sk pemahaman gerak gempur 1.pdf

Upload: zarina-hashim

Post on 10-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 1

    Soalan 1 hingga 18

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1 ___________ sering mengunjungi kampung-kampung terpencil untuk mengetahui tentang

    kehidupan rakyat jelata di bawah naungannya.

    A Beliau C Mereka

    B Baginda D Dia

    2 Menurut Hashimah, antara faktor kejayaan murid-muridnya dalam peperiksaan itu ialah

    ____________ sering bertanya dan mengulang kaji pelajaran.

    A dia C kalian

    B saya D mereka

    Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

    3 Terdapat dua buah kolam renang di _____________ kondominium itu.

    A tepi C hadapan

    B sisi D belakang

    4 Abang memberanikan diri untuk ke pejabat pelajaran yang terletak di tengah bandar

    dengan ____________ pelan yang diberikan oleh ibu .

    A berasaskan C berpandukan

    B berdasarkan D berlandaskan

    5 Lipan boleh menyelinap dan menyelit di tempat-tempat yang tersembunyi kerana bentuk

    badannya yang ____________.

    A tirus C pipih

    B bujur D lonjong

    6 Perlawanan akhir bola sepak itu __________ dengan sorakan penonton yang __________

    Stadium Shah Alam.

    A riuh ..... memuat C kecoh ..... meliputi

    B heboh ..... mengisi D gamat ..... membanjiri

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 2

    Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

    7 Aiman menghulurkan se__________ kertas kepada Encik Azrul.

    A helai C gulung

    B keping D naskhah

    8 Air mata Amira telah ____________ di pipinya tanpa disedari apabila dia diumumkan

    Tokoh Murid Cemerlang di sekolahnya.

    A menitis C meleleh

    B menitik D mengalir

    9 Datuk Salim berazam akan terus menabur bakti kepada masyarakat setempat

    _____________ khidmatnya diperlukan.

    A ketika C apabila

    B selagi D sehingga

    10 Dato Usman Awang ialah seorang ___________ yang telah banyak menghasilkan puisi dan cerpen yang menjadi tatapan pembaca sehingga ke hari ini.

    A seniman C hartawan

    B seniwati D sasterawan

    11 Semua hadirin terpaku mendengar suara penyanyi itu yang ___________ merdu.

    A sungguh nian C terlalu benar

    B sungguh amat D terlalu sekali

    12 Mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang berasal dari Belanda itu ___________

    berbahasa Melayu.

    A petah C mahir

    B cekap D lancar

    13 Guru Besar telah dipersilakan oleh ___________ untuk menyampaikan ucapan

    perasmian dalam majlis itu.

    A jurucakap C juruacara

    B juruhebah D jururunding

    14 Orang ramai _____________ hutan lipur itu untuk menikmati keindahan alam semula

    jadi.

    A menjalani C mendatangi

    B menghadiri D mengunjungi

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 3

    15 Hanya ayah yang berada di bendang ____________ waktu petang kerana kami pergi ke

    majlis kenduri di rumah Tok Esa.

    A di C kepada

    B pada D daripada

    16 Hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat __________ menyebabkan perlawanan akhir

    bola sepak itu terpaksa dihentikan.

    A pintas-memintas C sambar-menyambar

    B berdentam-dentum D sabung- menyabung

    17 Borang maklumat diri yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar __________ kepada

    guru kelas.

    A awal C cepat

    B segera D dahulu

    18 Hanya ______ penduduk di kampung itu yang berjaya menuntut di ______ pusat

    pengajian tempatan.

    A segolongan ... seluruh C setengah ... setiap

    B segelintir ... beberapa D sekalian ... semua

    19 Setiap minggu, Amran dan keluarga akan beriadah di taman permainan yang berhampiran

    dengan kawasan rumah mereka sambil menghirup udara yang segar.

    Perkataan berlawan bagi beriadah ialah

    A berehat C bercuti

    B bekerja D bersenam

    20 Masalah yang dihadapi oleh pemaju perumahan itu menjadi semakin sukar apabila pihak

    penduduk setinggan enggan berpindah walaupun telah mengambil wang pampasan .

    Pilih perkataan seerti bagi sukar.

    A teruk C rumit

    B getir D celaru

    Soalan 21 dan 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    21 I Salmi belajar dalam aliran sains di sekolah yang berhampiran.

    II Sungai itu tersekat akibat aliran sampah yang tidak dibersihkan.

    III Aliran darah membasahi dahinya yang terluka akibat jatuh dari basikal.

