soalan 3 (1) dahagi

32
PENGENALAN Pada sekitar abad ke 19 merupakan satu detik yang amat penting bagi sebuah negara yang terletak di Selatan Asia Tenggara. Hal ini kerana pada abad tersebut telah berlakunya satu kebangkitan rakyat di India yang dikenali sebagai Dahagi 1857. Dahagi merupakan suatu bentuk penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari sudut kes di India, dahagi dilihat sebagai suatu bentuk rusuhan tentera sepoi menentang pemerintahan British di India. Namun, dahagi bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing kerana dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala sebahagian penduduk tetap tidak terlibat berdasarkan kenyataan British yang tidak mahu mengakui bahawa masyarakat India sudahmempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang dapat dibuat berdasarkan peristiwadahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi 1857 sering dinyatakan hanya sebagai satu pemberontakan tentera sepoi yang tidak puas hati terhadap layanan yang mereka terima daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap sebagai perang kemerdekaan pertama dan ketiga peristiwa itu dikatakan sebagai peperangan jihad oleh 1

Upload: balqis-comel

Post on 01-Jan-2016

289 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

dahagi

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 3 (1) dahagi

PENGENALAN

Pada sekitar abad ke 19 merupakan satu detik yang amat penting bagi sebuah negara yang

terletak di Selatan Asia Tenggara. Hal ini kerana pada abad tersebut telah berlakunya satu

kebangkitan rakyat di India yang dikenali sebagai Dahagi 1857. Dahagi merupakan suatu bentuk

penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari sudut kes di India, dahagi dilihat sebagai

suatu bentuk rusuhan tentera sepoi menentang pemerintahan British di India. Namun, dahagi

bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing kerana dahagi

berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala

sebahagian penduduk tetap tidak terlibat berdasarkan kenyataan British yang tidak mahu

mengakui bahawa masyarakat India sudahmempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang

dapat dibuat berdasarkan peristiwadahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi 1857 sering

dinyatakan hanya sebagai satu pemberontakan tentera sepoi yang tidak puas hati terhadap

layanan yang mereka terima daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap

sebagai perang kemerdekaan pertama dan ketiga peristiwa itu dikatakan sebagai peperangan

jihad oleh orang Islam terhadap pihak British.1 Peristiwa Dahagi 1857 ini merupakan satu titik

pemisah dalam sejarah India sama ada pengakhiran ataupun permulaan sesuatu zaman baru.

Kenyataan ini disokong sesetengah penulis mengangap peristiwa ini sebagai "api terakhir zaman

lampau" kerana peristiwa Dahagi 1857 merupakan percubaan terakhir oleh golongan feudal India

bagi mengembalikan zaman kegemilangan mereka.2 Malah sesetengah penulis juga berangapan

bahawa rentetan peristiwa yang berlaku merupakan sebahagian daripada rentetan peristiwa awal

terjadinya nasionalisme di India.

1 Mohd Dali, Azharudin, Tamadun India, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 284.2 Neil Ryan, Pemberontakan Tahun 1857, India: Nasionalisme dan Kemerdekaan, 1978, hlm. 1. 

1

Page 2: soalan 3 (1) dahagi

Peristiwa Dahagi 1857 ini telah tercetus selama lebih kurang setahun iaitu bermula dari

10 Mei 1857 sehingga 18 Jun 1986. Kejadian ini bukan sahaja telah banyak mengorbankan

banyak nyawa kedua-dua belah pihak malah pada ketika itu jugalah munculnya banyak tokoh

berpengaruh di India yang telah membawa kepada tercetusnya kebangkitan Dahagi. Antara tokoh

yang muncul dalam peristiwa Dahagi ini ialah Nana Saheb, Begum Hazrat Mahal, Kunwar

Singh(Tuan Tanah), Tantia Topi dan Rani Lakshibai. Bukan itu saja, kebangkitan Dahagi ini

juga berlaku di tiga penjuru utama India iaitu di sebelah Utara, Tengah dan Barat India yang

merangkumi kawasan seperti Delhi, Agra, Gwalior, Orchha, Kanpur serta Lucknow. Terdapat

beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya peristiwa Dahagi yang mana boleh

dipecahkan kepada empat aspek iaitu politik, agama, sosial dan ekonomi serta ketenteraan.

Pertamannya pengambil alihan qaudh dan campur tangan dalam agama serta adat kebiasaan

ketenteraan Benggala.3 Malah British telah menjalankan Proses pembaratan seperti penghapusan

amalan Sutte. Bukan itu saja penganut-penganut agama di India terutamanya yang beragama

Hindu dan Islam berasa tergugat kerana penyebaran agama Kristian yang akan menggugat

kedudukan kasta mereka.4 Faktor terakhir berlakunya Dahagi ialah dasar perluasan kuasa dan

kawasan oleh Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1849 seperti mana berlaku di wilayah

Punjab dan Kashmir.

Dahagi India telah bermula pada 10 Mei 1857. Sepoi yang berpangkalan di Meerutdan

Ambata telah menyerang kawasan penjara dan membebaskan orang tahanan.5 Sepoi-sepoi juga

enggan menggunakan peluru dan telah dihukum penjara. Dua orang sepoi rejimen telah

membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa pegawai Inggeris dan kediaman mereka juga

3 Rc Majumdar, Causes of The Revolt, An Advanced History Of India, India: Mc Mcmullin, 1996, hlm. 765. 4 Neil Ryan, Pemberontakan Tahun 1857, 1978, hlm. 3. 5 Mohd Dali, Azharudin, Tamadun India, 2004, hlm. 284.

