skema 2012 jpn pahang : sejarah 940/2 · pdf fileskema jawapan yang disediakan tidak...

Download SKEMA 2012 JPN PAHANG : SEJARAH 940/2 · PDF fileSkema jawapan yang disediakan tidak seharusnya dianggap ... dirujuk kepada buku-buku yang ... Bajau dan Sulu di Borneo aktiviti ini

If you can't read please download the document

Upload: danglien

Post on 12-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 1

    SKEMA 2012 JPN PAHANG : SEJARAH 940/2

    GRED PEMARKAHAN

    GRED F 00 - 09 GAGAL

    GRED E 10 - 12 LULUS

    GRED D 13 - 15 KEPUJIAN RENDAH

    GRED C 16 - 19 KEPUJIAN TINGGI

    GRED B 20 - 22 BAIK

    GRED A 23 - 25 CEMERLANG

    PENILAIAN JAWAPAN

    A) IMPRESSION : persembahan, kebolehan menganalisis, kedalaman menghujah,perspektif, konteks sejarah dan bahasa/gaya

    B) ANALATIKAL : releven, fakta tepat, pengetahuan fakta luas, kedalaman menganalisis, rujukan atau sumber.

    C. Pengagihan markah bagi setiap soalan ialah

    1. Markah untuk pendahuluan atau pengenalan jawapan. 2/3/4 markah.

    2. Markah untuk penutup atau rumusan 2/3/1 markah. (Markah maksimum untuk

    pendahuluan atau pengenalan dan penutup atau rumusan ialah 5 markah).

    3. Markah maksimum bagi perbincangan isi 20 markah.

    4. Pembahagian markah boleh dibuat mengikut kadar 10 10 , 12 / 12 atau 15/10 atau 10/15 bagi

    soalan-soalan yang melibatkan dua buah negeri yang dijawab secara berasingan.

    5. Peruntukan markah bagi setiap isi hendaklah dibuat berasaskan kepentingan isi.

    A. Keterangan Tambahan.

    1. Skema jawapan yang disediakan tidak seharusnya dianggap sebagai model jawapan. Ia bertujuan

    membantu pemeriksa memberi fokus kepada aspek-aspek penting tentang sesuatu tajuk. Sekiranya

    terdapat fakta-fakta dalam skrip jawapan calon yang diragukan oleh pemeriksa, perkara ini seharusnya

    dirujuk kepada buku-buku yang berautoriti.

    2. Pemeriksa hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut semasa memeriksa skrip jawapan

    calon;

    a. Adakah calon memahami soalan

    b. Adakah calon menjawab soalan.

    c. Keberkaitan dan ketepatan fakta-fakta dan huraian.

    d. Tertib jawapan iaitu mempunyai pendahuluan/pengenalan, bahagian perbincangan isi dan

    penutup/rumusan.

  • 2

    SKEMA KERTAS 2 : 940/2

    BAHAGIAN A

    1. Bincangkan peranan golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum campurtangan British. (25)

    A: PENGENALAN - Susun lapis masyarakat Melayu tradisional kompleks tetapi teratur. Setiap golongan masyarakat mempunyai kedudukan tertentu dan fungsi masing-masing. Dua golongan itu ialah golongan memerintah dan diperintah. - Golongan pemerintah terdiri dari raja, kerabat diraja, bangsawan, golongan agama dan penghulu - Kedudukan mereka dalam masyarakat ditentukan oleh dua aspek iaitu taraf tersedia iaitu kedudukan yang diperoleh secara warisan dan taraf capaian iaitu kedudukan meningkat apabila menerima anugerah atau pangkat dari sultan atau pemerintah b) RAJA - Tunggak kerajaan dan mempunyai kedudukan tertinggi. Raja mempunyai kuasa dan wibawa bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan takluk. Raja dianggap Amirul Mukminin dan terasing dari rakyat - Raja mempunyai kedudukan istemewa dan berkuasa mutlak seperti pakaian istemewa iaitu payung kuning, binatang tunggangan, perhiasan dan buah-buahan. Contohnya Sultan Zainal Abidin 111 Trengganu mempunyai Cogan Emas yang terdiri dari lembing, keris, tepak sirih dan Keris Nan Cayang - Golongan ini juga berkuasa melantik pembesar dan memberi anugerah, menjadi tunggak kerajaan, lambang penyatuan dan kekuatan negeri - Raja juga menguasai ekonomi negeri seperti tenaga manusia dalam jajahan selain dari hasil cukai - Apabila raja mangkat ia akan digantikan oleh putera lelaki atau adik lelaki tertua jika tidak mempunyai anak. Walau bagaimanapun ianya berbeza di perak yang menggunakan system penggiliran untuk penggantian sultan. Sementara di Negeri Sembilan pula Yang Di Pertuan Besar dipilih oleh Undang Berempat

    c) KERABAT DI RAJA DAN KELUARGA - Mempunyai kedudukan kedua tertinggi selepas sultan dan menggunakan gelaran tengku, raja dan sebagainya. Mereka terdiri dari putera, puteri, permaisuri, isteri, anak-anak - Golongan ini mempunyai keistemewaan seperti raja tetapi tidak mempunyai daulat - Mereka juga menggunakan bahasa dalam dan payung berwarna putih - Terdapat juga golongan ini yang menjadi pembesar dan pemerintah tanah jajahan seperti Raja Jumaat menjadi pembesar Lukut kerana amalan poligami - Dalam buku The History Of Perak yang ditulis oleh R.O Winstedt dalam system penggiliran Perak, Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan raja Muda adalah terrdiri dari kerabat-kerabat raja

    d) GOLONGAN BANGSAWAN DAN PEMBESAR - Golongan ini sebagai Anak Baik-Baik atau dikenali juga sebagai Orang-Orang Kaya. Ia juga merujuk kepada menteri atau pembesar negeri. - Mereka terdiri dari golongan bangsawan/bukan dan mendapat gelaran/kedudukan dari taraf tersedia atau capaian. - Mereka tidak akan jatuh taraf tetapi golongan rakyat biasa boleh mendapatkan taraf yang tinggi dan menjadi golongan bangsawan. Jawatan sebagai pemerintah diwarisi secara turun temurun. Contohnya di Johor jawatan Bendahara disandang oleh keturunan Laksamana Johor iaitu Tun Abdul Jamil - Mereka akan menjadi pentadbir dan membantu sultan dalam pemerintahan contohnya Ngah Ibrahim, Long Tan, Maharaja Lela dan Dato Bahaman - Selain golongan pentadbir mereka juga terdiri anak dan isteri e) GOLONGAN AGAMA DAN ULAMA - Golongan agama dan ulama juga dianggap sebagai golongan bangsawan yang memerintah yang terdiri dari mufti dan kadi. Kebiasaannya mereka terdiri dari golongan Arab-Melayu. Mereka juga terdiri dari golongan intelek dan alim ulama - Terdapat juga golongan agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Dato Imam Maharaja. Mereka juga menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum syarak dan selok belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama - Dalam golongan ini terdapat juga yang berkahwin dengan puteri sultan dan menjadi sangat berpengaruh kepada raja. Golongan pendeta pula pakar di dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Mereka juga menjadi penulis atau perawi raja - Golongan ini juga terdapat yang pakar dalam hal-hal kesusateraan, keseniaan dan kebudayaan terutama berkenaan salasilah raja. Contohnya di Trengganu, Kedah dan Johor . Antara yang terkenal ialah Tok Ku Paloh di Terengganu dan keturunannya menggunakan gelaran Engku/Tuan

  • 3

    f) PENGHULU - Merupakan golongan pemerintah dan mempunyai kedudukan tertinggi di peringkat kampung dan dikenali juga sebagai Penggawa, Tok Kweng dan Demang. Merupakan orang perantaraan antara golongan atasan dengan rakyat dan mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat - Mereka juga merupakan orang yang terkaya dalam sebuah kampong dan jawatan ini merupakan jawatan warisan. Walau bagaimanapun kebiasaannya mereka terdiri dari rakyat biasa dan dilantik oleh pembesar empat - Penghulu bertanggungjawab menjaga keamanan kampong dan mengarahkan rakyat melaksanakan arahan pembesar dan raja secara sukarela dan menjadi lambang perpaduan sesebuah kampong - Jawatan ini tidak dibayar gaji tetap, pendapatannya diperolehi daripada cukai perdagangan dan bayaran sebahagian daripada hasil pendapatan yang diterima daripada anak buahnya

    G: KESIMPULAN - Selepas campur tangan British sistem sosial masyarakat Melayu telah berubah. Pembesar atau golongan pemerintah telah kehilangan kuasa memerintah terutama dengan pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Manakala negeri-negeri lain menerima Penasihat British. Hanya institusi penghulu sahaja yang masih dikekalkan

    Pemarkahan

    Pengenalan : 3m

    I isi pokok 4 m = 20m

    Kesimpulan : 2m

  • 4

    2. Jelaskan sistem ekonomi saradiri di Tanah Melayu pada awal abad ke -19 (25)

    A: PENGENALAN

    - Sistem ekonomi Malaysia sebelum kedatangan barat bersifat pelbagai dengan sara diri di hampir semua negeri, separa sara diri di Kedah dan Perlis, pertanian komersil di negeri-Negeri Selat (NNS) dan Johor di samping ekonomi komersil yang lain melibatkan perlombongan dan perdagangan. Walau bagaimanapun secara umumnya masyarakat Melayu sebelum kedatangan barat majoritinya mengamalkan ekonomi sara diri yang mengandungi kelompok kecil petani yang tinggal di kampung. - Ekonomi masyarakat Melayu adalah berasaskan sara diri yang berteraskan pertanian, perburuan dan perikanan. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Walaupun boleh dijual, hasil jualan akan digunakan untuk membeli barang keperluan yang lain yang menjadi asas keperluan seperti pakaian, perlindungan dan makanan. Di Tanah Melayu apabila menyentuh soal saradiri akan merujuk kepada pertanian dan perikanan. - Kegiatan petani bertumpu di tebing sungai, hutan dan kawasan kecil tanah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Lebihan jarang terdapat dan kalau ada pun mereka biasanya menukarkan dengan barangan lain di kampung sendiri. Tanah yang mereka miliki kecil dan pengurusan adalah bersama terutama dalam sistem kerah.

    a) PERTANIAN

    - Pertanian sara diri merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang berteraskan kepada padi sawah dan padi huma. Masyarakat yang menguasahakan padi sawah terletak di tanah pamah Semenanjung iaitu Delta besar dan subur di Kedah, Kelantan, Kuala Selangor dan Perak. Tanaman diusahakan untuk sara diri dan jarang berlaku lebihan kerana sistem yang masih mundur dan terdapat pelbagai faktor lain terutamanya tenaga kerja akibat beban kerja kerah dan sistem serah yang membebankan rakyat. - Di Kedah dan Kelantan penanaman padi diperkenalkan oleh orang Thailand sementara di Pahang oleh orang Minangkabau - Pada peringkat awal sistem pengairan yang digunakan ialah sistem empangan iaitu air disekat menggu