strategi dalam mengoptimumkan kos pengurusan …

141
STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN PENGHANTARAN BAHAN KE TAPAK BINA DI KAWASAN BANDAR JULIUS BIN DANIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 26-Nov-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN

PENGHANTARAN BAHAN KE TAPAK BINA DI KAWASAN BANDAR

JULIUS BIN DANIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Page 3: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

“Kami akui telah membaca karya ini dan pada pandangan kami,

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”.

Page 4: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGHANTARAN BAHAN

KE TAPAK BINA DI KAWASAN BANDAR

JULIUS BIN DANIL

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana MudaUkur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018

Page 5: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Strategi Dalam Mengoptimumkan Kos Pengurusan

Bahan ke Tapak Bina di Kawasan Bandar” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ....................................................

Nama Penulis : JULIUS BIN DANIL

Tarikh : JUN 2018

Page 6: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

iii

DEDIKASI

Khas Buat Kedua-dua Ibubapa yang disayang dan dicintai,

Thank You Soo Much.

Kepada warga UTM,

Pensyarah utm (ukur bahan)

Terima kasih atas didikan dan nasihat,

Staf (fakulti alam bina)

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan,

Pelajar UTM

Terima kasih atas bantuan dan sokongan anda.

Page 7: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

iv

PENGHARGAAN

Ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana kasihnya yang

tidak berkesudahan telah mengizinkan saya terus kuat dan bersabar dalam

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak

langsuang sepanjang kajian ini siap dilaksanakan.

Buat pertama kali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada

penyelia projek sarjana muda saya yang dihormati, Prof.Madya.Sr.Dr Sarajul Fikri

bin Mohamed kerana telah memberi banyak tunjuk ajar, didikan, idea-idea bernas

dan nasihat yang tidak berkesudahan sepanjang kajian ini dijalankan. Atas usaha

beliau kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ucapan terima kasih yang

tidak terhingga juga turut saya ucapkan kepada semua responden yang terlibat dalam

kajian ini kerana memberi kerjasama dan meluangkan masa yang sangat berharga

kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga kepada keluarga saya kerana sentiasa memberi

sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus sehingga kajian ini dapat

disempurnakan. Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang sentiasa membantu dan

memberi sokongan untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa anda semua, mungkin

kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik berdasarkan ketetapan masa yang

diberikan. Sayang anda semua. Tuhan memberkati.

Page 8: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

v

ABSTRAK

Kos merupakan elemen yang sangat penting dalam industri pembinaan

terutamanya berkaitan dengan proses penghantaran bahan binaan ke tapak di

kawasan bandar. Peningkatan kos penghantaran bahan boleh mendatangkan bebanan

kepada pemain industri pembinaan khususnya pihak kontraktor. Dalam mengelakkan

masalah ini terus berlarutan, pengurusan kos penghantaran perlu diperkenalkan dan

dilaksanakan dengan segera dalam sektor pembinaan. Dengan ini, pelbagai inisiatif

turut dilaksanakan bagi mengoptimumkan pengunaan kos dalam pengurusan

penghantaran bahan binaan di tapak bina supaya kos sentiasa berada dalam kawalan

kontraktor. Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti teknik-teknik pengurusan

penghantaran bahan ke tapak bina di kawasan bandar dan mengenal pasti prosedur

dan peraturan penghantaran yang memberi kesan kepada kos di tapak bina di

kawasan bandar. Kajian ini tertumpu keatas kontraktor yang berdaftar dengan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kelas G7 disekitar

kawasan Johor Bahru. Temu bual semi struktur telah dijalankan kepada kontraktor

yang terlibat dalam projek yang berada di kawasan bandar di negeri Johor

khususnya. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa teknik pengurusan

penghantaran bahan ke tapak bina adalah menggunakan teknik konveksional atau

Material Requirement Planning dalam mengoptimumkan kos pengurusan

penghantaran bahan ke tapak di kawasan bandar. Disamping itu juga, hasil kajian ini

juga mendapati bahawa terdapat perbezaan prosedur dan peraturan penghantaran

bahan yang diamalkan oleh setiap kontraktor sehingga memberi kesan kepada kos-

kos lain selain daripada kos pengurusan penghantaran bahan itu sendiri.

Page 9: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

vi

ABSTRACT

Costs are very important element in the construction industry especially in

relation to the process of delivering building materials to urban sites. The increase in

the cost of delivery of materials can be a burden to the players in the construction

industry, especially the contractors. In avoiding this problem, leverage on shipping

costs should be introduced and implemented immediately in the construction sector.

With this, various initiatives have also been implemented to optimize the cost of

managing the construction of building materials at the construction site so that the

cost is always in the control of the contractor. The objective of this study is to

identify the materials delivery management techniques to urban site development and

to identify the procedures and delivery rules that affect the cost of site construction in

urban areas. This study is focused on contractors registered with the G7 Class

Building Industry Development Board (CIDB) in the area of Johor Bahru. Semi

structured interviews were conducted on this contractor involved in projects located

in urban areas in the state of Johor in particular. The result of this study found that

the materials delivery management technique to the site was using conventional

techniques or Material Requirement Planning in optimizing the cost of materials

delivery management to the site in urban areas. In addition, this study also found that

there were differences in the procedures and rules of delivery of materials practiced

by every contractor so that it affected other costs besides the cost of delivery of the

material itself.

Page 10: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Organisasi Bab 9

2 KAJIAN LITERATUR 11

2.1 Pengenalan 11

Page 11: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

viii

2.2 Tapak Bina 11

2.2.1. Pengurusan Tapak Bina 12

2.2.2 Aspek-Aspek Pengurusan Tapak 13

2.2.3 Jenis-Jenis Tapak Bina 15

2.3 Pengurusan Penghantaran 17

2.3.1 Perancangan Penjadualan 19

2.3.2 Pembungkusan dan Penghantaran 24

2.3.3 Penerimaan dan Pemeriksaan 25

2.3.4 Perletakan dan Penyimpanan 25

2.4 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak 26

2.4.1 Teknik Just in Time 27

2.4.2 Perancangan Keperluan Bahan (Requirement

Material Planning) 27

2.4.3 Sistem Pengurusan Bahan (Material

Management System) 28

2.5 Penghantaran 28

2.5.1. Ciri-Ciri Penghantaran 29

2.5.2 Jenis Penghantaran 30

2.5.3 Teknik Penghantaran 31

2.6 Kekangan Penghantaran Bahan di Kawasan Bandar 32

2.6.1 Koordinasi 33

2.6.2 Penjadualan Bahan 34

2.6.3 Kawalan Bahan 35

2.6.4 Tempat Penyimpanan Bahan 36

2.7 Hubungkait Kos Dengan Pengurusan Penghantaran 37

2.8 Bahan Binaan 37

2.8.1 Ciri-Ciri Bahan Binaan 38

2.8.2 Jenis-Jenis Bahan Binaan 39

2.8.3 Kategori Bahan Binaan 40

2.9 Pengenalan Pihak Kerajaan Tempatan 42

2.10 Peranan dan Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan 43

2.11 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan di Tapak 44

2.11.1 Prosedur Penghantaran Bahan di Tapak 44

Page 12: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

ix

2.11.2 Perbezaan Prosedur Penghantaran Bahan di

Tapak Kawasan Bandar dan Kawasan Luar

Bandar 45

2.11.3 Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 46

2.11.4 Perbezaan Peraturan Penghantaran Bahan ke

Tapak Bina di Kawasan Bandar dan Luar

Bandar 47

2.12 Masalah Kos Pengurusan 49

2.13 Faktor- Faktor Ketidakcekapan Dalam Strategi Kos

Pengurusan 50

2.14 Kesan-Kesan Ketidakcekapan Dalam Kos Pengurusan 51

2.15 Langkah-langkah Mengatasi Ketidakcekapan Dalam

Kos Pengurusan 52

2.16 Ringkasan Bab 53

3 METODOLOGI 55

3.1 Pengenalan 55

3.2 Rekabentuk Kajian 56

3.3 Pengenalan Tentang Kajian Kes 56

3.4 Instrumen Kajian 60

3.5 Responden 62

3.6 Kaedah Kajian 62

3.7 Pengumpulan Data 64

3.7.1 Temu Bual Separa Berstruktur 64

3.7.2 Analisis Dokumen 64

3.8 Ringkasan Bab 65

4 ANALISISA DATA 66

4.1 Pengenalan 66

4.2 Latar Belakang Kajian 66

4.3 Projek A 67

4.3.1 Latar Belakang Projek A 67

Page 13: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

x

4.3.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 69

4.3.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan

Binaan ke Tapak Bina 69

4.3.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan

ke Tapak Bina 70

4.3.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam

Pengurusan Penghantaran Bahan di Tapak

Bina 73

4.4 Projek B 74

4.4.1 Latar Belakang Projek B 74

4.4.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 76

4.4.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan

Binaan ke Tapak Bina 77

4.4.4 Prosedur dan Peraturan Penghanataran

Bahan ke Tapak Bina 77

4.4.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam

Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 79

4.5. Projek C 80

4.5.1 Latar Belakang Projek C 80

4.5.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 81

4.5.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan

Binaan ke Tapak Bina 82

4.5.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan

ke Tapak Bina 82

4.5.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam

Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 85

4.6. Projek D 86

4.6.1 Latar Belakang Projek D 86

Page 14: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

xi

4.6.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 87

4.6.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan

Binaan ke Tapak Bina 87

4.6.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan

ke Tapak Bina 87

4.6.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam

Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 89

4.7 Projek E 90

4.7.1 Latar Belakang Projek E 90

4.7.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 91

4.7.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan

Binaan ke Tapak Bina 92

4.7.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan

ke Tapak Bina 92

4.7.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam

Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 94

4.8 Analisis Projek Keseluruhan 95

4.8.1 Analisis Latar Belakang Setiap Projek 95

4.8.2 Analisis Bagi Teknik-Teknik Pengursan

Penghantaran Bahan ke Tapak Bina 97

4.8.3 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan

Binaan di Tapak Bina di Kawasan Bandar 98

4.8.4 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam

Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina 104

4.9 Ringkasan Bab 106

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 107

5.1 Pengenalan 107

5.2 Kesimpulan Kajian 107

Page 15: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

xii

5.2.1 Teknik-Teknik Pengurusan Penghantaran

Bahan ke Tapak Bina di Kawasan Bandar 108

5.2.2 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan

yang Memberi Kesan Kepada Kos di Tapak

Bina di Kawasan Bandar 108

5.3 Masalah yang Dihadapi 109

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 110

RUJUKAN 111

LAMPIRAN 120

Page 16: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Jenis-Jenis Bahan Binaan 39

2.2 Perbezaan Kategori PBT 42

2.3 Statistik PBT di Malaysia 43

4.1 Carta Aliran Prosedur Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 71

4.2 Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 72

4.3 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Proses Penghantaran 73

4.4 Carta Aliran Prosedur Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 78

4.5 Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 79

4.6 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Proses Penghantaran 80

4.7 Carta Aliran Prosedur Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 83

4.8 Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 84

4.9 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Proses Penghantaran 85

4.10 Carta Aliran Prosedur Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 88

4.11 Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 89

4.12 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Proses Penghantaran 90

4.13 Carta Aliran Prosedur Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 93

4.14 Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 93

4.15 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Proses Penghantaran 94

4.16 Latar Belakang Projek Kajian Terpilih 95

4.17 Teknik-Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina 97

4.18 Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 102

4.19 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Proses Penghantaran 104

Page 17: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Tugasan Utama Dalam Pengurusan Tapak 13

2.2 Tapak Bina Terhad 16

2.3 Tapak Bina Terbuka 16

2.4 Tapak Bina yang Panjang dan Sempit 17

3.1 Carta Aliran Kajian 63

4.1 Lokasi Projek di Plentong, Johor 67

4.2 Papan Tanda Projek 68

4.3 Bangunan Projek yang Sedang Dibina 68

4.4 Borang Tempahan 72

4.5 Lokasi Projek di Tampoi, Johor 75

4.6 Pelan Projek 75

4.7 Jenis Bangunan yang Dibangunkan 76

4.8 Lokasi Projek di Kluang, Johor 81

4.9 Purchase Order 84

4.10 Lokasi Projek di Pasir Gudang, Johor 86

4.11 Lokasi Projek di Johor Bahru, Johor 91

4.12 Carta Aliran Prosedur Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina 99

Page 18: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

xv

SENARAI SINGKATAN

CIDB - Construction Industry Development Board

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

CIS Construction Industry Standard

BQ - Bill of Quantities

JIT Just in Time

MRP Material Requirement Planning

MMS Material Management System

Page 19: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran 120

B Borang Temu Bual 121

Page 20: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dalam bab ini lebih memberi fokus untuk memberi gambaran awalan tentang

pengenalan terhadap kajian yang akan dijalankan termasuklah dimana penyataan

masalah yang dihadapi, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Kajian

ini lebih menekankan kepada strategi dalam mengoptimumkan kos pengurusan

penghantaran bahan ke tapak bina di kawasan bandar.

Dalam penyataan masalah, bab ini menjelaskan tentang kos pengurusan

penghantaran bahan binaan ke tapak bina di kawasan bandar di Malaysia. Terdapat

beberapa masalah yang dihadapi dalam kos pengurusan penghantaran bahan binaan

di tapak bina disebabkan beberapa faktor. Teknik pengurusan yang sesuai dalam

pengurusan penghantaran bahan ke tapak hendaklah dikenal pasti dan diteliti. Selain

itu juga, susunatur prosedur penghantaran juga turut dikenal pasti supaya tidak

memberi kesan kepada kos penghantaran di tapak bina khususnya di kawasan

Page 21: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

2

bandar. Senarai tindakan susulan yang diambil kira mampu membantu mencapai

objektif yang ditetapakan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kebelakangan ini, kegiatan pembangunan sektor pembinaan di kawasan

bandar kian pesat membangun ekoran sokongan dasar kerajaan dalam mencapai

negara maju pada tahun 2020 kelak. Industri pembinaan ini merupakan salah satu

sektor ekonomi yang mempunyai kepentingan dan peranan sendiri kepada

pembangunan negara. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Malaysia (2008), industri pembinaan kekal diiktiraf sebagai pemangkin utama

kepada pembangunan sektor-sektor ekonomi utama yang lain terutamanya sektor

perkhidmatan, pembuatan dan sebagainya.

Jumlah pembinaan di kawasan bandar amatlah sangat ketara dari tahun ke

tahun. Perubahan landskap pembangunan bandar di negara ini sentiasa berubah dari

masa ke semasa. Perubahan ini seringkali dikaitkan dengan perkembangan sektor

pembinaan yang sentiasa memberi impak dalam pembangunan negara. Pembinaan

terhadap bangunan baru juga turut aktif dibina dan dilaksankan dalam pelbagai

rancangan kerajaan bagi mencapai status negara maju. Hal ini disokong melalui

baget 2018, sebanyak RM280.25 bilion wang diperuntukan dalam pembangunan

industri melalui program sasaran ‘Transformasi Nasional 2050 (TN50) dimana

menjadikan Malaysia sebagai 20 negara teratas, Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan (CIDB) Malaysia (2017).

Dalam konteks ini, kejayaan dalam sesuatu projek pembinaan mempunyai

hubungkait dalam aspek pengurusan. Pengurusan yang sistematik dalam sesuatu

organisasi amat penting untuk memastikan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan

dengan baik. Menurut Fageha and Aibinu (2013) bahawa pengurusan yang berkesan

mempunyai kesan langsung kepada hasil projek. Kaedah pengurusan yang berkesan

Page 22: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

3

memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti tahap

kerja sesuatu organisasi. Dengan ini, kualiti kerja dalam organisasi adalah antara ciri-

ciri yang penting dalam pengukuran prestasi projek (Ali et al. 2013).

Sehubungan dengan itu, pengurusan penghantaran bahan merupakan satu

pengurusan yang perlu diambil perhatian. Hal ini penting bagi membantu organisasi

mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut Bresnen et al.,(1987) bahawa

keberkesanan terhadap pengurusan penghantaran dalam industri pembinaan dapat

mengurangkan faktor kelewatan penyiapan sesuatu projek berdasarkan tempoh siap

yang ditetapkan. Pengurusan penghantaran yang baik membolehkan perancangan dan

tindakan yang teratur serta dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sistem pengurusan penghantaran bahan juga bergantung kepada cara dan

kualiti penghantaran berdasarkan beberapa aspek (Kamaruddin et al.,1991). Hal ini

bergantung kepada kesesuaian terhadap jenis penghantaran yang dipilih mengikut

keperluan yang ditetapkan. Kuantiti yang besar bagi sesuatu bahan dihantar dalam

bentuk pukal manakala kuantiti yang kecil dihantar dalam bentuk longgar. (Johnston,

1999).

Disamping itu juga, sistem pengurusan penghantaran bahan juga dapat

menentukan tahap kualiti pengurusan tapak. Sistem pengurusan penghantaran yang

sistematik dapat membantu pihak pengurusan tapak bersedia untuk menghadapi

sebarang kemungkinan yang berlaku di tapak sekiranya berlaku sebarang perubahan

perancangan yang tidak dijangka berlaku. Elemen ini memberi tumpuan kepada

perancangan strategik organisasi terhadap penggunaan pelan tapak bersama

mengikut keperluan pelanggan dan keperluan operasi (Evans and Lindsay, 1995).

Sistem Pengurusan penghantaran bahan juga turut mempengaruhi kos. Kos

pengurusan merupakan antara elemen penting dalam sistem pengurusan sesuatu

organisasi. Kos pengurusan terdiri daripada tiga proses iaitu anggaran, belanjawan

Page 23: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

4

dan kawalan (Moen and Norman 2006). Keberkesanan pengurusan dalam suatu

organisasi dapat ditingkatkan melalui keupayaan organisasi mengawal aliran jumlah

kos yang dimiliki dan dapat menganggar kos perbelanjan terhadap pengurusan

penghantaran bahan di tapak bina dengan baik. Dengan adanya cara sedimikian,

mampu meningkatkan proses pengurusan penghantaran dengan efisien.

Kesimpulannya, semua komponen dalam sistem pengurusan penghantaran

amat penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti dalam organisasi. Pengaplikasian

sistem pengurusan yang baik mampu mempertingkatkan kualiti kerja serta dapat

membantu mencapai sasaran yang ditetapkan.

1.3 Penyataan Masalah

Kejayaan sesuatu projek yang dilaksanakan bergantung kepada tahap

keberkesanan pengurusan sesuatu organisasi. Pengurusan dalam sesuatu organisasi

mempunyai pelbagai jenis pengurusan yang diolahkan termasuklah pengurusan

terhadap kos penghantaran bahan binaan di tapak bina.

Penghantaran bahan merupakan elemen penting dalam sesuatu pengurusan

tapak dalam sektor pembinaan bagi memastikan keperluan di tapak bina adalah

mencukupi. Kepentingan dalam penghantaran bahan telah menjadi domain pakar

dalam logistik dan pengurusan rantaian bekalan dalam sesuatu dasar organisasi

Walker and Manson et al. (2014). Sehubungan dengan itu, penghantaran barang

sudah tentu memerlukan kos bagi memastikan penghantaran itu lancar dan berjaya.

Dalam konteks ini, sesetengah organisasi sering mengalami kesukaran dalam

menjalani perkhidmatan ini dengan baik ekoran daripada maklum balas dari

pelanggan.Menurut Lee et al. (1999) organisasi yang mempunyai masalah dengan

menyampaikan perkhidmatan tepat pada masanya dan memenuhi kepuasan

Page 24: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

5

pelanggan dalam pelbagai industri, terutama yang sangat teknikal seperti industri

pembinaan.

Antara masalah yang dihadapi sekiranya proses penghantaran bahan tidak

mengikut ketetapan masa (Just in Time) yang ditetapkan adalah peningkatan kos

buruh. Hal ini demikian kerana kos buruh tetap dibayar walaupun produktiviti pada

masa tersebut adalah kosong atau tiada sebarang aktiviti yang dijalankan ekoran

bahan yang digunakan tidak sampai di tapak bina pada masa yang ditetapkan.

Peningkatan dalam kos buruh secara terus menunjukkan penurunan dalam

keuntungan (Soosaar et al, 2006). Dengan ini, kos perbelanjaan terhadap buruh terus

meningkat disamping memberi kerugian kepada kontraktor terbabit.

Selain itu juga, kos terhadap mesin dan jentera juga turut meningkat kesan

daripada kurang ketepatan masa penghantaran bahan di tapak bina dari masa yang

ditetapkan. Pembiayaan kos terhadap penyewaan mesin dan jentera yang terdapat di

tapak juga terus dibayar secara berterusan oleh kontraktor berdasarkan kos yang

ditetapkan dalam perjanjian kontrak penyewaan yang dipersetujui antara kedua-dua

pihak terbabit. Hal ini menyebabkan pertambahan jumlah perbelanjaan yang harus

ditanggung oleh kontraktor. Menurut M. Park et al. (2003) kos overruns adalah

perkara biasa dalam projek pembinaan walaupun ada kemajuan dalam peralatan

pembinaan dan teknik pengurusan.

Tambahan pula, kos kelewatan juga merupakan masalah yang dihadapi oleh

kontraktor dalam isu ketidaktepatan masa penghantaran bahan di tapak bina

(Guiffrida dan Nagi, 2006). Hal ini berlaku apabila proses penghantaran bahan di

tapak bina tidak sampai pada masa yang ditetapkan dimana menyebabkan berlaku

pembaziran waktu. Dengan ini, kontraktor terpaksa mengeluarkan kos tambahan

untuk menggantikan masa kelewatan yang sebelumnya untuk menyiapkan kerja yang

perlu dilaksanakan. Perkara tersebut mendorong kontraktor mengubah rangka kerja

atau work program yang sedia ada.

Page 25: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

6

Tambahan pula, terdapat isu lain yang berkaitan dalam sistem pengurusan

penghantaran bahan di tapaak bina yang tidak mengikut masa yang ditetapkan. Kos

penghantaran bahan juga boleh memberi kesan kepada keseluruhan kos pembinaan

terhadap sesuatu projek yang dilaksanakan. Hal ini berlaku apabila kontraktor

terpaksa mengeluarkan kos tambahan disebabkan pembiayaan penghantaran ekspres.

Menurut Hammarlund (1989) bahawa 10 peratus daripada jumlah kos pembinaan

adalah kos perolehan perbelanjaan bahan pembinaan. Hal ini serba sedikit memberi

kesan terhadap pengurusan keseluruhan perbelanjaan dalam sesuatu organisasi.

Penghantaran mengikut jadual yang disediakan sering mengalami perubahan

khususnya di kawasan bandar. Penghantaran bahan binaan di tapak bina perlu

dirancang dengan teliti untuk memudahkan proses penghantaran dapat dilaksanakan

dengan baik. Menurut Zhang et al. (2017) bahawa variasi dalam ketepatan masa

mempunyai kesan terhadap perancangan pengangkutan yang perlu dipertimbangkan

dalam penjadualan masa bersama dengan komponen kos yang lain. Dengan ini,

perhatian terhadap isu ini perlu ditekan supaya dapat membantu pengurusan

penjadual yang lebih tersusun dan terancang.

Kecekapan pengurusan dalam sistem penghantaran adalah penting bagi

mengurangkan pembaziran kos,masa dan tenaga. Pelaksanaan yang lebih efisien dan

dinamik dapat mempertingkatan produktiviti sesuatu organisasi dalam

memperkembangkan output organisasi. Faktor kecuaian dalam pengurusan

penghantaran bahan yang menyebabkan kerugian perlu dielakan supaya dapat

mempertingkatkan margin untung sesuatu organisasi. Menurut Taylor (1993) bahawa

kerugian ekonomi yang disebabkan ketidakcekapan kerja manusia dalam pengurusan

pembaziran bahan.Dengan ini, dapat dibuktikan dengan penghantaran bahan yang

rosak yang menyumbang 8-25% daripada jumlah kerja keseluruhan (Koskela et al.

2003).

Dalam kajian ini, langkah untuk mencari kaedah penyelesaian harus

dilakukan. Dengan itu, kos dalam pengurusan logistik dapat dioptimumkan dan tidak

Page 26: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

7

memberi kesan sampingan kepada elemen lain. Oleh itu, kontraktor perlu

memainkan peranan penting dalam aspek ini untuk mengelakan kelewatan

penghantaran berlaku. Tambahan itu, strategi dalam pengurusan penghantaran perlu

dikaji bagi mempertingkatkan kualiti penghantaran tanpa mengggunakan

pembiayaan kos yang tinggi.

1.4 Persoalan Kajian

Merujuk kepada isu dan masalah yang telah dinyatakan di dalam pernyataan

masalah, kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina memberi kesan kos

keseluruhan kos industri pembinaan terutama di kawasan tapak bina di bandar. Oleh

itu, terdapat dua persoalan utama yang perlu dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:

i. Apakah teknik pengurusan penghantaran bahan binaan di tapak bina di

kawasan bandar?

ii. Apakah prosedur dan peraturan penghantaran dan kesan kepada kos di tapak

bina di kawasan bandar?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang terbaik dalam

mengoptimumkan kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina di kawasan

bandar.

i. Mengenal pasti teknik pengurusan penghantaran bahan binaan di tapak bina

di kawasan bandar.

Page 27: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

8

ii. Mengenal pasti prosedur dan peraturan penghantaran yang memberi kesan

kepada kos di tapak bina di kawasan bandar.

1.6 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan adalah di bawah lingkungan skop yang telah

ditetapkan iaitu:

i. Kajian ini dijalankan hanya pada kos pengurusan penghantaran bahan binaan

di tapak bina di kawasan bandar.

ii. Tertumpu kepada pihak kontraktor kelas G7 di sekitar kawasan Johor, Johor

Darul Takzim, Malaysia.

1.7 Kepentingan Kajian

Memandangkan pengurusan kos penghantaran bahan binaan di tapak bina

penting dalam sektor pembinaan, melalui kajian ini adalah penting untuk mengetahui

keadah pengurusan kos penghantaran bahan binaan yang sistematik tanpa memberi

kesan sampingan yang banyak kepada keseluruhan kos pembinaan.

Dalam hasil kajian ini dapat memberi tolok tambah pengetahuan dan

gambaran yang lebih mendalam terhadap strategi mengoptimumkan kos pengurusan

penghantaran bahan binaan di tapak bina khususnya di kawasan bandar tumpuan

kajian. Tamabahan pula, kontrakator juga dapat memberi penekanan lebih terhadap

perkara ini dan terus melakukan tindakan susulan yang proaktif bagi menjimatkan

kos dalam pengurusan penghantaran bahan binaan di tapak bina.

Page 28: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

9

Hasil kajian ini diharap mampu memberi serba sedikit pengetahuan

tamabahan dan boleh dijadikan sebagai sumber panduan rujukan kepada pihak yang

terbabit terutama kepada para pelajar, kontraktor, para pemaju ,juruukur bahan dan

lain-lain sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri

pembinaan di negara Malaysia secara amnya.

Selain itu juga, diharap kajian ini dapat memberi seribu manfaat kepada

semua pihak yang terbabit dimana dapat membantu menguruskan sumber kewangan

dengan dengan baik melalui kaedah kajian ini.

1.8 Organisasi Bab

Dalam kajian ini membincangkan tentang isu dalam mengenalpasti strategi

yang mampu mengoptimukan kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina di

kawasan bandar yang terpilih.

Bab 1 menerangkan tentang latar belakang kajian, penyataan masalah,

persoalan kajian, objektif kajian, matlamat kajian, skop kajian dan kepentingan

kajian yang hendak dijalankan.

Bab 2 pula menerangkan kepada kajian literatur dimana usaha pencarian,

pengumpulan data serta menganalasisi maklumat tentang kaedah mengoptimumkan

kos pengurusan dalam penghantaran bahan ke tapak bina di kawasan bandar.

Maklumat yang diperoleh dalam bab ini akan digunakan untuk menghasilkan soalan

dan panduan kepada responden terbabit dalam kajian ini.

Bab 3 pula lebih memberi fokus mengenai pendekatan terhadap kaedah dan

teknik metodologi kajian yang digunakan dalam mencapai tujuan dan objektif kajian.

Page 29: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

10

Antara perkara yang ditekankan dalam bab ini adalah reka bentuk kajian, kaedah

pengumpulan data serta penganalisis data dan maklumat yang diperoleh.

Bab 4 menerangkan tentang analisis data yang telah diperolehi melalui hasil

dapatan daripada bab sebelumnya iaitu hasil analisis data yang diperoleh melalui

keadah yang dipilih. Selepas hasil dapatan kajian diperolehi maka kajian seterusnya

dibincangkan di bab seterusnya iaitu bab 5.

Dalam bab 5 pula, lebih menghuraikan tentang hasil dapatan yang diperoleh

serta menjawab persoalan kajian. Disamping itu juga, segala cadangan yang sesuai

untuk kajian lanjutan berdasarkan dapatan kajian turut dimasukan.

Page 30: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini lebih memberi tumpuan kepada pengumpulan kajian literatur yang

berkaitan dengan strategi dalam mengoptimukan kos pengurusan penghantaran

bahan binaan ke tapak bina di kawasan bandar. Kajian literatur merupakan satu

bahagian yang penting dalam membuat kajian. Bab ini menjelaskan tentang

pengurusan tapak, pengurusan penghantaran bahan binaan dan hubungan kos dengan

pengurusan bahan binaan serta jenis-jenis tapak bina. Literatur bagi semua elemen

ini diperoleh daripada pelbagai sumber seperti jurnal, artikel, buku dan internet serta

akhbar. Maklumat dan fakta yang diperoleh dan dikumpulkan untuk menjadi bukti

sokongan kesahihan kajian.

2.2 Tapak Bina

Tapak bina merupakan suatu kawasan yang terlibat dengan sebarang aktiviti

pembinaan bagi sesuatu projek yang dibangunkan samaada itu projek pembinaan

bangunan, jalan raya, jambatan dan yang lain-lain (Mohd Saidin et al, 2011). Projek

pula mempunyai jajaran masa dan belanjawan tertentu serta mempunyai keunikannya

tersendiri. Sesuatu kawasan yang dikenal pasti sebagai tapak bina apabila berlakunya

Page 31: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

12

permulaan sesuatu projek dijalankan sehingga projek tersebut siap sepenuhnya serta

diserahkan kepada pelanggan.

Kebiasaannya, tapak binan perlu disediakan oleh pihak klien terlebih dahulu

sebelum proses pembinaan dijalankan. Tapak bina adalah penting untuk dijadikan

tempat pembangunan sesuatu projek yang ingin dibangunkan. Pemilihan tapak bina

adalah ditentukan oleh klien sendiri berdasarkan beberapa faktor tertentu yang boleh

mendatangkan faedah kepadanya (Wan Yusoff, 2010).

2.2.1. Pengurusan Tapak Bina

Pengurusan tapak adalah suatu kaedah atau teknik perancangan, pengelolaan

dan kawalan di sektor pembinaan. Menurut Mohd Saidin et.al (2011) juga bahawa

pengurusan tapak bina merujuk kepada proses merancang, mengorganisasi,

memimpin dan mengawal daya usaha anggota-onggota organisasi dan menggunakan

sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif

organisasi yang ditetapkan dengan aktiviti bagi suatu projek pembinaan.

Pengurusan tapak merupakan satu komponen yang sangat penting sebelum

melakukan sebarang apa-apa aktiviti pembinaan di tapak bina. Hal ini penting bagi

memastikan susunatur tapak bina yang sistematik dan menarik. Sistem pengurusan

yang sistematik dan berkesan mampu mempertingkatkan kualiti produktiviti dan

mengurangkan pembaziran dari segi kos, tenaga dan bahan binaan (Philip Rush

2008).

Kejayaan pengurusan tapak ditentukan melalui tempoh keupayaan untuk

mencapai tiga kategori penting iaitu kos, jaadual dan kualiti (Philip Rush, 2008).

Semasa proses pembinaan, pengurus tapak itu perlu mengawal faktor-faktor yang

mempengaruhi kos, jadual dan kualiti supaya penyelewengan kekal dalam had yang

Page 32: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

13

dipersetujui, dan boleh diimbangi sebagai kemajuan projek atau boleh dipersetujui

dengan klien. Disamping itu juga, terdapat beberapa pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam pengurusan tapak seperti kontraktor, pengurus

tapak, klien, pembekal dan konsultan serta pekerja. Semua pihak yang terlibat

mempunyai peranan yang penting bagi memastikan perancangan pengurusan tersebut

berfungsi dengan baik. Dengan ini, terdapat beberapa aspek yang perlu dipatuhi dan

dikaji tentang pengurusan tapak bina bagi memastikan pelaksanaan pengurusan yang

betul dan berkesan. Rajah 2.1 menunjukkan tugasan utama dalam pengurusan tapak.

Rajah 2.1: Tugasan utama dalam pengurusan tapak (sumber: Philip Rush, 2008)

2.2.2 Aspek-Aspek Pengurusan Tapak

Menurut kenyataan Ng (1998) bahawa terdapat beberapa perkara yang

penting untuk diambilkira dalam pengurusan tapak. Antara aspek yang terdapat

dalam pengurusan tapak adalah seperti berikut:

PENGURUSAN TAPAK

BINA

JADUAL

KOS KUALITI

Page 33: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

14

i. Organisasi

Organisasi merupakan elemen penting dalam aspek pengurusan tapak bina.

Dalam setiap pembentukan organisasi perlulah mempunyai objektifnya tersendiri.

Bagi memastikan objektif itu tercapai, peranan setiap ahli dalam organisasi tersebut

mestilah jelas dan perlu adanya penyelian serta kawalan supaya tidak tersasar

daripada motifnya (Ng, 1998).

ii. Objektif

Objektif merupakan satu sasaran atau motif yang perlu direalisasikan mana-

mana organisasi. Sesuatu objektif itu perlu jelas bagi memudahkan setiap ahli dalam

organisasi tersebut faham dan tahu perananya dalam setiap tugas yang diberikan. Hal

ini penting untuk mencapai objektif organisasi (Ng, 1998).

iii. Sumber-Sumber Binaan

Dalam memastikan sistem pengurusan tapak tersebut berkesan dan berfungsi,

keperluan terhadap sumber binaan perlulah mencukupi bagi memudahkan proses

pengurusan dijalankan. Sumber binaan perlulah mempunyai kualiti dan kuantiti yang

baik dan mencukupi berdasarkan ukuran piawaian yang dikehendaki (Ng, 1998).

iv. Mesin dan Jentera

Penyediaan terhadap ruang yang mencukupi dan selamat bagi mesin dan

jentera adalah penting dalam pengurusan tapak. Corak susun atur perletakan mesin

dan jentera yang baik dapat meningkatkan tahap pengurusan yang lebih efisien dan

Page 34: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

15

teratur.Ini penting untuk pengurusan masa dan kualiti binaan. Selain itu, sistem

penyelenggaraan juga turut dapat disediakan. Dengan ini, keadaan mesin dan jentera

sentiasa dalam keadaan yang terjaga dan mampu menjimatkan kos dalam jangka

masa panjang (Ng, 1998).

v. Kawalan Masa dan Kos

Kawalan masa dan kos adalah perkara yang mustahak bagi setiap pengurusan

tapak bina. Perkara ini penting untuk memastikan sebarang kelewatan dapat

dikurangkan dan penjimatan kos dapat ditingkatkan. Hal ini juga dapat meningkatkan

produktiviti semasa organisasi. Sebarang kelewatan kerja juga turut dapat

dikurangkan melalui pengurusan serta kawalan masa dan kos yang efektif. Dengan

ini dapat mengekalkan tahap kualiti yang sedia ada (Ng, 1998).

2.2.3 Jenis-Jenis Tapak Bina

Terdapat 3 jenis tapak bina yang dikenalpasti dan diketahui umum, (Wan

Yusoff, 2010). Antara jenis tapak bina tersebut adalah seperti berikut:

i. Tapak Bina Terhad

Jenis tapak bina terhad merupakan tapak yang mempunyai skala keluasan

yang kecil dan terhad. Tapak bina sedimikian selalu dijumpai dikawasan bandaraya

dan mempunyai populasi bangunan yang banyak. Kemungkinan kawasan tapak ini

juga mempunyai bangunan yang sedia ada dan tidak boleh dilupuskan. Tahap

kesukaran adalah tinggi ketika menjalankan sesuatu kerja pembinaan. Tapak bina

seperti ini perlu mempunyai pengurusan yang terperinci sebelum proses pembinaan

dijalankan (Wan Yusoff, 2010). Rajah 2.2 menunjukkan keadaan tapak bina terhad.

Page 35: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

16

Rajah 2.2: Tapak bina terhad

(Sumber: Star Residences, 2016)

ii. Tapak Bina Terbuka

Jenis tapak bina terbuka merupakan tapak yang mempunyai skala keluasan

yang sangat luas dan tidak terhad. Jenis tapak ini selalu dijumpai di kawasan luar

bandar dan mempunyai tumpuan perindustrian dan perumahan. Tahap kesukaran

pembinaan adalah rendah dimana sesuatu kerja pembinaan mudah dikendalikan dan

mempunyai ruang yang selesa dalam melakukan kerja dan tahap simpanan juga

adalah banyak. Tapak ini kemungkinan memerlukan sejumlah kos perbelanjaan yang

tinggi untuk dibangunkan (Wan Yusoff, 2010). Rajah 2.3 menunjukkan tapak bina

terbuka.

Rajah 2.3: Tapak bina terbuka

(Sumber: Mstar, 2015)

Page 36: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

17

iii. Tapak Bina yang Panjang dan Sempit

Jenis tapak bina yang panjang dan sempit merupakan tapak yang mempunyai

skala yang kecil dan sangat terhad. Selalunya tapak bina sedimikian mengalami

kesukaran untuk dijalankan disebabkan terdapat sempadan-sempadan tanah yang

ditetapkan. Kawasan pembinaan bagi tapak ini adalah memanjang tetapi mempunyai

kelebaran yang terhad. Antara contoh pembinaan yang sesuai bagi tapak seperti ini

adalah pembinaan saluran paip, pembinaan laluan kereta api dan jalan raya (Wan

Yusoff , 2010). Rajah 2.4 menunjukkan jenis tapak bina sempit dan panjang.

Rajah 2.4: Tapak bina yang sempit dan panjang

(sumber: Mymrt, 2012)

2.3 Pengurusan Penghantaran

Pengurusan adalah suatu proses yang berkaitan dengan hal ehwal dalam

mengurus, merancang, mengelola dan melaksanakan sesuatu aktiviti dengan

menggunakan teknik-teknik dan kemahiran tertentu bagi mencapai objektif sesuatu

kerja (Abdul Hakim, 1995). Pengurusan yang berkesan mampu memudahkan segala

urusan sesuatu kerja yang hendak dilakukan berdasarkan rangka kerja yang

ditetapkan.

Page 37: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

18

Pengurusan penghantaran adalah suatu proses integrasi mekanisme dalam

menghubungkan sesuatu proses penyampaian sesuatu maklumat terhadap individu

kepada individu lain yang mempunyai jarak yang tertentu. Teknik dan kaedah

pengurusan penghantaran adalah berbeza-beza bergantung kepada organisasi tersebut

(Abdul Hakim, 1995).

Bahan binaan input utama kepada pembinaan; tanpa bahan binaan, projek

tidak akan dapat disiapkan (Omar Osman, 2001). Bahan binaan yang digunakan

perlulah bahan binaan yang sesuai dengan keperluan projek tersebut dan mudah

didapati. Dianggarkan 40 peratus daripada nilai pembinaan adalah disalurkan kepada

bahan-bahan binaan (Nedo,1998). Dengan ini, proses pengkoordinasian adalah

penting bagi memastikan pengurusan bahan-bahan binaan di tapak mencapai

matlamat pembinaan. Koordinasi yang cekap dapat membantu mempercepatkan

proses penghantaran dengan kadar yang rendah daripada pembekal serta kaedah

pengurusan masa juga dapat dikurangkan.

Untuk memperolehi mutu bahan binaan yang baik dengan kuantiti yang betul

disamping pada kadar harga yang berpatutan serta ketepatan masa, tumpuan terhadap

pengurusan di peringkat penghantaran bahan di tapak perlulah dititikberatkan.

Penghantaran yang sempurna perlulah mengikut proses-proses yang betul. Menurut

Mhd Azmin (2001), terdapat 4 peringkat dalam proses pengurusan penghantaran

bahan ke tapak, antaranya:

i. Perancangan penjadualan

ii. Pembungkusan dan penghantaran

iii. Penerimaan dan pemeriksaan

iv. Perletakan dan penyimpanan

Page 38: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

19

2.3.1 Perancangan Penjadualan

Perancangan penjadualan amat penting bagi memastikan sesuatu tindakan

dilakukan adalah tepat dan tidak mendatangkan pembaziran. Menurut Mhd Azmin

(2001), konsep perancangan adalah satu aspek yang memberi gambaran yang

menyeluruh dengan garis panduan yang sesuai kepada sesiapa yang melaksanakan

sistem untuk mencapai objektif. Fungsi perancangan penjadualan termasuklah

kandungan bahan di dalam reka bentuk dan penggunaan data untuk merancang

pembelian serta penghantaran bahan ke tapak bina. Dalam peringkat ini, antara

maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

i. Bahan yang hendak dihantar

ii. Lokasi pembekal

iii. Lokasi tapak

iv. Pemilihan sistem penghantar

v. Tarikh dan waktu penghantaran

vi. Pemilihan logi dan jentera

vii. Penggunaan tenaga buruh

viii. Tempat perletakan

Pada umumnya, penjadualan bahan adalah dikendalikan oleh individu yang

berpengalaman luas. Penjadualan bahan merupakan satu dokumen penting yang

digunakan dalam proses penghantaran bahan ke tapak bina. Selain itu juga,

penjadualan ini juga menetukan jenis dan kuantiti bahan yang akan dihantar ke tapak

Page 39: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

20

serta menjadi rujukan tentang keadaan semasa bahan yang dihantar supaya bahan

sentiasa berada dalam keadaan yang diinginkan.

Penjadualan yang efektif adalah penjadualan yang berdasarkan kepada

keperluan bahan di tapak (Bentley, 1990). Keperluan bahan di tapak perlu

diselaraskan dengan bahan yang dihantar supaya tidak mendatangkan kerugian

kepada kontraktor. Penjadualan juga dapat menentukan bahan tiba di tapak pada

waktu yang tepat. Peruntukan masa penghantaran dan keadaan yang diluar jangka

perlu diambil kira semasa penyediaan penjadualan penghantaran. Penjadual

penghantaran sangat penting bagi memastikan sistem pengurusan tapak dalam

keadaan yang terbaik terutama dalam tapak bina yang mempunyai keluasan yang

terhad.

i. Bahan yang Hendak Dihantar ke Tapak

Penggunaan bahan tapak mengikut perancangan yang ditetapkan dapat

melancarkan lagi proses perjalanan aktiviti keseluruhan projek. Tanpa bahan yang

diperlukan akan merencatkan kemajuan projek. Oleh itu, pengurusan bahan di tapak

bermula dengan pengurusan pembelian bahan yang dirancang mengikut perancangan

kerja. Dalam hal ini, kontraktor mempunyai peranan penting dalam meneliti terhadap

keutamaan bahan di tapak bina mengikut keutamaan terlebih dahulu (Mhd Azmin

2001).

Sehubungan dengan itu, satu perancangan pembelian dan penghantaran

terhadap bahan yang hendak digunakan mengikut keutamaan diadakan. Oleh itu,

penggunaan penjadualan penghantaran bahan perlu dilakukan agar kerja-kerja

persediaan terhadap penghantaran dan penerimaan bahan boleh disediakan bagi

mengelakan berlakunya kemungkinan yang tidak diduga berlaku semasa proses

penghantaran ke tapak (Mat Nasir (2005).

Page 40: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

21

Disamping itu juga, pemberitahuan atau makluman awal terhadap pembekal

mengenai penghantaran bahan perlu dilakukan mengikut ketetapan masa. Begitu juga

dengan pihak pengurusan tapak, makluman tentang ketibaan bahan perlu diberitahu

lebih awal bagi memastikan persediaan dapat dilakukan seperti penyediaan

perletakan bahan, penggunaan buruh dan sebagainya (Mhd Azmin 2001).

ii. Lokasi Pembekal

Aspek tentang lokasi pembekal juga merupakan elemen yang perlu diambil

perhatian dalam penyediaan penjadualan penghantaran bahan. Hal ini penting bagi

kontraktor untuk mengetahui masa dan jarak yang diperlukan dalam sekali proses

penghantaran dilakukan. Disamping itu juga, jenis pengankutan yang disediakan

juga turut diambil kira dal hal ini bagi memastikan operator kenderaan membuat

perancangan tentang jenis bahan yang perlu diambil terlebih dahulu. Dengan ini,

bahan binaan dapat diangkut dan disusun dengan teratur. Peta petunjuk arah lokasi

juga turut disediakan dalam perancangan penjadualan penghantaran.

iii. Lokasi Tapak

Penjadualan perancangan mengenai lokasi semasa tapak perlu diambil kira

bagi membantu proses penjadualan dapat diatur dan dibekalkan kepada pembekal

supaya proses penghantaran bahan dapat diterima di tapak mengikut masa yang

ditetapkan. Kedudukan lokasi tapak yang mempunyai akses perhubungan yang baik

mampu melancarkan sistem penghantaran bahan dijalankan. Ini dapat meningkatkan

kecekapan penghantaran dapat dilakukan (Mhd Azmin (2001).

Page 41: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

22

iv. Pemilihan Sistem Penghantaran

Elemen pemilihan sistem penghantaran juga mempengaruhi sistem

penyediaan perancangan penjadualan penghantaran bahan. Pemilihan sistem

penghantaran yang mampu menjimatkan kos merupakan faktor utama pemilihan

kontraktor bagi proses penghantaran. Pemilihan jenis pengangkutan juga perlulah

bersesuaian dengan lokasi projek pembinaan. Menurut Mat Nasir (2005), antara

faktor yang perlu dipertimbangkan dalam proses pemilihan iaitu:

a. Kebolehkerjaan

b. Harga sewa

c. Kauntiti bahan yang dihantar

d. Saiz kenderaan

e. Jarak penghantaran

v. Tarikh dan Waktu Penghantaran

Aspek mengenai tarik dan waktu penghantaran merupak elemen yang sangat

penting dalam proses penghantaran dijalankan. Hal ini penting bagi mengelakan

berlakunya penangguhan kerja disebabkan kelewatan penghantaran berlaku.

Penjadualan terhadap Tarik dan waktu penghantaran akan memudahkan urusan

penyediaan penerimaan di tapak dan urusan penghantaran dari pembekal (Mhd

Azmin 2001).

Page 42: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

23

vi. Pemilihan Logi dan Jentera

Perancangan mengenai pemilihan logi dan jentera juga turut memainkan

peranan penting dalam proses perancangan penjadualan. Pemilihan logi dan jentera

amat penting dalam kerja-kerja pemunggahan dan perletakan bahan sekiranya bahan

sampai di tapak bina. Pada kebiasaanya, elemen ini penting bagi bahan yang barsaiz

besar dan panjang seperti keluli dan batu bata yang memerlukan jentera untuk

mengendalikannya. Ini penting bagi menjimatkan masa, tenaga dan kos.

vii. Penggunaan Tenaga Buruh

Perancangan penjadualan penggunaan buruh juga perlu dilakukan semasa

proses penghantaran bahan sampai di tapak bina. Perancangan terhadapa jumlah

buruh yang diperlukan untuk mengendalikan kerja penyusunan dapat ditentukan.

Pemilihan ini berdasarkan kepada jenis dan kuantiti bahan yang yang dihantar di

tapak.

viii. Tempat Perletakan

Perancangan terhadap tempat perletakan bahan di tapak perlu diambil semasa

proses penerimaan bahan. Tempat perletakan bahan perlu ditentukan terlebih dahulu

sebelum kerja penyususan bahan dilakukan. Faktor jenis bahan juga memainkan

peranan bagi memastikan pengekalan kualiti bahan tersebut terpelihara serta tidak

mudah rosak (Wyatt, 1999).

Disamping itu, perancangan terhadap tempat perletakan dapat mengelakan

berlakunya kesesakan di tapak bina. Hal ini dapat membantu mengurangkan

pembaziran berlaku. Perancangan terhadap tempat perletakan bahan dapat

Page 43: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

24

menyediakan perkarangan tapak dan kawasan simpanan yang betul dengan ruangan

yang selesa serta mengamalkan kawalan stok yang baik (Wyatt, 1999).

2.3.2 Pembungkusan dan Penghantaran

Pembungkusan bahan merupakan perkara yang penting sebelum

penghantaran bahan dibuat. Ia juga penting ketika melibatkan penghantaran bahan di

tapak bina yang potensi halangan yang tinggi seperti di kawasan pulau dan tapak

mempunyai kekerapan hujan yang tinggi. Pembungkusan juga diperlukan bagi

memastikan kuantiti dan kualiti bahan tidak berkurang seperti bahan peroi atau lerai

iaitu pasir dan simen. Menurut Chandles (1987), antara kelebihan pembungkusan

bahan ialah;

i. Dapat melindungi bahan daripada mengalami kerosakan

ii. Memudahkan proses penyimpanan

iii. Dapat mengawal pembaziran bagi bahan yang bersifat peroi

iv. Proses kerja mengangkut dapat dilakukan dengan mudah

v. Memudahkan kerja penyusunan

Walau bagimanapun, bagi tapak yang terletak di kawaasan daratan aspek

pembungkusan adalah kurang diberi perhatian semasa proses penghantaran bahan

dilakukan. Manakala dalam proses penghantaran, pertimbangan dari segi keperluan

bahan diambil kira. Bilangan untuk proses penghantaran dalam sesuatu masa perlu

dititikberatkan disebabkan kos untuk penghantaran adalah sangat tinggi. Dengan ini,

keutamaan kepada jenis bahan yang diperlukan di tapak mengikut tahap kerja adalah

diutamakan. Oleh itu, perancangan proses penghantaran perlu dilakukan dengan

sebaiknya bagi mengurangkan pengaliran kos projek (Mhd Azmin, 2001).

