slt minggu 2

3
SLT minggu 2 Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menjadikan kurikulum Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula tahun 2014. Sebelum ini seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah telah diajar di peringkat sekolah menengah manakala di peringkat sekolah rendah, subjek ini diterapkan di dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua. Lantaran itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subjek Sejarah ini bermula pada Tahap Satu dengan berkonsepkan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen. Pendekatan ini bersesuaian dengan elemen yang diterapkan di dalam KSSR iaitu belajar melalui bermain. Tambahan lagi, melalui pendekatan seperti ini, guru-guru dapat mengubah perspektif sesetengah pelajar yang menganggap Sejarah adalah subjek yang membosankan. Pengalaman langsung para pelajar melihat bahan- bahan tinggalan sejarah lampau yang ada di Malaysia melalui aktiviti seperti lawatan contohnya mampu membuka minda mereka untuk lebih menghargai peninggalan sejarah yang ada di negara kita. Seterusnya, jika kita lihat sukatan pelajaran Sejarah bagi sekolah rendah yang telah digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi elemen yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar sekolah rendah di samping memudahkan mereka untuk memahami subjek tersebut.

Upload: nurshaidatulafina

Post on 18-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SLT minggu 2Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.Kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menjadikan kurikulum Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula tahun 2014. Sebelum ini seperti yang kita sedia maklum, mata pelajaran Sejarah telah diajar di peringkat sekolah menengah manakala di peringkat sekolah rendah, subjek ini diterapkan di dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua. Lantaran itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subjek Sejarah ini bermula pada Tahap Satu dengan berkonsepkan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen. Pendekatan ini bersesuaian dengan elemen yang diterapkan di dalam KSSR iaitu belajar melalui bermain. Tambahan lagi, melalui pendekatan seperti ini, guru-guru dapat mengubah perspektif sesetengah pelajar yang menganggap Sejarah adalah subjek yang membosankan. Pengalaman langsung para pelajar melihat bahan-bahan tinggalan sejarah lampau yang ada di Malaysia melalui aktiviti seperti lawatan contohnya mampu membuka minda mereka untuk lebih menghargai peninggalan sejarah yang ada di negara kita. Seterusnya, jika kita lihat sukatan pelajaran Sejarah bagi sekolah rendah yang telah digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi elemen yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar sekolah rendah di samping memudahkan mereka untuk memahami subjek tersebut. Oleh itu, sukatan pelajaran yang sesuai telah digubal bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini menjelang tahun 2014. Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air merupakan antara topik yang diberi keutamaan dalam subjek berkenaan bagi menyuntuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda. Nilai-nilai seperti ini seharusnya dipupuk dalam diri warganegara Malaysia semasa di bangku sekolah rendah lagi agar semangat cintakan negara akan terpahat kukuh di hati rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.Seterusnya, perspektif mata pelajaran Sejarah yang terkandung di dalam kurikulum Sejarah telah disusun secara berperingkat. Pada peringkat permulaannya pelajar didedahkan dengan pengenalan terhadap mata pelajaran Sejarah. Bermula pada peringkat ini pelajar telah didedahkan dengan perkaitan Sejarah dalam kehidupan mereka. Melalui cara ini mereka akan lebih memahami kepentingan untuk mempelajari subjek ini yang mempunyai banyak kelebihannya. Peringkat yang seterusnya pula pelajar didedahkan dengan sejarah negara kita bermula dari Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah terbentuknya negara Malaysia yang turut merangkumi negeri Sabah dan Sarawak. Selain itu, para pelajar di bangku sekolah rendah ini juga didedahkan dengan pembinaan jati diri bangsa negara melalui paparan mengenai kedaulatan negara, Yang di-Pertuan Agong, pencapaian negara yang membanggakan dan sebagainya. Topik-topik ini mampu menyemai semangat cintakan negara dengan mendalam dalam kalangan pelajar sejak mereka kecil lagi. Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri. Justeru, langkah kerajaan Malaysia bagi menerapkan subjek Sejarah berakar umbi di peringkat kanak-kanak lagi amat disetujui sebagai langkah yang bijak untuk melahirkan rakyat yang sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan negara.Kesimpulannya, pelaksanaan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah amat penting supaya masalah buta sejarah dalam kalangan warganegara Malaysia dapat diatasi. Lantaran itu, penerapan subjek ini sejak kanak-kanak lagi mampu menyuntik minda anak-anak kecil ini untuk lebih menghargai warisan sejarah negara yang telah dimanahkan oleh generasi terdahulu. Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya.