soalan 1

48
PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dalam proses membuat kerja kursus pendek WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan sehingga saya dapat menyiapkannya dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyiapan kerja kursus ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan berjaya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn. Noraini binti Mohd telah membimbing saya dalam tugasan ini. Jutaan terima kasih bagi beliau di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu dan pengalaman yang saya dapat semasa menjalankan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Di samping itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana sudi berkongsi ilmu dan idea-idea bernas dengan saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada Perpustakaan IPG,Kampus Raja Melewar yang menjadi gerbang maklumat bagi saya dalam tugasan ini.

Upload: ramahvarsha

Post on 25-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan soalan 1

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan kerana telah

melindungi saya dalam proses membuat kerja kursus pendek WAJ 3073 Seni Dalam

Pendidikan sehingga saya dapat menyiapkannya dengan berjaya sekali. Saya juga ingin

merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam penyiapan kerja kursus ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua

pihak sudah tentu saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan berjaya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek ini

iaitu Pn. Noraini binti Mohd telah membimbing saya dalam tugasan ini. Jutaan terima kasih

bagi beliau di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan

memanfaatkan semua ilmu dan pengalaman yang saya dapat semasa menjalankan tugasan ini

dengan sebaik mungkin.

Di samping itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana sudi

berkongsi ilmu dan idea-idea bernas dengan saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada

Perpustakaan IPG,Kampus Raja Melewar yang menjadi gerbang maklumat bagi saya dalam

tugasan ini.

Page 2: soalan 1

Seni Visual

Pengenalan

Kepada Bidang Seni

Pengenalan Visual Sekolah

Kepada konsep Asas Rendah

Seni Visual Pengenalan Kepada

Asas Seni Reka

Rajah 1 : Seni Visual

Page 3: soalan 1

Seni

Muzik

Pengenalan

Pengenalan Kepada

Kepada Pengenalan Kepentingan

Pengetahuan Kepada Muzik Sekolah

Asas Seni Muzik Kemahiran Rendah

Muzik Asas Melalui

Aktiviti

Rajah 2 : Seni Muzik

Page 4: soalan 1

Pergerakan

Pengenalan Pengenalan

Kepada Konsep Kepada Asas

Pergerakan Pergerakan Di

Pendedehan Sekolah Rendah

Kepada

Kemahiran Asas

Pergerakan

Rajah 3 : Pergerakan

Page 5: soalan 1

1. SENI VISUAL

1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih

menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,

penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu

melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan

dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi

pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama

nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang

iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf

tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada

dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat

memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

Pendedahan Kepada Pengetahuan Dan Kemahiran

Asas Seni Visual

Page 6: soalan 1

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka

1.2.1 Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu

karya seni visual iaitu :

Rajah 4 : Unsur Seni

unsur seni

garisan

rupa

ruang

bentuk

warna

jalinan

Page 7: soalan 1

1.2.1.1 Garisan

Rajah 5 : Garisan

1.2.1.2 Rupa

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti Teknik koyakan,Teknik tampalan , Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan dan Teknik capan

Bentuk garisan adalah tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.

Garisan Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan

mempunyai jarak-jarak tertentu

Page 8: soalan 1

Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D. Rupa

adalah pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Rupa terbahagi dua iaitu

Rupa organik

Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan.

Rupa geomet

ri

Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, selinder, empat segi bujur dan piramid

Page 9: soalan 1

Rajah 6 : Rupa

1.2.1.3 Bentuk

Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi.

Bentuk terdiri dari dua jenis iaitu :

Bentuk Konkrit

Bentuk ilusi ( maya) bersifat tiga dimensi, maujud,

Bentuk ilusi wujud dalam berisipadu atau berjisim dan

bentuk gambar, catan, mempunyai warna, ton, jalinan

cetakan, foto, illustrasi

dan lukisan

Bentuk ilusi : ( maya)

Page 10: soalan 1

Bentuk Konkrit :

Rajah 7 : Bentuk

1.2.1.4 Jalinan

Jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Jalinan terdapat

pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud

secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan terbahagi dua jenis iaitu :

jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, paparan jalan, simbol dan logo

Jalinan tampak

jalinan sentuh bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen dan buah durian

Jalinan sentuh

Page 11: soalan 1

Jalinan Tampak :

Jalinan Sentuh :

Rajah 8 : Jalinan

1.2.1.5 Ruang

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia

menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Dalam aktiviti menggambar,

ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.

