skrip promosi

4
Anda kurang bertenaga? Kadang-kala mengalami kesukaran melakukan aktiviti fizikal? Anda mudah berasa lemah dan mengah? Periksa kembali tahap kecergasan anda! Anugerah terindah yang dimiliki setiap manusia di dunia ini ialah tahap kesihatan yang baik untuk melakukan aktiviti harian dan sekaligus memastikan kelangsungan hidup. Gaya hidup sihat juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap kecergasan seseorang termasuklah rutin pemakanan serta senaman. Rutin pemakanan yang baik sudah tentu menitikberatkan diet seimbang dalam menu pemakanan harian seseorang iaitu dengan memastikan setiap nutrisi pemakanan diambil dalam kuantiti yang bersesuaian. Di samping itu, senaman juga merupakan aktiviti fizikal yang seharusnya kerap dilakukan setiap individu untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa. Amalan pemakanan dan senaman yang baik sudah pasti dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita. Salah satu contoh penyakit yang terkenal melanda masyarakat kita yang disebabkan oleh amalan pemakanan yang kurang sihat ialah penyakit obesiti. Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan

Upload: leekwangsoofan

Post on 16-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Promosi

Anda kurang bertenaga? Kadang-kala mengalami kesukaran melakukan aktiviti fizikal?

Anda mudah berasa lemah dan mengah? Periksa kembali tahap kecergasan anda!

Anugerah terindah yang dimiliki setiap manusia di dunia ini ialah tahap kesihatan yang

baik untuk melakukan aktiviti harian dan sekaligus memastikan kelangsungan hidup.

Gaya hidup sihat juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap kecergasan

seseorang termasuklah rutin pemakanan serta senaman.

Rutin pemakanan yang baik sudah tentu menitikberatkan diet seimbang dalam menu

pemakanan harian seseorang iaitu dengan memastikan setiap nutrisi pemakanan diambil

dalam kuantiti yang bersesuaian. Di samping itu, senaman juga merupakan aktiviti fizikal

yang seharusnya kerap dilakukan setiap individu untuk kekal sihat dan bertenaga

sepanjang masa. Amalan pemakanan dan senaman yang baik sudah pasti dapat

mengurangkan risiko menghidap penyakit yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita.

Salah satu contoh penyakit yang terkenal melanda masyarakat kita yang disebabkan oleh

amalan pemakanan yang kurang sihat ialah penyakit obesiti. Secara umumnya, obesiti

merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.

Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan

seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin

pendek.

Antara punca yang membawa kepada penyakit obesiti ialah nafsu pemakanan yang sukar

dikawal. Sebagai manusia, sememangnya kita cenderung menikmati makanan yang sedap

dimakan lebih daripada sekali. Makanan yang mengandungi lemak dan kolesterol yang

tinggi seperti kek, aiskrim, donut dan makanan bergoreng biasanya menjadi pilihan utama

masyarakat pada hari ini. Kurang melakukan senaman kecergasan juga merupakan punca

kepada penyakit obesiti. Aktiviti senaman seharusnya dilakukan setiap individu sekurang-

kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang ideal.

Page 2: Skrip Promosi

Kesannya, penyakit obesiti menyebabkan seseorang mudah berasa lemah walaupun

hanya melakukan aktiviti ringan. Malahan obesiti juga mengehadkan pergerakan

penghidapnya seperti berjalan dalam kadar yang perlahan kerana badan dibebani dengan

berat kandungan lemak yang berlebihan.

Dalam hal ini, amalan pemakanan yang baik iaitu gizi seimbang dan aktiviti kecergasan

fizikal merupakan inisiatif bagi mengurangkan risiko penyakit obesiti. Kita haruslah

memastikan kadar kandungan lemak dan kalori makanan yang diambil adalah sesuai

dengan keperluan badan dan aktiviti harian. Senaman fizikal juga dapat membantu

meningkatkan pembakaran tenaga dan sekaligus menyingkirkan lemak berlebihan di

dalam badan.

Namun demikian, kekangan masa dan kerjaya kadang-kala menjadi isu bagi sesetengah

individu yang tidak berkesempatan melakukan aktiviti kecergasan fizikal. Oleh itu, mulai

saat ini, anda tidak perlu risau lagi tentang bila dan di mana untuk melakukan aktiviti

senaman kerana kami ingin memperkenalkan sebuah alat sukan iaitu Stationary Bike

jenama Orbitrac yang dicipta untuk meningkatkan kadar metabolisme sekaligus

mengurangkan paras kolesterol dalam badan anda!

Orbitrac boleh digunakan di mana-mana sahaja tanpa menggunakan kuasa elektrik. Apa

yang anda perlukan hanyalah sedikit ruang di kediaman anda untuk meletakkan alat ini.

Alat ini juga mudah dialihkan ke mana-mana kerana ia lengkap didatangkan bersama

sepasang roda. Anda juga dapat mengetahui kadar denyutan nadi dan anggaran jumlah

kalori yang dibakar semasa bersenam menggunakan Orbitrac.

Banyak kelebihan yang anda dapat dengan menggunakan alat ini. Salah satunya ialah alat

ini dapat membantu menghilangkan kalori yang terkandung dalam badan kerana

berlakunya proses pembakaran tenaga semasa anda mengayuh Orbitrac. Kadar kalori

yang dibakar bergantung kepada kadar kelajuan, masa dan jarak kayuhan. Semakin kerap

dan laju anda melakukan kayuhan pada Orbitrac, semakin tinggi kadar penurunan paras

kolesterol dalam tubuh badan kita. Hal ini disebabkan tubuh badan memerlukan sumber

Page 3: Skrip Promosi

tenaga seperti kolesterol untuk melakukan aktiviti kecergasan fizikal.

Namun demikian, diet pemakanan seimbang juga haruslah seiring dengan amalan

senaman Orbitrac. Hal ini untuk memastikan anda dapat mencapai tahap kesihatan yang

optimum dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit obesiti dan lain-lain.

Oleh itu, anda mahu tunggu apa lagi? Cepat hubungi kami sekarang di talian

019******** untuk bercakap dengan wakil jualan syarikat kami dan miliki Orbitrac

pada harga promosi hingga hujung bulan ini! “Anda sihat, itu kepuasan kami”. Orbitrac

membantu memelihara kesihatan setiap insan. Sayangi jantung anda, sayangi diri anda,

jadi pilihlah Orbitrac, pakar kecergasan anda!

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti