soalan 4 keselamatan

Upload: umagul

Post on 08-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aspek keselamatan di sekolah sangat penting. setiap warga pendidik perlu mengetahui bagi keselamatan muris-muris di sekolah.

TRANSCRIPT

Pengurusan Prasekolah PRA 3103

Pengurusan Prasekolah PRA 3103 | 2015

5.0 Bincangan Kemudahan asas, Keselamatan, Keselesaan dan Keceriaan yang terdapat di Prasekolah tersebut.

5.1 kemudahan asas Kelas prasekolah yang dibina terdapat pelbagai kemudahan asas untuk membantu murid . kemudahan asas di prasekolah membantu murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ruang pembelajaran Prasekolah Pramutiara mempunyai pelbagai kemudahan kelengkapan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Selain itu di prasekolah juga mempunyai kemudahan penggunaan radio, televisyen, projector kepada murid-murid. Radio dan televisyen membantu murid mebjalankan aktiviti nyanyian, cerita dan sebagainya. Projector juga juga membantu murid untuk mendapatkan visual yang besar bagi memberi perhatian terhadap proses pembelajaran dengan aktif.

Selain itu, alat-alat tulis yang menyokong aktiviti-aktiviti seperti pensel, pensel warna, pemadam, gam, gunting, kertas warna disediakan kepada murid-murid. Tambahan pula, bahan-bahan semulajadi dapat diperoleh dari persekitaran seperti pasir, tanah liat, daun, air. Bahan-bahan ini membolehkan kanak-kanak membuat eksperimen dengannya dan membantu kanak-kanak mempelajari ciri-ciri atau kualiti bahan-bahan tersebut. Rak-rak disediakan untuk menyimpan barang peribadi seperti kotak pensel, baju, beg, buku, topi. Setiap barang kanak-kanak akan dinamakan.

5.2 keselamatan

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Keselamatan juga memberi maksud kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et al., 2006).

Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.Seharusnya usaha-usaha untuk mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak. Kemalangan yang menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta kepada kesihatan kanak-kanak.

Pelan Prasekolah pramutiara terdapat pelbagai aspek keselematan yang penting kepada murid-murid di pelbagai ruang seperti berikut. 5.2.1 Fizikal bangunan Bangunan prasekolah ini mempunyai tapak yang sesuai. Premis prasekolah tidak boleh terletak di tengah-tengah kawasan Bandar kerana kawasa yang bising adalah tidak sesuai untuk binaan bangunan prasekolah. Dengan ini Prasekolah Pramutiara tidak terletak kawasan tengah bandar. Bangunan kelas ini mempunyai 2 buah pintu yang mudah melarikan diri dengan selamat jika berlaku kecemasan seperti kabakaran. Jerjak besi mudah dibuka jika berlaku kecemasan. Selain itu laluan keluar dari semua bilik bebas daripada sebarang halangan. Tingkap bangunan adalah 1.2 meter tinggi dari paras lantai dan besi bersilang di pasang di ruang terbuka. Suiz elektrik seperti suiz lampu, kipas tinggi dari paras lantai. Dapur diasingkang dari kawasa murid melakukan aktiviti bagi menjamin keselamatan.

5.2.2 Ruang Pembelajaran

Ruang pengajaran dan pembelajaran berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa dankemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Oleh demikian ruang pembelajaran ini perlu dititik beratkan keselamatannya agar segala pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan selamat. Perkara pertama yang saya lihat dalam kelas adalah pembahagian ruang mestilah seimbang. Keluasan bilik darjah bersesuaian dengan bilangan murid iaitu antara 20-25 orang murid dalam satu bilik darjah. Aspek keruangan ini menandakan rasa lega atau kelegaan. Tadika yang baik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 9.8 meter persegi ruang untuk setiap kanak-kanak. Susun atur perabot hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid. Peralatn seperti meja, kerusi dan almari tidak rosak dan ketinggiannya bersesuaian dengan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.

Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan yang digunakan seperti krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksid. Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti lampu, kipas, plug, komputer, radio dan televisyen dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi kelas hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan dengan taman permainan.Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih. Begitu juga dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa. Suhu ruang pembelajaran hendaklah mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Ia akan mengelak dari menjangkit penyakit seperti demam, selsema, sesak nafas dan sebagainya. Keadaan peti pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan kecemasan atau kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas prasekolah di tempat yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula, pihak sekolah hendaklah membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan peralatannya mestilah sentiasa kemas dan selamat untuk digunakan.