Rajah 9 : Ruang

1.2.1.6 Warna

Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu

warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna

asas terdiri daripada warna biru,

merah, kuning

Page 12: soalan 1

dan ianya boleh

menghasilkan warna

sekunder dan warna tertier

Rajah 10 : Warna

1.3 Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan

1.3.1 Harmoni

Page 13: soalan 1

Harmoni muncul apabilanya susunan atau

ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau

gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan harmoni adalah untuk

menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.

Page 14: soalan 1

Rajah 11 : Harmoni

1.3.2 Kontra

Bermaksud unsur-

unsur seni mempunyai ciri-ciri

yang bertentangan di antara satu sama

lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan

kesan yang menarik pada sesebuah

karya seni. Kontra berkait rapat

penegasan.

Rajah 12 : Kontra

Page 15: soalan 1

1.3.3 Penegasan

Rajah 13 : Penegasan

penegasan

berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan

karya, mengelak kebosanan.

Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan

tumpuan kepada pemerhatian tampak

Page 16: soalan 1

1.3.4 Imbangan

Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan

warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu

imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.

Rajah 14 : Imbangan

1.3.5 Pergerakan

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar,

berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa

dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui

jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 15 : Pergerakan

1.3.6 Kepelbagaian

Page 17: soalan 1

Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang

berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya

akan mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 16 : Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid

berdasarkan tema atau dea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan

sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 17: Kesatuan

Page 18: soalan 1

1.4 Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah

Rendah

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada tiga bidang iaitu :

Rajah 18 : Pendidkan Seni Visual

1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar

Pen

did

ikan

Se

ni V

isu

alMelukis Dan Membuat Gambar

Membuat Rekaan Dan Corak

Membentuk Dan Membuat Binaan

mengenal kraf tradisional

Bidang ini menegaskan

perkembangan persepsi terhadap

aspek melukis serta kegiatan

menggunakan pelbagai media

dan teknik dengan menekankan

aspek ruang,

struktur ,imbangan dan

komposisi.

Page 19: soalan 1
Page 20: soalan 1

Rajah 19 : Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan

rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain

seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak boleh didapati daripada:

Rajah 20 : Membuat Rekaan dan Corak

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak

Sisk

ikan

selang

seli

Turun separa

me

mbu

at r

ekaa

n d

an c

ora

k

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan

haiwan

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan

gunting

Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

Page 21: soalan 1

Penuh

Pucuk Turun Satu rebung suku

Jidar

Berjalut

Berombak

Tunggal

Cerminan Berpusat

Rajah 21 : Jenis Susunan Corak

1.4.2.2 Teknik Corak

Page 22: soalan 1

Rajah 22 : Teknik Corak

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek

seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang

kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.

corak terancang lukisancatancetakancapaanlipatan dan guntinganresis kolaj

corak tidak terancang lipatantarikanrenjisanikatan dan celupanpualaman

Page 23: soalan 1

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

di sekolah rendah:

topeng model

arca timbul

origami

boneka

arca stabil

arca bergerak

diorama

Rajah 23 : Membentuk dan Menbuat Binaan

1.4.3.2 Tema dan Subjek

Page 24: soalan 1

1.4.4 Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan

daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum

masing-masing.

1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional

Alat domestik

Alat permainan

Alat perhiasan diri

Anyaman Batik

Tenunan

Alat mempertahankan diri Seni tekat

Tembikar

Tema dan Subjek

Alam semulajadi Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis

Aliran dan tema sejagat Keperluan dan pengalaman harian

Page 25: soalan 1

Tembikar Tenunan Gasing

Rajah 25 : Jenis –jenis Kraf Tradisional

3.1 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

Konsep Muzik

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti

tersendiri. Susunan muzik yang betul dan teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

1. Irama

Irama

Corak

Rentak irama

Tempoh

Page 26: soalan 1

Meter

Rajah 26 : Irama Detik

1. HARMONI

Harmoni

Pergerakan Triad

kod

Arpeggio

Rajah 27 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan serentak. Not ini bila digabung menjadi

Kod sebagai mengiringi lagu.

