garis panduan skim pensijilan makanan...

26
GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI) OKTOBER 2012 PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Upload: dangnguyet

Post on 05-Feb-2018

302 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MeSTI 2012

GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB

INDUSTRI (MeSTI)

OKTOBER 2012PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Page 2: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MeSTI 2012

Isi KandunganMukasurat

Perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan i

Perutusan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM ii

Perutusan Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iii

Pengenalan 1

Objektif 1

Skop 1

Kelebihan 1

Kriteria Permohonan 2

Cara Memohon 2

Bayaran 3

Proses Kelulusan 3

Tempoh Sah Laku 6

Pemantauan 6

Pembaharuan 6

Pembatalan Sijil 6

Rayuan 7

Pertanyaan 7

Rujukan 8

Penghargaan 9

Lampiran 1 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru) 10

Lampiran 2 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan) 11

Lampiran 3 : Borang Permohonan, MeSTI-1/12 12

Lampiran 4 : Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 13

Lampiran 5 : Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 14

Lampiran 6 : Senarai Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, 20 Jabatan Kesihatan Negeri

Page 3: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MeSTI 2012

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), di atas penjenamaan semula Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Ini adalah sebagai salah satu usaha berterusan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan yang disampaikan kepada pihak industri makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS). Saya juga merasa bangga atas usaha BKKM, yang telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa Kementerian dan agensi Kerajaan serta swasta bagi mendapat sokongan padu dalam mempromosi dan memasarkan produk makanan yang telah mendapat pensijilan ini sebagai manfaat tambahan kepada pihak EKS yang memohon skim ini. Saya percaya penglibatan pihak-pihak tersebut akan dapat menyumbang ke arah peningkatan tahap keselamatan dan kualiti makanan negara.

Di Malaysia, BKKM merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan bagi pasaran domestik dan luar negara adalah terjamin. Saya percaya skim ini boleh menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan pembangunan industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan pendapatan pihak EKS dan menyumbang kepada transformasi ekonomi dalam negara. Skim ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada industri makanan yang melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan, bagi memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap keselamatan dan kualiti produk makanan tempatan.

Sejajar dengan slogan KKM “Kami Sedia Membantu”, skim ini akan diberikan secara PERCUMA kepada industri makanan dan pihak BKKM akan membantu industri dengan memberi bimbingan teknikal untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan, berdasarkan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Akhir kata, saya menyeru supaya pihak industri makanan merebut peluang keemasan ini sepenuhnya supaya tahap keselamatan makanan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menjamin rakyat akan dapat menikmati makanan yang selamat dan berkualiti.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAIMenteri Kesihatan Malaysia

Kata-Kata AluanYANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

i

Page 4: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MeSTI 2012

Kata-Kata AluanKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIAKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, di atas usaha yang berterusan ke arah meningkatkan tahap jaminan keselamatan makanan bagi industri makanan. Sejajar dengan itu, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang sedia ada telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Skim Pensijilan MeSTI ini bertujuan untuk membantu Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) bagi membangunkan program jaminan keselamatan makanan supaya meningkatkan tahap keselamatan makanan, dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka. Usaha ini juga selari dengan aspirasi negara untuk melihat perubahan dalam kualiti kehidupan penduduk luar bandar di bawah Program Tranformasi Penduduk Luar Bandar (Rural Transformation Programme).

Saya amat berharap agar buku panduan ini dapat digunakan oleh industri makanan dalam menghasilkan produk makanan yang selamat dengan mematuhi piawaian di bawah Akta Makanan 1983 dan memperolehi bantuan teknikal yang disediakan di bawah skim ini. Selain itu, tahniah diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah membantu dalam memberikan bimbingan ke arah skim pensijilan MeSTI. Kerjasama pihak pasaraya-pasaraya besar dalam menyokong usaha kerajaan memasarkan produk dari enterpris yang telah mendapat pensijilan MeSTI juga adalah sangat dihargai.

Akhir kata, saya menyeru pihak industri makanan supaya mengambil peluang yang ditawarkan di bawah skim ini untuk meningkatkan tahap keselamatan ke atas makanan yang dihasilkan. Saranan ini juga adalah selari dengan aspirasi negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi melalui impak positif penghasilan makanan yang selamat dan berkualiti yang tentunya menjadi keutamaan bagi pengguna yang bijak.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMANKetua Pengarah Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan Malaysia

ii

Page 5: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

MeSTI 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan rasa syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah menambahbaik Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) dan menjenamakannya semula kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang bertujuan untuk memudahkan pihak industri makanan melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan selaras dengan kehendak Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di bawah skim ini, elemen-elemen seperti kawalan premis, kawalan operasi dan juga kebolehkesanan (traceability) digabungkan sebagai elemen-elemen utama bagi mendapat pensijilan MeSTI.

Pelaksanaan skim ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari aspek akses kewangan dan pemasaran. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Small and Medium Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama kerjasama pintar ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya.

Justeru, skim ini adalah satu usaha murni pihak BKKM untuk terus berusaha ke arah meningkatkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan oleh pihak industri sebagai suatu keutamaan. Saya berharap pihak industri makanan tempatan yang telah memperolehi pengiktirafan pensijilan MeSTI perlu sentiasa mematuhi kehendak pengiktirafan yang telah diberikan untuk mengekalkan penghasilan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa tanpa kompromi ke atas keselamatan makanan.

