sjh jurnal sejarah

11
PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH MENENGAH RENDAH DI MALAYSIA SATU PENILAIAN Ahamad bin Rahim. PhD. Sidek bin Said. PhD. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22000 Besut, Terengganu. [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah di sekolah- sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP oleh D. Stufflebeam et.al. (2007) yang melibatkan dimensi input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 147 orang guru dan 1441 orang pelajar. Kajian ini mengguna instrumen soal selidik bagi menilai dimensi input, proses dan produk. Statistik yang diguna dalam kajian ini melibatkan skor min, sisihan lazim, Ujian-t dan Regressi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan pandangan guru terhadap konstruk pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran aktif berada di tahap sederhana. Skor min pemantauan kurikulum pula berada di tahap rendah. Bagi pandangan pelajar, ke semua konstruk yang diukur memperlihatkan nilai min di tahap yang sederhana bagi dimensi input, proses dan produk. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru terhadap pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana berdasarkan opsyen mata pelajaran. Dari aspek pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum, dapatan menunjukkan wujud perbezaan berdasarkan lokasi sekolah. Analisis regresi stepwise menunjukkan pengetahuan pedagogi menyumbang sebanyak 30% dan kemudahan prasarana 7.3% kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah. Implikasi kajian ini adalah untuk mencapai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah guru perlulah melaksana pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Program latihan guru Sejarah perlu dipertingkatkan lagi dan konsep ‘retraining’ perlu diberi penekanan. Bahan bantu mengajar untuk guru-guru sejarah juga perlu diperbanyakkan. Kata Kunci : pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran aktif, produk, kurikulum sejarah. Pendahuluan Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan dikalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana ‘attractive’ dalam pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Kajian Rohana Zubir (1987) mendapati ramai pelajar memberi respons tidak berminat kerana Sejarah di anggap “the dead of curriculum”. Khoo Kay Kim seorang tokoh Sejarah tanahair dalam Berita Minggu 26 Mac 1995 turut menjelaskan kelonggaran dan kerapuhan metodologi dan gaya

Upload: phoebe-ooi

Post on 24-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SJH

TRANSCRIPT

  • PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH MENENGAH RENDAH

    DI MALAYSIA SATU PENILAIAN

    Ahamad bin Rahim. PhD.

    Sidek bin Said. PhD.

    Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

    22000 Besut, Terengganu.

    [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah di sekolah-

    sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP oleh D.

    Stufflebeam et.al. (2007) yang melibatkan dimensi input, proses dan produk. Sampel kajian

    terdiri daripada 147 orang guru dan 1441 orang pelajar. Kajian ini mengguna instrumen soal

    selidik bagi menilai dimensi input, proses dan produk. Statistik yang diguna dalam kajian ini

    melibatkan skor min, sisihan lazim, Ujian-t dan Regressi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan

    pandangan guru terhadap konstruk pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan

    pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran aktif berada di tahap sederhana. Skor min

    pemantauan kurikulum pula berada di tahap rendah. Bagi pandangan pelajar, ke semua konstruk

    yang diukur memperlihatkan nilai min di tahap yang sederhana bagi dimensi input, proses dan

    produk. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru

    terhadap pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana berdasarkan opsyen mata

    pelajaran. Dari aspek pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum,

    dapatan menunjukkan wujud perbezaan berdasarkan lokasi sekolah. Analisis regresi stepwise

    menunjukkan pengetahuan pedagogi menyumbang sebanyak 30% dan kemudahan prasarana

    7.3% kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah. Implikasi kajian

    ini adalah untuk mencapai keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah guru perlulah melaksana

    pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Program latihan guru Sejarah perlu dipertingkatkan lagi

    dan konsep retraining perlu diberi penekanan. Bahan bantu mengajar untuk guru-guru sejarah juga perlu diperbanyakkan.

    Kata Kunci : pengetahuan pedagogi, kemudahan prasarana, perancangan pengajaran dan

    pembelajaran, pembelajaran aktif, produk, kurikulum sejarah.

