smart sign @jkb ringkasan...

15
Smart Sign@JKB Colourland_JKB RINGKASAN ESEKUTIF Jabatan Kawalan Bangunan adalah sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan segala bentuk pembangunan yang dicadangkan dilaksanakan dengan penuh teratur dan mengikut perancangan yang telah dibuat. Permasalahan pasti wujud dalam setiap jabatan termasuklah Jabatan Kawalan Bangunan. Satu kaji selidik telah dijalankan kepada anggota Jabatan Kawalan Bangunan bagi mengetahui senarai permasalahan dan akan menjadikanya satu projek KIK bagi tujuan menambaik dan mendapatkan solusinya. Hasil dari kaji selidik yang pertama mendapati, kesukaran untuk mengenalpasti bangunan yang telah diberi kelulusan permit sementara semasa pemantauan di tapak adalah peratusan yang tertinggi (rujuk lampiran 1). Skop permasalahan diperincikan lagi dengan kaji selidik yang kedua iaitu pemilihan kategori permit yang sangat bermasalah. Lampiran 2 adalah menunjukan bahawa kategori Permit Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen adalah yang paling bermasalah. Kumpulan KIK jabatan menganalisis kategori tersebut dan mengenalpasti bahawa tiada keseragaman plet yang digunakan untuk setiap kategori tersebut adalah punca kesukaran untuk mengenalpasti bangunan yang telah diberi kelulusan permit sementara semasa pemantauan tapak adalah punca kepada permasalahan ini. Perkara ini jelas ditunjukkan pada kaji selidik ketiga (lampiran 3). Penglibatan agensi luar juga membantu dalam pencarian solusi permasalahan ini. Pandangan & idea dari agensi luar dan dikalangan ahli kumpulan telah dinyatakan dalam kaji selidik keempat (lampiran 4). Menyeragamkan penggunaan papan tanda mengikut kategori (Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) adalah konklusi solusi yang dicadangkan. Setelah penyataan pemasalah & cara penyelesaian telah ditemui,Kumpulan Inovasi dan Kreatif memulakan projek dengan memilih tajuk cadangan bagi projek tersebut. Perkara ini juga ditentukan dengan sepakat melalui kaji selidik kelima (lampiran 5). Tajuk projek KIK kumpulan adalah “Menyeragamkan warna & saiz papan tanda premis mengikut kategori (Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) telah dipersetujui. Sinopsis projek KIK kumpulan Colourland,Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB adalah dengan membuat penambahbaikan plet sediada. Setiap kelulusan permit akan dibekalkan dengan satu plet sebagai tanda premis tersebut telah mendapat kelulusan & kebenaran dari pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk menjalankan aktiviti. Plet sediada yang berukuran kertas A4 (210mm x 297mm) adalah modesoperandi projek.

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

RINGKASAN ESEKUTIF

Jabatan Kawalan Bangunan adalah sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan bagi

memastikan segala bentuk pembangunan yang dicadangkan dilaksanakan dengan penuh teratur

dan mengikut perancangan yang telah dibuat. Permasalahan pasti wujud dalam setiap jabatan

termasuklah Jabatan Kawalan Bangunan. Satu kaji selidik telah dijalankan kepada anggota

Jabatan Kawalan Bangunan bagi mengetahui senarai permasalahan dan akan menjadikanya satu

projek KIK bagi tujuan menambaik dan mendapatkan solusinya. Hasil dari kaji selidik yang

pertama mendapati, kesukaran untuk mengenalpasti bangunan yang telah diberi kelulusan

permit sementara semasa pemantauan di tapak adalah peratusan yang tertinggi

(rujuk lampiran 1).

Skop permasalahan diperincikan lagi dengan kaji selidik yang kedua iaitu pemilihan

kategori permit yang sangat bermasalah. Lampiran 2 adalah menunjukan bahawa kategori Permit

Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen adalah yang paling bermasalah. Kumpulan KIK

jabatan menganalisis kategori tersebut dan mengenalpasti bahawa tiada keseragaman plet yang

digunakan untuk setiap kategori tersebut adalah punca kesukaran untuk mengenalpasti

bangunan yang telah diberi kelulusan permit sementara semasa pemantauan tapak adalah punca

kepada permasalahan ini. Perkara ini jelas ditunjukkan pada kaji selidik ketiga (lampiran 3).

Penglibatan agensi luar juga membantu dalam pencarian solusi permasalahan ini.

Pandangan & idea dari agensi luar dan dikalangan ahli kumpulan telah dinyatakan dalam kaji

selidik keempat (lampiran 4). Menyeragamkan penggunaan papan tanda mengikut kategori

(Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) adalah konklusi solusi yang dicadangkan. Setelah

penyataan pemasalah & cara penyelesaian telah ditemui,Kumpulan Inovasi dan Kreatif

memulakan projek dengan memilih tajuk cadangan bagi projek tersebut. Perkara ini juga

ditentukan dengan sepakat melalui kaji selidik kelima (lampiran 5). Tajuk projek KIK kumpulan

adalah “Menyeragamkan warna & saiz papan tanda premis mengikut kategori

(Tadika,Taska,Pusat Jagaan & Pusat Tuisyen) telah dipersetujui.

Sinopsis projek KIK kumpulan Colourland,Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB adalah

dengan membuat penambahbaikan plet sediada. Setiap kelulusan permit akan dibekalkan dengan

satu plet sebagai tanda premis tersebut telah mendapat kelulusan & kebenaran dari pihak Majlis

Bandaraya Melaka Bersejarah untuk menjalankan aktiviti. Plet sediada yang berukuran kertas A4

(210mm x 297mm) adalah modesoperandi projek.

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Saiz dan jenis plet sahaja menimbulkan masalah setelah kesukaran untuk mengenalpasti

dan semakan terhadap sesebuah premis. Penggunaan kaedah “Design Thinking” digunakan

untuk penambahbaikan terhadap plet permit sediada.Terdapat beberapa Ideate dari kalangan ahli

kumpulan bagi mengaplikasikan tambah baik plet sediada.Percambahan idea ditunjukan dalam

lampiran 6.Keseragaman warna plet mengikut kategori permit yang telah ditetapkan dan

penggunaan saiz yang sesuai telah menghasilkan “Smart Sign”. Permasalahan kesukaran untuk

mengenalpasti dan semakan premis dapat diselesaikan dengan penggunaan “Smart Sign” serta

menjimatkan masa dan kerja.

“Smart Sign” ini juga dapat membantu agensi-agensi teknikal lain bagi mengenalpasti

sesebuah premis itu telah diberikan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak

ibubapa lebih yakin dan tidak ragu-ragu dengan pengusaha dan premis tersebut. Justeru itu,

membantu pengusaha untuk meningkatkan lagi imej dan perniagaan yang dijalankan. Selaras

dengan seruan kerajaan “merakyatkan perkhidmatan kerajaan” penggunaan “Smart Sign” ini

dapat memberi kemudahan kepada segenap lapisan masyarakat serta memberi impak yang positif

dan luarbiasa kepada semua pihak yang terlibat.

“Smart Sign” telah mula dipasang pada premis terlibat dengan pemantauan oleh Jabatan

Kawalan Bangunan,MBMB bermula pada Januari tahun 2018. Maklumbalas yang positif telah

diterima dari pelbagai pihak termasuk dari pengusaha,agensi teknikal dan orang awam seterusnya

dapat menyelesai pelbagai masalah. Sifat tanggungjawab dikalangan pengusaha premis jelas

ditunjukkan dengan membuat pendaftaran premis yang tiada kelulusan ke Jabatan Kawalan

Bangunan untuk dapatkan kelulusan pengguna ''Smart Sign” juga memberi impak yang efisyen

kepada agensi-agensi teknikal yang lain dalam memudahkan kerja-kerja pemantauan. Kesemua

PBT di Negeri Melaka telah diberi penerangan dan perkongsian idea dari ahli kumpulan

Colourland. Persetujuan dan maklum balas yang penting telah diperolehi (lampiran 7).