2

Page 3: soalan 3 (1) dahagi

telah dibakar oleh tentera sipahi atau supai atau sepoy yang berpengkalan di Meerut. 6 Pada hari

berikutnya, mereka telah bergerak menyeberangi Jamuna, membakar tol dan menduduki Delhi.

Seterusnya mereka telah mengangkat Sultan Monghul, Bahadur Shah II sebagai pemimpin

mereka dan mengisytiharkannya sebagai Raja Hindustani. Dalam usaha penawanan Delhi,

tentera Sipahi ini telah berjaya membunuh beberapa orang pegawai British termasuklah Ejen

Politik iaitu Simon Fraser. Malah mereka juga melakukan kerosakan di sekitar bandar Delhi dan

telah mengisytiharkan bahawa pihak British sebenarnya telah menggugat kedudukan agama

Islam dengan memaksa penduduk memeluk agama Kristian.7 Kebangkitan Meerut dan

penawanan Delhi telah mencetuskan beberapa kebangkitan di India terutamanya sekitar kawasan

Utara, tengah dan Barat India yang akhirnya merebak ke beberapa negeri utama seperti Kanpur,

Beneras, Lucknow, Bareilly, Allahabad, Jhansi dan Jagdhispur. Kebangkitan di Kanpur dipimpin

oleh Nana Saheb yang juga pemimpin Dahagi.8

Pada 02 Jun 1857, tentera Nana Saheb berjaya mengepung dan akhirnya memaksa British

menyerah diri pada 27 Jun 1857. Namun, semua orang British termasuk kanak-kanak dan wanita

akhirnya dibunuh oleh pasukan Nana Saheb walaupun pada mulanya Nana Saheb berjanji untuk

tidak mengapa-apakan mereka untuk pulang ke Allahabad. Hanya empat orang sahaja daripada

jumlah mereka yang terselamat. Pasukan British juga telah sampai di bawah pimpinan kolonel

Neil dan Jeneral Havelock tetapi hanya sampai selepas peristiwa pembunuhan tersebut.9 Selain

itu, kebangkitan di Lucknow juga berlaku pada 30 Mei 1857 di bawah pimpinan Begum Hazrat

Mahal menyebabkan seorang pegawai British iaitu Sir Henry Lawrence terbunuh. Walau

bagaimanapun, Lucknow hanya berjaya ditawan semula oleh British pada 21 Mei 1858 setelah

6 Ibid.7 Bipan Chandra, India struggle for independence 1857-1947, New York: Penguin Books, 1989, hlm. 31.8 Journal of Asian History, Wiesbaden: O. Harrassowitz, hlm. 140. 9 David Hutchinson, Annal of Indian Rebellion, London: Sanders, Canes And Company, 1974, hlm. 18.

3

Page 4: soalan 3 (1) dahagi

hampir setahun mencuba dengan bantuan daripada pasukan Sir Collin Campbell dan Pasukan

Guekha di bawah pimpinan Jang Bahadur. Bahkan di kawasan lain seperti Bareilly, Rohilkhand

dan Bihar.

Seterusnya, pihak British juga berjaya menawan Bihar, Allahabad, Beneras dan Delhi

pada 20 September 1857. Namun demikian, pihak Dahagi berjaya merampas semula Delhi pada

2 November 1857. Akhirnya, pada 6 Disember British berjaya kembali menawan semula Delhi

seterusnya Kanpur oleh Pasukan Sir Collin Campbell. Manakala di India tengah, kebangkitatan

dipimpin oleh Tantia Topi yang juga merupakan seorang maratha brahma.10 Tantia Topi telah

menyerang Gwalior dengan kekuatan tentera seramai 20 000 orang. Manakala Nana Saheb pula

berjaya menawan Peshawar. Sebagai tindak balas pihak British, mereka telah menghantar Sir

Hugh Ross pada Mac 1858 untuk menyerang Jhansi dan menawannya pada April 1868 juga

Betwa(Tantia Topi). Walaupun Tantia Topi dan Rani Lakshibai telah bergabung dan mara ke

Gwalior. Namun mereka telah dikalahkan pada 17 Jun 1858 yang mana telah menyebabkan Rani

Lakshibai terbunuh. Manakala Tantia Topi telah ditawan dan Nana Saheb melarikan diri ke

Nepal. Pada 8 Jun 1858, kebangkitan Dahagi berjaya dihapuskan.11

KEPENTINGAN DAHAGI 1857 DALAM PERKEMBANGAN POLITIK INDIA

Dahagi 1857 merupakan salah satu daripada peristiwa yang penting dalam lipatan sejarah

India pada abad ke-19. Perbincangan berkaitan dengan peristiwa ini sering menimbulkan dua

perspektif yang berbeza dalam kalangan sejarawan. Sejarawan yang bersifat eurosentrik akan

10 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000, hlm. 279.11 Journal of Asian History, Hanassowitz: Verlag, Germany. hlm. 149. 

4

Page 5: soalan 3 (1) dahagi

menggelar peristiwa ini sebagai ‘The Mutiny,’12 ‘ The Sepoy Mutiny’,13 ‘The Great Sepoy

Mutiny’14 ataupun ‘Muslim Conspiracy’15 manakala sejarawan India pula menganggap peristiwa

ini sebagai ‘The Great Rebellion of 1857’.16 Perbezaan pendapat oleh sejarawan India terhadap

Dahagi 1857 adalah disebabkan oleh kepentingan peristiwa ini dalam perkembangan politik

India.

