skrip cerita

8
SKRIP CERITA TAJUK : Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang Bodoh. Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek sahaja, jernih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itumenuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih.Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung kearah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!” Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatuberbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya. Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”

Upload: remoz-sergio

Post on 20-Jun-2015

1.604 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip cerita

SKRIP CERITA

TAJUK : Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang

Bodoh.

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum

air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke

sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek sahaja, jernih dan

sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut

sahaja. Kerbau itumenuju ke tengah-tengah sungai kerana

air di bahagian tengah sungai lagi jernih.Ketika menghirup

air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau

merenung kearah suara itu. Kerbau ternampak air

terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba terdengar suara

dari tepi sungai dekat rimbunan buluh.

Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!”

Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau

ternampak sesuatuberbalam-balam dari jauh seperti batang

kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus

bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara

itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok

kayu, betul-betul di tengah belakangnya.

Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”

Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang

tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang

kayu ini,"

Page 2: Skrip cerita

Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat

kayu itu dengantanduknya. Apabila batang kayu terangkat,

buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja

kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera

menangkapnya.

Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"

Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi

rezeki aku."

Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia

ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau

balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat

dibalas jahat. "

Buaya : "Aku tidak peduli."

Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan

lagi gigitannya. Kerbautidak mampu melepaskan diri kerana

berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah

tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak

membunuhnya.

Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu

hidup. Kau makanlah benda lain."

Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu

syarat."

Kerbau : "Apakah syaratnya?" 1

Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak

bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang

Page 3: Skrip cerita

lalu di sini. Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali,aku

akan bebaskan kau."

Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh

buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja

yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.Tiba-tiba

mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya

pun bertanya pada saji.

Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"

Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah,

aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih,

dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata,aku banyak

menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus

tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi aku amat

sedih, apabila aku buruk dan koyak,tidak berdaya lagi

menutup makanan, aku dibuang ke sungai. Itulah sebabnya

aku berkata berbuat baik dibalas jahat. "

Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.

Buaya : "Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang

aku kata?"

Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau

berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan

tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam

hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut

buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu

tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itu

Page 4: Skrip cerita

bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua

belah kasut itu hanyut bersama-sama .

Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya.

Kasut, betul atau tidakberbuat baik dibalas baik?"

Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.”

Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar

kasut memberi jawapan itu.Kasut lalu bercerita.

Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh

tuanku. Setiap hari akudibersihkan dan dikilatkan. Apabila

malam, aku disimpan di tempat selamat. Akujuga hanya

dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau

tuanku pergike tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak

dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk,aku tidak disayangi

lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku dibaling ke tepi

tanggaselepas digunakan. Apabila malam, aku ditinggalkan

di halaman rumah. Akudibiarkan berembun dan berhujan.

Ketika itu juga, aku menjadi tempat persembunyian katak

puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu

burukdan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah

sebabnya aku hanyut ke sini.”

Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus

air.

Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi

satu peluang lagi.Kalau datang yang ketiga, sama

jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. "

Page 5: Skrip cerita

Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang

ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air.

Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil

terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil

melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula

kelihatan bengis. Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya

gigit kaki engkau?"

Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang

menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami."

Kancil : “Mengapa?”

Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas

jahat."

Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"

Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang

kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu

membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap

kerbau itu patut menjadi rezekinya.

Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku

mahu tengok kejadian asalnya."

Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah.

Batang pokok itu jatuhmenimpa belakang aku."

Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada

di atas belakang kau?"

Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau

sudah alihkan batang kayuitu."

Page 6: Skrip cerita

Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat

asal, tempat engkau kena tindih."

Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan

kaki kerbau lalu dudukdekat batang pokok.

Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah

kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku,

bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu

itu?"

Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil.

Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu

diangkat? Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih.

Kuat lagi, kuat lagi”

Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan

diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat

batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air

tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah

penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil.

Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?"

Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku

mengangkat batang pokok itu.Apabila buaya terlepas, ia

gigit kaki aku."

Kancil : "Bagaimanakah cara kamu

mengangkatnya?"Kerbau segera mendekati batang pokok

itu. Kerbau menundukkan kepala hendakmengangkat

batang kayu itu.

Page 7: Skrip cerita

Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan

angkat kayu itu."

Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya?

Tentu buaya akan mati."

Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!

Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu

mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya

kerana tidak tahu membalas budi baik."

Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya

bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu

ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan

sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau

segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut

kancil.

Buaya : "Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku akan

makan kau."

Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi.

Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil.

Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah

menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan

yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu