soalan 1

14
1.0 PENGENALAN Subjek Asas Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di semester dua program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada setiap semester kami akan dikehendaki untuk menyiapkan satu kerja kursus berkaitan subjek ini. Pada kali ini kami dikehendaki menjalankan satu kajian berkaitan dengan Strategi Penyelesaian Masalah berasaskan Model Polya. Penyelesaian masalah adalah sebuah proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenalpasti suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru harus memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Program pendidikan matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada pembelajaran konsep matematik dan penguasaan kemahiran-kemahiran asas matematik. Ia juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara matematikal. Tugasan ini terbahagi kepada tiga iaitu kuiz yang terdiri lima soalan berstruktur. Kedua ialah tugasan berkenaan memilih dua soalan dari buku UPSR yang melibatkan penyelesaian masalah. Bagi setiap soalan, kami dikehendaki memilih dua strategi penyelesaian masalah yang sesuai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Tugasan yang ketiga adalah menulis esei 1

Upload: nur-wasimah

Post on 09-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

unknown

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 1

1.0 PENGENALAN

Subjek Asas Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di semester

dua program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada setiap semester

kami akan dikehendaki untuk menyiapkan satu kerja kursus berkaitan subjek ini.

Pada kali ini kami dikehendaki menjalankan satu kajian berkaitan dengan Strategi

Penyelesaian Masalah berasaskan Model Polya.

Penyelesaian masalah adalah sebuah proses bagaimana individu

menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk

mengenalpasti suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya

berlaku. Salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar kanak-kanak

untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru harus memastikan murid berjaya

menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Program

pendidikan matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada

pembelajaran konsep matematik dan penguasaan kemahiran-kemahiran asas

matematik. Ia juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk

berfikiran secara matematikal.

Tugasan ini terbahagi kepada tiga iaitu kuiz yang terdiri lima soalan

berstruktur. Kedua ialah tugasan berkenaan memilih dua soalan dari buku UPSR

yang melibatkan penyelesaian masalah. Bagi setiap soalan, kami dikehendaki

memilih dua strategi penyelesaian masalah yang sesuai bagi menyelesaikan

masalah tersebut. Tugasan yang ketiga adalah menulis esei tentang justifikai

pemilihan strategi penyelesaian masalah yang telah digunakan.

Terdapat beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah dalam matematik.

Antaranya ialah cuba jaya, membuat jadual, melukis gambar rajah, kerja ke

belakang, memudahkan masalah, mengenal pasti subgoals, menyenaraikan semua

perbezaan, dan melakonkan masalah tersebut.

1

Page 2: Soalan 1

2.0 SOALAN UPSR DAN JALAN PENYELESAIANNYA

Saya telah mengambil dua soalan daripada soalan UPSR. Setiap masalah tersebut,

saya telah menyelesaikannya dengan menggunakan dua strategi yang berbeza bagi

setiap soalan.

2.1 SOALAN 1

Terdapat 12 488 kotak minuman di dalam sebuah gudang. 6480 kotak telah dijual

dan bakinya diagih kepada 8 buah pasar raya secara sama banyak. Berapakah

bilangan kotak minuman yang diterima oleh setiap pasar raya?

2.1.1 JALAN PENYELESAIAN

Langkah 1 : Memahami Masalah

Masalah tersebut adalah menentukan bilangan kotak minuman yang diterima

oleh setiap pasar raya. Beberapa maklumat telah diberi seperti berikut:

Terdapat 12 488 kotak minuman di dalam sebuah gudang.

6 480 kotak telah dijual

Bakinya telah diagih kepada 8 buah pasar sama banyak

Langkah 2 : Membuat Rancangan

a) Strategi Pertama : Membuat jadual

Untuk menyelesaikan masalah ini, strategi pertama yang saya gunakan

adalah dengan menggunakan jadual bagi membantu saya memahami soalan

dan dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan mudah. Saya telah

meletakkan 8 buah pasar sebagai simbol x untuk memudahkan jalan

pengiraan.