    IV Aliran kenderaan di jalan raya amat perlahan akibat kesesakan lalu lintas.

    A I dan II C II dan III

    B I dan IV D III dan IV

    22 I Ibu menggunakan genting untuk memotong kain itu.

    II Pinggang kakak sungguh genting apabila memakai bengkung.

    III Rumah Kamarul yang terletak di hujung kampung itu beratap genting.

    IV Perhubungan Salina dengan kakaknya semakin genting sejak peristiwa itu.

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 4

    A I dan II C III dan IV

    B II dan III D I dan IV

    23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

    Sudah berapa lamakah sepupu kamu menjalankan perusahaan membuat batik?

    A Benar, sepupu saya yang menjalankan perusahaan batik itu.

    B Perusahaan batik ini dijalankan dengan bantuan ahli keluarga termasuklah saya.

    C Menurut perhitungan saya, hampir lapan tahun beliau menjalankan perusahaan

    membuat batik ini.

    D Sepupu saya menjalankan perusahaan ini setelah mendapat pinjaman daripada Bank

    Pembangunan.

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Doktor Salina menasihati pesakitnya agar mengamalkan gaya hidup sihat bagi

    meningkatkan tahap kesihatan mereka.

    A Apakah nasihat Doktor Salina kepada pesakitnya?

    B Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat?

    C Bagaimanakah Doktor Salina menasihati pesakitnya?

    D Mengapakah Doktor Salina mengamalkan gaya hidup sihat?

    Soalan 25 dan 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

    25 Silat dan tae kwan do merupakan seni mempertahankan diri yang dapat meningkatkan

    kecergasan fizikal dan mental seseorang.

    A Seni mempertahankan diri tae kwan do dan silat dapat meningkatkan jati diri dan

    kesihatan.

    B Seni mempertahankan diri seperti tae kwan do dan silat dapat menjadikan badan sihat

    dan otak cerdas.

    C Kecergasan fizikal dan mental merupakan peningkatan dalam seni mempertahankan

    diri seperti silat dan tae kwan do.

    D Kecergasan fizikal dan mental seseorang dapat diasah dengan meningkatkan seni

    mempertahankan diri seperti silat dan tae kwan do.

    26 Junaidah dan sepupunya sedang bermain congkak di ruang tamu rumahnya.

    A Congkak sedang dimainkan oleh Junaidah dan sepupunya di ruang tamu rumah.

    B Congkak di ruang tamu rumah sedang dimainkan oleh Junaidah dan sepupunya.

    C Congkak sepupu Junaidah sedang dimainkan di ruang tamu rumah Junaidah.

    D Congkak dimainkan oleh sepupu Junaidah di ruang tamu rumahnya.

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 5

    Soalan 27 dan 28

    Pilih ayat yang betul.

    27 A Makanan yang dijual di Warung Wak Adan itu nian murah dan sedap.

    B Benar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini.

    C Bangunan itu adalah yang paling tertinggi sekali di Pekan Pagoh.

    D Ramai sekali pengunjung yang berkelah di Pantai Pasir Lanun.

    28 I Saudara Basir merupakan teman rapat saya sejak dari sekolah rendah lagi.

    II Kami akan ke Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan pada hari Isnin lepas.

    III asaraya Utama menga akan ualan urah Ulang ahun e- baru-baru ini. IV Jalil dan keluarganya akan ke Restoran Lazat untuk makan tengah hari sebentar lagi.

    A I dan II C III dan IV

    B II dan III D I dan IV

    Soalan 29 dan 30

    Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

    29 Sewaktu berada di karnival jualan itu, saya sudah menjadi __________________ kerana

    banyak barang dijual dengan harga yang murah.

    A mata petai C putih mata

    B mata kotak D rambang mata

    30 Pekerja itu _______________________ apabila disuruh membersihkan kawasan sekitar

    dewan kerana dia sering memberikan pelbagai alasan.

    A seperti aur dengan tebing C seperti rusa masuk kampung

    B bagai kambing diseret ke air D bagai menangguk di air keruh

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 6

    Soalan 31 hingga 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

    31 Pihak manakah yang telah mengelolakan pertandingan futsal ini?

    A Persatuan Belia Seri Semantan C Persatuan Belia Mawai Selatan

    B Persatuan Belia Tanjung Sedili D Persatuan Belia Kota Tinggi

    32 Kejohanan futsal kali ini telah menawarkan wang tunai berjumlah

    A RM1,750.00 C RM2,250.00

    B RM2,050.00 D RM2,550.00

    33 Frasa terbukti gah dalam petikan di atas membawa maksud

    A nyata kuat C nyata bangga

    B nyata handal D nyata mashyur

    34 Yang berikut ialah aktiviti riadah yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah

    Asiah Ariff kecuali

    A boling C memancing

    B bola sepak D sepak takraw

    35 Pertandingan futsal yang dikelolakan oleh pihak penganjur telah menerima penyertaan

    TANJUNG SEDILI, Ahad, 14 Mac 2015 Pasukan Seri Semantan telah menjuarai pertandingan

