skrip lakonan pengembaraan parameswara

5
SKRIP PENGEMBARAAN PARAMESWARA 1 - PALEMBANG Pencerita : Parameswara merupakan Raja di Palembang. Beliau enggan membayar ufti kepada Raja Jawa. Wakil kerajaan Majapahit telah menghantar tentera untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Babak 1 Hulubalang : Ampun Tuanku.. Parameswara : Gerangan apakah tuan hamba menghadap beta... Hulubalang : Tentera Majapahit telah datang menyerang kerana Tuanku enggan membayar ufti kepada mereka. Parameswara : Apa???? tentera Majapahit!!! Beta sudah menjangka kedatangan mereka. Pembesar!! Pembesar : Iya, Tuanku.. Parameswara : Arahkan semua pendekar bersiap sedia. Pembesar : Baik Tuanku... (berpaling dari Parameswara dan menghadap Pengawal). Pengawal, kumpulkan pendekar-pendekar kita, Kita akan menyerang Majapahit sekarang.. Pengawal : Baiklah, Pembesar. Pencerita : Parameswara sudah menjangka kedatangan tentera Majapahit. Beliau telah melancarkan serangan mempertahankan wilayah Palembang. Tentera Majapahit terlalu kuat... namun Parameswara tetap ingin berjuang hingga ke hujung nyawa.

Upload: sitti-khadeeja

Post on 15-Dec-2015

282 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Skrip Lakonan Pengembaraan Parameswara

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Lakonan Pengembaraan Parameswara

SKRIP PENGEMBARAAN PARAMESWARA

1 - PALEMBANG

Pencerita :

Parameswara merupakan Raja di Palembang. Beliau enggan membayar ufti kepada Raja Jawa. Wakil kerajaan Majapahit telah menghantar tentera untuk menghalau Parameswara dari Sumatera.

Babak 1

Hulubalang : Ampun Tuanku..

Parameswara : Gerangan apakah tuan hamba menghadap beta...

Hulubalang : Tentera Majapahit telah datang menyerang kerana Tuanku enggan membayar ufti kepada mereka.

Parameswara : Apa???? tentera Majapahit!!! Beta sudah menjangka kedatangan mereka. Pembesar!!

Pembesar : Iya, Tuanku..

Parameswara : Arahkan semua pendekar bersiap sedia.

Pembesar : Baik Tuanku... (berpaling dari Parameswara dan menghadap Pengawal). Pengawal, kumpulkan pendekar-pendekar kita, Kita akan menyerang Majapahit sekarang..

Pengawal : Baiklah, Pembesar.

Pencerita :

Parameswara sudah menjangka kedatangan tentera Majapahit. Beliau telah melancarkan serangan mempertahankan wilayah Palembang. Tentera Majapahit terlalu kuat... namun Parameswara tetap ingin berjuang hingga ke hujung nyawa.

Pengawal : (Berlari menghadap Parameswara) Ampun Tuanku.. Kita harus berundur sekarang juga.

Parameswara : Beta pantang mengundur.

Pengawal : Tetapi angkatan tentera Majapahit terlalu besar. Ramai pendekar kita yang telah terkorban.

Parameswara : (sedih sedikit) Baiklah, arahkan semua pendekar kita berundur..

Page 2: Skrip Lakonan Pengembaraan Parameswara

Pengawal : Menerima arahan, Tuanku.

Tugasan Hulubalang : menarik kapal untuk ke tempat seterusnya

Pencerita : ( Aksi bergerak ) Parameswara dan pengikutnya berlayar ke tempat seterusnya iaitu, Temasik.

2 - TEMASIK

Pencerita :

Di atas nasihat pembesar, Parameswara telah melarikan diri ke sebuah pulau. Pulau tersebut bernama Temasik dan diperintah oleh seorang wakil Siam. Pemerintah Siam tersebut bernama Temagi. Parameswara bertindak dengan membunuh Temagi dan menawan Pulau Temasik.

Parameswara : Akhirnya, kita sudah BERJAYA menawan Pulau Temasik. Hahahaahaaa

Pencerita :

Parameswara telah memerintah Pulau Temasik untuk beberapa tahun. Namun, Kerajaan Siam ingin membalas dendam dengan menyerang Parameswara.