    Pendahuluan

    Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan

    dikalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam

    bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan

    suasana attractive dalam pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah menyebabkan

    matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu

    pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan

    inovasi yang baru seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Kajian

    Rohana Zubir (1987) mendapati ramai pelajar memberi respons tidak berminat kerana Sejarah di

    anggap the dead of curriculum. Khoo Kay Kim seorang tokoh Sejarah tanahair dalam Berita Minggu 26 Mac 1995 turut menjelaskan kelonggaran dan kerapuhan metodologi dan gaya

  • pengajaran guru menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap proses pembelajaran dalam bilik

    darjah.

    Walau bagaimanapun langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan mata

    pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus pada tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM) dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Tambahan pula penubuhan

    sebuah Jawatankuasa Khas mengkaji kurikulum Sejarah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM) menampakkan keseriusan pihak kerajaan dalam memartabatkan pelaksanan kurikulum

    Sejarah dalam sistem pendidikan arus perdana di negara ini. Langkah ini dilihat dapat memberi

    nafas baru kepada subjek ini agar terus berdaya saing dalam konteks membina warganegara yang

    mempunyai semangat setia negara dan jati diri yang tinggi.

    Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru Sejarah perlulah lebih kreatif semasa

    merancang pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan

    pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P&Pnya. Pendekatan guru

    menyampaikan maklumat secara total perlu dihapuskan. Pendekatan kepada corak tradisional dan

    chalk and talk sudah tidak relevan dengan kehendak pelajar hari ini. Pelajar lebih berminat jika turut dilibatkan sama dalam P&P guru. Ini akan memberi impak yang lebih berkesan ke arah

    mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri. Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang

    diajar itu memberi makna kepada pelajar (Caine & Caine 1994). Ini terbukti dalam kajian yang

    dilakukan oleh Jin & Cortazzi (1998) mendapati pelajar-pelajar Inggeris menyatakan ciri-ciri

    guru yang baik adalah mereka yang boleh meningkatkan minat pelajar, menerangkan sesuatu

    dengan jelas, menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan memberi aktiviti pembelajaran

    yang menyeronokkan.

    Justeru itu kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum

    Sejarah Menengah Rendah di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia ke arah

    mencapai matlamat pendidikan Sejarah dengan menekankan kepada matlamat untuk melahirkan

    pelajar yang mempunyai semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, dapat

    memahami keadaan masyarakat dan negara, mempunyai semangat perpaduan dan kekitaan dan

    mempunyai ingatan terhadap peristiwa Sejarah negara (KPM, 2002).

    Perkembangan Kurikulum Sejarah Di Malaysia

    Perkembangan kurikulum Sejarah di Tanah Melayu telah wujud sejak zaman sebelum

    merdeka lagi seperti yang ditegaskan oleh Philip Loh, (1975) dalam Aini Hassan (2008). Namun

    perkembangan kurikulum Sejarah di zaman pra kemerdekaan agak perlahan dan kurang diberi

    perhatian. Kurikulum Sejarah ketika ini dianggap sebagai mata pelajaran tambahan.

    Perkembangan kurikulum sejarah pada peringkat awalnya kurang mendapat smabutan. Apa yang

    jelas kurikulum Sejarah yang diajar ketika itu hanya bertujuan supaya pelajar dapat memahami

    budaya melayu melalui pengalaman kesusasteraan khususnya berbentuk hikayat seperti Sejarah

    Melayu dan Hikayat Hang Tuah (Khoo Kay Kim 1992). Malahan pihak British tidak pernah

    menekankan kurikulum Sejarah tempatan. Wujud rasa kebimbangan tentang kedudukan politik

    dan ekonomi mereka akan tergugat (Suffean Husin 1996). Hanya pada tahun 1930an barulah

    mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah-sekolah aliran Melayu. dan ketka ini lebih tertumpu

    kepada aktiviti-aktiviti membaca dan menghafal fakta-fakta yang terdapat dalam buku teks

    Sejarah sahaja.

    Walau bagaimanapun selepas Perang Dunia ke 2, kurikulum Sejarah mulai mengalami

    perubahan. Namun masih lagi terikat menurut persepsi barat. Ini turut ditegaskan oleh Abdul

    Razaq dan Ramli (2007) yang menjelaskan kurikulum Sejarah ketika itu lebih banyak

  • menceritakan latar belakang masyarakat Eropah atau pun Sejarah negara England itu sendiri. Apa

    yang jelas perkembangan kurikulum sejarah ketika itu tidak menggambarkan matlamat nasional

    yang jelas. Kurikulum sejarah yang diguna ketika ini dilihat berbeza-beza mengikut aliran

    sekolah vernakular ketika itu. Ini turut diperakui oleh Norrizan (2003) yang menjelaskan

    kurikulum Sejarah ketika itu mencerminkan kepentingan dan propaganda penjajah yang sangat

    berkesan. Kelemahan pelaksanaan kurikulum Sejarah ketika itu turut diperakui oleh Aini Hassan

    (2008).