2. Melodi

Pic

Jeda

Kontra

Solfa

Rangkaian lagu

Skel

Page 27: soalan 1

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

3. Ekspresi

Ekspresi

Istilah

Tanda Dinamik

Isyarat

Rajah 29 : Ekspresi

Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu persembahan samada vokal atau instrumental. Ciri

muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

4. BENTUK

Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua bahagian iaitu bentuk AB.

Misalnya:

Susunan : Bentuk dua bahagian

Tiga bahagian

Page 28: soalan 1

Rondo

Strofik

5. WARNA TON

Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu muzik

Contoh:

i. Suara menjerit dan berbisikii. Suara kanak-kanak dan orang dewasaiii. Ketukan batu dan kayuiv. Bunyi salakan anjing dengan ngauman harimauv. Bunyi burung hantu dan bunyi katakvi. Bunyi seruling dan drumvii. Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau,

nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara

perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara

yang menjadikan pendengaran menarik.

6. Jalinan

Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa mengadun bunyi agar jadi

menarik dan digemari.

3.2 Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel,

kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar

menikmati dan menilai persembahan muzik.

3.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian

Page 29: soalan 1

Rajah 30 : Kemahiran Muzikal Nyanyian

3.2.1.2 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

Rajah 31 : Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

kem

ahira

n E

nsem

bel

me

mbi

na

kem

ahir

an m

enya

nyi

( ke

ma

hira

n s

eca

ra in

divi

du )

me

mbi

na

tekn

ik m

eny

anyi

den

gan

men

giku

t posturpernafasansebutan rangkaianArtikulasiEkspresiPenghasilan ton

Menyanyi berbagai lagu secara individuMenyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurunMenyanyi semula keratan lagu yang didengar

Menyanyi dalam ensembel vokal senadaMenyanyi dalam ensembel vokal berharmoni

Melibatkan diri secara aktif

Mendengar dengan teliti Bergembira bergerak ikut

muzik Melahirkan ekspresi diri

dengan gerakan Faham konsep muzik

dengan gerakan

Page 30: soalan 1

3.2.1.3 Kemahiran muzikal permainan alat muzik

Bergembira bermain muzik Penglibatan secara akrif Mendengar dengan teliti Memupuk yakin diri, disiplin dan Estetika Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal Memperbaiki dengan meneroka

Rajah 32 : Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik

3.3 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

3.3.1.1 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

Page 31: soalan 1

Rajah 33 : Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

3.4 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah

rendah

3.4.1Membina nilai – nilai murni di kalangan

pelajar

Bergembira bergerak ikut muzik

Mengaitkan dengan budaya dalam

pergerakan muzik

Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan

Mendengar dengan teliti

Melibatkan diri secara aktif

Merentas kurikulumEmosi

Membentuk sifat bekerjasamasifat bertolak ansur

Memupuk keyakinan dirimemberi kegembiraan

Page 32: soalan 1

Rajah 34 : Membina Nilai

4.0 SENI PERGERAKAN

4.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 35 : Konsep Pergerakan

4.1.1 Pendekatan kepada asas pergerakan

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah

perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan -

keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model holistik perkembangan

kanak - kanak bertujuan

pergerakan asas

kemahiran lokomotor

lokomotor beritma sekata

lokomotor beritma bukan sekata

kemahiran bukan lokomotor

Page 33: soalan 1

Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.

Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuandan sikap.

Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman - pengalaman

pergerakan terarah.

4.1.2 Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah

4.1.3 Pergerakan Asas

Proses yang membimbing pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan

menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah. Mengimprovisasi dengan menekankan

kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penemuan,penerokaan dan kreativiti.

4.1.4 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

4.1.4.1 Berjalan

Postur -

Kedudukan badan & pemindahan

kaki kepala tegak berat badan

pergelangan kaki, lutut & pinggul Hayunan tangan bengkok

Aktiviti-aktiviti:

Berjalan bebas

menggunakan ruang

Berjalan bebas

menggunakan ruang

Berjalan dengan kelajuan berbeza

Berjalan mengikut arah yang berlainan

Berjalan dengan langkah kecil & besar

Page 34: soalan 1

Rajah 37 : Aktiviti Berjalan

4.1.4.2 Berlari

Kedudukan badan

Kedudukan kaki

Hayunan tangan

Kedudukan lutut

Rajah 38 : Berlari

Page 35: soalan 1

Aktiviti-aktiviti:

