soalan 1

8
SOALAN 1 : Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan definisi kaunseling dari pelbagai sudut pandangan serta jelaskan persamaan dan perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi. 1.0 Definisi kaunseling: Kehidupan manusia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti itu pula membawa permasalahannya sendiri. Oleh itu, masalah dan permasalahan itu mesti diatasi supaya hidup manusia itu mencapai keselesaan. Dengan ini, perkhidmatan kaunseling adalah diperlukan oleh seseorang individu. Maka, pemahaman tentang definisi kaunseling adalah diperlukan. Menurut kamus Fajar (2011), kaunseling bermaksud proses teratur untuk menolong seseorang yang bermasalah untuk mengatasi masalahnya melalui bimbingan dan nasihat. Menurut Akta Kaunselor (1998), kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional. Hubungan menolong ini dilakukan bagi menghasilkan perubahan dan perkembangan peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat ( Hajah Nor Amni Yusoff,2014). Menurut Dr.Khoo Bee Lee (2014) ,beliau menyatakan bahawa Pepinsky & Pepinsky(1954) telah menekankan bahawa

Upload: georgina-lai

Post on 24-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bye

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN 1

SOALAN 1 :

Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan definisi kaunseling dari

pelbagai sudut pandangan serta jelaskan persamaan dan perbezaan

antara kaunseling dan psikoterapi.

1.0 Definisi kaunseling:

Kehidupan manusia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Setiap aktiviti itu

pula membawa permasalahannya sendiri. Oleh itu, masalah dan

permasalahan itu mesti diatasi supaya hidup manusia itu mencapai

keselesaan. Dengan ini, perkhidmatan kaunseling adalah diperlukan oleh

seseorang individu. Maka, pemahaman tentang definisi kaunseling adalah

diperlukan.

Menurut kamus Fajar (2011), kaunseling bermaksud proses teratur

untuk menolong seseorang yang bermasalah untuk mengatasi masalahnya

melalui bimbingan dan nasihat.

Menurut Akta Kaunselor (1998), kaunseling adalah satu proses

hubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang

dilakukan oleh kaunselor profesional. Hubungan menolong ini dilakukan bagi

menghasilkan perubahan dan perkembangan peribadi klien yang baik dan

menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat (Hajah Nor Amni Yusoff,2014).

Menurut Dr.Khoo Bee Lee (2014) ,beliau menyatakan bahawa

Pepinsky & Pepinsky(1954) telah menekankan bahawa kaunseling ialah

suatu proses yang melibatkan interaksi antara seorang kaunselor dengan

kliennya. Interaksi ini boleh jadi berlaku dalam keadaan sulit atau genting

dengan tujuan menolong klien mengubah tingkah lakunya sehingga suatu

keputusan yang diambil memuaskan keinginannya.

Selain itu, Dr.Khoo Bee Lee (2014) juga menekankan bahawa

kaunseling didefinisikan sebagai sesuatu bantuan yang bertujuan untuk

menyelesaikan masalah peribadi seseorang klien. Pertolongan tersebut

berlaku antara seseorang yang pakar, professional dan berilmu pengetahuan

Page 2: SOALAN 1

dalam bidang kaunseling dengan klien yang memerlukan bantuan pada masa

itu. Kebolehan dan pengetahuan kaunselor ini dapat membantu klien

membuat keputusan sendiri dengan baik.

Menurut Choong Lean Keow (2010) dalam buku bimbingan dan

kaunseling kanak-kanak juga menekankan bahawa kaunseling bukan bersifat

pemberian nasihat. Kaunselor tidak mempunyai preskripsi penyelesaian bagi

kebimbangan yang dialami oleh kliennya. Sebaliknya, Klien akan “bekerja”

bersama kaunselor untuk memahami mengapa sesuatu isu atau

kebimbangan itu timbul serta mengenalpasti kepercayaan bercelaru yang

berhubungkait. Ini bererti kaunseling adalah individu yang dibimbing boleh

membuat keputusan dan pilihannya sendiri dalam usaha menyelesaikan

masalah yang dihadapinya dengan bantuan kaunselor.