Sekian, terima kasih.

NORAINI BINTI DATO’ MOHD OTHMANPengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan Malaysia

Kata-Kata AluanPENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

iii

Page 6: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

1MeSTI 2012

GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILANMAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)

1. PENGENALAN

Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama di dalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).

Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan. Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.

2. OBJEKTIF

Garispanduan ini disediakan bagi membantu industri makanan di Malaysia terutamanya EKS mematuhi keperluan-keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan seterusnya mendapat pensijilan MeSTI.

3. SKOP

Garis panduan ini boleh digunakan oleh enterpris makanan yang terlibat dalam bidang pemprosesan makanan di Malaysia, pegawai-pegawai pembimbing dari agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pegawai di Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM, di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengetahui panduan dan prosedur pensijilan MeSTI.

4. KELEBIHAN

4.1 Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Page 7: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

2 MeSTI 2012

4.2 Mendapat kemudahan pengeluaran Sijil Penjualan Bebas dalam tempoh satu (1) hari TANPA dokumen tambahan.

4.3 Bimbingan pelabelan secara PERCUMA oleh KKM kepada EKS.

4.4 Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah SME Corp dan bimbingan dari segi akses kewangan.

4.5 Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan sebagainya.

4.6 Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi.

4.7 Pelekat logo MeSTI akan diberikan secara PERCUMA kepada setiap enterpris yang mendapat pensijilan kali pertama.

4.8 Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut.

5. KRITERIA PERMOHONAN

5.1 Premis makanan yang memohon MeSTI perlu mematuhi kriteria-kriteria berikut:

5.1.1 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

5.1.2 Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan dan borang (Borang KKM-PPKM-1/09) boleh diperolehi secara online melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my.

5.1.3 Premis mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.

6. CARA MEMOHON

6.1 Permohonan MeSTI hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan, MeSTI-1/12 (Lampiran 3) dan boleh diperolehi daripada:

6.1.1 Ibu Pejabat BKKM, KKM.

6.1.2 Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

6.1.3 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

6.1.4 Laman web http://fsq.moh.gov.my

Page 8: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

3MeSTI 2012

6.2 Semua borang permohonan MeSTI yang lengkap hendaklah dikemukakan ke JKN atau PKD di mana lokasi premis berada.

6.2.1 Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :

a. Borang Permohonan, MeSTI-1/12 - Lampiran 3.

b. Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 - Lampiran 4.

c. Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 (jika ada) - Lampiran 5.

d. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM.

e. Salinan lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan daripada mana-mana agensi kerajaan.

f. Salinan sijil pendaftaran daripada SSM.

g. Salinan pensijilan sistem jaminan keselamatan makanan (jika ada).

h. Carta alir pemprosesan (jika ada).

7. BAYARAN

Skim ini diberikan secara PERCUMA kepada enterpris makanan bagi tujuan pengiktirafan.

8. PROSES KELULUSAN (sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI - Lampiran 1)

8.1 Semakan permohonan

8.1.1 Dokumen permohonan yang diterima akan disemak, disahkan dan direkodkan.

8.1.2 Bagi pemohon yang mempunyai pensijilan sistem jaminan keselamatan makanan oleh badan pensijilan yang diakreditasi oleh Standards Malaysia atau pensijilan oleh KKM, pensijilan MeSTI akan diberikan TANPA audit lapangan.

8.2 Pra Penilaian

8.2.1 Pra Penilaian melibatkan aktiviti audit lapangan dalam tempoh lima (5) hari dari permohonan lengkap diterima. Audit lapangan dibuat berdasarkan kepatuhan kepada elemen-elemen seperti yang terdapat di dalam Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 – Lampiran 5.

Page 9: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

4 MeSTI 2012

8.2.2 Jika pemohon didapati telah bersedia bagi tujuan pensijilan, pihak juruaudit perlu mengemukakan sokongan kepada Jawatankuasa Pensijilan MeSTI peringkat negeri dan menyediakan laporan akhir bagi tujuan pensijilan tanpa memerlukan audit susulan.

8.2.3 Sekiranya pemohon didapati belum bersedia, pihak juruaudit perlu meminta pemohon mengambil tindakan pembetulan bagi setiap ketidakpatuhan yang didokumenkan berdasarkan laporan awal. Hasil pra penilaian ini juga akan menentukan samada pemohon perlu menjalani audit susulan ataupun bimbingan mengikut tempoh yang ditetapkan.

8.2.4 Pihak juruaudit akan menyerahkan salinan laporan awal kepada pemohon tidak lewat dari dua (2) hari selepas tarikh audit dijalankan.

8.3 Bimbingan

8.3.1 Status bimbingan akan dibuat berdasarkan penilaian juruaudit semasa laporan awal pra penilaian bagi membantu pemohon menyediakan premis mengikut keperluan elemen-elemen MeSTI.

8.3.2 Bimbingan yang akan diberikan berbentuk bimbingan teknikal dari KKM atau bimbingan Program Pembangunan oleh pihak SME Corp atau agensi pembimbing yang lain.