Berlari bebas &

Berhenti apabila

Berlari bebas isyarat diberikan

Berlari

setempat

berlari cepat & lambat berlari dengan langkah

pendek & panjang

Rajah 39 : Aktiviti Berlari

4.1.5 KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

4.1.5.1 Membongkok

Pergerakan ini berkaitan bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain. Bahagian

badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat. Sendi engsel

membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja. Sendi bola dan

soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan

dalam bulatan

Page 36: soalan 1

4.1.5.2 Meregang

Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil

badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar

badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang

4.1.5.3 Mengilas

Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar

menyokong. Ianya berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sendi menentukan bahagian

badan yang boleh dikilas

4.1.5.4 Memusing

Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher.

Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai

dasar menyokong

4.1.5.5 Menolak

Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari

badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan

tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

4.1.5.6 Menarik

Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Menolak dalam ruang dengan

menggunakan bahagian badan yang berlainan. Menolak objek seperti pundi saga dan

bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

BIBLIOGRAFI

Page 37: soalan 1

Dr. Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd,

Hartini Kana & Sunizah Ali ( 2015). Seni Dalam Pendidikan. Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya,

Selangor.

Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada

http://psvisual.blogspot.com/p/nota-seni.html

Garisan. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada

http://senivisual1.blogspot.com/2011/07/garisan.html

Unsur-unsur Seni. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada

http://kelabuasapart.blogspot.com/2012/12/nota-asas-seni-reka-unsur-unsur-seni.html

Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada

http://nltupsi.blogspot.com/p/pengenalan-pendidikan-seni-visual.html

Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Dimuat turun pada 30 March 2015 daripada

http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-tradisional.html

Garisan. Dimuat turun pada 30 March 2015 daripada

https://chekgusempoi.wordpress.com/2012/05/20/garisan/

Membuat Corak & Rekaan. Dimuat turun pada 30 March daripada

http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html

Pendidikan Seni Visual : Mencorak dan Rekaan. Dimuat turun pada 31 March daripada

http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-seni-visual-mencorak-dan.html

Pendidikan Seni Visual : Tenunan. Dimuat turun pada 31 March daripada

http://psvspm.blogspot.com/2009/07/tenunan.html

REFLEKSI

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu matapelajaran elektif yang saya perlu

ambil bagi semester empat ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan

Page 38: soalan 1

sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut

ialah seni visual, pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan menjadikan sesuatu

pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid mempunyai minat yang

tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini, saya dapat meningkatkan

pengetahuan saya mengenai Rancangan Pengajaran Harian dan pengajaran dan pembelajaran

berlangsung di dalam kelas. Oleh itu saya dapat mengenalpasti bagaimana sesuatu pengajaran

dan pembelajaran berlaku berdasarkan pengetahuan dan penggunaan RPH yang berkesan di

dalam kelas.

Berdasarkan tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjalankan pengajaran di dalam kelas

berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh saya. Dengan adanya ilmu

serta penerangan jelas oleh Guru Fatin Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga dan bimbingan

beliau saya dapat membina Rancangan Pengajaran Harian dengan baik. Walaupun mendapat

kekangan kefahaman semasa melakukan RPH ini kerana RPH Pendidikan Seni tidak sama

seperti RPH major Pendidikan Jasmani, tetapi setelah perbincangan bersama guru-guru

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, saya dapat menghasilkan RPH yang baik dan berjaya

menjadikan ia sebagai satu amali pengajaran dan pembelajaran yang baik di dalam kelas.

Cikgu Fatin membantu saya untuk menyiapakan Rancangan Pengajaran Harian dalam kerja

kursus ini. Setelah menyiapkan RPH, saya dapat mengetahui bahawa dengan memberikan

tumpuan dan komitmen yang terbaik adalah salah satu faktor yang membantu di dalam

menghasilkan RPH tersebut. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini, saya amat berharap jika saya

bekerja bersungguh lagi saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik seperti tugasan pada kali

ini.