    Di sekitar tahun 1950an, perbincangan kurikulum Sejarah mula mendapat perhatian dalam

    kalangan sejarawan tempatan. Wujud desakan agar kurikulum Sejarah ditulis dari kaca mata

    tempatan. Wujud ketidakpuasan hati mereka terhadap kandungan kurikulum Sejarah yang banyak

    dilihat dari perspektif barat. Berikutannya satu perbincangan telah dilakukan untuk melihat

    semula kurikulum Sejarah di sekitar 1970an. Beberapa kongres dan forum dilaksanakan seperti

    Seminar Sejarah Malaysia 1 dan II pada tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat 1988). Hasilnya

    lahir cadangan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan kurikulum Sejarah yang lebih

    bersifat Malaysian Centric. Pada pertengahan tahun 1986 mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan sebagai salah satu subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

    Kini, perkembangan kurikulum Sejarah terus menarik untuk diperbincangkan. Kurikulum

    Sejarah terus mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Ini berikutan langkah Kementerian

    Pelajaran Malaysia menjadikan Sejarah sebagai subjek WAJIB lulus pada tahun 2013 di

    peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2012.

    Perkembangan ini dilihat telah meletakkan status mata pelajaran ini setara dengan mata pelajaran

    teras yang lain. Langkah proaktif pihak KPM yang mewujudkan Jawatankuasa Khas Mengkaji

    Kurikulum Sejarah di sekolah menengah dilihat kena pada waktunya. Ini memastikan kurikulum

    yang digubal benar-benar memberi impak kepada pemahaman dan penghayatan Sejarah secara

    lebih menyeluruh dalam kalangan pelajar.

    Tujuan dan Objektif Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sejarah Menengah Rendah (SMR)

    Tingkatan 2 di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan Model Penilaian Stufflebeam et. al.

    (2007). Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan sebahagian daripada dimensi model ini

    iaitu dimensi input, dimensi proses dan dimensi produk. Perspektif guru akan membincangkan

    dimensi input dan proses manakala dimensi pelajar pula akan melihat dari dimensi input, proses

    dan produk.

    Metodologi Kajian

    Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Kerlinger

    (1986), Fraenkel & Wallen (2006), kaedah tinjauan adalah sesuai unutk mengukur perspektif

    (pandangan) responden terhadap sesuatu isu atau topik, pencapaian matlamat sesuatu program

    serta sikap dan tingkah laku responden. Selain itu kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah

    yang dapat mengumpul data asli dengan cepat dan melibatkan responden yang ramai (Babbie

    2007). Kajian ini menggunakan sebahagian daripada model CIPP oleh Stufflebeam & Shinkfield

    (2007) iaitu dari dimensi penilaian input, proses dan produk. Kajian ini menggunakan instrumen

    soal selidik yang diadaptasi dari kajian-kajian lepas berdasarkan sorotan kajian. Instrumen kajian

    ini ditadbir oleh pengkaji sendiri. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 1441

    orang pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 147 orang guru sejarah. Sampel kajian ini dipilih dari empat

    buah zon iaitu zon utara, zon tengah, zon selatan dan zon timur. Kajian ini menggunakan

  • instrumen soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data. Data yang diperoleh

    dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi berdasarkan persoalan kajian. Data dari

    soal selidik juga diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS)

    Versi 17.0. Statistik deskriptif yang diguna dalam kajian ini melibatkan nilai min dan sisihan

    piawai manakala statistik inferensi menggunakan statistik ujian-t dan regressi pelbagai.