8.3.3 Pemohon perlu memberikan komitmen sepenuhnya semasa proses bimbingan dengan pihak pembimbing dan diberikan masa sehingga enam (6) bulan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta membangunkan program jaminan keselamatan makanan.

8.3.4 Audit susulan akan dijalankan sebaik sahaja sesi bimbingan telah selesai dilaksanakan. Tarikh audit susulan akan ditentukan oleh juruaudit apabila pihak pemohon memaklumkan kesediaan untuk diaudit.

8.3.5 Sekiranya pemohon memerlukan lanjutan tempoh bimbingan, surat rayuan lanjutan tempoh bimbingan perlu dikemukakan oleh pemohon ke JKN. Rayuan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan tersebut.

8.4 Audit Susulan

8.4.1 Sebelum audit susulan dijalankan, pihak pemohon perlu mengambil tindakan pembetulan bagi semua ketidakpatuhan yang didokumenkan oleh pihak juruaudit dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit pra penilaian dijalankan.

8.4.2 Tindakan pembetulan yang dibuat oleh pihak pemohon perlu disertakan bersama bukti bergambar atau dokumen sokongan yang berkaitan.

Page 10: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

5MeSTI 2012

8.4.3 Pemohon perlu memaklumkan kepada pihak juruaudit sekiranya memerlukan lanjutan tempoh untuk melaksanakan tindakan pembetulan dengan mengemukakan justifikasi kelewatan melalui surat kepada JKN dalam masa dua (2) minggu sebelum tamat tarikh akhir tempoh tiga (3) bulan tersebut.

8.4.4 Jika tiada maklumbalas diterima dari pemohon, permohonan dianggap terbatal dengan sendirinya.

8.4.5 Audit susulan dijalankan oleh juruaudit bagi mengesahkan kesemua ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan yang memuaskan oleh pemohon dalam tempoh yang diberikan.

8.4.6 Pihak pemohon yang telah selesai menjalani tempoh bimbingan selama enam (6) bulan serta mengambil tindakan pembetulan yang memuaskan perlu membuat permohonan semula.

8.6 Laporan Akhir

8.6.1 Laporan akhir audit akan dikeluarkan oleh pihak juruaudit dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh audit susulan dilaksanakan, walaupun terdapat ketidakpatuhan yang tidak ditutup.

8.6.2 Laporan akhir adalah merangkumi laporan awal, bukti bergambar dan dokumen sokongan yang berkaitan.

8.6.3 Pihak juruaudit akan memberikan sokongan pensijilan sekiranya didapati pemohon telah mematuhi sepenuhnya keperluan elemen-elemen MeSTI. Salinan laporan akhir tersebut akan diserahkan kepada pemohon untuk tujuan rekod.

8.7 Kelulusan

8.7.1 Laporan akhir audit akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa MeSTI di JKN untuk tujuan sokongan kelulusan. Jika terdapat ketidakpatuhan yang masih belum ditutup dan tidak mendapat sokongan JKN, pihak JKN perlu memaklumkan terus kepada pihak pemohon beserta salinan laporan akhir dan satu salinan ke Ibu Pejabat BKKM, KKM.

8.7.2 Laporan audit yang disokong oleh pihak JKN akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM untuk tujuan kelulusan.

8.7.3 Permohonan yang lulus akan diberikan sijil pengiktirafan, pelekat logo MeSTI dan surat iringan dalam tempoh lima (5) hari selepas Ibu Pejabat BKKM, KKM menerima laporan akhir yang lengkap dari pihak JKN.

Page 11: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

6 MeSTI 2012

9. TEMPOH SAH LAKU

9.1 Tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah tiga (3) tahun.

9.2 Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan sistem jaminan keselamatan makanan sedia ada yang telah diiktiraf oleh Standards Malaysia atau KKM, tempoh permulaan sah pensijilan MeSTI akan mengikut tempoh sah sedia ada pada sijil sistem jaminan keselamatan makanan tersebut.

10. PEMANTAUAN

10.1 Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh pihak JKN.

10.2 Pensampelan produk makanan (sampel pemantauan) boleh dilakukan semasa audit di lapangan sekiranya perlu.

11. PEMBAHARUAN

11.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu mengemukakan Borang Permohonan, MeSTI-1/12 yang telah lengkap diisi. (sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan)- Lampiran 2)

11.2 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap tiga (3) tahun sekali dan permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat tarikh sah laku.

12. PEMBATALAN SIJIL

12.1 Pengiktirafan MeSTI boleh ditarik balik atas sebab-sebab seperti berikut:

12.1.1 Terdapat bukti produk yang dikeluarkan menjadi penyebab kepada kejadian keracunan makanan.

12.1.2 Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.

12.1.3 Sijil GMP atau HACCP KKM atau HACCP dari mana-mana badan pensijilan yang diiktiraf oleh KKM telah dibatalkan atau pun digantung.

12.1.4 Pengiktirafan akreditasi badan pensijilan bagi mana-mana sistem jaminan keselamatan makanan telah ditarikbalik atau digantung oleh Standards Malaysia.

12.1.5 Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga (3) bulan yang diberikan semasa audit pemantauan.

Page 12: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

7MeSTI 2012

12.1.6 Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemohon terbukti melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

12.2 Tindakan pembatalan sijil yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM adalah muktamad dan tidak boleh diambil sebarang tindakan perundangan oleh pihak pemohon.

12.3 Pihak pemohon yang telah dikenakan tindakan pembatalan sijil boleh mengemukakan rayuan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM.

12.4 Pemohon perlu memaklumkan JKN perkara – perkara berikut bagi mengekalkan pengiktirafan.

12.4.1 Pertukaran alamat premis / nama syarikat.

12.4.2 Menjalankan pengubahsuaian major pada struktur atau rekabentuk bangunan.

12.4.3 Menerima aduan berkaitan keselamatan produk makanan yang dikeluarkan.

12.4.4 Terdapat pengeluaran produk makanan baru (melibatkan aliran proses yang berbeza dari produk makanan yang sedia ada).

13. RAYUAN

13.1 Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM berhak untuk membincangkan status rayuan yang dikemukakan oleh pihak pemohon bagi tujuan pembaharuan sijil MeSTI.

14. PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pihak pemohon boleh menghubungi:

Bil. Bahagian / Jabatan / Pejabat /Alamat No.Telefon / Laman Web

14.1 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 3,Blok E7, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya.

No. Tel : 03-8883 3558

No. Faks : 03-8889 3815

Laman web : http://fsq.moh.gov.my

14.2 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri.

Lampiran 6

Page 13: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

8 MeSTI 2012

15. RUJUKAN

15.1 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Malaysia

15.2 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

15.3 Good Manufacturing Practice (GMP), Malaysian Standard MS1514:2009

15.4 Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik, BKKM, KKM

15.5 Garis Panduan dan Senarai Semak Pengusaha Industri Makanan - Kebersihan Makanan

15.6 Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -Bahagian I

15.7 Contoh Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) - Bahagian II

15.8 Garis Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan Bagi Pengusaha

15.9 Definasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) – www.smecorp.gov.my

Page 14: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

9MeSTI 2012

16. PENGHARGAAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai berikut yang

bertanggungjawab dalam menjayakan garispanduan ini.

Penaung

Noraini Binti Dato’ Mohd Othman

Penasihat

Wee Bee Wah

Ketua Editor

Mohd Salim Bin Hj Dulatti

Editor

Chin Cheow KeatNor Kamilah Binti Mohamad Alwi

Abdul Hadi Bin Ismail

Turut Membantu

Amran Bin HasanHasniza Binti Hassan

Shanmugam A/L SupramaniamMuhammad Muhayudeen Bin MusaZainatul Emelia Binti Zainal Abidin

Kamal Bin KarimOng Hooi Theng

Siti Irfah Binti Md Ishak

Page 15: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

10 MeSTI 2012

Lampiran 1

CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (BARU)

Page 16: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

11MeSTI 2012

Lampiran 2

CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (PEMBAHARUAN)

Page 17: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

12 MeSTI 2012

MeSTI-1/12

BORANG PERMOHONAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERMOHONAN

PEMBAHARUAN

1. NAMA SYARIKAT 8. NO. TELEFON BIMBIT

9. NO. TELEFON / NO. FAKS

2. ALAMAT SYARIKAT 10. PENSIJILAN SISTEM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN SEDIA ADA Ada Tiada (jika ada, sila lampirkan salinan sijil)

3. NAMA PEMOHON (seperti di dalam kad pengenalan)

11. PEMBEKAL BAGI SYARIKAT:

a. PASARAYA BESAR

Sila Nyatakan (Contoh: TESCO, MYDIN):

b. KEDAI RUNCIT

c. LAIN-LAIN Sila Nyatakan :4. NO KAD PENGENALAN

5. EMEL PEMOHON 12. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:a. LAMPIRAN PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT

MALAYSIA (SSM)b. LAMPIRAN SLIP PENDAFTARAN PREMIS KKM c. LAMPIRAN LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN /

SURAT PENGESAHAN DARI AGENSI KERAJAANd. CARTA ALIR PEMPROSESAN (JIKA ADA)e. SENARAI SEMAK ELEMEN MeSTI-3/12 (JIKA ADA)

6. NAMA PREMIS

7. ALAMAT PREMIS

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PREMIS (sila tandakan √ pada yang berkaitan)

1. PASARAN Domestik Eksport

2. KATEGORI INDUSTRI

Mikro Enterprise = Bil. Pekerja < 5 Orang, Jualan Pulangan Tahunan < RM250,000

3.BILANGAN PEKERJA Sila nyatakan :

Enterprise Kecil = Bil. Pekerja antara 5 hingga 50 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM250,000 dan < RM10 juta

Enterprise Sederhana = Bil. Pekerja antara 51 hingga 150 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta

4. ANGGARAN PULANGAN TAHUNAN (RM)

Sila nyatakan:Industri Besar = Bil. Pekerja= 150 pekerja, Jualan Pulangan Tahunan > RM25 juta

BAHAGIAN C : MAKLUMAT PRODUK KATEGORI PRODUK 1. 2. JENIS PRODUK

3. CARTA ALIR PEMPROSESAN

(sila lampirkan salinan carta alir jika ada)

BAHAGIAN D : PENGESAHAN PERMOHONANTANDATANGAN PEMOHON :

................................................................. COP RASMI SYARIKAT

JAWATAN : TARIKH:

