skrip koleksi cerita rakyat

8

Click here to load reader

Upload: fat-fat-ru

Post on 15-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


139 download

DESCRIPTION

Z

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Koleksi Cerita Rakyat

SKRIP KOLEKSI CERITA RAKYAT: BERUK TUNGGAL

Watak: Raja, Puteri Sulung, Puteri Bongsu, Perempuan Tua, Beruk Tunggal, Si

Tikus, Orang Tua yang misteri, dan Si Pemuda Kacak.

Tempat: Istana, Sawah Padi, hutan, gudang padi

Di sebuah istana tinggal seorang raja yang amanah. Baginda mempunyai dua

orang puteri, Puteri Sulung dan Puteri Bongsu. Pada suatu pagi, mereka telah

bertemu di taman istana.

Raja : Selamat pagi, anakanda.

Puteri Sulung & : Selamat pagi, ayahanda!Puteri Bongsu

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk, tinggal seorang perempuan

dan seekor beruk, namanya Beruk Tunggal.

Perempuan Tua: Hai, saya seorang warga biasa Negara ini. Ini adalah haiwan

belaan saya.

Beruk Tunggal: Hai….

Pada suatu hari, seekor tikus sedang mencuri padi di sawah dan ia telah

ditangkap oleh si beruk.

Beruk Tunggal:Cis, tikus itu melampau! Saya mesti menangkapnya! Wahai, Si

Tikus, awak berani mencuri padi di sini! Saya hendak menangkap awak dan

menyerah kepada Raja!

Si Tikus : Jangan! Jangan menyerahkan saya kepada Raja. Saya akan

memberi bantuan kepada kamu sekiranya kamu menghadapi masalah. (Si tikus

meminta dengan hati yang ikhlas)

Beruk Tunggal: (Beruk Tunggal berfikir sementara) Baiklah. Ingatlah janji kamu,

tetapi saya berharap awak jangan mencuri padi lagi.

Page 2: Skrip Koleksi Cerita Rakyat

Si Tikus : Terima kasih, Beruk Tunggal. Saya tidak akan mengulangi

kesalahan ini lagi.

Pada suatu hari, raja telah pergi ke hutan di tepi istana untuk memburu binatang.

Tiba-tiba, baginda terjatuh ke dalam kolam kerana baginda terlalu fokus kepada

target yang ingin diburu oleh baginda.

Raja : Tolong! Tolong!

Beruk Tunggal : (Terdengar suara meminta bantuan, ia berjalan mendekati

kolam itu).

Raja : Beruk Tunggal, tolong saya! Saya tidak erti berenang!

Beruk Tunggal : Hi, tuanku. Hamba boleh menolong tuanku, tetapi dengan

syaratnya tuanku harus mengkahwinkan puteri tuanku kepada hamba.

Raja : Baik…baik…Beta janji pada kamu.

Beruk Tunggal menyelamatkan raja ke tepi kolam. Beruk Tunggal segera balik

ke rumahnya dan memberitahu perkara ini kepada perempuan tua.

Beruk Tunggal : Raja telah berjanji dengan saya supaya mengkahwinkan

puteri baginda kepada saya. Sudikah tuan sebagai pengganti saya dan pergi ke

istana untuk meminang puteri raja?

Perempuan Tua :Baiklah. Saya juga harap awak boleh hidup dengan

bahagia dengan puteri.

Perempuan Tua pergi ke istana dan ingin meminang dengan puteri raja. Raja

mula menyesal dengan janji itu kerana baginda tidak ingin mengkahwinkan puteri

kepada seekor binatang.

Raja : (raja berfikir sementara) Oh, begitulah, beta mempunyai

sebentuk cincin tetapi telah hilang semasa proses memburu. Sekiranya Beruk

Tunggal dapat mencari cincin tersebut, barulah beta mengkahwinkan puteri beta

kepadanya.

Page 3: Skrip Koleksi Cerita Rakyat

Perempuan tua balik ke rumah dan memberitahu perkara ini kepada Beruk

Tunggal. Beruk Tunggal mula berasa risau kerana ia tidak yakin dapat mencari

cincin di kawasan yang begitu meluas. Pada masa yang sama, Beruk Tunggal

teringat si Tikus pernah menjanji akan menolongnya sekiranya ia menghadapi

masalah.

Beruk Tunggal : Si Tikus…Si Tikus…

Si Tikus : Ya, saya.

Beruk Tunggal : Adakah awak masih ingat janji awak. Saya telah menghadapi

satu masalah besar.

Si Tikus : Oh, saya masih ingat pada janjian terhadap kamu. Apakah

masalah kamu?

Beruk Tunggal : Saya ingin berkahwin dengan puteri, tetapi raja telah

memberikan satu tugasan, sekiranya saya boleh menyelesaikan tugasan

tersebut, barulah boleh berkahwin dengan puteri. Bolehkah awak membantu

saya mencari sebentuk cincin raja yang telah hilang semasa baginda sedang

memburu di kawasan hutan?

Si Tikus : Ya. Saya akan cuba mencari dengan sedaya upaya.

Tanpa menggunakan masa yang banyak, si tikus telah berjaya mencari cincin

itu. Beruk Tunggal pun menyerahkan cincin tersebut kepada perempuan tua.

