dsp geografi

Upload: ahmad-faizal-ayop

Post on 14-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    1/16

    DRAFDSP

    Geografi

    Tingkatan

    2

    28September2012

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    GEOGRAFI

    TINGKATAN 2

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    2/16

    DRAFDSP

    Geografi

    Tingkatan

    2

    28September2012

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara."

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    3/16

    DRAFDSP

    Geografi

    Tingkatan

    2

    28September2012

    MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

    Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan

    hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan

    mengenali serta mencintai negara Malaysia.

    OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI

    Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan.2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek

    geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab.

    4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujuddi negara Malaysia dan negara-negara lain

    5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dankelainannya dengan negara Malaysia.

    6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satunegara dengan negara lain.

    7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber denganbertanggungjawab dan bijaksana.

    8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka

    terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    4/16

    DRAFDSP

    Geografi

    Tingkatan

    2

    28September2012

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik

    Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai

    apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    5/16

    DRAFDSP

    Geografi

    Tingkatan

    2

    28September2012

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporanindividu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaranholistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan dimana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada duaiaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebihqualifiermenggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptorialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dandicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buatberdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalambentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujiansecara lisan, demonstrasi, ujian amali.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    6/16

    DRAFDSP

    Geografi

    Tingkatan

    2

    28September2012

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi

    respons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau

    menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATMurid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran

    pada suatu situasi.

    4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikutprosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

    DENGAN BERADAB TERPUJ I

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut

    prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai

    keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan

    dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara

    bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    7/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui kemahiran geografi dan geografi negara Malaysia.

    2 Mengetahui dan memahami kemahiran geografidan geografi negara Malaysia.

    3 Memahami dan mengaplikasikan kemahiran geografi, geografi negara Malaysia dan geografi negara lain.

    4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran geografi, dan boleh menganalisis maklumat geografi dalam organisasi ruangsecara sistematik sertamenghargai keistimewaan negara Malaysia.

    5Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat keputusanyang rasional dan boleh menganalisisimpak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara bijaksana.

    6Menilai maklumat geografi untuk menghasilkan idea yang kreatif dan inovatifdemi kepentingan masa depan dan

    membudayakan pengetahuan geografi ke arah memperkasa negara Malaysia.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    8/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1Mengetahui asas kemahirangeografi dan geografi negaraMalaysia .

    B1D1Mengetahui asas kemahiran geografi

    B1D2Mengetahui taburan dan perubahanpenduduk di Malaysia

    B1D3Mengetahui lokasi petempatan

    B1D1E1Menyatakan latitud dan longitud.

    B1D1E2Mengenal graf bar berganda dan grafgarisan berganda

    B1D1E3Menyatakan simbol fizikal dan budayadalam peta bergambar

    B1D2E1Menamakan jenis taburan penduduk diMalaysia

    B1D2E2Menyatakan pola migrasi penduduk

    B1D3E1Menamakan lokasi petempatan awal

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    9/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahu danFaham

    B2Mengetahui dan memahamikemahiran geografidan geografiMalaysia.

    B2D1Memahami asas kemahiran geografi

    B2D2Memahami taburan penduduk dan

    faktor-faktor yang mempengaruhinya diMalaysia

    B2D3Memahami perubahan penduduk danhubungannya dengan sumber

    B2D4Memahami petempatan danpembandaran

    B2D1E1Mengenal pasti garisan latitud dan longitudutama.

    B2D2E1Menyatakan faktor-faktor yang

    mempengaruhi taburan penduduk diMalaysia

    B2D3E1Menyenaraikan faktor-faktor yangmempengaruhi perubahan penduduk

    B2D3E2Menyatakan faktor-faktor yangmempengaruhi migrasi penduduk

    B2D3E3Menyatakan ciri-ciri penduduk berlebihandan kurang penduduk

    B2D4E1Menyenaraikan faktor yang mempengaruhipemilihan tapak petempatan awal

    B2D4E2Menyenaraikan pelbagai pola petempatan diMalaysia

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    10/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    B2D5Memahami keperluan danperkembangan pengangkutan danperhubungan di Malaysia

    B2D5E1Menyenaraikan keperluan pengangkutandan perhubungan awal

    B2D5E2Menyatakan perkembangan pengangkutannegara Malaysia.

    B2D5E3Menyatakan perkembangan perhubungannegara Malaysia

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    11/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, Fahamdan BolehBuat

    B3Memahami dan mengaplikasikankemahiran geografi, geografi negaraMalaysia dan geografi negara lain.

    B3D1Mengaplikasikan kemahiran geografi

    B3D2Mengenal pasti taburan penduduknegara Malaysia dan faktor-faktor yangmempengaruhinya.