2

Page 3: Soalan 1

b) Strategi Kedua : Membina model

Strategi kedua yang saya gunakan ialah strategi membina model dengan

menggunakan simbol matematik. Strategi ini dapat membantu saya

memahami jalan pengiraan yang akan dilakukan.

Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan

a) Membuat jadual

Kotak

minuman

yang dijual

Pasar Raya

Jumlah1 2 3 4 5 6 7 8

6480 x x x x x x x x 12 488

6 480 +¿ x +¿ x +¿ x +¿ x +¿ x +¿ x +¿ x +¿ x = 12 488

6 480 +¿ 8x = 12 488

8x = 12 488 −¿ 6 480

x = 6 008 ÷ 8

x = 751

b) Membuat model dengan menggunakan simbol

Bilangan kotak minuman yang diterima oleh setiap pasar raya

¿ (12 488 – 6 480) ÷ 8

¿ 6008 ÷ 8

¿ 751

3

Page 4: Soalan 1

Langkah 4 : Semak Semula

x = 751

8x = 751 × 8

8x = 6 008

8x +¿ 6 480 = 6 008 +¿ 6 480

= 12 488

Jawapan :

Bilangan kotak minuman yang diterima oleh setiap pasar raya ialah 751

kotak.

4

Page 5: Soalan 1

2.2 SOALAN 2

Jumlah perbelanjaan bagi kempen kebersihan tersebut ialah RM1 980. Kos

pengangkutan ialah RM730 dan bakinya dibelanjakan untuk makanan. Berapakah

amaun yang dibelanjakan untuk makanan bagi setiap murid jika 100 orang murid

mengambil bahagian dalam kempen itu?

2.2.1 JALAN PENYELESAIAN

Langkah 1 : Memahami Masalah

Bagi soalan ini, saya perlu mencari jumlah amaun yang dibelanjakan untuk

makanan bagi setiap murid yang mengambil bahagian dalam kempen

tersebut. Maklumat yang diberi ialah :

Jumlah perbelanjaan = RM1 980

Kos pengangkutan = RM730

Bilangan murid = 100 orang.

Langkah 2 : Membuat Rancangan

a) Strategi Pertama : Menggunakan Gambar Rajah

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menggunakan strategi

menggunakan gambar rajah untuk memudahkan saya memahami masalah

tersebut dengan lebih jelas.

b) Strategi Kedua : Mengenal Pasti Subgoal

Strategi kedua yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah ini adalah

dengan menggunakan kaedah mengenal pasti subgoal. Saya perlu mengenal

pasti subgoal bagi masalah ini terlebih dahulu sebelum menyelesaikan goal

yang sebenar.

Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan

5

Page 6: Soalan 1

a) Menggunakan Gambar Rajah

( RM1 980 – RM730 ) ÷ 100 = RM1 250 ÷ 100

= RM12.50

b) Mengenal Pasti Subgoals

Subgoals 1: Mengenal pasti jumlah amaun yang dibelanjakan untuk makanan

RM1 980 – RM730 ¿ RM1 250

Subgoals 2: Mencari jumlah amaun yang dibelanjakan untuk makanan bagi setiap murid

RM1 250 ÷ 100 ¿ RM12.50

Goal : Amaun yang dibelanjakan untuk makanan bagi setiap murid ¿ RM12.50

Langkah 4 : Semak Semula

Perbelanjaan makanan bagi setiap murid × 100 orang ;

RM12.50 × 100 = RM1 250

Kos makanan +¿ kos pengangkutan ;

RM1 250 +¿ RM730 = RM1 980

Jawapan :

Amaun yang dibelanjakan untuk makanan bagi setiap murid ialah RM12.50

6

Bahagi dengan 100 orang murid

RM1 980

Pengangkutan RM730

Makanan

?

Amaun yang dibelanjakan ?