    futsal yang diadakan di Gelanggang Rumah Rehat Seri Sedili . Dalam perlawanan akhir itu,

    pasukan Seri Semantan bertemu dengan pasukan Mawai Selatan. Kejuaraan kali ketiga

    berturut-turut ini menjadikan pasukan Seri Semantan terbukti gah di kawasan Tanjung Sedili dan

    Kota Tinggi.

    Dengan kemenangan itu, pasukan Seri Semantan merangkul sebuah piala pusingan, wang

    tunai berjumlah RM1,000.00, piala iringan, serta satu set jersi untuk setiap pemain. Pasukan

    Mawai Selatan yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara menerima hadiah wang tunai

    berjumlah RM750.00, piala iringan, serta satu set jersi untuk setiap pemain. Bagi tempat ketiga

    dan keempat, setiap pasukan membawa pulang piala iringan dan wang tunai berjumlah RM500.00

    dan RM300.00 sebagai ganjaran. Semua hadiah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri

    Kawasan Johor Lama.

    Pertandingan futsal ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Tanjung Sedili. Menurut

    Encik Mat Som Abdul Rani, pengerusi persatuan tersebut, pertandingan pada tahun ini mendapat

    sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian berbanding

    hanya 15 pasukan pada tahun lalu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johor Lama, Yang Berhormat Puan Hajah Asiah

    Ariff turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang. Beliau amat mengalu-

    alukan sebarang kegiatan yang berfaedah untuk belia di kawasan tersebut. Beliau berjanji akan

    menghulurkan penajaan berbentuk piala dan wang tunai bagi tujuan penganjuran sukan seumpama

    ini pada masa-masa akan datang. Beliau juga berharap agar lebih banyak persatuan belia aktif

    menganjurkan kegiatan sukan dan aktiviti riadah yang lain seperti sepak takraw, boling dan

    memancing.

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 7

    baharu sebanyak

    A sembilan pasukan. C lima belas pasukan.

    B sebelas pasukan. D dua puluh empat pasukan.

    Soalan 36 hingga 40

    Baca dan teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    36 Siapakah yang sesuai mengikuti program seperti iklan di atas?

    A Ismail berusia 11 tahun pada tahun 2014.

    B Haikal berusia 10 tahun pada tahun 2014.

    C Sofea berusia 11 tahun pada tahun 2013.

    D Siti berusia 11 tahun pada tahun 2012.

    37 Pihak manakah yang bertanggung jawab menganjurkan program ini?

    KHAS KEPADA CALON-CALON UPSR 2015

    SEMINAR

    TARIKH: 21 MAC 2015 (SABTU)

    MASA: 8.00 PAGI-6.00 PETANG

    TEMPAT: DEWAN JUBLI INTAN, JOHOR

    BAHRU

    ANJURAN: PEMUAFAKATAN PIBG

    SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR.

    Tarikh tutup penyertaan: 19 Mac 2015

  • SULIT 011

    011/ hak cipta PPMP Johor 8

    A Dewan Jubli Intan.

    B Unit Sekolah Rendah

    C Persatuan Ibu Bapa dan Guru

    D Pejabat Pendidikan Johor Bahru

    38 Encik Zaidi telah menghantar borang pada 20 Mac 2015 untuk dua orang anak

    kembarnya. Apakah yang akan berlaku kepada wang pendaftarannya?

    A dikembalikan C diagihkan

    B diambil D digandakan

    39 Ayesha telah membayar sebanyak RM 25.00 untuk menyertai program tersebut namun

    dia tidak menyerahkan borang penyertaan. Apakah kesannya?

    A diberi program khas C dibenarkan menyertai program itu

    B diberikan pertimbangan D tidak dibenarkan menyertai program itu

    40 Pada pendapat kamu, mengapakah program seperti ini diadakan?

    A Membimbing peserta tentang cara menjawab soalan UPSR

    B Menyakinkan peserta tentang efektifnya program UPSR

    C Mendedahkan peserta dengan jawapan soalan UPSR

    D Menyedarkan peserta tentang kepentingan UPSR