Peristiwa Dahagi 1857 amat penting dalam perkembangan politik India kerana peristiwa

ini dianggap sebagai ‘The First War of Indian Independence’.17 Dahagi 1857 ini dianggap

sebagai ‘The First War of Indian Independence’ kerana buat pertama kalinya dalam sejarah

pemerintahan British di India, masyarakat India dari pelbagai latar belakang di beberapa buah

kawasan bangkit hampir serentak menentang kuasa kolonial tersebut. Penentangan masyarakat

India pada 10 Mei 1857 ini bukan saja dilakukan oleh golongan tentera Sepoi tetapi juga

daripada golongan bangsawan India yang dibuang dari wilayahnya, tuan-tuan tanah yang ingin

melepaskan diri daripada pengawasan British dan juga para pendakwah Islam.18 Penentangan ini

juga turut disertai oleh golongan masyarakat awam ataupun adivasi. Contohnya, golongan

adivasi di Chotanagpur juga turut terlibat dalam penentangan tentera Sepoi terhadap British.19

Dahagi 1857 bukan saja melibatkan pelbagai golongan dalam masyarakat tetapi juga meliputi

bahagian utara dan Selatan India. Di bahagian utara, penentangan terhadap British berlaku di

12 Sir Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 515. 13 Sir Lyall, A. C., “From The Close Of The Seventeenth Century To The Present Time”, Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.), History Of India. (Vol. Ke-3), London: The Grolier Society, 1907, hlm. 450.14 Callahan, R., “The Great Sepoy Mutiny”, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, London: Praeger Security International, 2007, hlm. 16.15 Pati, B., “ Introduction: The Great Rebellion of 1857”, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 1. 16 Ibid. 17 Ibid, hlm. 3. 18 Callahan, R., “The Great Sepoy Mutiny”, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, 2007, hlm. 17.19 Sinha, S. S., “1857 And The Adivasis Of Chotanagpur”, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 16.

5

Page 6: soalan 3 (1) dahagi

Meerut, Ambata, Lahore, Cawnpore, Allahabad dan Lucknow.20 Di bahagian Selatan pula,

penentangan terhadap British berlaku di Madras, Chingleput, Coimbatore, Chittoor, Vellore dan

Salem.21 Perjuangan nasionalisme dalam Dahagi 1857 sememangnya sangat kabur dan mungkin

lebih mudah jika dikatakan bahawa perjuangan pada 1857 itu tidak mempunyai unsur

nasionalisme. Namun begitu, jika di pertimbangkan fakta-fakta di atas, adalah tidak salah untuk

menganggap Dahagi 1857 sebagai ‘The First War of Indian Independence’ kerana penentangan

tersebut dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat India serta meliputi bahagian utara dan

selatan India – dalam erti kata lain mewakili seluruh India. Hal ini juga bermaksud sudah wujud

sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat India pada ketika itu yang akhirnya membawa

kepada perjuangan secara besar-besaran menentang British – Dahagi 1857. Oleh itu, Dahagi

1857 mempunyai kepentingan dalam perkembangan politik India kerana ia dianggap sebagai

‘The First War of Indian Independence’.

Selain itu, Dahagi 1857 penting dalam perkembangan politik India kerana ia juga

dianggap sebagai gerakan anti-British. Hal ini dianggap sebagai gerakan anti-British kerana

tujuan utama penentangan ini ialah untuk menentang pemerintahan British pada ketika itu di

India. Harus difahami bahawa pemerintahan British di India telah membawa kepada pelbagai

perubahan dalam keseluruhan aspek kehidupan masyarakat India sebelum tahun 1857 sehingga

merosakkan sistem sosial tradisional masyarakat India. Perubahan-perubahan ini akhirnya

membawa kepada suatu tahap yang menyebabkan timbul perasaan marah, kecewa dan tidak puas

hati dalam kalangan masyarakat India terhadap pemerintahan British. Keadaan yang benar-benar

mengambarkan Dahagi 1857 sebagai gerakan anti-British ialah peristwa ‘The Cawnpore

20 Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2004, hlm. 284.21 Basu, R. S., “Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion”, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge, 2010, hlm. 166. 

6

Page 7: soalan 3 (1) dahagi

Massacre’ yang berlaku pada 27 Jun 1857.22 Dalam peristiwa ini, golongan penentang yang

mengikuti gerakan Dahagi tidak memberikan belas kasihan kepada tawanan berbangsa Eropah

yang menyerah kalah dengan syarat dibenarkan untuk melarikan diri ke Allahabad. Mereka yang

telah menaiki bot ditembak dan selebihnya – wanita dan kanak-kanak – dibawa ke Bibighur.23

Pada 15 Julai 1857, tawanan yang berada di Bibighur ini dikerat kepada beberapa

bahagian dan dibuang ke dalam perigi.24 Melihat kepada tindakan golongan penentang yang

bertindak kejam di Cawnpore ketika berlakunya peristiwa ini, dapat dikatakan kekejaman yang

dilakukan itu menunjukkan betapa mereka begitu bersikap anti-British. Selain daripada

masyarakat Eropah, golongan pejuang dalam gerakan Dahagi juga menjadikan pegawai-pegawai

British sebagai musuh utama mereka. Contohnya, pembunuhan Doktor Moore – berkhidmat

dengan tentera British di Madras – sewaktu beliau dalam perjalanan untuk merawat tentera

British yang tercedera di Sambalpur.25 Namun begitu, golongan ini bukan saja menumpukan

perhatian mereka kepada masyarakat Eropah di India tetapi juga kepada golongan yang dianggap

sebagai agen kepada perubahan yang dilakukan oleh pihak British di India seperti golongan

pedagang dan peminjam wang (moneylenders).26 Melihat kepada golongan yang diserang oleh

golongan yang terlibat dalam gerakan Dahagi ini, dapatlah dikatakan bahawa gerakan ini bersifat

anti-British dan tujuan mereka sememangnya untuk menghapuskan sebarang sistem British di

India. Oleh itu, Dahagi 1857 penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini

merupakan ‘luahan hati’ masyarakat India terhadap pemerintahan British.

