skema pemarkahan percubaan spm 2008

Upload: gan-tong-hock-aka-ganos

Post on 30-May-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    1/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    PERATURAN PEMARKAHAN 1103/2PEPERIKSAAN PERCUBAAN

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

    BAHASA MELAYU

    Kertas 2September

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    Peraturan pemarkahan ini mengandungi 13 halaman bercetak

    AMARAN

    Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta SMJK Chung Hwa,

    KB. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.

    Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh

    dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak bolehdikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

    SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN

    CHUNG HWA, KOTA BHARU,

    KELANTAN DARUL NAIM

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    2/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    Markah penuh Kertas Dua ialah 110 markah

    Soalan 1

    Markah penuh 30 dibahagi kepada:

    (a) Isi - 20 markah

    (b) Bahasa - 10 markah

    (a) Nota :

    i. Panduan mengira perkataan

    Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan.- nama khas

    - perkataan berganda

    - kata depan di dan ke

    - tarikh

    - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan- gelaran

    ii. Kira dan tanda jawaban calon setakat 120 patah perkataan sahaja

    sebelum diperiksa.

    iii. Periksa jawaban calon setakat 120 patah perkataan sahaja.iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

    Bahagian Markah Markah

    (i) Pendahuluan 2

    (ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12

    (iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 416

    (iv) Penutup/Kesimpulan 2

    Jumlah Markah 20

    1103/2 SULIT

    2

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    3/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    (b) Bahasa [10 Markah]

    Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti jadual berikut.

    Peringkat Markah Isi MarkahBahasa

    Huraian Bahasa

    Baik

    18 - 20

    15 - 17

    9 - 10

    7 - 8

    - Kesinambungan isi baik.

    - Struktur ayat / tatabahasa baik

    - Kosa kata luas.- Tanda baca / ejaan betul.

    Sederhana

    2 - 14

    8 - 11

    6 - 7

    4 - 5

    - Kesinambungan isi masih baik.

    - Struktur ayat / tatabahasa masih

    memuaskan.- Kosa kata masih memuaskan.

    - Tanda baca / ejaan juga memuaskan.

    Lemah 1 - 7 1 - 4- Pada keseluruhannya dalam serba

    kekurangan / tidak memuaskan.

    Nota :

    (i) Jika bahasanya baik, tambah1 markah lagi.

    (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat

    walaupun jumlah perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan, berikan

    0 markah.(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.

    Contoh Penandaan Rumusan

    P = 2

    S = 10

    T = 2

    K = 2

    __________________I = 16

    B = 8

    __________________

    24

    1103/2 SULIT

    3

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    4/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    SOALAN 1

    Pendahuluan/ Pengenalan (2 markah) Markah

    Petikan membincangkan implikasi / bahana/ keburukan / akibatburuk penggunaan telefon dalam kalanganmurid/pelajar di sekolah. 2

    Isi Tersurat

    S1. Tugas hakiki guru terganggu. 2

    S2. Banyak masa pelajar dihabiskan melayan khidmat pesanan ringkas (daripada rakan di luar sekolah) 2S3. Jika berlakunya pergaduhan dengan rakan sekelas, mereka menghubungi rakan di luar sekolah untuk

    membalas dendam. 2S4. Telefon bimbit menjadipunca kepada pelbagai masalah disiplin lain. 2

    S5. Wujud perasaan rendah diri dalam kalangan pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana. 2S6. Sesetengah pelajarmenggunakan perbelanjaan seharian dan keperluan membeli buku untuk telefon

    bimbit dan kad prabayar.

