skrip-pengacara-bengkel-add-2010.doc

4
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia... UCAPAN PENGUMUMAN Buah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 dan Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 pada petang ini. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke bengkel ini. UCAPAN PEMBUKAAN Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah ummul kitab. Al Fatihah...semoga bengkel yang dijalankan pada petang ini mendapat keberkatan rahmat daripada Allah swt...

Upload: sindhu-mathi-selvan

Post on 11-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum w

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...UCAPAN PENGUMUMANBuah pauh si bunga rampai Kilauan bintang sungguh mengasyikkan Orang jauh sudahlah sampai Selamat datang kami ucapkanSetinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Penyampaian Sijil Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2010 dan Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 pada petang ini. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke bengkel ini. UCAPAN PEMBUKAAN

Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah ummul kitab. Al Fatihah...semoga bengkel yang dijalankan pada petang ini mendapat keberkatan rahmat daripada Allah swt... UCAPAN PROTOKOLYang Berusaha En Kamaruzzaman bin AyobTimbalan Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri SembilanYang Berusaha EnPegawai Pelajaran

Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson

Pegawai-pegawai dari The New Straits Times PressPegawai Teknologi PendidikanPKG Port Dickson dan PKG ChuahGuru-guru sekolah ahli PKG Port Dickson dan PKG Chuah

Para guru, hadirin dan hadirat sekalianUCAPAN ALU-ALUANHadirat hadirat sekalian,Dinihari pergi lautan

Untuk menjala si ikan bilis

Assalamualaikum tuan dan puan

Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluanSaya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Tuan Timbalan KPP En Kamaruzzaman bin Ayob, Tuan/En........................................................ daripada PPD Port Dickson, Pegawai-pegawai daripada NSTP, seterusnya guru-guru, hadirin dan hadirat sekalian. Sebagaimana yang kita maklum, program yang akan dijalankan pada petang ini adalah berkaitan dengan Akhbar Dalam Darjah atau ringkasnya ADD anjuran NSTP dengan kerjasama BTPN N Sembilan dan juga PPD Port Dickson. Bengkel ADDSeterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada pegawai daripada The New Straits Times untuk meneruskan bengkel.PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian :Ucapan salam pengakhir kata

Segala yang ada dikongsi bersama

Apa yang kurang maaf dipinta

Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagiDengan kata-kata ini maka selesailah sudah Bengkel Akhbar Dalam Darjah Anjuran Bersama The New Straits Times, BTPNNS dan PPD Port Dickson pada petang ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke bengkel yang diadakan pada petang ini. Semoga bengkel ini memberi manafaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tuan-tuan dan puan-puan. Selepas ini para hadirin dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan di cafe BTPNNSAkhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.