22 English, B., The Kanpur Massacres In India In The Revolt Of 1857, Oxford Journals, no. 142, 169-178, 1994, Diperoleh dari http://www.jstor.org/stable/651200, hlm. 169. 23 Ibid. 24 Ibid. 25 Pati, B., “Beyond Colonial Mapping: Common People, Fuzzy Boundaries And The Rebellion Of 1857”, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 52. 26 Pati, B., “ Introduction: The Great Rebellion of 1857”, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In

India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, 2010, hlm. 4.

7

Page 8: soalan 3 (1) dahagi

Dahagi 1857 juga penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini telah

melahirkan golongan pemimpin yang berani untuk bangkit menentang British. Gerakan Dahagi

ini bukan saja memberikan inspirasi kepada masyarakat India untuk menentang British tetapi

membawa kepada kelahiran pemimpin-pemimpin yang berkaliber seperti Permaisuri Lakshmi

Bai dari Jhansi, Tantia Topi dan Nana Sahib. Permaisuri Lakshmi Bai merupakan antara

pemimpin yang dianggap mempunyai kepimpinan yang hebat terutamanya dalam peperangan.27

Malah, Permaisuri Lakshmi Bai dianggap sebagai Joan Of Arc versi India kerana mengetuai

angkatan tenteranya sendiri menentang British.28 Tantia Topi ataupun nama sebenarnya iaitu

Ramchandra Pandurahga juga merupakan pemimpin yang disifatkan mempunyai kemahiran

kepimpinan yang tinggi dan mahir dalam menyusun strategi peperangan.29 Beliau merupakan

rakan sekutu Permaisuri Lakshmi Bai dalam menentang British.30 Nana Sahib merupakan

pemimpin yang mengetuai penentangan melawan British di Cawnpore dan Sir Henry Lawrence

di Lucknow pada 1 Julai 1857.31

Sungguhpun, ketiga-tiga pemimpin ini merupakan pemimpin-pemimpin yang hebat,

penamat penentangan mereka berakhir dengan keadaan yang tragis. Tantia Topi akhirnya telah

ditawan oleh British dalam pertempuran di Betwa manakala Permaisuri Lakshmi Bai pula

terbunuh dalam pertempuran.32 Nana Sahib pula menghilangkan diri.33 Walaupun pengakhiran

pemimpin-pemimpin ini sangat tragis, namun begitu, mereka merupakan sumber inspirasi

kepada masyarakat India. Permaisuri Lakshmi Bai sehingga ke hari ini masih menjadi inspirasi

27 Panikkar, K. M,, India Through The Ages, Delhi: Discovery Publising House, 1985, hlm. 254-255. 28 Kulke, H. & Rothermund, D., A History Of India. (Ed. Ke-4), New York: Routledge, 2004, hlm. 258. 29 Callahan, R., “The Great Sepoy Mutiny”, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, 2007,hlm.28. 30 Panikkar, K. M,, India Through The Ages, Delhi: Discovery Publising House, 1985, hlm. 255.31 Sir Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 515. 32 Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, 2004, hlm. 284-285. 33 Ibid, hlm. 285. 

8

Page 9: soalan 3 (1) dahagi

kepada masyarakat India kerana kehebatannya dan keberaniannya - sebagai seorang wanita -

dalam mengetuai tenteranya menentang British. Oleh itu, dapatlah juga dikatakan bahawa

Dahagi 1857 penting dalam perkembangan politik India kerana telah melahirkan golongan

pemimpin yang hebat dan diakui oleh British.

Kepentingan Dahagi 1857 dalam politik India dapat dilihat melalui keinginan untuk

kembali kepada pemerintahan asal masyarakat India, iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan

Mughal di India. Keinginan ini dapat dilihat melalui pelantikan semula Bahadur Syah sebagai

pemerintah India sebaik sahaja golongan yang menyertai gerakan Dahagi menguasai Delhi.34

Malah, anak-anak Bahadur Syah iaitu Mirza Abu Bakar, Mirza Madhu dan Mirza Khir Sultan

pula dilantik sebagai pemimpin-pemimpin penting dalam kabinet yang baru dibentuk ketika itu.35

Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa pelantikan semula Bahadur Syah dan anak-anaknya

dalam sistem pentadbiran India merupakan simbolik kepada keinginan masyarakat India untuk

mengembalikan sistem pemerintahan tradisional India seperti dahulu kala. Oleh itu, dapatlah

dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam politik India kerana wujudnya keinginan

masyarakat India pada ketika itu untuk memulihkan semula sistem pemerintahan tradisional di

India.

Dahagi 1857 sememangnya penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini

merupakan satu simbolik kepada keinginan masyarakat India itu sendiri. Perjuangan yang

dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ketika itu dan pelantikan semula Bahadur Syah sebagai

pemerintah India mencerminkan keinginan masyarakat pada ketika itu untuk memulihkan semula

sistem pemerintahan asal yang bercorak tradisional. Gerakan yang dilakukan seperti menyerang

rumah pegawai British dan golongan yang mendapat keuntungan melalui sistem yang dijalankan

34 Ibid, hlm. 284.35 Ibid.

9

Page 10: soalan 3 (1) dahagi

oleh British pula menggambarkan perasaan anti-British yang timbul akibat daripada tekanan

yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam pemerintahan yang dijalankan oleh British di India.

Gerakan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat serta meliputi bahagian utara dan selatan

India pula membawa kepada penyataan ‘The First War of Indian Independence’ iaitu suatu

cerminan kepada keinginan masyarakat India untuk melepaskan diri daripada cengkaman

pemerintahan British.