    S7. Pelajar-pelajarmencuri telefon bimbit rakan. 2

    S8. Penggunaan telefon bimbit mewujudkan keadaan berkasta-kasta. 2S9. Telefon bimbit disalahgunakan untuk merakamkan aksipelajar perempuan di tandas. 2S10.Ketika guru sedang mengajar, keharmonian di dalam kelas terjejas. 2

    Isi Tersirat

    T1. Mewajibkan semua pelajar/murid menandatanganisurat aku janji. 2T2. Menggunakan alat pengesan elektronik. 2T3. Mengadakanpemeriksaan mengejut. 2T4. Mengenakan hukuman / tindakan disiplin yang amat tegas. 2

    T5. Memaklumkan larangan itu kepada ibu bapa /penjaga atau mendapatkan kerjasama ibu bapa/penjaga 2T6. Semua guru saling bekerjasama / bertanggungjawab memantau pelajar masing-masing. 2

    T7. Memasang kamera keselamatan atau CCTV di lokasi strategik. 2T8. Menghebahkan larangan itu kepada pelajar/murid pada masa perhimpunan. 2

    T9. Memasang poster / banting / sepanduk/ dll tentang larangan penggunaan itu di sekolah. 2

    Nota: Jumlah markah isi tersurat dan tersirat tidak lebih daripada 16 markah.

    Penutup/ Kesimpulan { Saranan dan Sasaran)

    Semua pihakperlulah menyokong larangan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar/murid agarsekolah menjadi tempat pembelajaran yang kondusif. 2

    ATAUPelbagai pihakharuslah memahami tujuan KPM melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar /murid agarfungsi pendidikan yang sebenar dapat diwujudkan.

    ATAU

    Semua pihakharuslah menyokong usaha melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah agarsemua pelajarmematuhi larangan tersebut.

    1103/2 SULIT

    4

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    5/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    Soalan 2(a) Petikan Umum

    (i) Maksud rangkai kata tidak masuk akal sama sekaliialah

    - tiada logik langsung / tiada dapat diterima langsung

    [2 markah]

    Nota : Tiadalangsung ( tolak 1 markah )

    (ii) Sebab ibu bapa tidak bersetuju

    - pada mulanya anak mereka dibenarkan 1 m

    - mereka bimbang akan keselamatan anak mereka 1 m- anak mereka mudah dipantau 1 m

    [Maksimum : 3 markah]

    (iii) Cara untuk mengurangkan kesan sampingan

    - menggunakannya apabila perlu sahaja / tidak menggunakannya terlalu lama 2m

    - pengguna menggunakan fon telinga / kit bebas tangan 2m- syarikat pengendali komunikasi menggunakan sistem rangkaian yang selamat /

    berfrekuensi (gelombang radio ) rendah 2m

    - menggunakan telefon yang kurang beradiasi/ mesra pengguna 2m- jawaban lain yang relevan diterima.

    (Terima 2 jawaban yang sesuai)

    [Maksimum : 4 markah]

    Soalan 2(b) Petikan Cerpen

    (i) Sebab Daneng tidak ingin bersekolah

    - tidak ingin meninggalkan kampungnya 1m

    - mahu berada di tempat nenek moyangnya hidup dan bersemadi 1m

    - jiwanya terikat pada keadaan persekitaran 1m

    - dan kehidupan hutan/kampungnya 1m

    (Terima 3 jawaban sahaja)

    [Maksimum : 3 markah]

    (ii) Pendapat : Langkah meningkatkan tahap pendidikan anak-anak Orang Asli di pedalaman

    - membina sekolah berasrama untuk anak Orang Asli 1m- menyediakan guru berpengalaman/cemerlang/pakar 1m

    - mengadakan program khidmat masyarakat dengan kerjasama universiti 1m

    - mengadakan projek sekolah angkat dengan institusi lain 1m

    - Pegawai JPN/KPM sentiasa turun padang untuk memantau sekolah Orang Asli.1m

    - mengadakan Sekolah Dewasa untuk Orang Asli (ibu bapa) 1m

    - mengadakan kelas tuisyen / motivasi di sekolah 1m

    - menyediakan biasiswa / baucar tuisyen untuk semua anak Orang Asli 1m

    - menyediakan insentif khas kepada guru yang mengajar di sekolah Orang Asli 1m

    1103/2 SULIT

    5

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    6/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    (Terima mana-mana 3 jawaban yang sesuai.)[Maksimum : 3 markah]

    (iii) Dua perwatakan Danengdaripada petikan ialah

    Ciri Perwatakan ( m) Huraian / Contoh ( m)

    - tegas pendirian Daneng tetap tidak mahu menyambungpelajaran walaupun dipujuk oleh Cikgu Jo.