    Perbincangan Dapatan Kajian

    Tahap Perpsektif Guru Terhadap Konstruk Input dan Proses

    Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan tahap perspektif guru terhadap konstruk input dan proses

    yang diukur dalam kajian ini. Analisis yang dijalankan mendapat ke semua konstruk yang diukur

    berada di tahap sederhana berdasarkan nilai min keselurhan 3.20 dan sisihan piawai .364. Secara

    perincinya konstruk pengetahuan pedagogi guru menunjukkan nilai min 3.21 dan sisihan piawai

    .415, kemudahan prasarana menunjukkan nilai min 3.01 dan sisihan piawai .384, proses

    pengajaran dan pembelajaran dengan nilai min 3.34 dan sisihan piawai .446 dan proses

    pembelajaran aktif dengan nilai min 3.28 dan sisihan piawai .348. Hanya konstruk pemantauan

    kurikulum menunjukkan nilai min di tahap yang rendah dengan nilai min 2.64 dan sisihan piawai

    .284. Dapatan ini memberi makna bahawa kesemua konstruk yang secara terperinci mengikut

    pernyataan-pernyataan tersebut masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang perlu

    diperbaiki lagi. Manakala konstruk pemantauan kurikulum yang menunjukkan nilai min yang

    rendah memberi gambaran tentang kelemahan amalan pemantauan terhadap pelaksanaan

    kurikulum sejarah dalam bilik darjah oleh pihak pentadbir. Ini agak bertentangan dengan Surat

    Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 yang menjelaskana menjadi tanggungjawab pengetua untuk

    memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah melalui penyeliaan dan pemantauan

    dalam bilik darjah. Ini turut ditegaskan oleh Namara (1988) dan Glass (1998). Dapatan kajian ini

    juga dilihat konsisten dengan kajian oleh Hallinger & Murphy (1987) dan Mohd Suhaimi et.al.

    (2008).

    Jadual 1 : Tahap Perpsektif Guru Terhadap Konstruk Input dan Proses

    _______________________________________________________________________

    Bil. Konstruk Yang Diukur Nilai Min Ssihan Piawai Interpretasi

    _______________________________________________________________________

    1. Pengetahuan Pedagogi Guru 3.21 .425 Sederhana 2. Kemudahan Prasarana 3.01 .384 Sederhana 3. Pengajaran dan Pembelajaran 3.34 .446 Sederhana 4. Pembelajaran Aktif 3.28 .348 Sederhana 5. Pemantauan Kurikulum 2.68 .284 Sederhana

    ____________________________________________________________________________

    Keseluruhan 3.20 .364 Sederhana

    ______________________________________________________________________

    Tahap Perpsektif Pelajar Terhadap Konstruk Proses dan Produk.

    Jadual 2 di bawah menunjukkan tahap perspektif pelajar terhadap konstruk proses dan produk.

    Terdapat 6 konstruk yang diukur dari perspektif pelajar. Kesemua konstruk yang diukur

    menunjukkan tahap nilai min yang sederhana.

    Jadual 2 : Tahap Perpsektif Pelajar Terhadap Konstruk Proses dan Produk.

  • _______________________________________________________________________

    Bil. Konstruk Yang Diukur Nilai Min Ssihan Piawai Interpretasi

    _______________________________________________________________________

    1. Pembelajaran Aktif 3.11 .102 Sederhana 2. Semangat Setia Negara 3.27 .731 Sederhana 3. Jati Diri Sebagai Warganegara

    Malaysia 3.21 .720 Sederhana

    4. Semangat Perpaduan dan Kekitaan 3.25 .771 Sederhana 5. Memahami Keadaan Masyarakat

    dan Negara 3.07 .654 Sederhana

    6. Ingatan Terhadap Peristiwa Sejarah 2.99 .713 Sederhana

    __________________________________________________________________________

    Berdasarkan jadual 2 di atas tahap nilai min bagi konstruk pembelajatan aktif ialah 3.11 dan sisihan

    piawai .102. Ini menunjukkan proses pembelajaran aktif yang dilaksana oleh guru dalam bilik

    darjah masih di tahap sederhana dan kurang memuaskan. Bagi dimensi produk yang diukur dari

    perspektif pelajar, dapatan menunjukkan kesemua konstruk yang diukur (enam konstruk) berada di

    tahap sederhana sahaja. Jika dianalisis secara terperinci, dapatan menunjukkan konstruk semangat

    setia negara menunjukkan nilai min yang paling tinggi dengan nilai min 3.27 dan sisihan piawai

    .731. Manakala konstruk ingatan terhadap peristiwa sejarah pula menunjukkan nilai min yang

    paling rendah dengan nilai min 2.99 dan sisihan piawai .713. Lain-lain konstruk yang diukur turut

    menunjukkan nilia min di tahap yang sederhana dengan konstruk jati diri sebagai warganegara