Penggunaan “Smart Sign” ini wajar dipraktikkan ke seluruh PBT bukan sahaja di Negeri Melaka

mahupun di seluruh Malaysia. Kejayaan dalam penggunaan “Smart Sign” oleh keseluruhan PBT

dinegeri Melaka ianya bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada kumpulan Colourland

khususnya dan MBMB amnya malah ianya akan menaikan imej seluruh Pbt di negeri Melaka

dipandangan PBT PBT lain di Malaysia.

SIGNIFIKAN PROJEK & PEMBUKTIAN

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

2.0 Kaitan dengan fungsi jabatan.

Projek kik ini adalah penambahbaikan sistem plet permit yang sediada selaras dengan

fungsi jabatan untuk memastikan permohonan kelulusan pelan-pelan bangunan yang diberikan

selaras dengan dasar dan peruntukan akta jalan parit dan bangunan 1974 (akta 133) bagi

memudahkan anggota jabatan Kawalan Bangunan untuk melakukan semakan dan pemantauan

terhadap premis. Menambahbaik kaedah supaya pengusaha premis dapat mematuhi syarat dan

arahan dari segi permohonan dan pembayaran pembaharuan permit dari jabatan kawalan

bangunan mengikut objektif jabatan sendiri memperbaiki serta mengemaskini sistem dan

prosedur memproses kelulusan pelan-pelan bangunan supaya menjadi lebih teratur, berkesan dan

pantas serta dapat memberi kepuasan kepada pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan

(Lampiran 8).

2.1 Kaitan dengan fungsi MBMB

Membantu untuk merialisasikan saranan kerajaan dengan memberi perkhidmatan dan

impak sosial yang sangat berkesan dan menyumbang kearah kemakmuran Bandaraya Melaka

Bersejarah seiring dengan objektif MBMB iaitu menyediakan dan memastikan sistem

pengurusan sumber dan penyampaian perkhidmatan yang dinamik, cekap dan berkesan ke arah

persekitaran kerja yang kondusif.

Menjadikan taska, tadika, pusat jagaan dan pusat tuisyen di bawah kawasan pentadbiran

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lebih teratur,seragam dan mematuhi undang-undangn yang

telah ditetapkan serta memahami sistem perundangan.Sehubungan dengan misi MBMB iaitu

membudayakan sistem tadbir urus korporat yang cekap dan berintegriti dengan perlaksanaan

peraturan, penggemblengan sumber secara efektif serta pengamalan persekitaran yang kondusif

(lampiran 9).

2.3 Kaitan dengan Agenda Nasional

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Hasil dari kreativti dan inovasi projek ini memudahkan pihak berkuasa tempatan dan agensi

lain yang terlibat untuk melakukan semakan dan pemantauan terhadap premis yang berkenaan

sejurus dengan perkara keenam (6) prinsip pemangkin kecermelangan dalan agenda nasional

iaitu penjawat awam perlu menampilkan pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi

menyahut cabaran untuk memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai

dan sentiasa berubah (lampiran 10).

Keberhasilan projek KIK ini yang mampu memberi perkhidmatan yang lebih efektif dan

tanggungjawab oleh semua pihak dapat dilaksanakan dengan baik adalah berketepatan dengan

hasrat utama Program Transformasi Kerajaan (GTP) menjadikan kerajaan sebuah entiti yang

lebih efektif dan bertanggungjawab (lampiran 11)

Apabila segala peruntukan undang-undang,peraturan dan garis panduan difahami juga

mudah untuk diaplikasikan ianya akan menggalakkan pengusaha untuk mengembangkan lagi

perniagaan mereka. Secara tidak langsung perkara ini mampu memberi impak yang baik kepada

ekonomi sektor swasta. Perkara pertama dari lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dalam

Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat di implimintasikan iaitu menyuburkan kembali

sektor swasta untuk mendorong pertumbuhan ekonomi (lampiran 12)