BARU

Lampiran 3

Page 18: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

13MeSTI 2012

Lampiran 4

PEMOHON

KEGUNAANPEJABAT(PKD/JKN)

No. Perkara ( √ / X)

( √ / X)

1 Borang Permohonan MeSTI-1/12

2 Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

3 Slip Pendaftaran Premis KKM

4 Salinan Lesen/Dokumen Sokongan Dari PBT/Agensi Kerajaan(jika berkaitan)

5Salinan Pensijilan / Pensijilan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan(jika ada)

6 Carta Alir Pemprosesan (jika ada)

7 Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12 (jika ada)

Pengesahan Maklumat/Dokumen (tanda tangan dan cop)

Untuk Kegunaan JKN/PKD

Tarikh Terima :

Tarikh Proses :

Status PermohonanLengkap Tidak Lengkap

Tindakan :

Disahkan Oleh :

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN

Nama Premis :Alamat Premis :

MeSTI-2/12

Page 19: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

14 MeSTI 2012

SENARAI SEMAK ELEMEN

BAHAGIAN A : KAWALAN PREMIS

ELEMEN 1 - REKABENTUK DAN KEMUDAHAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

1.1 Lokasi 1.1.1 Adakah lokasi premis sesuai bagi aktiviti pemprosesan dan terhindar dari punca pencemaran?Jika tidak, adakah terdapat kawalan yang sesuai?

1.2 Susun AturManual PJKM Am – Pelan Susun Atur Kilang (m/s 14)

1.2.1 Adakah terdapat pelan susun atur premis?

1.2.2 Susun atur dapat mengelakkan pencemaran silang

1.2.3 Adakah susun atur memudahkan aktiviti pembersihan?

1.3 Peralatan & Perkakasan

Manual PJKM Am – Prosedur 6.0:Penyelenggaraan dan Sanitasi(m/s 15/17)

1.3.1 Peralatan dan perkakasan berkeadaan baik dan sesuai

1.3.2 Peralatan dan perkakasan yang tidak digunakan dikeluarkan dari premis

1.3.3 Peralatan dan perkakasan mudah dibersihkan

1.3.4 Papan pemotong secara berasingan bagi bahan mentah dan bahan makanan bermasak (jika berkenaan)

1.3.5 Kesemua alat pengukur termasuk pengukur masa, suhu dan berat perlu disukat (dikalibrasi) mengikut keperluan

1.3.6 Mempunyai prosedur pembersihan dan penyelenggaraan bagi peralatan

1.4 Bekalan Air/Ais/Stim

Manual PJKM Am – Prosedur 11.0:Kawalan Bahan Mentah (m/s 31/33)

1.4.1 Bekalan air yang selamat

1.4.2 Bekalan air yang mencukupi dan terlindung dari pencemaran: bekas yang bertutup

1.4.3 Ais yang digunakan dari sumber air yang selamat serta diisimpan dalam bekas serta terlindung dari pencemaran

1.4.4 Stim dari sumber air yang selamat dan tidak mencemar makanan

1.4.5 Adakah terdapat laporan analisis bagi penentuan kualiti air yang digunakan? (jika sumber air bukan dari JBA)

1.5 Sinki Mencuci Tangan

Manual PJKM Am – Prosedur 6.0:Penyelenggaraan dan Sanitasi(m/s 15-17)

1.5.1 Sinki beroperasi secara bebas tangan (hands free operated)

1.5.2 Sinki mencuci tangan disediakan dengan kemudahan sabun atau bahan cuci cecair dan air mengalir secukupnya termasuk tisu/pengering tangan dan tong sampah berpenutup

1.5.3 Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan dalam bentuk poster dan sebagainya?

1.6 TandasManual PJKM Am – Prosedur 6.0:Penyelenggaraan dan Sanitasi(m/s 15-17)

1.6.1 Berkeadaan bersih, tidak berbau dan tidak rosak

1.6.2 Mempunyai sumber air yang bersih

MeSTI-3/12

Lampiran 5

Page 20: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

15MeSTI 2012

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

1.6.3 Mempunyai kemudahan mencuci tangan selepas keluar dari tandas beserta tisu/pengering tangan, sabun atau cecair pencuci yang sesuai dalam dispenser dengan air yang bersih

1.6.4 Tidak terbuka secara terus kepada bilik atau bahagian penyediaan / pemprosesan makanan / penyimpanan makanan

1.6.5 Mempunyai prosedur pembersihan bagi tandas

1.7 Bilik/ Ruang Persalinan

1.7.1 Mempunyai bilik/ruang persalinan

1.8 Setor Penyimpanan

Manual PJKM Am – Prosedur 9.0:Penyimpanan Makanan (m/s 27-28)

1.8.1 Sentiasa berkeadaan baik dan bersih

1.8.2 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik

1.8.3 Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk yang disimpan

1.8.4 Barang disusun bagi memudahkan aktiviti pembersihan

1.8.5 Bahan kimia bukan makanan disimpan secara berasingan dengan bahan makanan/bahan pembungkusan makanan

1.8.6 Prosedur dan rekod yang lengkap bagi setiap bahan kering/bahan mentah/bahan pembungkusan/bahan kimia bukan makanan yang disimpan di setor