    Malaysia (nilai min 3.21 dan sisihan piawai .720), semangat perpaduan dan kekitaan (nilai min 3.25

    dan sisihan piawai .771) dan memahami keadaan masyarakat dan Negara (nilai min 3.07 dan

    sisihan piawai .713). Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan masih wujud kekurangan

    dalam mencapai matlamat produk dari perspektif pelajar. Dapatan kajian ini dilihat bertentangan

    dengan pandangan Manzo (2004), Mirkovic et.al. (2004) dan Ben Amos (1997) yang menegaskan

    kepentingan komponen produk ini ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia

    Negara dan perasaan bangga terhadap negara.

    Perbezaan Perspektif Guru terhadap Kandungan Buku Teks, Pengetahuan Pedagogi Guru

    dan Kemudahan Prasarana Berdasarkan Opsyen

    Jadual 3 menunjukkan dapatan ujian-t bagi melihat perbezaan perspektif guru dari aspek input

    terhadap pengetahuan pedagogi guru dan kemudahan prasarana berdasarkan opsyen guru. Dapatan

    menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru terhadap pengetahuan pedagogi

    (perbezaan min = .296, t= 4.87 dan sig.=.000.05) di

    antara guru sejarah dan guru bukan sejarah.

  • Jadual 3 Ujian-t tak bersandar perbezaan pengetahuan pedagogi dan kemudahan prasarana

    menurut guru berdasarkan opsyen guru

    Pembolehubah

    bersandar

    Kumpulan

    Opsyen

    N Skor

    Min

    Perbez

    aan

    min

    t DK Sig.

    Pengetahuan

    Pedagogi

    Sejarah 91 4.06 .296 4.87 145 .000

    Bukan Sejarah 56 3.76

    Kemudahan

    Prasarana

    Sejarah 91 3.29 -.042 -.403 145 .688

    Bukan Sejarah 56 3.34

    Perbezaan Perspektif Guru Pelaksanaan Kurikulum, Proses Pembelajaran Aktif dan

    Pemantauan Kurikulum Berdasarkan Lokasi Sekolah

    Jadual 4 menunjukkan dapatan ujian-t bagi melihat perbezaan perspektif guru dari aspek proses

    terhadap pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum berdasarkan lokasi

    sekolah. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan perspektif guru bandar

    dan luar bandar terhadap pelaksanaan kurikulum (t= .022 dan sig.=.983>.05), pembelajaran aktif

    (t=-.173 dan sig.=.863>.05) dan pemantauan kurikulum (t=.320 dan sig.=.750>.05). Dapatan ini

    bermakna bahawa guru bandar dan luar bandar mempuyai persepsi yang sama terhadap

    pelaksanaan kurikulum, pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum.

    Jadual 4 Ujian-t tak bersandar perbezaan persepsi guru ke atas pelaksanaan

    kurikulum, proses pembelajaran aktif dan pemantauan kurikulum berdasarkan

    lokasi sekolah

    Pembolehubah

    bersandar

    Kumpulan

    Lokasi Skolah

    N Skor

    Min

    Perbez

    aan

    min

    t DK Sig.

    Pelaksanaan

    Kurikulum

    Bandar 41 3.96 .001 .022 145 .983

    Luar Bandar 106 3.96

    Proses

    Pembelajaran Aktif

    Bandar 41 3.93 -.011 -.173 145 .863

    Luar Bandar 106 3.94

    Pemantauan

    kurikulum

    Bandar 41 3.71 .037 .320 145 .750

    Luar Bandar 106 3.68

    Perbezaan Perspektif Pelajar terhadap Produk Berdasarkan Bangsa

    Jadual 5 menunjukkan perbezaan aspek pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam

    dimensi produk di antara pelajar Melayu dan bukan Melayu. Dapatan ini menunjukkan wujud

    perbezaan persepsi pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu terhadap produk iaitu semangat setia