2.4 Kaitan dengan kehendak Pelanggan dan 'Stakeholder'

Pengujudkan keseragaman papan tanda 'Smart Sign' ini terhadap premis agar mudah

dikenalpasti oleh orang awam dan sekaligus mengurangkan penyalahgunaan papan tanda oleh

pihak yang tidak bertanggungjawab.''Smart Sign'' ini mampu menjadi satu identiti kepada

pengguna bagi mengenalpasti premis adalah berkelulusan untuk menjalankan aktiviti perniagaan

tersebut. Prinsip kreativiti dan inovasi mampu memberi nilai tambah yang tinggi dalam

perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Oleh yang demikian tercapailah matlamat untuk

memenuhi kehendak kesemua pihak iaitu dari Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB sendiri,agensi-

agensi teknikal yang berkaitan,pengusaha-pengusaha swasta juga turut memberi kehendak dan

idea yang sama pihak pengguna. Projek “Smart Sign'' ini juga mendapat perhatian dari keempat-

empat PBT didalam Negeri Melaka. (Kaji selidik 4 berkaitan / Lampiran 4).

2.5 Kaitan dengan Ekosistem dan keadaan semasa.

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Penggunaan sumber yang minimal (efisien) dengan penghasilan kerja yang maksimum

(efektif) dapat membantu sistem perlaksanaan yang cekap. Kepesatan pertumbuhan ekosistem

dalam keadaan semasa sekarang ini perusahaan pusat taska, tadika dan pusat jagaan sangat

menggalakan untuk membantu pendapatan. Bagi mengelakan ketidak telusan dalam

perkembangan ekosistem ini “Smart Sign'' adalah salah satu idea yang kreatif serta inovatif yang

amat terbaik. Hanya dengan tindakan mengenal pasti papan tanda seragam ini mampu memberi

keselesaan kepda semua pihak dalam ekosistem yang berkualiti. Perkara ini boleh dikaitkan

dengan slogan Kerajaan Negeri Melaka sendiri iaitu “Melaka Berwibawa”.

TINDAKAN PENYELESAIAN & PEMBUKTIAN

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Setelah kumpulan Colourland menjalankan beberapa kajian bagi cadangan penyelesaian

masalah kesukaran untuk mengenalpasti, memantau dan membuat semakan keatas premis, maka

kumpulan telah memilih kaedah “Design Thinking'' bagi mendapatkan solusinya. Langkah

pertama yang dilakukan ialah mengkaji semula plet sediada yang dibekalkan kepada pengusaha.

Semakan tapak (Immerse) dilakukan keatas premis mendapati (Observation) dengan saiz plet yang

agak kecil menyebabkan pengusaha hanya mempamerkan plet tersebut didalam premis. Pengusaha

menjadikan alasan saiz plet tersebut untuk tidak mempamerkan plet tersebut diluar premis (Engage)

dan kesukaran untuk kerja-kerja semakan dan pemantauan dilakukan. Elemen Emphatized

dijadikan aspek utama dalam cadangan untuk menambahbaik saiz plet yang sediada.

*Lampiran 13 adalah pembuktian proses pertama bagi menyelami (Immerse),membuat

pemerhatian(Observation) & melibatkan diri (Engage) dalam mengenalpasti permasalahan

*Kaji selidik 5 / Lampiran 5 berkaitan adalah permulaan proses untuk kajian Plet sediada

Penakrifan (Define) tindakan bagi penyelesaian permasalahan ini adalah penggunaan saiz

plet yang sediada tidak lagi efektif. Dalam sesi Emphatize, analisis telah menimbulkan satu idea

dengan penggunaan saiz plet sediada kepada yang lebih besar dan efektif. Setelah melihat (we met)

permasalahan ini sendiri ditapak penemuan (amaze to discover) juga telah dijejaki maka kumpulan

Colourland ingin membantu dalam mewujudkan solusi (we aim to help) bagi memudahkan

kesemua pihak yang terlibat. Kaji selidik dan penerangan bagi mendapatkan pandangan solusi

untuk menambahbaik saiz plet sediada telah dijalankan kepada pengusaha dan agensi terlibat pada

12 December 2017 (kaji selidik 4 / Lampiran 4) & (Lampiran 14 – gambarajah permasalahan plet

sediaada).

