skrip pengacara majlis jamuan hari raya peringkat sekolah 2014

6
SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH (SMKAM) 2014. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia , Puan Norlaila binti Hamzah, Pengetua Smk Air Molek ke dalam dewan. (1) ALUAN PENGERUSI Bismillahirrahmanirrahim Yang Berusaha Puan Norlaila binti Hamzah,, Pengetua Smk Air Molek. Yang Berusaha Puan Hajah Rosinah binti Hj Md Din, Guru Penolong Kanan 1 Smk Air Molek. Yang Dihormati Tuan Hj Moliyono bin Mahmud, Guru Penolong Kanan HEM Smk Air Molek. Yang Dihormati Encik Shahar bin Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Smk Air Molek. guru-guru cemerlang, kaunselor sekolah, guru-guru serta para rakan pelajar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Bersongkok sampin segak bergaya, Berbaju kurung anggun jelita, Majlis selamat hari raya, Tangan dihulur maaf dipinta. Kuih bahulu tradisi tersedia, Ketupat rendang pembuka selera, Tangan dihulur maaf dipinta, Agar ukhwah terjalin mesra. (2) Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan waktu untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama

Upload: zahidamus

Post on 20-Dec-2015

344 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

skrip pengacara majlis

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH (SMKAM) 2014.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia , Puan Norlaila binti Hamzah, Pengetua Smk Air Molek ke dalam dewan.

(1) ALUAN PENGERUSI

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha Puan Norlaila binti Hamzah,,Pengetua Smk Air Molek.

Yang Berusaha Puan Hajah Rosinah binti Hj Md Din,Guru Penolong Kanan 1 Smk Air Molek.

Yang Dihormati Tuan Hj Moliyono bin Mahmud,Guru Penolong Kanan HEM Smk Air Molek.

Yang Dihormati Encik Shahar bin Bakar,Guru Penolong Kanan Kokurikulum Smk Air Molek.

guru-guru cemerlang, kaunselor sekolah, guru-guru serta para rakan pelajar yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bersongkok sampin segak bergaya,

Berbaju kurung anggun jelita,

Majlis selamat hari raya,

Tangan dihulur maaf dipinta.

Kuih bahulu tradisi tersedia,

Ketupat rendang pembuka selera,

Tangan dihulur maaf dipinta,

Agar ukhwah terjalin mesra.

(2) Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan waktu untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Anggerik yang ceria ini untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah bagi tahun 2014.

Page 2: Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014

(3) DOA-Hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari Yang Maha Esa. Majlis mempersilakan AmmarHakimi bin Rais bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

…..

Terima kasih Saudara AmmarHakimi bin Rais atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(4) UCAPAN WAKIL PELAJAR(WAKIL PRS)

Para guru dan rakan sekalian, Seterusnya majlis menjemput pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya mewakili pengawas PRS iaitu Saudari Umi Kalsum binti Sadik Mohamed untuk meyampaikan ucapan khas sempena Hari Raya. Dipersilakan.

….

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Umi diatas ucapan sebentar tadi.

(WAKIL KELAB)

Majlis seterusnya menjemput Saudara Nazrul Hakim bin Yaakub selaku wakil bagi Kelab PRS untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

….

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Nazrul diatas ucapan sebentar tadi.

(5) UCAPAN KETUA UBK

Hadirin hadirat sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Encik Jasmi b Md Ghauth selaku ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Smk Air Molek untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Jasmi diatas ucapan beliau sebentar tadi.

Page 3: Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014

(6) UCAPAN PENGETUA

Hadirin hadirat, para pelajar yang dikasihi sekalian.

Pulut dihidang enak rasanya,

Lemang dan dodol pilihan kita,

Bingkisan kata ucapan raya,

Tuan pengetua bermula bicara.

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Puan Norlaila binti Hamzah, pengetua Smk Air Molek untuk meyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Pengetua.

(7) SAMBUTAN HARI LAHIR

Seterusnya majlis beralih kepada agenda yang seterusnya . bertetapan dengan dasar kementerian pelajaran Malaysia iaitu perlaksanaan program guru penyayang merupakan salah satu aktiviti menyambut hari lahir pelajar adalah salah satu yang disarankan untuk dijalankan di sekolah ini . justeru dijemput pelajar Nurul Hanis binti Samsuddin ke pentas/hadapan . pada masa yang sama dengan segala hormatnya dijemput Puan Noorlaila binti Hamzah, pengetua smk air molek untuk naik ke pentas.

tampil ke hadapan pentas . untuk pengetAHuAN SEMUA ADIK NORHANIS DAN PN NOR LAILA BERKONGSI TARIKH HARI lahir yang sama iaitu 14 ogos.Hdirin semua dipersilakan utk berdiri dan menyanyikan lagu selamat hari lahir.

Seterusnya diminta Pn. Noor Laila dan adik Nurul Hanis untuk memotong kek yang telah disediakan.

Page 4: Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014

(8) PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis seterusnya ialah penyampaian hadiah, sekali lagi dengan segala hormatnya dijemput Pn.Noor Laila diiringi En. Jasmi selaku ketua guru bimbingan dan kaunseling smk air molekuntuk menyempurnakan majlis tersebut. bagi anugerah

1. Pelajar yang sentiasa berpakaian uniform PRS dan kemas. untuk- Pengawas- kelab

2. Kehadiran penuh . bagi - Pengawas- kelab

3. berdisiplin dan berhemah tinggi. Untuk - pengawas - kelab

4. Pakaian tercantik.- Pengawas

-Lelaki-perempuan

- Kelab-Lelaki-Perempuan

(9) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama,Lontong dan soto tidak dilupa,Kek dan biskut tersedia di meja,Apa lagi jom menjamu selera.

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKAM, jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan.

MAJLIS SETERUSNYA DISERAHKAN KEPADA DEEJAY YANG BERTUGAS

Page 5: Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014

(10)PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu dipenghung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Kalau ada jarum yang patah,Janganlah disimpan di dalam peti,Kalau ada silap dan salah,Janganlah disimpan didalam hati.

Kalau ada sumur diladang,Bolehlah saya menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, Wassalamualikum wbt. dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.