Perempuan tua menghantar cincin tersebut ke istana dan mengembalikan

kepada raja. Raja berasa hairan dan masih tidak sudi mengkhawinkan puteri

kepada Beruk Tunggal.

Raja : Beta masih tidak puas hati. Beta ingin tahu bahawa berapa

rumpun padi yang ada dalam gudang istana ini. Bolehkah Beruk Tunggal dapat

memberitahu beta bilangan rumpun padi dengan betul? Kalau ia boleh meneka

dengan betul, beta akan mengkahwinkan puteri kepada ia.

Page 4: Skrip Koleksi Cerita Rakyat

Perempuan tua memberitahu perkara ini kepada Beruk Tunggal. Beruk Tunggal

segara meminta bantuan daripada Si Tikus. Pada waktu malam, Si Tikus telah

masuk ke gudang istana dan mengira bilangan rumpun padi tanpa pengetahuan

orang lain. Selepas itu, ia telah memberitahu kepada Beruk Tunggal bahawa

gudang padi mempunyai 44 rumpun padi. Beruk Tunggal telah berjaya dalam

tugasan ini. Walau bagaimanapun, raja masih tidak puas hati. Raja telah

memberikan tugasan yang terakhir kepada Beruk Tunggal. Raja meminta Beruk

Tunggal menghadiahkan sebentuk berlian kepadanya dalam tempoh masa satu

hari. Sekiranya Beruk Tungal berjaya, barulah boleh berkahwin dengan puteri.

Beruk Tunggal mula berasa sedih kerana tidak mampu untuk membeli berlian

dalam tempoh satu hari.

Beruk Tunggal : (suara menangis)

Tiba- tiba, seorang orang tua yang misteri telah muncul di depan matanya.

Orang tua misteri : Hai, Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal : Siapa kamu?

Orang tua misteri : Hahaha…Saya hanya menghulurkan bantuan kepada mereka

yang mempunyai hati yang ikhlas. Adakah kamu ingin mengkahwin dengan

puteri dengan hati yang ikhlas.

Beruk Tunggal : Ya. Saya amat suka pada puteri raja.

Orang tua misteri: Baiklah. Saya akan mencapai hasrat kamu. (suara membaca

jampi, homarimehmehhom……)

Berlian telah muncul di dalam tangan Beruk Tunggal. Beruk Tunggal berasa

sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada orang tua misteri itu.

Beruk Tunggal : Terima kasih, terima kasih…saya akan ingat jasa kamu.

Page 5: Skrip Koleksi Cerita Rakyat

Beruk Tunggal telah menghadiahkan berlian itu kepada raja. Akhirnya, raja telah

menunaikan janjinya kepada Beruk Tunggal. Akan tetapi, raja perlu memilih

salah satu puterinya untuk mengkahwin dengan Beruk Tunggal.

Raja : Ayahanda telah berjanji pada Beruk Tunggal supaya mengkahwinkan

salah satu daripada kamu kepada ia. Kamu sudi berkahwin dengan ia?

Puteri Sulung : Tidak! Saya tidak sudi mengkahwin dengan Beruk Tunggal. Saya

tidak sudi berkahwin dengan seekor binatang. Ia tidak mempunyai istana yang

mewah, ia tidak mempunyai emas dan harta. Saya tidak mahu tinggal di pondok

yang kecil dan buruk, saya ingin memakai baju yang cantik dan mewah. Beruk

Tunggal tidak dapat memberikan kehidupan yang bahagia kepada saya.

Kehidupan saya akan menjadi susah sekiranya saya berkahwin dengan ia.

Puteri Bongsu : Ayahanda, saya sudi berkahwin dengan Beruk Tunggal.

Ayahanda telah berjanji dengan Beruk Tunggal. Sekiranya ayahanda tidak

menunaikan janjian ini, sudah pasti nama baik ayahanda akan tercemar dalam

Negara ini. Beruk Tunggal sangat comel dan baik hati, sekiranya saya kahwin

dengan ia, sudah pasti kehidupan saya akan menjadi lebih ceria. Ayahanda,

saya sudi menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja mengkahwinkan Puteri Bongsu kepada Beruk Tunggal. Puteri Bongsu

bertemu dengan Beruk Tunggal yang telah memakai sepasang sarung. Pada

keesokan hari, Puteri Bongsu tidak menjumpai Beruk Tunggal lagi, tetapi hanya

tinggal sarungnya di dalam bilik tidurnya. Rupa-rupanya, Beruk Tunggal adalah

seorang putera. Ia telah menjadi seorang pemuda yang kacak selepas

berkahwin dengan Puteri Bongsu. Semua ini adalah kutukan seorang bomoh

yang jahat. Putera menyuruh Puteri Bongsu membakarkan sarung tersebut.

Selepas itu, pondok yang ditinggalkan oleh mereka telah menjadi sebuah istana

yang mewah dan cantik.

Maka, dengan inilah akhirnya cerita rakyat Beruk Tunggal. Cerita ini membawa

pengajaran bahawa jangan memandang rendah kepada seseorang. Kita

haruslah melayan setiap orang tanpa mengira latar belakangnya. Tidak ada

Page 6: Skrip Koleksi Cerita Rakyat

masyarakat atau kaum yang seharusnya dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan sesebuah Negara.