Page 44: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

25

2.3.3 Penerimaan dan Pemeriksaan

Menurut Broughton (1997), apabila bahan yang telah dipesan dan dihantar ke

tapak maka langkah persediaan terhadap penerimaan bahan perlu dilakukan dengan

segera seperti persediaan stor penyimpanan, pemilihan jentera yang sesuai digunakan

dan lain-lain. Pemeriksaan bahan yang dihantar di tapak perlu dilakukan terlebih

dahulu berdasarkan buku rekod bahan yang dipesan pada sebelumnya sebelum

penerimaan bahan dilakukan. Tangggunjawab ini selalunya dilakukan oleh seorang

pemeriksa seperti jurutera tapak, kerani tapak atau kerani stor. Setiap penerimaan

bahan yang dihantar perlu direkodkan di dalam buku rekod penghantaran bahan yang

disediakan. Sekiranya terdapat perbezaan bahan yang dihantar daripada bahan

diterima atau ada sebarang kerosakan pada bahan, pemeriksa berhak untuk menolak

atau tidak membenarkan bahan diturunkan daripada kenderaan. Sebarang laporan

mengenai penolakan juga turut disediakan untuk dijadikan bukti. Hal ini sering

dikaitkan dengan pembekal atau pengangkutan yang disewa untuk penghantaran.

Disamping itu juga, setiap bahan yang dihantar ke tapak perlu melalui proses

pemeriksaan sebelum proses penerimaan untuk perletakan. Sekiranya terdapat

sebarang bahan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pemeriksa

berkenaan berhak menerima sebarang pampasan sebagai ganti rugi atas kecuaian

pembekal. Hal ini penting bagi kedua-dua pihak bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapi untuk menanggung kerugian yang berlaku (Broughton, 1997).

2.3.4 Perletakan dan Penyimpanan

Faktor yang perlu diambil kira semasa proses penerimaan bahan ialah tempat

untuk kenderaan menurunkan bahan. Tempat perletakan perlu berdekat dengan

ruangan penyimpaan bagi memudahkan proses pemindahan. Hal ini dapat

menjimatkan masa, tenaga dan kos akan digunakan. Menurut Poon et al. (2009)

bahawa perletakan dan penyediaan tempat yang sesuai boleh meningkatkan

Page 45: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

26

kecekapan pengurusan sumber, meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos

operasi stor bahan.

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah organisasi juga kurang memberi

perhatian terhadap lokasi tempat penyimpanan bahan (Wyatt, 1998). Hal ini sering

berlaku kepada pengurusan tapak yang tidak strategik dan tidak mengambil berat

terhadap kualiti bahan tersebut.

Menurut Broughton (1997) pula, stor penyimpanan bahan perlulah disediakan

agar dapat menyimpan bahan dengan sempurna serta dapat diakses dengan mudah.

Stor yang baik perlulah mempunyai ruangan yang selesa dan pengudaraan yang baik

bagi memastikan keadaan bahan dalam keaadan yang sedia kala. Selain itu juga,

segala kelengkapan stor juga perlu disediakan seperti rak dan pembahagi bahan bagi

memastikan penempatan yang sesuai mengikut jenis bahan. setiap keluar masuk

bahan perlu direkodkan dan rekod bahan perlulah dikemaskini dari masa ke semasa.

Dengan ini, koordinnasi pengurusan penyimpanan dalam keadaan yang terkawal dan

terjaga.

2.4 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak

Teknik pengurusan penghantaran bahan ke tapak dalam sesuatu projek amat

penting bagi menentukan kejayaan. Menurut Saiful Hadi (2003) terdapat beberapa

teknik pengurusan yang diamalkan dalam sektor pembinaan. Teknik –teknik tersebut

adalah seperti berikut.

Page 46: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

27

2.4.1 Teknik Just in Time

Just in Time (JIT) sebagai suatu kaedah yang masih baru serta belum

diaplikasikan sering dikatakan sebagai salah satu kaedah yang fleksibel, mampu

meningkatkan produktiviti, mengurangkan kerosakan bahan-bahan binaan yang

disimpan dan melahirkan pekerja yang bermotivasi tinggi. JIT juga dapat

menjalankan tugas dengan berkesan dengan menghapuskan atau mengurangkan

tugas-tugas yang tidak perlu dan membuat tugas dengan senang dan cepat. Ia juga

dapat meningkatkan keupayaan penggunaan peralatan pada masa operasi dan masa

yang ditentukan (set up time), kedua-duanya adalah penting di tapak bina. Kaedah ini

juga telah terbukti berjaya dilaksanakan dalam industri pengeluaran seperti industri

komponen-komponen elektrik, komponen kereta dan sebagainya. Dalam industri

binaan juga terdapat rekod yang menunjukkan kaedah ini merupakan suatu polisi

yang rendah pada kosnya tetapi membawa pulangan yang tinggi. Pengaplikasian

Sistem JIT ini didalam industri binaan terutamanya dalam pengurusan bahan binaan

di tapak bina amat berkesan (Lim dan Low, 1992). Dengan ini mampu memperbaiki

sistem pengurusan penghantaran bahan ke tapak dengan lebih konsisten dan teratur.

2.4.2 Perancangan Keperluan Bahan (Requirement Material Planning)

Perancangan Keperluan Bahan (MRP) adalah sistem maklumat terawal yang

berkaitan dengan peningkatan produktiviti untuk sesuatu pengurusan dengan

menggunakan computer untuk memberikan data yang penting. Dengan adanya

sistem sedemikian, kecekapan pengurusan dapat bertambah baik. Oleh kerana

analisis data untuk menangkapnya menjadi lebih sistematik, sistem yang lebih

komprehensif telah dibangunkan untuk mengintegrasikan MRP dengan aspek lain

dalam industri pembinaan. Pengaplikasian teknik ini serba sedikit mampu

melancarkan proses penghantaran bahan ke tapak dengan lebih lancar dan berkesan.

Menurut Robbin et al. (2004) MRP mampu mempercepatkan proses pengurusan

dengan baik tanpa memerlukan kos yang tinggi. Dengan adanya keadah ini,

pengurusan penghantaran di tapak akan lebih teratur dan konsisten bagi

meningkatkan produktiviti.

Page 47: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

28

2.4.3 Sistem Pengurusan Bahan (Material Management System)

Sistem Pengurusan Bahan (MMS) merupakan suatu teknik pengurusan yang

melibatkan pengurusan proses yang dikenali sebagai rantai bekalan yang

membabitkan sistem perolehan, pengangkutan dan pengedaran bahan ke sesuatu

destinasi. Pengurusan bahan adalah teknik yang lebih terperinci yang mana berkaitan

dengan perancangan, pengaturan dan kawalan aliran bahan, dari pembelian awal

mereka ke sesuatu tempat. Menurut Rue et al. (2000) bahawa MMS merupakan satu

keadah yang berkesinambungan antara satu sama lain. Pengaplikasian teknik ini

memerlukan perhatian yang menyeluruh bagi memastikan proses pengurusan dapat

dilakukan dengan baik dan berkesan. Keupayaan untuk mengendali pengurusan

penghantaran bahan yang konsisten bergantung kepada bantuan sokongan daripada

sumber lain. Dengan ini, teknik ini amat penting bagi memastikan proses

penghantaran ke sesuatu tempat dapat dijalankan dengan baik melalui penglibatan

keseluruhan faktor bagi membantu kelancaran pengurusan penghantaran itu berjaya.

Sehubungan dengan itu, teknik ini amat bersesuaian dalam proses pengurusan

penghantaran bahan dalam sektor pembinaan. Dengan ini dapat meningkatkan

produktiviti sesuatu organisasi.

2.5 Penghantaran

Penghantaran merupakan satu kaedah memindah dan mengerakan sesuatu

barang dari suatu tempat ke suatu tempat yang baru dengan keadaan yang selamat

dan berjaya. Penghantaran akan berlaku apabila sesuatu barang itu mempunyai

permintaan dari seseorang dan barang tersebut diperlukan dengan segera. Selain itu

juga, penghantaran merupakan satu proses, keadah atau medium untuk menghantar,

mengirim atau penyerahan sesuatu daripada seseorang kepada orang lain yang

melibatkan jarak dan masa tertentu. Dalam memastikan penghantaran itu berkesan

dan berterusan dalam jangka masa yang panjang hendaklah memerlukan satu sistem

pengurusan yang berstruktur.

Page 48: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

29

2.5.1. Ciri-Ciri Penghantaran

Menurut Gavaud et al. (2009) bahawa sesuatu penghantaran haruslah

mengikut kriteria dan ciri-ciri tertentu:

i. Tepat

Sesuatu penghantaran bahan di tapak bina haruslah tepat berdasarkan

keperluaan yang ditetapkan. Ketetapan dari segi masa, jenis barang dan kualiti adalah

penting dalam sesuatu penghantaran yang dikendaki oleh semua pihak (Gavaud et al.

2009).

ii. Selamat

Sesuatu barang yang dihantar itu mestilah selamat dan tidak membahayakan

kepada mana-mana pihak atau individu. Ia penting bagi memestikan barang itu tidak

mendatangkan kecederaan kepada seseorang. Selain itu, penghantaran itu juga perlu

selamat sampai kepada pemilik barang tersebut (Gavaud et al. 2009).

iii. Efisien

Sistem penghantaran juga perlulah efisien bagi memastikan sesuatu barang

itu berjaya dihantar dengan baik. Penghantaran yang lebih efisien dapat

mengurangkan kos, tenaga dan masa dalam satu kitaran penghantaran lengkap pada

sesuatu keadaan tertentu (Gavaud et al. 2009).

Page 49: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

30

iv. Kemas

Kekemasan keadah penghantaran merupakan ciri yang perlu diutamakan

dalam proses penghantaran bahan. Ini penting bagi memastikan kualiti barang

tersebut sentiasa terjaga dan terpelihara. Teknik pembungkusan yang kemas juga

merupakan ciri yang penting dalam sistem penghantaran (Gavaud et al. 2009).

v. Padat

Sesuatu penghantaran itu perlulah padat bagi memastikan tidak berlakunya

pembaziran kos perbelanjaan organisasi. Hal ini penting bagi mengelakkan proses

penghantaran yang tidak teratur (Gavaud et al. 2009).

2.5.2 Jenis Penghantaran

Dalam sektor pembinaan, kontraktor haruslah mengetahui jenis penghantaran

yang bakal digunakan sepanjang tempoh proses pembinaan projek dijalankan. Oleh

itu, terdapat dua jenis penghantaran bahan binaan ke tapak bina iaitu penghantaran

secara langsung dan secara tidak langsung. Menurut Kamaruddin, et.al. (1991)

terdapat dua jenis penghantaran bahan di tapak bina.

i. Penghantaran secara langsung.

Penghantaran secara langsung merupakan penghantaran bahan binaan secara

terus dari pembekal kepada penerima atau pelanggan. Barang yang dipesan dan

dipersetujui oleh kontraktor akan dihantar oleh pembekal utama secara terus

mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Segala perincian bahan binaan yang

Page 50: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

31

dipesan mestilah lengkap sebelum dihantar kepada pelanggan. Penghantaran ini juga

tidak melibatkan orang ketiga dalam proses penghantaran berlangsung (Kamaruddin,

et.al. 1991).

ii. Penghantaran secara tidak langsung

Penghantaran secara tidak langsung merupakan penghantaran bahan binaan

tidak secara terus dari pembekal kepada penerima atau pelanggan. Barang yang

dipesan dan dipersetujui oleh kontraktor akan dihantar oleh pembekal lain

berdasarkan masa dan tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Proses

penghantaran ini melibatkan orang ketiga atau pihak lain dalam menjalankan

urusniaga penghantaran berlangsung (Kamaruddin, et.al. 1991).

2.5.3 Teknik Penghantaran

Dalam proses penghantaran bahan binaan di tapak bina, teknik penghantaran

perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi menentukan keputusan pemilihan akan

dibuat. Teknik penghantaran amat penting dalam menetukan keberkesan

penghantaran bahan binaan tersebut. Menurut Johnston (1999) teknik penghantaran

bahan ke tapak ada berbeza-beza mengikut kesesuaian projek.

i. Teknik Manual

Teknik penghantaran secara manual merupakan sistem penghantaran bahan

binaan yang secara tradisional atau biasa dimana proses penghantaran yang mengikut

masa dan tarikh yang ditetapkan oleh kontraktor dengan pembekal. Teknik seperti ini

memerlukan perancangan dan penjadual yang cekap bagi memastikan proses

penghantaran berjalan dengan lancar (Johnston, 1999).

Page 51: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

32

ii. Teknik Bersistem

Teknik penghantaran secara bersistem merupakan sistem penghantaran yang

berperingkat dimana sesuatu bahan yang dihantar ke tapak bina perlu ada pengesahan

sebelum dihantar terus ke tapak. Teknik ini memerlukan sedikit masa untuk

melakukan sebarang proses penghantaran. Bahan binaan yang dihantar itu perlu ada

pengesahan yang sah dari pembekal sendiri atau agensi khas seperti CIDB bagi

memastikan spefikasi bahan atau produk mencapai tahap standard yang ditetapkan.

Contohnya, penghnataran produk atau barang Mechanical and Electrical (M&E)

iaitu Air-cond atau penghawa dingin (Johnston, 1999).

iii. Teknik Express

Teknik penghantaran secara express merupakan sistem yang memerlukan

penghantaran yang segera dan terus diperlukan ke tapak bina setelah proses

tempahan selesai. Teknik ini tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk

berurusan bagi proses penghantaran. Contohnya, proses penghantaran lorry concrete

mixer (Johnston, 1999).

2.6 Kekangan Penghantaran Bahan di Kawasan Bandar

Dalam industri pembinaan, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai

masalah yang dihadapi oleh semua pihak sepanjang berlangsungnya proses

pembinaan sesuatu projek. Proses penghantaran bahan ke tapak bina khusunya di

kawasan bandar tidak terlepas dengan pelbagai masalah yang dihadapinya. Menurut

Muhammad Zaidi (2005), antara masalah yang timbul semasa proses penghantaran

adalah seperti berikut:

Page 52: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

33

i. Koordinasi

ii. Penjadualan bahan

iii. Kawalan bahan

iv. Tempat penyimpanan bahan

2.6.1 Koordinasi

Koordinasi merujuk kepada hubungan komunikasi antara individu kepada

individu lain. Dalam konteks ini, koordinasi yang dimaksudkan adalah hubungan

yang kurang jelas antara pihak kontraktor dengan pihak lain yang berurusan

dengannya termasuklah pembekal, syarikat pengangkutan dan pengurusannya di

tapak bina. Hubungan komunikasi yang kurang jelas sering kali berlaku antara pihak

kontraktor dengan pembekal melalui proses pembelian bahan. Kadangkala berlaku

kesilapan salah faham mengenai bahan yang dipesan oleh kontraktor menyebabkan

bahan yang dihantar ke tapak bina terpaksa ditolak oleh kontraktor. Ironinya, pihak

kontraktor terpaksa membuat pembayaran tambahan terhadap bahan tersebut

walaupun bahan tersebut tidak diperlukan di tapak ekoran untuk mematuhi terma

perjanjian yang ditandatangani. Hal ini berlaku kepada individu cuai yang

menendali urusan pembelian (Muhammad Zaidi, 2005),.

Selain itu, ketidaktepatan dalam mengikuti jadual penghantaran bahan juga

merupakan masalah timbul yang menyebabkan kerja di tapak tertangguh dan

pembatalan proses temujanji perlaksanaan sesuatu kerja. Lambakan kuantiti bahan

binaan di tapak bina juga mendatangkan masalah kepada pengurusan tapak

(Muhammad Zaidi, 2005). Hal ini berlaku disebabkan integrasi jadual penghantaran

yang tidak sistematik. Kesannya, kualiti bahan tersebut akan menurun serta

menyebabkan pembaziran berlaku.

Page 53: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

34

Disamping itu juga, masalah koordinasi juga dapat dilihat melalui hubungan

komunikasi kontraktor dengan syarikat pengangkutan. Masalah ini timbul apabila

pihak syarikat yang dipilih oleh kontraktor untuk menghantar bahan di tapak bina

mengalami kelewatan daripada masa yang ditetapkan. Keadaan ini biasa berlaku

apabila melibatkan proses penyewaan pengangkutan.

2.6.2 Penjadualan Bahan

Masalah penjadualan bahan juga kerap kali terjadi semasa proses

penghantaran ke tapak bina. Kaedah perancangan penjadualan yang kurang efektif

terhadap bahan yang hendak dihantar, jarak lokasi pembekal yang tidak bersesuaian

dan waktu dan tarikh penghantaran yang tidak sesuai serta sistem penghantaran yang

dipilih tidak betul menyebabkan pengurusan dan pengawalan bahan yang tidak

sempurna.

Penjadualan yang baik dapat mengurangkan pembaziran bahan dan

meminimumkan kos pengendalian (Muhammad Zaidi, 2005). Perancangan

penjadualan yang tepat perlu dilakukan oleh individu yang berpengalaman dan pakar

dalam selok-belok sistem pengurusan agar masalah penghantaran dapat dikurangkan.

Kekangan penghantaran bahan di kawasan bandar berlaku apabila kaedah

atau cara penyampaian barang dilakukan pada waktu puncak Thibaut et al. (2017).

Hal ini berlaku apabila rangkaian pengangkutan sering mengalami kesesekan

sehingga menyebabkan kelewatan operasi penghantaran mengikut masa yang

ditetapkan. Contohnya, melakukan penghantaran bahan binaan pada masa yang

singkat diwaktu puncak dan bahan diperlukan segera. Dengan ini akan menyebabkan

proses penyiapan kerja turut terbantut serta peningkatan kos.

Page 54: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

35

2.6.3 Kawalan Bahan

Kawalan bahan merujuk kepada usaha pengawasan terhadap pergerakan dan

penggunaan bahan di tapak bina. Bagi mengelakkan berlakunya masalah pembelian

dan penghantaran yang berulang-ulang yang memberi kesan kepada kos projek perlu

diambil perhatian serius. Pihak pengurusan kontraktor perlu membuat pemeriksaan

yang teliti mengenai penggunaan dan pergerakan bahan di tapak supaya supaya ianya

digunakan dengan sebaiknya tanpa melepasi tahap pembaziran yang ditetapkan.

Masalah pembaziran juga turut berlaku berpunca daripada penggunaan

saringan bahan atau menaruh kepercayaan kepada angka di dalam senarai bahan

tanpa mengambil kira penggunaan sebenar di tapak terlebih beli daripada pembekal.

Disamping itu juga, kaedah penyemakan yang tidak teliti terhadap rekod tapak yang

tidak lengkap menyebabkan masalah penghantaran dimana mutu bahan yang tidak

menepati piawaian yang ditetapkan (Muhammad Zaidi, 2005). Untuk mempastikan

bahawa sistem kawalan bahan yang benar-benar berkesan, perkara-perkara berikut

perlu diambil kira:

i. Keperluan pengendalian tapak iaitu bahan-bahan dibeli dan dihantar

mengikut keperluan sahaja tanpa membenarkan pembaziran besar-

besaran.

ii. Bagi tapak yang besar, penggunaan setor penyimpanan berpusat dapat

memudahkan bahan disimpan dan juga aliran keluar masuk bahan dapat

diurus dengan mudah.

iii. Pemeriksaan dan penyemakan terhadap nota serahan bahan yang teliti

untuk memastikan bahwa maklumat yang ditunjukkan adalah lengkap dan

senang difahami.

Page 55: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

36

iv. Penyesuaian perlu kerap dilakukan, misal kata pada setiap bulan atau

penilaian yang dilakukan secara berperingkat-peringkat, atau setiap kali

serahan, sebarang perbezaan perlu disiasat oleh pengawal bahan

(Muhammad Zaidi, 2005).

2.6.4 Tempat Penyimpanan Bahan

Ruangan tempat penyimpanan bahan yang terhad menyebabkan berlakunya

kesesakan bahan di tapak bina. Dengan ini, bahan yang dihantar di tapak tidak dapat

diurus dengan sempurna. Kesan daripada ini juga menyebabkan berlakunya

penghantaran yang berulang–ulang mengikut keperluan tapak sahaja. (Muhammad

Zaidi, 2005).

Perletakan bahan yang kurang sempurna bagi semua jenis bahan tanpa

mengambil kira aspek kualiti bahan memudahkan berlakunya pembaziran.

Contohnya, penyimpanan bahan yang mudah sensitif seperti simen di tempat

terdedah kepada air menyebabkan bahan ini mudah rosak. Begitu jugan dangan

bahan yang longgar atau peroi seperti pasir, batu aggregate membolehkan bahan ini

terbazir dengan kaedah penyusutan kuantiti dengan mudah. Sekiranya perkara ini

dibiarkan menyebabkan pembaziran akan terus berlaku. Oleh itu, perletakan bahan

yang sempurna dengan adanya stor penyimpanan atau kawasan khas untuk simpanan

bahan yang teratur dapat mengurangkan pembaziran sekaligus mewujudkan satu

pengurusan dan kawalan bahan yang berkesan. (Muhammad Zaidi, 2005).

Selain itu, isu kos harta-tanah juga merupakan satu kekangan yang

mempengaruhi proses penghantaran bahan binaan di tapak bina di kawasan bandar

Menurut Thibaut et al. (2017) peruntukan terhadap permukaan stor yang terhad

ekoran kos yang sangat tinggi. Oleh itu, risiko untuk mengalami kekurangan stok

adalah lebih tinggi jika rantaian bekalan tidak cepat bertindak balas. Disebabkan saiz

permukaan simpanan yang diperuntukkan, kuantiti barangan bagi setiap

Page 56: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

37

pengangkutan di antara penerima akhir dan gudang adalah rendah, tetapi

kekerapannya tinggi. Dengan ini, proses penghantaran adalah semakin sukar

sehingga meningkatkan kos penghantaran.

2.7 Hubungkait Kos Dengan Pengurusan Penghantaran

Kos merupakan elemen yang penting dalam sistem pengurusan penghantaran

bahan dalam sektor pembinaan. Menurut Salazar-Aramayo (2013) bahawa kos

disenaraikan di antara ciri-ciri yang paling penting dalam model pengurusan projek.

Oleh itu, setiap pengurusan penghantaran memerlukan sejumlah kos bagi

memastikan kelancaran sistem penghantaran berjalan dengan baik. Kekuatan

peruntukan kos yang dimiliki oleh sesebuah organisasi dalam peringkat pengurusan

logistik dapat meningkatkan kecekapan pengurusan penghantaran dengan tepat

mengikut masa dan jadual yang ditetapkan.

Kebijaksanaan dalam mengawal kos terhadap pengurusan penghantaran

bahan di tapak binaan dapat mengawal aliran tunai daripada melepasi perbelanjaan

yang diperuntukan. Pengurusan kos yang proaktif dan dinamik mampu mengawal

urus tadbir proses penghantaran dan meningkatkan keberkesan pengurusan

penghantaran dalam sektor pembinaan (Salazar-Aramayo 2013).

2.8 Bahan Binaan

Bahan binaan ditakrifkan sebagai bahan yang digunakan dalam pembinaan

sama ada diproses atau tidak (Mahyuddin Ramli, 1990). Dalam melaksanakan projek

pembinaan terdapat pelbagai bahan dan kelengkapan yang digunakan sama ada di

peringkat permulaan, pertengahan dan akhir. Bahan-bahan yang digunakan biasa

semasa peringkat permulaan adalah seperti simen, besi tetulang, kayu untuk acuan,

pasir, batu baur dan cerucuk manakala untuk peringkat pertengahan adalah seperti

Page 57: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

38

batu-bata, jubin dan cat, dan pada peringkat akhir ialah seperti ironmongery,

kelengkapan sanitari, tingkap dan pintu.

2.8.1 Ciri-Ciri Bahan Binaan

Menurut CIDB, antara ciri bagi bahan binaan yang digunakan dalam sektor

pembinaan mestilah mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh CIDB melalui

construction industry standard (CIS). Ciri-ciri bahan binaan adalah seperti berikut:

i. Berkualiti

Setiap bahan binaan yang digunakan adalah mempunyai kualiti yang tinggi

berdasarkan tahap kualiti yang ditetapkan oleh CIDB. Produk yang berkualiti penting

bagi menjamin kelangsungan jangka hayat sesuatu bangunan untuk digunakan.

ii. Selamat

Bahan binaan yang digunakan dalam sektor pembinaan adalah selamat.

Sesuatu bahan binaan yang digunakan tidak membahayakan kepada kesihatan

penggunan dan mampu menambah keyakinan pengguna untuk menggunakan.

iii. Mesra alam

Bahan binaan yang mesra alam merupakan ciri penting dalam penghasilan

produk. Hal ini penting bagi mengelakan kesan sampingan kepada persekitaran dan

pengguna. Pencemaran alam juga turut berkurangan.

Page 58: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

39

iv. Tahan lama (durability)

Ciri ketahanan bahan binaan yang dikeluarkan amat penting bagi memastikan

sesuatu bangunan tersebut kuat dan teguh dalam jangka masa panjang.

