1405-1433). Zheng He merupakan seorang yang beragama islam dan lahir di wilayag Yunnan. Setelah 10 tahun ditawan oleh tentera maharaja Ming pertama, Zheng He dihantar ke kawasan bandar utama untuk menjalani latihan ketenteraan. Zheng He merupakan seorang yang sangat berbakat dan bijak, perkara ini menyebabkan maharaja Yong Le memberikan amanat kepadanya untuk menjadi ketua armada ekspedisi pelayaran ke kawasan laut barat.[footnoteRef:19] Ekspedisi maritim pertama yang dilakukan adalah pada (1405-1407) yang membawa 317 kapal dan 60 kapal besar kapal harta karun. Terdapat hampir 27,870 tentera, beribu anak kapal, ahli astronomi, pembina dan pembaiki kapal, pakar dalam hubungan diplomatik, pakar perubatan, pengkaji hubungan luar (terutamanya islam). Ekspedisi pelayaran pertama ini berhenti di Champa (pusat tengah Vietnam) dan Siam, kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke kepulauan jawa, menyelusuri selat Melaka dan seterusnya ke Cochin dan kerajaan Kalkuta di utara barat India. Semasa perjalanan pulang, Zheng He berjaya membantu menghapuskan aktiviti perlanunan di sekitar Sumatera.[footnoteRef:20] [19: Ibid,hlm.3.] [20: M.Stuart Fox, A Short History of China and Southeast Asia : Tribute, Trade, and Influence, Australia : Allen & Unwin, 2003, hlm.84. ]

Ekspedisi ke-dua pula adalah pada (1470-1409) yang membawa 68 buah kapal menuju ke Kalkuta yang bertujuan untuk menghadiri pertabalan raja Kalkuta yang baru. Zheng He telah merancang ekspedisi ini tetapi tidak sepenuhnya mengetuai armada. Pelayaran ke-tiga pula berlaku pada (1407-1409) yang membawa bersama 48 kapal besar dan 30,000 tentera yang bertujuan bagi melawati tempat-tempat yang sama semasa pelayaran pertama, namun pelayaran ketiga ini turut melawati kawasan Melaka di kepulauan Melayu dan Ceylon (Sri Langka). Pelayaran ke-empat pula berlaku pada (1413-1415) yang membawa bersama 63 buah kapal dan 28,000 tentera diketua oleh Zheng He juga untuk melawat tempat-tempat yang sama seperti pelayaran sebelumnnya, namun pelayaran ini bergerak sedikit jauh sehingga ke Hormuz dan teluk Parsi. Pegerakan ini adalah disebabkan pelayaran kali ini dapat membawa bersama penterjemah islam iaitu Ma Huan dan semasa perjalanan, Zheng He berhenti seketika di Sumatera untuk membantu Sultan menentang pemberontak dan membawa mereka balik ke Nanjing untuk hukuman mati. Pelayaran ke-lima pula adalah lawatan 7 buah negara asing terhadap kerajaan Ming sebagai balasan apabila Zheng He melawat negara mereka. Dalam pelayaran ini, Zheng He telah melakukan penerokaan yang agak jauh iaitu pertama ke kawasan Aden di hujung laut merah, dan bergerak menuju ke kawasan pantai timur Afrika, kemudiannya berhenti di beberapa tempat seperti di Mogadishu dan Brawa (Somalia), dan Malindi (Kenya). Hasil pelayaran ini telah membawa bersama utusan-utusan daripada beberapa negara asing bagi tujuan hubungan luar.[footnoteRef:21] [21: M.Stuart Fox, Op.cit., hlm.85.]