Page 7: Soalan 1

3.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting

dan ia adalah objektif utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah. Ia

juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi. Pelbagai strategi

penyelesaian masalah matematik telah dipelajari kepada saya dan rakan sekelas

dan semoga kita semua dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Kita

perlu pandai dalam membuat pemilihan strategi agar bersesuaian dengan masalah

yang telah dihadapi.

Bagi soalan yang pertama, saya telah memilih strategi membuat jadual dan

membina model. Hal ini demikian kerana, bagi soalan yang pertama itu, strategi

membuat jadual dan membina model antara salah satu strategi yang sesuai

digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ketika saya mentafsirkan

masalah tersebut dengan membuat jadual, saya perlu mengetahui pembolehubah

bagi masalah tersebut supaya saya dapat melihat dan memahami masalah tersebut.

Strategi kedua yang digunakan ialah strategi membina model dengan memudahkan

masalah tersebut menggunakan simbol matematik supaya mudah untuk saya

melakukan jalan pengiraannya.

Antara kedua-dua strategi tersebut, saya lebih memilih strategi membuat

jadual. Hal ini demikian kerana, strategi ini sangat jelas dan mudah difahami. Untuk

mengajar murid-murid kita pada masa akan datang, strategi membuat jadual ini

sangat membantu dalam membantu mereka menyelesaikan masalah. Strategi ini

membantu mempamerkan maklumat supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan

cepat dan mudah.

Bagi soalan yang kedua pula, dua strategi yang saya gunakan bagi

menyelesaikan masalah tersebut ialah strategi membuat gambar rajah dan

mengenal pasti subgoals. Sebab saya memilih dua strategi ini adalah kerana

masalah tersebut kelihatan lebih jelas dan mudah difahami sekiranya ditafsirkan

melalui gambar rajah. Gambar rajah mempamerkan masalah tersebut dengan cara

kita boleh melihat gambarannya dan kita boleh fikir jalan kerja seterusnya. Melalui

strategi mengenalpasti subgoals, saya perlu mencari dahulu subgoalsnya sebelum

mencari goal yang sebenar. Saya perlu menyelesaikan perkara yang kecil dahulu

7

Page 8: Soalan 1

sebelum mencapai sesuatu matlamat yang besar. Strategi ini memerlukan jalan

penyelesaian secara berperingkat. Sebenarnya kita sering menggunakan strategi ini

dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari.

Pada pandangan saya, antara strategi membuat gambar rajah dan strategi

mengenal pasti subgoals, saya lebih memilih strategi membuat gambar rajah. Hal ini

demikian kerana, strategi membuat gambar rajah adalah strategi yang paling selalu

digunakan kerana ia merupakan cara yang paling mudah, ringkas dan menarik.

Melalui gambar rajah, kita boleh faham dan mudah untuk kita menyelesaikan

masalah yang dihadapi tidak kira sama ada dalam masalah matematik ataupun

dalam masalah kehidupan yang sebenar.

Sebagai refleksi, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana

dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasa ini dalam masa yang ditetapkan.

Tugasan ini banyak memberi saya inspirasi untuk lebih berfikiran matang dan pandai

menggunakan strategi dalam menyelesaikan masalah pada masa akan datang.

Intihanya, pengalaman yang saya kutip setelah menyiapkan tugasan ini

ternyata berbaloi dan mengajar saya suatu erti kepuasan setelah melaksanakan

sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Ilmu yang saya perolehi akan

tersemat kukuh di paksi ingatan saya dan saya akan apilakasikan ilmu yang saya

perolehi ini dalam kehidupan seharian saya.

Sekian, terima kasih.

(473 patah perkataan)

8

Page 9: Soalan 1

4.0 RUJUKAN

Periasamy s. Marzita Puteh, Mohamad Khairuddi Yahya, Leong L.K, Rozaili Mohd

Ali, (2012), Matematik Tahun 6, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas Soalan Peperiksaan UPSR Mathematics, (2013), Kuala Lumpur, Sasbadi

Sdn. Bhd

9

Page 10: Soalan 1

LAMPIRAN

10