2.8.2 Jenis-Jenis Bahan Binaan

Berdasarkan tinjauan yang dibuat berkenaan dengan bahan binaan, Institute of

Surveyors Malaysia (ISM) menyenaraikan bahan-bahan binaan adalah seperti berikut

dalam sesebuah projek pembangunan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Jenis-jenis bahan binaan

No Jenis Bahan Binaan Contoh Bahan

1. konkrit -Simen

-Batu Baur

-Pasir

-Tetulang keluli tegangan rendah (mild steel)

-Tetulang keluli tegangan tinggi (high tensile)

2. Batu-bata -Bata simen-pasir

-Bata tanah liat biasa

3. Kayu -Kayu gergaji

-Papan lapis

-Rangka pintu

-Pintu Flush

-Tingkap casement kayu

-Kepingan simen asbestos

4. Bumbung Jubin bumbung

-Kepingan asbestos

Page 59: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

40

5. Pintu dan tingkap

aluminium/besi

6. Ironmongery (bahan

logam)

7.

Kemasan lantai/dinding -Quarry tiles

-Italian semi-glazed heavy duty ceramic tiles

-Vinyl asbestos tiles

-Unglazed mosaic tile

-Semi-glazed mosaic tile

-White glazed wall tile

-Coloured glazed wall tile

-Kempas parquet

-Precast terrazo

8 Perpaipan -Paip besi tempa (cast iron)

-Paip besi bergalvani

-Paip PVC

-Unplasticied PVC Downpipe

9. Kelengkapan sanitari -Basic

-W.C. pan

-Low level W.C. suite

10. Tangka Air -Tangki fibreglass

-Tangki pressed steel

11. Kaca -Kepingan kaca jernih

-Kepingan kaca berwarna

12. Cat -Cat emulsi

-Cat glass enamel

-Cat berasaskan simen (simen based)

2.8.3 Kategori Bahan Binaan

Dalam industri pembinaan, terdapat beberapa kategori bahan binaan yang

dikenal pasti untuk kegunaan pembinaan bangunan. Menurut Opfer, (1998), bahan

Page 60: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

41

binaan yang digunakan dalam proses pembinaan boleh dibahagikan kepada tiga

kategori, iaitu:

i. Bahan Komoditi Pukal (Bulk Commodity)

Bahan binaan komoditi pukal merupakan item yang memiliki kuantiti yang

banyak dan mudah diperolehi seperti paip keluli karbon, pengikat, konduit elektrik,

simen, batu baur dan kayu. Item-item seperti ini selalunya tersedia dan kerap

digunakan dalam sektor pembinaan (Opfer, 1998).

ii. Bahan Binaan Terbikin (Fabricated)

Bahan binaan terbikin merupakan item yang perlu ada operasi kerja sebelum

dibawa masuk ke tapak bina. Pengurusan terhadap item bahan binaan jenis seperti ini

perlu ada penelitian dan kelulusan berdasarkan scope drawing diantara pihak terlibat.

Antara contoh bahan binaan terbikin adalah keluli struktur, konkrit pasang siap,

keluli bertulang dan sebagainya (Opfer, 1998).

iii. Kelengkapan Khusus (Specialized Equipment)

Kelengkapan khusus adalah bahan binaan yang memiliki pusat kawalan

motor, transformer, pam, boiler, hawa pendingin dan lain-lain juzukan. Proses

pengeluarannya adalah lebih rumit berbanding dengan bahan binaan terbikin. Di

samping itu juga, bahan binaan ini perlu ada kelulusan dan memenuhi scope drawing

yang ditetapkan (Opfer, 1998).

Page 61: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

42

2.9 Pengenalan Pihak Kerajaan Tempatan

Pihak kerajaan tempatan merupakan satu pertubuhan badan kerajaan yang

mentadbir dan mengurus diperingkat tempatan mengikut bidang kuasa yang

ditetapkan. Pihak kerajaan tempatan juga mewakili kerajaan ketiga selepas kerajaan

persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap pihak berkuasa tempatan mempunyai satu

entiti menurut undang-undang berasingan daripada Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri. Ia bertanggungjawab ke atas hal-ehwal tempatan berdasarkan

kepada kuasa yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan atau negeri. Pihak berkuasa

tempatan menjalankan dan melaksankan fungsinya mengikut undang-undang yang

diperuntukkan dan ditetapkan. Dalam negara Malaysia, terdapat 149 buah pihak

kerajaan tempatan ditubuhkan serta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Majlis atau

Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis daerah dengan memiiliki peranan

yang berlainan. Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan kategori Majlis di Pihak

BerkuasaTempatan.

Jadual 2.2: Perbezaan kategori majlis di Pihak Berkuasa Tempatan.

Majlis/ Dewan

Bandaraya

Majlis perbandaran Majlis Daerah

Majlis atau Dewan Bandar

Raya ialah Majlis

Perbandaran yang dinaik-

taraf kepada bandar raya

setelah memenuhi kriteria

antaranya jumlah

penduduk tidak kurang

500,000 orang dan hasil

tahunan PBT hendaklah

melebihi RM100 juta.

Majlis Perbandaran lebih

tertumpu kepada bandar

(urban) jika dibandingkan

dengan Majlis Daerah dan

mempunyai penduduk dan

hasil yang melebihi Majlis

Daerah. Kriteria bagi

Majlis Perbandaran ialah

jumlah penduduk yang

melebihi 150,000 orang

dan hasil tahunan melebihi

RM20 juta.

Majlis Daerah lebih

tertumpu kepada luar

bandar (rural-based).

Kriteria bagi Majlis

Daerah ialah jumlah

penduduk kurang daripada

150,000 orang dan hasil

tahunan kurang daripada

20 juta.

Page 62: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

43

Jadual 2.3 menunjukkan statistik PBT mengikut negeri.

Jadual 2:3:Statistik PBT Mengikut Negeri

(sumber: KPKT, 2010)

2.10 Peranan dan Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan

Dalam setiap pertumbuhan sesuatu organisasi, sudah tentu ada peranan,

fungsi serta tanggungjawab yang harus dipikul bagi memastikan sesuatu objektif

organisasi tersebut adalah tercapai. Dalam konteks ini, antara peranan dan fungsi

Pihak Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut:

i. Merangka, mengkaji semula, menyeragam, menyelaras, mengkolarasi dan

mengurusetiakan perihal dasar atau akta atau garis panduan atau perkeliling

yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

ii. Merancang, menyalaras, memantau, mengawal selia dan menilai keberhasilan

bantuan kewangan.

Page 63: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

44

iii. Memberi khidmat nasihat, rundingan teknikal atau bukan teknikal dan

pembanguna kompetensi.

2.11 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan di Tapak

2.11.1 Prosedur Penghantaran Bahan di Tapak

Prosedur merupakan suatu tatacara atau cara yang lazim untuk membuat

sesuatu urusan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015). Dalam hal ini, prosedur

penghantaran bahan ke tapak bina haruslah dilakukan dengan mengikut tatacara atau

aturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses penghantaran bahan

itu berjalan dengan lancar. Proses pelaksanaan penghantaran bahan mestilah betul

dan tepat dari awal hingga selesai proses itu berlangsung. Dengan ini bagi

memastikan proses penghantaran bahan ke tapak bina tidak tertangguh atau

mengalami sebarang masalah yang boleh merencatkan kelangsungan proses tersebut.

Dalam industri pembinaan, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi

semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi memastikan kelancaran pergerakan

sesuatu kerja di tapak bina. Keselamatan dan keselesaan pekerja juga turut

terpelihara melalui penetapan prosedur yang diperkenalkan dalam bidang industri

pembinaan (Chen et al, 2014). Pengaplikasian dan pengamalan prosedur dengan baik

amat penting bagi mengelakan peningkatan kes kemalangan di sektor pembinaan

khususnya dikawasan tapak yang terdapat di bandar. Oleh yang demikian, tidak

dapat dinafikan bahawa prosedur dalam sistem penghantaran bahan di tapak juga

turut diperkenalkan serta perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak kontraktor. Hal ini

penting bagi melicinkan proses penghantaran bahan ke tapak dengan sistematik dan

tahap kualiti dan kerosakan dapat dikawal melalui pengaplikasian menggunakan

prosedur ini.

Page 64: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

45

Sehubungan dengan demikian, terdapat beberapa prosedur yang perlu

dilakukan bagi memastikan proses penghantaran sampai pada penerima. Menurut

Chen et.al. (2014) prosedur penghantaran bahan bergantung koordinasi sesuatu

organisasi tertentu. Koordinasi yang baik dapat mempercepatkan proses

penghantaran bahan ke sesuatu tempat sehingga mampu menjimatkan pengunaan

tenaga dan masa. Oleh itu, perkara ini amat penting bagi memastikan kelancaran

pengurusan penghantaran dapat berjalan dengan lancar.

2.11.2 Perbezaan Prosedur Penghantaran Bahan di Tapak Kawasan Bandar

dan Kawasan Luar Bandar

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan prosedur penghantaran bahan

kawasan bandar dan luar bandar. Proses bagi penghantaran bahan diantara kedua-

dua kawasan mempunyai sedikit perbezaan dimana prosedur bagi penghantaran

bahan ke luar bandar adalah sukar sedikit berbanding dengan kawasan bandar. Hal

ini kerana perbezaan dari segi akses penghantaran diantara kedua-dua kawasan

adalah berlainan dimana kemudahan akses dalam kawasan bandar adalah mempunyai

akses yang baik berbanding dengan kawasan luar bandar. Kemudahan akses

memainkan peranan penting dalam perancangan logistik (Chart, 2010). Oleh itu,

pelaksanaan prosedur yang teratur dapat meningkatkan proses penghantaran yang

lebih cepat dan berkesan.

Disamping itu juga, prosedur penghantaran bahan juga turut dipengaruhi oleh

masa. Masa merupakan sebahagian dalam prosedur penghantaran bagi memastikan

penghantaran itu berjaya. Dengan itu, sesuatu penghantaran itu memerlukan

ketetapan masa dimana pihak pembekal dan kontraktor amat memainkan peranan

yang baik bagi memastikan ketetapan masa dapat ditentukan. Ketetapan bagi tarikh,

waktu penghantaran dan waktu penerimaan bahan di tapak merupakan item

terkandung dalam prosedur penghantaran yang perlu ditetapakan bagi memudahkan

penghantaran bahan dengan teratur dan berkesan (Mhd Azmin, 2001). Kawasan luar

bandar dan kawasan bandar mempunyai perbezaan dari segi jarak penghantaran.

Page 65: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

46

Oleh itu, prosedur penghantaran bahan di kawasan luar bandar memerlukan tempoh

masa perancangan yang lebih terperinci berbanding dengan kawasan bandar. Hal ini

penting bagi memastikan pihak pengurusan penghantaran bahan tidak mengalami

kerugian.

2.11.3 Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Peraturan penghantaran bahan merupakan satu elemen yang sangat penting

dalam industri pembinaan. Perkara ini penting bagi memastikan tidak ada berlakunya

pelanggaran atau ketidaktaatan semasa proses pengurusan penghantaran itu

berlangsung. Menurut Kamus Dewan (2015), peraturan merupakan segala yang

ditentukan dan mesti dituruti. Dalam hal ini, segala proses penghantaran bahan ke

tapak bina haruslah diikuti dengan sepenuhnya bagi mengelakan berlakunya

sebarang kemalangan atau kecederaan kepada seseorang. Selain itu juga, peraturan

penghantaran bahan juga amat penting bagi mengelakan berlakunya kerugian

terhadap sesuatu organisasi yang terbabit.

Sesuatu penghantaran bahan juga haruslah mempunyai polisi tertentu bagi

memastikan hak sesuatu parti itu terpelihara dan terjamin. Proses penghantaran

bahan yang mempunyai piawaian polisi yang baik mampu menimbulkan

kepercayaan kepada pelanggan untuk mengunakan perkhidmatan tersebut. Menurut

Glendon et al. (2006) piawaian polisi memberi kesan positif kepada pelanggan.

Dengan ini mendorong pengurusan penghantaran dapat memberi jaminan yang

positif kepada pihak pengguna.

Page 66: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

47

2.11.4 Perbezaan Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina di Kawasan

Bandar dan Luar Bandar

Dalam bidang industri pembinaan ini, terdapat perbezaan peraturan

penghantaran bahan ke tapak diantara kawasan bandar dan luar bandar. Menurut

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, (2007) terdapat beberapa elemen

perbezaan peraturan di tapak luar bandar dan bandar.

Sesuatu penghantaran bahan ke tapak perlulah ada penjadualan waktu

bergerak bagi mengelakkan kesesakan berlaku. Melalui cara ini, pihak kerajaan

tempatan menetapakan kenderaan berat perlu beroperasi pada waktu malam bagi

mengurangkan berlakunya kesesakan jalan raya serta memberi keselesaan kepada

pengguna awam. Hal ini berbeza dengan proses penghantaran bahan di kawasan luar

bandar dimana proses penjadualan yang tidak ada ketetapan masa. Dengan ini

perbezaan penghantaran bahan memudahkan kerja penghantaran bahan ke tapak bina

(Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2007).

Selain itu juga, kawasan tapak bina juga perlu menyediakan ruangan parkir

kenderaan bagi memudahkan proses penurunan dan pemunggah barang di tapak.

Kenderaan yang mengangkut barang dapat diparkir melalui ruangan yang disediakan

keadah ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan kos untuk proses

pemindahan bahan ke tapak stor bahan. selain itu juga, kaedah ini juga dapat

memudahkan proses penghantaran bahan dengan mudah dan selesa serta

mengurangkan kesesakan ruang di tapak bina. Manakala bagi kawasan luar bandar

adalah berbeza dengan bandar dimana pihak kontraktor tidak perlu menetapkan

ruang parkir khas bagi proses penurunan dan pemunggah barang di tapak. (Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2007).

Disamping itu juga, kenderaan yang mengangkut bahan binaan haruslah

bersih dan kemas. Kenderaan yang mengangkut bahan ceraian perlu ditutup dan

diikat kuat bagi mengelakkan melimpah atau terkeluar dari badan kenderaan. Hal ini

Page 67: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

48

dapat mengelakan sebarang tumpahan sisa bahan ke jalan raya yang boleh

menyebabkan kerosakan atau kekotoran di kawasan bandar. Perkara ini juga secara

langsung dapat menjaga kebersihan dan keceriaan bandar serta memberi keselasaan

kepada pengguna jalan raya yang lain. Bagi tapak di luar bandar adalah perkara ini

adalah bukan suatu kewajipan bagi pihak pembekal bahan. Hal ini kerana kawasan

luar bandar juga kadang-kala tidak mempunyai akses yang baik. Oleh itu, faktor ini

kurang mendapat perhatian di kawasan tapak luar banda. (Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerja, 2007).

Kenderaan yang digunakan menghantar bahan ke tapak bina tidak harus

dimuatkan dengan melebihi muatan yang dibenarkan. Perkara ini amat penting bagi

menjaga keselamatan pemandu kenderaan tersebut serta menjaga keselamatan orang

awam. Hal ini perlu diambil berat oleh pihak kontraktor bagi memberi keselesaan

kepada pengguna jalan raya yang lain serta mengelakan berlaku sebarang

kemalangan. Ini penting bagi mengelakan berlakunya kecederaan atau kemalangan

kepada pekerja ketika menurunkan bahan di tapak bina. Peraturan ini seringkali tidak

dipatuhi oleh pihak pembekal ketika proses penghantaran bahan ke luar bandar.

(Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2007).

Akhir sekali, kenderaan mengangkut bahan haruslah dipandu perlahan dan

tidak melebihi had laju yang ditetapkan. Kelajuaan kenderaan tersebut haruslah

mematuhi piawai kelajuan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hal ini penting bagi

memastikan kenderaan tersebut tidak terbabit dengan sebarang kemalangan berlaku

serta membahayakan kepada orang lain. Selain itu, pematuhan kelajuan amat penting

bagi mengelakan bahan binaan yang diangkut tidak terjatuh atau terkeluar dari badan

kenderaan yang boleh membahayakan pengguna jalan yang lain serta kecederaan

kepada orang awam. (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2007).

Page 68: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

49

2.12 Masalah Kos Pengurusan

Dalam memastikan setiap perancangan aktiviti dalam sesuatu organisasi

berjalan dengan baik, sistem pengurusan kos merupakan komponen penting yang

diambikira. Sistem pengurusan kos yang sistematik amat penting bagi memastikan

setiap program yang dirancang dari peringkat awal dapat dilaksanakan dengan

sempurna. Hal ini kerana sistem pengurusan kos memainkan peranan yang penting

memastikan setiap program yang dijalankan dapat dilakukan dengan baik.

Pengurusan aliran tunai amat penting bagi menjamin kesinambungan sesebuah

organisasi kontraktor tersebut untuk terus bersaing di dalam industri pembinaan

(Barrow, 2006).

Namun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam kos

pengurusan terhadap proses penghantaran bahan bina ke tapak bina di kawsasan

bandar. Antara masalahnya adalah peruntukan kos tidak mencukupi dalam

membiayai proses penghantaran bahan bina ke tapak bina. Sumber kos yang tidak

tetap merupakan faktor berlakunya jumlah peruntukan kos tidak stabil dalam

pengurusan penghantaran. Hal ini menyukarkan proses penghantaran bahan bina ke

tapak bina mengikut jadual dan masa yang ditetapkan. Pertumbuhan produktiviti

organisasi juga turut akan merosot (Barrow, 2006).

Selain itu juga, ketidakcekapan dalam pengurusan kos juga merupakan faktor

berlakunya masalah kos pengurusan. Individu yang dilantik dalam mengurus hal-

ehwal kewangan organisasi tidak memiliki kepakaran untuk mengendali dalam

mengawal aliran kos dalam sesuatu pengurusan. Kekurangan latihan dan pengalaman

juga turut menyumbang berlakunya masalah kekurangan kos dalam pengurusan

logistik (Clough et. al, 2000). Hal ini menyebabkan koordinasi dalam pengurusan

kurang jelas dan efisien.

Ketidakstabilan ekonomi juga merupakan faktor berlakunya masalah kos

dalam sesuatu pengurusan organisasi. Menurut V Sivakumar (2015), bahawa dalam

Page 69: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

50

keadaan kegawatan ekonomi sesebuah negara, sektor pembinaan akan terbantut lebih

awal lagi berbanding dengan sektor-sektor lain. Keadaan ekonomi yang tidak

menentu sehingga berlaku inflasi dalam sesebuah negara menyebabkan kesukaran

sesebuah organisasi untuk memperoleh sumber kewangan yang kukuh dan stabil.

Dengan ini, kos yang diagihkan dalam semua sistem pengurusan turut terbantut

ekoran ketidakupayaan organisasi memiliki sejumlah kos yang mencukupi dalam

masa terdekat.

2.13 Faktor- Faktor Ketidakcekapan Dalam Strategi Kos Pengurusan

Strategi merupakan elemen yang penting dan perlu adalah dalam setiap

organisasi bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut Grant (1996) pengertian

strategi adalah penetapan sasaran dan tujuan jangka panjang sebuah perusahaan dan

arah tindakan serta lokasi sumber daya yang diperlukan untuk mencapai sasaran dan

tujuan.

Walaubagaimanapun, terdapat organisasi yang mempunyai masalah terhadap

ketidakcekapan dalam strategi kos pengurusan. Kos merupakan pengerak dalam

sesebuah pengurusan dalam sesuatu organisasi. Namun, terdapat faktor yang

menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam strategi kos pengurusan

penghantaran adalah struktur organisasi yang tidak sistematik. Organisasi yang tidak

mempunyai carta organisasi yang tetap mendorong berlakunya ketidakcekapan kos

pengurusan yang tinggi. Jawantankuasa dalam sebuah organisasi yang tidak lengkap,

teratur dan tetap berlakunya pengelolahan dan pengurusan kos yang tidak seimbang

dalam setiap peringkat jawantankuasa. Disamping itu juga berlakunya ketidaktentuan

objektif yang hendak dicapai.

Selain itu, panduan perancangan yang tidak jelas juga merupakan faktor

ketidakcekapan dalam kos pengurusan dalam sebuah organisasi. Kekurangan

panduan terhadap cara dan teknik kos pengurusan dalam mengawal perbelanjaan

Page 70: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

51

sesuatu proses penghantaran bahan bina di tapak bina mampu meningkatkan

kelemahan dalam organisasi. Kelemahan dalam memilih panduan untuk

mengorentasikan pengurusan kos bagi membantu mengurangkan kesilapan dalam

sektor pengurusan perlu dielakan (Manavazhia dan Adhikarib, 2002).

Pengurusan komunikasi pengurusan yang kurang jelas dalam sesebuah

organisasi.. Koordinasi dan intergasi di antara kakitangan yang lemah menyebabkan

penyampaian maklumat yang tidak jelas. Dengan ini menyebabkan sistem kos

pengurusan yang tidak sistematik dan teratur. Oleh itu, pengurusan komunikasi perlu

diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pengurusan. Menurut

Badir et al. (2013) menyatakan bahwa komunikasi adalah salah satu kunci komponen

yang mampu memperbaiki pengurusan projek.

2.14 Kesan-Kesan Ketidakcekapan Dalam Kos Pengurusan

Dalam industri pembinaan, tidak dinafikan bahawa masalah ketidakcekapan

dalam kos pengurusan memberi kesan kepada sesebuah organisasi.antara kesan yang

adalah seperti berikut:

i. Kelewatan penyiapan projek

Setiap projek sudah tentu ada ketetapan tempoh masa bila sesuatu projek

tersebut siap sepenuh. Semakin lama projek tersebut dibina, semakin tinggi kos yang

ditanggung oleh kontraktor. Tidak di nafikan bahawa sepanjang tempoh pembinaan,

memang terdapat kenaikan harga bahan binaan tertentu. Keadaan ini menyebabkan

sesebuah projek pembinaan akan tergendala sementara kerana pihak kontraktor ada

kadangkala menunggu sesuatu harga bahan binaan itu turun bagi mengelakkan kos

tambahan. Namun keadaan kekurangan atau ketiadaan bahan binaan di tapak bina,

menyebabakan kelewatan penyiapan sebuah pembinaan mengikut jadual asal.

Page 71: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

52

Menurut Manavazhia dan Adhikarib (2002), menyatakan bahawa lebihan kos akan

berlaku sekiranya terdapat kelewatan dari segi penghantaran bahan-bahan binaan dan

peralatan ke tapak bina.

ii. Pengurusan organisasi menjadi tidak sistematik

Setiap organisasi memerlukan hierarki yang teratur dan tersusun rapi dalam

menjalankan sesuatu tugasan atau kerja. Kekurangan kos dalam setiap pengurusan

merupakan lumrah dalam sesebuah organisasi. Kecekapan pengurusan kos dapat

menentukan kelangsungan sesuatu organisasi. Menurut Syed M Ahmed et al. (2002),

kelewatan boleh berlaku disebabkan oleh kemahiran pengurusan yang lemah.

iii. Pembaziran sumber

Ketidakcekapan kos pengurusan boleh menyebabkan berlaku pembaziran.

Hal ini berlaku apabila kontraktor mengalami kekurangan kos sehingga

menyebabkan prosess penghantaran bahan tidak dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti

sedimikian menyebabkan pembaziran masa, tenaga dan kos berlaku secara tidak

langsung. Menurut Sambasivan dan Soon (2007), yang menyatakan bahawa projek

akan siap seperti tempoh yang dirancangkan jika memilih subkontraktor yang

berkebolehan.

2.15 Langkah-langkah Mengatasi Ketidakcekapan Dalam Kos Pengurusan

Antara langkah mengatasi ketidakcekapan dalam kos pengurusan adalah

mewujudkan plan perancangan yang jelas dan terperinci. Penglibatan individu yang

mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan kos turut digalakan (Langford et al,

2001). Perancangan yang membabitkan jangka masa pendek, pertengahan dan

Page 72: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

53

panjang juga merupakan strategik dalam meningkatkan kecekapan dalam kos

pengurusan dalam sesuatu organisasi. Pelan tindakan pengurusan ini membantu

organisasi daripada mencapai objektif serta mengelakan program yang dilaksanakan

tersasar dari landasan plan perancangan yang ditetapkan.

Selain itu, pertumbuhan organisasi khas untuk mengendali semua perkara

yang berkaitan dengan kos pengurusan perlu diwujudkan. Kaedah ini penting bagi

memastikan segala tindakan dan program dijalankan tidak bercampur-aduk dengan

kos pengurusan. Hal ini membantu proses perancangan kos berjalan dengan

sempurna. Segala kos perbelanjaan dan pengurusan juga turut dikendalikan oleh

organisasi ini bagi memastikan baget yang diperuntukan tidak berlebihan dan

mencukupi. Menurut Westland et al, (1996) bahawa organisai yang mantap mampu

meningkatkan produktiviti.Ini penting bagi memastikan kos pengurusan sentiasa

terkawal dan terjaga dari masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu juga, langakah dalam meningkatkan kecekapan kos

pengurusan dengan penerapan kesedaran terhadap pengurusan kos dalam peringkat

awal. Hal ini penting bagi membantu meningkatkan pemahaman yang baik mengenai

kos pengurusan yang peringkat organisasi pentadbiran. Dengan ini dapat memupuk

nilai kesederhanaan dalam kalangan kakitangan mengenai pengurusan kos yang lebih

efisien dan dinamik (Merna et al, 2002).

2.16 Ringkasan Bab

Bab ini membincangkan tentang kajian literatur yang digunakan sepanjang

tempoh kajian dijalankan. Melalui bab ini juga, pemahaman dan penerangan

terhadap keadaan sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam dapat digambarkan dan

diketahui secara menyeluruh. Penjelasan mengenai pengenalan tapak bina , jenis-

jenis tapak serta pengurusan tapak juga dapat diterangkan dengan lebih terperinci.