Pelayaran ke-enam pula berlaku pada (1421-1422) merupakan pelayaran terakhir dibawah pemerintahan maharaja Yongle. Ekspedisi ini membawa bersama 41 kapal yang berlayar ke kawasan yang pernah dilawati di sekitar Asia Tenggara dan India. Tujuan pelayaran ini adalah bagi menghantar semula utusan-utusan negara asing yang melawat kerajaan Ming semasa pelayaran ke-lima kembali ke negara mereka. Zheng He kembali ke China kurang daripada setahun, setelah menghantar armadanya untuk meneruskan beberapa jadual perjalanan yang berasingan, dengan beberapa kapal akan mungkin ke selatan sejauh Sofala (Mozambique). Pelayaran ke-tujuh merupakan pelayaran terakhir laksamana Zheng He (1431-1433) yang dihantar oleh pengganti maharaja Yongle iaitu maharaja Xuande. Ekspedisi ini membawa bersama lebih daripada 100 kapal besar dan hampir 27,000 tentera yang bertujuan bagi melawati kesemua pelabuhan penting di laut cina selatan, laut India, Aden serta Homuz. Pelayaran ini merupakan pelayaran yang paling jauh, apabila berjaya sampai ke Jeddah yang terletak hanya beberapa ratus batu dari kota suci Mekah dan Madinah. Semasa dalam perjalanan pulang, laksamana Zheng He mati pada 1433 dan mayatnya disemadikan di laut walaupun tugu kuburnya diletakkan di Nanjing,China.[footnoteRef:22] [22: M.Stuart Fox, Op.cit., hlm.86.]

KesimpulanKesimpulannya, dinasti Ming merupakan sebuah dinasti yang unggul dalam sejarah empayar China. Dinasti Ming berjaya membawa China ke arah keunggulan dan membuka mata segenap ketamadunan tamadun lain terhadap dinasti Ming. Aktiviti pelayaran yang dilakukan merupakan aspek penting dalam era pemerintahan dinasti Ming yang diterajui oleh maharaja Yongle atas dasar-dasar pentadbiran negara yang baik dan keterbukaan yang menyeluruh. Namun, pada pertengahan abad ke-15 dan awal abad ke-16, hubungan luar dan perkembangan aktiviti perdagangan telah menyebabkan banyak masalah sosial berlaku di mana maharaja-maharaja Ming seterusnya bnyak mengubah dasar pemerintahan dinasti Ming. Perkara ini telah memberi kesan yang cukup mendalam terhadap pentadbiran kerajaan dan aktiviti pedagangan dianggap aktiviti yang hina. Dinasti Ming mula mengalami era kejatuhan setelah berlakunya banyak penentangan dan konflik dalaman. Namun, sumbangannya terhadap hubungan luar serta era perdagangan yang pesat telah membawa dinasti Ming sebagai era yang unggul di mata para ilmuan.

RujukanSumber PrimerCharles O. Hucker.1958. Governmental Organization of The Ming Dynasty dalam Harvard Journal of Asiatic Studies, Vol. 21. Harvard : Harvard-Yenching Institute.Hok-Lam Chan.1968. The "Chinese Barbarian Officials" in the Foreign Tributary Missions to China during theMing Dynasty dalam Journal of the American Oriental Society. Vol. 88.No.3 (Jul.- Sep).

Sue Gronewald. 2005. Asian Topics in World History (The Ming Voyages) - Columbia University Seminar Paper.China Limits European Contacts dalam An Age of Explorations and Isolation, (artikel tanpa penulis dan penerbit)Geoff Wade, Ming China and Southeast Asia in the 15th Century: A Reappraisal, Asia Research Institute National University of Singapore, (Julai 2004), hlm 5.

Sumber SekunderDenis Twitchett. 1998. The Cambridge History of China (Volume 8, The Ming Dynasty 1368-1644), Part 2 ). New York : Cambridge University Press.Kenneth Pletcher. 2011. Understanding China : The History of China. New York : Britannica Educational Publishing.M.Stuart Fox. 2003. A Short History of China and Southeast Asia : Tribute, Trade, and Influence. Australia : Allen & Unwin.Patricia Buckley Ebrey. 1997. The Cambridge Illustrated History of China. New York : Cambridge University Press.Wright, D.Curtis . 2011. The history of China, California : Greenwood Publishing.BilbiografiAnthony Reid. 2000.Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies.D.C.Wright, 2011. The History of China (2nded). England : Greenwood Publication. Geoff Wade. 1998. Chinese imperial expansion during the early Ming : two examples, kertas dibentangkan semasa konvensyen sarjana kebangsaan pada 2528 June 1998.Gascoigne, Bamber. 2006. The Dynasties of China. New York : Carroll & Graff.Schneewind, Sarah. 2006. A Tale of Two Melons: Emperor and Subject in Ming China. Indianapolis : Hackett Publication.