Pengawal : Ampun Tuanku, sembah Patik, harap diampun.

Parameswara : Gerangan apakah, tuan hamba datang menghadap beta.

Pengawal : Nampaknya, tentera Kerajaan Siam hendak menyerang kerajaan kita kerana ingin membalas dendam tehadap pembunuhan Temagi, Tuanku.

Parameswara : Tentera Kerajaan Siam agak kuat untuk kita melawan serangan mereka. Pembesar,

Pembesar : Ampun, Tuanku.

Parameswara : Arahkan semua tentera kita berundur diri dan siap sedia untuk mengembara ke tempat seterusnya.

Tugasan Hulubalang : menarik kapal untuk ke tempat seterusnya

Pencerita : ( Aksi bergerak ) Rombongan Parameswara berlayar menuju ke Muar.

Page 3: Skrip Lakonan Pengembaraan Parameswara

3. MUAR

Pencerita : Parameswara bersama pengikut-pengikut yang setia melarikan diri ke Muar...

Parameswara : Beta tidak suka tempat ini.. Lihat! Di sana (tunjuk skrin) Di Sana! Terdapat banyak biawak.. Sungguh tidak sesuai tempat ini kita dirikan kerajaan..

Pembesar : Patik setuju, tuanku.. Jom kita mencari lokasi kerajaan yang lebih sesuai.

Rombongan Parameswara diganggu oleh beberapa kejadian aneh ketika di Muar dan Bentan. Lalu, mereka meneruskan pencarian tempat kerajaan baru.

Tugasan Hulubalang : menarik kapal untuk ke tempat seterusnya

Pencerita : (Aksi bergerak) Rombongan Parameswara berlayar ke Melaka)

4. MELAKA

Beliau lalu meneruskan perjalanan hingga ke Sungai Bertam.

Paremeswara : Beta mahu beristirehat sebentar.. Pembesar,

Pembesar : Ya, Tuanku.

Parameswara : Arahkan orang kita berburu di dalam hutan.

Pembesar : Baik, Tuanku. Pendekar, mari ikut Pembesar memburu haiwan liar.

Pencerita : Sedang Pembesar bersiap-sedia masuk ke hutan, tiba-tiba seekor pelanduk yang sangat besar melintasi di hadapan mereka.

Pendekar : (Terkejut) Pembesar... Pelanduk itu.

Pembesar : Mana??

Pendekar : Di sana!!

Pembesar : Semua!! Kejar pelanduk itu..

( Aksi pergerakan: Rombongan berlari-lari setempat lalu kepentan) Pencerita : Mereka cuba mengejar pelanduk itu, namun pelanduk itu terlalu pantas. Akhirnya, mereka semua keletihan.

Page 4: Skrip Lakonan Pengembaraan Parameswara

Pendekar : Sungguh penat, kita mengejar pelanduk itu. Sungguh laju, dia berlari.

Pembesar : Hantar anjing buruan kita untuk mengejar pelanduk itu!! (Tunjuk pada skrin LCD)

Parameswara : Beta sangat teruja melihat kejadian pelanduk menendang anjing itu. HAHAHA.. Tempat ini sungguh keramat... Pembesar!

Pembesar : Ya, Tuanku.

Parameswara : Beta akan tubuhkan satu kerajaan di sini. Apakah nama pokok, tempat beta bersandar ini?

Pembesar : Pokok Melaka, Tuanku.

Parameswara : Baiklah. Sekarang, Beta hendak membina kerajaan yang baru di sini. Beta, menamakan tempat ini sebagai Melaka.

Pencerita : Maka, berdirinya Kerajaan Melaka dan menjadi sebuah empayar yang sangat masyhur dan dikenali ramai. Sekian, terima kasih.

Bilangan pelajar yang diperlukan bagi menjayakan lakonan ini.

1. Parameswara 2. Hulubalang 3. Pembesar 4. Pengawal 5. Pendekar 6. Dayang 1 7. Dayang 2 8. Pencerita