1.8.7 Mempunyai semua rekod bahan kering/ bahan mentah/bahan kimia termasuk sumber dari mana ia di perolehi

ELEMEN 2 - PENGENDALI MAKANAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

2.1 Pemeriksaan KesihatanManual PJKM Am – Prosedur 2.0:(ms 7-8)

2.1.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai rekod yang sah

2.2 Suntikan Vaksin Anti TifoidManual PJKM Am – Prosedur 3.0:Kawalan Penyakit Berjangkit(m/s 9-10)

2.2.1 Telah mendapat vaksinasi anti tifoid dan mempunyai rekod yang sah

2.2.2 Prosedur untuk melaporkan pekerja berpenyakit berjangkit

2.3 Amalan Pengendali Manual PJKM Am – Prosedur 4.0:Kebersihan Pengendali/Pekerja (m/s 12-13)

2.3.1 Tidak merokok/meludah/ batuk/ bersin dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan

2.3.2 Apron / pakaian pelindung tidak dibawa ke dalam tandas

2.3.3 Makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan secara langsung dengan bahan yang boleh mencemarkan makanan

2.3.4 Prosedur berkaitan amalan pengendalian makanan

2.4 Kebersihan Diri Pengendali & Pelawat

Manual PJKM Am – Prosedur 3.0:Kawalan Penyakit Berjangkit(m/s 9-11)

Manual PJKM Am – Prosedur 4.0:Kebersihan Pengendali/Pekerja (m/s 12-13)

2.4.1 Pakaian bersih yang sesuai dan memakai pakaian pelindung luar/apron yang sesuai warna cerah

Page 21: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

16 MeSTI 2012

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

2.4.2 Memakai penutup kepala/penutup rambut

2.4.3 Memakai penutup mulut (jika perlu)

2.4.4 Memakai sarung tangan (jika perlu)

2.4.5 Tidak memakai barang kemas dan aksesori

2.4.6 Memakai kasut bertutup (jika perlu)

2.4.7 Kuku pendek dan bersih

2.4.8Tiada luka /kudis terbuka dan dirawat dengan baik

2.4.9 Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan diri pengendali makanan

2.4.10 Rekod pengistiharan kesihatan diri pelawat

2.4.11 Prosedur pakaian yang seragam dan mematuhi keperluan

ELEMEN 3- LATIHAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

3.1Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)

Manual PJKM Am – Prosedur 1.0:Latihan (m/s 1-6)

3.1.1Semua pengendali makanan telah menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan di sekolah (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM.

3.1.2 Mempunyai prosedur program latihan pengendali makanan untuk pekerja

3.2 Rekod Latihan 3.2.1Mempunyai rekod latihan dan sijil latihan disimpan ditempat yang sesuai dan mudah diperiksa

ELEMEN 4 – PENYELENGGARAAN DAN SANITASI

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

4.1 Keadaan LantaiManual PJKM Am – Prosedur 6.0:Penyelenggaraan dan Sanitasi(m/s 15-20)

4.1.1Permukaan lantai bersih dan berkeadaan baik dan air tidak bertakung

4.1.2 Mempunyai prosedur pembersihan lantai

4.2 Keadaan Dinding, Siling, Kipas, Tingkap Dan Pintu

4.2.1Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu mesti bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran

4.2.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.3 Keadaan Lampu 4.3.1Lampu bersih dan berkeadaan baik* (berpenutup di kawasan pemprosesan)

4.3.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.4 Saliran 4.4.1Saliran bersih meliputi longkang dan parit

4.4.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.5 Longgokan Sampah

Manual PJKM Am – Prosedur 14.0:Kawalan Bahan Buangan dan Pelupusan Sisa (m/s 38-39)

4.5.1 Tiada longgokan sampah di kawasan luar dan dalam premis

4.5.2 Mempunyai prosedur pembuangan sampah beserta jadual dan rekod pembersihan

4.6 Persekitaran Premis

Manual PJKM Am – Prosedur 14:(m/s 38-39)

4.6.1 Persekitaran premis berkeadaan bersih

4.6.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

Page 22: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

17MeSTI 2012

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya TidakTINDAKAN PEMBETULAN

YANG DIAMBIL

4.7 Aktiviti Pembersihan

Manual PJKM Am – Prosedur 6.0:Penyelenggaraan dan Sanitasi (m/s

15-20)

4.7.1 Pembersihan dijalankan sekurang-kurangnya sekali sehari berdasarkan jadual kebersihan yang disediakan

4.7.2 Pembersihan tidak dilakukan ketika penyediaan/ pemprosesan makanan

4.7.3 Agen pencuci dan penyahjangkitan yang sesuai dan disimpan di tempat yang berasingan daripada kawasan pemprosesan makanan

4.7.4 Peralatan dan perkakasan dicuci dengan bersih sebelum dan sesudah digunakan

4.7.5 Prosedur pembersihan peralatan yang betul dan mencukupi beserta jadual dan rekod (cth:cucian/biasa/CIP:kepekatan/masa/pemeriksaan/ujian)

4.8 Kawalan Makhluk Perosak

Manual PJKM Am – Prosedur 12.0:Kawalan Makhluk Perosak (m/s

34-35)