FAKTOR KEGAGALAN DAHAGI 1857

Peristiwa dahagi dilihat sebagai satu langkah kebangsaan yang dilakukan oleh orang

India bagi menggulingkan pihak British pada tahun 1857. Penentangan ini telah memberi kesan

yang mendalam terhadap sejarah India. Walau bagaimanapun, peristiwa dahagi ini berakhir

dengan kegagalan sehingga menyebabkan India telah jatuh ke tangan pihak British dan

sekutunya.36 Kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor dan antara faktor tersebut adalah

disebabkan tiada perpaduan dalam kalangan pemimpin itu sendiri dalam memperjuangkan

dahagi 1857 ini.37 Selain itu, peristiwa dahagi 1857 ini juga tidak mendapat sokongan daripada

penduduk India sendiri terutama bagi penduduk yang tinggal di luar Bandar.38

Hanya di beberapa kawasan sahaja yang menunjukkan sokongan serta semangat

patriotisme terhadap negara mereka. Sebagai contohnya di kawasan Oudh sahaja yang

menunjukkan penentangan serta kesetiaan dengan menggulingkan Nawab.39 Masalah perpaduan

ini menjadi semakin rumit apabila pemimpin bersikap menyendiri dan tidak berpuas hati

terhadap pemberontakan ini. Malahan terdapat sebilangan pemimpin membantu pihak British

36 Gregory Fermont Barnes., Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58, Great Britain: Osprey Publishing, 2007, hlm. 77. 37 Ibid. hlm. 86. 38 Ibid. 39 Ibid. 

10

Page 11: soalan 3 (1) dahagi

bagi menyekat pemberontakan dahagi tersebut.40 Antara pemimpin yang bertindak membantu

pihak British ialah Raja Nahar Singh, Nawab Abdur Rahman Khan dan Rao Tula Ram.41 Walau

bagaimanapun, British melihat pemimpin-pemimpin ini sama seperti pemberontak yang lain dan

akhirnya membunuh pemimpin tersebut dengan menggantung mereka.42

Kegagalan dahagi turut melibatkan kelemahan pemimpin yang ada.43 Hal ini terbukti

apabila perjuangan yang dianggap sebagai langkah kebangsaan ini lebih bercorak kepada

perjuangan agama dan tidak dirangsang oleh pergerakan politik.44 Pemimpin-pemimpin yang ada

tidak mempunyai strategi atau sebarang perancangan dalam mencetuskan dahagi ini. Selain itu,

kelemahan pemimpin ini dapat dibuktikan melalui kepimpinan Raja Delhi.45 Kelemahan yang

dapat dilihat apabila raja ini tidak bersungguh-sungguh dalam menentang pihak British walaupun

pada hakikatnya perjuangan dahagi ini adalah untuk menunjukkan penentangan terhadap dasar-

dasar yang diperkenalkan oleh British.46

Kegagalan dalam mengatur strategi serta kemampuan pemimpin dalam menerajui

perjuangan dahagi ini juga telah melemahkan lagi perjuangan ini dan secara tidak langsung

menyumbang kepada kegagalan dahagi. Pemimpin-pemimpin ini juga bersikap pentingkan diri

sendiri kerana perjuangan yang dilakukan demi untuk kuasa politik masing-masing.47 Strategi

dan perancangan yang dilakukan juga lemah berbanding dengan pihak British. Pemimpin-

pemimpin tersebut tidak dapat mengetuai perjuangan dahagi ini sebaik mungkin kerana tidak

mempunyai kredibiliti serta karisma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pemimpin.48 Arahan

40 Ganda Singh., The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs, New Delhi: Gutenberg Printing Press, Connaught Circus, 1969, hlm. 6.41 Ibid.42 Ibid.43 Gregory Fermont Barnes., Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58, 2007, hlm. 88. 44 Ibid. 45 Ibid. 46 Ibid. 47 Ibid. 48 Ibid. 

11

Page 12: soalan 3 (1) dahagi

yang diberi dapat dilihat sebagai tidak mempunyai hala tuju dan hanya tertumpu di kawasan

Delhi sementara kawasan Timur India tidak dititkberatkan sehingga menyebabkan British

berjaya mematahkan perjuangan ini.49 Kelemahan dalam keupayaan untuk merancang serta

memberi arahan telah menyebabkan British dengan mudah menumpaskan dahagi ini.

Selain itu, faktor kelemahan ini juga boleh dibuktikan melalui tapuk pemerintahan

Bahadur Shah.50 Bahadur Shah yang dilantik menjadi raja dikatakan sudah tidak larat untuk

memerintah berdasarkan umurnya yang lanjut usia. Walau bagaimanapun, beliau tetap dilantik

untuk menjadi raja tetapi hanya pada gelaran sahaja kerana sebaliknya beliau dianggap sebagai

boneka.51 Pelantikan ini dikatakan hanya digunakan untuk melindungi jenayah serta kesalahan

yang dilakukan oleh rakyatnya.52

Dalam masa yang sama juga, Bahadur Shah dilayan tidak seperti raja yang lain iaitu yang

diberi penuh penghormatan serta kesetiaan sebaliknya, Bahadur Shah tidak mendapat kesetiaan

dari rakyatnya termasuk sepoi. Segala arahan yang diberi oleh beliau juga tidak diendahkan

manakala, sepoi pula menunjukkan protes mereka jika mereka tidak dibayar gaji mereka tidak

akan berkhidmat. Hal ini memberi kesukaran kepada Bahadur Shah untuk menyelesaikan

masalah sepoi kerana beliau sendiri turut menjadi mangsa keadaan dan tidak mempunyai

sebarang autoriti untuk bertindak serta bersuara.53 Situasi yang berlaku kepada Raja Bahadur

Shah telah menyebabkan beliau beralih arah dengan mengadakan rundingan terhadap pihak

British. Hal ini disebabkan beliau tidak mempunyai keyakinan serta kepercayaan terhadap

masyrakat India serta sepoi. Beliau telah memberi tawaran dengan menyatakan bahawa jika

British dapat melindungi serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada beliau, Bahadur

49 Ibid. 50 Ganda Singh., The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs, 1969, hlm. 5. 51 Ibid52 Ibid53 Ibid

12

Page 13: soalan 3 (1) dahagi

Shah akan membuka Delhi kepada British.54 Walau bagaimanapun, perundingan tersebut tidak

membawa sebarang hasil kerana British melihat sikap Bahadur Shah yang sambil lewa terhadap

peristiwa dahagi.