Selain itu juga, hubungan kos pengurusan dengan proses pengurusan penghantaran

Page 73: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

54

juga dapat dikenalpasti secara tidak langsung dalam proses pengkajian dalam bab ini.

Permasalah dalam proses penghantaran yang dihadapi oleh kontraktor juga turut

dapat dikesan dan dikenal pasti.

Dalam bab ini juga dapat memberi panduan dan gambaran yang jelas untuk

mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti teknik pengurusan penghantaran bahan

di tapak bina di kawasan bandar serta dapat mengenal pasti prosedur peraturan

penghantaran yang memberi kesan kepada kos di tapak bina di kawasan bandar

secara amnya. Melalui bab kajian literatur ini juga, perancangan dan pengenal

pastian terhadap kaedah kajian dan kaedah analisis data yang sesuai dapat

ditentukan.

Page 74: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan suatu keadah untuk menerangkan proses

pengumpulan dan penganalisisan data dalam menjalankan penyelidikan. Metodologi

juga menjelaskan cara sesuatu kajian itu dijalankan berdasarkan pendekatan yang

digunakan. Metodologi kajian merupakan cara memperolehi maklumat bagi

mencapai sesuatu objektif kajian (Mohd Konting 1993).

Metodologi kajian bertujuan untuk membantu memahami dengan lebih

mendalam terhadap pengaplikasi tentang keadah yang digunapakai dalam menghurai

tentang proses kajian. Terdapat dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti tekni-teknik

pengurusan dalam proses penghantaran bahan ke tapak bina dikawasan bandar dan

prosedur dan peraturan penghantaran bahan yang memberi kesan kepada kos di tapak

bina di kawasan bandar. Dengan ini, penyelidikan ini perlu bagi memastikan objektif

kajian dapat memenuhi kehendak kajian.

Page 75: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

56

3.2 Rekabentuk Kajian

Menurut Noum (2008) bahawa dalam menjalankan sesuatu kajian terdapat 2

kategori iaitu kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Dalam kajian ini, kaedah

kajian yang digunapakai adalah kaedah kajian berbentuk kualitatif. Menurut Chua

(2011) kajian kualitatif merupakan satu kajian yang mendekati dunia luar untuk

memahami, menghurai dan menjelaskan suatu senario sosial dengan mendalam

melalui pelbagai cara iaitu analisis pengalaman individu atau kumpulan, analisis

perbualan dan analisis dokumen yang ilmiah.

Berdasarkan konteks kajian, kaedah lain juga turut digunakan iaitu kajian kes

dan analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Kaedah kajian ini lebih kepada

teknik pemahaman dan penjelasan yang melibatkan pemilihan satu atau lebih

daripada satu kajian kes sebagai kaedah untuk menguji sesuatu keadaan atau perkara

(Chua, 2011).

3.3 Pengenalan Tentang Kajian Kes

Kajian kes merupakan satu keadah kajian yang digunakan dalam menjalankan

sesuatu kajian untuk memperoleh maklumat dan informasi bagi menjawab soalan

yang hendak dikaji. Menurut, Yin (1994) bahawa sebagai kajian kes, ia mestilah

sistem yang dibatasi dan mempunyai entiti tersendiri. Kajian kes juga harus memberi

tumpuan kepada subjek atau unit yang dibatasi sama ada sangat mewakili atau sangat

tidak tipikal. Dengan ini, kajian kes perlulah dijalankan dengan skop khusus bagi

mendapat maklumat yang lebih terperinci dan mendalam.

Kajian kes yang unggul boleh membawa pemahaman yang baik mengenai

isu atau objek yang rumit dan boleh meluaskan pengalaman atau menambah

kekuatan kepada apa yang sudah diketahui melalui penyelidikan terdahulu. Kajian

kes menekankan analisis konteks terperinci mengenai beberapa peristiwa atau

Page 76: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

57

keadaan terhad dan sesuatu hubungan. Bagi memastikan objektif kajian terarah

kepada landasan yang yang betul, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti bagi

memastikan fokus kajian tidak terpesong daripada sasaran. Menurut Hamel et al

(1993) terdapat 6 langkah yang perlu ada dalam keadah kajian kes.

i. Mengenal pasti dan menentukan soalan kajian

ii. Mengenal pasti jenis kes yang ingin dikaji dan jenis data yang relevan

iii. Menghimpunkan teknik-teknik analisis

iv. Mengumpulkan data mengikut jenis bidang

v. Menilai dan analisis data

vi. Membuat laporan akhir

Langkah pertama dalam kajian kes adalah untuk menubuhkan satu fokus

pengkajian yang boleh dirujuk oleh pengkaji mengenai kursus kajian fenomena atau

objek kompleks (Hamel et al.,1993). Pengkaji menubuhkan fokus kajian dengan

membentuk soalan mengenai keadaan atau masalah yang akan dikaji dan

menentukan tujuan kajian. Objek penyelidikan dalam kajian kes sering merupakan

program, entiti, orang, atau sekumpulan orang. Setiap objek mungkin akan

dihubungkan dengan rumit kepada isu-isu politik, sosial, sejarah, dan peribadi, yang

memberikan pelbagai kemungkinan untuk soalan dan menambahkan kerumitan

kepada kajian kes. Penkaji akan mengkaji objek kajian kes secara mendalam

menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data untuk menghasilkan bukti yang

membawa kepada pemahaman tentang kes itu dan menjawab soalan penyelidikan.

Langkah kedua, pengkaji mesti menentukan sama ada untuk mengkaji kes-

kes yang unik dalam beberapa cara atau kes yang dianggap tipikal dan juga boleh

Page 77: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

58

memilih kes untuk mewakili pelbagai kawasan geografi, pelbagai parameter ukuran,

atau parameter lain (Hamel et al., 1980). Langkah yang berguna dalam proses

pemilihan adalah berulang kali merujuk kembali kepada tujuan kajian untuk

memfokuskan perhatian di mana untuk mencari kes-kes dan bukti yang akan

memenuhi tujuan kajian dan menjawab soalan penyelidikan yang ditimbulkan.

Oleh sebab itu, kaedah kajian kes menghasilkan sejumlah besar data dari

pelbagai sumber. Organisasi yang yang mempunyai data sistematik adalah penting

untuk menghalang pengkaji daripada menjadi terharu dengan jumlah data dan untuk

mengelakkan penyelidik daripada kehilangan tujuan penyelidikan dan soalan asal

(Busha et al, 1980). Penyediaan pendahuluan membantu dalam mengendalikan

sejumlah besar data dalam cara yang didokumenkan dan sistematik. Pengkaji perlu

menyediakan pangkalan data untuk membantu dalam mengkategorikan, menyusun,

menyimpan, dan mengambil data untuk dianalisis (Hamel et al., 1980).

Disamping itu, pengkaji mesti mengumpul dan menyimpan pelbagai

sumber bukti secara komprehensif dan sistematik, dalam format yang boleh dirujuk

dan diisi supaya penyelidikan dan pola kajian dapat ditemui. Penyelidikan yang teliti

perlu mematuhi objek kajian kes dan mengenal pasti faktor utama yang berkaitan

dengan fenomena yang diperhatikan. Rundingan semula perkiraan dengan objek

kajian atau penambahan soalan kepada temu bual mungkin perlu apabila kajian

berlangsung. Penyelidikan kes kajian adalah fleksibel, tetapi apabila perubahan

dibuat, ia didokumentasikan secara sistematik (Kumar, 2004).

Dengan ini, pengkaji akan meneliti kesemua data yang diperolehi dengan

menggunakan banyak tafsiran untuk mencari hubungan antara objek penyelidikan

dan hasil dengan merujuk kepada soalan penyelidikan asal. Sepanjang proses

penilaian dan analisis dijalankan, penyelidik masih terbuka untuk peluang dan

pandangan baru. Kaedah kajian kes, dengan penggunaan kaedah pengumpulan data

dan teknik analisis berganda, memberikan para penyelidik peluang untuk mengukur

data untuk memperkuat penemuan dan kesimpulan penyelidikan. Taktik yang

Page 78: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

59

digunakan dalam penyelidikan tenaga penyelidik untuk bergerak di luar kesan awal

untuk meningkatkan kemungkinan penemuan yang tepat dan boleh dipercayai.

Kajian kes merupakan teladan akan sengaja menyusun data dalam pelbagai cara

untuk mendedahkan atau membuat pandangan baru dan mencari data yang

bercanggah untuk membatalkan analisis (Yin et al., 1994). Pengkaji perlu

mengkategorikan, membentangkan, dan menggabungkan semula data untuk

menangani cadangan awal atau tujuan kajian, dan melakukan pemeriksaan balas

fakta dan percanggahan dalam akaun. Wawancara berulang, pendek, ulangi mungkin

diperlukan untuk mengumpulkan data tambahan untuk mengesahkan pemerhatian

utama atau memeriksa fakta (Hamel et al., 1980).

Langkah akhir, kajian kes melaporkan data dengan cara yang mengubah isu

kompleks menjadi salah satu yang dapat dipahami, membolehkan pembaca

mempersoalkan dan mengkaji kajian dan mencapai pemahaman yang independen

dari penyelidik. Matlamat laporan tertulis adalah untuk menggambarkan masalah

yang rumit dengan cara yang memberikan pengalaman pengganti kepada pembaca

(Hamel et al., 1980).

Selain itu juga, kajian kes juga turut boleh dikategorikan kepada beberapa

bahagian bagi memastikan kajian kes tersebut bersesuaian dengan bidang yang

dikaji. Hal ini penting bagi membantu segala maklumat atau data yang diperolehi

bersesuaian dengan bidang yang ingin dikaji. Menurut Yin et al (1994) terdapat lima

kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:

i. Masalah/Keputusan (Problem/Decision).

ii. Penilaian (Appraisal).

iii. Sejarah (Case Histories).

iv. Catatan Industri (Industry Notes).

v. Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases)

Page 79: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

60

Kesemua kategori kajian kes dapat memudahkan pengenalpastian data yang

relevan dengan kajian yang dijalankan. Hal ini dapat memudahkan data dapat

diperolehi dengan cepat dan tepat. Percanggahan maklumat juga turut dapat

dielakkan melalui pengkategorian kajian kes ini.

Disamping itu juga, Menurut Kumar (2004) bahwa rekabentuk kajian kes

merupakan satu teknik pengumpulan dan analisis data yang sangat fleksibel dan

terbuka. Kaedah ini lebih memfokuskan kepada sesuatu permasalahan yang ingin

dikaji. Hal ini memudahkan pengkaji memberi tumpuan sepenuhnya kepada bahan

yang dikaji.

Menurut Gilbert (2008) bahawa antara kelebihan kajian kes adalah kajian

menjadi lebih terperinci berbanding dengan kajian kepada sample yang lebih luas.

Melalui kaedah ini segala permasalahan dapat diterokai dengan lebih mendalam dan

dapat memahami plot keseluruhan sesuatu peristiwa atau fenomena yang ingin dikaji.

Dengan ini, segala maklumat yang berkaitan juga mampu diperolehi dengan bukti

yang kukuh untuk dianalisis.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan kaedah atau alat yang digunakan untuk proses

pengumpulan dan perolehan data yang berkaitan dengan kajian.Instrumen kajian

utama yang dipilih untuk digunakan dalam kajian ini adalah borang temu bual separa

berstruktur. Kaedah ini amatlah bersesuaian dangan objektif kajian dimana kaedah

ini direka khas bagi memudahkan untuk proses menganalisis sebarang maklumat

dan pandangan kontraktor mengenai teknik pengurusan penghantaran bahan di tapak

bina di kawasan bandar serta prosedur peraturan penghantaran sehingga memberi

kesan kepada kos di tapak bina di kawasan bandar.

Page 80: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

61

Melalui kaedah ini, responden diminta untuk mengisi atau menjawab soalan

yang dikemukakan berdasarkan borang yang sudah siap dirangka sedia berdasarkan

objektif kajian. Disamping itu juga, sebarang ulasan dan cadangan yang berkaitan

juga turut disediakan melalui ruangan yang disediakan dalam borang tersebut. Hal ini

mampu memudahkan sebarang maklumat dan informasi berkaitan mudah difahami

oleh penulis kajian. Borang temu bual dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Bahagian A: Maklumat Am Responden

Dalam bahagian ini, segala maklumat yang berkaitan dengan responden

seperti nama, jawatan yang dipegang, pengalaman bekerja, nama dan alamat syarikat

serta tandatangan dan cop rasmi syarikat. Maklumat ini sangat penting bagi

mengetahui latar belakang responden dan kesahihan maklumat yang diterima dari

responden.

Bahagian B: Maklumat umum

Dalam bahagian ini pula, maklumat yang perlu ada dalam bahagian ini adalah

seperti gred kontraktor, tempoh operasi dalam sektor industri, bilangan projek yang

dikendalikan di kawasan bandar dan kategori projek yang dijalankan.

Bahagian C: Jenis pengurusan penghantaran bahan ke tapak di kawasan

bandar.

Pada bahagian ini, temubual bagi mengenalpasti jenis pengurusan

penghantaran bahan binaan ke tapak di kawasan bandar khususnya di kawasan negeri

Johor.

Page 81: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

62

Bahagian D: Prosedur dan peraturan penghantaran bahan binaan yang

memberi kesan kos kepada kos di tapak bina di kawasan bandar

Pada bahagian ini, kaedah temubual bagi mengenalpasti prosedur

penghantaran yang perlu dipatuhi oleh kontraktor sehingga memberi kesan kepada

kos keseluruhan projek pembinaan yang ditanggung oleh pihak kontraktor.

3.5 Responden

Antara responden yang terlibat dalam kajian ini adalah kontraktor berkelas

G7 dan sudah lama beroperasi dalam industri pembinaan. Semua kontraktor berkelas

G7 yang dipilih untuk dijadikan sebagai responden yang menetap di bandar Johor

Bahru. Teknik pengurusan penghantaran bahan dan prosedur peraturan yang dalam

proses penghantaran bahan di tapak bina yang mampu mengoptimukan kos

merupakan topik yang ditanya kepada responden yang terpilih. Responden dalam

kajian ini perlulah mempunyai tapak bina projek yang sedang dan suda berlangsung

perlu berada di kawasan bandar.

3.6 Kaedah Kajian

Kaedah merupakan sesuatu tindakan yang teratur dan sistematik yang dipilih

bagi mencapai sesuatu objektif tertentu. Menurut Creswell (2007), kajian merupakan

satu proses yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bertujuan untuk

memahami sesuatu isu atau tajuk kajian.

Oleh itu, untuk mencapai objektif kajian ini, sesuatu kaedah kajian yang

sesuai diperlukan untuk mengelakkan timbul masalah dalam proses menganalisis dan

Page 82: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

63

seterusnya memudahkan proses-proses analisis data. Rajah 3.1 menunjukkan carta

aliran kajian.

Rajah 3.1: Carta Aliran Kajian

KENALPASTI ISU DAN PENYATAAN MASALAH:

Strategi dalam mengoptimum kos pengurusan penghantaran bahan ke

tapak bina di kawasan bandar

OBJEKTIF:

1. Mengenalpasti teknik pengurusan penghantaran bahan di tapak

bina di kawasan bandar

2. Mengenalpasti prosedur peraturan penghantaran dan kesan

kepada kos di tapak bina di kawasan bandar

SUMBER MAKLUMAT :

Jurnal, buku, laman web, akhbar

INSTRUMEN :

Temubual Separa berstruktur

RESPONDEN :

Kontraktor kelas G7 di JOHOR

KAEDAH ANALISIS DATA:

Kajian Kes (Cross Analysis)

PERSEMBAHAN DATA:

Jadual

HASIL DAPATAN DAN CADANGAN

Page 83: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

64

3.7 Pengumpulan Data

Data merupakan kumpulan fakta yang akan perlu dianalisis terlebih dahulu

sebelum menjadi maklumat yang berguna dan mudah difahami. Oleh itu, Peringkat

pengumpulan data kajian merupakan peringkat yang sangat penting dimana segala

maklumat kajian yang berkaitan dengan objektif kajian yang telah diperolehi dan

dikumpul serta turut dianalisis. Dalam kajian ini, terdapat dua jenis data yang

digunakan iaitu data primer dan data sekunder. Data primer merupakan data yang

diperolehi melalui data temu bual dari responden dan pemerhatian ke atas responden.

Data sekunder pula merupakan data yang diperolehi melalui sumber dari orang lain

seperti buku, jurnal, tesis, artikel, laporan serta sumber- sumber rujukan yang lain.

3.7.1 Temu Bual Separa Berstruktur

Terdapat tiga jenis kaedah temu bual yang biasa digunakan dalam

mendapatkan maklumat iaitu melalui temu bual berstruktur, temubual tidak

berstuktur dan temubual separa berstrukur (Naum, 2008). Dalam kajian ini, temu

bual yang digunapakai adalah kaedah temu bual separa berstuktur untuk

mendapatkan maklumat dan informasi dari responden yang berkaitan dengan bidang

kajian. Responden yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah pegawai yang mengurus

pengurusan logistik dalam kontraktor kelas G7. Borang temu bual disediakan

terlebih dahulu dan diberikan kepada responden untuk diisikan. Disamping itu juga,

sebarang perbincang mengenai maklumat tambahan turut dibenarkan dalam kaedah

ini.

3.7.2 Analisis Dokumen

Menurut Mok (2010), analisa dan interpretasi data kualitatif melibatkan

organisasi, klasifikasi, membanding dan membeza, dan mensintesis dimana sebelum

proses analisis data, aktiviti membaca nota, mendengar rakaman, menyerlah atau

Page 84: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

65

menganotasi transkrip perlu dilaksanakan Kajian ini juga turut menggunakan kaedah

analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat tentang teknik pengurusan kos

dalam penghantaran sepanjang perkhidmatan penghantaran bahan masih diperlukan

dalam pengurusan sesebuah projek. Dokumen seperti laporan semasa yang diterima

dari kontraktor perlu dikenalpasti terlebih dahulus sebelum dinilai dan dinalisasi.

Penggunaan Microsoft word 2010 adalah wadah digunakan untuk menganalisis

dokumen yang diperolehi melalui kajian kes yang telah dijalankan.

3.8 Ringkasan Bab

Konklusinya, bab ini lebih memfokuskan berkenaan dengan instrumen serta

kaedah analisis yang digunakan bagi melaksanakan kajian. Metadologi kajian

merupakan langkah-langkah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian.

Instrumen serta kaedah bagi menganalisis data adalah sangat penting bagi

membolehkan hasil dapatan data yang tepat dan bersesuaian serta dapat mencapai

objektif kajian. Sebagai rumusan, pengumpulan data diperolehi dengan

menggunakan dua kaedah iaitu data primer adalah melalui sesi temu bual separa

struktur bersama kontraktor dan data sekunder melalui kajian literatur yang telah

disediakan dan diperhalusi sesuai dengan objektif kajian.

.

Page 85: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

BAB 4

ANALISISA DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan analisis hasil kajian daripada data yang

dikumpulkan semasa sesi temu bual separa struktur terhadap responden yang terlibat

secara langsung dalam perlaksanaan kajian ini. Analisis ini adalah untuk mengenal

pasti teknik-teknik pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina di kawasan bandar.

Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti prosedur dan peraturan

penghantaran yang memberi kesan kepada kos di tapak bina di kawasan bandar

4.2 Latar Belakang Kajian

Dalam kajian ini, kajian kes telah dijalankan bagi mendapatkan data. Oleh itu,

kajian kes telah dijalankan terhadap 5 buah projek yang dipilih di negeri Johor

khususnya. Dengan ini terdapat beberapa maklumat penting berkaitan dengan projek

yang terpilih.

Page 86: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

67

4.3 Projek A

4.3.1 Latar Belakang Projek A

Projek A merupakan satu projek pembinaan Marina Residence dengan jumlah

kontrak pembinaan sebanyak RM70,000,000.00. Projek ini terletak di Akar Batu,

Plentong Johor Bahru dengan keluasaan projek seluas 1 ekar persegi dan

mengunakan jenis kontrak PAM 2006. Dalam projek ini juga terdapat kemudahan-

kemudahan yang disediakan oleh kontraktor bagi memudahkan kerja-kerja

pembinaan. Antara kemudahan tersebut ialah pejabat tapak, kantin, stor simpanan

bahan dan rumah pekerja. Kemudahan ini memudahkan rutin harian pekerja di tapak

bina. Projek ini juga mempunyai bangunan-bangunan yang berdekatan seperti rumah

kedai dua tingkat dan pangsapuri kos tinggi. Rajah 4.1 menunjukkan lokasi projek

kajian di Plentong, Johor.

Rajah 4.1: Lokasi projek di Plentong, Johor.

Rajah 4.2 menunjukkan papan tanda projek kajian yang dipilih sebagai

sumber maklumat untuk kajian.

Page 87: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

68

Rajah 4.2: Papan tanda projek

Berdasarkan Rajah 4.2 menunjukan bahawa papan tanda projek untuk projek

ini. Projek ini akan dibina berdasarkan gambar projek yang sedia ada untuk projek

ini. Papan tanda ini juga menunjukan segala maklumat yang berkaitan dengan projek

ini seperti pihak-pihak yang terlibat dan tempoh masa projek ini berlangsung.Rajah

4.3 menunjukkan bangunan projek kajian yang sedang dalam proses pembinaan.

Rajah 4.3: Bangunan projek yang sedang dibina

Page 88: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

69

4.3.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Bagi memastikan penghantaran bahan itu berjalan lancar dan terurus, satu

pengurusan penghantaran bahan perlu disediakan. Menurut responden untuk projek

ini, pengurusan penghantaran bahan perlu dilakukan lebih awal dimana individu atau

mereka yang berada di tapak bina akan menyenaraikan bahan keperluan tapak dan

kemudian dihantar kepada purchasing department untuk membuat pesanan

berdasarkan keperluan di tapak. Purchasing department akan menerima arahan-

arahan daripada pihak tapak membuat tempahan berdasarkan tempoh masa yang

ditetapkan. Semua bahan yang ditempah mesti sampai pada masa yang ditetapkan

bagi melancarkan kerja-kerja dijalankan. Apabila tempoh masa yang ditetapkan tiba,

pihak dari tapak khususnya pengarah projek menerima document order untuk

membuat semakan semula untuk memastikan bahan yang ditempah adalah sampai

dan diterima oleh pihak tapak dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tempahan

dilakukan.

4.3.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan Binaan ke Tapak Bina

Dalam sesuatu pengurusan penghantaran bahan binaan ke tapak bina, sesuatu

teknik perlu diperkenalkan bagi memastikan sesuatu penghantaran yang dilakukan

dapat dilakukan dengan berkesan. Menurut responden bagi projek ini, teknik yang

digunakan dalam proses penghantaran bahan ke tapak bina adalah teknik tradisional

atau Materials Requirement Planning iaitu teknik berdasarkan Bill of Quantities

(BQ). Teknik ini dilakukan berdasarkan dua keadaan iaitu melalui kaedah kuantiti

tetap dan kuantiti tidak tetap. Kuantiti tetap merujuk kepada sesuatu kuantiti bahan

yang ditempah itu adalah sama dengan kuantiti yang diterima dimana kuantiti bahan

tersebut dapat dihitung secara terperinci seperti item ironmongeries. Manakala

kuantiti tidak tetap merujuk kepada sesuatu bahan yang ditempah itu adalah

kuantitinya tidak tetap seperti pasir dan batu aggregate. Teknik ini digunakan

sepanjang projek ini berlangsung hingga siap dilaksanakan.

Page 89: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

70

4.3.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Dalam pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina, sudah tentu adanya

prosedur dan peraturan yang ditetapkan yang harus dipatuhi bagi memastikan

penghantaran itu berjalan dengan lancar. Menurut responden Projek A, prosedur

yang perlu dipatuhi iaitu dimana keperluan yang diperlukan dalam tapak ini. Pihak

tapak perlu memohon atau meminta kepada pihak purchasing department untuk

membuat tempahan terhadap bahan yang diperlukan. Purchasing department akan

menerima bahan yang dipohon dan kemudian akan membuat tempahan berdasarkan

bahan yang diminta oleh pihak tapak kemudian dinilai berdasarkan kuantiti dan

kualiti bahan itu. Disamping itu, pihak tapak juga haruslah mengisi borang yang

dikenali sebagai Material Order (MO). Dalam borang tersebut terdapat item yang

penting yang perlu diisi seperti jenis barang, tarikh sampai dan tarikh bahan

digunakan. Borang tersebut akan dihantar ke pejabat pembelian untuk semakan

semula bagi memastikan borang tersebut lengkap berdasarkan bahan yang

diperlukan. Sekiranya borang tersebut lengkap, maka proses pembelian akan

dilakukan. Manakala bagi peraturan penghantaran bahan ke tapak mestilah dipatuhi

bagi keadilan kepada kedua-dua pihak. Jadual 4.1 menunjukkan carta aliran prosedur

penghantaran bahan binaan di tapak bina.

Page 90: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

71

Jadual 4.1: Carta aliran prosedur penghantaran bahan binaan di tapak bina

No Perkara Dokumen

Terlibat

Pihak yang

Bertanggungjawab

1 Mengenalpasti keperluan bahan di tapak

bina.