4.8.1 Tiada penggunaan racun di dalam kawasan pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak

4.8.2 Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak

4.8.3 Kawalan makhluk perosak dijalankan dengan berkesan

4.8.4 Tiada tanda kehadiran makhluk perosak

4.8.5 Mempunyai prosedur kawalan makhluk perosak dan rekod pemeriksaan

4.9 Pengurusan Sisa Buangan (Pepejal & Cecair)

Manual PJKM Am – Prosedur 14.0:Kawalan Bahan Buangan dan Pelupusan Sisa (m/s 38-39)

4.9.1 Bahan buangan tidak dibiarkan terlalu lama dalam premis makanan

4.9.2 Tong sampah dibasuh dan berkeadaan baik

4.9.3 Bilangan tong sampah mencukupi dan berpenutup

4.9.4 Tempat pengumpulan/pelupusan sampah adalah berkeadaan bersih dan diselenggara

4.9.5 Mempunyai prosedur pembuangan bahan dan pelupusan sisa

BAHAGIAN B : KAWALAN OPERASI

ELEMEN 5 – KAWALAN BAHAN MENTAH

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

5.1 Kawalan Penerimaan Bahan Mentah

Manual PJKM Am – Prosedur 11.0: (m/s 31-32)

5.1.1 Terdapat kawalan semasa penerimaan bahan mentah dan rekod mengenainya

5.1.2 Prosedur yang lengkap bagi setiap bahan mentah

5.2 Kawasan Penerimaan

5.2.1 Bahan mentah diterima di kawasan yang sesuai

5.3 Kemudahan Mencuci Bahan Mentah

5.3.1 Mempunyai kemudahan mencuci bahan mentah yang berasingan

5.3.2 Mempunyai prosedur pencucian bahan mentah

Page 23: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

18 MeSTI 2012

ELEMEN 6 – KAWALAN PROSES

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

6.1 Kawalan Ke Atas Bahaya Mikrobiologi

Manual PJKM Am – Prosedur 7.0:Kawalan Pemprosesan Makanan (m/s 21-24)

6.1.1 Terdapat kawalan mikrobiologi bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan suhu, masa, aw, kelembapan, kepekatan atau keasidan

6.1.2 Mempunyai prosedur kawalan mikrobiologi disepanjang rantaian pemprosesan

6.1.3 Amalan pencegahan pencemaran silang yang berkesan

6.1.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.2 Kawalan Ke Atas Bahaya Kimia

Manual PJKM Am – Prosedur 13.0:Prosedur Kawalan Bahan Kimia (m/s 36-37)

6.2.1 Terdapat kawalan kimia bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan penggunaan bahan aditif makanan yang dibenarkan mengikut kepekatan, suhu, paras minimal/maksimal atau masa.

6.2.2 Tiada bahan aditif yang tidak dibenarkan atau bahan kimia bukan makanan diguna sepanjang rantaian pemprosesan

6.2.3 Mempunyai prosedur kawalan bahan kimia disepanjang rantaian pemprosesan

6.2.4 Rekod yang berkaitanadalah lengkap

6.3 Kawalan Ke Atas Bahaya Fizikal

6.3.1 Terdapat kawalan fizikal yang sesuai bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan pencemaran benda asing seperti penapisan, ayakan atau penggunaan alat pengesan logam

6.3.2 Mempunyai prosedur kawalan pencemaran fizikal di sepanjang rantaian pemprosesan

6.3.3 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

ELEMEN 7 – KAWALAN PEMBUNGKUSAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

7.1 Bahan Pembungkus

7.1.1 Menggunakan bahan pembungkus yang tidak mencemar produk makanan

7.2 Kawasan Pembungkusan

7.2.1 Proses pembungkusan dijalankan di kawasan yang sesuai

7.3 Aktiviti Pembungkusan

Manual PJKM Am – Prosedur 8.0:Pembungkusan Makanan(m/s 25-26)

7.3.1 Mempunyai prosedur kawalan proses pembungkusan yang didokumenkan

7.3.2 Aktiviti pembungkusan tidak dilakukan di atas lantai

ELEMEN 8 – KAWALAN PENYIMPANAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

8.1 Pengasingan Penyimpanan

8.1.1 Makanan dan bukan makanan disimpan secara berasingan

8.1.2 Prosedur penyimpanan bahan mentah / produk siap yang didokumenkan dan direkodkan mengikut keperluan produk tersebut

8.2 Sistem Penyimpanan

8.2.1Menggunakan sistem FIFO/FEFO (First In First Out / First Expiry First Out)

8.3 Kaedah Penyimpanan

8.3.1 Tiada makanan diletakkan di atas lantai (jarak dari lantai 20cm dan dari dinding 15cm

Page 24: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

19MeSTI 2012

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

8.3.2 Tidak mencampur makanan mentah dengan makanan terproses dalam bekas yang sama

8.3.3 Makanan berisiko tinggi dan bahan mentah yang mudah rosak disimpan pada suhu yang sesuai di dalam bekas yang bertutup/berbungkus

