skrip pengacara majlis (hari guru)

12
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SMK BAU 2008 TEMPAT : DEWAN MAKAN SMK BAU TARIKH : 20 JUN 2008 ( JUMAAT ) MASA : 0730 1

Upload: anonymous-hamamvb4

Post on 21-Dec-2015

181 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

script

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU

PERINGKAT SEKOLAH

SMK BAU 2008

TEMPAT : DEWAN MAKAN SMK BAU

TARIKH : 20 JUN 2008 ( JUMAAT )

MASA : 0730

1

Page 2: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

(Sebaik saja para guru berarak masuk ke dewan)...Mengumumkan ketibaan para warga pendidik SMK Bau masuk ke dewan dengan diketuai oleh yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Bau, Encik Mohd Ilahi bin Junaidi.

Hadirin dimohon berdiri untuk memberi penghormatan kepada mereka. (guru mengambil tempat duduk).

Sebelum kita memulakan majlis secara rasminya, warga pendidik SMK Bau dipersilakan mengambil tempat untuk sesi penggambaran.

Hadirin yang dihormati, lagu ’Negaraku’ (dan lagu Kebesaran Negeri Sarawak, iaitu ’Ibu Pertiwiku’) akan dinyanyikan. Sekalian hadirin diminta kerjasama untuk berdiri.

(Selepas nyanyian)... Hadirin dijemput duduk. Terima kasih.

*******************************************

Indah sungguh si bunga melatiLebih berseri di pagi hari

Tibalah masa yang dinanti-nantiMajlis kita bermula kini

Salam sejahtera serta salam perpaduan diucapkan kepada:

Yang berbahagia Encik Zosen, Yang Dipertua PIBG SMK Bau,Yang berusaha Encik Mohd Ilahi bin Junaidi, Pengetua SMK Bau,

Yang dihormati,Encik Paul Ahbui, Penolong Kanan Pentadbiran,Encik Gindon Ligot, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Encik Stanley Steward, Penolong Kanan Kokurikulum,Encik Liou Joik, Penolong Kanan Sesi Petang,

Yang dihormati dan dikasihi,Warga pendidik SMK Bau yang diraikan,Para staf sokongan SMK Bau,Semua rakan pengawas, ketua dan penolong ketua kelas serta para hadirin yang dimuliakan.

2

Page 3: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

Pada majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya, kita diberi kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMK Bau, 2008.

(Bacaan Doa)..Bagi memula dan memuliakan majlis ini, marilah kita sama-sama memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput En. Suraimi bin Morshidi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan...

(selesai bacaan doa)...majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Suraimi bin Morshidi di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Buat sekian kalinya kita berkumpul di dewan yang serba indah ini untuk memberi penghormatan sambil mengenang jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh para pendidik kita yang telah mencurahkan ilmu un tuk membimbing dan mendidik kita tanpa mengenal jemu, seperti lilin yang menerangi kegelapan walaupun membakar diri. Kami amat berbangga dan berterima kasih kepada para guru sekalian kerana kesudian para guru melapangkan masa ke majlis ini. Kami sangat berterima kasih kepada para guru sekalian atas segala ilmu dan jasa telah dicurahkan selama ini. Tanpa guru siapalah diri kami ini. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMK Bau.

(ucapan alu-aluan tn. Pengetua).....Hadirin yg dihormati...majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan yang berusaha Encik Mohd Ilahi bin Junaidi, Pengetua SMK Bau, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan....

(selesai ucapan)..Demikianlah tadi ucapan alu-aluan oleh tuan Pengetua kita. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga.

(ucapan perutusan 1 )...Majlis sambutan Hari Guru pada hari ini diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Zaluhi bin Bujang untuk menyampaikan ucapan perutusan Menteri Pelajaran. Dengan hormatnya dipersilakan.

(selesai ucapan).... majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Zaluhi bin Bujang atas ucapan itu tadi.

Adat Tuan Adat BeserahMari Datang Membawa PuanAdat Bersirih Adat SejarahUntuk Tuan Kami Sembahkan

(persembahan 1)....Hadirin yang dihormati,Majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 atas sastera 1. Sajak mereka berjudul ”Guru Oh Guru” iaitu sebuah hasil karya sasterawan negara Usman Awang. Dipersilakan....

3

Page 4: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

Demikianlah tadi persembahan yang cukup menarik yang telah dipertontonkan oleh pelajar-pelajar T6 atas sastera 1. Dan buat pengetahuan hadirin sekalian kumpulan pelajar ini merupakan pemenang pertandingan mendeklamasi sajak sempena minggu bahasa melayu yang telah diadakan baru-baru ini.