- Kontraktor

2 Menyenaraikan keperluan bahan di

tapak bina.

- Kontraktor

3 Membuat permohonan kepada pihak

purchasing department untuk Membuat

tempahan bahan yang diperlukan

melalui borang Materials Order.

Material

Order Form

Kontraktor

4 Pihak purchasing department akan

menerima senarai bahan yang

diperlukan di tapak yang dikeluarkan

pihak tapak.

- Purchasing

Department

5 Pihak purchasing department akan

meneliti bahan yang diperlukan oleh

tapak berdasarkan BQ projek.

BQ Purchasing

Department

6 Sekiranya borang yang diterima

lengkap, proses tempah akan bermula

dimana pihak purchasing department

akan berurusan dengan pembekal.

- Purchasing

Department

7 Sekiranya pihak pembekal bersetuju

dengan syarat yang ditetapkan oleh

pihak purchasing department, maka

proses pembelian dan penghantaran

bahan ke tapak akan bermula dengan

jadual penghantaran yang ditetapkan.

Jadual

Penghantaran

Pembekal dan

Purchasing

Department

Jadual 4.2 menunjukkan peraturan penghantaran bahan binaan di tapak bina.

Page 91: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

72

Jadual 4.2: Peraturaan penghantaran bahan binaan di tapak bina

Bil Perkara

1 Bahan yang dihantar perlu mengikuti spesifikasi dan kualiti yang diperlukan

seperti dalam BQ.

2 Mempunyai salinan dokumen yang sah ketika proses penghantaran

berlangsung untuk tujuan pemeriksaan dan tuntutan.

3 Penghantaran bahan perlu mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui.

4 Pihak pembekal perlu membuat makluman kepada kontraktor dalam masa 2

hari sebelum proses penghantaran bahan berlangsung.

Rajah 4.4 menunjukkan contoh borang tempahan bagi projek kajian yang

dipilih.

Rajah 4.4: Borang tempahan (Document material order)

Page 92: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

73

4.3.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Pengurusan Penghantaran

Bahan di Tapak Bina

Kos merupakan elemen penting dalam industri pembinaan. Dalam proses

penghantaran bahan binaan ini sudah tentu memerlukan kos bagi memastikan

penghantaran itu dapat dijalankan. Menurut responden untuk projek ini, kos

pembinaan akan mendapat kesan sekiranya berlaku pembaziran terhadap bahan

binaan sendiri dalam proses penghantaran. Bahan-bahan yang dihantar ke tapak

tanpa adanya penyimpanan yang baik boleh menyebabkan bahan tersebut akan rosak

dan tidak boleh digunakan disebabkan faktor kelalaian manusia dimana

mendedahkan bahan tersebut kepada perkara yang boleh buat bahan sedemikian.

Contohnya bahan seperti pasir dan batuan aggregate yang mudah kurang kuantitinya

apabila terdedah dengan air hujan. Dengan ini, pihak kontraktor terpaksa untuk

menempah barang baru untuk membuat recovering terhadap bahan tersebut.

Manakala bagi kos buruh, kos penyimpanan atau stor dan kos mesin dan jentera bagi

projek ini adalah tidak memberi sebarang kesan kepada kos keseluruhan pembinaan

projek. Bagi kos overhead bagi projek ini memberi sedikit kesan kepada kos

keseluruhan bagi projek ini dengan anggaran 1-2% daripada kos tapak. Manakala

bagi kos kelewatan bagi projek ini adalah memberi kesan yang sangat tinggi dimana

didapati atau dianggarkan hampir 50% kos akan terbabit sekiranya berlaku kelewatan

penghantaran bahan ke tapak bina pada masa yang ditetapakan. Jadual 4.3

menunjukkan jenis-jenis kos yang terlibat dalam proses penghantaran bahan ke

tapak.

Jadual 4.3: Jenis-jenis kos yang terlibat dalam proses penghantaran di tapak.

No Jenis Kos Terlibat Peratusan (%)

1 Kos Bahan 5

2 Kos Buruh 0

3 Kos Penyimpanan atau Stor 0

4 Kos Mesin dan Jentera 0

5 Kos Overhead 1-2

6 Kos Kelewatan 50

Page 93: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

74

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Projek A merupakan projek yang

mempunyai keluasan yang sederhana. Oleh itu, teknik pengurusan yang memberi

keselesaan kepada pihak kontraktor untuk mengurus segala kemajuan kerja adalah

lebih tertumpu kepada teknik pengurusan yang konveksional. Disamping itu juga,

prosedur dan peraturan yang digunakan dalam proses penghantaran ke tapak adalah

tidak mendatangkan banyak kesan kepada kos. Oleh itu, paras kos yang terlibat juga

tidak berada dalam tahap yang merbahaya kepada kontraktor.

4.4 Projek B

4.4.1 Latar Belakang Projek B

Projek B merupakan projek Pembinaan Semula Kuarters di Institusi Jabatan

Kebajikan Masyarakat dengan jumlah kontrak RM 29,600,600.00. Projek ini terletak

di Tampoi, Johor. Projek ini mengunakan jenis kontrak konvensional iaitu JKR PWD

pindaan 2010 dengan keluasan tapak seluas 4.2 ekar persegi. Selain itu, bangunan

yang berdekatan dengan projek ini adalah Pusat Kuarters Akhlak dan Pusat

Perumahan penduduk Tampoi. Projek ini juga menyediakan pelbagai kemudahan di

tapak bina seperti kantin, tandas bergerak, pejabat tapak, laluan pintu utama serta

bilik rehat pekerja. Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan segala urusan dekat

tapak bina Rajah 4.5 menunjukkan lokasi projek kajian di Tampoi, Johor.

Page 94: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

75

Rajah 4.5: Lokasi projek di Tampoi, Johor.

Rajah 4.6 menunjukkan pelan projek bagi bangunan yang dibina.

Rajah 4 6: Pelan projek

Berdasarkan Rajah 4.6 menunjukkan bahawa pelan projek yang akan dibina

untuk projek ini. Susun atur projek ini dijelaskan melalui gambar seperti yang tertera.

Pelan ini memudahkan proses pembinaan untuk projek ini. Rajah 4.7 menunjukkan

jenis bangunan yang dibangunkan.

Page 95: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

76

Rajah 4.7: Jenis bangunan yang dibangunkan

4.4.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, pengurusan penghantaran bahan di tapak

bina adalah berbeza dengan pengurusan lain dimana pihak kontraktor perlu

mengadakan lawatan kilang untuk membuat tempahan sebelum mendapat kelulusan

daripada pihak klien terlebih dahulu iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR). Projek ini

mengunakan sistem Industry building System (IBS) secara menyeluruh untuk

bangunan ini. Dengan ini, semua bahan atau panel yang digunakan perlu diluluskan

terlebih dahulu oleh pihak klien bagi memastikan kualiti bahan tersebut adalah

mencukupi dan mencapai piawai yang diinginkan oleh klien. Semasa proses

penerimaan bahan tersebut, pihak monitor eksklusif haruslah membuat pemeriksaan

bagi memastikan bahan tersebut adalah betul dan tepat mengikut seperti yang

ditempah sebelum ini. Proses penghantaran juga perlu dilakukan berdasarkan pada

jadual yang disediakan bergantung kepada jenis bahan yang ditempah.

Page 96: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

77

4.4.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan Binaan ke Tapak Bina

Dalam sesuatu pengurusan penghantaran bahan binaan ke tapak bina, sesuatu

teknik perlu diperkenalkan bagi memastikan sesuatu penghantaran yang dilakukan

dengan berkesan. Menurut responden yang ditemu bual untuk projek ini, teknik

pengurusan penghantaran yang digunakan ialah teknik tradisional atau Material

Requirement Planning dimana berdasarkan keperluan tapak dengan berlandaskan

dengan Bill of Quantities (BQ) projek. Dalam teknik ini, penghantaran bahan

dijalankan berdasarkan kemajuan kerja di tapak yang telah dirancang atau ditetapkan

awal sebelum proses pembinaan dijalankan. Segala bahan yang dihantar mestilah

mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan keperluan tapak itu sendiri.

4.4.4 Prosedur dan Peraturan Penghanataran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, prosedur penghantaran bahan ke tapak

bina bermula dengan pihak klien dimana pihak klien akan memilih beberapa pihak

pembekal untuk mendapatkan quation prices. Setelah bersetuju dengan quation

prices yang diberikan oleh pihak pembekal, pihak klien akan meminta pihak

pembekal menyatakan kod harga bagi setiap jenis barang, kualiti barang dan

rekabentuk barang tersebut. Selepas itu, pihak kontraktor akan mengeluarkan pelan

pembinaan dimana plan pembinaan tersebut diluluskan oleh pihak klien. Dengan itu,

pihak kontraktor akan mengeluarkan purchase order (PO) kepada pihak pembekal.

Apabila pihak pembekal bersetuju dengan harga tersebut maka pihak pembekal akan

bermula membuat casting berdasarkan rekabentuk lukisan yang disediakan. Dalam

masa yang sama, pihak kontraktor akan menetapkan tempoh masa bila masa barang

itu di hantar ke tapak bina. Apabila barang tersebut dihantar, pihak tapak yang

mengendalikan pengurusan penghantaran perlu membuat pemeriksaan terhadap

barang tersebut dimana barang yang diterima sama dengan barang yang ditempah.

Menurut responden, sekiranya item tersebut lengkap, pengarah projek akan

mendatangtangani Document Order yang disediakan oleh pihak pembekal. Manakala

bagi peraturan penghantaran, kedua-dua pihak haruslah mematuhi peraturan yang

dimateraikan sebelum proses penghantaran berlangsung bagi menjamin keadilan bagi

Page 97: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

78

kedua-dua pihak. Jadual 4.4 menunjukkan carta aliran prosedur penghantaran bahan

binaan di tapak bina.

Jadual 4.4: Carta aliran prosedur penghantaran bahan binaan di tapak bina

No Perkara Dokumen

Terlibat

Pihak Yang

Bertanggungjawab

1 Pihak klien memilih pihak pembekal

untuk mendapatkan Quation harga.

Quation

Harga

Klien

2 Setelah bersetuju dengan quation harga,

pihak klien akan meminta pihak pembekal

menyatakan kod harga bagi setiap jenis,

kualiti barang dan reka bentuk bahan.

- Klien dan Pembekal

3 Pihak kontraktor mengeluarkan pelan

pembinaan yang diluluskan oleh pihak

klien.

Pelan

Pembinaan

Kontraktor

4 Pihak kontraktor akan mengeluarkan

Purchasing order kepada pihak pembekal.

Purchasing

Order

Kontraktor

5 Apabila pihak pembekal bersetuju dengan

harga yang ditawarkan, pihak pembekal

akan membuat casting berdasarkan reka

bentuk lukisan yang disediakan oleh

Kontraktor.

- Pembekal

6 Pihak kontraktor akan menetapkan

tempoh masa penghantaran bahan ke

tapak bina.

Jadual

Masa

Kontraktor

7 Apabila bahan tersebut dihantar ke tapak,

pihak petugas khas tapak akan membuat

pemeriksaan terhadap bahan yang

diterima sama dengan yang ditempah oleh

pihak kontraktor.

- Petugas Khas

8 Sekiranya tidak berlaku sebarang

masaalah, pengarah projek akan

mendatangani Document order yang

disediakan oleh pihak pembekal.

Document

Order

Pengarah Projek

Page 98: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

79

Jadual 4.5 menunjukkan peraturan penghantaran bahan ke tapak bina.

Jadual 4.5: Peraturan penghantaran bahan ke tapak bina

Bil Perkara

1 Bahan yang dihantar perlu mengikuti spesifikasi dan kualiti yang diperlukan

seperti dalam BQ.

2 Mempunyai salinan dokumen yang sah ketika proses penghantaran

berlangsung untuk tujuan pemeriksaan dan tuntutan.

3 Setiap kali penghantaran perlu ada perakuan bertulis.

4 Bahan yang dihantar mestilah produk yang baru, tulen dan belum digunakan.

5 Bahan yang dihantar haruslah dibungkus dengan sempurna berdasarkan

spesifikasi.

4.4.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Pengurusan Penghantaran

Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, kos pengurusan penghantaran adalah

termasuk dalam harga kos kontrak projek. Namun, sebarang kos-kos lain seperti kos

penyimpana atau stor dan kos buruh adalah kurang memberi kesan terhadap kos

penghantaran bahan ke tapak bina. Menurutnya, kos penyimpanan barang perlu

disediakan lebih awal semasa proses perancangan dimana pihak kontraktor lebih

peka terhadap stor penyimpanan barang ini. Perkara ini penting bagi memastikan

barang yang di hantar oleh pembekal akan diletakkan di tempat yang disediakan.

Bagi projek ini, tempat perletakan barang adalah tersedia dan kos untuk tempat

tersebut adalah percuma kerana ruang perletakan di dalam tapak bina. Manakala bagi

kos buruh dan kos jentera dan logi juga turut tidak memberi sebarang kesan kepada

kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina kerana kos buruh juga termasuk

dalam harga kontrak. Manakala bagi kos overhead dianggarkan sebanyak 2% kos

yang terbabit dalam proses penghantaran bahan. Kos kelewatan merupakan kos yang

memberikan kesan yang sangat tinggi dalam proses penghantaran bahan ke tapak.

Page 99: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

80

Peratusan kos yang terlibat dalam pengurusan penghantaran dapat dilihat melalui

jadual dibawah. Jadual 4.6 menunjukkan jenis-jenis kos terlibat dalan prosedur

penghantaran bahan ke tapak bina.

Jadual 4.6: Jenis-jenis kos terlibat dalam proses penghantaran bahan di tapak

No Jenis Kos Terlibat Peratusan (%)

1 Kos Bahan 5

2 Kos Buruh 0

3 Kos Penyimpanan atau Stor 0

4 Kos Mesin dan Jentera 0

5 Kos Overhead 2

6 Kos Kelewatan 30-40

Projek B merupakan projek yang membina bangunan dengan menggunakan

sistem Industrial Building System (IBS) dengan keluasan tapak yang sederhana.

Projek ini menggunakan teknik pengurusan yang tradisional atau Material Planning

Requirement (MRP) dimana berpandukan kepada keperluan bahan di tapak. Selain

itu, prosedur dan peraturan penghantaran bahan juga adalah lebih ditentukan oleh

pihak klien dalam sesuatu urusan yang melibatkan penggunaan bahan di tapak bina.

Sehubungan dengan itu, kos sampingan yang lain juga tidak mendatangkan kesan

yang banyak ekoran pengawalan dan pemantauan daripada pihak klien.

4.5. Projek C

4.5.1 Latar Belakang Projek C

Projek C merupakan projek Pembinaan Jalan Raya di Kluang, Johor dengan

jumlah kontrak RM 3,400,000.00 dengan menggunakan jenis borang kontrak PWD

Page 100: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

81

203A pindaan 2010. Projek ini terletak di Kluang Johor dengan keluasan 6 km

dengan sepanjang jalan .Antara kemudahan yang terdapat di dalam projek ini adalah

rumah tempat tinggal pekerja. Antara bangunan yang berhampiran dengan projek ini

adalah rumah perumahan masyarakt bandar kluang. Rajah 4.8 menunjukkan lokasi

projek di Kluang, Johor.

Rajah 4.8: Lokasi projek di Kluang, Johor.

4.5.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden yang ditemu bual, pengurusan penghantaran bahan

binaan di tapak bina biasanya dilakukan oleh pengarah projek dimana mengeluarkan

satu borang iaitu Material Requestion Form. Dalam borang tersebut segala bahan

yang diperlukan di tapak adalah dinyatakan berdasarkan jumlah yang dikehendaki.

Setelah borang tersebut dikeluarkan dan hantar kepada pihak Purchasing Department

untuk melakukan tempahan dan pembeli bahan berdasarkan bahan yang diperlukan

di tapak. Setelah mendapat persetujuan daripada pihak pembekal, maka barang

tersebut akan dihantar ke tapak mengikut keperluan di tapak.

Page 101: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

82

4.5.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan Binaan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini juga turut mengunakan teknik

konvensional atau Material Requirement Planning iaitu mengunakan borang bahan

binaan iaitu dipanggil sebagai Material Form untuk melakukan sebarang teknik

pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina dengan berlandasakan senarai bahan

di dalam Bill of Quantities (BQ). Sesuatu bahan yang diperlukan di tapak bergantung

kepada borang bahan yang diterima daripada pihak daripada tapak. Borang bahan

memainkan peranan dalam pengurusan penghantaran bahan di tapak bina.

4.5.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, prosedur dan peraturan penghantaran

perlulah ada borang dari tapak untuk meminta senarai bahan yang diperlukan di

tapak. Setelah borang itu diisi oleh pihak tapak, borang tersebut haruslah diserahkan

kepada pejabat kontraktor dimana senarai bahan yang diminta haruslah diperiksa

oleh jurukur bahan bagi memastikan kuantiti bahan ada mencukupi berdasarkan di

Bill of quantities (BQ). Kebiasanyanya penghantaran bahan yang diperlukan di tapak

haruslah dilakukan dengan awal, selewat-lewatnya dalam tempoh 2 bulan sebelum

bahan binaan itu digunakan di tapak mengikut jenis bahan yang diperlukan.

Manakala bagi peraturan penghantaran bahan binaan di tapak perlulah dipatuhi bagi

menjamin kelancaran pengurusan penghantaran bahan tersebut dan kualiti bahan juga

turut terpelihara. Rajah 4.7 menunjukkan carta aliran prosedur dan peraturan

penghantaran bahan binaan di tapak bina.

Page 102: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

83

Jadual 4.7: Carta aliran prosedur penghantaran bahan binaan di tapak bina

No Perkara Dokumen

Terlibat

Pihak Yang

Bertanggungjawab

1 Memastikan ada borang permohonan

dari pihak tapak.

Borang

Permohanan

Purchasing

Department

2 Borang permohanan tersebut haruslah

diisi oleh pihak tapak mengikut bahan

keperluan yang diminta.

Borang

Permohanan

Kontraktor

3 Borang permohonan keperluan bahan

dari tapak bina mestilah diisi lengkap

dengan senarai bahan yang diperlukan.

Kontraktor

4 Borang permohonan tersebut haruslah

dihantarkan di pejabat kontraktor,

kemudian Jurukur bahan akan menilai

quantiti bahan yang diperlukan

berdasarkan BQ.

BQ Jurukur Bahan (QS)

5 Setelah diperiksa dan mendapati tidak

ada sebarang masalah, proses tempahan

bahan akan dilakukan.

- Purchasing

Department

6 Setelah selesai proses tempahan,

barulah proses penghantaran bahan ke

tapak bina bergantung kepada bahan

yang diperlukan.

Jadual

Penghantaran

Pembekal

Jadual 4.8 menunjukkan peraturan penghantaran bahan binaan ke tapak bina.

Page 103: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

84

Jadual 4.8: Peraturan penghantaran bahan binaan di tapak bina

Bil Perkara

1 Bahan yang dihantar perlu mengikuti spesifikasi dan kualiti yang diperlukan

seperti dalam BQ.

2 Mempunyai salinan dokumen yang sah ketika proses penghantaran berlangsung

untuk tujuan pemeriksaan dan tuntutan.

3 Bahan yang dihantar mestilah produk yang baru, tulen dan belum digunakan.

4 Penghantaran bahan perlu mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui.

Rajah 4.9 menunjukkan contoh dokumen Purchase Order bagi Projek yang

terpilih.

Rajah 4.9: Purchase Order

Page 104: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

85

4.5.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Pengurusan Penghantaran

Bahan ke Tapak Bina

Bagi projek ini, kos merupakan item yang penting dalam sesebuah projek

yang sedang dijalankan. Pengurusan kos yang sistematik mampu mengurangkan

berlakunya perbaziran kos dalam semua aspek. Pengurusan penghantaran

merupakan perkara yang membabitkan pengurusan kos yang cekap bagi memastikan

kos yang diperuntukan dalam perkara ini adalah mencukupi. Berdasarkan maklumat

yang diperolehi daripada responden bagi projek ini, kesan kos pengurusan

penghantaran terhadap kos-kos lain seperti kos penyimpanan atau stor, kos buruh dan

kos insuran adalah kurang. Hal ini berlaku kerana kos pengurusan penghantaran

lebih kepada pembekal bahan. Oleh itu, segala berlaku kerosakan terhadap bahan

semasa proses penghantaran berlaku ditanggung oleh pembekal sendiri. Namun, kos

akan ditanggung oleh kontraktor selepas proses penghantaran ke tapak bina selesai.

Peratusan kos bagi kos yang terlibat dalam projek ini dapat ditunjukkan di dalam

jadual di bawah ini. Jadual 4.9 menunjukkan jenis-jenis kos lain yang terlibat dalam

prosedur dan peraturan penghantaran bahan.

Jadual 4.9: Jenis-jenis kos terlibat dalam proses penghantaran bahan di tapak

No Jenis Kos Terlibat Peratusan (%)

1 Kos Bahan 3

2 Kos Buruh 0

3 Kos Penyimpanan atau Stor 0

4 Kos Mesin dan Jentera 0

5 Kos Overhead 2

6 Kos Kelewatan 40-50

Berdasarkan maklumat yang diperolehi bagi projek ini, projek ini melakukan

kerja-kerja yang lebih kepada kerja kejuruteraan awam iaitu membina jalan baru.

Dengan ini, teknik pengurusan yang digunakan sepanyak projek ini berlangsung

adalah teknik pengurusan konveksional atau Perancang Keperluan Bahan (MRP)

Page 105: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

86

dimana penghantaran berdasrkan keperluan ditapak. Pengamalan prosedur dan

peraturan penghantaran bahan ke tapak juga tidak turut menunjukan kesan yang

buruk terhadap kos keseluruhan projek.

4.6. Projek D

4.6.1 Latar Belakang Projek D

Projek D merupakan projek yang membina untuk Menaiktarafkan Kawasan

Bukit Layang-layang (Hutan Bandar) dengan jumlah kos kontrak RM 1,800,000.00

dengan mengunakan jenis borang kontrak PWD 203A pindaan 2010. Projek ini

terletak di Taman Bandar, Pasir Gudang dengan keluasan 13 ekar persegi. Projek ini

juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat rehat, kantin, laluan pintu

masuk utama, tandas bergerak dan pejabat tapak untuk memudahkan kerja-kerja di

tapak serta memberi keselesaan kepada semua orang yang tinggal di tapak. Projek ini

juga berdekatan dengan bangunan hotel dan pusat Honda sales gallery. Rajah 4.10

menunjukkan lokasi projek kajian di Pasir Gudang, Johor.

Rajah 4.10: Lokasi Projek di Pasir Gudang, Johor.

Page 106: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

87

4.6.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden yang ditemu bual, pengurusan penghantaran bahan ke

tapak biasanya dilakukan dengan mengikut keperluan di tapak bina. Apabila tapak

bina memerlukan bahan atau barang, pihak tapak haruslah mengisi borang iaitu

document order dengan menyenaraikan semua jenis barang yang diperlukan

bersamaan dengan jumlah kuantiti yang diperlukan. Setelah borang itu lengkap diisi,

pihak daripada tapak akan menyerahkan borang tersebut ke bahagian Purchasing

Order dengan bantuan jurukur bahan bagi memastikan jenis dan kuantiti yang

diminta bersesuaian dengan keperluan di Bill of quantities (BQ). Setelah mendapati

jenis barang dan kuantiti barang itu tepat dan tidak ada sebarang perubahan, pihak

purchasing department akan mendapatkan harga yang murah daripada pembekal dan

kemudian ditunjukkan kepada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan. Setelah

mendapat kelulusan, barang tersebut terus ditempah serta dihantar terus ke tapak bina

berdasarkan barang yang diperlukan di tapak bina.

4.6.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan Binaan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, bahawa projek ini mengunakan teknik

konvensional atau Material Requirement Planning dimana semua barang yang

dihantar ke tapak bina mengikut keperluan tapak yang dikeluarkan oleh pihak tapak

khususnya pengarah projek yang berlandaskan Bill of Quantities (BQ) projek. Semua

bahan yang dihantar ke tapak haruslah mengikut jenis bahan yang diperlukan

berdasarkan kemajuan kerja di tapak bina. Menurutnya lagi, teknik ini seringkali

digunakan terhadap semua projek yang pernah dikendalikan.

4.6.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden yang ditemu bual bagi projek ini, prosedur penghantaran

bahan ke tapak bina adalah dimana keperluan yang diperlukan dalam tapak ini, perlu

Page 107: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

88

dipohon atau diminta kepada pihak purchasing department untuk membuat

tempahan. Purchasing department akan menerima bahan yang dipohon dan

kemudian akan membuat tempahan berdasarkan bahan yang diminta oleh pihak

tapak kemudian dinilai berdasarkan kuantiti dan kualiti bahan itu. Setelah keperluan

bahan yang ditempah mendapat kelulusan dan tidak ada sebarang perubahan, maka

proses pembelian dan penghantaran bahan ke tapak akan dilaksanakan. Manakala

peraturan yang perlu dipatuhi ialah pihak tapak haruslah mengisi borang yang

dikenali sebagai Material Order (MO). Dalam borang tersebut terdapat item yang

penting yang perlu diisi seperti jenis barang, Tarikh sampai dan tarikh bahan

digunakan. Borang tersebut akan dihantar ke pejabat pembelian untuk semakan

semula bagi memastikan borang tersebut lengkap berdasarkan bahan yang

diperlukan. Sekiranya borang tersbut lengkap, maka proses pembelian akan

dilakukan. Jadual 4.10 menunjukkan carta aliran prosedur dan peraturan

penghantaran bahan ke tapak bina.

