skrip pengacara klinik 1 murid 1 sukan sksl 2014

Upload: putera81

Post on 06-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Pengacaraan

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARAKLINIK 1MURID 1SUKAN 2014TARIKH: 1 NOVEMBER 2014TEMPAT: GELANGGANG AKTIF SK SRI LAKSAMANAMASA: 9.30 PAGIDISEDIAKAN OLEH: MOHD FAISAL BIN OTHMANBIL MASA TEKS

1 9.30 pagi CUE:Pelajar berada di Gelanggang Aktif ANN:Perhatian, sebentar lagi majlis akan bermula.

29.00 pagi ANN:Bismillahhirrahmanirahim//Assalamualaikum wmt kth//. Salam 1Malaysia//

BIL SALUTASI NAMA JAWATAN1 Yang berusaha En. Sapian b. Abd. Rahman Guru Besar SK Sri Laksamana2 Yang Dihormati Barisan Pentadbir3 Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian

Alhamdulillah,/ bersyukur kita kehadhrat Ilahi/, kerana dengan limpah kurnia/ serta inayahNya/ dapat kita bersama-sama/ berkumpul/ dalam acara gilang gemilang/ bersempena KLINIK 1MURID 1SUKAN peringkat / SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA//. Justeru/, pihak majlis / merakamkan ucapan terima kasih/ terutamanya kepada semua warga SK SRI LAKSAMANA yang telah hadir pada hari ini//. Salam tahniah juga /dihulurkan kepada semua pihak/ yang turut menyertai acara Klinik 1 Murid 1 Sukan pada pagi ini/, sekaligus/ membuktikan komitmen yang tidak berbelah bahagi/ kepada pihak sekolah//.

Pelajar-pelajar sekalian/,Klinik 1 MURID 1 SUKAN diadakan pada hari ini bertujuan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar di seluruh Negara ke arah meningkatkan kecemerlangan 1 bangsa Malaysia.Pelajar yang aktif bersukan bukan sahaja akan dapat melahirkan bangsa sihat 1Malaysia tetapi juga akan meningkatkan imej negara demi mencapai wawasan negara. Acara Klinik 1Murid 1Sukan ini tentunya akan dapat melahirkan pelajar terbilang yang berteraskan nilai kekitaan dan kebersamaan ke arah kesejahteraan negara bangsa.Sikap setiakawan serta semangat juang yang ditunjukkan oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana pada pagi ini dalam acara Klinik 1Murid 1Sukan benar-benar mempamerkan ketelusan warga sekolah menjayakan acara yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih dan syabas.!

3CUE: UCAPAN GURU BESARANN:Sidang Hadirin Sekalian,/ seterusnya / pihak majlis dengan segala hormatnya/ mempersilakan / Yang berusaha/ En. Sapian bin Abd. Rahman,/ Guru Besar/ Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana / untuk menyampaikan ucapan.// Dipersilakan.//

CUE: {UCAPAN PENGETUA}

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada/ Yang Berusaha / En. Sapian bin Abd. Rahman,/ Guru Besar/ Sekolah Kebangsaan Sri Laksaman / atas ucapan sebentar tadi.//

5CUE:Penyampaian Hadiah Mengikut AcaraANN: Acara pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang Klinik 1Murid 1Sukan peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana / mengikut kategori .//Bagi menyempurnakan upacara majlis penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya menjemput untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

CUE:Kategori:1. 2. 3. 4.

ANN: Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada/ Yang Dihormati /atas kesudian / menyampaikan hadiah kepada pemenang.//

6 CUE:PENUTUPANN:Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalianDengan berakhirnya/ penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah/acara Klinik 1Murid 1Sukan peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana. //

Sekalung ucapan tahniah/ dan syabas / kepada semua pelajar/ yang telah memperoleh kemenengan dalam larian ini.//

Semoga/ majlis ini akan menjadi mangkin/ kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana / untuk bergiat aktif dalam sukan/ pada masa akan datang.//

Sekalung penghargaan / dan terima kasih / kepada semua pihak/ yang terlibat/ dalam menjayakan/ Klinik 1Murid 1Sukan ini//

Wabilla Hi Taufik /Wal Hidayah.// Assalamualaikum wmtlh wbt. // Terima kasih.//