skrip mc seminar motivasi

3
SKRIP PENGACARA MAJLIS SEMINAR CERAMAH MOTIVASI EN. KUSHARDI PUTRA 2011 Aturcara Teks Sapaan Catatan Ketibaan para peserta seminar Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Murid-murid, ibu bapa dan sidang hadirin sekalian, Ucap selamat ingin diucapkan di atas kehadiran sidang hadirin sekalian ke Dewan Masyarakat Kg Jemoreng ini bersempena dengan Ceramah Motivasi Sebelum ketibaan para penceramah kita pada hari ini, saya bagi pihak majlis ingin memohon kerjasama dan jasa baik daripada hadirin sekalian untuk memberikan sepenuh perhatian dan respon yang bersesuaian sepanjang ceramah ini dijalankan. Terima kasih. Ketibaan penceramah Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera... Majlis ingin mengalu-alukan kehadiran, Ketua-ketua masyarakat, YDP PIBG En. Baharuddin Bin Ibrahim , AJK PIBG dan En. Kushardi Putra selaku penceramah motivasi kita pada hari ini. Turut dialu-alukan kehadiran, para ibu bapa, murid- murid serta rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian. Alu-aluan pengacara majlis Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, maka dapatlah kita sama-sama berhimpun dalam Ceramah Motivasi ini. Bagi pihak majlis, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesanggupan penceramah kita pada hari ini untuk hadir bagi menyampaikan ceramah sempena dengan Seminar ___________________________ anjuran bersama antara PIBG dan sekolah. Nyanyian lagu negaraku Hadirin dan hadirat sekalian. Lagu negaraku akan dinyanyikan sebentar lagi. Dengan ini, hadirin sekalian diminta kerjasama untuk berdiri. Bacaan doa Bagi memulakan acara, dipersilakan Ustaz Faiza bin Ismail untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan. ***setelah selesai bacaan doa*** Amin amin yarabal alamin. Atas pimpinan bacaan doa itu tadi, majlis mengucapkan

Upload: iqbal-n-salma

Post on 27-Oct-2015

179 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

jh

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Mc Seminar Motivasi

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SEMINAR CERAMAH MOTIVASI EN. KUSHARDI PUTRA 2011

Aturcara Teks Sapaan CatatanKetibaan para peserta seminar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Murid-murid, ibu bapa dan sidang hadirin sekalian,

Ucap selamat ingin diucapkan di atas kehadiran sidang hadirin sekalian ke Dewan Masyarakat Kg Jemoreng ini bersempena dengan Ceramah Motivasi

Sebelum ketibaan para penceramah kita pada hari ini, saya bagi pihak majlis ingin memohon kerjasama dan jasa baik daripada hadirin sekalian untuk memberikan sepenuh perhatian dan respon yang bersesuaian sepanjang ceramah ini dijalankan. Terima kasih.

Ketibaan penceramah

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Majlis ingin mengalu-alukan kehadiran, Ketua-ketua masyarakat, YDP PIBG En. Baharuddin Bin Ibrahim , AJK PIBG dan En. Kushardi Putra selaku penceramah motivasi kita pada hari ini.Turut dialu-alukan kehadiran, para ibu bapa, murid-murid serta rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian.

Alu-aluan pengacara majlis

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, maka dapatlah kita sama-sama berhimpun dalam Ceramah Motivasi ini. Bagi pihak majlis, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesanggupan penceramah kita pada hari ini untuk hadir bagi menyampaikan ceramah sempena dengan Seminar ___________________________ anjuran bersama antara PIBG dan sekolah.

Nyanyian lagu negaraku

Hadirin dan hadirat sekalian. Lagu negaraku akan dinyanyikan sebentar lagi. Dengan ini, hadirin sekalian diminta kerjasama untuk berdiri.

Bacaan doa Bagi memulakan acara, dipersilakan Ustaz Faiza bin Ismail untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Page 2: Skrip Mc Seminar Motivasi

***setelah selesai bacaan doa***Amin amin yarabal alamin.Atas pimpinan bacaan doa itu tadi, majlis mengucapkan terima kasih.

Ucapan alu-aluan

Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan YDP PIBG En. Baharuddin Bin Ibrahim untuk memberi ucapan alu-aluan beliau ...majlis mempersilakan.

Selesai ucapan Demikian td ucapan alu-aluan a YDP PIBG En. Baharuddin Bin Ibrahim. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ceramah 1 Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Tanpa melengah-lengahkan masa, majlis mempersilakan En Kushardi Putra untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ____________________________________________. Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, penceramah kita ini merupakan...*senaraikan butir-butir peribadi penceramah

Dipersilakan, En. Kushardi Putra dengan ceramahnya, ______________________________.

Ulasan Ceramah 1

Rehat

Demikian tadi ceramah yang pertama kita pada hari ini.*nyatakan sedikit ulasan berkaitan ceramah 1

Page 3: Skrip Mc Seminar Motivasi

Sesi soal jawab Dengan ini, murid-murid, ibu bapa serta para hadirin sekalian boleh mengemukan soalan kepada penceramah kita sekiranya ada. Dipersilakan.

Penyampaian cenderahati

Majlis seterusnya ingin mempersilakan Yang Berusaha, Encik Norman B Samion untuk naik ke atas pentas bagi upacara penyampaian cenderahati.

*setelah penyampai cenderahati berada di atas pentas

Dipersilakan, En. Kushardi Putra untuk menerima cenderahati daripada kami.

*setelah selesai

Di atas kesudian Yang Berusaha, Encik Norman B Samion majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Intermediate-Penutup

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah seminar kita pada hari ini. Moga-moga intipati ceramah-ceramah yang telah diperdengarkan pada hari ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua.Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t., segala kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Jamuan Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Norman Samion untuk menjemput dan mempersilakan para jemputan khas kita pada hari ini untuk sedikit jamuan di ________________. Dipersilakan.

Penutup Akhir kata, wabilah hitaufik walhidayah assalamualikaum wbt dan terima kasih.