soalan 2

3
SOALAN 2 : PERJELASKAN PEDEKATAN DALAM PEDAGOGI Pendekatan dalam pedagogi boleh diperincikan kepada beberapa kategori iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik ,pendekatan komunikatif dan pendekatan tematik. Pendekatan induktif menggunakan kaedah pencarian dan penemuan, dimana ia memerlukan penaakulan yang tinggi. Murid tidak diajar secara langsung tetapi mereka dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang diberi oleh guru. Dengan ini mereka mudah ingat apa isi pelajaran yang diajar oleh guru. Pengajaran dalam pendekatan ini berbentuk konkrit dan spesifik kepada umum. Sebagai contohnya dalam matapelajaran sains. Pendekatan deduktif boleh disama ertikan dengan pendekatan kognitif. Murid akan belajar melalui satu hukum, prinsip atau rumus dengan mengaplikasinya ke atas sesuatu contoh permasalahan. Guru akan mengajar murid sehinggalah mereka memahami dan kemudiannya mereka akan aplikasikannya sebagai proses katak melompat hidup di air

Upload: cuz-mah

Post on 15-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

toturial....

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN 2

SOALAN 2 : PERJELASKAN PEDEKATAN DALAM PEDAGOGI

Pendekatan dalam pedagogi boleh diperincikan kepada beberapa kategori iaitu

pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik ,pendekatan

komunikatif dan pendekatan tematik.

Pendekatan induktif menggunakan kaedah pencarian dan penemuan, dimana ia

memerlukan penaakulan yang tinggi. Murid tidak diajar secara langsung tetapi mereka

dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang diberi oleh

guru. Dengan ini mereka mudah ingat apa isi pelajaran yang diajar oleh guru.

Pengajaran dalam pendekatan ini berbentuk konkrit dan spesifik kepada umum.

Sebagai contohnya dalam matapelajaran sains.

Pendekatan deduktif boleh disama ertikan dengan pendekatan kognitif. Murid akan

belajar melalui satu hukum, prinsip atau rumus dengan mengaplikasinya ke atas

sesuatu contoh permasalahan. Guru akan mengajar murid sehinggalah mereka

memahami dan kemudiannya mereka akan aplikasikannya sebagai proses

menyelesaikan satu masalah dan selalunya masalah tersebut ialah matematik.

Pendekatan eklektik pula bermaksud pemilihan. Di mana pendekatan ini merupakan

gabungan pendekatan-pendekatan untuk dijadikan strategi pengajaran dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam pembelajaran

aktiviti berkumpulan dan kelas-kelas yang terdiri daripada murid yang kepelbagaian

kebolehan.

katak melompat hidup di air

Page 2: SOALAN 2

Pendekatan tematik pula adalah pembelajaran yang menggunakan tema dalam

mengaitkan beberapa mata pelajaran sehingga dapat memberikan pengalaman

bermakna kepada murid. Ia bertitik tolak dari satu tema yang dipilih dan dikembangkan

oleh guru bersama-sama murid dengan memerhatikan perkaitannya dengan isi mata

pelajaran. Sebagai contoh, tema pokok. Pokok diperkenalkan ciri-cirinya dan kegunaan

pokok kepada murid. Dan dari situ mereka mula mengaitkan sesuatu seperti kayu

dihasilkan daripada pokok. Manakala kerusi diperbuat daripada kayu yang asalnya

daripada sebatang pokok.

Manakala pendekatan komunikatif pula ialah pendekatan yang berfokuskan kepada

aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan makna di

dalam proses pengajaran. Dalam proses pembelajaran, guru boleh menggunakan

pendekatan ini dalam aktiviti berkumpulan dalam membincangkan sesuatu tajuk atau

topik. Ia juga meningkatkan kemahiran komunikasi malah menggalakkan perkongsian

idea dalam berbincang di kalangan murid-murid.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang mampu

digunakan oleh guru dalam menanam dan membina keinginan untuk belajar dalam diri

murid. Malah ia juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pelajaran malah

pencapaian dalam proses pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas.