skrip ucapan majlis penutupan bengkel mengoptimumkan penggunanan

5
SKRIP UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL MENGOPTIMUMKAN PENGGUNANAN & PENGINTERGRASIAN SUMBER ICT DALAM P&P QUE ACARA PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan Bah Tek Pend Kuala Lumpur. Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian pada petang ini. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Puan Timbalan Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini. Rasanya belum terlambat bagi pihak majlis mengucapkan selamat hari guru kepada semua para hadirin dan peserta bengkel yang berada di dewan ini. RADZIAH BACAAN DOA Tetak buluh panjang sepuluh Mari jolok sarang penyengat Angkat tangan jari sepuluh Mohon selamat dunia akhirat Dengan ini majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu RADZIAH

Upload: azie

Post on 29-Jun-2015

305 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Ucapan Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunanan

SKRIP UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL MENGOPTIMUMKAN PENGGUNANAN & PENGINTERGRASIAN SUMBER ICT DALAM P&P

QUE ACARA

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan Bah Tek Pend Kuala Lumpur.

Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan

Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian pada petang ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Puan Timbalan Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini. Rasanya belum terlambat bagi pihak majlis mengucapkan selamat hari guru kepada semua para hadirin dan peserta bengkel yang berada di dewan ini.

RADZIAH

BACAAN DOA Tetak buluh panjang sepuluhMari jolok sarang penyengatAngkat tangan jari sepuluh

Mohon selamat dunia akhirat

Dengan ini majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk membacakan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu

RADZIAH

Page 2: Skrip Ucapan Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunanan

QUE ACARA

PROTOKOLAssalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

Yang Berbahagia Puan Hawa binti Said

Timb Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan Bah Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Datin Dr Hjh Fawzia OsmanKetua Sektor Pembestarian Sekolah

Yang Berusaha En Abdullah bin YussufKetua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Negeri, Negeri Sembilan

Tn Hj Shamsudin bin HassanKetua Sektor Penyiaran PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan

Para peserta Bengkel, hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian...

RADZIAH

Page 3: Skrip Ucapan Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunanan

QUE ACARA

UCAPAN ALU-ALUAN

Petang hari pergi ke rimba,Pergi ke rimba menarah papan;

Assalamualaikum pembuka bicaraMohon hadirin beri perhatian.

Dinihari pergi lautan Untuk menjala siikan bilis

Salam sejahtera tuan dan puanMohon saya meneruskan majlis

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Untuk menerus majlis dengan ini saya membuka sessi ini kepada guru-guru yang mengikuti bengkel ini untuk bertanyakan soalan kepada Yang Berbahagia Timbalan Pengarah. Majlis mempersilakan.

RADZIAH

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang Berbahagia Puan Hawa binti Said (Timbalan Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan Bah Tek Pendidikan Kuala Lumpur) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hawa untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Timbalan diatas ucapan itu tadi.

RADZIAH

Page 4: Skrip Ucapan Majlis Penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunanan

QUE ACARA

PENYAMPAIAN SIJIL DAN

CENDERAMATA

Seterusnya ialah penyampaian sijil kepada para peserta.

Dengan ini dijemput En Abdullah bin Yusuff Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan...

...bagi menjemput dan mengiringi Puan Hawa Timbalan Pengarah Pengurusan Teknologi Pendidikan BTP KL untuk menyampai sijil kepada para peserta.

Dijemput wakil daripada Guru Penyelaras Media –untuk menerima sijil

wakil daripada Guru Penyelaras Bestari untuk menerima sijil.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Puan Hawa menyampaikan sijil sebentar tadi.

PENUTUPAN Hadirin, hadirat sekalian;

Ucapan salam pengakhir kataSegala yang ada dikongsi bersama

Apa yang kurang maaf dipintaSudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah    Pulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisah

    Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis penutupan Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan & Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan ICT & P&P ke Arah Pembestarian pada petang ini.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke bengkel yang telah diadakan selama dua hari di BTPNNS bermula dari 3 Jun hingga 4 Jun 2010. Selepas ini para hadirin dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan di cafe BTPNNS

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.