Di samping itu, menurut Lee Keok Cheong.et,al ( 2012), beliau telah

menyatakan beberapa orang tokoh telah memberikan pelbagai jenis definisi

mengenai kaunseling. Tokoh-tokoh yang memberi definisi kaunseling seperti

berikut :

Boy dan Pine (1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan

bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seroang

kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang

efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh

kaunselor dan penumpuan diberikan keperluan, masalah serta perasaan

klien.

Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien

melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak

boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak

boleh dicapai langsung.

Gustael dan Berdie (1953) mentakrifkan kaunseling sebagai proses

berorintasikan pembelajaran yang dijalankan dalam suatu suasana sosial

yang mudah, di mana kaunselor yang terlatih cuba membantu klien mencapai

matlamat-matlamat hidup agar dia menjadi anggota masyarakat yang

gembira dan produktif.

Page 3: SOALAN 1

Hansen,J. (1972) mendefinisikan kaunseling sebagai proses yang

membantu klien mempelajari cara-cara baharu untuk mengendali dan

menyesuaikan diri dengan situasi hidup.

Smith,G.E.(1980), mengatakan kaunseling ialah proses di mana

seorang kaunselor membantu seseorang individu (klien) mentafsir fakta-fakta

yang berkaitan dengan suatu pilihan, perancangan ataupun penyesuaian

yang perlu dibuat.

Dengan berdasarkan huraian diatas tentang definisi kaunseling, boleh

dirumukan bahawa definisi kaunseling adalah suatu proses bantuan yang

professional demi menggalakkan individu terhadap pemahaman diri dan

dunia sekitarnya. Ia memerlukan kaunselor menggunakan teknik dan

kemahiran yang berkesan. Hubungan yang baik antara klien dengan

kaunselor adalah merupakan intipati kepada perkhidmatan kaunseling. Dalam

proses kaunseling, fokus kepada kemahiran membuat keputusan dan

pengurusan masalah adalah diperlukan. Dengan ini, tugas kaunselor ialah

menimbulkan pilihan yang dapat membantu klien menyelesaikan

permasalahan dan membuat keputusan. kaunselor juga merupakan orang

yang membantu klien belajar supaya mempelajari tingkahlaku baru atau

membentuk sikap baru. Dengan inilah, kaunseling merupakan suatu proses

yang memerlukan persetujuan bersama supaya dapat meneroka perkara

yang dibawa oleh klien dan bersama-sama mencari jalan pengurusannya.

Selain itu, psikoterapi adalah penggunaan pelbagai teknik untuk

merawat kecelaruan kesihatan mental, emosi dan psikiatri. Perkhidmatan

psikoterapi telah membantu pesakit untuk memahami punca perasaan negatif

atau kebimbangan mereka, disamping menerima ciri-ciri kekuatan dan

kelemahan masing-masing. Terapis percaya bahawa jikalau seseorang itu

boleh mengenalpasti perasaan serta cara pemikirannya, individu itu akan

lebih berupaya untuk menangani situasi-situasi yangsukar, kompleks dan

mencabar dalam hidupnya (Choong Lean Keow ,2010). Justeru, psikoterapi

selalunya merujuk kepada penglibatan yang lebih mendalam terhadap

personaliti klien dan konflik intrapersonal. Ia juga merupakan perkhidmatan

yang diberi dengan memulih tingkah laku yang serius.

Page 4: SOALAN 1

Dengan ini, menurut Choong Lean Keow (2010), boleh dikatakan

kaunseling dan psikoterapi adalah cara-cara memberi respon kepada

pelbagai jenis kehendak manusia. Kedua-dua perkhidmatan tersebut telah

memberi peluang kepada klien untuk berusaha mencari kepuasan dalam

kehidupan mereka. Ini bermaksud kedua-dua perkhimatan adalah bertujuan

untuk membantu dan memberikan perubahan, perbaikan kepada klien

dengan eksplorasi-diri, pemahaman-diri, dan perubahan tindakan atau

perilaku agar klien dapat sihat dan normal dalam menjalani hidup dan

kehidupannya.

Namun, kaunseling dengan psikoterapi juga mempunyai perbezaan

dari beberapa segi aspek. Contohnya dari segi maksud. Maksud kaunseling

ialah interaksi antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien di mana mereka

sama-sama membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh klien.