Jadual 4.10: Carta aliran prosedur penghantaran bahan ke tapak bina

No Perkara Dokumen

Terlibat

Pihak Yang

Bertanggungjawab

1 Sebarang keperluan bahan yang

diperlukan oleh tapak haruslah dipohon

kepada Purchasing department melalui

borang Material order.

Material

Order

Purchasing

Department

2 Pihak purchasing department akan

menerima bahan yang dipohon dan

membuat pemeriksaan dan

perbandingan kuantiti berdasarkan Bq.

BQ Purchasing

Department & Ukur

Bahan (Qs)

3 Setelah keperluan bahan yang ingin

ditempah mendapat kelulusan dari pihak

atasan, maka proses tempahan akan

dilakukan.

-

Pengarah Projek

4 Setelah proses tempahan selesai, pihak

kontraktor meminta pihak pembekal

akan menghantar bahan ke tapak

mengikut keperluan tapak yang

ditetapkan mengikut masa yang

ditentukan.

Jadual

Penghantaran

Pembekal

Page 108: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

89

Jadual 4.11 menunjukkan peraturan penghantaran bahan di tapak bina.

Jadual 4.11: Peraturan penghantaran bahan di tapak bina

Bil Perkara

1 Bahan yang dihantar perlu mengikuti spesifikasi dan kualiti yang diperlukan

seperti dalam BQ.

2 Penghantaran bahan yang dibuat mestilah dinyatakan dalam bentuk rekod

bekalan seperti no.siri atau resit.

3 Mempunyai salinan dokumen yang sah ketika proses penghantaran

berlangsung untuk tujuan pemeriksaan dan tuntutan.

4 Setiap kali penghantaran perlu ada perakuan bertulis.

5 Penghantaran bahan perlu mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui.

4.6.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Pengurusan Penghantaran

Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden, kos-kos lain seperti kos buruh, kos overhead dan kos

penyimpanan yang boleh mempengaruhi kos penghantaran bahan ke tapak adalah

kurang terbabit kerana kos yang banyak mempengaruh kos penghantaran adalah kos

kelewatan. Menurut responden, kes kelewatan penghantaran barang ke tapak bina

akan memberi kesan yang tinggi terhadap pengurusan tapak dimana boleh mencecah

50% kerugian kos. Perkara ini boleh menyebabkan berlaku kerugian kepada pihak

kontraktor dalam menjalankan kerja-kerja di tapak bina. Tambahnya lagi, masalah

kelewatan ini juga menyebabkan jadual kerja di tapak terpaksa ditangguhkan buat

sementara waktu dan menyebabkan pembaziran masa berlaku. Tegasnya lagi,

perkara ini perlu dititikberatkan bagi mengurangkan masalah di tapak bina. Bagi kos

buruh adalah tidak memberi sebarang kesan terhadap pengurusan penghantaran

bahan ke tapak disebakan kos bagi buruh sudah termasuk dalam kos kontrak

pembinaan. Kos peratusan yang memberi kesan kepada projek ini dapat ditunjukkan

Page 109: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

90

melalui jadual di bawah. Jadual 4.12 menunjukkan jenis-jenis kos lain yang terlibat

dalam proses penghantaran bahan ke tapak bina.

Jadual 4.12: Jenis-jenis kos terlibat dalam proses penghantaran bahan di tapak

No Jenis Kos Terlibat Peratusan (%)

1 Kos Bahan 3

2 Kos Buruh 0

3 Kos Penyimpanan atau Stor 0

4 Kos Mesin dan Jentera 0

5 Kos Overhead 1

6 Kos Kelewatan 50

Pada asasnya, projek ini merupakan projek yang sangat luas dengan jumlah

peruntukan kos yang besar. Dalam memastikan pengurusan projek berjalan dengan

baik, pihak kontraktor mengamalkan teknik pengurusan yang biasa diamalkan iaitu

teknik tradisional. Sehubungan dengan itu, prosedur dan peraturan yang digunakan

dalam proses penghantaran juga tidak mendatangkan kesan tinggi kepada kos tapak.

Hal ini mengambarkan projek ini dalam keadaan yang terkawal.

4.7 Projek E

4.7.1 Latar Belakang Projek E

Projek E merupakan Projek Pembinaan Pemasagan Paip di Sepanjang Jalan

Johor Bahru dengan jumlah kontrak sebanyak RM 247,000.00. Projek D ini

mengunakan jenis borang kontrak PAM 2006 dengan keluasan tapak 1.2km panjang.

Projek ini mempunyai kemudahan yang disediakan di tapak seperti tempat meletak

barang atau stor simpanan bahan binaan dan pejabat tapak sahaja. Projek ini juga

Page 110: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

91

berdekatan dengan bangunan taman perumahan dan hospital. Rajah 4.11

menunjukkan lokasi projek kajian di Johor Bahru, Johor.

Rajah 4.11: Lokasi projek Johor Bahru, Johor.

4.7.2 Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, bahawa projek bukan membina bangunan

adalah proses pengurusan penghantaran bahan adalah berlainan dengan cara

pengurusan penghantaran bahan bina untuk membina bangunan. Perkara yang

pertama dilakukan sebelum proses penghantaran bahan binaan ke tapak adalah pihak

pengarah projek haruslah membuat lawatan tapak dimana untuk menilai keadaan

sekeling tapak untuk menetukan jenis bahan yang sesuai di perlukan untuk projek

tersebut. Setelah mengenalpasti jenis bahan untuk digunakan, proses untuk membuat

tempahan dengan mengunakan document order yang disediakan perlu disediakan

sebelum bahan itu dihantar ke tapak.

Page 111: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

92

4.7.3 Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan Binaan ke Tapak Bina

Menurut responden yang di temubual bagi projek ini, bahawa teknik yang

digunakan dalam proses penghantaran bahan binaan adalah teknik konvensional atau

Material Requiremnt Planning (MRP). Menurut responden tersebut, teknik ini

bersesuaian dengan projeknya kerana pengurusan penghantaran barang mengikut

keperluan tapak dimana barang tersebut dihantar dan digunakan terus serta merata.

Apabila tapak memerlukan penghantaran bahan ke tapak, maka penghantaran hanya

dilakukan dengan sekaligus berdasarkan bahan yang ditempah oleh pihak pengendali

tapak.

4.7.4 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden bagi projek ini, prosedur dan peraturan bagi pengurusan

penghantaran bahan ke tapak bina adalah tidak menentu dimana responden hanya

bergantung kepada situasi tapak. Menurutnya, responden akan hanya mengirimkan

beberapa staf atau pergi sendiri untuk membuat tinjauan ke tapak dan menilai bahan

yang diperlukan dan membuat tempahan berdasarkan bahan yang diperlukan

kemudian dihantar ke tapak. Bagi peraturan pula, responden kurang untuk mematuhi

peraturan yang ditetapkan. Hal ini disebabkan responden akan sedaya upaya untuk

menjimatkan kos dalam proses penghantaran bahan ke tapak. Contohnya, dari segi

aspek penghantaran bahan ke tapak, aspek limition pengangkutan yang ditetapkan

oleh pihak berkuasa tempatan itu sering tidak dipatuhi. Jadual 4.13 menunjukkan

carta aliran prosedur penghantaran bahan di tapak bina.

Page 112: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

93

Jadual 4.13: Carta aliran prosedur penghantaran bahan di tapak bina

No Perkara Dokumen

Terlibat

Pihak Yang

Bertanggungjawab

1 Pihak kontraktor akan melakukan

tinjauan terhadap tapak bina.

- Kontraktor

2 Pihak kontraktor akan menilai bahan

yang diperlukan di tapak.

- Kontraktor

3 Kemudian pihak kontraktor akan

menyenaraikan bahan yang diperlukan

di tapak berdasarkan penilaian awal

terhadap tapak.

Senarai

Bahan

Kontraktor

4 Setelah selesai menyenaraikan bahan

yang diperlukan, pihak kontraktor akan

membuat tempahan kepada pihak

pembekal mengenai bahan yang

diperlukan di tapak.

- Kontraktor

5 Setelah proses tempahan selesai, pihak

kontraktor akan meminta pihak

pembekal menghantar bahan yang

diperlukan ke tapak dengan segera.

Jadual

Penghantaran

Pembekal

Jadual 4.14 menunjukkan peraturan penghantaran bahan di tapak bina.

Jadual 4.14: Peraturan penghantaran bahan di tapak bina

Bil Perkara

1 Bahan yang dihantar perlu mengikuti spesifikasi dan kualiti yang diperlukan

seperti dalam BQ.

2 Penghantaran bahan perlu mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui.

3 Bahan yang dihantar haruslah dibungkus dengan sempurna berdasarkan

spesifikasi.

4 Penghantaran bahan yang dibuat mestilah dinyatakan dalam bentuk rekod

bekalan seperti no.siri atau resit.

5 Bahan yang dihantar mestilah produk yang baru, tulen dan belum digunakan.

Page 113: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

94

4.7.5 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Pengurusan Penghantaran

Bahan ke Tapak Bina

Menurut responden, pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina juga turut

memberi kesan sampingan kepada kos-kos lain seperti kos penyimpanan atau stor

dan kos perbelanjaan untuk penggunaan jentera. Menurutnya, bagi projek ini kos

penyimpanan barang adalah perkara penting bagi tapak yang berada di kawasan

bandar dimana perlu menyewa sesuatu kawasan dijadikan tempat penyimpanan

barang. Penyimpanan barang atau stor yang disewa di kawasan bandar merupakan

perkara yang sukar dicari dimana kawasan tersebut mempunyai keluasan yang

terhad. dengan ini, sudah tentu harga sewanya akan meningkat. Oleh itu, kos

penyimpanan barang boleh mempengaruhi kos pengurusan penghantaran barang ke

tapak bina. Selain itu juga, responden berpendapat bahawa kos perbelanjaan untuk

jentera atau loji juga turut mempengaruhi kos pengurusan penghantaran barang ke

tapak. Menurut responden, projek ini selalu mengunakan jentera atau logi dalam

proses menaik atau menurunkan barang daripada lori. Dengan ini, mereka perlu

menyewa jentera atau logi seperti JVC untuk mengedali proses penghantaran. Kos

sewa untuk sesebuah jentera boleh mencecah RM450.00 sehari. Dengan ini sekaligus

memberi kesan kepada kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina. Jadual

4.15 menunjukkan jenis-jenis kos lain yang terlibat dalam prosedur penghantaran

bahan di tapak bina.

Jadual 4.15: Jenis-jenis kos terlibat dalam proses penghantaran bahan di tapak

No Jenis Kos Terlibat Peratusan (%)

1 Kos Bahan 3

2 Kos Buruh 0

3 Kos Penyimpanan atau Stor 3

4 Kos Mesin dan Jentera 2

5 Kos Overhead 1

6 Kos Kelewatan 30-50

Page 114: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

95

Kesimpualan, projek ini merupakan projek yang membina berasaskan

kejuruteraan awam. Dengan ini, pengurusan dalam projek ini amat rumit dimana

memerlukan pemantauan sepanjang masa. Oleh itu, teknik pengurusan yang

bersesuaian dengan projek ini adalah teknik konveksioanal atau Material

Requirement Planning dimana pengurusannya lebih kepada pengurusan kebiasaan

kepada semua kontraktor. Sehubungan dengan itu, prosedur dan peraturan

penghantaran bahan ke tapak mengalami sedikit kesan terhadap kos dimana projek

ini tidak mempunyai keluasan untuk meletak barang adalah tidak mencukupi.

4.8 Analisis Projek Keseluruhan

4.8.1 Analisis Latar Belakang Setiap Projek

Jadual 4.16 menunjukkan latar belakang setiap projek kajian.

Jadual 4.16: Latar belakang projek kajian terpilih

Komponen Projek A Projek B Projek C Projek D Projek E

Kawasan Bandar

Plentong

Bandar

Tampoi

Bandar

Klaung

Bandar

Pasir

Gudang

Bandar

Johor

Bahru

Jumlah

Kontrak

(Rm)

70,000,000.

00

29,600,600.

00

3,400,000.0

0

1,800,000.0

0

247,000.0

0

Jenis

Kontrak

PAM 2006 PWD 203A

Pindaan

2010

PWD 203A

Pindaan

2010

PWD 203A

Pindaan

2010

PAM

2006

Keluasan

Tapak

1 Ekar 4.2 Ekar 6 Km 13 Ekar 1.2 Km

Page 115: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

96

Jenis

Kemudahan

Pejabat

Tapak,

Kantin,

Stor,

Rumah

Pekerja dan

Laluan

Pintu

Utama

Pejabat

Tapak,

Kantin, Stor

, Rumah

Pekerja dan

Laluan

Pintu Utama

Rumah

Tempat

Tinggal

Pekerja

Pejabat,

Kantin,

Stor,

Rumah

Pekerja dan

Pintu

Utama

Stor dan

Pejabat

Tapak

Jenis

Banguna

berdekatan

Rumah

Kedai 2

Tingkat dan

Pengasapuri

Kos Tinggi

Pusat

Kuarters

Akhlak dan

Pusat

Perumahan

Pusat

Perumahan

Hotel dan

Galeri

Jualan

Honda

Taman

Perumaha

n

Jenis Projek Pengasapuri Kuarters Jalan Raya Taman

Rekreasi

Kerja

Perpaipan

Analisis

Tapak

Kurang

Padat

Kurang

Padat

Padat Sederhana

Padat

Kurang

Padat

Berdasarkan Jadual 4.16, menunjukan bahawa kesemua lokasi kawasan tapak

projek yang terpilih didapati berbeza-beza dimana setiap projek yang dibangunkan

berada di kawasan bandar yang berlainan. Jenis projek yang dibangunkan juga turut

berbeza-beza dimana Projek A dan B merupakan projek pembinaan banguna

manakala Projek C, D dan E adalah kerja –kerja lebih kepada kerja kejuruteraan

awam. Selain itu, jumlah kontrak untuk kesemua projek juga menunjukan perbezaan

dimana Projek A merupakan projek yang memiliki jumlah kontrak yang tertinggi

dan yang jumlah kontrak yang terendah adalah Projek E. Penggunaan jenis kontrak

bagi kesemua projek juga adalah berbeza-beza dimana terdapat projek yang

menggunakan jenis kontrak PWD 203A pindaan 2010, iaitu Projek B, C dan D

manakala dua jenis projek lagi menggunakan jenis kontrak PAM 2006 iaitu Projek A

dan E.

Page 116: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

97

Jenis-jenis kemudahan yang disediakan oleh kesemua projek juga adalah

berlainan diantara satu sama lain dimana hanya Projek A, B dan D adalah memiliki

kemudahan yang sama iaitu menyediakan pejabat tapak, kantin, laluan pintu utama,

rumah pekerja dan tandas manakala Projek C hanya menyediakan kemudahan rumah

tempat tinggal dan Projek E menyediakan stor barang dan pejabat tapak. Di samping

itu, jenis-jenis bangunan yang berdekatan bagi kesemua projek juga turut berbeza-

beza. Keluasan bagi semua projek juga turut menunjukan perbezaan diantara setiap

projek dimana Projek D merupaka projek memiliki keluasan yang luas dan Projek A

adalah projek yang mempunyai keluasan yang sempit. Manakala Projek B dan E

adalah projek yang bukan diukur berdasarkan keluasan tetapi panjang. Bagi analisa

keadaan tapak pula, Projek C menunjukan kepadatan kerja dimana kerja-kerja

pembinaan berlaku di kawasan tumpuan atau laluan orang ramai.Dengan ini

menyukarkan kerja-kerja pembinaan dijalankan. Bagi Projek D pula menunjukan

kawasan yang sederhana padat dimana kawasan tersebut kuantiti bangunan yang

sederhana dan tumpuan orang sentiasa berubah-ubah manakala bagi Projek A,B dan

E menunjukan keadaan tapak yang kurang padat dimana kawasan projek tersebut

berada di hujung setiap bangunan yang sedia ada dibangunkan. Dengan ini,

kepadatan dikawasan tersebut adalah kurang.

4.8.2 Analisis Bagi Teknik-Teknik Pengursan Penghantaran Bahan ke Tapak

Bina

Jadual 4.17 menunjukkan teknik-teknik pengurusan penghantaran bahan ke

tapak bina.

Jadual 4.17: Teknik-teknik pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina.

Jenis Teknik Projek A Projek B Projek C Projek D Projek E

Konveksional / Material

Requirement Planning

(MRP)

Page 117: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

98

Berdasarkan Jadual 4.17, menunjukkan bahawa kesemua projek yang

ditemubual adalah menggunakan teknik pengurusan penghantaran bahan ke tapak

yang sama dengan menggunakan teknik konveksional atau dikenali Material

Requirement Planning. Semua projek menggunakan teknik konveksioanl dalam

proses pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina sepanjang projek tersebut

berlangsung. Teknik ini lebih kepada pengurusan penghantaran berdasarkan

keperluan tapak dengan berasaskan Bill of Quantities (BQ) projek yang dibangunkan.

Teknik ini juga akan berlandaskan kepada setiap kemajuan kerja projek tersebut.

Menurut responden, teknik dapat memudahkan urusan pengurusan penghantaran

bahan ke tapak bina dengan lebih efisien dan menjimatkan masa dan kos. Teknik ini

juga menjadi penanda aras bagi memastikan setiap kerja penghantaran berjalan

dengan lancar dan mengurang risiko kerugian dalam sesuatu projek yang

dilaksanakan.

4.8.3 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan Binaan di Tapak Bina di

Kawasan Bandar

Rajah 4.12 menunjukkan prosedur pengurusan penghantaran bahan ke tapak

bina.

Page 118: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

Projek A Projek B Projek C Projek D Projek E

1. Mengenalpasti Keperluan bahan di

tapak bina

2. Menyenaraikan Keperluan Bahan di

tapak bina

3. Membuat permohonan kepada

pihak purchasing department untuk

Membuat tempahan bahan yang diperlukan

melalui borang Materials Order

1. Pihak klien perlu memilih pihak pembekal

untuk mendapatkan Quation harga

2. Setelah bersetuju dengan quation harga,

pihak klien akan meminta pihak

pembekal menyatakan kod harga bagi setiap

jenis, kualiti barang dan reka bentuk bahan

3. Pihak kontraktor mengeluarkan pelan

pembinaan yang diluluskan oleh pihak

klien

1. Memastikan ada borang permohonan

dari pihak tapak

2. Borang permohanan tersebut haruslah diisi

oleh pihak tapak mengikut bahan keperluan yang

diminta

3. Borang permohonan keperluan bahan dari tapak bina mestilah

diisi lengkap dengan senarai bahan yang

diperlukan

1. Sebarang Keperluan bahan yang diperlukan

oleh tapak haruslah dipohon kepada

Purchasing department melalui

borang Material order

2. Pihak purchasing department akan

menerima bahan yang dipohon dan membuat

pemeriksaan dan perbandingan kuantiti

berdasarkan Bq

3. Setelah keperluan bahan yang ingin

ditempah mendapat kelulusan dari pihak atasan, maka proses

tempahan akan dilakukan

1. Pihak kontraktor akan melakukan

tinjauan terhadap tapak bina

2. Pihak kontraktor akan menilai bahan yang diperlukan di

tapak

3. Kemudian pihak kontraktor akan

menyenaraikan bahan yang diperlukan di tapak berdasarkan

penilaian awal terhadap tapak

99 Rajah 4.12: Prosedur pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina

Page 119: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

Projek A Projek B Projek C Projek D Projek E

4. Pihak purchasing department akan menerima senarai

bahan yang diperlukan di tapak yang

dikeluarkan pihak tapak

5. Pihak purchasing akan meneliti bahan yang diperlukan oleh tapak berdasarkan BQ

projek

6. Sekiranya borang yang diterima lengkap,

Proses tempah akan bermula dimana pihak purchasing department akan berurusan dengan

pembekal

4. Pihak kontraktor akan mengeluarkan Purchasing order

kepada pihak pembekal

5. Apabila pihak pembekal bersetuju dengan harga yang ditawarkan , pihak

pembekal akan membuat casting

berdasarkan rekabentuk lukisan

yang disediakan oleh kontraktor

6. Pihak kontraktor akan menetapkan

tempoh masa penghantaran bahan

ke tapak bina

4. Borang permohonan tersebut haruslah

dihantarkan di pejabat kontraktor, kemudian Jurukur bahan akan

menilai quantiti bahan yang diperlukan berdasarkan Bq

5. Setelah diperiksa dan mendapati tidak ada sebarang masalah,

proses tempahan bahan akan dilakukan

6. Setelah selesai proses tempahan , barulah

proses penghantaran bahan ke tapak bina bergantung kepada

bahan yang diperlukan

4. Setelah proses tempahan selesai, pihak kontraktor meminta pihak pembekal akan

menghantar bahan ke tapak mengikut

keperluan tapak yang ditetapkan mengikut

masa yang ditentukan

4. Setelah selesai menyenaraikan bahan yang diperlukan, pihak

kontraktor akan membuat tempahan kepada pihak

pembekal mengenai bahan yang diperlukan di tapak

5. Setelah proses tempahan selesai,Pihak

kontraktor akan meminta pihak pembekal

menghantar bahan yang diperlukan ke tapak

dengan segera

100

Rajah 4.12: Prosedur pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina (Sambungan)

Page 120: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

Projek A Projek B Projek C Projek D Projek E

Rajah 4.12: Prosedur pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina (Sambungan)

7. Sekiranya pihak pembekal bersetuju dengan syarat yang

ditetapkan oleh pihak purchasing department, proses pembelian dan penghantaran bahan ke

tapak akan bermula dengan jadual

penghantaran yang ditetapkan

7. Apabila bahan tersebut dihantar ke tapak, pihak petugas khas tapak akan membuat pemeriksaan

terhadap bahan yang diterima sama dengan yang ditempah

oleh pihak kontraktor

8. sekiranya tidak berlaku sebarang masaalah, pengarah

projek akan mendatangani Docuemnt order yang disediakan oleh pihak

pembekal

101

Page 121: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

102

Jadual 4.18 menunjukan peraturan penghantaran bahan binaan ke tapak bina

di kawasan bandar.

Jadual 4.18: Peraturan penghantaran bahan binaan ke tapak bina

Bil Perkara

1 Bahan yang dihantar perlu mengikuti spesifikasi dan kualiti yang diperlukan

seperti dalam BQ.

2 Mempunyai salinan dokumen yang sah ketika proses penghantaran

berlangsung untuk tujuan pemeriksaan dan tuntutan.

3 Penghantaran bahan perlu mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui.

4 Pihak pembekal perlu membuat makluman kepada kontraktor dalam masa 2

hari sebelum proses penghantaran bahan berlangsung.

5 Bahan yang dihantar haruslah dibungkus dengan sempurna berdasarkan

spesifikasi.

6 Bahan yang rosak semasa penghantaran bahan haruslah diganti kecuali

punca kerosakan berlaku kepada kontraktor.

7 Penghantaran bahan yang dibuat mestilah dinyatakan dalam bentuk rekod

bekalan seperti no.siri atau resit.

8 Setiap kali penghantaran perlu ada perakuan bertulis.

9 Bahan yang dihantar mestilah produk yang baru, tulen dan belum digunakan.

Berdasarkan Rajah 4.12, menunjukkan bahawa prosedur pengurusan

penghantaran bahan ke tapak bina di kawasan bandar mempunyai perbezaan diantara

kesemua projek yang terpilih. Kesemua prosedur bagi kesemua projek yang terpilih

mengamalkan proses penghantaran bahan yang berlainan cara dimana dipengaruhi

oleh polisi syarikat masing-masing dan perbincangan tertentu bergantung kepada

jenis bahan yang dihantar, keperluan bahan dan kehendak klien itu sendiri. Dalam

kajian ini, Projek B menunjukan prosedur penghantaran yang memerlukan keputusan

dari pihak klien dimana semua jenis bahan yang dihantar ke tapak perlu ada

Page 122: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

103

kelulusan daripada pihak klien kerana projek ini mengunakan kaedah Industrial

Building System (IBS). Dengan ini, prosedur penghantaran bahan bagi projek ini

lebih tertumpu kepada kehendak klien itu sendiri dimana berhak untuk mengelola

projek yang dikendali berdasarkan prosedur penghantara yang diamalkan.

Manakala bagi Projek A, C dan D juga menunjukkan pengamalan prosedur

dan peraturan penghantaran bahan yang lebih kurang sama dimana proses

penghantaran bahan ke tapak bermula apabila berlaku permintaan terhadap keperluan

di tapak. Apabila pengurusan tapak memerlukan bahan binaan untuk digunakan di

tapak perlulah melakukan permohonan melalui pihak purchasing department untuk

mendapatkan bahan tersebut. oleh itu, ketiga- tiga projek ini lebih tertumpu kepada

pengaruh keperluan bahan di tapak dimana mengikut kemajuan kerja di tapak.