(Ucapan perutusan 2)....Sidang hadirin dan warga pendidik yang budiman, kini majlis dengan hormatnya menjemput Encik Yet Kadun untuk menyampaikan ucapan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Dipersilakan..(selesai ucapan)..... majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Yet Kadun atas ucapan itu tadi. (Ucapan perutusan 3)..Hadirin yang dimuliakan,...sekarang marilah kita sama-sama mendengar ucapan perutusan Pengarah Pelajaran Sarawak yg akan disampaikan oleh Tn Haji Hussaini bin Umi. Dengan hormatnya dipersilakan...(selesai ucapan)... majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Haji Hussaini b. Umi atas ucapan itu tadi.

(Ikrar Guru)... Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu bacaan ikrar Hari Guru. Untuk itu majlis mempersilakan En Atar Ghiret untuk mengetuai bacaan ikrar. Warga pendidik sekalian, diminta turut sama melafazkan ikrar tersebut...(selesai bacaan ikrar)...

Terima kasih kepada En. Atar Ghiret serta sekalian warga pendidik SMK Bau yang telah bersama-sama membacakan ikrar dengan penuh bersemangat.

(Persembahan koir guru)....

Hadirin yang budiman, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan oleh guru-guru kita yang dipimpin oleh En. Ahdis ak Jumut. Lagu-lagu yang akan didendangkan adalah Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang. Dipersilakan...

(Selesai persembahan)..majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidik SMK Bau.

Para hadirin sekalian, Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti....walaupun demikian, perpindahan dan persaraan kakitangan akademik maupun bukan akademik SMK Bau tidak seperti bunyi pepatah tadi. Ketiadaan mereka sukar untuk diganti dan kalau diganti tak kan sama.

(ucapan perpisahan)...Hadirin yang dihormati, dalam kemeriahan kita menyambut Hari Guru ini, jangan pula kita lupa akan guru-guru kita yang baru saja berpindah ke sekolah lain dan staf sokongan yang akan bersara yang selama ini telah banyak berbakti kepada sekolah. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Tie Woon Yen dan Puan Teresa Mion yang telah berpindah ke Bintulu. Manakala En Keros ak Samang, iaitu pekerja am rendah sekolah ini pula telah bersara wajib. ( untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput En Keros ak Samang untuk memberi sepatah dua kata perpisahan sempena persaraan beliau...majlis mempersilakan..)

4

Page 5: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

Majlis bagi pihak semua warga SMK Bau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Keros ak Samang atas segala khidmat baktinya selama ini.

(pemotongan kek hari guru)..Para hadirin yang budiman sekalian...Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara memotong kek hari guru. Bagi melaksanakan pemotongan kek ini, majlis dengan rasa besar hati menjemput semua Penolong Kanan untuk mengiringi Tuan Pengetua, Encik Mohd Ilahi bin Junaidi, untuk menyempurkan upacara tersebut..dengan hormatnya dipersilakan.

(penyampaian cenderamata dan hadiah kpd guru yg berpindah & En. Keros)Hadirin yang dimuliakan sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada En Keros ak Samang, majlis menjemput En. Paul Ahbui, Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi Tuan Pengetua untuk menyampaikan cendera mata kepada beliau. Dengan hormatnya, dipersilakan...

(semasa penyampaian cenderamata)...

anak haruan berlima-limamati ditimpa panggur berdaun

budi tuan kami terimajadi kenangan bertahun-tahun

( penyampaian cendera mata kepada tetamu jemputan)..Seterusnya, sebagai tanda berterima kasih pihak sekolah kepada tetamu jemputan kita, En. Zosen ak Newrin, YDP PIBG SMK Bau, majlis menjemput En. Zosen ak Newrin untuk menerima cendera mata daripada Tuan Pengetua..dengan segala hormatnya dipersilakan.. ( kalau Pengetua dah turun, sila jemput beliau sekali ke pentas; majlis sekali lagi menjemput En. Paul Ahbui, Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi Tuan Pengetua untuk menyampaikan cendera mata kepada beliau. Dengan hormatnya, dipersilakan...)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan penyampaian cendera mata dan hadiah sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,sempena sambutan Perayaan Hari Guru ini, sebagai tanda penghargaan atas jasa guru-guru, pihak sekolah telah menyediakan sedikit cendera mata untuk dijadikan kenang-kenangan para guru. Majlis mempersilakan para pengawas untuk mengedarkan cendera mata tersebut...