Keputusan akhir akan dibut oleh klien tanpa unsur paksaan. Namun, maksud

psikoterapi ialah ia merupakan satu proses dimana pakar terapi berhubung

secara personal dengan pesakit yang mengalami masalah mwntal, tingkah

laku dan masalah peribadi (Dr.Khoo Bee Lee (2014). Selain itu, klien yang

dilihat juga adalah berbeza. Bagi kaunseling, kaunselor akan membantu

mengendalikan masalah individu yang biasa iaitu tanpa mengalami kelainan

psikologi, tetapi sedang menghadapi masalah yang tidak mampu

diselesaikan. Manakala bagi psikoterapi, kliennya adalah klien yang

menghadapi masalah neurotik atau psikotik.

Menurut Choong Lean Keow (2010) pula, terdapat beberapa lagi

perbezaan antara kedua-duanya.

Pertama, pendekatan yang digunakan. kaunseling tidak tertumpu

kepada satu pendekatan yang khusus sahaja seperti teori behavioris, teori

pemusatan perorangan, teori rasional emotif dan lain-lain. Sebaliknya,

sikoterapi berasaskan pendekatan psikodinamik Frend, di mana salah satu

daripada fokus latihan adalah terhadap masa silam seseorang. Maka,

penganalisisan kendiri yang agak panjang dan menekankan masa silam

pesakit perlu dibuat dengan bantuan terapis. Jadi, ini boleh menunjukkan

bahawa kaunseling menggunakan pendekatan yang lebih humanis dan

Page 5: SOALAN 1

mempertimbangkan budaya dan emosi klien untuk mencari penyelesaian

masalah.

Kedua, masalah yang difokuskan. Bagi kaunseling, ia lebih

berfokuskan isu-lsu masa kini untuk membantu individu berkembang dan

mencapai potensi menangani isu yang timbul manakala psikoterapi lebih

bertumpu kepada punca masa lampau berhubung dengan masalah neurosis

dan psikosis yang melibatkan perubahan persobaliti secara mendadak.

Dalam ini, boleh dikatakan bahawa kaunseling lebih memberi fokus

membantu individu menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak

menjadi kehidupannya lebih baik. Sebaliknya, psikoterapi lebih fokus kepada

perubahan personaliti individu.

Ketiga ialah dari segi seting. Seting bagi perlaksanaan kaunseling

adalah dalam seting bukan perubatan seperti pejabat,atau pusat kaunseling.

Manakala seting bagi psikoterapi biasanya dikehendakikan di seting yang

bersifat perubatan,seperti klinik atau hospital.

Keempat ialah dari segi faktor masa. Tempoh bagi sesi kaunseling

mengambil masa yang lebih singat iaitu antara satu sesi hingga beberapa

sesi. Sebaliknya psikoterapi mengambil masa yang lebih lama sehingga

bertahun-tahun bagi kes-kes tertentu.

Kelima iaitu dari segi pihak yang berkhidmat. Secara perbandingan,

tempoh latihan pihak berkhidmat bagi psikoterapi adalah mengambil masa

yang lama berbanding dengan kaunseling. Hal ini kerana terdapat syarat-

syarat yang wajib dilaksanakan iaitu pelatih terapis perlu menjalankan sesi

dengan pesakit yang sebenar bawah penyeliaan seorang terapis yang

berpengalaman, Syarat yang kedua ialah mereka yang ingin menjadi terapis

hendaklah memperoleh kelayakan akademik sarjana muda kerana kursus ini

biasanya ditawarkan pada peringkat sarjana.

Secara kesimpulannya, walaupun terdapat perbezaan antara

kaunseling dan bimbingan. Namun, kedua-dua perkhidmatan ini merupakan

perhubungan menolong yang profesional kerana kedua-duanya melibatkan

proses-proses, teknik-teknik berasaskan teori-teori yang dijalankan oleh

seorang yang profesional seperti psikoterapis dan kaunselor. Dengan ini,

Page 6: SOALAN 1

dengan menghadapi klien yang berbeza jenis, maka perkhidmatan yang

berbeza perlulah diberikan supaya dapat membantuk klien dalam

menyelesaikan masalahnya.