    Negara (perbezaan min =.245, t=7.32 dan Sig.=.000

  • (perbezaan min =162, t=5.05 dan Sig.= .000
  • Pedagogi

    Kemudahan

    prasarana

    .161 .039 .273 4.091 .000 .373 7.3% .975 1.02

    Implikasi dan Cadangan Kajian Lanjutan

    Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah telah

    dilaksana dengan baik dan dapat diterima oleh pelajar. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek

    yang masih boleh dipertingkatkan lagi pelaksanaannya. Oleh itu pengkaji ingin mencadangkan :

    i. guru Sejarah perlu beralih kepada corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan menggunakan proses active learning. Ini membolehkan penglibatan pelajar secara aktif dalam p&p dan menjadikannya lebih nature dan diminati oleh pelajar.

    ii. Guru-guru Sejarah juga perlu didedahkan dengan pelbagai kursus pedagogi yang up to date. Dapatan kajian ini menunjukkan ramai guru Sejarah yang tidak pernah ditawar mengikuti

    sebarang kursus dalam tempoh setahun. Pihak JPN sepatutnya berusaha untuk menganjurkan

    pelbagai kursus penyegaran (refreshing course) untuk guru-guru Sejarah khususnya dari

    aspek pedagogi. Kursus sedemikian bukan sahaja dapat memberi input baru kepada guru

    Sejarah, malah dapat menafikan kurikulum Sejarah sebagai the dead man of curriculum dan dapat menghindarkan pemikiran guru-guru Sejarah daripada dead minded atau burnout terhadap kurikulum Sejarah.

    iii. Kursus berkaitan dengan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik perlu diberi keutamaan kerana setiap guru Sejarah adalah bertanggungjawab mendidik pelajarnya sebaik mungkin.

    Konsep dan struktur Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlulah diberi nafas baru agar

    ianya mampu menarik minat guru Sejarah untuk mengikutinya. Kursus LDP yang berbentuk

    jangka pendek mahupun jangka panjang perlu menerapkan konsep retraining dan memberi penekanan kepada aspek nilai tambah kepada guru-guru.

    CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif untuk proses pemerolehan

    data dengan menggunakan borang soal selidik. Justeru itu pengkaji ingin mencadangkan agar

    pengkaji seterusnya menggabungkan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif sebagai

    prosedur untuk mengutip data. Gabungan kedua-dua kaedah ini akan memantapkan lagi data yang

    diperolehi. Ini bertepatan dengan kenyataan Wiersma (2000) yang menyatakan ramai penyelidik

    menggabungkan ke dua-dua kaedah ini untuk memperolehi data yang lebih bermakna dan terperinci.

    Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah memerlukan sokongan bahan bantu

    mengajar yang berterusan. Sering kedengaran guru Sejarah menghadapi masalah mendapatkan bahan

    bantu mengajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu pengkaji ingin

    mencadangkan agar bahan bantu mengajar yang diperuntukan untuk pelaksanaan guru Sejarah di

    bilik darjah diperbanyakkan lagi. Antaranya termasuklah kemudahanTeknologi Maklumat dan

    Komunikasi, Makmal Sejarah, bilik khas dan bahan bercetak yang terkini sifatnya. Di samping itu

    bahan bantu mengajar Sejarah juga perlulah bersifat interaktif agar dapat menarik minat pelajar

    untuk mengikuti pengajaran guru di bilik darjah.

    Kajian ini menggunakan Model CIPP oleh Stufflebeam & Shinkfield (2007) dari dimensi proses

    dan produk sahaja kerana mengambil kira limitasi masa, kewangan dan tenaga yang dihadapi oleh

    pengkaji. Justeru itu pengkaji ingin mencadangkan agar satu kajian yang lebih menyeluruh dengan

  • menggunakan ke empat-empat dimensi ini iaitu dimensi konteks, input, proses dan produk

    dilaksanakan untuk melihat sumbangan ke dua-dua dimensi ini dalam mencapai matlamat pendidikan

    Sejarah.

    Rumusan

    Secara keseluruhannya kajian ini mendapati ke semua konstruk yang diukur sangat signifikan

    dalam membantu mencapai matlamat pendidikan Sejarah yang telah ditetapkan oleh pihak BPK

    (2002). Walau bagaimanapun guru Sejarah sebagai pelaksana kurikulum di bilik darjah perlulah

    mengambil inisiatif untuk memperkasa pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan

    pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Anjakan pemikiran ini perlu dilakukan agar ianya selari

    dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan penampilan pendidikan Sejarah

    sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

    melibatkan murid-murid secara aktif dalam kelas (PPK, 2002). Justeru itu pandangan Puad Zakarshi

    (2010) dalam Norizan (2010) agar pedagogi Sejarah perlu ke arah education is fun perlu dilihat secara serius bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

    Berikutnya secara tidak langsung akan membantu pihak KPM merealisasikan hasratnya ke arah

    mencapai matlamat pendidikan Sejarah.