Pelan tindakan penyelesaian diperoleh bagi penyelesaian masalah ini adalah dengan

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

penggunaan plet yang lebih besar supaya mudah dilihat. Cetusan idea yang pertama (Ideate) adalah

dengan mensyaratkan keseragaman warna mengikut kategori permit dibahagian tampak utama

premis.Idea ini kurang efektif kerana terdapat pengusaha yang mempunyai identiti sendiri.

Penjanaan idea yang kedua adalah dengan membina satu template khas yang berukuran seperti plet

sediada tetapi di pasang secara “bolt & nut” di tiang hadapan premis. Beberapa lagi idea

rekabentuk plet juga dapat dihasilkan. Penghasilan idea ketiga adalah penggunaan plet yang

mempunyai kaki pendiri. Plet akan dipamerkan di halaman atau didalam kawasan premis itu

sendiri. Sehubungan dengan idea kedua dan ketiga,terdapat kekangan kepada pengusaha yang

menjalankan aktiviti di bangunan lot komersial (kedai/pejabat).Kawasan yang terhad adalah perlara

yang menyebabkan kedua-dua idea ini tidak efektif.

Plet perlu mudah dilihat dan mampu membeza kategori permit adalah isu yang utama dalam

merekabentuk dan penambahbaikan plet sedia ada. Kumpulan KIK mencari solusi dengan cetusan

idea keempat iaitu penggunaan plet yang terdapat simbol mengikut kategori permit.Saiz plet ini

adalah 2' x 3'.Plet ini dijangka akan dipasang secara “bolt & nut” ditampak hadapan premis. Idea

ini dijadikan prototype yang pertama dihasilkan. Hasil prototype yang keempat ini mendapat

pandangan dan komen dari ahli bahwa tidak berapa menarik. Dan tidak sesuai bagi premis yang

hadapannya dibina dari kaca atau cermin.Idea yang keempat ini ditambahbaik dengan penggunaan

saiz yang lebih besar. Disusuli dengan idea kelima iaitu satu plet besar yang berukuran 3'x 7'(saiz

pintu) dicadangkan dan dijadikan prototype yang kedua.

Akhirnya,setelah perbincangan dilakukan oleh ahli kumpulan KIK maka idea kelima ini

boleh digunakan tetapi perlu diubah kepada saiz yang lebih sesuai. Konsep penjanaan idea (Ideate)

menimbulkan beberapa perkara yang perlu difikirkan berkenaan saiz tersebut. Pindaan saiz dan

skala yang besar telah direka kepada saiz yang lebih senang dan mudah untuk dilaksanakan iaitu

saiz 1'6” x 4'. Penetapan warna mengikut kategori permit juga memberi kesan daya tarikan kepada

semua pihak. Maka, selepas proses penjanaan idea ini dilakukan maka tercipta “Smart Sign” yang

berukuran 1'6” x 4' yang akan dipasang di hadapan setiap premis secara “bolt & nut” pada dinding

konkrit dan pelekat pada dinding berkaca. Ahli kumpulan berusaha untuk menghasilkan model

(Prototype) untuk dipromosikan kepada Jabatan Teknikal dan semua pengusaha. Smart sign ini

akan disertakan sekali plet tahunan dan sticker “QR Code”. Penggunaan “QR Code” ini dapat

menjamin ketulinan plet yang dipasang dan memudahkan semua pihak untuk meyemak berkenaan

kelulusan premis tanpa perlu merujuk kepada pihak PBT.(Lampiran 15)

Perlaksanaan tindakan penyelesaian ini telah mula di jalankan pada bulan Disember

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

2017. Semua pengusaha perlu membuat bayaran lanjut tempoh permit termasuk dengan tambahan

bayaran smart sign semasa membuat pembaharuan permit tahunan.(Lampiran 16 – arahan penggunaan

“smart sign”)

Setelah bayaran dijelaskan Smart Sign akan dipasang oleh syarikat konsesi yang dilantik. Pelekat

QR Code akan dipasang oleh pegawai dari Jabatan Kawalan Bangunan sendiri. Secara tidak

langsung pegawai telah membuat semakan keatas premis berkenaan semasa pemasangan pelekat

tersebut.

