situasi aktiviti ldk

Upload: fitri-saleh

Post on 04-Mar-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

badSKJfyjxcvljk

TRANSCRIPT

Situasi: Juadah berbuka puasa di perantauan- cempedak gorengMenjelang hari raya yang lepas, Ahmad tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya. Ini kerana Ahmad telah ditugaskan untuk mengawal sempadan Negara. Isteri dan anak-anak Ahmad terlebih dahulu telah pulang ke Johor untuk beraya di rumah mertua.

Setelah seharian berkerja, Ahmad telah singgah ke bazar ramadhan dan membeli juadah untuk berbuka puasa.

Tepat pukul 7.25 petang. Masuknya waktu untuk berbuka puasa. Dengan gelogoh Ahmad memakan cempedak goreng. Tiba-tiba, Ahmad tidak dapat bernafas dan mukanya kemerah-merahan. Ini telah menyebabkan ahmad panik.i. Bagaimana menghadapi situasi ini sekiranya Ahmad bersendirian?

ii. Teman serumah ternampak muka Ahmad kemerah-merahan. Bagaimana temannya boleh membantu Ahmad menghadapi situasi ini?Situasi: Terlambat ke peperiksaanNoni adalah murid tingkatan 2 Sentosa di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima. Setiap hari Noni akan pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Tepat pukul 12 tengah hari, Noni akan bersiap untuk pergi sekolah.Di sebabkan terlewat bangun, Noni telah terlepas daripada menaiki bas untuk ke sekolah, dan pada hari itu akan berlangsungnya peperiksaan akhir tahun. Noni mengambil keputusan untuk pergi kesekolah dengan menaiki bas mini. Untuk menaiki bas mini, Noni terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk pergi ke pondok menunggu bas. Dengan keadaan panas terik, Noni sampai dlm masa 20 minit. Semasa menunggu bas. Noni dapat rasakan ada cecair yang mengalir di rongga hidungnya. Noni mengambil sapu tangan dan mengelap. Noni terpaku melihat tompokan darah pada sapu tangan. Dan darah mengalir dengan pantas dan tanpa henti.

i. Sekiranya anda berada di pondok bas tersebut, bagaimana anda dapat membantu Noni mengatasi situasi tersebut?ii. Situasi lain, bagaimana menghentikan pendarahan yang terjadi akibat luka kecil di tangan?

Situasi: Seketul batu di tepi kolam sekolahPihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong perdana di sekolah. Semua pelajar wajib menyertainya dan kawasan-kawasan telah dibahagikan mengikut unit beruniform.Abu dan Ali berada di dalam kumpulan pengakap dan diketuai oleh seorang ketua. Mereka ditugaskan untuk membersihkan kawasan kolam. Semasa di tepi kolam tersebut, Abu tergelincir dan telah terjatuh di tepi kolam. Disebabkan itu, tangan abu terhentak dengan seketul batu besar yang berada di tepi kolam tersebut. Abu cuba untuk bangun, tetapi dia langsung tidak dapat menggerakkan tangannya secara normal.i. Terangkan kepada kelas, apakah jenis kecederaan yang dihadapi?ii. Dengan menggunakan sumber yang ada, bagaimana untuk anda menghadapi situasi ini?

Situasi : Sesak dalam kelam Shila, June Dan Kamilah telah pergi ke satu konsert kumpulah Kapilla, buat julung-julung kalinya konsert itu di adakan di kawasan Ceruk Tok Kun. Ini membuatkan mereka juga tidak mahu terlepas perluang untuk pergi menonton konsert tersebut. Kira-kira 5 ribu penonton telah menbanjiri kawasan tersebut. Semasa konsert berlangsung, ramai peminat fanatik kumpulan Kapilla telah menari bersama-sama. Dengan keadaan gelap dan padat telah menyebabkan Shila sesak nafas dan pening. Tiba-tiba Shila terjatuh dan tidak sedarkan diri semasa konsert berlangsung.i. Bagaimana untuk menghadapi situasi ini sekiranya anda berada di tempat kejadian tersebut?ii. Sekiranya mangsa telah sedar tetapi tidak bermaya, bagaimana kaedah untuk membawa mangsa ke tempat yang lebih selesa?

Situasi: Kembali pulang, menunggu bantuanAnda sedang dalam perjalanan pulang dari kampung menuju ke Tanjung Malim. Tiba-tiba di pertengahan jalan, terdapat satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta terbabas dan hampir terjatuh ke dalam gaung. Di dalam kereta itu terdapat seorang pemandu dan anaknya yang masih kecil. Mangsa cuba untuk keluar sendiri tetapi mungkin disebabkan pening akibat hentakan, mangsa gagal untuk keluar. Anda adalah satu-satunya saksi atau bantuan yang berada di tempat kejadian.

i. Bagaimana untuk mengalihkan mangsa (pemandu) dengan cara yang bersesuaian sementara menanti bantuan lain tiba?

ii. Bagaimana pula teknik terbaik untuk mengusung mangsa yang ringan?