Selain itu ketika melaksanakan pengajaran saya dapat mengetahui bahawa saya dapat

mengawal kelas dengan baik walaupun kadangkala terdapat beberapa orang murid yang

membuat nakal. Tetapi apabila saya memberikan arahan, mereka dapat mengikuti arahan saya

dengan mudah tanpa sebarang masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran makro

ini, saya telah menggunakan menggambar dan mewarna. Ini telah menyebabkan murid-murid

tidak mudah berasa bosan walaupun topiknya sama belajar sebelum ini. Saya dan cikgu Fatin

mengajar murid-murid mewarna gambar ayam jantan dengan menggunakan krayon. Mereka

suka akan gambar ayam yang cikgu Fatin edarkan. Ini kali pertama mereka menggunakan

krayon untuk mewarna. Seterusnya, saya dan cikgu Fatin telah memilih beberapa elemen lain

seperti muzik dan pergerakan untuk integrasikan dalam sesi pengajaran saya ini.

Page 39: soalan 1

Setelah saya mendapat maklum balas daripada guru panitia Pendidikan Seni Visual

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga terhadap pengajaran saya, saya telah mengetahui

mengenai kelemahan ataupun kekurangan yang saya perlu atasi. Guru Panitia Pn. Faridah

Kamaruddin menegur mengenai aktiviti perkembangan iaitu langkah 1. Beliau mengatakan

bahawa aktiviti perkembangan tampal gambar ayam di papan putih kurang sesuai berbanding

murid sendiri melukis dan mewarna untuk dilaksanakan pada langkah tersebut. Saya bersetuju

dengan pendapat beliau kerana saya dapat melihat sendiri reaksi murid-murid ketika langkah 1

tersebut dijalankan. Oleh itu pada peringkat ini saya, seharusnya merancang aktiviti

perkembangan yang lebih bersesuaian pada tahap murid. Selain daripada itu Pn.Faridah turut

menegur bahawa terdapat beberapa arahan yang kurang jelas di RPH saya. Beliau

mencadangkan saya menambah lagi arahan-arahan yang perlu di dalam RPH saya supaya

RPH saya menjadi lebih baik dan senang difahami apabila guru ataupun pihak lain membaca

RPH tersebut. Sekali lagi saya bersetuju dengan pandangan beliau mengenai kelemahan saya

ini. Selain daripada itu saya juga melihat alatan-alatan pendidikan seni tidak mencukupi untuk

kegunaan murid. Mereka berkongsi alatan ketika menggunakan.

Di sepanjang proses saya menyiapakan tugasan ini, saya dapat melihat peluang-peluang

yang saya memperbaiki diri dari segi teknik pengajaran, interpersonal dan intrapersonal. Ketika

proses pengajaran dilaksanakan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap

di hadapan kelas dan mengajar orang lain. Selain itu, saya turut belajar cara untuk mengawal

kelas terutamanya apabila menghadapi dan keadaan kelas yang bising. Saya telah

menggunkan peluang ini sepenuhnya untuk saya menyediakan diri saya bagi menjadi seorang

pendidik yang cemarlang di masa hadapan kelak.

Tanpa cabaran maka kuranglah makna dan nikmat sesuatu perkara atau aktiviti yang

dilaksanakan. Bagi saya cabaran yang paling sukar saya hadapi ketika melaksanakan tugasan

ini adalah kebimbangan mengenai kerjasama yang diberikan oleh cikgu Fatin ketika proses

pengajaran dilaksanakan. Tetapi, terima kasih kepada cikgu Fatin banyak membantu dengan

memberikan sepenuh kerjasama ketika proses pengajaran. Selain itu cabaran yang saya

hadapi adalah mengenai masa. Pengurusan masa yang baik adalah penting dalam setiap

aktiviti yang dilaksanakan. Untuk menghasilkan RPH yang baik, perancangan pengurusan

masa adalah perlu. Oleh kerana saya turut mempunyai tugasan-tugasan lain yang perlu

disiapkan, saya merancang masa yang perlu menyiapkan untuk RPH.

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan saya suatu pengalaman dan

pengetahuan yang bermakna dalam menyedikan RPH terutamanya untuk mengintegrasikan

Page 40: soalan 1

unsur-unsur muzik dan pergerakan di dalam subjek Seni Dalam Pendidikan. Akhir kata, saya

amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam

menyiapakan tugasan ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fatin, Puan

Faridah dan Puan Noraini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan pandangan mereka.

Saya juga amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan kelas.