smart pontoon jabatan pengairan dan saliran negeri...
TRANSCRIPT
SMART PONTOON
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PAHANG
BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
Pengenalan
Latar Belakang BPME JPS Pahang, Semambu, Kuantan
BPME JPS Pahang merupakan sebahagian daripada struktur organisasi JPS Negeri Pahang yang
beroperasi di Semambu, Kuantan. Dengan keluasan 200 meter persegi. Terletak di 10 kilometer
dari bandar Kuantan berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Semambu, Kuantan.
Keterangan Tentang Organisasi
a) Alamat Organisasi
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pahang
Peti Surat 246, Semambu,
25730 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
b) Objektif Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal
Menyediakan infrastruktur jalanraya, bangunan dan perkidmatan kejuruteraan bagi
memenuhi dasar Pembangunan Negara dan Kerajaan Negeri yang menumpukan
kepada:
1. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang di persetujui dalam Q-plan dengan
varian 10%
2. Menyediakan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%
3. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%
4. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelangan kepada tahap 70% (Berdasarkan Kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan )
5. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan
memastikan kurang daripada 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri -ciri berikut:
* Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk
* Keselamatan penggunaan
* Kemudahan senggara
* Mutu ketukangan (workmanship)
c) Visi JPS Negeri Pahang
Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan
infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.
d) Misi JPS Negeri Pahang
Misi JPS Ialah untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dengan:-
1. Membantu pelangan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang
konsisten.
3. Menyedikan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada
5. Membangunkan modal insan dan kompentensi baru
6. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan
LAPORAN INOVASI
Tujuan projek inovasi
Tujuan sebenar projek inovasi dilaksanakan adalah bagi mencari satu mekanisma yang sesuai
untuk memudahkan kerja disamping berfungsi sebagai peralatan yang ringkas, cepat serta
boleh digunakan oleh sesiapa sahaja atau bukan pekerja mahir serta berkesan, menjimatkan
masa serta kos pembaikan dan mesra penggunaan.
Proses perlaksanaan inovasi
Proses perlaksanaan projek inovasi secara keseluruhannya di lakukan di bahagian bengkel
BPME. Tenaga kerja untuk menjayakan projek inovasi ini dilakukan sendiri oleh semua ahli
inovasi JPS BPME.
Permasalahan ditapak sewaktu kerja pemasangan pam bergerak.
Sebelum inovasi
1) Aspek keselamatan :-
Pekerja terpaksa masuk ke dalam air.
2) Aspek penjimatan :-
Masa :-memerlukan masa yang agak lama untuk kerja pemasangan pam bergerak.
Kos penyelenggaraan :- Kos penyelenggaraan yang tinggi melibatkan aksesori mekanikal.
(footvalve, coupling dll)
Kos pekerja:-melibatkan tenaga kerja yang ramai. (4 orang)
Selepas inovasi
1) Aspek keselamatan :-
Pekerja tidak perlu turun ke dalam air, secara tidak langsung pekerja selamat dari
terdedah dengan bahaya didalam air.
2) Aspek penjimatan :-
Masa :-Penggunaan masa yang singkat untuk kerja pemasangan pam bergerak.
Kos penyelenggaraan :-secara keseluruhan menjimatkan kos penyelenggaraan aksesori
mekanikal. (footvalve,coupling dll)
Kos pekerja:-secara tidak langsung mengurangkan penggunaan tenaga kerja di tapak
dari 4 orang kepada 2 orang
IMPAK INOVASI
Elemen signifikan
Pengurangan Kos Operasi :-
Sebelum pelaksanaan projek
Kos pembelian footvalve (10 unit)@RM678.00 RM 6,780.00
Kos selenggara (40 unit)@RM100.00 RM 4,000.00
JUMLAH RM 10,780.00
Selepas pelaksanaan projek
Kos pembelian footvalve (5 unit)@RM678.00 RM 3,390.00
Kos selenggara RM 0.00
JUMLAH RM 3,390.00
PENJIMATAN KOS KESELURUHAN ADALAH
RM 10,780.00 – RM 3,390.00 = RM 7,390.00
Penjimatan Masa :-
Sebelum pelaksanaan projek
Masa pemasangan sebuah pam bergerak 5 jam
Selepas pelaksanaan projek
Masa pemasangan sebuah pam bergerak 2 jam
Penjimatan masa yang diperolehi 3 jam
Elemen keberkesanan
Peningkatan Hasil :-
Sebelum pelaksanaan projek
Bilangan pam bergerak yang dapat dipasang sehari 1 unit
Selepas pelaksanaan projek
Bilangan pam bergerak yang dapat dipasang sehari 2 unit
Peningkatan hasil diperolehi 1 unit
Pengurangan pekerja
Sebelum pelaksanaan projek
Bilangan pekerja yang terlibat adalah 4 orang
Selepas pelaksanaan projek
Bilangan pekerja yang terlibat adalah 2 orang
Pengurangan pekerja 2 orang
Elemen releven
Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan
Sebelum pelaksanaan projek
Masa pemasangan sebuah pam bergerak mengambil masa yang
agak lama dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini menyebabkan
kpa terpaksa menanggung masa pemasangan yang lama dan kos
yang tinggi.
Selepas pelaksanaan projek
Masa pemasangan sebuah pam bergerak dapat dikurangkan dan
kos penyelenggaraan dapat dijimatkan.
Lain-lain Faedah
Dapat mengurangkan jumlah pekerja daripada 4 orang kepada 2
orang sahaja dalam kerja pemasangan pam bergerak di tapak.
Tempoh pemasangan yang singkat dapat memberikan ruang dan
peluang kepada jabatan untuk melaksanakan lain-lain perancangan
dalam mempertingkatkan produktiviti jabatan.
Kerja lebih teratur, cepat, mudah dan bersistematik
Pekerja dapat mencetuskan idea kreatif untuk dimanafaatkan
dalam tugas seharian.
Pekerja tidak perlu turun ke dalam air untuk memasang paip
Sedutan.
Elemen inovatif/kreativiti
i. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu kepada pekerja yang
mahir.
ii. Tidak perlu lagi untuk turun kedalam air.
iii. Tidak perlu lagi masa yang lama untuk pemasangan pam bergerak.
iv. Hanya memerlukan dua pekerja sahaja untuk melaksanakan kerja
pemasangan pam bergerak.
v. Tiada lagi kos penyelenggaraan yang tinggi.
vi. Tiada risiko lemas dan serangan binatang buas( buaya, ular dll)
Pengiktirafan
JOHAN CABARAN INOVASI JPS PAHANG 2016
KETIGA PERTANDINGAN
CABARAN INOVASI JPS MALAYSIA 2017
SIJIL PENGHARGAAN SERTA SOKONGAN
IADA PEKAN (KAWASA PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU)
JABATAN KERJA RAYA (CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI)
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)
KPA (KUMPULAN PENGGUNA AIR) PAHANG TUA, GANCHONG &
PULAU RUSA.
PENUTUP
PENGHARGAAN
Kepada Yang Terlibat.
Kami ahli-ahli kumpulan Automech mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung diatas bantuan serta sokongan yang telah diberikan terutamanya kepada:-
i) IADA Pekan ii) KPA skim pengairan paya Pahang tua
1. Penasihat Kumpulan Automech.
Encik Mohd Hafizulrahman bin Aripin
Ketua Penolong Pengarah Kanan Mekanikal, JPS Pahang.
2. Fasilitator Kumpulan Automech.
Encik Mohd Aliff bin Ghazali
Penolong Pengarah mekanikal
3. Kakitangan BPME JPS Pahang.
Disediakan oleh:
Nama pegawai/Unit terlibat : JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
Tel : 019-9111491
Emel :[email protected]