    Rujukan

    Aini Hassan dan Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan Kurikulum Sejarah di Malaysia

    dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka

    oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

    Abdul Razaq Ahmad dan Ramli Saadon. (2007). Peranan kurikulum Pendidikan Sejarah yang

    berorientasikan Malaysia dalam membina identiti bangsa dalam Pendidikan Sejarah &

    Historiografi Nasional-Sentrik Konteks Malaysia, Indonesia dan Brunai Darussalam. Historia

    Utama Press. Bandung.

    Babbie, E. R. (2007). The Practice of Social Science Research. Ed. Ke 9. USA:

    Thomps Learning.

    Ben-Amos, A. (1997). The use of the past: patriotism between and memory. Dlm. D.Bar-Tal & E. Staub

    (eds) Patriotism: In the lives on individuals and nation. Chicago: Nelson-Hall Publisher. 129-149.

    Caine, G. & Caine, R. (1994). Making Connections: Teaching and Human Brain. New York: Addison.

    Wesley

    D Augustine, C.H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in Elemantry. New York: Harper & Row Publishers.

    Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2008). How to Design and Evaluate. (2nd

    Ed.). New York: McGraw-Hill.

    Glass, G.V. (1998). Critical evaluation for education reform. Education policy analysis archives.

    http://epaa.asu.edu/epaa/v6n20.html(20 Oktober 2002)

    Hallinger, P., & Murphy, J.F. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership.

    Educational Leadership, 56-61.

  • Hassard, J. (2000). Pedagogical Content Knowledge Concept Map. (atas talian).

    http://www.scied.gsu.edu/Hassard/

    Jin, L., & Cortazzi, M. (1998). Dimensions of dialogue, large classes in China. International Journal of

    Educational Research. 29: 739-761

    Kerlinger, F.N. (1986). Foundation of Behavioral Research. New York: Holt, Rinehart &

    Winston, Inc. Hitchock.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1,2 dan

    3. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

    Khoo Kay Kim. (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah dalam Omar Mohd Hashim 1992. Falsafah

    Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan Sejarah Malaysia. Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Kuala Lumpur.

    Khoo Kay Kim. (1992). Perkembangan Pendidikan Sejarah dalam Omar Mohd Hashim 1992. Falsafah

    Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan Sejarah Malaysia. Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Kuala Lumpur.

    Manzo, K.K. (2004). Countries torn over baring warts in history texts. Education Week. 24(11), 8-11.

    Mirkovic, M., Skola, G., Beograd, Yugoslavia, & Crawford, K. (2004). Teaching History in

    Serbian and English Secondary Schools: A Cross-Cultural Analysis of Textbook.

    Mohd Suhaimi Mohamad Ali et al. (2007). Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Sekolah Menengah

    Luar Bandar. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 14, 25-

    27 Jun 2007. Institut Aminudin Baki.

    Namara, C.M. (1998). Program evaluation: some myth about program evaluation.

    University of the St Thomas, Minneapolis, Minneasota.

    http://www.mapnp.org/library/evaluate/fnl.eval.htm (9 Disember 2002).

    Norizan Seman. (2.11.2010). Memupuk jati diri dan patriotisme. Utusan Malaysia.

    Rohana Zubir. (1987). Aplikasi teknologi dalam pembelajaran sejarah; kesan dan masalah. Masalah

    Pendidikan. 12. 89-98

    Rosnanaini Sulaiman. (2003). Pelaksanaan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir dalam mata

    pelajaran Sejarah: Satu kajian kes. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

    Siti Zainun Mat. (1988). Pelajaran Sejarah di Sekolah-Sekolah di Semenanjung Malaysia 1948-1970an:

    Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

    Stufflebeam, R. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation Theory, Model and Applications.

    (1st ed ) San Francisco : Jossey- Bass. A Wiley Imprint.

    Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia-Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur.

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Wiersma, W. (2000). Research in Education : An Introduction. Boston: Allyn and Bacon. Wainer, H, &

    Braun, H. I. (1988). Test Validity. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Publishers.