    1m

    - pintar / cerdik / bijak Daneng mendapat keputusan yang baik dalampeperiksaan PMR di sekolah asrama.

    1m

    - cinta akan alam sekitar Jiwanya terikat kepada keindahan dan

    kehidupan di hutan.

    1m

    - petah berhujah Cikgu Jo mengagumi kepetahan Daneng

    berhujah.

    1m

    ( Terima mana-mana 2 jawaban ) - 2 markah

    Satu perwatakan Daneng daripada keseluruhan cerpen ialah

    Ciri Perwatakan ( m) Huraian ( m)

    - menghormati guru / tetamu Daneng menyambut Cikgu Jo yang datang kekampungnya / Daneng membawa Cikgu Jo ke

    rumahnya / Daneng melayan Cikgu Jo dengan

    baik semasa Cikgu Jo pergi ke Kampung

    Tualang.

    1m

    - bertindak bijak dalam

    menentukan masa depan

    Akhirnya, Daneng mengikut Cikgu Jo kembali

    bersekolah dan berjaya dalam kerjayanya @mendapat pengiktirafan kerana berjaya

    menjadikan Malaysia sebagai negara yang

    mempunyai kawasan hutan tropika terbesar di

    dunia.

    1m

    - mengenang budi Daneng mengenang segala jasa Cikgu Jo pada

    25 tahun yang lalu sehingga dia berjayamencapai matlamatnya menyelamatkan hutan.

    1m

    - gigih menjadi modal insan

    gemilang

    Sumbangan Daneng dalam menyelamatkan

    hutan tropika negara membolehkannya

    dianugerahi Hadiah Nobel.

    1m

    - percaya akan adat / tradisi Daneng percaya akan pantang larang ketika

    pergi memancing di Danau Nyok.

    1m

    - mana-mana perwatakan lain yang disokong oleh contoh/huraian yang sesuai. 1m

    (Terima mana-mana satu jawaban) 1 markah

    [Maksimum : 3 markah]

    1103/2 SULIT

    6

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    7/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

    (i) Maksud rangkai kata maka sudahlah pekerjaan ini ialah- Dengan ini tiada lagi pertikaman /pertarungan 2m

    * selesailah tugasnya / misinya ( diterima - 1 m)(ii) Sebab Hang Jebat Menderhaka terhadap raja

    - Hang Tuah dibunuh tanpa dosa 1m

    - sakit hati 1m

    - Raja tidak usul periksa (membunuh Hang Tuah) 1m

    - orang yang bersalah/pemfitnah tidak dibunuh 1m

    (Terima mana-mana 3 jawaban)

    [Maksimum : 3 markah]

    (iii) Tindakan yang patut dilakukan oleh Hang Tuah untuk mengelakkan pertumpahan darah

    - menasihati Hang Jebat supaya menyerah diri 1m

    - merayu / meminta agar Hang Jebat bertaubat 1m

    - memohon kepada raja Melaka agar mengampunkan Hang Jebat / mempertimbangkan

    kesalahan Hang Jebat 1m- melarikan diri bersama-sama Hang Jebat ke negeri lain 1m

    - mana-mana jawaban yang relevan.(Terima mana-mana 3 jawaban)

    [Maksimum : 3 markah]

    Soalan 2 (d) Petikan Puisi

    (i) Maksud rangkai katagerimis senja guruh pagiialah- segala halangan dan cabaran yang dihadapi 2m

    (ii) Cara seorang rakyat menunjukkan kesetiaan terhadap negara

    - sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kepentingan negara 1m- mengambil

    bahagian dalam perarakan hari kemerdekaan negara 1 m

    - tidak memburukkan imej negara di luar negara / media asing 1 m- menghormati simbol negara seperti lagu Negaraku dan bendera Jalur

    Gemilang. 1m

    - sentiasa mendukung prinsip-prinsip dalam Rukun Negara 1m

    - membeli / mengutamakan barangan buatan Malaysia 1m(Terima 3 jawaban yang sesuai)