Manakala bagi Projek D menunjukkan prosedur penghantaran bahan ke tapak dapat

ditentukan apabila pihak kontraktor mengadakan tinjauan terhadap keadaan atau

situasi tapak tersebut. Proses penghantaran bahan ke tapak akan berlaku apabila

proses pengenal pastian jenis bahan yang diperlukan ke tapak hasil daripada tinjauan

tersebut. Oleh itu, proses penghantaran bahan ke tapak akan bermula setelah

kesemua jenis bahan binaan diperlukan di tapak ditentukan oleh pihak kontraktor

sendiri berdasarkan jenis kerja yang dilaksanakan.

Bagi Jadual 4.18 merupakan peraturan penghantaran bahan binaan ke tapak

bina yang perlu ada dan dipatuhi oleh pihak pembekal dan pihak kontraktor semasa

proses penghantaran bahan binaan itu berlangsung. Hal ini penting bagi memastikan

proses penghantaran bahan binaan itu berjalan baik dan lancar. Disamping itu juga,

peraturan tersebut penting bagi memelihara hubungan diantara kedua-dua pihak

sekaligus mengawal pengurusan penghantaran bahan itu tidak mendatangkan kesan

terhadap pengurusan kos di tapak bina. Dengan ini, memastikan keperluan dan hak

kedua-dua pihak terpelihara dan terjaga. Dengan ini, kesemua projek kajian lebih

menerapkan dan mengamalkan peraturan penghantaran bagi memastikan kelancaran

pengurusan projek.

Page 123: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

104

4.8.4 Jenis-Jenis Kos Lain yang Terlibat Dalam Pengurusan Penghantaran

Bahan ke Tapak Bina

Berdasarkan Jadual 4.19, menunjukkan jenis-jenis kos yang terlibat dalam

proses penghantaran bahan ke tapak bina terhadap kesemua projek yang terpilih.

Jadual 4.19: Jenis-jenis kos terlibat dalam proses penghantaran bahan di tapak

Bil Jenis Kos Projek A

(%)

Projek B

(%)

Projek C

(%)

Projek D

(%)

Projek E

(%)

1 Kos Bahan 5 5 3 3 3

2 Kos Buruh 0 0 0 0 0

3 Kos

Penyimpanan

atau Stor

0 0 0 0 3

4 Kos Mesin

dan Jentera

0 0 0 0 2

5 Kos

Overhead

1-2 2 2 1 1

6 Kos

Kelewatan

50 30-40 40-50 50 30-50

Jenis kos bahan merupakan kos yang terbabit disebabkan oleh bahan binaan

itu sendiri. Bagi kesemua projek yang terpilih menunjukkan kesan peratusan kos

terhadap kos bahan ketika proses penghantaran bahan ke tapak bina. Melalui kajian

ini menunjukkan bahawa terdapat kesan kepada kos bahan itu sendiri ketika proses

penghantaran bahan berlaku dimana peratusan kos dianggarkan diantara 3-5%

terhadap kos keseluruhan projek berdasarkan pengamalan prosedur penghantaran

bahan yang dipilih.

Menurut responden kepada kesemua projek yang dipilih menyatakan sebab

kos bahan memberikan kesan kepada kos keseluruhan projek adalah disebabkan

penempahan bahan yang berlebihan sehingga berlaku pembaziran dan tempat

Page 124: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

105

perletakan bahan itu sendiri. Dengan cara sedimikian, secara tidak langsung kos

bahan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada kos projek. Bagi kos buruh

pula, kesemua responden daripada kesemua projek yang terpilih bersetuju bahawa

tidak ada sebarang kesan kepada kos buruh ketika proses penghantaran bahan ke

tapak bina berlangsungn dimana kos bagi kos buruh sudah terkandung dengan tetap

di dalam harga kontrak projek. Dengan ini, kos bagi buruh bagi setiap projek sudah

ditetapkan lebih awal sebelum projek tersebut dilaksanakan. Manakala bagi kos

penyimpanan bagi kesemua projek yang terpilih menunjukkan tidak ada sebarang

kesan kepada kos keseluruhan projek kecuali bagi Projek D dimana projek D ini

mempunyai kesan dianggarkan 3% kepada kos penyimpanan bahan/ stor. Hal ini

berlaku disebabkan Projek D perlu membuat penyewaan tempat penyimpanan bahan

di kawasan tertentu kerana kawasan Projek D tidak mempunyai ruang bagi

perletakan bagi barang yang digunakan. Oleh itu, pihak kontraktor bagi Projek D

terpaksa melakukan penyewaan ruang penyimpanan bahan di kawasan tersebut.

Selain itu, bagi kos mesin dan jentera juga menunjukkan tidak ada sebarang

kesan terhadap kos keseluruhan projek ketika proses penghantaran bahan

berlangsung kecuali Projek D. Menurut responden bagi kesemua projek yang terpilih

berpendapat bahawa kos bagi kos jentera dan logi semasa proses penghantaran

adalah ditangggung sepenuhnya oleh pihak pembekal dan sudah termasuk dalam kos

kontrak projek kecuali bagi Projek D dimana kontraktor bagi Projek D perlu

menyewa jentera dan logi untuk proses penurunan dan pemunggahan bahan ke tapak

ketika proses penghantaran bahan dijalankan. Bagi kos overhead, kesemua projek

yang terpilih berpendapat bahawa kos overhead yang terlibat ketika proses

penghantaran bahan binaan ke tapak dianggarkan diantara 1-2% kos yang terbabit.

Hal ini berlaku apabila berlaku sebarang kejadian yang tidak diduga semasa proses

penghantaran bahan berlaku. Manakala kos kelewatan merupakan kos yang tertinggi

yang memberi kesan kepada kos keseluruhan dimana kesemua projek yang terpilih

menyatakan bahawa kos kelewatan mencecah 30-50% daripada kos keseluruhan

projek. Menurut responden daripada kesemua projek terpilih berpendapat bahawa

faktor kelewatan penghantaran akan menyebabkan peningkatan penggunaan kos

kerana menyebabkan kerja-kerja tergendala daripada masa yang sepatutnya.

Page 125: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

106

4.9 Ringkasan Bab

Bab ini akan lebih fokus untuk membincangkan dengan lebih terperinci

berkaitan dengan kesemua maklumat yang diperolehi oleh responden. Dalam hasil

dapatan maklumat yang diperolehi, terdapat beberapa teknik pengurusan yang

penghantaran bahan ke tapak di kawasan bandar dapat dikenal pasti seperti teknik

konveksional atau Materials Requirement Planning (MRP), teknik Just-in-Time

(JIS), Material Management System (MMS), dan Manufacturing Resources Planning

(MRP). Melalui hasil dapatan maklumat daripada responden dari kesemua projek

yang terpilih lebih tertumpu kepada teknik pengurusan penghantaran bahan ke tapak

iaitu teknik pengurusan konveksional atau Materials Requirement Planning.

Dalam mengoptimumkan kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak,

terdapat beberapa prosedur penghantaran bahan telah diperkenalkan dan perlu

dipatuhi bagi melancarkan proses penghantaran dengan berjalan dengan baik serta

tidak membabitkan banyak kesan kepada kos. Hasil dapatan kajian dari kesemua

projek yang terpilih mendapati kesemua projek mempunyai perbezaan prosedur

dalam proses penghantaran bahan ke tapak terutamanya di kawasan bandar dimana

dengan tujuan memaksimakan pengunaan kos yang terbabit seperti kos bahan, kos

buruh, kos logi dan jentera, kos penyimpanan/ stor dan kos overhead serta kos

kelewatan penghantaran bahan ke tapak bina.

Page 126: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangakan tentang kesimpulan dan cadangan secara

keseluruhan bagi kajian yang telah dijalankan.Kesimpulan kajian berpandukan

kepada objektif-objektif kajian yang ditetapkan supaya matlamat kajian tercapai hasil

dari dapatan maklumat daripada responden.Batasan kajian dan cadangan kajian

lanjutan juga akan disertakan bagi penambahbaikan untuk kajian pada masa akan

datang.

5.2 Kesimpulan Kajian

Kesimpulan daripada hasil analisis yang diperolehi sepanjang kajian ini

dijalankan adalah berdasarkan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan, iaitu

mengenal pasti teknik-teknik pengurusan penghantaran bahan di tapak bina di

kawasan bandar dan mengenal pasti prosedur penghantaran yang memberi kesan

kepada kos di tapak bina di kawasan bandar.

Page 127: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

108

5.2.1 Teknik-Teknik Pengurusan Penghantaran Bahan ke Tapak Bina di

Kawasan Bandar

Daripada hasil kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa teknik

pengurusan konveksional atau Material Requirement Planning (MRP) penghantaran

bahan di tapak bina di kawasan bandar merupakan teknik pengurusan penghantaran

yang diamalkan oleh kelima-lima projek yang terpilih. Teknik ini merujuk kepada

kaedah pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina berlandaskan kepada

keperluan bahan yang utama di tapak bina dengan berasaskan dengan senarai bahan

di dalam Bill of Quantities (BQ) projek tersebut dengan berpandukan kepada

kemajuan kerja dalam tapak sebenar projek. Melalui teknik ini, pihak kontraktor

dapat mengoptitmumkan kos pengurusan penghantaran bahan ke tapak bina

khususnya di kawasan bandar.

5.2.2 Prosedur dan Peraturan Penghantaran Bahan yang Memberi Kesan

Kepada Kos di Tapak Bina di Kawasan Bandar

Melalui kajian ini, didapati terdapat berlaku perbezaan pengamalan prosedur

penghantaran bahan ke tapak yang diamalkan oleh kesemua projek yang terpilih

dimana prosedur tersebut memberi kesan kepada beberapa jenis kos yang terlibat.

Kesemua projek yang terpilih memiliki prosedur penghantaran bahan tersendiri

mengikut kesesuaian polisi syarikat atau firma. Namun, tanpa disedari pengamalan

prosedur yang dipatuhi itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kos di tapak bina

khususnya di kawasan bandar. Antara jenis kos yang terlibat dalam prosedur

penghantaran bahan ke tapak bina adalah seperti kos bahan itu sendiri, kos jentera

dan logi, kos overhead dan kos kelewatan. Walaubagimanapun, hasil dapatan

daripada kajian ini didapati kos kelewatan merupakan kos yang tertinggi yang boleh

memberi kesan kepada kos di tapak. Bagi setiap responden yang ditemubual dalam

kajian ini bersetuju bahawa kos kelewatan dianggarkan dalam 30%-50% dapat

memberi kesan kepada kos di tapak dan diikuti oleh kos bahan itu sendiri dengan

purata kos anggaran dalam 2%-5% kos dalam kos tapak. Kos kelewatan dikatakan

kos tertinggi yang memberi kesan kepada kos di tapak kerana apabila berlaku

Page 128: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

109

sebarang kelewatan penghantaran menyebabkan kerja-kerja di tapak tidak dapat

dijalakan dengan sempurna. Oleh itu, pihak kontraktor akan mengalami kerugian

pada masa tersebut. Manakala bagi kos bahan itu sendiri disebabkan oleh faktor

pembelian yang berlebihan sehingga barang tersebut tidak digunakan di tapak serta

lokasi penyimpan sesuatu bahan tersebut khususnya bagi bahan seperti pasir dan

simen yang mudah rosak.

5.3 Masalah yang Dihadapi

Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi

oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat daripada responden bagi mencapai

maklumat yang dicapai. Antara masalah utama yang dihadapi dalam kajian ini adalah

kesukaran mendapat maklumat dan kerjasama daripada responden. Masalah untuk

membuat temu janji dengan pihak responden juga merupakan satu masalah yang

sukar untuk dielakkan kerana ia mengambil masa yang lama untuk membuat temu

janji dengan responden yang telah dikenalpasti pada peringkat awal di atas kesibukan

mereka

Tambahan pula, kaedah temu bual memerlukan prosedur yang betul untuk

membuat temu janji dengan pihak responden dengan menghubungi mereka melalui

telefon. Masalah yang timbul adalah dimana segelintir responden pada peringkat

awal bersetuju untuk ditemu bual tetapi pada akhirnya terpaksa dibatalkan

disebabkan kesibukan yang dialami.

Selain itu, permohonan temujanji untuk temu bual melalui email tidak

mendapat maklum balas yang baik daripada responden. Masalah tersebut timbul

apabila permohonan tersebut tidak mendapat maklum balas segera daripada masa

yang dijanjikan dan pengkaji terpaksa membuat follow-up dalam jangka masa yang

lama.

Page 129: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

110

Disamping itu juga, butir-butir kontraktor di dalam lawan web rasmi CIDB

tidak diperbaharui kerana terdapat responden yang dihubungi bukan syarikat

kontraktor yang diingini. Hal ini memaksa pengkaji membuat semakan semula di

melalui lawan web syarikat tersebut bagi memastikan syarikat tersebut masih wujud.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini hanya menumpukan kepada dua objektif yang ditetapkan iaitu

mengenalpasti teknik-teknik pengurusan penghantaran bahan di tapak bina di

kawasan bandar dan mengenalpasti prosedur penghantaran yang memberi kesan

kepada kos di tapak bina di kawasan bandar.

Kajian lanjutan kepada kajian yang sedia ada ini, dicadangkan agar dapat

diteruskan kepada kajian lanjutan memandangkan terdapat data untuk dijadikan asas

kepada kajian yang baru. Antara cadangan yang dapat dikenal pasti untuk lanjutan

kajian adalah seperti berikut:

i. Kajian mengenai perbandingan teknik pengurusan penghantaran di antara

kontraktor dengan pembekal bahan.

ii. Kajian mengenai penambahbaikan teknik pengurusan untuk

meningkatkan prestasi dan profit pihak kontraktor.

iii. Kajian mengenai manfaat prosedur penghantaran bahan kepada pihak

klien.

Page 130: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

111

iv. Kajian mengenai perbandingan teknik pengurusan penghantaran dalam

kalangan kontraktor di luar skop kajian iaitu Johor dengan memfokuskan

kepada di kawasan lain seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Page 131: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

112

RUJUKAN

Abdul Hakim Mohammed, (1995). Anggaran Kos Kerja Pembinaan. Kursus Pendek

Untuk Kontraktor Bumiputera. Skudai: UTM.

Ali, Cress Mound, Tord Groud (2013). Indicators for Measuring Performance of

Building Construction Companies in Kingdom of Saudi Arabia.J.King Saud

Univ.Eng. Sci 25 (2) 125-134

Badir (2013). Pengurusan Bahan Binaan.Dipetikan daripada

http://www.scribd.com/document/100845583/pengurusan-bahan-binaan

dicapai pada 7 November 2017

Barrow (2006). Fundamental of construction Estimating and Cost Accounting. Inc,

Englewood Cliffs, N.J: Prentice-Hall.

Bentley (1990). Construction Contractors Survival Guide. Saint John: John Wiley &

Sons, Inc.

Bresnen M, Bryman. (1987). Effectiveness of site managers. Chartered Institute of

Building Technical Paper, 85, 1-7.

Broughton (1997). Economic Site Organisation and building Supervision. London,:E

& F.N. Spon Ltd.

Busha, C. H, & Harter, S.P. (1980). Research Methods in librarianship, techniques

and interpretation. New York: Academic Press.

Page 132: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

113

CIDB. (17 August, 2008). CIDB. Koleksi Ucapan, dipetiksn daripada

http://www.cidb.gov.my/index.php/my/media-1/koleksi-ucapan dicapai pada

17 September 2017 dicapai 15 Oktober 2017

CIDB. (20 September, 2017). CIDB. Dipetikan daripada 30 October, 2017, from

STATIK BUDGET: http://ww.cidb.gov.my/index.php/my/media-1/berita-

terkini/758-budget-2018-what-s-in-for-construction-industry dicapai pada 30

October 2017

CIDB. (7 Mei 2012).Dasar Kawalan Selia Bahan Binaan. Dipetikan daripada

http://www.cidb.gov.my/index.php/my/bidang-utama-bahan/dasar-kawal-

selia-bahan-binaan dicapai pada 04 November 2017

Chandles (1978). Material Management on Building sites the construction.

Lanchester: Press Ltd.

Chart (2010). Statistical Tools of Safety Management. New York: Van Nostrand

Reinhold.

Chen Duiyong, Jia Shidong and Sun Mingshan. (2014) Engineering Construction

Project Site Logistics Management: Journal of Chemical and Pharmaceutical

Research, 6(7):353-360

Chua Yan Piaw, (2011). Kaedah Penyelidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:

McGraw-Hill

Clough.R.H, Sears.G.A dan Sears.S.K. (2000). Construction Project Management.

(Fourth Edition). Kingston: John Wiley & Sons, Inc.

Creswell, J.W. (2007). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating

Quantative and Qualitative Research. 2nd. ed. New Jersey: Pearson Prentice

Hall.

Page 133: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

114

Evans, J.R. (1995). The management and control of quality. 3rd edn West

Publishing, 3(10) 100-112.

Fageha M.K. (2013). Managing project scope definition to improve stakeholders'

participation and enhance project outcome. Procedia.Soc.Behav.Sci, 74, 154-

164.

Gavaud, Darlow, C. Dubin, R. (2009). Delivery Basic of Construction System.

London: Estates Gazette.

Glendon, A.I., Clarke, S.G., dan McKenna, E.F. (2006). Human Safety and Risk

Management. 2nd. ed. London: Taylor & Francis.

Grant, C. & Grant. (1996).Pengertian Strategi Menurut Beberapa Ahli,Dipetikan

daripada: http://hariannetral.com/2014/12/pengertian-strategi-menurut-

beberapa-ahli.html dicapai pada 5 November 2017 dicapai pada 20

September 2017

Guiffrida & Nagi (2006). Contractor Financial Evaluation Model (CFEM).Barrie:

Canadian Journal of Civil Engineering, 30:3 487-499.

Hamel, J., Dufour, S. Fortin D. (1993). Case Study Methods. Newbury Park, CA:

Sage.

Hammarlund, Y. (1989). Efficiency in the plumbing industry, Exploitation of working

time. New York: Construction Industry Development Fund.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2007): Garis Panduan Bagi keselamatan

dan kesihatan Pekerja di Tapak pembinaan: dipetikan daripada

https://www.scribd.com/doc/13107039/Garis-Panduan-Bagi-KKP-Di-Tapak-

Pembinaan dicapai pada 25 May 2018.

Page 134: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

115

Johnston (1999). “Project Management in Malaysia”. Acomprehensive Approach or

Successful Management of Property Development Projects from Inception

Until Completion”. Synergy Books International Kuala Lumpur

Kamaruddin Md. Ali (1991). Tender dan Kontrak Pembinaan: Penyediaan &

Pengendalian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2015). Definisi Perkataan ( Kamus Dewan Edisi 5).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konting, M. M. (1993). Kaedah penyelidikan dan pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koskela, L.,Koskenvesa, A. Howell, G. (2003). Last planner production control on

construction site. VTI Tiedotteita: Research Note.Espoo, 82

Kumar, R. (2004). Research Methodolgy: A step by step guide for beginners (4th

edition).London: SAGE Publications Ltd.

Langford, D. dan Steven, M. (2001). Strategic Management in Construction. Edisi

Kedua. Oxford: Blackwell Science.

Lee, S-H,Diekman. (1999). Application of Construction Process Analysis. London:

Thomas Telford Publishing.

Leong, Ng. Kong. (1998). Retrieved 12 December, 2017, from Pengurusan Bahan

Binaan: http://www.scribd.com/document/100845583/pengurusan -bahan-

binaan dicapai pada 20 Oktober 2017.

Lim and Low (1995). Construction Productivity: Issue Encountered by Contractors

in Singapore. Kuala Lumpur:International Journal of Project Management.

13(1): 51- 58.

Mat Nasir, (2005). Asas Pengurusan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 135: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

116

Mahyuddin Ramli, (1990). “Kamus Kejuruteraan Bangunan”. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Merna, T. dan Njiru, C. (2002). Construction Management Series, Financing

Infrastucture Projects. London: Thomas Telford Publishing.

Mhd Azmin, (2001). Implikasi Pengurusan Penghantaran Bahan Terhadap Kos bagi

Pembinaan di Pulau Terpencil. Projek Sarjana Muda, Fakulti Alam Bina.

Moen R.and Norman C.( 2006). Evolution of the PDCA cycle. London: Bit Research

Centre

Mohd Saidin Misnan, Abdul Hakim Mohammed, Mat NaimAbdullah. (2011).

Pengurusan Projek Pembinaan,Skudai:UTM Press.

Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. (Edisi kedua). Puchong:

Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

M Park, Albany, Ny.(2003). Dynamic Change Management for Construction:

Introducing Change Cycle into Model-Based Project Management.System

Dynamic Society, 19(3), 213-242

Mstar, (2015). Dipetikan daripada http://www.mstar.com.my/lain-

lain/rencana/2015/08/03/taman-padang-besar/ dicapai pada 20 September

2015

Muhammad Zaidi Sidek, (2005). Factors of Non-Excusable Delays That Influence

Contractors' Performance. Journal of Management in Engineering, ASCE.

14(3): 42-49.

MyMrt, (2012). Dipetikan daripada:https://www.mymrt.com.my/wp-

content/uploads/2017/10/MRT-LaporanKemajuan2012-BM.pdf dicapai pada

20 September 2017

Page 136: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

117

Nedo, (1998). Construction Business Management. New Jersey: Prentice Hall.

Naoum.S. (2007). Dissertation Research and Writing for Construction students.

Jersey: Butterwort-Heinemann.

Opfer.N. (1998). Construction safety improvement through incentive compensation.

AACE International Transcation.

Omar Osman (2006). Pengurusan Pembinaan: Konsep, Strategi dan Aplikasi. Pulau

Pinang: USM

Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (3 Mac 2010). Dipetikan daripada

http://jkt.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/89 pada 5 November 2017 pada

20 October 2017.

Robbins, S.P. and Decenzo, D.A. (2004). Fundamentals Of Management. New

Jersey: Pearson Prentice Hall.

Rue, L.W. dan Byars, L.L. (2000). Management: Skills and Application, edisi

kesembilan. Bostons : McGraw-Hill

Rush, L.P (2008). Basic Site Management. First steps for beginner management,

London: Construction Management Centre.

Saiful Hadi (2003).Pemahaman serta kesediaan dalam mengaplikasikan sistem Just in

Time (JIT) dalam pengurusan bahan dikalangan pembekal bahan-bahan binaan di

Johor. Projek Sarjana Muda Sains,Skudai:

Salazar-Aramayo (2013). A conceptual model for project management of exploration

and production in the oil and gas industry; the case of a Brazilian company.

International journal Project Management, 31(4), 589-601.

Page 137: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

118

Sambasivan.M dan Soon.Y.W. (2007). Causes and Effect of Delays in Malaysia

Construction Industry. International Journal of Project Management.Jilid 25.

m/s 517-526

Sivakumar, V. (3 Januari 2017). Amanah daily web site.Dipetikan daripada

http://amanahdaily.com/index.php/2017/01/03/industri-pembinaan-paling-

awal-terbantut-akibat-kejatuhan-ekonomi-dakwa-mp-batu-gajah/dicapai pada

6 November 2017

Soosaar O, Viilmann N. (2006). Labour market. London. EESTI Bank.

Star Residences, (2016). Dipetikan daripada http://star-residences.com/index.php

dicapai pada 20 September 2017.

Stefansson G et.al. (2006). Collaborative Logistics management and the role of third-

party service providers. Int J Phys. Distrib Logist manag, 36, 76-92.

Syed M. Ahmed, Salman Azhar, Castillo.M dan Kappagantula.P. (2012).

Construction Delays in Florida: An Empirical Study. Final Report.

Department Of Community Affairs. m/s 2-36.

Taylor. (1993). The spirit and social significance of scientific management.London:

Journal Political Economy, 21, 6.

T.C. Poon, Tyler and Corrental (2009). Material Handling and Transportation. New

York: Mc Graw Hill Book Company

Thibaut, Demare, Son . (2017). Modeling logistic system with an agent-based model

and dynamic graphs.New York: Journal of transport geography, 62, 51-56.

Walker and Manson. (2014). Telematics, urban freight logistics and low carbon road

networks.United Kingdom: Journal of Transport Geography, 37, 74-81.

Wan Yusoff Wan Mahmood. (2010).Site Management. Skudai: UTM Press.

Page 138: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

119

Wei Zhang Erik Jenelius, Xiaoliang Ma (2017). Transportation research part

E,Freight Transport Platoon Coordination and Departure Time Schedulling

under Travel Time Uncertainty. KTH Royal Institute of T echnology, SE-100

44 Stockholm, Sweden.

Westland, M. Grimshaw J.,Maitland, J.Campbell., Ledingham. dan Mcleod, E. (1996).

Understanding Practice Management: A Qualitative Study in General Practice.

Journal of management in Medicine. l0(5): 29-37

Wyat.D.P. (1999). Material Management .The Chartered Institute Of Bidg:London

Yin, R. (1994). Case Study Research: Design and Methods. ed.2. Beverly Hills, CA:

Sage Publishing.

Page 139: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

120

LAMPIRAN

Page 140: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

121

Page 141: STRATEGI DALAM MENGOPTIMUMKAN KOS PENGURUSAN …

122