Tempoh enam bulan pertama bagi tahun 2018 (Jan – Jun) adalah percubaan bagi

perlaksanaan projek KIK Jabatan Kawalan Bangunan. Promosi bagi memperkenalkan “Smart Sign”

ini diteruskan lagi kepada keempat-empat PBT di Negeri Melaka bagi mendapat pandangan dan

cadangan penambahbaikan jika ada. Rata-rata kesemua PBT tersebut bersetuju dan menyokong

penuh projek “Smart Sign” yang sedang dijalankan. Usaha diteruskan bagi mendapatkan

pertaulihan dan hakcipta dipergiatkan.Permohonan untuk mendapatkan hakcipta terpelihara sedang

dalam proses.

Peringkat yang seterusnya ialah Keberhasilan Projek dan kesan jangka pendek. Setelah 6

bulan penggunaan “Smart Sign”ini diperkenalkan kumpulan KIK telah membuat satu kaji selidik

bagi mendapat tahu kesan jangka pendek yang dinikmati oleh pengusaha,jabatan teknikal dan

ibubapa sendiri.Impak penjimatan masa untuk pegawai melakukan pemantauan terhadap permit-

permit tersebut adalah kesan outcome projek bagi suatu jangka pendek yang utama didapati..

Penggunaan smart sign ini bukan sahaja membantu dari pihak Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB

sahaja tetapi telah membantu jabatan teknikal yang lain dalam memastikan sesebuah premis itu

telah mempunyai kelulusan dari PBT.

Ibubapa juga lebih yakin dan tidak perlu ragu-ragu dengan premis dan pengusaha untuk

mendapatkan perkhidmatan mereka selepas melihat smart sign ini di pamerkan. Ibubapa juga boleh

membuat semakan sendiri melalui aplikasi telefon pintar dengan mengimbas “QR Code” yang ada

pada plet. Pengusaha juga dapat mempromosikan premis tersebut dengan adanya smart sign ini.

Apabila ibubapa melihat smart sign ini dipamerkan pada premis mereka lebih yakin untuk

menghantar anak-anak mereka. Sedikit sebanyak dengan adanya penggunaan “Smat Sign” ini

mampu menambah hasil kepada pengusaha atas dasar keyakinan ibubapa menghantar nak mereka.

(Lampiran 18 – Statistik Kaji Selidik 6 : Kesan Jangka Pendek & data pembuktian dari pengusaha dan

jabatan teknikal).

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Diperingkat untuk mendapatkan Impak Projek (luar jangka & pembuktian) perkara ini

sangat baru untuk kumpulan KIK menentukanya. Secara mata kasar apa yang kumpulan KIK ini

mampu lakukan diperingkat yang lebih tinggi adalah mencadangkan penggunaan yang menyeluruh

dinegeri Melaka terlebih dahulu. Bukan sahaja hasil majlis meningkat, yang penting ianya mampu

memberi kesedaran kepada semua pihak terhadap kepentingan kelulusan dari Pihak

Berkuasa Tempatan.

Penggunaan “Smart sign” ini sebagai media kepada pengusaha untuk mempromosi lagi

perniagaan mereka dengan yakin. Hasil kepada pihak berkuasa tempatan juga mampu

ditingkatkan sekiranya pengusaha mengikut dan membuat permohonan terlebih dahulu.(Lampiran

19 – Hasil permohonan yang diterima oleh Jabatan Kawalan Bangunan)Setelah tahap kesedaran yang

tinggi dipupuk kepada pengusaha maka kesalahan melanggar peraturan dan undang-undang

dapat dikurangkan. Secara tidak langsung Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

berkenaan Permit dapat dilaksanakan dengan penuh kefahaman oleh semua pihak.