Lord Canning merupakan Gabenor Jeneral British yang telah dilantik oleh SHTI pada

tahun 1856 .55 Lord Canning bertanggungjawab kepada pejabat pusat dan parlimen di British.

Seperti sebelum ini, tugas seorang Gabenor Jeneral, Lord Dalhousie telah meluaskan wilayah

bukan sahaja ke sempadan Afghan tetapi sehingga ke wilayah Punjab pada tahun 1849. Lord

Dalhousie telah memulakan satu dasar yang liberal yang lebih mengutamakan keamanan,

kekayaan dan keadilan di India. Hal ini bersesuaian dengan dasar baru British setelah terjadinya

perubahan di parlimen British iaitu campur tangan urusan tanah jajahan dan pentadbiran secara

penuh. British telah menjalankan dasar toleransi dan penindasan dalam masa yang sama

( toleration and contempt) .56 Lord Dalhousie juga telah mendedahkan India dengan komunikasi

moden, pengairan yang baik, pendidikan dan perdagangan. Lord Canning melihat dasar tersebut

adalah sesuatu yang baik malah boleh membuat SHTI terus menerus diterima oleh India. Lord

Canning tidak mempedulikan pandangan Sir George MacMunn yang mengatakan dasar liberal

yang dilakukan oleh Lord Dalhousie sebenarnya merupakan tindakan Barat yang hanya

merasuah masyarakat Timur supaya menerima British.

Semasa Dahagi 1857, kerajaan Islam Oudh dikatakan sebagai kerajaan yang korup. Hal

ini kerana kerajaan Oudh telah menjalankan sistem taluq iaitu satu sistem yang meletakkan tanah

di dalam wilayah Oudh dibawah kerajaan selama 30 tahun. 57 Hasil yang diusahakan di tanah

54 Ganda Singh., The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs, 1969, hlm. 5.55 Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed]., The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59, America: Osprey Publishing, 2005, hlm. 4. 56 Ibid. 57Sistem taluq dari dimuat turun daripada http://detectindia.com/links/history/modern/05%20impact%20of%20the%20british%20rule%20on%20india%20economy/taluqdari.htm pada 18 November 2013

13

Page 14: soalan 3 (1) dahagi

tersebut akan dikutip oleh kerajaan Oudh dan pengusaha tanah tersebut hanya memiliki hasil

yang sedikit sahaja.58Pembahagian hasil yang diambil adalah dengan menolak hasil kos

pengutipan dan upah pekerja-pekerja di tanah berkenaan. British risau dengan sistem ini kerana

sistem ini telah menyatukan penguasa-penguasa Oudh untuk menentang British. Penguasa-

penguasa ini pula bimbang jika sistem ini dihapuskan oleh British, mereka akan hilang punca

pendapatan mereka.59 Pekerja-pekerja yang dibawah sistem taluqdar pula berhasrat

membebaskan diri mereka daripada penindasan ini.60 Pada tahun 1812, British telah menukar

Hak Pengilhakan Tanah Oudh dan memberikan hak kepada golongan petani untuk memiliki

tanah sendiri dan penempatan yang tetap.61

Namun, pada tahun 1830-an, golongan utilitarian telah bertindak memiliki tanah tersebut.

Tujuan mereka ialah untuk membebaskan petani dari kehidupan tradisional. Golongan ini

sekaligus telah menindas golongan petani sekali lagi dan akhirnya wujud golongan anti-

aristokrat. Golongan ini merupakan golongan petani. Mereka telah bertindak menentang

aristokrat ini. Oleh itu, pada tahun 1857,62 Lord Canning telah bertindak mengarahkan Ketua

Peseruhjaya Oudh untuk memberikan hak kepada tuan tanah. Tindakan Lord Canning ini serba

sedikit telah meredakan kemaraan pihak tuan tanah untuk membuat pemberontakan di Oudh.

Sikap Lord Canning yang banyak bertolak ansur ini juga telah meredakan perasaan ingin

memberontak dalam diri sepoi-sepoi yang terlibat dalam Dahagi 1857.

Kekurangan dan kelemahan pemimpin menyebabkan askar sepoi mempunyai disiplin diri

yang kurang. Maharaja Munghal pada waktu yang sama merupakan raja yang tidak mempunyai

pengalaman dalam peperangan. Maharaja ini hanya memberi sokongan dengan menulis surat

58 Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed]., The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59, 2005, hlm. 6.59 Thomas R. Metcalf, “The Influence of The Mutiny of 1857 on Land Policy in India”, Dalam The Historical Journal, Vol 4, No. 2, Cambridge: University Press, 1961, hlm. 153. 60 Ibid. 61 Ibid. 62 Ibid. hlm. 157.

14

Page 15: soalan 3 (1) dahagi

kepada pelbagai wilayah seperti Raja-raja Jeypore, Jodhpur, Bikaneer, Alwar dan sebagainya

agar mereka tetap bersatu mempertahankan India.