    [Maksimum : 3 markah]

    (iii) 3 nilai yang terdapat dalam sajak ialah:

    - setia akan negara 1m

    - rela / sanggup berkorban 1m- sedia berkhidmat untuk negara 1m

    1103/2 SULIT

    7

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    8/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    - cekal / gigih berusaha 1m

    - tabah (menghadapi cabaran) 1m

    (Terima mana-mana 3 jawaban)[Maksimum : 3 markah]

    Soalan 3

    Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

    Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3(c) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markah

    Soalan 3(e) : 6 markah

    PERHATIAN BAGI SOALAN 3 (a)

    1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul

    2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhansoalan.

    3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagaiperibahasa, berikan 0 markah.

    4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

    5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.

    6. Ayat yang dibinaseperti satu ayattetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat

    7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satuayat.

    8. Boleh menggunakanstruktur cakap ajukdengan mematuhi tanda bacanya.

    9. Jika DUA ayat yang dibina itu tidak menunjukkan perbezaan maksud, pertimbangkansalah satu ayat yang tepat penggunaannya sahaja, dan berikan 1 markah.

    10. Isi tidak jelas tolak markah.

    11. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.

    3(a) Bina Ayat

    i. bekas a) tanda-tanda yang ditinggalkan , kesan:Contoh: Ada bekas tapak kaki di kawasan berpasir itu.

    b) dahulunya (sekarang tidak lagi) , pernah menjadi :

    Contoh: Erra Fazira ialah bekas isteri Yusri.

    c) akibat (daripada sesuatu).

    Contoh: 1. Perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa bekas

    yang mengaibkan.2. Bekas luka atau parut itu masih kelihatan di pipinya.

    3. Anyaman itu merupakan bekas tangan saya ketika menyertai

    bengkel kraf tangan di Semenyih, Selangor.

    ii. mentah a) belum masak (buah-buahan dll ) , masih mudaContoh : Ayah melarang saya memetik buah nangka yang masih mentah itu.

    1103/2 SULIT

    8

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    9/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    b) tidak masak betul

    Contoh: Nasi yang ditanak oleh kakakmentah.

    c) tidak dimasak , belum dimasak atau direbus (barang makanan)Contoh : Rojak itu dibuat daripada pelbagai jenis sayur mentah.

    d) belum diproses atau diolahContoh : Malaysia merupakan negara pengeksport bahan mentah terbesar ke

    negara Jepun.

    d) belum sempurna ( akal fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang

    Contoh: Anak muda yang masih berfikiran mentah akan mudah terpengaruh

    oleh budaya barat.

    iii. haus - a) berasa kering tekak (ingin minum) , dahaga.Contoh: Ali minum empat gelas air kerana terlalu haus.

    b) sangat ingin akan

    Contoh : Penduduk di kawasan pedalaman itu terlalu haus akan pembangunan

    c) berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai, dll)

    Contoh: 1. Kasut saya sudah haus tapaknya.

    2. Bunga tayar kereta itu telah haus kerana lama digunakan.

    3 (b) Sintaksis Menggabungkan ayat (6 markah)

    (i) Kita mestilah berhati-hati di jalan raya kerana kemalangan mungkin terjadi pada bila-bila

    masa saja sehingga menyebabkan kecederaan dan kecacatan serta maut.

    (ii) Pelbagai undang-undang digubal bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan

    memupuk kesedaran rakyat terhadap keselamatan mereka ketika di jalan raya.