5.2.3 Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)

Setiap peralatan yang tajam seperti pisau, garpu, guntingq perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas selesai menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti cerek dan kuali. Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang berbahaya seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan daripada kanak-kanak.Keadaan tabung gas pula mestilah berada dalam keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan ditempat yang tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran udara yang baik dan selamat.

Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya. Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan makanan dan minuman. Makanan perlu disimpan mengikut suhu yang ditetapkan untuk mencegah kuman merebak. Makanan sentiasa ditutup agar tidak dihinggapi lalat. Bahan mentah makan dibasuh sebelum digunakan untuk memasak seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan tersusun rapi. Pastikan hujung pinggan dan gelas tidak serpih semasa menggunakannya. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan. Selain itu, keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang betul.

Di ruang makan perlu menyusun kerusi dan meja bersesuaian dengan ketinggian muris-murid. Kerusi dan meja disusun dengan kemas dan tidak membahayakan kanak-kanak. Sinki untuk membasuh tangan perlu sesuai dengan ketinggian murid dan tidak tersumbat. Pastikan sabun untuk membasuh tangan bersesuaian seperti Dettol khas untuk membunuh kuman.

5.2.4Ruang Bilik Air

Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan pembasmi kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan mangkuk tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih. Begitu juga dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih. Manakala bahan seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu disediakan dengan baik.

5.2.5 Ruang Luar Kelas

Ruang permainan luar kelas Pramutiara juga dilengkapi dengan alat permainan luar seperti buaian, papan gelongsor, jongkang-jongkit, rangka gayut, pondok kayu, papan meniti, kotak permainan air dan pasir. Permukaan di sekitar dan bawah alat permainan lembut dan tahan hentakan. Menurut pandangan tokoh kanak-kanak Frost J. L (1992), faktor terpenting adalah peralatan permainan luar bangunan. Alat permainan dipasang di tanah dengan selamat, sentiasa dibaiki dan tiada bucu tajam, rosak atau mempunyai selumbar dan skru atau nat yang longgar. Ruang terbuka yang boleh memerangkap kepala kanak-kanak, jari, tangan atau kaki dielakkan. Alat mainan tiada lubang antara 4- 8 yang boleh memerangkap kepala kanak-kanak. Tempat duduk buaian diperbuat daripada bahan plastik, tiada prnjuru yang tajam dan ringan. Keselamatan peralatan dengan saiz yang sesuai; ketinggian untuk memanjat tidak boleh melebihi had jangkauan kanak-kanak. Bentuk komponen alat mainan luar tidak bengok, melengkung, patah atau permukaan yang kemik. Tempat permainan luar rata dan selamat iaitu tidak terdapat sampah, batu, kaca dan benda yang tajam. Setiap alat permainan luar berada dalam keadaan selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat atau rosak. Alat permainan tidak menggunakan cat bertoksik.

Tambahan pula, Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik Bagi ruang kaki lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak kasut atau tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Begitu juga dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini. longkang-longkang berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya mengelakkan kecederaan kanak-kanak berlaku. Kawasan luar dipagar untuk menjamin keselamatan. Pagar dipasang ditempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti haiwan liar. Selain itu selang antara lubang paagar mestilah kecil supaya kepala kanak-kanak tidak boleh memasuki. Selain itu juga terdapat pokok - pokokbunga di taman ini. Pokok-pokok yang ditanam ini tidak berduri dan beracun.

5.2.6 Alat mainan Kelas prasekolah ini menggelak untuk menggunakan alat-alat mainan yang mempunyai sisi dan hujung yang tajam, komponen kecil yang kuat dan boleh bergerak. Alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan membahayakan keselematan kanak-kanak. Saiz alat mainan kecil sekurang-kurangnya 1 untuk menghindar dari tertelan, tersumbat pada hidung, telinga atau saluran pernafasan. Selain itu, tali pada alat mainan jenis pull toy tidak melebihi 12 inchi bagi mengelakkan tercekik pada leher kanak-kanak. Alat permainan juga dibersih sekurang-kurangnya satu kali sehari bagi mengelakkan habuk pada tersebut.

5.3 keselesaan

Dari segi aspek keselesaan Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu mempunyai ciri-ciri berikut. Iaitu ruang pembelajaran perlu selesa dengan mempunyai keluasan yang bersesuaian, pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Ciri kedua adalah mudah alih bermaksud ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.Peralatan boleh ditambah mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Ruang dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.4 keceriaan Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana sekolah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Persekitaran yang ceria dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah setiap hari. Mereka berasa seronok ketika berada dalam kawasan sekolah. Dinding prasekolah dicat dengan kemas dengan warna yang terang. Mural pada dinding dalam dan luar bangunan prasekolah ini ditempatkan di tempat yang strategik menjadikan wajah sekolah bertambah cantik dan menarik. Ia ibarat bangunan yang disaluti dengan pakaian yang cantik dan menarik. Tingkap ruang prasekolah perlu dilangsir dengan kain yang bersih dan terang. Kelas yang ceria serta bersih dapat merangsang minda pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif. Maklumat-maklumat yang ditampal pada papan kenyataan harus menarik dan diselenggara supaya dikemas kini. Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik, berlabel dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa. Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

Di luar prasekolah juga ceria dengan adanya kolam ikan, mini zoo bagi menarik perhatian murid. Ia juga akan membantu murid-murid mendapatkan pengalaman sebenar semasa belajar tentang haiwan dalam tema alam hidupan. Selain itu, kawasan luar prasekolah juga mempunyai landskap yang cantik dengan pokok bunga yang berwarna-warni. Ia akan membantu untuk mendapatkan pengudaraan yang baik kepada murid.

Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

6.0 Refleksi Saya Umarani a/p Mohan 900529-10-6256 dengan jayanya menyempurnakan tugasan ini. Pengurusan prasekolah ini telah membuka minda saya serta memberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan baharu untuk saya dalam proses pengurusan kelas Prasekolah. Ketika dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, saya menghadapai pelbagai rintangan dan masalah. Antara masalahnya saya kabur dan kurang pasti dengan kriteria penubuhan prasekolah. Tambahan pula, saya kurang faham dengan justifikasi melakar pelan dalam dan luar prasekolah. Keadaan ini telah memberi tekanan kepada saya. Walau bagaimanapun saya cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan keterangan. Namun sebegitu, masalah-masalah ini dapat diselesaikan setelah mendapat bimbingan daripada Pn. Fauziah Hussain. Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai kehendak tugasan ini. Setelah menerima penjelasan daripadanya, saya mendapat input dan idea untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga meneliti dan membaca beberapa contoh lakaran pelan prasekolah dalam bentuk softcopy dan hardcopy untuk menjadikan panduan serta membuat perbincangan bersama rakan-rakan seperjuangan saya untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dengan jayanya saya telah menyediakan tugasan ini dengan panduan dan bantuan dari puan pensyarah serta rakan-rakan.

Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengetahui tentang Penubuhan ddan Pengurusan Prasekolah dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui cara dan kriteria yang sebenar yang perlu ada untuk menubuhkan pusat prasekolah. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap kriteria penubuhan prasekolah dan perlaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak semakin jelas difahami.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tugas-tugas seorang guru prasekolah setelah menyiapkan tugasan ini. Seorang guru prasekolah perlu mempunyai kemahiran untuk menjalankan rutin harian seperti perancangan aktiviti harian, membina bahan bantu mengajar, melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan sesuai, penilaian mengemaskini fail murid dan sebagainya.

Selain itu, semasa membuat tugasan membuat lakaraan pelan dalam dan luaran prasekolah membantu saya untuk mempelajari pengaturan ruang di prasekolah di tempat yang sesuai. Saya juga mengalami kesukaran untuk mencari gambar yang sesuai untuk melakar ruangnya dengan sesuai. Saya melakar pelan ini dalam Microsoft Excel. Tugasan membantu saya untuk meningkat kemahiran saya dalam penggunaan teknologi. Semasa membuat lakaran ini saya juga mengalami kesukaran untuk menentukan luas bagi sesuatu ruang bagi mengelakkan kepadatan dan kesempitan. Bagi mengatasi masalah ini, saya merujuk beberapa contoh pelan sebagai rujukan. Saya juga mendapatkan bantuan daripada suami saya kerana beliau mempunyai kepakaran dalam pengunaan Excel.

Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai Penubuhan dan Pengurusan Prasekolah untuk kegunaan dan pengetahuan saya. Selain mendalami tentang pengurusan dan penubuhan prasekolah, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritis, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai prasekolah. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berkerjasama menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan masa dalam usaha menyempurnakan tugasan ini. Justeru, Bagi saya untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.

Sekian Terima Kasih.

7.0 Rujukan

1. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,(2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd

2. Azizah Lebai Nordin Zainun Ishak, (2005).Pendidikan Prasekolah untuk Guru.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

3. Zainun Ishak. 2006. Panduan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Kuala Lumpur. Utusan publication & Distributors Sdn. Bhd

4. Rohaty Mohd.Majzub & Abu Bakar Nordin.(1989), pendidikan Prasekolah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd.

5. Baharudin Omar (1992), Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.