Terdapat 50 000 askar sepoi Delhi telah diarahkan untuk menentang British habis-

habisan dan diberikan dibawah tanggunjawab Bakht Khan. Maharaja Mughal juga telah melantik

tiga orang jeneral bagi mengetuai setiap kumpulan. Kesan daripada pelantikan ini, tiga orang

jeneral ini mulai besar kepala dan ingin memimpin tentera masing-masing tanpa menunggu

arahan Bakht Khan.63 Bakht Khan telah memimpin askar Revolusi ini yang terdiri daripada dua

briget Bareilly dan Neemuch untuk menyerang tentera British di Najafgarh.64 Namun, askar di

bawah Neemuch enggan mendengar arahannya dan mereka tidak tinggal di kem tentera Bareilly

di Najafgarh. Mereka sebaliknya membina kem di kampung sebelah. Apabila pihak tentera

British dibawah pimpinan Nicholson mendengar tentang hal ini, mereka segara melancarkan

serangan di Najafgarh dan juga askar Neemuch dengan mudah sahaja dikalahkan.

Selain tidak mendengar arahan, tentera sepoi juga mudah lemah apabila melihat rakan

mereka meninggal dunia di medan perang. Menurut Himani Savarkar,65 tentera sepoi akan

meratapi rakan mereka yang meninggal dunia dan melupakan tugas mereka di medan

petempuran. Melihat keadaan mereka, Bakht Khan terpaksa menyedarkan mereka dengan

menjerit “ War or Surrender ”. Akhirnya kesemua askar Neemuch gugur dan askar Revolusi ini

mengalami kekalahan yang paling teruk sejak kekalahan teruk di Bundelki-Serai. Hal ini kerana

mereka tidak mempunyai disiplin yang kuat dan enggan mendengar arahan ketua mereka.

Perjuangan sepoi-sepoi dalam Dahagi 1857 dilihat tidak mempunyai perpaduan kerana

tidak mempunyai tujuan yang sama. Setiap wilayah yang terlibat dalam penentangan melawan

tentera British mempunyai tujuan masing-masing dan menyebabkan mereka tidak bersatu padu.

63 Ibid64 Ibid65 Ibid

15

Page 16: soalan 3 (1) dahagi

Tentera sepoi bermula di Delhi kemudian ke Lucknow ke Cawnpore dan bandar-bandar besar

yang lain.66 Di setiap bandar-bandar besar ini, ketua setiap briget menjalankan misi peribadi

sama ada untuk keperluan bandar atau keperluan taktha sendiri. Perjuangan mereka yang pada

mulanya teratur dengan perlahan-lahan hilang tujuan asal iaitu perjuangan ingin membebaskan

diri dari kuasa British. Perjuangan mereka akhirnya bersifat peribadi dan menyebabkan sepoi-

sepoi hilang taat setia dan tidak berdisiplin. Hal ini menyebabkan sepoi-sepoi ini mulai memihak

pada ketua yang mereka rasakan mempunyai tujuan yang mereka suka.67 Di kem sepoi di

Lucknow, sepoi menerima pelbagai arahan dari pelbagai pihak sehingga ketua yang dilantik

sebenar oleh Begum Hazrat Mahal tidak dipedulikan. Di tempat lain pula, Rani Jhansi telah

memberontak kerana bayaran pencen yang diberikan oleh British adalah sangat sedikit.68

Lord Dalhousie telah menafikan hak cucunya Maharaja Damodar Rao sebagai waris

kerajaan Kashi. Damodar Rao ialah anak Gangadhar Rao ( anak tiri Rani Jhansi). Kerajaan Kashi

telah diilhakkan atas Dasar Pengilhakan 1824 dan digunakan oleh British untuk meluaskan

empayarnya. Oleh yang demikian, Rani Jhansi telah berikrar untuk mempertahankan haknya ke

atas Kashi. Nana Sahib pula berjuang demi mempertahankan tanah dan estet milik ayahanda

angkatnya iaitu Baji Rao.69 Pada 04 Jun 1857, Nana Sahib telah menyertai sepoinya untuk

menyerang British yang menduduki Kanpur. Nana Sahib berjaya dan menggelarkan dirinya

sebagai Peshwa. Hal ini menyebabkan Nana Sahib terlalu yakin untuk ke pertempuran

seterusnya iaitu pada 16 July 1857.70 Tentera British diketuai oleh Jeneral Havelick telah

memenangi pertempuran tersebut. Nana Sahib dikatakan telah melarikan diri ke Nepal. Surat-

surat Nana Sahib telah disimpan oleh British di Arkib New Delhi. Dahagi 1857 memperlihatkan

66 Ibid. hlm.6167 Ibid.68 Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed]., The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59, 2005, hlm. 8.69 Ibid. hlm. 5. 70 Ibid. hlm. 7. 

16

Page 17: soalan 3 (1) dahagi

semua bangkit menentang demi kepentingan diri atau agama. Tidak ketinggalan juga masyarakat

Islam yang memperjuangkan Empayar Mughal.71 Mirza Mughal telah mempimpin askarnya

untuk menentang British. Mirza Mughal telah meletakkan askarnya di sepanjang bandar Delhi

untuk mempertahankan bandar itu. Mirza mempunyai misi untuk melawan British habis-habisan

di kawasan tersebut. Namun, strategi mereka gagal apabila British berjaya menguasai bukit

Simla. Dari bukit Simla ini, mereka telah diserang hendap oleh British. Kesemua yang terlibat di

dalam Dahagi 1857 ini tidak mempunyai perpaduan dan kebanyakkan yang menyertai hanya

perasaan benci kepada British. Mereka tidak bergabung untuk menentang British. Perjuangan

mereka hanya bersifat setempat sahaja.

