slot 5 & 6 a dsp

20
Draf ikut band untuk JUK DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 3

Upload: norhaziahzakaria

Post on 01-Jan-2016

72 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SLOT 5 & 6 A DSP

Draf ikut band untuk JUK

DSP Sejarah Tingkatan 325 Jun 2013/ Sri Petaling

STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

SEJARAH

TINGKATAN 3

Page 2: SLOT 5 & 6 A DSP

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

2

Page 3: SLOT 5 & 6 A DSP

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan

untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai

perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

3

Page 4: SLOT 5 & 6 A DSP

TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

4

Page 5: SLOT 5 & 6 A DSP

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

5

Page 6: SLOT 5 & 6 A DSP

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHUMurid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

6

Page 7: SLOT 5 & 6 A DSP

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan

sepanjang hayat serta mampu berdikari.OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan

negara dan mempertahankan maruah bangsa.OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat

antarabangsa.OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

7

Page 8: SLOT 5 & 6 A DSP

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .

4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.

5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

8

Page 9: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

1

TAHU

B1Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

B1D1Mengetahui perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

Bab 1B1D1E1Menyatakan faktor perluasan kuasa Jepun

B1D1E2Menamakan tokoh tempatan yang berjuang menentang pendudukan Jepun (UP)

Bab 2B1D1E3Menyenaraikan tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union (UP)

Bab 3B1D1E4Menyatakan sebab orang Melayu menolak fahaman komunis

Bab 4B1D1E5Menyenaraikan usaha membentuk kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri

Minimum 2 faktor

Minimum 2 tokoh

Minimum 2 tokoh

Minimum 2 sebab

Minimum 2 usaha

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

9

Page 10: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

2

TAHU DAN FAHAM

B2Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

B1D2Mengetahui pembentukan Persekutuan Malaysia

B2D1Memahami perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

Bab 5B1D1E6Memerihalkan Rombongan Merdeka 1956

Bab 6B1D1E7Menamakan pemimpin tempatan yang menentang penjajahan British di Sarawak (UP)

Bab 7B1D2E1Menyenaraikan tokoh tempatan yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia (UP)

Bab 1B2D1E1Menjelaskan gerakan anti-Jepun di negara kita

Bab 2B2D1E2Menjelaskan penubuhan UMNO

Bab 3B2D1E3Menjelaskan keganasan komunis di negara kita pada Zaman Darurat

Minimum 2 isi

Minimum 2 pemimpin

Minimum 2 tokoh

Minimum 3 gerakan + 1 huraian setiap gerakan

Minimum 3 fakta + 1 huraian setiap fakta

Minimum 3 keganasan + 1 huraian setiap keganasan

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

10

Page 11: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

B2D2Memahami pembentukan Persekutuan Malaysia

Bab 4B2D1E4Menjelaskan pembentukan Parti Perikatan secara kronologi (KPS)

Bab 5B2D1E5Menjelaskan usaha mendapatkan kemerdekaan negara secara kronologi (KPS)

Bab 6B2D1E6Menjelaskan faktor penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British

Bab 7B2D2E1Menjelaskan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia

Bab 7B2D2E2Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia

3 peringkat perkembangan + 1 huraian setiap peringkat perkembangan

Minimum 3 usaha + 1 huraian setiap usaha secara kronologi

Minimum 3 faktor merangkumi Sarawak dan Sabah + 1 huraian setiap faktor

Minimum 3 matlamat + 1 huraian setiap matlamat

Minimum 3 negara + 1 huraian setiap negara

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

11

Page 12: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

3

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

B3Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme

B3D1Menerangkan perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

Bab 1B3D1E1Menerangkan dasar pemerintahan Jepun di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial

Bab 3B3D1E2Menerangkan kesan Zaman Darurat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial

Bab 4B3D1E3Menerangkan Sistem Ahli

Bab 5 B3D1E4Menerangkan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Perlembagaan Merdeka)

Bab 6B3D1E5Menerangkan gerakan antipenyerahan di Sarawak

Minimum 3 aspek + 2 huraian setiap aspek

Minimum 3 kesan + 2 huraian setiap aspek meliputi semua aspek

Minimum 3 latar belakang + 3 ciri + 2 anggota

Minimum 2 ahli Suruhanjaya Reid + 2 tugas Suruhanjaya Reid + 4 kandungan perlembagaan