    (iii) Walau bagaimanapun masih ada orang yang menjadikan jalan raya sebagai tempat

    berlumba dan melepaskan geram sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

    Pemarkahan berdasarkan jadual di bawah:

    Peringkat Markah Ciri-ciri

    Baik 05-06

    -3 ayat

    -isi lengkap dan betul

    -jalinan ayat sangat baik-maksud asal terpelihara

    Sederhana 03-04

    -3 ayat

    -isi kurang lengkap

    -jalinan ayat masihbaik

    -terdapat sedikit rombakan dalam maksud asal ayat

    1103/2 SULIT

    9

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    10/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    Lemah01-02

    -3 ayat

    -isi terlalu kurang

    -jalinan ayat tidak betul

    -susunan dan maksud asal ayat tidakterpelihara sama sekali

    00 -kurang atau lebih daripada 3 ayat

    [maksimum 6 markah]

    3(c) Senaraikan dan betulkan

    i. ping pong - pingpong 1m

    ditegurkan - ditegur 1m

    ii. motorsikal - motosikal 1m

    gilaan - kegilaan 1m

    iii. memperolehi - memperoleh 1m

    sessi - sesi 1m[maksimum 6 markah]

    3 (d) Senaraikan dan betulkan

    i. saya baru pakai - baru saya pakai 1m

    buruk - kusam /pudar 1m(usang = 0m)

    ii. kata-kata aluan - kata alu-aluan 1m

    Yang Berusaha - Yang Berbahagia 1m

    iii. marah - murka 1m bila -apabila 1m

    [maksimum 6 markah]

    3 (e) Peribahasa

    i. Sudah jatuh ditimpa tangga / Antan patah, lesung hilang. 2m

    ii. Debu di atas tunggul / Abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia /Berumah di tepi tebing 2m

    iii. Pelanduk dua serupa / Salin(g) tak tumpah / Seperti peluru dua setuangan 2m

    [maksimum 6 markah]

    Soalan 4 Novel

    Markah penuh 15 markah

    1103/2 SULIT

    10

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    11/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    PERHATIAN BAGI SOALAN 4(a)

    i. Jawaban tepat berdasarkan teks yang dipelajariii. Pernyataan mestilah benar dan disokong dengan contoh yang tepat berdasarkan

    novel.

    iii. Berikan 1 markah bagi pernyataan yang benariv. Berikan 1 markah bagi contoh yang tepat

    v. Markah maksimum 7 markah.vi. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi.vii. Jawaban yang sesuai diterima.

    Markah Bahasa

    3 Baik 2 Sederhana 1 - Lemah

    a) Peringkat permulaan novel

    Novel Di Hadapan Pulau

    i. diperkenalkan latar tempat 1m- di tepi pantai / di hadapan pulau / kampung nelayan 1m

    (Aziz berdiri di tepi pantai dan teringat akan ayahnya yang membawanyamengelilingi pulau pertapa/ Jakun)

    ii. diperkenalkan latar masa 1m

    - Zaman sebelum perang dunia kedua / Zaman penjajahan Inggeris 1m

    (Askar Australia berkawal / membuat persiapan bagi menghadapi serangan

    askar Jepun ).

    iv. diperkenalkan watak utama dan / atau watak-watak lain yang ada kaitandengan watak utama . 1m

    - Aziz , Agil, Afidah, Syed Fikri, Tuk Marzuki, Zubir , Raihan 1m

    (Tuk Marzuki teringat akan janjinya ingin membawa Aziz ke pulau

    pertapa/Jakun. Tuk Marzuki meminta cucunya, Afidah memberitahu Aziz

    bahawa dia berjanji akan membawa Aziz ke pulau itu.)

    (Terima mana-mana 2 isi)

    NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

    i. diperkenalkan latar tempat 1m

    - negeri Pahang , kawasan hutan , bukit, sungai 1m

    ( Pengarang menggunakan teknik pemerian/deskriptif menggambarkankawasan negeri Pahang yang kaya dengan hutan, bukit, sungai dan

    sebagainya)

    1103/2 SULIT

    11

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    12/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    ii. diperkenalkan latar masa 1m

    - Zaman Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu/Pahang 1m.( Pejuang-pejuang Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat

    Gajah dan suami perempuan tuan berjuang menentang askar

    penjajah Inggeris. Mereka diusir dan terpaksa melarikan diri dikawasan hutan sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan)

    iii. diperkenalkan watak yang berkaitan dengan watak utama 1m

    - Perempuan tua, iaitu bonda Ratu Bongsu atau Putera Gunung

    Tahan , dan ayahandanya yang berjuang menentang penjajah 1m

    (Ayahanda Ratu Bongsu mangkat ketika berjuang bersama-sama

    Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Mat Gajah) Perempuan tua yang sarat

    mengandung ketika itu terpaksa melarikan diri daripada buruan penjajah)

    (Terima mana-mana 2 isi)

    NOTA : Markah ISI : 4 markah (maks)

    Markah BAHASA : 3 markah (maks)

    PERHATIAN BAGI SOALAN 4 (b)

    i. Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan.

    ii. Berikan 2 markah bagi huraian pernyataan.

    iii. Markah maksimum untukisi ialah 6 markah dan markah maksimum untukbahasaialah 2 markah.

    (b) Latar masyarakat

    Novel Di Hadapan Pulau

    - Masyarakat yang tinggal di kampung / perkampungan nelayan 1mZubir dan Raihan tinggal di perkampungan nelayan ; Mak Ketung, Tuk Marzuki,

    Joyah dan sebagainya tinggal di kampung. 2m

    - Masyarakat/ Penduduk yang berbilang kaum 1m

    Ada kaum Melayu seperti Tuk Marzuki, Budin, Mak Ketung; kaum India seperti

    Murti; kaum Arab seperti Syed Fikri dan Syed Zuhri, kaum Cina seperti penarikBeca. 2m

    - Masyarakat / Penduduk yang hidup berjiran / saling bekerjasama antara satu

    sama lain. 1m

    1103/2 SULIT

    12

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    13/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    Mak Ketung membantu menjaga Afidah ketika Tuk Marzuki pulang ke

    Ke Merlimau, Melaka;

    Aziz membawa makanan untuk Syed Fikri yang uzur selepas didera oleh askarJepun;

    Penduduk kampung saling membantu membina shelter berdekatan rumah

    Mak Ketung . 2m

    - Anak-anak muda yang runtuh moral / Masyarakat yang pincang dari segi

    moral. 1m

    Taksiah menjual maruah diri kepada askar-askar Australia;

    Rosiah menjalin hubungan seksual dengan askar asing di kubu lama;Budin suka berjudi dan memukul isteri apabila kehabisan wang. 2m

    - Terima juga jawaban lain yang relevan )

    Novel Putera Gunung Tahan

    - Masyarakat yang tinggal di hutan / gunung. 1m

    Masyarakat orang Sakai tinggal di kawasan hutan ; Ratu Bongsu tinggal

    di puncak Gunung Tahan. 2m

    - Golongan istana / raja yang bersifat mementingkan diri sendiri. 1m

    Tuan William memberitahu Ratu Bongsu ada raja yang menerima hadiah

    sebuah istana dan wang kerana bekerjasama dengan pihak Inggeris;Para pembesar istana memuji pihak Inggeris sambil mendakwa pihak Inggeris

    membawa kemakmuran kepada negeri mereka. 2m

    - Golongan anak muda yang runtuh moral / terpengaruh oleh budaya barat 1m

    Tengku Aishah mengandung tanpa kahwin, dan bersama-sama anak muda yang

    lain berhibur di pusat hiburan milik Haji Adam. 2m

    - Golongan pejuang yang berani menentang kezaliman penjajah. 1m

    Mat Kilau dan pejuang-pejuang Melayu lain seperti Datuk Bahaman dan Mat

    Gajah berjuang membebaskan negeri Pahang daripada penjajah Inggeris. 2m

    - Masyarakat yang mementingkan adat dan kepercayaan. 1m

    Perempuan tua bertindak mengenakan Tuan Robert yang menghina adatorang Sakai dan memperlekeh ajaran Islam. 2m

    - terima juga jawaban lain yang relevan.

    Nota : Markah ISI : 6 markah (maksimum)

    Markah BAHASA : 2 markah (maksimum)

    1103/2 SULIT

    13

  • 8/14/2019 SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SPM 2008

    14/14

    SULIT 1103/2 (PP)

    SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

    Disediakan oleh :

    ambo guru @ ganos08SMJK Chung Hwa, KB

    2 September 2008

    1103/2 SULIT

    14