Sepoi-sepoi yang menentang British ini mempunyai kelengkapan senjata yang tidak

mencukupi. Bakht Khan yang memimpin Tentera Revolusi hanya mempunyai pedang dan

senapang yang hanya meletup sekali sahaja. Senapang jenis ini terpaksa diisi peluru setiap kali

dan proses ini melambatkan. Sedangkan di pihak British pula, mereka lengkap dengan senjata.

Malah mereka menggunakan senjata moden seperti meriam yang boleh meletupkan kawasan

yang besar dan menyerang musuh dengan lebih cepat.72 Sepoi-sepoi telah menggunakan

senapang Enfeild Riffle jenis Pattern 1853 Enfeild Musket.73 Senapang ini amat susah untuk

digunakan hal ini kerana senapang ini perlu digigit picunya barulah dapat meletup. Inilah senjata

yang digunakan oleh tentera yang berada di Bengal untuk melawan British.

KESIMPULAN

71 Gregory Fermont Barnes., Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58, 2007, hlm. 33. 

72 Gautam Chakravarty, The Indian Mutiny and The British Imagination, UK; Cambridge University Press, 2005, hlm. 108.73 Himani Savarkar, The India War of Independence 1857, Part iii: The Conflagration. Mumbai; Internet Rights are with Swatantryaveer Savarkar Rashtriya Smarak Trust, Mumbai, 1970, hlm. 72.

17

Page 18: soalan 3 (1) dahagi

Kesimpulannya, Dahagi 1857 ini gagal mencapai kejayaan terhadap apa yang mereka

inginkan. Berdasarkan daripada faktor yang telah dibincangkan, kumpulan kami berpendapat

bahawa faktor utama kegagalan Dahagi ini adalah faktor dalaman. Hal yang dimaksudkan adalah

faktor pemimpin dalam gerakan Dahagi itu sendiri dan juga faktor askarnya yang tidak menurut

perintah daripada pemimpin mereka. Faktor pemimpin pula boleh dijelaskan bahawa mereka

tidak bersatu dalam merancang objektif utama gerakan tersebut dan membuat objektif tersendiri

yang hanya mementingkan diri mereka sahaja. Jika kita lihat dari segi perjuangan Dahagi ini,

kita boleh melihat kepentingannya secara tidak langsung. Dahagi 1858 penting sebagai titik

permulaan penentangan masyarakat India terhadap British yang menjalankan pemerintahan

dengan tidak berperikemanusiaan. Penentangan ini bukan sahaja memperlihatkan kekecewaan

dalam diri golongan yang diperintah malahan juga golongan yang mempunyai kedudukan.

Betapa pentingnya menjaga kedaulatan Negara sendiri daripada jatuh ke tangan penjajah. Dahagi

ini juga penting dalam membangkitkan semangat para pemimpin untuk berjuang

mempertahankan hak mereka sebagai rakyat tempatan. Kesan terpenting ialah penghapusan

Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada tahun 1858. Hal ini berpunca daripada perletusan Dahagi

yang membuktikan SHTI tidak berkebolehan untuk memerintah India yang luas. Mengikut Akta

Kerajaan India tahun 1858, SHTI dimansuhkan dan keputusan telah diambil untuk memindahkan

pentadbiran kerajaan India terus kepada Kerajaan British di England. Gabenor Jeneral menerima

gelaran Wizurai.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963 Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.. 2000.

18

Page 19: soalan 3 (1) dahagi

Azharudin Mohd. Dali. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2004.

Basu, R. S., “Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion”. Dalam Pati, B. (Ed.).. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010.

Bipan Chandra. India struggle for independence 1857-1947. New York: Penguin Books. 1989.

Callahan, R.. “The Great Sepoy Mutiny”, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.). A Military History Of India And South Asia. London: Praeger Security International. 2007.

David Hutchinson. Annal of Indian Rebellion. London: Sanders, Canes And Company. 1974.

Ganda Singh.. The Indian Mutiny of 1857 and The Sikhs. New Delhi: Gutenberg Printing Press. Connaught Circus. 1969.

Gautam Chakravarty. The Indian Mutiny and The British Imagination. UK: Cambridge University Press. 2005.

Gregory Fermont Barnes.. Essential Histories The Indian Mutiny 1857-58. Great Britain: Osprey Publishing. 2007.

Himani Savarkar. The India War of Independence 1857, Part iii: The Conflagration. Mumbai: Internet Rights are with Swatantryaveer Savarkar Rashtriya Smarak Trust. 1970.

Journal of Asian History. Wiesbaden: O. Harrassowitz,

Journal of Asian History. Hanassowitz: Verlag, Germany

Kulke, H. & Rothermund, D.. A History Of India. (Ed. Ke-4). New York: Routledge. 2004.

Michael Barthorp &Douglas Anderson [Ed].. The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59. America: Osprey Publishing. 2005.

Mohd Dali, Azharudin. Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004.

Neil Ryan. Pemberontakan Tahun 1857, India: Nasionalisme dan Kemerdekaan. 1978.

Panikkar, K. M,.India Through The Ages. Delhi: Discovery Publising House. 1985.

19

Page 20: soalan 3 (1) dahagi

Pati, B., “ Introduction: The Great Rebellion of 1857”, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010.

Pati, B., “Beyond Colonial Mapping: Common People, Fuzzy Boundaries And The Rebellion Of 1857”, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010.

Rc Majumdar. Causes of The Revolt, An Advanced History Of India. India: Mc Mcmullin. 1996.

Sinha, S. S., “1857 And The Adivasis Of Chotanagpur”, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge. 2010.

Sir Dunbar. G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine. London: Nicholson & Watson. 1949.

Sir Lyall, A. C., “From The Close Of The Seventeenth Century To The Present Time”, Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.). History Of India. (Vol. Ke-3). London: The Grolier Society. 1907.

20