8.3.4 Tidak menyimpan makanan sejuk beku/dingin melebihi muatan di dalam peti sejukbeku / petisejuk

8.3.5 Rantaian sejuk (cold chain) makanan dingin/sejuk beku tidak terganggu

8.3.6 Menyimpan makanan pada suhu sesuai dengan sifat semulajadi makanan tersebut

8.3.7 Tidak meletakkan dan menyimpan bahan kimia bukan makanan dalam kawasan pemprosesan makanan

8.3.8 Rekod berkaitan dan lain-lain kawalan

8.4 Pelabelan Bahan Mentah

8.4.1 Bahan mentah/ ramuan makanan dilabel

ELEMEN 9 – KAWALAN PENGANGKUTAN & PENGEDARAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

9.1 Kenderaan Pengangkut

Manual PJKM Am – Prosedur 10.0:Pengedaran Makanan (m/s 29-30)

9.1.1 Kenderaan pengangkut yang digunakan sesuai

9.1.2 Prosedur pengedaran dan pengangkutan makanan yang didokumenkan dan direkodkan mengikut keperluan

9.2 Kebersihan Kenderaan Pengangkut Untuk Tujuan Pengedaran

9.2.1 Kenderaan pengangkut berkeadaan bersih, dikawal dan diverifikasi

9.2.2 Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah pencucian /kekerapan dan tanggungjawab bagi kenderaan pengangkutan

9.3 Suhu Kenderaan Pengangkut

9.3.1 Jika menggunakan kenderaan pengangkut sejuk atau sejukbeku, adakah suhunya bersesuaian

9.3.2 Rekod kawalan suhu

ELEMEN 10 – KAWALAN KEBOLEHKESANAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / )(diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

10.1 KebolehkesananManual PJKM Am – Prosedur 7.0:Kawalan Pemprosesan Makanan (m/s 21-24)

Manual PJKM Am – Prosedur 10.0:

Pengedaran Makanan (m/s 29-30)

10.1.1 Terdapat kaedah mengenalpasti atau mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya berlaku aktiviti pelanggaran

10.1.2 Mempunyai prosedur kebolehkesanan yang didokumenkan

10.1.3 Boleh mengenalpasti semua sumber bahan mentah/bahan pembungkus

10.1.4 Boleh mengenalpasti semua produk siap dihantar keluar kilang

10.1.5. Rekod yang lengkap

Nota - Setiap elemen yang memerlukan prosedur perlu dilengkapkan dengan skop, objektif, kaedah, jadual / kekerapan, rekod, tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas.

Page 25: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

20 MeSTI 2012

Lampiran 6

SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,JABATAN KESIHATAN NEGERI

1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis,Km 1, Jalan Abi Tok Hashim,01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan. Tel: 04-9766989/9768114Faks: 04-9767419/9776369http://jknperlis.moh.gov.my

3. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Tingkat 35 & 37, KOMTAR, 10590 Pulau Pinang. Tel: 04-2625533 Faks: 04-2613508 http://jknpenang.moh.gov.my

5. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,Tingkat 27, Wisma MBSA,Persiaran Perbandaran,40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-55182121Faks: 03-55185195/55185196http://jknselangor.moh.gov.my

7. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan,Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 06-7664800Faks: 06-7675506http://jknns.moh.gov.my

2. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,Jalan Kuala Kedah,05400 Simpang Kuala Alor Setar,Kedah Darul Aman.Tel: 04-7741000Faks: 04-7741022http://jknkedah.moh.gov.my

4. Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananJabatan Kesihatan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-2490200Faks: 05-2550740http://jknperak.moh.gov.my

6. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur,Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Tel: 03-26940701Faks: 03-26940702/26910263http://jknkl.moh.gov.my

8. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Melaka,Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Business City, Bandar MITC,75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel: 06-2345959Faks: 06-2345951http://jknmelaka.moh.gov.my

Page 26: GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN MAKANAN …fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/... · garis panduan skim pensijilan mesti (2012) mesti 2012 garis panduan skim pensijilan

Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI (2012)

21MeSTI 2012

SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,JABATAN KESIHATAN NEGERI

9. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Johor,Tingkat 15, Menara MSC CyberportNo.5 Jalan Bukit Meldrum80300 Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Tel: 07-2231110Faks: 07-2217278http://jknjohor.moh.gov.my

11. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,Cawangan Kuala Terengganu Business Centre (KTBC),Lot 28.01-28.05, PT.1247K,Jalan Sultan Mohamad,21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tel: 09-6226028Faks: 09-6221385http://jknterengganu.moh.gov.my

13. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri SarawakJalan Tun Abang Haji Openg, 93590 Kuching, Sarawak. Tel: 082-237835/237837/237853Faks: 082-258849/237837http://jknsarawak.moh.gov.my

15. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan WP Labuan,Peti surat 81736, 87018 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel: 087-596000Faks: 087-419011087-419011(Kesihatan Awam)http://jknlabuan.moh.gov.my

10. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Pahang,Tingkat 2, Bangunan KWSP,Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-5734289/5734281Faks:09-5739158http://jknpahang.moh.gov.my

12. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ,Tingkat 5, Wisma Persekutuan, 15590 Kota Baharu, Kelantan Darul Naim. Tel: 09-7413300 /7123405Faks:09-7472818/7126781http://jknkelantan.moh.gov.my

14. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ,Tingkat 5, Wisma BSN Sabah,Jalan Kemajuan, Karamunsing,88000 Kota Kinabalu,Sabah.Tel: 088-248201Faks: 088-248215http://jknsabah.moh.gov.my