    B3D1E1Menentukan kedudukan sesuatu tempatdengan menggunakan latitud dan longitud

    B3D1E2Mengira waktu tempatan

    B3D1E3Mengukur bearing sudutan

    B3D1E4Menukar jarak di atas peta kepada jaraksebenar dengan menggunakan skala lurus

    B3D1E5Melukis graf bar berganda dan graf garisanberganda berdasarkan pelbagaimaklumat/sumber

    B3D1E6Menyusun dan melabel rajah aliranberdasarkan pelbagai maklumat / sumber

    B3D2E1Mengenal pasti kawasan penduduk padat,sederhana dan jarang di Malaysia

    B3D2E2Menjelaskan faktor yang mempengaruhitaburan penduduk di Malaysia.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    12/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    B3D3Mengenal pasti perubahan penduduknegara Malaysia

    B3D4Mengenal pasti hubungankependudukan dengan sumber

    B3D5Mengenal pasti fungsi dan kesanpetempatan negara Malaysia

    B3D6Mengenal pasti faktor dan kesan sistempengangkutan dan perhubungannegara Malaysia

    B3D3E1Menjelaskan faktor-faktor yangmempengaruhi kadar kelahiran dan kadarkematian

    B3D3E2Menjelaskan faktor yang mempengaruhimigrasi penduduk luar bandar ke bandardan luar bandar ke luar bandar

    B3D4E1Menjelaskan ciri-ciri negara pendudukberlebihan dan kurang penduduk

    B3D5E1Menjelaskan fungsi petempatan negaraMalaysia

    B3D5E2Menjelaskan kesan-kesan pembandaran dinegara Malaysia

    B3D6E1Menjelaskan faktor-faktor yangmempengaruhi perkembangan sistemperhubungan di negara Malaysia

    B3D6E2Menjelaskan kesan perkembanganpengangkutan terhadap alam sekitar negaraMalaysia.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    13/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4Tahu,Faham,BolehBuatdengan

    Beradab

    B4Menguasai pengetahuan dankemahiran, dan boleh menganalisismaklumat geografi dalam organisasiruang secara sistematik sertamenghargai keistimewaan negara

    Malaysia

    B4D1Menghubungkait pengetahuan dankemahiran geografi dalam organisasiruang

    B4D2Menganalisis maklumat geografinegara Malaysia dan negara lain

    B4D1E1Mentafsir peta bergambar

    B4D1E2

    Mentafsir bahan grafikB4D2E1Menghuraikan kesan-kesan perubahanpenduduk terhadap penerokaan sumber

    B4D2E2Membandingkan kesan-kesan pembandarannegara Malaysia dengan negara lain

    B4D2E3Menghuraikan kepentingan dankeistimewaan perhubungan dan jaringanpengangkutan terhadap pembangunannegara

    B4D2E4Menghuraikan langkah-langkahmengurangkan kesan negatif perkembangan

    pengangkutan ke atas alam sekitar negaraMalaysia

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    14/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Faham,Boleh Buatdengan BeradabTerpuji

    B5Menggabungjalin pengetahuan dankemahiran geografi untuk membuatkeputusan yang rasional, dan bolehmenganalisis impak kegiatan manusiaterhadap alam sekitar serta mengamalkanpenjagaannya secara bijaksana.

    B5D1Menggunakan pelbagai maklumatgeografi untuk membuatkeputusan

    B5D2Menganalisis faktor migrasi ataukesan pembandaran penduduk dinegara Malaysia

    B5D3Menganalisis perkembangansistem pengangkutan danperhubungan di Malaysia

    B5D1E1Mempersembah maklumatgeografi dalam bentuk grafikdaripada pelbagai sumberyang diperoleh.

    B5D1E2Membuat keputusan yangrasional daripada maklumatgeografi yang diperoleh.

    B5D2E1Menghasilkan kajiankes/laporan faktor yangmempengaruhi migrasipenduduk di kawasan kajian.

    atau

    Menghasilkan kajiankes/laporan kesanpembandaran terhadap alamsekitar di kawasan kajian

    B5D3E1Menghasilkan kajiankes/laporan kesanperkembangan sistempengangkutan terhadap alamsekitar.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    15/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    B5D4Menyertai aktiviti/program tentangpenjagaan alam sekitar

    B5D4E1Melibatkan diri dalam pelbagaiaktiviti peringkat sekolah /komuniti setempat yang dapatmeningkatkan kesedaranpelajar terhadap penjagaanalam sekitar.

  • 7/30/2019 DSP Geografi

    16/16

    DRAFDSPGeografiTingkatan228September2012

    BAND PENYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Faham,Boleh BuatdenganBeradabMithali

    B6Menilai maklumat geografi untukmenghasilkan idea yang kreatif daninovatif demi kepentingan masa depandan membudayakan pengetahuangeografi ke arah memperkasa negaraMalaysia

    B6D1Menghasilkan idea baru untukpembangunan negara

    B6D2Mempamerkan budaya kreatif dan inovatifke arah pembangunan negara Malaysia

    B6D3Melaksanakan amalan mesra terhadapalam sekitar

    B6D1E1Mempersembahkan idea/ dapatan/ciptaan/produk untukkesejahteraan persekitaran

    B6D1E2Mencadangkan usaha-usaha untukmewujudkan petempatan lestari

    Atau

    Mencadangkan langkah-langkahuntuk mewujudkan sistempengangkutan lestari

    B6D2E1Merekacipta satu modelpetempatan/pembandaran/jaringansistem pengangkutan di Malaysia

    B6D3E1Mempamerkan sikap/tingkah lakumesra alam sekitar