Minimum 2 sebab + 1 huraian setiap sebab, 2 tokoh, 2 cara + 1 huraian setiap cara

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

12

Page 13: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

4

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB

B4Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme

B3D2Menerangkan pembentukan Persekutuan Malaysia

B4D1Menganalisis perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air

Bab 7B3D2E1Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia secara kronologi (KPS)

B3D2E2Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

Bab 1B4D1E1Menganalisis reaksi penduduk semasa pemerintahan Jepun di negara kita (KPS/UP)

Bab 1B4D1E2Menganalisis faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di negara kita (KPS)

Bab 2B4D1E3Menganalisis penentangan terhadap Malayan Union dalam aspek faktor, cara dan kesan

Minimum 3 langkah + 2 huraian secara kronologi

Senarai semak/ rubriks/ pemerhatian/ evidens murid

Minimum 3 reaksi (kaum atau negeri) + 3 huraian setiap reaksi + 4 kesan umum

Minimum 3 faktor + 3 huraian setiap faktor + 4 kesan umum

Minimum 3 faktor + 1 huraian setiap faktor, 3 cara + 1 huraian setiap cara + 3 kesan umum

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

13

Page 14: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

Bab 2B4D1E4Menganalisis Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam aspek faktor penubuhan, ciri dan kesan

Bab 3B4D1E5Menganalisis langkah kerajaan membanteras ancaman komunis semasa Zaman Darurat

Bab 4B4D1E6Menganalisis pelaksanaan pilihan raya ke arah berkerajaan sendiri

Bab 5B4D1E7Menganalisis peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Bab 6B4D1E8Menganalisis langkah berkerajaan sendiri di Sarawak dan Sabah

Minimum 3 faktor + 1 huraian setiap faktor, 3 ciri + 1 huraian setiap ciri + 3 kesan umum

Minimum 3 langkah + 2 huraian setiap langkah + 2 kesan setiap langkah

3 pilihan raya + 3 huraian setiap pilihan raya + 4 kesan umum

Minimum 2 peristiwa + 3 huraian setiap peristiwa + 4 kesan umum tentang peristiwa serta 3 huraian dokumen pemasyhuran

Minimum 2 langkah setiap negeri + 2 huraian setiap langkah + 4 kesan umum

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

14

Page 15: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

5

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB TERPUJI

B5Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

B4D2Menganalisis pembentukan Persekutuan Malaysia

B5D1Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar

Bab 7B4D2E1Menganalisis reaksi negeri yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Malaysia

B4D2E2Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

Bab 1B5D1E1Menilai kesan pendudukan Jepun di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial

Bab 4B5D1E2Menilai usaha membentuk perpaduan kaum ke arah kemerdekaan

Bab 7B5D1E3Menilai tindakan pemimpin negara dalam menghadapi cabaran pembentukan Persekutuan Malaysia

Minimum 3 negeri + 3 huraian setiap negeri + 4 kesan umum

Senarai semak/ rubriks/ pemerhatian/ evidens murid

3 aspek + 3 huraian setiap aspek + 2 kesan KBAT setiap aspek

Minimum 3 usaha + 3 huraian bagi setiap usaha + 2 kesan KBAT bagi setiap usaha

Minimum 3 tindakan + 3 huraian setiap tindakan + 2 kesan KBAT setiap tindakan

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

15

Page 16: SLOT 5 & 6 A DSP

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

6

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB MITHALI

B6Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia

B6D1Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab

B5D1E4Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

B5D1E5Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

B6D1E1Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP)

B6D1E2Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif

Mana-mana bab/ gambar/ simulasi/ penghayatan/- 3 iktibar + 3 huraian setiap iktibar + 2 kesan KBAT setiap iktibar

Senarai semak/ rubriks/ pemerhatian/ evidens murid

Pelbagai instrumen

Senarai semak/ rubriks/ pemerhatian/ evidens murid

Nota :

UP - Unsur Patriotisme

DSP Sejarah Tingkatan 3 25 Jun 2013/ Sri Petaling

16