Semua pihak akan merasa senang dan mudah terutama agensi yang terlibat bagi kerja-

kerja pemantauan dan penguatkuasaan. Kerja-kerja semakan dapat dilakukan dengan mudah.

Langkah ini mampu menjimatkan masa,tenaga dan wang bukan sahaja anggota terlibat ianya

juga berkait rapat dengan hasil dan perbelanjaan majlis. Maka, tercapailah hasrat kerajaan dimana

hasil yang diperoleh dibelanjakan dengan efektif dan berkesan.Tidak akan berlaku ketirisan dan

pembaziran wang serta tahap integriti anggota juga mampu dipertingkatkan.

Potensi pengembangan Inovasi :

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Setelah sesuatu penyataan masalah dapat diselesaikan dengan adanya pelan-pelan tindakan

dan perlaksanaan maka potensi untuk pengembangan projek tersebut mampu dipergiatkan lagi.

Sesuatu hasil yang baik dan mampu memberi kepuasan kepada semua pihak haruslah diperluaskan

lagi penggunaannya. Kumpulan KIK Jabatan Kawalan Bangunan bercadang untuk mengsyorkan

kepada Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBMB untuk mengadakan satu konvensyen Jabatan

Kawalan Bangunan bagi semua PBT dalam Negeri Melaka. Konvensyen ini bagi mengadakan satu

perbincangan dan kata sepakat bagi kesemua isu-isu berkaitan bangunan yang mampu mendapatkan

keputusan sebulat suara dalam perlaksanaan undang-undang dan peraturan berkaitan bangunan.

Penggunaan “Smart Sign” ini akan diketengahkan bagi usaha untuk persiapan awal bagi

hasil yang boleh digunapakai bersama. Hasrat kumpulan KIK dan Jabatan agar hasil yang sangat

memberangsangkan dari projek KIK ini dapat pengkomersialan dari keempat-empat PBT dinegeri

Melaka.Sewajarnya, tercapai hasrat kerajaan negeri iaitu “Melaka Berwibawa”. Justeru itu,

sokongan yang ditunjukan oleh semua PBT dinegeri Melaka ini menambahakan lagi keyakinan

kumpulan kami untuk mengembangkan lagi idea ini keseluruh Malaysia. Sekiranya penggunaan

“Smart Sign” ini digunakan diseluruh Malaysia ianya akan menjadi kebanggaan kumpulan

Colourland dan MBMB amnya.

Akhir kata, dari kebanyakan masalah yang dikaji dan diselesaikan yang sangat tingi potensi

masalah itu sendiri. Pengkajian dan soal selidik serta pandangan dari semua pihak dan agensi

terlibat dapat menghasilkan suatu cadangan penyelesaian yang memudahkan dan memberi manfaat

kepada semua pihak. Satu masalah yang timbul, dibincang diolah untuk memastikan kelancaran

dan mampu diselesaikan dengan kaedah yang terbaik. Perlaksanaan yang mudah dari pihak terlibat

adalah hasil dari komunikasi dua hala yang baik. Kesepakatan dapat dicapai dan hasilnya sangat

luarbiasa. Bukan sahaja diperingkat Negeri malahan mampu diperluaskan diperingkat seluruh

negara.Hasrat kumpulan KIK Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB iaitu Kumpulan Colourland

adalah mampu melihat penggunaan hasil projek ini “SMART SIGN” diguna pakai di seluruh

Malaysia.

Sekian Terima kasih.

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Senarai Lampiran :

Lampiran 1 - Senarai Fungsi,Objekif,Misi & Visi Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB

Lampiran 2 - Senarai Fungsi,Objekif,Misi & Visi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,

MBMB.

Lampiran 3 - Agenda Nasional

Lampiran 4 - Program Tranformasi Kerajaan (GTP)

Lampiran 5 - Program Traformasi Ekonomi (ETP)

Lampiran 6 - Gambarajah Kaedah “Design Thinking” (EMPHATIZE)

Lampiran 7 - Gambarajah Penakrifan (Define): Permasalahan plet sediada.

Lampiran 8 - Percambahan Idea Bagi Penambahbaikan Plet (Prototype).

Lampiran 9 - Surat Makluman Perlaksanaan Plet Seragam “Smart Sign”.

Lampiran 10 - Lawatan Kerja Anggota JKB,MBMB ke PBT luar

Lampiran 11 - Sijil Penyertaan KIK MBMB 2017.

Halaman Laporan

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

Halaman Topik

1 Pengenalan Latar Belakang Kumpulan KIK

Jabatan Kawalan Bangunan,MBMB.

2 Latar Belakang Projek dan Penglibatan Pihak Pengurusan

3 - 4 Ringkasan Esekutif Projek.

5 - 7. Signifikan Projek & Pembuktian

Tindakan Penyelesaian & Pembuktian

8 Cadangan Penyelesaian

9 Pelan Tindakan Penyelesaian

10 Perlaksanaan Tindakan Penyelesaian

Keberhasilan Projek

Outcome Projek & Pembuktian

Kesan Jangka Pendek & Nilai Tambah.

11 Impak Projek (Luar Jangka)

Kesan Jangka Panjang & Impak kepada Negara.

12 Potensi Pengembangan Inovasi

Tahap Ketersediaan dan pengkomersialan

Penutup

13 Lampiran

*LAMPIRAN 13

Pembuktian proses pertama bagi menyelami (Immerse),membuat pemerhatian(Observation) &

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

melibatkan diri (Engage) dalam mengenalpasti permasalahan

DESIGN THINKING

EMPATHIZE

IMMERSE OBSERVATION ENGAGE

(Menyelami Memerhati Melibatkan diri

Pengalaman Tindakan dalam tindakan

Pengguna) Pengguna pengguna

- Kesukaran untuk - Melihat sendiri ibubapa - Temubual dengan

mengenal pasti sukar untuk mendapatkan ibubapa tentang

premis mempunyai maklumat perusahaan kesukaran mendapat

kelulusan atau tidak dan premis. Maklumat premis

- Semakan yang berulang

ditapak dan dipejabat

*LAMPIRAN 14

Gambarajah permasalahan plet sediaada).

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

DEFINE / PENAKRIFAN : Kesimnambungan Hasil Dari EMPATHIZE

PERMASALAHAN

PIHAK TERLIBAT

MAKLUMBALAS

- Plet sediada bersaiz kecil (Kertas A4).Hanya di simpan didalam fail. - Tidak dipamerkan. - Dipamerkan didalam premis dan sukar untuk dilihat. - Kesukaran untuk memastikan kelulusan premis.

Agensi Teknikal

- Plet bersaiz kecil. - Kaedah perletakan tidak sesuai (sukar untuk di lekatkan) - Hanya simpan didalam fail. - Plet akan hilang dan vandalisme jika diletakkan diluar premis.

Pengusaha

- Kesukaran untuk mendapatkan maklumat kelulusan premis. - Tidak pasti sama ada plet yang dibekalkan tulen atau palsu. - Tidak ada pengesahan dari PBT. - Plet sukat dilihat kerana saiz yang kecil.

Ibubapa

*LAMPIRAN 15 – Percambahan Idea (Ideate) & Penambahbaikan Plet (Prototype)

SETUJU

SETUJU

SETUJU

“Smart Sign”@JKB

Colourland_JKB

5.Plet direka bersaiz sebesar pintu

6.”Smart sign”

IDEATE

PROTOTYPE

1.Identiti seragam tampak

hadapan premis

2.“bolt & nut” di tiang

hadapan premis

3.plet yang mempunyai kaki

pendiri

4.plet yang terdapat simbol

mengikut kategori permit