skop keja

8
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelaar dikehendaki berada sekolah sekurang!kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira!kira pukul ".## pagi. 2. $dalah menadi tanggungawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanang waktu bertugas di sekolah, sem datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darah mengaar dan masa menalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darah %. &etepatan masa uga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut adual pengaaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya at pun kawasan sekolah. 4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelaar. KEHADIRAN BERTUGAS SKOP KERJA

Upload: aishah-abdullah

Post on 05-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.KEHADIRAN BERTUGASSKOP KERJA

1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa tiba dan menurunkan tandatangan.2. Guru dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sebelum mendapatkan keizinan Guru Besar terlebih dahulu.3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah untuk mengawasi para pelajar dan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.7. Para guru yang ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru adalah tanggungjawab guru itu sendiri.KEPATUHAN TUGAS

TUGAS AKADEMIK GURU1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.3. Ketua Jabatan atau guru kanak mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menuntukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat disekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.7. Guru perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan bantu mengajar dan memeriksa buku latihan murid.

1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian.

BUKU RINGKASAN MENGAJAR

PERHUBUNGAN GURU & PELAJAR1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.2. Displin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran displin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran displin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru displin.3. Tiap-tiap guru adalah dipertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan displi. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. 5. Guru yang mengajar di dalam kelas hendaklah mengawal displin pelajar-pelajarnya.6. Guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.7. Jika terdapat pelajar yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

PAKAIAN1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertuga di sekolah.2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupaun pada waktu petang semasa berada di sekolah.3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.POTONGAN RAMBUT1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas bagi guru perempuan.PELAWAT1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah.2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan jurujual hanya boleh dibuat di dalam blik guru sahaja.KENYATAAN AKHBAR1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.PAKAIAN/POTONGAN RAMBUT/PELAWAT/KERATAN AKHBAR

SURAT RASMI1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.LAWATAN1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.2. Untuk lawatan ke luar negeri, boring permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.KUTIPAN WANG1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini.2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh persatuan dan kelab. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya.SURAT RASMI/LAWATAN/KUTIPAN WANG