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Sambutan hari Guru SMK Bau 2008. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tetamu jemputan kita, En. Zosen ak Newrin, YDP PIBG SMK Bau, Yg berusaha Encik Mohd Ilahi bin Junaidi, Pengetua SMK Bau, Jawatankuasa sambutan perayaan hari guru SMK Bau , rakan pengawas yang bertungkus lumus dari mula hingga akhir, dan tidak lupa kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis yang penuh bermakna pada pagi ini.

5

Page 6: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

Gunung pantai tinggi menawanNampak dari padang temu

Sampai disini tinggallah tuanAda hayat kita bertemu

Sebelum berpisah, majlis mempersilakan semua hadirin untuk menikmati jamuan ringan / makan tengah hari di tempat yang telah disediakan.

Sekian, salam sejahtera dan berjumpa lagi di tahun hadapan....

MAJLIS BERAMBEH TINGKATAN 2 23 JUN 2012

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbrt.. dan Salam sejahtera…Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatmeminta para hadirin berdiri tegak untuk menghormati Lagu Kebangsaan “Negaraku”.

Dipersilakan…

SETELAH PARA HADIRIN DUDUK SEMULA

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata Selamat Datang,Salam SATU Malaysia pembuka bicara.

Berjabat tangan tanda mesra,Palu-paluan pelbagai bunyiJemputan diterima penuh budi bahasa,Hadirmu tuan menambah seri.

Yang dihormati, En. Liou Joik, Penyelia Petang SMK Bau

Yang dihormati, para ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan tiga SMK Bau.

6

Page 7: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

Barisan guru dan hadirin hadirat sekalian.

Selamat Datang kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, ke Majlis Berambeh Tingkatan 3 SMK. Bau 2012. Sesungguhnya, majlis ini diadakan untuk menerangkan kepada pihak Tuan Puan tentang aktiviti-aktiviti serta program-program yang diadakan oleh pihak sekolah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Adat berbahasa menyampaikan pesanan,Adat upacara menyampaikan ucapan aluan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati En. Liou Joik, Penyelia Petang SMK. Bau untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

Untaian madah kata aluan,Untaian ingatan sepanjang zaman.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati,En. Liou Joik atas ucapan beliau tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput Cik Hasnah Daud selaku guru kanan Matematik dan Sains untuk memberi sedikit taklimat serta menerangkan kepada kita semua tentang program-program yang kita maksudkan tadi….

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakaan…..

Majlis seterusnya dilanjutkan dengan menjemput guru-guru matapelajaran subjek utama Tingkatan 3 yang bakal menduduki PMR 2012 untuk menerangkan kepada kita tentang persediaan dan persiapan yang sedang dan bakal dilakukan.

Dengan itu tanpa membuang masa kita mulakan dengan menjemputCikgu Jem Dawel yang mewakili mata pelajaran Sains……Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih pada Cikgu Jem atas informasinya tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Atar bagi mewakili mata pelajaran Kemahiran HidupMajlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Atar atas maklumat yang diberi.

Majlis seterusnya menjemput Cikgu Hallow yang mewakili mata pelajaran Bahasa Inggeris …Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas informasinya tadi..

7

Page 8: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Raphael untuk mewakili mata pelajaran Bahasa Melayu Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pemberitahuaanya tadi..

Seterusnya majlis menjemput Cik Lee Teck Moi bagi mewakili mata pelajaran Geografi..Majlis mengucapkan terima kasih atas informasinya tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Saadiah untuk mewakili mata pelajaran SejarahMajlis mengucapkan terima kasih kepada cikgu Saadiah dan juga guru-guru atas penerangan mereka tadi

Para ibu bapa yang dihormati sekalian,

Sekarang tibalah masanya untuk sesi soal jawab para ibu bapa sekiranya ada apa-apa kemusykilan tentang program maupun aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan. Ibu bapa dibenarkan untuk mengajukan soalan-soalan terus kepada guru yang berkaitan…sila gunakan mikrofon yang disediakan di depan ini..( sebelum soalan diajukan sila sebutkan nama dan pelajar yang diwakili) dipersilakan.

PENUTUPHadirin yang dihormati,Sebelum berpisah, terimalah dua rangkap pantun….

Kalau ada sukun yang mentah,Jangan diratah dalam jerami,Kalau adal silap dan salah,Harap tuan maafkan kami.

Burung tempua bersarang rendah,Bersarang rendah di pohon ara,Berdoa sudah pertandinganpun sudah,Tiba masanya menjamu selera.

Sekian. Terima kasih…….

8

Page 9: Skrip Pengacara Majlis (Hari Guru)

9