soalan 3

2
REFLEKSI NAMA : NO. I/C : Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan dengan ujian sumatif serta pemulihan dan pengayaan. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta ilmiah kepada saya yang merupakan seorang guru. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya telah mempelajari makna yang paling tepat dan maklumat-maklumat yang baru masalah dan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, saya menyedari bahawa terdapat banyak kelemahan yang ada pada saya. Masih terlalu banyak yang saya perlu pelajari untuk memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Berdasarkan perkara ini, sebagai seorang guru, saya perlu menjadi seorang guru yang peka terhadap maklumat-maklumat dan perkara-perkara baru. Ini memandangkan, dengan cara mengambil berat terhadap perkara yang berlaku di sekeliling, saya dapat menambahkan pengetahuan dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Tugasan ini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih bertolak ansur dan sentiasa bekerjasama terhadap rakan-rakan. Sebagai contoh, sekiranya saya memerlukan maklumat tentang tugasan yang diberikan, saya memohon pertolongan rakan-rakan untuk membantu. Seterusnya, menerusi tugasan ini juga, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara lain seperti masalah disiplin di kalangan pelajar dan masalah

Upload: noriyanie

Post on 18-Feb-2016

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan 3

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 3

REFLEKSI

NAMA :

NO. I/C :

Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan

maklumat baru berkaitan dengan ujian sumatif serta pemulihan dan pengayaan.

Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta ilmiah kepada

saya yang merupakan seorang guru. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya

telah mempelajari makna yang paling tepat dan maklumat-maklumat yang baru

masalah dan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, saya menyedari bahawa

terdapat banyak kelemahan yang ada pada saya. Masih terlalu banyak yang saya

perlu pelajari untuk memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Berdasarkan

perkara ini, sebagai seorang guru, saya perlu menjadi seorang guru yang peka

terhadap maklumat-maklumat dan perkara-perkara baru. Ini memandangkan,

dengan cara mengambil berat terhadap perkara yang berlaku di sekeliling, saya

dapat menambahkan pengetahuan dan tidak menjadi seperti katak di bawah

tempurung.

Tugasan ini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih bertolak ansur dan

sentiasa bekerjasama terhadap rakan-rakan. Sebagai contoh, sekiranya saya

memerlukan maklumat tentang tugasan yang diberikan, saya memohon pertolongan

rakan-rakan untuk membantu.

Seterusnya, menerusi tugasan ini juga, saya dapat mengetahui dengan lebih

mendalam tentang perkara-perkara lain seperti masalah disiplin di kalangan pelajar

dan masalah tingkah laku kanak-kanak. Ini kerana semasa mencari maklumat

tentang tugasan yang diberikan, saya juga telah terbaca nota tentang maklumat-

maklumat tajuk-tajuk lain.

Dengan tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan

pembelajaran saya di institut ini untuk menuntut lebih banyak perkara agar saya lebih

bersedia di alam kerjaya kelak. Saya juga mempunyai lebih banyak pengetahuan

untuk saya gunakan semasa mengajar nanti.